SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN PENAMBAHAN LESEN
CLOUD STORAGE
DAN PEROLEHAN
SAN STORAGE
BAGI
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
NO. SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
JADUAL KANDUNGAN
PERKARA
NO. DOKUMEN
MUKA
SURAT
NOTIS SEBUT HARGA
1
3
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
2
4
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
3
7
JADUAL HARGA
4*
12
KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA
5*
13
SURAT JAMINAN PENYEBUTHARGA
6*
14
JADUAL PENENTUAN TEKNIKAL
7
15
JADUAL CADANGAN SPESIFIKASI SEBUT HARGA
YANG DIBEKALKAN
8**
17
JADUAL PENGHANTARAN / PELAKSANAAN
9**
27
KAEDAH PELAKSANAAN
INTEGRITY PACT
10
28
SURAT AKUAN PEMBEKAL
Lampiran A1**
29
SURAT AKUAN PEMBEKAL BERJAYA
Lampiran A2
30
* Diisi dengan lengkap dan dikembalikan di dalam “SAMPUL PERTAMA” bersama
Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan.
** Diisi dengan lengkap dan dikembalikan di dalam “SAMPUL KEDUA”
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
NOTIS SEBUT HARGA
DOKUMEN 1
SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN PENAMBAHAN LESEN
CLOUD STORAGE
DAN
PEROLEHAN
SAN
STORAGE
BAGI
JABATAN
PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
1. Sebut harga adalah dibuka kepada syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam bidang yang berkaitan dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa di bawah Kod Bidang Kod 210102 dan 210103 untuk Perolehan Penambahan Lesen Cloud Storage dan Perolehan SAN Storage bagi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
2. Dokumen Sebut Harga boleh didapati secara atas talian di Portal Rasmi ePerolehan Kerajaan Malaysia (untuk pembekal / Penyebutharga yang berdaftar dengan sistem eP sahaja).
3. Dokumen Sebut Harga yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar melalui dua (2) cara iaitu melalui Sistem ePerolehan dan dimasukkan ke peti Sebut Harga di Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur.
4. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tidak terikat untuk menerima mana-mana sebut harga.
5. Tawaran ini ditutup pada 4 September 2017, Jam 12.00 tengahari
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
DOKUMEN 2
SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PEMBANGUNAN
CLOUD STORAGE
DAN PENINGKATAN
PERISIAN
SISTEM
OPERASI
SERVER
BAGI
JABATAN
PERHUTANAN
SEMENANJUNG MALAYSIA
1. Penyebutharga diwajibkan menawarkan keseluruhan item yang dinyatakan, tawaran sebahagian (partial) adalah tidak diterima.
2. Jika sebut harga tidak dihantar sendiri, Penyebutharga hendaklah mengatur dan memastikan supaya sebut harganya dan lain-lain dokumen jika dikirim melalui pos sampai pada tarikh, waktu dan tempat yang ditetapkan.
3. Walau apa pun alasan yang diberikan, sebarang sebut harga yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
4. Jabatan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh mana-mana Penyebutharga dalam menyediakan dan penyerahan tawaran sebut harga ini tanpa mengambil kira sama ada hasil proses sebut harga ini berjaya atau sebaliknya.
5. Penyebutharga tidak boleh memasukkan apa-apa perbelanjaan berkaitan dengan penyediaan sebut harga ini ke dalam harga sebut harga yang ditawarkan.
6. Tiap-tiap Penyebutharga adalah bertanggungjawab meneliti setiap dokumen sebut harga yang dibekalkan dan hendaklah memastikan bahawa dokumen itu adalah sama seperti Jadual Kandungan Dokumen Sebut Harga. Jika terdapat kesilapan di dalam dokumen sebut harga yang dibekalkan kepada Penyebutharga, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab Penyebutharga memohon kepada pegawai yang mengeluarkan dokumen sebut harga untuk membetulkan kesilapan tersebut sebelum tarikh tamat penyerahan sebut harga seperti yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga.
7. Sebut harga hendaklah sah laku selama 90 hari daripada tarikh penyerahan sebut harga seperti yang ditetapkan dalam Notis Sebut Harga dan Penyebutharga tidak boleh menarik balik sebut harganya dalam tempoh tersebut.
8. Penyebutharga mestilah membuat tawaran terhadap kesemua spesifikasi perkhidmatan yang terdapat di dalam Sebut Harga mengikut kepakaran Penyebutharga.
yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.
