• Tidak ada hasil yang ditemukan

1/1

Lampiran B1

SENARAI SKIM PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Klasifikasi

Perkhidmatan Kod Skim Perkhidmatan Muka Surat

POLIS DIRAJA MALAYSIA

(Y)

YA Pegawai Kanan Polis

Gred YA11, YA12, YA14, YA16, YA18, YA20

1

YA Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Gred YA1, YA2, YA4, YA6, YA8, YA10

6

YP Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli Gred YP1, YP2, YP4, YP6, YP8, YP10

11

YT Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan Gred YT1, YT2, YT4, YT6, YT8, YT10

14

1 / 2

Lampiran B1(a)

PERBEKALAN UMUM SKIM PERKHIDMATAN

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA KUMPULAN PERKHIDMATAN : SEMUA KUMPULAN PERKHIDMATAN

KEWARGANEGARAAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah seorang warganegara Malaysia.

HAD UMUR 2. Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

3. Suruhanjaya hendaklah menentukan gaji seseorang pegawai berdasarkan gaji permulaan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN LEBIH TINGGI

4. (a) Jika seseorang pegawai yang akan dilantik kali pertama memiliki pengalaman kerja yang relevan dengan bidang tugas jawatan yang akan disandangnya, pegawai itu boleh diberikan gaji permulaan yang lebih tinggi berdasarkan satu Pergerakan Gaji Biasa (PGB) bagi tiap-tiap genap satu tahun pengalaman kerja yang relevan itu, terhad kepada gaji maksimum di gred jawatan tersebut. Suruhanjaya mempunyai budi bicara untuk menentukan sebahagian atau sepenuhnya bilangan tahun pengalaman kerja yang relevan untuk diambil kira bagi menetapkan gaji permulaan lebih tinggi.

Perbekalan 3 dan 4(a) adalah juga terpakai bagi pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan yang dilantik ke skim perkhidmatan yang lain dan pegawai yang dilantik dari kalangan pegawai yang meletak jawatan, pegawai yang bersara atau dibersarakan dan pegawai yang ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja.

(b) Jika seseorang pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan kemudiannya dilantik ke jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain, gaji permulaan pegawai itu adalah pada mata gaji lebih tinggi berhampiran yang perbezaannya tidak kurang daripada satu PGB atau amaun yang bersamaan dengan PGB dalam gred atau jawatan terdahulu, terhad di mata gaji maksimum jawatan baru.

TEMPOH PERCUBAAN 5. Pegawai yang dilantik secara terus atau Peningkatan Secara Lantikan adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 6 hingga 24 bulan.

LATIHAN 6. Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

7. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda.

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

8. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-

(a) memenuhi tempoh percubaan;

(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda;

2 / 2

(c) lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan, sekiranya disyaratkan oleh skim perkhidmatan;

(d) memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan; dan

(e) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

KEPERLUAN KOMPETENSI

9. Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat.

1 / 16

Lampiran B1(b)

SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KANAN POLIS

Perbekalan dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama dengan perbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN POLIS

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

GRED GAJI/JAWATAN :

PANGKAT GRED

Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis YA20 Penolong Pesuruhjaya Polis YA18

Penguasa Polis YA16

Timbalan Penguasa Polis YA14 Penolong Penguasa Polis YA12

Inspektor Polis YA11

TARIKH KUAT KUASA : 1 JANUARI 2012

TAFSIRAN :

SEMUA PERKARA YANG DISEBUT DALAM PERBEKALAN INI MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMA DENGAN PERBEKALAN-PERBEKALAN DALAM AKTA POLIS 1967

SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- (a) (i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh

kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T1); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T2); atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T2); atau

(iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T2); atau

2 / 16

(v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T3); atau

(vi) Ahli penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T3); atau

(vii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T4); atau

(viii) Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T4); atau

(ix) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA11: T5).

[Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan di perenggan 5(a)(vi) hingga 5(a)(vii) di atas adalah seperti di Rujukan Y1]

(b) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;

(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;

(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;

dan

(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

3 / 16

dan (c) Lulus ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/

Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN DARIPADA PEGAWAI

RENDAH POLIS DAN KONSTABEL

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk peningkatan secara lantikan ke pangkat Inspektor Gred YA11, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a) di atas; atau (ii) lulus Peperiksaan Khas.

(b) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya; dan (c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

PERMOHONAN UNTUK LANTIKAN 4. Permohonan untuk lantikan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya.

LATIHAN 5. (a) Inspektor Gred YA11 lantikan terus adalah dikehendaki mengikuti latihan selama tempoh yang ditentukan oleh Ketua Polis Negara dari semasa ke semasa.

(b) Inspektor Gred YA11 yang memasuki perkhidmatan melalui peningkatan secara lantikan boleh dikecualikan daripada menjalani sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada latihan yang ditetapkan mengikut budi bicara Ketua Polis Negara.

GAGAL DALAM LATIHAN DAN

PENAMATAN LANTIKAN

6. Inspektor Gred YA11 lantikan terus yang gagal dalam latihannya boleh dipertimbangkan supaya tempoh latihannya dilanjutkan atau perakuan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya supaya perkhidmatannya ditamatkan.

