• Tidak ada hasil yang ditemukan

COACHING ACADEMY PROSEDUR PENUBUHAN & PENDAFTARAN KOPERASI PANDUAN MENUBUH & MENDAFTARKAN KOPERASI. Pengenalan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "COACHING ACADEMY PROSEDUR PENUBUHAN & PENDAFTARAN KOPERASI PANDUAN MENUBUH & MENDAFTARKAN KOPERASI. Pengenalan"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

wand aru l@ co ach in gacad em y.c o m .m y

PROSEDUR PENUBUHAN & PENDAFTARAN KOPERASI

PANDUAN MENUBUH & MENDAFTARKAN KOPERASI

Pengenalan

Koperasi adalah sesuatu pertubuhan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Mana-mana kumpulan orang yang bercadang untuk menubuhkan koperasi hendaklah terlebih dahulu menghubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di kawasan masing-masing untuk mendapatkan penerangan dan nasihat berhubung proses penubuhan dan pendaftaran koperasi.

Apa itu Koperasi?

Menurut Akta Koperasi 1993;

Koperasi adalah suatu pertubuhan orang berautonomi yang bersatu secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya mereka yang sama melalui suatu perusahaan milik bersama dan dikawal secara demokrasi yang berdaftar di bawah Akta ini.

Prinsip-Prinsip Koperasi

7 prinsip koperasi termasuklah:

i. keanggotaan sukarela & terbuka; ii. kawalan demokratik oleh anggota; iii. penglibatan ekonomi oleh anggota; iv. autonomi & kebebasan;

v. pendidikan, latihan & maklumat; vi. kerjasama antara koperasi; dan

vii. mengambil berat terhadap masyarakat.

Jenis Koperasi

3 jenis koperasi yang boleh didaftarkan:

i. Koperasi Asas – terdiri daripada orang-orang individu sahaja & matlamatnya ialahuntuk meningkatkan kepentingan ekonomianggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi.[subseksyen 4(1)] Akta Koperasi 1993.

ii. Koperasi Menengah – terdiri daripadakoperasi-koperasi asas sahaja &matlamatnya ialah untuk memudahkanoperasi koperasi-koperasi sedemikian.[subseksyen 4(2)] Akta Koperasi 1993.

iii. Koperasi Atasan – terdiri daripadakoperasi-koperasi menengah sahaja ataukoperasi-koperasi menengah & asas &matlamatnya ialah untuk

(2)

ach wand aru l@ co ach in gacad em y.c o m .m y

memudahkanoperasi koperasi-koperasi sedemikian.[subseksyen 4(3)] Akta Koperasi 1993.

Fungsi & Aktiviti Koperasi

Terdapat 9 fungsi koperasi: i. Fungsi – Kredit.

 Aktiviti - Jimat cermat dan pinjaman ii. Fungsi – Perbankan.

 Aktiviti – Institusi Bank. iii. Fungsi – Perindustrian.

 Aktiviti - Industri kampung. Perkilangan. Pembuatan. iv. Fungsi – Pengguna.

 Aktiviti - Pasaraya / pasar mini. Kedai sekolah. Kantin. Restoran. Kedai buku. Lain-lain aktiviti pengguna.

v. Fungsi – Perumahan.

 Aktiviti - Membina rumah kediaman, kondominium, pangsapuri dll. Membina rumah kedai, premis perniagaan, pejabat dan lain-lain bangunan.

vi. Fungsi – Pengangkutan.

 Aktiviti - Pengangkutan lori / treler tanker dll. Pengangkutan kapal laut. Pengangkutan kapal terbang. Pengangkutan feri dll.

vii. Fungsi – Pertanian.

 Aktiviti - Pertanian. Perladangan. Perikanan. Penternakan. Bioteknologi. Industri asas tani.

viii. Fungsi – Perkhidmatan.