10. Penyebutharga yang berjaya (jika ada) akan diberitahu melalui surat. Penyebutharga mestilah menandatangani surat setuju terima dan surat akuan pembekal berjaya.
11. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah berhak untuk meminda atau membatalkan mana-mana syarat yang terkandung dalam pelawaan sebut harga ini pada bila-bila masa selepas pelawaan sebut harga ini dikeluarkan tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
12. Keengganan mematuhi syarat-syarat di atas akan menyebabkan sebut harga ditolak.
13. Pertanyaan berkaitan dengan butiran sebut harga ini bolehlah dimajukan kepada :
Ketua Pengarah Perhutanan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur
( U.P. : Encik Mohd Farid B. Mahfar, Tel : 03-26164435)
14. Menandakan dan mengirimkan sebut harga.
14.1 Tiap-tiap sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri (sealed) dan ditandakan pada bahagian atas sampul surat itu dengan
SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
NO. CADANGAN : Y03511101011601XXXX*
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN PENAMBAHAN LESEN CLOUD STORAGE DAN PEROLEHAN SAN STORAGE BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
(*Lengkapkan No. Cadangan berdasarkan nombor yang dijana daripada sistem ePerolehan)
14.2 Semua sebut harga hendaklah dialamatkan kepada :-
Ketua Pengarah Perhutanan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur
14.4 Semua Sebut Harga hendaklah juga dilengkapkan dan dihantar melalui sistem ePerolehan.
14.5 Kesemua butiran dan dokumen yang dihantar ke peti sebut harga mestilah sama dengan kesemua butiran dan dokumen yang dihantar ke dalam sistem ePerolehan. Jika terdapat butiran atau dokumen yang tidak sama antara keduanya, maka sebut harga akan ditolak
15. Sebut harga yang dibuat dengan tidak mengikut arahan-arahan di atas tidak akan dipertimbangkan.
16. Peringatan mengenai kesalahan rasuah di dalam dokumen perolehan kerajaan.
16.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada atau daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
16.2 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada perkakasan dibekalkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
DOKUMEN 3
SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN
CLOUD STORAGE
DAN
PEROLEHAN
SAN STORAGE
BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA
1. AM
1.1 Sebut harga adalah dibuka kepada syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (salinan sijil perlu dikembarkan) di dalam Kod Bidang 210102 dan 210103 serta pendaftarannya masih lagi berkuat kuasa untuk memberi perkhidmatan Penambahan Lesen Cloud Storage Dan Perolehan
SAN Storage bagi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
1.2 Penyebutharga juga mestilah telah berdaftar dengan e-Perolehan.
1.3 Penyebutharga mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan memiliki pengalaman yang memuaskan di dalam bidang yang berkaitan.
1.4 Sebut harga yang tidak dibuat dengan menggunakan format yang disediakan tidak akan dipertimbangkan.
1.5 Kesemua dokumen sebut harga yang disertakan hendaklah di taip dengan jelas. Dokumen tulisan tangan, dokumen yang tidak terang dan tidak boleh dibaca atau yang dibuat sebarang pindaan akan ditolak.
1.6 Penyebutharga perlu mendapatkan (download) dokumen sebut harga secara atas talian di Portal Rasmi ePerolehan Kerajaan Malaysia.
1.7 Keengganan Penyebutharga mematuhi syarat-syarat sebut harga boleh menyebabkan sebut harganya ditolak.
2. Tarikh Tutup
2.1 Sebut harga ini ditutup pada pukul 12.00 tengahari, 4 September 2017.
3. Penyerahan Sebut Harga
3.2 Sebut harga hendaklah dikemukakan dalam dua (2) sampul surat berlakri (sealed) iaitu:
i) Sampul surat pertama MESTILAH mengandungi:
a. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor, Kem. Kewangan; b. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (jika ada); c. Salinan Surat Pendaftaran GST (untuk yang berdaftar);
d. Jadual Harga (Dokumen 4) ;
e. Keterangan Mengenai Penyebutharga (Dokumen 5); f. Surat Jaminan Penyebutharga (Dokumen 6);
g. Surat Akuan Pembekal (Lampiran A1); h. Lampiran Q (Arahan Perbendaharaan 170)
ii) Sampul surat kedua MESTILAH mengandungi:
a. Jadual Cadangan Spesifikasi Teknikal Yang Dibekalkan (Dokumen 8);
b. Jadual Penghantaran / Pelaksanaan (Dokumen 9) ; c. Senarai Pengalaman Yang Berkaitan;
d. Brochures / Risalah Perkakasan Yang Dicadangkan;
Penyebutharga tidak dibenarkan menulis nama syarikat di dalam mana-mana dokumen di dalam sampul kedua. Kedua-dua sampul ini hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang dialamatkan kepada alamat seperti yang dinyatakan di dalam Arahan kepada Penyebutharga.
