• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

1 TEKS UCAPAN

YANG HORMAT PROFESOR DATO’ DR. DAING NASIR IBRAHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

SEMPENA

MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR DAN LAFAZ IKRAR MAHASISWA BAHARU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SESI 2011/2012

PADA HARI RABU, 7 SEPTEMBER 2011, PUKUL 8:50 PAGI

DI PERKARANGAN FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL, UMP PEKAN DAN PUKUL 2:50 PETANG

DI KOMPLEKS SUKAN UNIVERSITI, UMP KAMPUS GAMBANG

SALUTASI

Saudara pengacara majlis;

Rakan-rakan saya:

Profesor Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz,

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

Profesor Dato’ Dr. Rosli Mohd Yunus,

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi);

Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin,

Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni);

(2)

2

Profesor Madya Zulkafli Hassan,

Penolong Naib Canselor (Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti);

Pegawai-pegawai Kanan dan Ahli-ahli Senat Universiti Malaysia Pahang;

Pengarah-pengarah dan Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab;

Saudara Mohd Fazli Abdul Halim,

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar

dan barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar;

Para Fasilitator Minggu Induksi Siswa 2011;

dan mahasiswa baharu Universiti Malaysia Pahang yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

(3)

3

KATA PEMBUKA

1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan izin-Nya, maka kita telah dapat bertemu dalam majlis pada hari ini.

2. Pada detik bersejarah lagi bererti ini, saya mengucapkan Selamat Datang kepada saudara dan saudari sekalian sebagai warga baharu Universiti ini. Sembilan tahun telah berlalu sejak Universiti ini diasaskan pada 16 Februari 2002 dan kehadiran saudara dan saudari adalah ibarat aliran tenaga yang meneruskan kelangsungan denyut nadi kewujudan Universiti ini.

3. Oleh yang demikian, amanat kepada saudara dan saudari ini merupakan suatu pernyataan hasrat, harapan dan ekspektasi saya selaku Naib Canselor terhadap anda sekalian sebagai mahasiswa baharu Universiti Malaysia Pahang.

(4)

4

MEMPERKENALKAN AHLI-AHLI SENAT UMP

4. Saudara dan saudari sekalian,

Sebelum saya meneruskan lagi ucapan ini, maka sukacita saya memperkenalkan rakan-rakan saya di atas pentas ini kepada anda sekalian.

5. Pada kesempatan ini juga, saya ingin memperkenalkan Saudara Mohd Fazli Abdul Halim, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UMP.

6. Dengan perkenalan ringkas sebentar tadi, saya berharap kemesraan hubungan dapat diwujudkan antara pihak pengurusan dengan anda sekalian bagi memastikan kepentingan dan kebajikan saudara dan saudari dapat dipantau dengan sempurna pada setiap masa.

(5)

5

7. Saya percaya, sejak beberapa hari yang lepas, saudara dan saudari sekalian telah berusaha untuk mengenali UMP dengan lebih dekat, membuat penilaian awal berdasarkan first impression dan dengan sedaya upaya pula cuba membenihkan rasa kepunyaan (sense of belonging) terhadap Universiti ini dengan bimbingan para fasilitator.

8. Pada peringkat awal ini, pastinya pelbagai masalah akan timbul dan memerlukan penyelesaian segera. Justeru saya berharap agar saudara dan saudari dapat menerima cabaran tersebut dengan positif dan sabar supaya urusan berkaitan dapat dimudahcara dengan sempurna.

(6)

6

MEMBENIHKAN KESATUAN DALAM KEPELBAGAIAN

9. Saudara dan saudari,

Pepatah Melayu ada menyebut “Di mana bumi dipijak, di sana langit dijunjung.” Persekitaran dan kehidupan baharu di UMP menuntut anjakan paradigma dan penghijrahan diri. Saya menerima hakikat bahawa saudara dan saudari sekalian datang dari sekolah yang berbeza, negeri yang berbeza dan latar belakang yang berbeza.

Malah, loghat yang dituturkan juga berbeza dan lebih dari itu, suasana asuhan saudara dan saudari juga adalah berbeza.

10. Namun begitu, kepelbagaian corak kehidupan yang melatari 1,931 orang mahasiswa baharu ini lebih merupakan peluang, dan bukannya ancaman. Interaksi yang dijalin bersama sejak bermulanya Minggu Induksi Siswa (MINDS) pada 4 September yang lalu adalah kunci yang membuka kotak fikir anda untuk menghargai kepelbagaian ini.