PROGRAM

TRANSFORMASI MINDA/

PEPERIKSAAN

7. Inspektor Gred YA11 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus Peperiksaan Undang-undang Tinggi yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara.

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

8. Inspektor Gred YA11 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-

(a) memenuhi tempoh percubaan;

(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus semua peperiksaan yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT PENOLONG PENGUASA POLIS

GRED YA12

9. Inspektor Gred YA11 yang dilantik adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Penolong Penguasa Polis Gred YA12 yang kosong apabila telah:-

4 / 16

(a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(d) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT

TIMBALAN PENGUASA POLIS GRED YA14

10. Penolong Penguasa Polis Gred YA12 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Timbalan Penguasa Polis Gred YA14 yang kosong apabila telah:-

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT PENGUASA POLIS GRED YA16

11. Timbalan Penguasa Polis Gred YA14 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Penguasa Polis Gred YA16 yang kosong apabila telah:-

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT PENOLONG PESURUHJAYA POLIS GRED YA18

12. Penguasa Polis Gred YA16 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis Gred YA18 yang kosong apabila telah:-

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT

KE PANGKAT PENOLONG KANAN PESURUHJAYA

POLIS GRED YA20

13. Penolong Pesuruhjaya Polis Gred YA18 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Gred YA20 yang kosong apabila telah:-

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT KE KUMPULAN

PENGURUSAN TERTINGGI

14. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Gred YA20 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

5 / 16

Rujukan Y1

SENARAI BADAN PERAKAUNAN YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN

(i) Ahli Institut Akauntan Malaysia;

(ii) Ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia;

(iii) Ahli The Institute of Chartered Accountants in England and Wales;

(iv) Ahli The Institute of Chartered Accountants in Ireland;

(v) Ahli The Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom);

(vi) Ahli The Institute of Chartered Accountants in Australia;

(vii) Ahli The Australian Society of Certified Practicing Accountants;

(viii) Ahli The Institute of Chartered Accountants of New Zealand;

(ix) Ahli The Canadian Institute of Chartered Accountants;

(x) Ahli The Chartered Institute of Management Accountants (United Kingdom);

(xi) Ahli The Institute of Chartered Accountants of Scotlands; dan (xii) Ahli The Institute of Chartered Accountants of India.

Nota : Senarai ini berdasarkan kepada pengiktirafan dan kelulusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

6 / 16

Lampiran B1(b)(i)

SKIM PERKHIDMATAN

PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL

Perbekalan di dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama dengan perbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan di dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN POLIS

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)

GRED GAJI/JAWATAN :

PANGKAT GRED

Sub-Inspektor YA10

Sarjan Mejar YA8

SEMUA PERKARA YANG DISEBUT DALAM PERBEKALAN INI MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMA DENGAN PERBEKALAN-PERBEKALAN DALAM AKTA POLIS 1967

SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN KONSTABEL (a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: T1).

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN SARJAN

(b) (i) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA6: T1); atau

(ii) Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YA6: T2).

(c) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita;

7 / 16

(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;

(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan (vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh

pengamal perubatan berdaftar.

(d) dan Lulus ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN DARIPADA PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL ORANG ASLI DAN PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL SOKONGAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli dan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk peningkatan secara lantikan ke pangkat Konstabel Gred YA1, tertakluk kepada kekosongan jawatan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-

(a) (i) mempunyai kelayakan di Perenggan 1(a) di atas; atau (ii) lulus Peperiksaan Khas.

(b) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya; dan (c) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

PERMOHONAN UNTUK LANTIKAN 4. Permohonan untuk lantikan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/ LATIHAN

5. (a) Konstabel Gred YA1/Sarjan Gred YA6 lantikan terus adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan mengikuti latihan selama tempoh yang ditentukan oleh Ketua Polis Negara dari semasa ke semasa.

(b) Konstabel Gred YA1 yang memasuki perkhidmatan melalui peningkatan secara lantikan atau Sarjan Gred YA6 yang dinaikkan pangkat melalui Perenggan 11(a) boleh dikecualikan daripada menjalani sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada latihan yang ditetapkan mengikut budi bicara Ketua Polis Negara.

GAGAL DALAM LATIHAN DAN PENAMATAN LANTIKAN

6. Konstabel Gred YA1/Sarjan Gred YA6 lantikan terus yang gagal dalam latihannya boleh dipertimbangkan supaya tempoh latihannya dilanjutkan atau perakuan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya supaya perkhidmatannya ditamatkan.

8 / 16

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

7. Konstabel Gred YA1/Sarjan Gred YA6 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-

(a) memenuhi tempoh percubaan;

(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan latihan yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya.