Semua dokumen di Sampul Surat Pertama dan Sampul Surat Kedua mestilah dimuatnaik ke dalam sistem ePerolehan. Kegagalan memuatnaik kesemua dokumen tersebut akan menyebabkan sebut harga ditolak dan tidak akan dipertimbangkan.
3.3 Sebut harga hendaklah dimasukkan sendiri ke Peti Sebut Harga di :
Bahagian Khidmat Pengurusan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
Jabatan tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau secara tidak langsung jika berlaku kelewatan kehilangan atau lain-lain semasa sebut harga dihantar. Sebut harga yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
4. Harga
4.1 Semua harga sebut harga mestilah dalam RINGGIT MALAYSIA.
4.2 Harga yang disebutkan dalam sebut harga hendaklah sah laku dalam tempoh tidak kurang daripada 90 hari dari tarikh tutup sebut harga.
4.3 Harga yang dikemukakan hendaklah mengambil kira pengenaan fi perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 8 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2005 iaitu pengenaan fi sebanyak kosong perpuluhan lapan peratus (0.8%) mengikut setiap invois yang dikemukakan kepada Kerajaan.
4.4 Harga yang ditawarkan oleh penyebutharga hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST.
4.5 Setiap Penyebutharga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran (sama ada telah berdaftar ataupun tidak) dan mengemukakan nombor pendaftaran GST (bagi yang berdaftar) kepada Jabatan. Maklumat ini perlu dinyatakan di Dokumen 5.
4.6 Bagi Penyebutharga yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai di bawah Akta GST, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan perolehan ini, maka syarikat hendaklah memaklumkan dengan segera kepada Jabatan berkenaan perubahan tersebut di bawah Akta GST. Syarikat hendaklah membuat permohonan untuk pelarasan bagi kenaan GST. Pelarasan harga kenaan GST akan dimuktamadkan oleh Pegawai Pengawal.
4.7 Syarikat yang Berjaya dan berdaftar GST dengan JKDM, akan menerima surat setuju terima perolehan daripada Jabatan dengan harga tawaran termasuk kenaan GST (terpakai untuk perolehan Perkhidmatan sahaja).
4.8 Setiap Penyebutharga adalah diperlukan mengisi semua ruang dalam Jadual Harga mengikut format yang telah disediakan di Dokumen 4.
5. Tempoh Sah Tawaran
6. Spesifikasi Sebut Harga
6.1 Penentuan perkhidmatan yang perlu dibekalkan ialah seperti di Jadual Penentuan Teknikal ( Dokumen 7 ) yang dikembarkan.
6.2 Penyebutharga hanya boleh mencadangkan SATU (1) pilihan sahaja spesifikasi teknikal yang tidak kurang daripada spesifikasi minima seperti di Jadual Penentuan Teknikal kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Penyebutharga yang mencadangkan lebih dari satu pilihan spesifikasi teknikal akan DITOLAK.
6.3 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan harga akibat perbezaan antara tafsiran Penyebutharga dengan tafsiran Jabatan ini mengenai penentuan tersebut.
7. Pembayaran
7.1 Pembayaran bagi pembekalan peralatan ini akan dibuat dalam RINGGIT MALAYSIA.
7.2 Pembayaran sepenuhnya akan dibuat setelah perkhidmatan diakuterima oleh Kerajaan.
8. Perakuan Penerimaan Perkhidmatan
8.1 Perakuan penerimaan perkakasan hanya akan dibuat setelah perkakasan dan perisian yang dibekalkan diperiksa oleh pegawai Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang diberi kuasa.
8.2 Pegawai tersebut berhak membuat penolakan terhadap bekalan perkakasan dan perisian yang rosak, rendah kualiti atau yang tidak mengikut Jadual Cadangan Spesifikasi Sebut Harga Yang Dibekalkan. Penyebutharga yang tidak mengikut Jadual Cadangan Spesifikasi Sebut Harga Yang Dibekalkan hendaklah menggantikan perkakasan yang ditolak tersebut. Kos perbelanjaan yang berkaitan hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga.