(7)

7

11. Kepelbagaian latar belakang ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran di mana saudara dan saudari akan mula belajar untuk berdiplomasi, bukannya berkonfrontasi; bekerjasama, bukannya berburuk sangka dan berfikiran positif, bukannya negatif.

12. Kemampuan anda untuk menyulam kepelbagaian ini sebagai satu hamparan yang selesa untuk dinikmati semua akan menjadikan Universiti ini sebagai apa yang disebut dalam bahasa Latin tua sebagai seminatum floreat (semaian subur) yang sihat.

13. Sebagai semaian subur yang sihat, Universiti adalah medan pencerahan minda di mana untuk intelektualisme, kreativiti dan inovasi berkembang, ditambah pula pengalaman kampus (campus experience) yang bermakna.

14. Oleh kerana Universiti dihuni oleh orang-orang yang terpelajar dan berilmu, maka sudut pandang dan perspektif kita sebagai warga Universiti diasaskan kepada penilaian yang adil dan ilmiah, bukannya dibayangi emosi, sentiment perkauman atau ideology politik.

(8)

8

15. Di sinilah saudara dan saudari akan mula belajar untuk bermasyarakat dan mencorak suasana bagi memaknakan campus experience tersebut. Dalam hubungan ini, John Gardner, iaitu pengasas pertubuhan Common Cause di Amerika Syarikat pernah menyatakan bahawa “Our colleges and universities need a healthy and vital society in which to flourish. Colleges and universities don’t spring in remote and uninhabited desert areas. They spring up ehen there is a society that needs them, provides them with resources and protects them.”

MEMBINA WIBAWA DAN PERSONA MELALUI CAMPUS EXPERIENCE

16. Saudara dan saudari sekalian,

Setelah memahami hakikat kepelbagaian yang melatari kehadiran anda di Universiti ini, maka jelaslah bahawa minda yang matang dan bijaksana adalah paksi penting yang mendasari watak seorang mahasiswa.

(9)

9

17. Justeru cabaran utama dalam fasa baharu ini ialah untuk membina kelasakan minda dan ketahanan diri bagi mencipta kecemerlangan dan keunggulan dengan persona seorang mahasiswa yang berwibawa.

18. Apatah lagi, sebagai mahasiswa yang menggalas harapan tinggi keluarga dan negara, tempoh kehidupan di kampus boleh dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berperanan sebagai ilmuwan muda dan jurubicara kepada masyarakat.

19. Peranan tersebut dapat diterjemahkan dengan berkesan melalui penglibatan aktif dalam pelbagai bentuk aktiviti kemahasiswaan.

Untuk makluman saudara dan saudari, kini terdapat 73 buah kelab dan persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar &

Alumni yang menanti untuk disertai oleh anda.

(10)

10

20. Hakikat ini mencerminkan tekad pengurusan UMP untuk memberikan campus experience yang terbaik buat anda. Dengan peluang yang telah disediakan tersebut, kepada saudara dan saudarilah disandarkan harapan untuk mengekalkan (sustain) campus experience ini supaya kampus ini diceriakan dengan kemeriahan kehidupan komuniti mahasiswanya seperti kata seorang ahli falsafah Jerman era Renaissance bernama Ulrich von Hutten, “It is a pleasure to live…studies blossom and the minds move.”

21. Suasana kehidupan kampus yang lebih longgar dan less-regimented berbanding alam persekolahan atau matrikulasi adalah medan latihan kepada anda untuk mengurus diri sebagai individu dewasa yang mampu berdikari dan berupaya memikirkan buruk baik kesan tindakan dan keputusan yang dibuat.

(11)

11

22. Justeru, jelaslah bahawa penglibatan aktif dalam pelbagai aktiviti kemahasiswaan akan menambah nilai kepada wibawa dan persona saudara dan saudari sebagai mahasiswa. Hakikat ini wajar ditekuni sebaik mungkin, kerana di sini letaknya halaman kehidupan anda untuk tempoh tiga hingga empat tahun yang akan datang. Minda yang celik tentu sekali memahami bahawa siapa cepat, dia dapat;

siapa lambat, dia kecewa; siapa malas, hidupnya sia-sia.

