• Tidak ada hasil yang ditemukan

JPA.SARAAN 256/24/1-2 Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2011

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "JPA.SARAAN 256/24/1-2 Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2011"

Copied!
99
0
0

Teks penuh

(1)

JPA.SARAAN 256/24/1-2 Siri No. :

KERAJAAN MALAYSIA

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2011

PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

TUJUAN

1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melibatkan struktur perkhidmatan yang merangkumi skim perkhidmatan, syarat perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, dan persaraan serta faedah persaraan.

LATAR BELAKANG

2. Bertunjangkan penyampaian perkhidmatan yang mana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, maka inisiatif transformasi Perkhidmatan Awam akan dilaksana melalui SBPA yang berpaksikan kepada kepimpinan dinamik, Perkhidmatan Awam kejat, perkhidmatan yang fleksibel, modal insan berkualiti dan saraan yang kompetitif. Ia mengganti Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa sejak tahun 2002.

(2)

2

3. Transformasi Perkhidmatan Awam adalah diperlukan untuk menjayakan agenda pembangunan negara yang termaktub di bawah Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan inisiatif-inisiatif pembangunan yang lain.

GLOSARI ISTILAH

4. Istilah yang digunakan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini adalah seperti di Lampiran A.

STRUKTUR PERKHIDMATAN

Kumpulan Perkhidmatan

5. Struktur perkhidmatan di bawah SBPA adalah terbahagi kepada empat (4) kumpulan perkhidmatan iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan Kumpulan Pelaksana.

6. Kumpulan Premier merupakan lapisan teratas dalam struktur Perkhidmatan Awam yang menyandang atau memegang strategic and key position. Bagi PDRM, jawatan Ketua Polis Negara adalah tergolong di bawah Kumpulan Premier.

7. Kumpulan Pengurusan Tertinggi bagi perkhidmatan PDRM bermaksud Jawatan Utama yang berperanan strategik menerajui jentera pengurusan organisasi. Di bawah SBPA, pangkat di bawah kelompok Jawatan Utama adalah terbahagi kepada:

7.1 Timbalan Ketua Polis Negara 7.2 Pesuruhjaya Kanan Polis 7.3 Pesuruhjaya Polis

7.4 Timbalan Pesuruhjaya Polis

(3)

3

8. Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dikekal dengan lapisan pangkat sebagaimana sedia ada.

9. Bagi melonjakkan prestasi penyampaian Perkhidmatan Awam, Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional telah ditetapkan bidang jawatan masing-masing sebagaimana di dalam Jadual 1.

Jadual 1: Kumpulan Perkhidmatan dan Bidang Jawatan Kumpulan Perkhidmatan Bidang Jawatan Pengurusan Tertinggi Strategik

Pengurusan dan Profesional

Strategik

Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert [SME]) Pengurusan dan Operasi

10. Kumpulan Pelaksana diperkenal bagi menggantikan Kumpulan Sokongan.

Lapisan pangkat bagi Kumpulan Pelaksana adalah mengikut kelayakan masuk minimum seperti ditetapkan dalam skim perkhidmatan.

Rasionalisasi Perkhidmatan

11. Pelaksanaan Perkhidmatan Awam kejat memberi penekanan ke atas saiz dan guna tenaga secara optimum. Kementerian/ Jabatan/ agensi termasuk perkhidmatan PDRM dikehendaki memberi tumpuan kepada fungsi utamanya bagi mengelakkan pertindihan fungsi antara satu dengan yang lain. Langkah penyesuaian saiz Perkhidmatan Awam, penjajaran fungsi utama perkhidmatan, kajian pertindihan fungsi agensi, pengenalpastian perkhidmatan yang boleh dialih daya dan perekayasaan proses kerja serta semakan skim perkhidmatan akan dilaksanakan.

(4)

4 PENGGELARAN GRED GAJI

12. Penggelaran gred gaji dikemas kini selaras dengan pembentukan Jadual Gaji Sebaris (JGS) yang menggantikan Jadual Gaji Matriks (JGM). Dengan ini, penggelaran gred gaji baru PDRM adalah seperti di Jadual 2.

Jadual 2 : Pangkat/ Gred Gaji PDRM

Pangkat SSM SBPA

Kumpulan Premier

Ketua Polis Negara - Premier

Kumpulan Pengurusan Tertinggi Ketua Polis Negara

Timbalan Ketua Polis Negara Pesuruhjaya Kanan Polis Pesuruhjaya Polis

Timbalan Pesuruhjaya Polis

VUYA3 VUYA5

- VUYA6 VUYA7

- VUYA5 VUYA6 VUYA6i VUYA7 Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis YA24 YA20

Penolong Pesuruhjaya Polis YA22 YA18

Penguasa Polis YA20 YA16

Timbalan Penguasa Polis YA18 YA14

Penolong Penguasa Polis YA16 YA12

Inspektor YA13 YA11

Kumpulan Pelaksana

Sub-Inspektor YA10 YA10

Sarjan Mejar YA8 YA8

Sarjan YA5/ YA6 YA6

Koperal YA4 YA4

Lans Koperal YA2 YA2

Konstabel YA1 YA1

Sub-Inspektor Orang Asli YP10 YP10

Sarjan Mejar Orang Asli YP8 YP8

Sarjan Orang Asli YP6 YP6

Koperal Orang Asli YP4 YP4

Lans Koperal Orang Asli YP2 YP2

Konstabel Orang Asli YP1 YP1

Sub-Inspektor Sokongan YT10 YT10

Sarjan Mejar Sokongan YT 8 YT 8

Sarjan Sokongan YT 6 YT 6

Koperal Sokongan YT 4 YT 4

Lans Koperal Sokongan YT 2 YT 2

Konstabel Sokongan YT 1 YT 1

(5)

5 SKIM PERKHIDMATAN

13. Senarai skim perkhidmatan PDRM adalah seperti dalam Lampiran B1.

Format Iklan Jawatan

14. Pelantikan mulai 1 Januari 2012 hendaklah mengikut skim perkhidmatan baru di bawah SBPA. Format iklan jawatan hendaklah diasaskan kepada skim perkhidmatan berkenaan mengikut contoh seperti di Lampiran B2.