 Aktiviti - Perkhidmatan pengangkutan awam. Pelancongan. Pemasaran. Pembersihan bangunan. Pendidikan. ICT.

ix. Fungsi – Pembinaan.

 Aktiviti - Kontrak pembangunan daerah. Kontrak pembinaan jalan. Kontrak pembinaan bangunan.

A. Permohonan Menubuhkan Koperasi

Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memohon pendaftaran koperasi:

LANGKAH 1

Menghubungi pejabat SKM

Permohonan untuk menubuhkan koperasi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah SKM Negeri melalui pejabat SKM Wilayah/Daerah. Borang permohonan boleh diperoleh daripada pejabat SKM/Wilayah atau dimuat turun dari laman web

(3)

wand aru l@ co ach in gacad em y.c o m .m y

SKM. Permohonan juga boleh dikemukakan secara atas talian melalui Sistem Aplikasi Atas Talian SKM;

i. Dapatkan maklumat tentang tatacara penubuhan koperasi. ii. Dapatkan borang permohonan penubuhan koperasi.

iii. Lengkapkan borang pewai rmohonan & kemukakan kpd SKM Negeri melalui Peg. SKM Wilayah yang berkaitan.

LANGKAH 2

Mengemukakan permohonan untuk menubuhkan koperasi

Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan kepada pejabat SKM Negeri untuk mendapatkan kebenaran penubuhan.

LANGKAH 3

Membentuk sebuah Jawatankuasa Penaja

Setelah kelulusan penubuhan koperasi diperolehi daripada SKM Negeri, bentuk J/kuasa penaja yg terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang.

Kelayakan

Kelayakan Menjadi Anggota Koperasi menurut seksyen 26 Akta Koperasi 1993; warganegara Malaysia;

i. telah mencapai umur lapan belas tahun atau, dalam hal koperasi sekolah , telah mencapai umur dua belas (12) tahun; dan

ii. bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi asas itu atau, dalam hal koperasi sekolah , menjadi penuntut berdaftar sekolah itu

Hilang kelayakan

Hilang Kelayakan Menjadi Anggota Koperasi menurut seksyen 27 Akta Koperasi 1993; i. dia tak upaya dari segi mental;

ii. dia ialah seorang bankrap yang belum dilepaskan;

iii. dia ialah seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar;

iv. dia telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.

Fungsi Jawatankuasa Penaja

Di antara fungsi Jawatankuasa Penaja adalah:

i. Mengenalpasti aktiviti utama keperluan bersama anggota.

(4)

ach wand aru l@ co ach in gacad em y.c o m .m y

ii. Menyediakan Undang-undang Kecil koperasi dengan mengikut contoh undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh SKM dengan ubahsuai yang diperlukan.

iii. Menyediakan aturan-aturan kegiatan yang termasuk dalam objektif penubuhan koperasi.

iv. Mendaftarkan bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat masing-masing. Jawatankuasa Penaja hendaklah memastikan sekurang-kurangnya lima puluh orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi anggota sebelum mesyuarat agung permulaan ditetapkan.

v. Mengatur sesi penerangan kepada bakal- bakal anggota koperasi oleh pegawai SKM.

LANGKAH 4

Mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan

Selepas sesi penerangan, Jawatankuasa penaja hendaklah menetapkan satu tarikh bagi mengadakan mesyuarat agung permulaan koperasi.

Tempoh

Mesyuarat agung permulaan (MAP) hendaklah diadakan dalam tempoh tiga bulan selepas kelulusan penubuhan. [sekiranya koperasi (dalam penubuhan) tidak dapat mengadakan MAP dalam tempoh 3 bulan, permohonan perlanjutan penubuhan hendaklah dikemukakan kepada SKM Negeri].

Agenda MAP

Agenda MAP adalah:

1. Pelantikan Pengerusi Mesyuarat. 2. Persetujuan Menubuhkan Koperasi.

3. Penerimaan Undang-undang Kecil Koperasi. 4. Permohonan Bagi Didaftarkan Sebagai Koperasi. 5. Membentang dan Meluluskan Belanjawan.