TRANSFORMASI DIRI MELALUI PENCERAHAN MINDA

23. Saudara dan saudari sekalian,

Pengarang Inggeris yang terkenal, Sir Arthur Conan Doyle pernah menyatakan bahawa “mediocrity knows nothing higher than itself, but talent instantly recognizes genius.”

24. Peralihan fasa kehidupan yang telah saya sebutkan di pangkal ucapan ini tadi turut merangkumi keperluan untuk menganjakkan transisi minda anda sekalian ke tahap yang lebih dewasa.

(12)

12

25. Sesuai dengan perubahan tingkat usia, anda kini berada dalam fasa di mana akal fikiran perlu dialirkan ke arah subjek yang lebih mencabar serta menggalakkan pencerahan (enlightenment) minda secara strategik, bukan lagi bermentaliti remeh-temeh (mediocre) yang sama sekali mengurangkan tanda mutu seorang mahasiswa.

26. Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak sendiri kerapkali mengingatkan bahawa mediocrity adalah antara cabaran yang perlu ditangani bagi mentransformasi perkhidmatan awam di Malaysia, sekaligus boleh menjejaskan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

27. Realiti ini pastinya menggusarkan kita. Bersediakah saudara dan saudari sekalian untuk memikul amanah negara sebagai generasi peneraju dan pelaksana pasca 2020 kelak?

(13)

13

28. Pengajian anda di Universiti ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada proses persediaan dan latihan ke arah fasa tersebut.

Untuk makluman saudara dan saudari, kehadiran anda adalah seiring dengan permulaan pelaksanaan Pelan Strategik UMP 2011-2015 yang mendukung tema UMP: Universiti Teknologi Pilihan Utama.

29. Alhamdulillah, tema ini telah berjaya dimaknakan oleh kebanyakan dari saudara dan saudari yang telah menjadikan UMP sebagai pilihan utama untuk melanjutkan pengajian.

30. Lonjakan transformasi amat berkait rapat dengan penghijrahan diri anda. Penghijrahan ini adalah satu proses yang berterusan - dari tahap biasa kepada baik; seterusnya berhijrah dari tahap baik kepada hebat; diikuti dengan pengihijrahan dari tahap hebat kepada gemilang dan dari tahap gemilang kepada terbilang. Sekiranya ini dapat direalisasikan, Insya-Allah kita akan mampu mencapai matlamat agenda perdana transformasi dan Pelan Strategik UMP 2011-2015.

(14)

14

STANDING OUT FROM THE CROWD

31. Saudara dan saudari,

Sebagai sebuah entiti yang tinggi tarafnya, universiti perlu berbangga dengan tradisi dan identitinya yang unggul dan tersendiri serta tidak dipengaruhi unsur-unsur luar yang negatif.

32. Keunggulan identiti universiti adalah berkait rapat dengan pembinaan jenamanya. Ibarat sebuah produk komersil, jenama yang dikenali dengan kualiti dan reputasi akan meraih kepercayaan pelanggan.

33. Dalam konteks ini, kita berdepan dengan cabaran untuk menempatkan UMP pada koordinat penjemaan yang betul. Setiap segmen kependudukan Universiti ini, sama ada staf mahu pun mahasiswa menggalas kewajipan yang sama untuk menangani cabaran ini, supaya kewujudan UMP dapat dilihat, dirasai dan didengari (seen, felt and heard) oleh massa.

(15)

15

34. Dalam bahasa Latin tua, terdapat sebuah ungkapan yang berbunyi multum in parvo yang bermaksud besar dalam kecil (much in little).

Dalam kehidupan ini, melalui kreativiti dan inovasi, sesuatu inisiatif yang mungkin kerdil atau amat sederhana sifatnya boleh memberikan impak yang besar.

35. Justeru, apabila kita berbicara tentang universiti, kita turut melihat kepada keperluan untuk membentuk mahasiswa yang berjiwa besar, memiliki sudut pandang yang luas dan berupaya pula menilai situasi dari pelbagai sisi, atau dengan kata lain berfikir di luar kotak dan tidak terlalu konvensional atau konservatif dalam tindakan.

36. Jika sebentar tadi saya telah menyentuh tentang kendiri mahasiswa yang terbina oleh wibawa dan persona, maka kini timbul pula persoalan bagaimanakah wibawa dan persona tersebut boleh menjadikan mahasiswa UMP sebagai insan terbilang (exceptional).