Kedudukan Skim Perkhidmatan Jumud Sebelum SBPA

15. Semua jawatan jumud sebelum SBPA akan dimansuhkan mengambil kira fungsi skim perkhidmatan berkenaan tidak lagi diperlukan. Walau bagaimanapun, penyandang jawatan jumud ini akan ditawarkan opsyen bertukar ke skim perkhidmatan berkuat kuasa di bawah SBPA. Senarai pertukaran jawatan jumud ke skim perkhidmatan berkuat kuasa di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran B3.

16. Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai di bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibersarakan di bawah seksyen 6A(6) Akta Pencen 1980 (Akta 227) yang dibaca bersama seksyen 10(5)(b) Akta 227. Manakala pegawai di bawah Skim Pencen akan dibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) Akta 227.

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Latihan Sektor Awam

17. Pembangunan latihan berteraskan transformasi minda dan pengukuhan kompetensi bagi membangunkan keupayaan intelektual, kemahiran dan sahsiah akan dilaksanakan melalui strategi-strategi yang akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

(6)

6 Program Bersepadu Potensi Dan Kompetensi

18. Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi (PROSPEK) diperkenalkan sebagai sistem baru penilaian kompetensi dan potensi pegawai yang lebih menyeluruh bagi menyandang jawatan di gred yang lebih tinggi. PROSPEK terdiri daripada Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP) dan Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP). PKP bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi dan potensi pegawai, manakala BKP bertujuan membangun dan menilai kompetensi dan potensi pegawai untuk menyandang gred jawatan lebih tinggi.

19. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang terlibat dengan pentadbiran, pengurusan dan penyeliaan perlu mengikuti PKP dan BKP sebelum dipertimbangkan kenaikan pangkat. Bagi pegawai yang tidak terlibat dengan tugas- tugas pentadbiran, pengurusan dan penyeliaan, pegawai akan dinilai melalui PKP sahaja.

20. Pegawai Kumpulan Pelaksana disyaratkan melalui PKP untuk dinaikkan pangkat. Pegawai Kumpulan Pelaksana di gred lantikan yang berkhidmat 15 tahun dan lebih boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat secara KUP tanpa PKP. Walau bagaimanapun, bagi kenaikan pangkat seterusnya pegawai dikehendaki melalui PKP.

SARAAN KETUA POLIS NEGARA

Gaji

21. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di bawah Kumpulan Premier seperti di Lampiran C1.

22. Prestasi KPN perlu dinilai untuk menentukan kelestariannya bagi terus menyandang jawatan dalam kumpulan ini serta pemberian bonus tahunan.

(7)

7

23. Sekiranya pegawai bersetuju menerima opsyen bagi pakej saraan dengan terma dan syarat Kumpulan Premier, pegawai diberi gaji, elaun dan kemudahan Kumpulan Premier.

24. Pada 1 Januari 2012, KPN yang sedang mengisi jawatan tersebut secara kontrak akan ditawar kontrak baru berdasarkan baki tempoh kontrak yang ada dengan terma dan syarat yang ditetapkan dalam Panduan Mengenai Dasar Dan Pelaksanaan Urusan Perlantikan Dan Perkhidmatan Pegawai Kumpulan Premier.

Imbuhan Tetap, Elaun, Kemudahan Dan Bonus

25. Imbuhan Tetap Perumahan, Bayaran Bantuan Menyelenggara Rumah, Imbuhan Tetap Keraian, Imbuhan Tetap Jawatan Utama dan Bantuan Pembantu Rumah kepada KPN adalah dikekalkan. Walau bagaimanapun, Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Jawatan Utama digabungkan menjadi Imbuhan Tetap Jawatan Premier, manakala Imbuhan Tetap Perumahan dan Bayaran Bantuan Menyelenggara Rumah digabungkan menjadi Imbuhan Perumahan Premier. Kadar bagi Imbuhan Tetap Jawatan Premier dan Imbuhan Perumahan Premier serta Bantuan Pembantu Rumah adalah seperti di Lampiran C1.

26. Selain itu, peruntukan kelayakan elaun, kemudahan dan bonus bagi KPN adalah seperti di Lampiran C2.

Penilaian Prestasi

27. Pelaksanaan pengukuran prestasi bagi Kumpulan Premier adalah berdasarkan pengukuran berasaskan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators) dan penilaian prestasi khas oleh panel penilai atau kaedah lain yang ditentukan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

(8)

8

SARAAN KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI

Gaji

28. Jadual Gaji Minimum - Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi PDRM seperti di Lampiran C3.

Prinsip Dan Kaedah Pemindahan Gaji Di Bawah SBPA

29. Gaji pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang menerima opsyen SBPA akan dipindahkan kepada Jadual Gaji Minimum - Maksimum. Prinsip pemindahan adalah daripada matagaji akhir di gred gaji asal ke matagaji SBPA yang ditetapkan dalam jadual pemindahan seperti di Lampiran C4.

Tarikh Pergerakan Gaji

30. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.

31. Pemindahan gaji kepada Jadual Gaji Minimum - Maksimum tidak mengubah

TPG pegawai kecuali bagi mereka yang berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.

32. Kaedah pemindahan gaji bagi pegawai yang TPG pada 1 Januari termasuk pegawai yang dinyatakan di perenggan 31 di atas, gaji pegawai dipindahkan ke gaji SBPA mengikut prinsip di perenggan 29 di atas dan kemudian pegawai diberi Kenaikan Gaji Tahunan.

(9)

9

33. Bagi pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji kepada gaji SBPA atas gred jawatan setara di SBPA terlebih dahulu, kemudian diberi Kenaikan Gaji Tahunan dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip penetapan gaji kenaikan pangkat.

34. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 32 dan 33 adalah seperti berikut:

34.1 Pemindahan Gaji Bagi Pegawai Yang TPG Pada 1 Januari.

- Lampiran C5

34.2 Pemindahan Gaji Bagi Pegawai Yang Tarikh Kenaikan Pangkat Pada 1 Januari 2012.

- Lampiran C6

Kenaikan Gaji Tahunan

35. Sejajar dengan tujuan untuk menjadikan pegawai berprestasi tinggi, konsep Gaji Berasaskan Prestasi diperkenalkan di mana Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi ditetapkan mengikut pencapaian prestasi berdasar peratusan.

36. KGT diberi kepada pegawai yang mencapai prestasi sekurang-kurangnya Menepati Sasaran dengan kadar KGT di Jadual 3 tertakluk kepada gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum - Maksimum.

Jadual 3: Peratusan Kenaikan Gaji Tahunan

Prestasi % KGT

Melebihi Sasaran Secara Signifikan

(Significantly Exceed Target) 15% daripada gaji Melebihi Sasaran

(Exceed Target) 8% daripada gaji Menepati Sasaran

(On Target) 5% daripada gaji

37. Pegawai yang tidak menepati sasaran, tidak diberi KGT.

(10)

10 38. Formula penentuan amaun KGT ialah:

Amaun KGT hendaklah dibundarkan kepada RM5.00 tertinggi terhampir.

39. Contoh pemberian KGT adalah seperti di Lampiran C7.

Kenaikan Gaji Tahunan 2012

40. KGT 2012 bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah pada kadar 5% daripada gaji kecuali mereka yang berprestasi rendah.

Imbuhan Tetap, Elaun Dan Kemudahan

41. Pelaksanaan SBPA tidak mengubah pemberian Imbuhan Tetap, elaun dan kemudahan yang sedang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, terdapat penetapan/

pindaan seperti berikut:

41.1 pegawai berpangkat Pesuruhjaya Polis dan Pesuruhjaya Kanan Polis layak menikmati elaun dan kemudahan mengikut kelayakan Gred Utama B.

41.2 kadar bagi dua (2) bayaran insentif yang ditetap berdasarkan gaji pokok yang terpakai bagi PDRM iaitu Bayaran Insentif Pedalaman dan Bayaran Insentif Wilayah adalah ditambat pada kadar gaji bulan Disember 2011.

Penetapan Gaji Bagi Kenaikan Pangkat

42. Gaji yang diterima oleh seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu.

Amaun KGT = % KGT x Gaji Pokok

(11)

11

42.1 Jika gaji hakiki dalam gred/ pangkat terdahulu adalah kurang daripada gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat dan perbezaan itu adalah sama atau lebih daripada 5% daripada gaji hakiki dalam gred/ pangkat terdahulu, pegawai itu hendaklah dibayar gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat itu.

42.2 Jika gaji hakiki dalam gred/ pangkat terdahulu kurang daripada gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat tetapi perbezaannya adalah kurang daripada 5% daripada gaji dalam gred terdahulu, pegawai itu hendaklah dibayar gaji di gred/ pangkat kenaikan pangkat yang sama dengan gaji hakiki ditambah 5% daripada gaji hakiki.

42.3 Jika gaji hakiki dalam gred/ pangkat terdahulu sama atau lebih lebih tinggi daripada gaji minimum dalam gred kenaikan pangkat, pegawai itu hendaklah dibayar gaji dengan penambahan 5% daripada gaji hakiki di gred/ pangkat terdahulu.

43. Bagi kenaikan pangkat dari Penolong Kanan Pesuruhjaya ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kaedah penetapan gaji kenaikan pangkat dikekalkan seperti mana prinsip yang sedang berkuat kuasa.

Penilaian Prestasi

44. Pengukuran prestasi bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah menggunakan pengukuran berasaskan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators) yang digabungkan dalam borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) atau kaedah lain yang ditentukan oleh Kerajaan.

(12)

12

SARAAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTA KUMPULAN PELAKSANA

Gaji

45. JGS adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

46. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

46.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.

46.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan.

46.3 kadar KGT yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT yang lebih baik berbanding gred lebih rendah.

47. JGS bagi skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C8 manakala JGS bagi skim perkhidmatan jumud adalah seperti di Lampiran C9.

Prinsip Pemindahan Gaji

48. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji yang sama atau tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.

(13)

13

Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji

49. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.

50. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.

51. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.

52. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 49, 50, dan 51 adalah seperti di Lampiran C10.

53. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.

54. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:

54.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.

54.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS.

TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.

(14)

14

55. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti berikut:

55.1 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Klasifikasi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia.

- Lampiran C11

55.2 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Klasifikasi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat).

- Lampiran C12

Pergerakan Gaji Tahunan

56. Di bawah SBPA hanya satu jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Bagi pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012 hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 53, 54 dan 55.

Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang

57. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum – Maksimum atau JGS di gred kenaikan pangkat/ gred yang ditawarkan.

58. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara Khas Untuk Penyandang (KUP), pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 48 dan 54.1.

(15)

15

59. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:

59.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji di Lampiran C11 dan Lampiran C12.

59.2 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.

Pegawai Lantikan Kontrak (Contract of Service)

60. Pegawai lantikan kontrak (contract of service) akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Kaedah ini tidak terpakai bagi KPN yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.

IMBUHAN TETAP DAN ELAUN

Imbuhan Tetap Dan Elaun

61. Prinsip, kadar dan syarat-syarat bayaran Imbuhan Tetap yang berkuat kuasa dikekalkan di bawah SBPA.

62. Syarat-syarat dan peraturan pelaksanaan Imbuhan Tetap tersebut hendaklah merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan, surat edaran atau surat pelaksanaan yang berkuat kuasa. Senarai Imbuhan Tetap adalah seperti di Lampiran D1.

63. Syarat-syarat dan peraturan pelaksanaan bagi elaun hendaklah merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan, surat edaran atau surat pelaksanaan yang berkuat kuasa. Senarai elaun adalah seperti di Lampiran D2.

(16)

16 Bayaran Insentif Yang Ditambatkan Kadar

64. Kadar bagi dua (2) bayaran insentif yang ditetap berdasarkan gaji pokok yang terpakai bagi PDRM iaitu Bayaran Insentif Pedalaman dan Bayaran Insentif Wilayah adalah ditambat pada kadar gaji bulan Disember 2011.