8.3 Perkakasan dan perisian yang dibekalkan hendaklah dijamin dari kecacatannya untuk tempoh seperti yang dicatatkan di dalam Jadual Cadangan Spesifikasi Teknikal Yang Dibekalkan dan dalam tempoh itu Penyebutharga hendaklah memberi perkhidmatan penyelenggaraan dan alat-alat ganti dengan percuma.
9. Tempoh dan Jadual Penghantaran / Pelaksanaan
9.1 Penyebutharga yang berjaya mestilah menyempurnakan perkhidmatan tersebut di dalam tempoh 80 hari daripada tarikh setuju terima dan melengkapkan jadual penghantaran / pelaksanaan seperti di dalam Dokumen 9.
9.2 Penyebutharga boleh mengemukakan jadual pelaksanaan yang lebih terperinci bagi setiap item yang dimaksudkan.
9.3 Penyebutharga yang berjaya perlu menyediakan dan menanggung risiko perisian tersebut, buruh, pengangkutan dan segala yang perlu bagi menghantar dan memasang peralatan tersebut ke tempat yang dinyatakan dalam pesanan rasmi.
10. Prestasi Perkhidmatan
10.1 Sebarang item yang pada asalnya tidak dicadangkan oleh Penyebutharga yang berjaya dalam tawaran sebut harganya, tetapi diperlukan untuk menjayakan dalam penggunaan, hendaklah dibekalkan dan ditanggung oleh Penyebutharga.
10.2 Penyebutharga adalah bertanggungjawab memastikan perkakasan dan aplikasi dapat berfungsi dan beroperasi di tahap yang baik dan memuaskan sebelum ianya diserah dan diterima dengan rasmi oleh Jabatan.
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur.
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL HARGA
DOKUMEN 4
SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN
CLOUD STORAGE
DAN
PEROLEHAN
SAN STORAGE
BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA
Bil Perihal Kuantiti Harga Seunit
(RM)
Jumlah Harga (RM)
1.0 Perkakasan
1.1 IBM v3700 Dual Controller SAN Storage
Upgrade 1
2.0 Perisian
2.1 File Sharing & Data Synchronization
Software 50
3.0 Perkhidmatan
3.1 Pengurusan Projek 1
3.2 Penyediaan Tapak Pemasangan 1
3.3 Pemasangan Perkakasan dan Lesen
Perisian 1
3.4 Pengujian dan Pentauliahan 1
3.5 Dokumentasi dan Manual 1
3.6 Khidmat Sokongan 1
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA
DOKUMEN 5
SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN
CLOUD STORAGE
DAN
PEROLEHAN
SAN STORAGE
BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA
1. NAMA PENYEBUTHARGA : ________________________________
2. ALAMAT PEJABAT : ________________________________
3. NO. TELEFON : ________________________________
4. NO. PENDAFTARAN SYARIKAT : __________________________
5. NO PENDAFTARAN KEMENTERIAN
KEWANGAN : __________________________ (SERTAKAN SALINAN SIJIL)
6. STATUS PENDAFTARAN GST : (BERDAFTAR / TIDAK BERDAFTAR) (GARISKAN YANG BERKENAAN)
7. NO. PENDAFTARAN GST : __________________________ (UNTUK YANG BERDAFTAR & SERTAKAN SALINAN SURAT PENDAFTARAN GST)
8. MODAL BERBAYAR : RM _______________________
9. MODAL DIBENAR : RM _______________________
10. JUMLAH TAWARAN : RM _______________________
11. PEMBEKALAN : Tempoh perkhidmatan tersebut: ______ hari
Saya perakui bahawa segala keterangan di atas adalah benar.
Tandatangan Penyebutharga : _________________________________
Nama : _________________________________
No. Kad. Pengenalan : _________________________________
Jawatan : _________________________________
Tarikh : _________________________________
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
SURAT JAMINAN PENYEBUTHARGA
DOKUMEN 6
SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN
CLOUD STORAGE
DAN
PEROLEHAN
SAN STORAGE
BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA
Surat ini hendaklah dilengkapkan dan dikembalikan di dalam sampul surat pertama.