(16)

16

37. Berbekalkan pencerahan minda, kreativiti dan inovasi dapat disuburkan dalam pelbagai lapangan dalam kehidupan anda di kampus. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan tidak lagi bersifat sekadar melepaskan batuk di tangga dan dijalankan dengan sambil lewa, sekadar untuk mengisi kalendar kelab atau persatuan, tetapi terarah dengan strategik.

38. Sekiranya ini berjaya direalisasikan, Insya-Allah aktiviti-aktiviti yang mengisi campus experience saudara dan saudari di sini, sama ada bercorak kesukarelawanan, pengucapan awam, sukan, rekreasi dan sebagainya menjadi penanda aras kepada rakan-rakan anda di institusi lain.

39. Dalam hubungan ini, impak besar daripada sesuatu aktiviti yang dijalankan oleh anda terpancar daripada pengisian (substance) aktiviti tersebut, dan bukannya semata-mata bentuk (form) aktiviti tersebut.

(17)

17

40. Keupayaan untuk berfikir di luar kepompong lazim dan menilai situasi dari pelbagai sisi akan menghasilkan idea-idea kreatif yang dijelmakan oleh minda segar dan progresif.

41. Dalam konteks ini, Anthony Robbins, seorang pakar motivasi dan pengurusan antarabangsa pernah menyebut bahawa, “”the higher your energy level, the more efficient your body The more efficient your body, the better you feel and the more you will use your talent to produce outstanding results.”

42. Kesegaran minda yang membentuk peribadi dinamik dan luar biasa adalah dijelmakan melalui pembacaan yang luas, pemikiran yang positif, interaksi yang lebar dan tindak tanduk yang strategik.

43. Sebaliknya, kecenderungan untuk bermegah-megah dengan upacara semata-mata, terlalu mementingkan status kedudukan, sukar menerima idea pembaharuan dan culas untuk beranjak dari zon selesa adalah gambaran watak konservatif dan stereotaip yang mengekang dinamika sesebuah institusi,

(18)

18

44. Justeru, sebagai warga baharu Universiti ini, peluang dan kesempatan terbentang di sini untuk dieksploitasi sebaik mungkin oleh saudara dan saudari untuk membentuk kualiti terbilang yang membezakan anda dengan penuntut institusi lain. Lebih dari itu, kualiti terbilang tersebut menambah nilai kepada jenama UMP, sekaligus menjadikannya sebuah Universiti yang disegani.

.

MEREALISASIKAN INTIPATI IKRAR

45. Saudara dan saudari sekalian,

Ikrar yang akan dilafazkan sebentar lagi oleh anda bukanlah sekadar pelengkap bagi mengisi upacara pada hari ini. Warkah ikrar tersebut merupakan dokumen akujanji yang membentuk ikatan kontrak anda dengan Universiti ini sepanjang perjalanan di sini yang telah dimulakan pada 4 September 2011 yang lalu. Lafaz ikrar tersebut pula adalah pernyataan lisan anda untuk menerima taraf kewargaan (citizenship) sebagai pelajar berdaftar Universiti ini.

(19)

19

46. Berpandukan perimeter yang digariskan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan undang-undang lain yang berkuatkuasa dalam Negara serta Nilai-nilai Teras Universiti Malaysia Pahang, saudara dan saudari kini bertanggungjawab penuh terhadap diri sendiri dan apa jua tindakan yang dibuat.

47. Menjunjung tinggi nilai ilmu pengetahuan dan menyantuni etika serta kerangka perundangan adalah pra-syarat utama bagi memenuhi taraf citizenship anda sebagai warga Universiti ini yang ditampilkan dengan kesarjanaan watak dan kecemerlangan akal budi.

48. Dengan kesedaran tersebut, maka Insya-Allah, langkah bersih yang disusun pada awal mula perjalanan akan diakhiri dengan cemerlang di garis penamatnya tanpa direncatkan oleh dengan gerak atau lagak yang sumbang.

(20)

20

49. Melalui lagu beliau yang masyhur berjudul Ilham Pujangga, penyanyi Ismail Haron dari Singapura ada berpesan kepada generasi muda bahawa ”bersuaralah kamu kepada perkara berguna, itulah sifat orang bijaksana.” Beliau turut mengingatkan bahawa ”anak muda itu tiada mati kerana tergelincir kakinya, tetapi matinya anak muda itu ialah kerana tergelincir lidahnya.”