KEMAJUAN SECARA

TIME-BASED KE PANGKAT LANS KOPERAL GRED YA2

8. Konstabel Gred YA1 adalah layak dipertimbangkan untuk kemajuan ke pangkat Lans Koperal Gred YA2 secara time-based apabila telah:- (a) disahkan dalam perkhidmatan;

(b) berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di pangkat Konstabel;

dan

(c) mendapat sokongan daripada Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT KOPERAL GRED YA4

9. Lans Koperal Gred YA2 adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Gred YA4 yang kosong apabila telah:-

(a) (i) lulus Peperiksaan Perkhidmatan (Peperiksaan Undang-undang Rendah); atau

(ii) lulus peperiksaan ketukangan yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara;

(Anggota-anggota yang memilih untuk berkhidmat terus dalam Cawangan Ketukangan tidak akan dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan di luar dari Cawangan Ketukangan. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka ingin bertukar keluar dari Cawangan Ketukangan mereka dikehendaki terlebih dahulu lulus Peperiksaan Undang-undang Rendah).

(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(d) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED KE PANGKAT KOPERAL GRED YA4

10. Lans Koperal Gred YA2 adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Gred YA4 secara time-based apabila telah:-

(a) berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di pangkat Lans Koperal;

(b) (i) lulus Peperiksaan Perkhidmatan (Peperiksaan Undang- undang Rendah); atau

(ii) lulus peperiksaan ketukangan yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara;

9 / 16

(Anggota-anggota yang memilih untuk berkhidmat terus dalam Cawangan Ketukangan tidak akan dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan di luar dari Cawangan Ketukangan. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka ingin bertukar keluar dari Cawangan Ketukangan mereka dikehendaki terlebih dahulu lulus Peperiksaan Undang-undang Rendah).

(c) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(e) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT SARJAN GRED YA6

11. (a) Konstabel Gred YA1 yang telah disahkan dalam perkhidmatan atau Lans Koperal Gred YA2 adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke pangkat Sarjan Gred YA6 yang kosong apabila telah:-

(i) mempunyai kelayakan di Perenggan 1(b);

(ii) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(iii) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (iv) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan

kelayakan untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya.

(b) Koperal Gred YA4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Sarjan Gred YA6 yang kosong apabila telah:-

(i) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(ii) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (iii) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan

kelayakan untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT SARJAN MEJAR GRED YA8

12. Sarjan Gred YA6 yang telah disahkan dalam perkhidmatan adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Sarjan Mejar Gred YA8 yang kosong apabila telah:-

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya.

KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT

SUB-INSPEKTOR GRED YA10

13. Sarjan Mejar Gred YA8 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Sub-Inspektor Gred YA10 yang kosong apabila telah:-

(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

10 / 16

(c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya.

PEPERIKSAAN KHAS 14. Pegawai Rendah Polis dan Konstabel yang telah disahkan dalam perkhidmatannya dan telah lulus Peperiksaan Undang-undang Pertengahan boleh mengambil Peperiksaan Khas yang disyaratkan untuk lantikan ke jawatan Inspektor Gred YA11.

PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE PANGKAT INSPEKTOR DALAM PERKHIDMATAN

PEGAWAI KANAN POLIS

15. Pegawai Rendah Polis dan Konstabel yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis atau mana-mana pihak yang diberi kuasa olehnya untuk peningkatan secara lantikan ke pangkat Inspektor Gred YA11 yang kosong dalam perkhidmatan Pegawai Kanan Polis mengikut syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

11 / 16

Lampiran B1(b)(ii)

SKIM PERKHIDMATAN

PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL ORANG ASLI

Perbekalan dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama dengan perbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

GRED GAJI/JAWATAN :

PANGKAT GRED

Sub-Inspektor Polis Orang Asli YP10 Sarjan Mejar Polis Orang Asli YP8 Sarjan Polis Orang Asli YP6 Koperal Polis Orang Asli YP4 Lans Koperal Polis Orang Asli YP2 Konstabel Polis Orang Asli YP1 TARIKH KUAT KUASA : 1 JANUARI 2012

SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- (a) Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli

(mengikut tafsiran Akta Orang-orang Asli 1974);

(b) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred YP1: T1).

(c) Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.52m;

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 47.6kg;

(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan semasa menarik nafas 86sm;

(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;

(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan (vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh

pengamal perubatan berdaftar.

12 / 16

dan (d) Lulus ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PERMOHONAN UNTUK LANTIKAN

3. Permohonan untuk lantikan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya.

LATIHAN 4. Konstabel Orang Asli Gred YP1 yang dilantik boleh dikehendaki mengikut latihan selama tempoh yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/ PEPERIKSAAN

5. Konstabel Orang Asli Gred YP1 dalam tempoh percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.

GAGAL DALAM LATIHAN DAN PENAMATAN LANTIKAN

6. Konstabel Orang Asli Gred YP1 dalam tempoh percubaan yang gagal dalam latihannya boleh dipertimbangkan supaya tempoh latihannya dilanjutkan atau perakuan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya supaya perkhidmatannya ditamatkan.

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

7. Konstabel Orang Asli Gred YP1 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-

(a) memenuhi tempoh percubaan;

(b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda;

(c) tamat dengan jayanya latihan yang ditetapkan; dan

(d) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya.

KEMAJUAN SECARA TIME-BASED KE PANGKAT LANS KOPERAL

KEMAJUAN SECARA TIME-BASED KE PANGKAT LANS KOPERAL

Dokumen terkait