KEMUDAHAN

65. Kemudahan adalah diberi atas prinsip keistimewaan dan bukan merupakan hak seseorang pegawai. Ia boleh ditarik balik pada bila-bila masa jika perlu. Semua kemudahan yang berkuat kuasa dikekalkan.

66. Syarat-syarat dan peraturan pelaksanaan kemudahan tersebut hendaklah merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan, surat edaran atau surat pelaksanaan yang berkuat kuasa. Senarai kemudahan adalah seperti di Lampiran E.

SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN

Tempoh Percubaan

67. Mulai tarikh kuat kuasa SBPA, calon yang dilantik secara tetap dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan antara enam (6) bulan hingga 24 bulan. Pegawai boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah melalui tempoh percubaan sekurang- kurangnya enam (6) bulan dan memenuhi syarat pengesahan lain yang ditetapkan.

68. Pegawai yang masih tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan setelah tamat tempoh percubaan maksimum 24 bulan, boleh dilanjutkan tempoh percubaan tidak melebihi tempoh satu (1) tahun.

(17)

17

69. Bagi calon yang dilantik tetap tetapi belum disahkan dalam perkhidmatan mulai tarikh kuat kuasa SBPA dan bersetuju menerima SBPA, tempoh percubaan dan pengesahan dalam perkhidmatan adalah seperti berikut:

69.1 pegawai boleh disahkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa SBPA tertakluk telah berkhidmat dalam tempoh percubaan enam (6) bulan atau lebih dan memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan di bawah SSM.

69.2 pegawai yang telah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 24 bulan atau lebih tetapi belum memenuhi syarat pengesahan dalam perkhidmatan, dibenar menghabiskan baki tempoh percubaan asal di bawah SSM atau baki tempoh yang dilanjutkan oleh Pihak Berkuasa Melantik dan pegawai boleh disahkan sekiranya telah memenuhi semua syarat pengesahan dalam perkhidmatan.

Program Transformasi Minda

70. Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam Perkhidmatan Awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami falsafah dan prinsip pembentukan negara, sistem pentadbiran Kerajaan dan peraturan-peraturan asas Perkhidmatan Awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan. PTM menjadi salah satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.

Penilaian Prestasi

71. Sistem penilaian prestasi baru yang lebih menyeluruh diperkenalkan meliputi penggunaan kaedah pelbagai penilai (multi-rater), Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators) dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan yang ditambah baik. Sistem penilaian prestasi baru ini lebih inklusif, adil dan telus selaras dengan keperluan perkhidmatan dan mengandungi elemen baru kompetensi seperti idea inovatif dan kreatif serta sumbangan aktif pegawai di luar tugas rasmi.

(18)

18

72. PDRM dibenarkan membuat pengubahsuaian terhadap komponen Sistem Penilaian Prestasi baru selaras dengan peranan dan tugas perkhidmatan masing- masing tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Pingat Perkhidmatan Cemerlang

73. Selain daripada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang diperkenalkan bagi mengiktiraf sumbangan pegawai yang melangkaui kebiasaan kepada perkhidmatan, masyarakat dan negara.

DASAR PEMISAH (EXIT POLICY) KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI, KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTA KUMPULAN PELAKSANA

74. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

PERSARAAN DAN FAEDAH PERSARAAN KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI, KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SERTA KUMPULAN PELAKSANA

Umur Persaraan Paksa 60 Tahun

75. Bagi pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Januari 2012, umur persaraan paksa adalah 60 tahun. Bagi pegawai yang kini tertakluk kepada umur persaraan paksa 55 tahun, 56 tahun atau 58 tahun, pegawai akan ditawar opsyen melanjutkan perkhidmatan sehingga umur persaraan paksa 60 tahun. Borang opsyen pelanjutan umur persaraan paksa 60 tahun seperti di Lampiran F.

(19)

19 Kebolehalihan

76. Selaras dengan hasrat untuk meningkatkan lagi mobiliti pegawai dalam perkhidmatan, Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan dasar pelepasan dengan izin dan menggantikannya dengan dasar pelepasan jawatan berkuat kuasa 1 Januari 2012.

Pemansuhan dasar ini membolehkan tempoh perkhidmatan pegawai diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah persaraan dengan syarat pegawai dilantik semula dalam Perkhidmatan Awam.

77. Dari segi pelaksanaan, pegawai perlu memaklumkan kepada Ketua Jabatan secara bertulis mengenai hasratnya untuk meninggalkan jawatan yang disandang bagi tujuan menerima pelantikan baru dalam Perkhidmatan Awam. Pelepasan jawatan tersebut akan berkuat kuasa mulai tarikh pegawai dilantik ke jawatan baru itu.

Manakala, pegawai yang akan dilantik ke Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan serta pegawai yang berhenti daripada Perkhidmatan Awam hendaklah meletak jawatan.

78. Bagi pegawai yang melepaskan jawatan atau meletakkan jawatan dan kemudiannya dilantik semula pada atau selepas 1 Januari 2012, tempoh perkhidmatan lepas yang terputus boleh dimasuk kira bagi maksud penghitungan faedah persaraan.

Pembayaran Pencen Kepada Pesara Pilihan Diawalkan

79. Pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 dan kemudiannya bersara pilihan akan dibayar pencen apabila mencapai umur 55 tahun.

Pengiraan Faedah Persaraan Bagi Persaraan Atas Kehendak Kerajaan

80. Pegawai yang dikehendaki oleh Kerajaan untuk dibersarakan atas alasan kepentingan negara atau demi kepentingan Perkhidmatan Awam diberi faedah persaraan yang dikira berdasarkan tempoh perkhidmatan seolah-olah pegawai itu berkhidmat sehingga mencapai umur persaraan paksa yang terpakai baginya.

(20)

20 TAWARAN OPSYEN

Opsyen

81. Opsyen hanya akan diberi kepada pegawai tetap yang sedang berkhidmat pada 1 Januari 2012. Pegawai tetap adalah yang dilantik ke jawatan tetap termasuk yang dalam percubaan, tukar sementara dan peminjaman.