50. Minda yang celik dan jiwa yang penuh dengan keinsafan akan menyuntik kesedaran bahawa ada perjuangan panjang yang belum selesai untuk melangsaikan hutang budi kepada keluarga, masyarakat dan negara.

51. Dalam titah baginda semasa Majlis Konvokesyen Ke-5 Universiti ini pada 9 Oktober 2010, Kebawah Duli yang Teramat Mulia Tuanku Canselor menggariskan lima kualiti unggul yang perlu ada dalam diri mahasiswa iaitu kepimpinan, keprihatinan, kasih sayang, tawadduk dan kesederhanaan. Justeru, peluang yang telah diberikan kepada anda untuk melanjutkan pengajian di sini seharusnya dihargai, diinsafi dan disyukuri sebagai generasi pasca kemerdekaan yang tahu mengenang budi.

(21)

21

KATA PENUTUP

52. Saudara dan saudari,

. Kini, masa hadapan menanti untuk dicorakkan oleh saudara dan saudari. Terimalah cabaran sepanjang pengajian di UMP dengan cekal dan tabah serta pandanglah masa hadapan dengan bangga, yakin dan berani.

53. Mencipta kecemerlangan seharusnya mendasari perjuangan anda di Universiti ini. Dalam bukunya berjudul The Little Big Things: 163 Ways to Pursue Excellence, Tom Peter memetik mutiara kata berikut:

“Excellence can be obtained if you: ...care more than others think is wise; ...risk more than others think is safe; ...dream more than others think is practical; ...expect more than others think is possible.”

(22)

22

54. Segala harapan besar yang telah diungkapkan dalam amanat ini akan dapat anda sekalian maknakan sekiranya saudara dan saudari bersedia dan tidak terlalu berkira untuk bersusah payah sedikit dengan mengenepikan rasa individualistik untuk kekal dalam zon selesa, dan mencabar kelasakan minda.

55. Barangkali rangkaian kata, frasa dan istilah tertentu dalam ucapan saya ini terlalu asing bagi sesetengah dari kalangan saudara dan saudari. Walaubagaimanapun, inilah landasan akal yang perlu ada dalam seorang mahasiswa yang berjiwa besar, mahasiswa yang mampu mengalirkan transformasi dalam kerangka pemikiran unggul dan mencorak wawasan dengan penuh wibawa.

56. Justeru, saya berdoa ke hadrat Allah Ta’ala mudah-mudahan anda sekalian dilimpahkan dengan kekuatan dan kesabaran sepanjang pengajian di Universiti ini dan semoga permulaan yang baik ini akan diakhiri dengan kejayaan cemerlang sebagai seorang graduan pada satu hari nanti, Insya-Allah.

(23)

23

57. Akhir sekali, dengan perasaan sukacita bangga, saya dengan ini bersedia mendengar lafaz ikrar daripada saudara dan saudari untuk menerima taraf sebagai pelajar berdaftar Universiti Malaysia Pahang.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Mahasiswa yang mengikuti pembelajaran pada Blok Mata Kuliah ini memberi kesempatan mahasiswa untuk memahami memahami konsep, perubahan dan mekanisme terjadinya persalinan normal,

Adapun langkah-langkah perbaikan yang dilaksanakan sebagai berikut: Guru menjelaskan materi tentang Pemerintahan Pusat , Guru menunjukkan/memperlihatkan gambar- gambar

Persaingan ini tidak hanya terbatas pada bagaimana memperoleh pelanggan baru, memberikan informasi yang cepat dan services yang terbaik kepada para pelanggan

Penelitian bertujuan untuk mengetahui besarnya peningkatan hasil belajar Fiqih dengan menggunakan audiovisual sebagai media pembelajaran materi dzikir dan do’a

Berdasarkan latar belakang masalah untuk penelitian ini berfokus terhadap rumusan aktivitas PR untuk periode selama lima bulan kedepan dengan aktivitas yang telah dirancang

Ada tiga jenis orang yang berzikir, yaitu: Orang yang berzikir kepada Allah dengan lisannya sedang hatinya lalai; Orang yang lain berzikir kepada-Nya dengan lisan

Bertitik tolak dari realitas ini maka kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk merumuskan pengertian agama dan budaya serta perbedaan antara keduanya,

mulai dikembangkan dan mulai diminati oleh masyarakat. Pada awalnya Tenun dan Batik hanya dipakai pada acara tertentu dan digunakan oleh kalangan tertentu dan Usia tertentu. Dengan