6. Menentukan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi. 7. Meluluskan Pelantikan Panel Juruaudit Luar.

8. Pemilihan;

(i) Anggota Lembaga

(ii) Pemilihan Anggota Yang Akan Turut Sama Menandatangani Permohonan Pendaftaran (sekiranya bilangan anggota Lembaga kurang dari 10 orang).

(5)

wand aru l@ co ach in gacad em y.c o m .m y

Mengikut Seksyen 6, Akta Koperasi 1993, dokumen-dokumen pendaftaran adalah seperti berikut:

i. Borang Permohonan Pendaftaran Koperasi ii. Undang-undang kecil Koperasi

iii. Minit Mesyuarat Agung Permulaan

Cara Mendaftar

Kemukakan Dokumen Pendaftaran Menurut seksyen 6, Akta;

i. Permohonan Pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam borang yg ditetapkan dlm. Peraturan (Jadual I) & hendaklah ditandatangani; ii. a) Koperasi asas – oleh sekurang- kurangnya 10 orang yg semuanya layak

menjadi anggota.

iii. b) Koperasi menengah atau atasan – oleh orang yg diberi kuasa sewajarnya bagi pihak setiap koperasi asas atau koperasi menengah, mengikut mana- mana yg berkenaan.

Permohonan pendaftaran hendaklah disertakan dengan

a) 3 naskhah UUK yg dicadangkan & diterima dalam MAP serta ditandatangani oleh pemohon- pemohon.

b) Koperasi asas – tertakluk kepada subseksyen 8(2), Minit Mesyuarat Agung Permulaan yg ditandatangani oleh sekurang- kurangnya 25 orang yg hadir; atau

(subseksyen 8(2);

Walau apa pun Perenggan 6(2)(b), permohonan bagi Pendaftaran sesuatu koperasi yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah berserta dengan minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani oleh semua orang yang hadir.

c) Koperasi menengah/atasan – minit mesyuarat agung permulaan yg ditandatangani oleh semua orang yang diberikuasa sewajarnya yang hadir.

Tempoh Serahan Dokumen

Semua dokumen tersebut hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya tidak lewat daripada 14 hari selepas mesyuarat agung permulaan diadakan.

Setelah koperasi didaftarkan oleh Suruhanjaya ianya menjadi sebuah organisasi yang sah dari sisi undang-undang.

(6)

ach wand aru l@ co ach in gacad em y.c o m .m y

PANDUAN GERAN BANTUAN PEMBANGUNAN KOPERASI

Mengenai Bantuan Pembangunan Koperasi

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyediakan skim bantuan pembangunan dengan objektifnya untuk memberi kemudahan bantuan kewangan kepada koperasi-koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 supaya koperasi-koperasi-koperasi-koperasi tersebut dapat melaksanakan dan memantapkan aktiviti/ perniagaan yang dijalankan

Garis Panduan Bantuan

Bantuan Pembangunan atau Geran Pembangunan diberi adalah tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan mengikut syarat-syarat serta jumlah bantuan yang boleh diluluskan mengikut kategori atau jenis bantuan.

Syarat Kelayakan Memohon

 Koperasi telah didaftarkan;

 Permohonan koperasi mendapat sokongan SKM Negeri;

 Perjalanan koperasi mematuhi Akta Koperasi;

 Pengurusan koperasi memuaskan;

 Projek yang dicadangkan berdaya maju dan memberi faedah kepada anggota-anggota.

Jenis-Jenis Bantuan

1. Bantuan Asas (Maksimum RM30,000) Sub Bantuan Fizikal

Bertujuan untuk membantu menyediakan infrastruktur asas bagi premis perniagaan koperasi atau tempat-tempat di mana aktiviti koperasi akan/ sedang dijalankan seperti pengubahsuaian premis/ kedai, penyediaan kelengkapan dan peralatan, mesin pengeluaran dan sebagainya.