82. Bagi pegawai yang bersara, meletak jawatan atau dibuang kerja berkuat kuasa pada 1 Januari 2012 atau sebelumnya, opsyen tidak ditawarkan kerana pegawai tidak lagi berada dalam perkhidmatan pada 1 Januari 2012.

Tempoh Opsyen

83. Opsyen hendaklah dibuat dalam tempoh 15 hari mulai 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011.

84. Tawaran opsyen kepada semua pegawai yang layak akan diuruskan oleh pengurus sumber manusia Kementerian atau agensi masing-masing. Sekiranya PDRM menyediakan aplikasi penawaran opsyen secara online, dokumen opsyen termasuk surat tawaran yang lengkap boleh dimuat turun daripada laman web PDRM. Adalah menjadi tanggungjawab pegawai untuk mengisi pilihan opsyen sama ada menerima atau tidak menerima opsyen dan menandatangani Borang Opsyen serta Surat Akuan Penerimaan Surat Tawaran Opsyen. Borang dan surat yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dikembalikan kepada pengurus sumber manusia di Kementerian atau agensi masing-masing sebelum atau pada 30 Disember 2011.

Opsyen Bagi Skim Perkhidmatan Yang Dikekalkan

85. Bagi skim perkhidmatan yang dikekalkan di bawah SBPA, senarai skim perkhidmatan yang terlibat adalah seperti di Lampiran B4. Bagi pangkat Pesuruhjaya Polis Gred VUYA6 di bawah SSM akan dipindahkan gajinya kepada VUYA6 di bawah SBPA.

(21)

21

Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA

85.1 Dokumen opsyen SBPA bagi kategori ini adalah seperti berikut:

a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran G1

b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA.

- Lampiran G2

c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran G3

d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai

Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai.

- Lampiran G4

85.2 Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai akan kekal atas skim perkhidmatan asal serta tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan sistem saraan yang terpakai bagi pegawai sebelum 1 Januari 2012.

Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA

85.3 Pegawai yang pernah ditawarkan opsyen tukar lantik dan bersetuju menerima skim perkhidmatan yang berkenaan di bawah SSM tetapi belum memenuhi syarat skim perkhidmatan yang ditetapkan pada masa itu akan diberi dokumen opsyen seperti berikut:

a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran H1

b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA.

- Lampiran H2

c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran H3

d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai.

- Lampiran H4

(22)

22

85.4 Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai akan kekal atas skim perkhidmatan yang dipilih semasa urusan tukar lantik di bawah SSM, serta tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan sistem saraan yang terpakai bagi pegawai sebelum 1 Januari 2012.

Opsyen Bagi Jawatan Jumud Sebelum Pelaksanaan SBPA Dan Dihapuskan Jawatan

86. Bagi skim perkhidmatan jumud sebelum SBPA serta dihapuskan jawatannya mengikut Pekeliling Perkhidmatan ini seperti di Lampiran B3, pegawai akan ditukarkan ke skim perkhidmatan di bawah SBPA melalui opsyen SBPA.

Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Di bawah SBPA

86.1 Pegawai yang berada dalam skim perkhidmatan jumud dan memenuhi syarat skim perkhidmatan di bawah SBPA, dokumen opsyen ke skim perkhidmatan baru adalah seperti berikut:

a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran J1 b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai

Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA.

- Lampiran J2

c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran J3 d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan

Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai.

- Lampiran J4

Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA

86.2 Pegawai yang berada dalam skim perkhidmatan jumud dan belum memenuhi syarat skim perkhidmatan di bawah SBPA, dokumen opsyen ke skim perkhidmatan baru adalah seperti berikut:

(23)

23

a. Surat Tawaran Opsyen SBPA. - Lampiran K1 b. Surat Akuan Oleh Pegawai Mengenai

Penerimaan Surat Tawaran Opsyen SBPA.

- Lampiran K2

c. Borang Opsyen SBPA. - Lampiran K3

d. Surat Akuan Oleh Ketua Jabatan Mengenai Penerimaan Borang Opsyen SBPA Daripada Pegawai.

- Lampiran K4

87. Bagi pegawai dalam kategori ini yang tidak bersetuju menerima opsyen SBPA, pegawai di bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibersarakan di bawah seksyen 6A(6) Akta Pencen 1980 (Akta 227) yang dibaca bersama seksyen 10(5)(b) Akta 227. Manakala pegawai di bawah Skim Pencen akan dibersarakan di bawah seksyen 10(5)(b) Akta 227.

Syarat-Syarat Opsyen

88. Opsyen hendaklah dibuat tanpa syarat. Pegawai disifatkan sebagai tidak bersetuju menerima opsyen SBPA sekiranya tidak membuat pilihan atau membuat pilihan secara tidak jelas (menanda di luar ruangan yang sepatutnya atau menanda di kedua-dua ruangan) atau dengan bersyarat atau dengan bantahan atau dengan pindaan.

Pegawai juga disifatkan sebagai tidak bersetuju menerima opsyen SBPA jika tidak mengembalikan borang opsyen kepada Ketua Jabatan tanpa sebarang sebab yang munasabah sebelum atau pada 30 Disember 2011.

89. Opsyen yang ditawarkan kepada pegawai adalah berdasarkan kepada maklumat perkhidmatan dalam borang opsyen. Sekiranya maklumat yang dikemukakan tidak tepat dan menyebabkan tawaran yang salah diberikan, maka tawaran tersebut hendaklah dianggap tidak sah dan terbatal. Ketua Jabatan hendaklah memberikan borang opsyen baru kepada pegawai untuk membuat pemilihan dan menandatanganinya.

(24)

24

90. Opsyen hendaklah dibuat oleh pegawai yang berkenaan. Sekiranya terbukti terdapat pegawai lain yang membuat pilihan dan menanda tangan borang opsyen bagi pihak pegawai yang berkenaan, pegawai yang menanda tangan borang opsyen bagi pihak pegawai berkenaan boleh dikenakan tindakan tatatertib. Opsyen tersebut hendaklah dianggap tidak sah dan terbatal. Ketua Jabatan hendaklah memberikan borang opsyen baru kepada pegawai untuk membuat pemilihan dan menandatanganinya.