SURAT JAMINAN PENYEBUTHARGA
Kepada :
Ketua Pengarah Perhutanan,
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin,
50660 Kuala Lumpur.
Tuan,
SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN
CLOUD STORAGE
DAN
PEROLEHAN
SAN STORAGE
BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA
Saya / kami tertakluk kepada syarat-syarat sebut harga ini, menawar untuk Penambahan Lesen Cloud Storage dan Perolehan SAN Storage bagi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia seperti yang terdapat dalam Jadual Harga berkembar dengan harga sebanyak : RM________________________ (Ringgit Malaysia : ________________________________
___________________________________________________________________________).
1. Saya / kami dengan ini mengesahkan bahawa kualiti perkhidmatan yang akan dibekalkan adalah setanding dengan Kualiti yang telah diberikan dalam Jadual Cadangan Spesifikasi Sebut Harga Yang Dibekalkan dan Jadual Penentuan Teknikal.
3. Jika sebut harga ini diterima saya / kami bersetuju untuk menandatangani surat setuju terima di dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh surat tawaran sebut harga dihantar.
4. Saya / kami bersetuju bahawa tempoh sah laku sebut harga ini adalah selama 90 hari daripada tarikh sebut harga ditutup dan dalam tempoh tersebut saya / kami tidak boleh menarik balik tawaran sebut harga tersebut.
( Tandatangan Penyebutharga )
Nama : _____________________
No. K.P : ____________________
Jawatan : ____________________
Alamat Penyebutharga :
Tarikh : _____________________
( Tandatangan Saksi )
Nama : ______________________
No. K.P : _____________________
Jawatan : ____________________
Alamat Saksi :
Tarikh : ______________________
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL PENENTUAN TEKNIKAL
DOKUMEN 7
SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN
CLOUD STORAGE
DAN
PEROLEHAN
SAN STORAGE
BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA
Bil Perihal Kuantiti
1.0 Perkakasan
1.1 IBM v3700 Dual Controller SAN Storage Upgrade 1
2.0 Perisian
2.1 File Sharing & Data Synchronization Software 50
3.0 Perkhidmatan
3.1 Pengurusan Projek 1
3.2 Penyediaan Tapak Pemasangan 1
3.3 Pemasangan Perkakasan dan Lesen Perisian 1
3.4 Pengujian dan Pentauliahan 1
3.5 Dokumentasi dan Manual 1
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL CADANGAN SPESIFIKASI SEBUT HARGA YANG
DIBEKALKAN
DOKUMEN 8
SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN
CLOUD STORAGE
DAN PEROLEHAN
SAN STORAGE
BAGI JABATAN
PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
Bil Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)
Pematuhan (Ya/Tidak)
Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*
1.0 Perkakasan
1.1 IBM v3700 Dual Controller SAN Storage Upgrade
1.1.1 Hardware Minimum Specifications
a. Model: 2U rackmount storage expansion
(MTM:6099), Dual expansion canisters
b. 24 x 1.2 TB 10,000 rpm 6 Gb SAS 2.5 Inch HDD. The storage shall be configured to 21.8 TB Useable RAID5 with Hot Spare.
Bil Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)
Pematuhan (Ya/Tidak)
Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*
d. Support the following drives:-
SFF 2.5-inch disk drives: 426 GB, 300 GB at 15k rpm, 600 GB, 900 GB and 1.2 TB at 10k rpm, 1 TB at 7.2k rpm SAS nearline LFF 3.5-inch disk drives: 2 TB, 3 TB and 4 TB at 7.2k rpm, 900 GB and 1.2 TB at 10k rpm, 300 GB at 15k rpm SSD drives: 200 GB, 400 GB and 800 GB
e. The Storage expansion must be in 2U form factor for each enclosure.
f. The storage expansion must come with 2 expansion canisters
g. Four 6Gb SAS ports for attachment to a Storwize V3700 control enclosure or to another Storwize V3700 expansion enclosure (two ports per canister)
h. 2 x 1.5m SAS Cable (mSAS HD to mSAS HD)
i. Redundant Hot-Swappable Fans and Power
Supplies with line cords
j. Rack Mounted Kit Included
Bil Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)
Pematuhan (Ya/Tidak)
Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*
2.0 Perisian
2.1 File Sharing & Data Synchronization Software
a. Tenderer shall proposed and continue using the
current brand of the File Sharing & Data Synchronization software. JPSM currently using PocketData software.
b. Proposed solution shall be located on-premise
including data files.
c. The proposed solution must have the flexibility to
customize according to JPSM requirement.
d. All of the product source code must be given and
delivered to JPSM for security audit purpose.