Sub-Bantuan Koperasi Baru

Bertujuan untuk membantu menyediakan infrastruktur asas sebagai galakan atau insentif kepada koperasi-koperasi baru didaftarkan, untuk memulakan aktiviti/ perniagaan mereka.

2. Bantuan Pengukuhan/ Pemantapan (Maksimum RM30,000)

 Bertujuan untuk mengukuhkan dan memantapkan aktiviti/ perniagaan koperasi supaya perkhidmatan yang diberi kepada anggota, imej koperasi dalam kalangan masyarakat dan sumbangan koperasi dalam pembangunan negara dapat ditingkatkan, selaras dengan Dasar Koperasi Negara (DKN)

(7)

wand aru l@ co ach in gacad em y.c o m .m y

3. Bantuan Pemodenan Kedai Koperasi (Maksimum RM50,000)

 Bantuan ini disediakan bertujuan untuk memodenkan serta membentuk keseragaman jenama di kedai runcit koperasi bagi meningkatkan keupayaannya supaya lebih berdaya saing.

Cara Memohon

Permohonan bantuan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat SKM melalui SKM Negeri. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Bantuan Pembangunan.

Bagi permohonan yang melebihi RM30,000.00, kertas kerja projek hendaklah disediakan.

Dokumentasi

Dokumen/ maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

 Borang Permohonan Bantuan;

 Surat sokongan SKM Wilayah dan Negeri;

 Masalah koperasi;

 Senarai keperluan dan kos terperinci;

 Cabutan minit Mesyuarat Lembaga;

 Lain-lain maklumat dan gambar-gambar sokongan;

 Penyata terimaan dan bayaran untuk 3 bulan terkini;

 Laporan Audit 2 tahun terkini

Bayaran

Tiada bayaran permohonan dikenakan. Sekian Terima Kasih

Disediakan oleh

Coach Wan Darul

Certified Business Coach [UM] BBA-Hons [UPM]

Sijil Profesional Setiausaha Koperasi [MKM] M : +6017-2323994 [WhatsApp] M : +6010-5252994

Referensi

Dokumen terkait

Dapat diketahui bahwa siswa yang mendapat nilai 47-56 sebanyak 0 siswa, yang mendapat nilai 57-66 sebanyak 16 siswa, yang mendapat nilai 67-76 sebanyak 1 siswa, yang mendapat

Metode-metode yang berkaitan dengan pengumpulan dan penyajian suatu gugus data, sehingga memberikan informasi yang berguna dan hanya memberikan informasi mengenai data yang dimiliki

Konsep tersebut mengacu pada aplikasi kaligrafi Arab sebagai seni hias yang menyesuaikan pada karya penerapannya, sebab memiliki nilai-nilai ke-Islaman dan dapat

Hasil dari penelitian ini relevan dengan hasil penelitian yang dilakukan oleh Wahyudi (2019: 68) yang meneliti tentang pengaruh variasi kuat arus SMAW terhadap kekuatan impak

Proses removal dari work equipment yaitu pembongkaran bagian attachement yang meliputi Blade, Lift Cylinder, Tilt Cylinder, Straight Frame dan sebagainya pembongkaran ini

7 KBK (Competency Based Curriculum) dijadikan acuhan dan pedoman bagi pelaksanaan pendidikan dengan mencakup kompetensi sikap, pengetahuan, dan keterampilan

Metode yang digunakan untuk lagkah model fuzzy table look-up scheme adalah: (1) mendefinisikan himpunan fuzzy dari data runtun waktu (time series) menggunakan fungsi keanggotaan

(iii) bagi memastikan ketelusan pengurusan koperasi, skop dan had pelaburan harta tak alih hendaklah dibentang dan diluluskan dalam mesyuarat agung dan mesyuarat