Pelaksanaan Opsyen

91. Pelaksanaan opsyen adalah seperti berikut:

91.1 bagi pegawai yang telah menerima opsyen ini dan kemudiannya meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja sebelum 1 Januari 2012, maka tawaran ini adalah dengan sendirinya terbatal.

91.2 bagi pegawai yang ditahan kerja atau digantung kerja oleh Pihak Berkuasa Tatatertib sebelum 1 Januari 2012, apa-apa faedah yang layak diberi kepada pegawai akan diselaraskan dengan sewajarnya melainkan jika Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan hukuman buang kerja kepada pegawai yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012.

91.3 bagi pegawai yang dikenakan perintah tahanan, kediaman terhad, buang negeri, deportasi atau apa-apa bentuk perintah sekatan atau pengawasan sama ada dengan bon atau selainnya di bawah mana-mana undang- undang yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012, apa-apa faedah yang layak diberi akan diselaraskan dengan sewajarnya melainkan jika Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan hukuman buang kerja kepada pegawai yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012.

(25)

25

91.4 bagi pegawai yang dibuktikan tidak menerima dokumen opsyen atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, maka borang opsyen hendaklah diberi kepada pegawai walaupun tempoh opsyen telah tamat dengan syarat pegawai masih berkhidmat pada atau selepas 1 Januari 2012. Tempoh opsyen bagi pegawai berkenaan adalah 15 hari daripada tarikh pegawai menerima borang opsyen.

91.5 bagi pegawai yang belum membuat opsyen dan dalam tempoh opsyen itu pegawai sakit yang menyebabkan pegawai tidak berkeupayaan untuk membuat opsyen, tidak sedarkan diri atau koma dan pegawai kemudiannya meninggal dunia pada atau selepas 1 Januari 2012, pegawai adalah disifatkan sebagai telah menerima skim perkhidmatan serta terma dan syarat perkhidmatan SBPA.

91.6 bagi pegawai yang belum dan juga telah membuat opsyen tetapi telah meninggal dunia sebelum 1 Januari 2012, maka tawaran dan opsyen yang telah dibuat adalah dengan sendirinya terbatal.

91.7 bagi pegawai lantikan kontrak dan kaedah pelantikan bukan tetap yang lain tidak layak ditawarkan opsyen.

Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Pertukaran Ke Skim Perkhidmatan Baru

92. Pegawai yang memiliki kelayakan seperti yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa di bawah SBPA, layak ditukarkan ke skim perkhidmatan tersebut.

93. Pegawai yang tidak memiliki kelayakan atau tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan (bukan ikhtisas) yang berkuat kuasa di bawah SBPA, perlu memenuhi syarat tempoh pengalaman dalam jawatan yang disandang berdasarkan prinsip tempoh pengalaman menggantikan kelayakan akademik atau penyandang perlu hadir dan lulus dengan jayanya kursus peralihan setara seperti yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

(26)

26

94. Tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira hendaklah dalam perkhidmatan tetap di skim perkhidmatan jawatan semasa yang disandang tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji.

Pegawai Yang Cuti Berkursus, Cuti Separuh Gaji Atau Cuti Tanpa Gaji Dalam Tempoh Opsyen

95. Pegawai yang cuti berkursus, cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji, opsyen hendaklah ditawarkan oleh Ketua Jabatan terakhir pegawai bertugas/ ditempatkan.

Opsyen Muktamad

96. Opsyen yang dibuat oleh pegawai adalah muktamad.

Pemakaian Kepada Pegawai Yang Tidak Bersetuju Menerima SBPA

97. Perkara yang disenaraikan di bawah ini yang dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini akan terpakai juga kepada pegawai yang tidak bersetuju menerima SBPA:

97.1 Penjumudan Skim Perkhidmatan.

97.2 Bayaran Insentif Yang Ditambatkan Kadar.

97.3 Program Transformasi Minda.

97.4 Penilaian Prestasi.

97.5 Pingat Perkhidmatan Cemerlang.

97.6 Dasar Pemisah.

97.7 Umur Persaraan Paksa 60 Tahun.

97.8 Kebolehalihan.

97.9 Pembayaran Pencen Kepada Pesara Pilihan Diawalkan.

97.10 Pengiraan Faedah Persaraan Bagi Persaraan Atas Kehendak Kerajaan.

(27)

27 TARIKH KUAT KUASA

98. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.

PEMAKAIAN

99. Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah dibaca bersama dengan pekeliling- pekeliling lain yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Malaysia

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PUTRAJAYA

07 Disember 2011

Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Ketua Polis Negara

Ketua Audit Negara

(28)

Lampiran A

GLOSARI ISTILAH

(29)

1/1

Lampiran A

GLOSARI ISTILAH

“Klasifikasi Perkhidmatan” bermaksud pengkelasan perkhidmatan berdasarkan persamaan peranan, bidang, fungsi dan pengkhususan.

“Kumpulan Perkhidmatan” bermaksud peringkat perkhidmatan mengikut keutamaan peranan iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

“Matagaji” bermaksud amaun gaji tertentu yang terletak di sesuatu Jadual Gaji.

“Peningkatan Secara Lantikan (PSL)” bermaksud pelantikan pegawai daripada kumpulan perkhidmatan yang rendah kepada kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi secara pelantikan baharu tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkaitan. Terma PSL ini mengantikan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL).

“Pergerakan Gaji Biasa” bermaksud pergerakan gaji daripada matagaji semasa ke matagaji berikutnya.

“Skim Perkhidmatan” bermaksud terma dan syarat-syarat pelantikan, pengesahan dan kenaikan pangkat bagi sesuatu jawatan dalam Perkhidmatan Awam.