e. The purpose solution must not a
Freeware/Shareware or open source product under the GNU or GPL licence.
f. Proposed solution must be able to do bidirectional
synchronization from client to server and vice versa.
g. The proposed solution must be able to control the
Bil Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)
Pematuhan (Ya/Tidak)
Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*
h. The proposed solution must be able to store files,
folders, contacts, photo galleries, calendars. Access from mobile device, desktop, or a web browser.
i. The proposed solution must be able to share data
with others (with/without password,
publicly/privately), and give them access to latest photo galleries, calendar, file, document and music file.
j. The proposed solution must also able to Share
calendar with other users or groups on server. Store contacts and share them among devices.
Bil Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)
Pematuhan (Ya/Tidak)
Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*
o. The centralized storage capable to encrypt the
data using standard encryption format (AES, Blowfish, etc).
p. Proposed solution must be capable to be
executed on mobile environment and accessible via all mobile peripherals (iOS, android, etc).
q. System shall able to Support NAS, FTP drive or
Samba and have the ability.
r. Administrator of the system shall have the ability
to send notifications to users and set limits on file retention in the trash.
s. Users can drag a file into the upload-only
interface and drop it, and the file will be uploaded to cloud server.
t. System shall able to log account level activities
such as logins, file sharing activity, file updates
and more – giving admins the information they
Bil Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)
Pematuhan (Ya/Tidak)
Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*
u. Proposed solution must have File Firewall to
inspect connection and file action requests made on a cloud server, and prevents cloud from providing access if the firewall rules are not met. The admin can sets rules for allowing or denying access by IP address range, device type, file size, subnet, geography, time, group membership and more. On every connection, if those rules are not met, the connect request is denied. If the rules are
met, the connection and – ultimately file transfer
or action – is allowed.
v. Proposed solution must support virtualization
server like VMware VSphere.
w. Proposed solution can bring back data that was
deleted accidentally. Find previous versions of files you modified and bring them back.
x. Admin shall have the following user management
feature on the propose solution:
View users in a single window, sort and
search users by user display name, last login, group, or even storage location.
New users can be added with a click of a
button, sending out an email, while user avatars make it clear who is sharing files and with whom.
User management must quick and efficient for
Bil Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)
Pematuhan (Ya/Tidak)
Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*
3.0 Perkhidmatan
3.1 Pengurusan Projek
Melaksanakan kerja-kerja pengurusan projek dan memastikan setiap keperluan dan implementasi dapat dilaksanakan dengan mematuhi standard implementasi sedia ada dan dibuat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
3.2 Penyediaan Tapak Pemasangan
a. Mencadangkan rekabentuk terhadap infrastruktur.
b. Melaksanakan proses site preparation terhadap
server, storage dan keperluan Rangkaian
Bil Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)
Pematuhan (Ya/Tidak)
Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*
c. Melaksanakan kerja-kerja penyediaan tapak pemasangan di bilik server IPJPSM. Pembekal perlu memastikan keperluan pemasangan seperti keperluan cable, power point dan keperluan-keperluan lain adalah dipenuhi terlebih dahulu sebelum pemasangan peralatan-peralatan yang dibekalkan. Sebarang kos yang terlibat didalam penyediaan tapak pemasangan hendaklah diambil kira dan tiada sebarang kos tambahan yang akan ditanggung oleh pihak kerajaan untuk tujuan tersebut.
3.3 Pemasangan Peralatan dan Lesen Perisian
a. Pemasangan bagi peralatan-peralatan serta perisian-perisian yang dibekalkan hendaklah dilakukan oleh jurutera yang telah ditauliahkan oleh pihak pembekal.
b. Memasang dan mengkonfigurasi SAN storage
dengan Hypervisor VMware vSphere dan
Falconstor. Pihak pembekal perlu membuat
Bil Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)
Pematuhan (Ya/Tidak)
Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*
c. Pihak pembekal juga perlu memasang, mengkonfigurasi dan menguji pemasangan File Sharing & Data Synchronization Software.
Konfigurasi yang dibuat perlu mengikut keperluan JPSM.
3.4 Pengujian dan Pentauliahan
a. Melaksanakan pengujian (User Acceptance Test
dan Final Acceptance Test) bagi:
Mengesahkan bahawa kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan yang diberikan adalah menurut dokumen tender dan berfungsi seperimana yang dikehendaki JPSM.