(30)

Lampiran B1

SENARAI SKIM

PERKHIDMATAN PDRM

(31)

1/1

Lampiran B1

SENARAI SKIM PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Klasifikasi

Perkhidmatan Kod Skim Perkhidmatan Muka Surat

POLIS DIRAJA MALAYSIA

(Y)

YA Pegawai Kanan Polis

Gred YA11, YA12, YA14, YA16, YA18, YA20

1

YA Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Gred YA1, YA2, YA4, YA6, YA8, YA10

6

YP Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli Gred YP1, YP2, YP4, YP6, YP8, YP10

11

YT Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan Gred YT1, YT2, YT4, YT6, YT8, YT10

14

(32)

1 / 2

Lampiran B1(a)

PERBEKALAN UMUM SKIM PERKHIDMATAN

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA KUMPULAN PERKHIDMATAN : SEMUA KUMPULAN PERKHIDMATAN

KEWARGANEGARAAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah seorang warganegara Malaysia.

HAD UMUR 2. Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

3. Suruhanjaya hendaklah menentukan gaji seseorang pegawai berdasarkan gaji permulaan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN LEBIH TINGGI

4. (a) Jika seseorang pegawai yang akan dilantik kali pertama memiliki pengalaman kerja yang relevan dengan bidang tugas jawatan yang akan disandangnya, pegawai itu boleh diberikan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan satu Pergerakan Gaji Biasa (PGB) bagi tiap-tiap genap satu tahun pengalaman kerja yang relevan itu, terhad kepada gaji maksimum di gred jawatan tersebut. Suruhanjaya mempunyai budi bicara untuk menentukan sebahagian atau sepenuhnya bilangan tahun pengalaman kerja yang relevan untuk diambil kira bagi menetapkan gaji permulaan lebih tinggi.

Perbekalan 3 dan 4(a) adalah juga terpakai bagi pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan yang dilantik ke skim perkhidmatan yang lain dan pegawai yang dilantik dari kalangan pegawai yang meletak jawatan, pegawai yang bersara atau dibersarakan dan pegawai yang ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja.

(b) Jika seseorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan kemudiannya dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain, gaji permulaan pegawai itu adalah pada mata gaji lebih tinggi berhampiran yang perbezaannya tidak kurang daripada satu PGB atau amaun yang bersamaan dengan PGB dalam gred atau jawatan terdahulu, terhad di mata gaji maksimum jawatan baru.

TEMPOH PERCUBAAN 5. Pegawai yang dilantik secara terus atau Peningkatan Secara Lantikan adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 6 hingga 24 bulan.

LATIHAN 6. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

7. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda.

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

8. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-

(a) memenuhi tempoh percubaan;

(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda;

(33)

2 / 2

(c) lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan, sekiranya disyaratkan oleh skim perkhidmatan;

(d) memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan; dan

(e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KEPERLUAN KOMPETENSI

9. Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat.

(34)

1 / 16

Lampiran B1(b)

SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KANAN POLIS

Perbekalan dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama dengan perbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN POLIS

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

GRED GAJI/JAWATAN :

PANGKAT GRED

Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis YA20 Penolong Pesuruhjaya Polis YA18

Penguasa Polis YA16

Timbalan Penguasa Polis YA14 Penolong Penguasa Polis YA12

Inspektor Polis YA11

TARIKH KUAT KUASA : 1 JANUARI 2012

TAFSIRAN :

SEMUA PERKARA YANG DISEBUT DALAM PERBEKALAN INI MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMA DENGAN PERBEKALAN-PERBEKALAN DALAM AKTA POLIS 1967

SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- (a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh

kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T1); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T2); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T2); atau

(iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T2); atau

(35)

2 / 16

(v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T3); atau

(vi) Ahli penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T3); atau

(vii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T4); atau

(viii) Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T4); atau

(ix) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T5).

[Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan di perenggan 5(a)(vi) hingga 5(a)(vii) di atas adalah seperti di Rujukan Y1]

(b) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;

(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;

(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;

dan

(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

(36)

3 / 16

dan (c) Lulus ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/

Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN DARIPADA PEGAWAI

RENDAH POLIS DAN KONSTABEL

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk peningkatan secara lantikan ke pangkat Inspektor Gred YA11, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a) di atas; atau (ii) lulus Peperiksaan Khas.

(b) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya; dan (c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

PERMOHONAN UNTUK LANTIKAN 4. Permohonan untuk lantikan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya.

LATIHAN 5. (a) Inspektor Gred YA11 lantikan terus adalah dikehendaki mengikuti latihan selama tempoh yang ditentukan oleh Ketua Polis Negara dari semasa ke semasa.

(b) Inspektor Gred YA11 yang memasuki perkhidmatan melalui peningkatan secara lantikan boleh dikecualikan daripada menjalani sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada latihan yang ditetapkan mengikut budi bicara Ketua Polis Negara.

GAGAL DALAM LATIHAN DAN

PENAMATAN LANTIKAN

6. Inspektor Gred YA11 lantikan terus yang gagal dalam latihannya boleh dipertimbangkan supaya tempoh latihannya dilanjutkan atau perakuan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya supaya perkhidmatannya ditamatkan.

PROGRAM

TRANSFORMASI MINDA/

PEPERIKSAAN

7. Inspektor Gred YA11 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus Peperiksaan Undang-undang Tinggi yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara.

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

8. Inspektor Gred YA11 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-

(a) memenuhi tempoh percubaan;

(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus semua peperiksaan yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT PENOLONG PENGUASA POLIS

GRED YA12

9. Inspektor Gred YA11 yang dilantik adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Penolong Penguasa Polis Gred YA12 yang kosong apabila telah:-

(37)

4 / 16

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(d) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT

TIMBALAN PENGUASA POLIS GRED YA14

10. Penolong Penguasa Polis Gred YA12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Timbalan Penguasa Polis Gred YA14 yang kosong apabila telah:-

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT PENGUASA POLIS GRED YA16

11. Timbalan Penguasa Polis Gred YA14 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Penguasa Polis Gred YA16 yang kosong apabila telah:-

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT PENOLONG PESURUHJAYA POLIS GRED YA18

12. Penguasa Polis Gred YA16 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis Gred YA18 yang kosong apabila telah:-

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT

KE PANGKAT PENOLONG KANAN PESURUHJAYA

POLIS GRED YA20

13. Penolong Pesuruhjaya Polis Gred YA18 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Gred YA20 yang kosong apabila telah:-

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN

PENGURUSAN TERTINGGI

14. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Gred YA20 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

(38)

5 / 16

Rujukan Y1

SENARAI BADAN PERAKAUNAN YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN

(i) Ahli Institut Akauntan Malaysia;

(ii) Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia;

(iii) Ahli The Institute of Chartered Accountants in England and Wales;

(iv) Ahli The Institute of Chartered Accountants in Ireland;

(v) Ahli The Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom);

(vi) Ahli The Institute of Chartered Accountants in Australia;

(vii) Ahli The Australian Society of Certified Practicing Accountants;

(viii) Ahli The Institute of Chartered Accountants of New Zealand;

(ix) Ahli The Canadian Institute of Chartered Accountants;

(x) Ahli The Chartered Institute of Management Accountants (United Kingdom);

(xi) Ahli The Institute of Chartered Accountants of Scotlands; dan (xii) Ahli The Institute of Chartered Accountants of India.

Nota : Senarai ini berdasarkan kepada pengiktirafan dan kelulusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

(39)

6 / 16

Lampiran B1(b)(i)

SKIM PERKHIDMATAN

PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL

Perbekalan di dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama dengan perbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan di dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN POLIS

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)

GRED GAJI/JAWATAN :

PANGKAT GRED

Sub-Inspektor YA10

Sarjan Mejar YA8

Sarjan YA6

Koperal YA4

Lans Koperal YA2

Konstabel YA1

TARIKH KUAT KUASA : 1 JANUARI 2012

TAFSIRAN :

SEMUA PERKARA YANG DISEBUT DALAM PERBEKALAN INI MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMA DENGAN PERBEKALAN-PERBEKALAN DALAM AKTA POLIS 1967

SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN KONSTABEL (a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: T1).

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN SARJAN

(b) (i) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA6: T1); atau

(ii) Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA6: T2).

(c) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;

(40)

7 / 16

(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;

(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan (vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh

pengamal perubatan berdaftar.

(d) dan Lulus ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN DARIPADA PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL ORANG ASLI DAN PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL SOKONGAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli dan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk peningkatan secara lantikan ke pangkat Konstabel Gred YA1, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) (i) mempunyai kelayakan di Perenggan 1(a) di atas; atau (ii) lulus Peperiksaan Khas.

(b) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya; dan (c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

PERMOHONAN UNTUK LANTIKAN 4. Permohonan untuk lantikan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/ LATIHAN

5. (a) Konstabel Gred YA1/Sarjan Gred YA6 lantikan terus adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan mengikuti latihan selama tempoh yang ditentukan oleh Ketua Polis Negara dari semasa ke semasa.

(b) Konstabel Gred YA1 yang memasuki perkhidmatan melalui peningkatan secara lantikan atau Sarjan Gred YA6 yang dinaikkan pangkat melalui Perenggan 11(a) boleh dikecualikan daripada menjalani sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada latihan yang ditetapkan mengikut budi bicara Ketua Polis Negara.

GAGAL DALAM LATIHAN DAN PENAMATAN LANTIKAN

6. Konstabel Gred YA1/Sarjan Gred YA6 lantikan terus yang gagal dalam latihannya boleh dipertimbangkan supaya tempoh latihannya dilanjutkan atau perakuan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya supaya perkhidmatannya ditamatkan.

(41)

8 / 16

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

7. Konstabel Gred YA1/Sarjan Gred YA6 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-

(a) memenuhi tempoh percubaan;

(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan latihan yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya.

KEMAJUAN SECARA

TIME-BASED KE PANGKAT LANS KOPERAL GRED YA2

8. Konstabel Gred YA1 adalah layak dipertimbangkan untuk kemajuan ke pangkat Lans Koperal Gred YA2 secara time-based apabila telah:- (a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di pangkat Konstabel;

dan

(c) mendapat sokongan daripada Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT KOPERAL GRED YA4

9. Lans Koperal Gred YA2 adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Gred YA4 yang kosong apabila telah:-

(a) (i) lulus Peperiksaan Perkhidmatan (Peperiksaan Undang- undang Rendah); atau

(ii) lulus peperiksaan ketukangan yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara;

(Anggota-anggota yang memilih untuk berkhidmat terus dalam Cawangan Ketukangan tidak akan dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan di luar dari Cawangan Ketukangan. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka ingin bertukar keluar dari Cawangan Ketukangan mereka dikehendaki terlebih dahulu lulus Peperiksaan Undang-undang Rendah).

(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(d) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED KE PANGKAT KOPERAL GRED YA4

10. Lans Koperal Gred YA2 adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Gred YA4 secara time-based apabila telah:-

(a) berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di pangkat Lans Koperal;

(b) (i) lulus Peperiksaan Perkhidmatan (Peperiksaan Undang- undang Rendah); atau

(ii) lulus peperiksaan ketukangan yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara;

Referensi

Dokumen terkait

(a) pegawai hendaklah mengemukakan surat pelepasan jawatan s ecara rasmi bertulis berserta dengan s urat tawaran pelantikan kepada Ketua Jabatan dalam tempoh 30

Memantau penguatkuasaan Akta-akta yang berkaitan dengan Undang-undang Perburuhan, Akta Kerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta Kesatuan Sekerja 1967 dan lain-lain

Walaupun seseorang pegawai yang sedang berkhidmat telah mematuhi syarat di perenggan 5, Ketua Jabatan pada bila-bila masa boleh mengarahkan pegawai untuk menjalani

Ahli-ahli Pihak Pekerja pula hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan yang menjadi ahli kesatuan-kesatuan sekerja dan persatuan-persatuan kakitangan yang

ada seperti Pembangunan Profesional Berterusan atau Continuous Professional Development (CPD), Latihan Berasaskan Kompetensi atau Competency Based Training (CBT) dan

Pementoran dalam perkhidmatan awam merupakan pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan dengan menerapkan elemen psikologi dan kaunseling secara profesional