Meliputi Ujian Fungsional semua fungsi perkakasan dan perisian serta Hardware and Software Acceptance Test Plan.
b. Menyediakan test script (User Acceptance Test
dan Final Acceptance Test) dan borang-borang
yang bersesuaian untuk pengesahan pihak JPSM.
3.5 Dokumentasi dan Manual
Bil Spesifikasi Keperluan
(Semua Item dikategorikan sebagai Mandatori)
Pematuhan (Ya/Tidak)
Tawaran oleh Syarikat
(Syarikat perlu menyatakan spesifikasi tawaran satu per satu terhadap spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia)*
Waranti , Sijil dan Lesen dalam folder eksklusif
Dokumen lain yang berkaitan
b. Menyediakan 2 salinan hardcopy dan salinan
softcopy (dalam bentuk CD) manual dan
dokumentasi yang berkaitan.
3.6 Khidmat Sokongan
a. Menyediakan khidmat sokongan selepas jualan dan penyenggaraan semasa tempoh kontrak iaitu tiga (3) tahun bagi perkakasan dan perisian bermula daripada tarikh Surat Penyerahan oleh Syarikat.
b. Memberikan Corrective Maintenance tanpa had sepanjang tempoh kontrak.
Masa tindak balas : 30 minit
Tempoh Pemulihan: tidak lebih daripada 24 jam selepas aduan diterima oleh helpdesk
c. Hendaklah menyediakan meja bantuan pusat perkhidmatan sokongan ( 24 X 7) untuk JPSM untuk menyelaras dan menyelesaikan aduan yang dilaporkan oleh JPSM.
Nota
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
JADUAL PENGHANTARAN / PELAKSANAAN
DOKUMEN 9
SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN
CLOUD STORAGE
DAN
PEROLEHAN
SAN STORAGE
BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA
Sila nyatakan tempoh penghantaran
Bil
Perihal
Kuantiti
Tempoh
penghantaran
(Hari)
1.0 Perkakasan
1.1 IBM v3700 Dual Controller SAN Storage Upgrade
1
2.0 Perisian
2.1 File Sharing & Data Synchronization Software
1
3.0 Perkhidmatan
3.1 Pengurusan Projek
1
3.2 Penyediaan Tapak Pemasangan
1
3.3 Pemasangan Perkakasan dan Lesen Perisian
1
3.4 Pengujian dan Pentauliahan
1
3.5 Dokumentasi dan Manual
1
3.6 Khidmat Sokongan
1
Jumlah
Lokasi penghantaran, pemasangan dan pengujian adalah di :
Bahagian Pengurusan Maklumat
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
DOKUMEN SEBUT HARGA
KAEDAH PELAKSANAAN
INTEGRITY PACT
DOKUMEN 10
SEBUT HARGA : JH (SH) 84/2017
SEBUT HARGA BAGI PENAMBAHAN LESEN
CLOUD STORAGE
DAN
PEROLEHAN
SAN STORAGE
BAGI JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG
MALAYSIA
1. Peringkat Pertama – Semasa penghantaran dokumen tawaran oleh Syarikat / penyebut harga
Kesemua Syarikat / penyebut harga yang menghantar dokumen tender / Sebut Harga hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembekal bahawa ia tidak akan menawarkan atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembekal hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan Pembekal adalah seperti di Lampiran A1. Agensi hendaklah memastikan Surat Akuan Pembekal juga dijadikan sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama dokumen tawaran Syarikat / penyebut harga.
2. Peringkat Kedua – Semasa mengembalikan Surat Setuju Terima oleh Syarikat / penyebut harga Berjaya
LAMPIRAN A1
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBEKAL
Bagi
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN PENAMBAHAN LESEN CLOUD STORAGE DAN PEROLEHAN SAN STORAGE
BAGI
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA JH (SH) 84/2017
Saya, ____________________________________ nombor K.P._____________________ yang mewakili _____________________________________________________ nombor Pendaftaran ____________________________________ dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pewakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan
Tidak perlu diisi
LAMPIRAN A2
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PEMBEKAL BERJAYA
Bagi
SEBUT HARGA BAGI PEROLEHAN PENAMBAHAN LESEN CLOUD STORAGE DAN PEROLEHAN SAN STORAGE
BAGI
JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA JH (SH) 84/2017
Saya, _____________________________________ nombor K.P.____________________ yang mewakili ______________________________________________________ nombor Pendaftaran ____________________________________ dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Pewakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan Sebut Harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan