• Tidak ada hasil yang ditemukan

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNET (PERNIAGAAN) UOB A. MEMOHON UNTUK PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNET (PERNIAGAAN) UOB

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNET (PERNIAGAAN) UOB A. MEMOHON UNTUK PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNET (PERNIAGAAN) UOB"

Copied!
46
0
0

Teks penuh

(1)

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNET (PERNIAGAAN) UOB

A. MEMOHON UNTUK PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNET (PERNIAGAAN) UOB

1.1 Terma dan syarat (“Terma dan Syarat”) ini adalah sebagai tambahan kepada terma dan syarat lain yang anda mungkin telah bersetuju dengan kami, dan anda bersetuju untuk diikat oleh terma dan syarat, prosedur, dan arahan yang diguna pakai untuk penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet (Perniagaan) UOB (“Perkhidmatan”) yang terkandung dalam Terma dan Syarat ini, dan mana-mana dokumen lain, termasuk Panduan Pengguna Perkhidmatan Perbankan Internet (Perniagaan) UOB, Borang Pendaftaran Perkhidmatan Perbankan Internet (Perniagaan) UOB serta pelbagai terma dan syarat standard kami yang menguasai pelbagai kemudahan perbankan dan perkhidmatan lazim dari masa ke semasa.

1.2 Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran antara Terma dan Syarat ini dan mana-mana dokumen lain yang diguna pakai untuk Perkhidmatan, Terma dan Syarat ini akan diguna pakai berhubung dengan semua hal yang berkaitan dengan Perkhidmatan.

1.3 Anda adalah terikat kepada sebarang pindaan yang kami lakukan pada Terma dan Syarat ini.

1.4 ID Pengguna, PIN, Kata Laluan dan Token yang dikeluarkan kepada Pengguna yang Dibenarkan / Pentadbir Syarikat / Penandatangan Syarikat akan membolehkan Pengguna yang Dibenarkan / Pentadbir Syarikat / Penandatangan Syarikat untuk mengendalikan Akaun anda dan/atau Akaun Terpilih oleh beliau.

1.5 Untuk menggunakan Perkhidmatan, sebarang mandat atau arahan sedia ada dan/atau Arahan kepada kami berhubung dengan Akaun anda tidak akan diguna pakai dalam pengendalian Akaun anda. Anda mesti menyediakan mandat

(2)

dan/atau Arahan berlainan bagi pengendalian Akaun anda oleh Kakitangan yang Dibenarkan, yang kemudiannya akan melantik seorang Pentadbir Syarikat dan Penandatangan Syarikat, yang akan menerima ID Pengguna, Kata Laluan dan Token masing-masing melalui Perkhidmatan dengan menandatangani borang permohonan.

B. DEFINISI DAN INTERPRETASI

2.1 “Akaun” - Akaun yang dikekalkan oleh anda dari masa ke semasa dengan kami yang berkait dengan Perkhidmatan selaras dengan permintaan bertulis anda, dan berkenaan dengan Arahan anda yang mungkin akan dilaksanakan berhubungan dengan penggunaan Perkhidmatan oleh anda.

2.2 “Saluran Komunikasi yang Diluluskan” bermakna saluran komunikasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada telefon, komputer atau sebarang kaedah elektronik yang mungkin diluluskan oleh kami dari masa ke semasa yang memerlukan pengesahan kod keselamatan tertentu yang diperlukan untuk saluran komunikasi masing-masing) yang anda boleh gunakan untuk mengeluarkan Arahan kepada kami.

2.3 “Kakitangan yang Dibenarkan” –Mana-mana individu yang dibenarkan (sama ada secara bersendirian atau berkumpulan) oleh Lembaga Pengarah anda untuk bertindak bagi pihak anda dalam memberi arahan, dan/atau melaksanakan atau menandatangani sebarang dokumen yang mungkin diperlukan di bawah Terma dan Syarat atau Perkhidmatan ini.

2.4 “Pengguna yang Dibenarkan” – Individu-individu yang dilantik oleh Pentadbir Syarikat untuk menyemak dan memulakan transaksi dari Akaun, Akaun Terpilih dan/atau Perkhidmatan bagi pihak anda.

2.5 “Hari Perniagaan” – Mana-mana hari di mana bank di Malaysia adalah terbuka untuk perniagaan kecuali hari Sabtu, Ahad, cuti am, dan hari-hari lain yang kami mungkin isytiharkan, pada budi bicara mutlak kami.

(3)

2.6 “Pentadbir Syarikat” – Individu(-individu) yang dilantik oleh Kakitangan yang Dibenarkan dalam borang permohonan Perkhidmatan untuk mengurus Akaun dan/atau Akaun Terpilih anda bagi penggunaan Perkhidmatan.

2.7 ”Penandatangan Syarikat” – Individu(-individu) yang dilantik oleh Kakitangan yang Dibenarkan dalam borang permohonan Perkhidmatan untuk melaksanakan atau membenarkan sebarang transaksi melalui platform Perbankan Internet kami.

2.8 “Akaun Terpilih” - Akaun yang anda mungkin telah buka sebagai Akaun baru, atau di mana telah ditentukan dalam Borang Pendaftaran Perkhidmatan Perbankan Internet (Perniagaan) UOB (jika anda tidak menetapkan sesuatu Akaun, Akaun anda mungkin ditetapkan oleh kami) dari Akaun sedia ada anda kepada dan daripada mana ia boleh dicajkan dan ditolak fi, kos, caj, perbelanjaan, dan faedah yang mungkin dikenakan oleh kami bagi penggunaan Perkhidmatan, termasuk fi langganan dan mana-mana fi tambahan untuk transaksi/perkhidmatan terpilih.

2.9 “Kumpulan” – Cawangan, agensi, pejabat wakil, syarikat gabungan, bersekutu atau berkaitan, dan pegawai, kakitangan atau agen masing-masing, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

2.10 “Arahan” - Permintaan atau arahan yang kami terima di bawah ID Pengguna, PIN, Kata Laluan dan Token yang dihantar melalui Perkhidmatan mengikut prosedur dan garis panduan seperti yang kami mungkin tetapkan dari masa ke semasa bagi transmisi permintaan atau arahan sebegitu.

2.11 “Kami” - United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) dengan alamat berdaftar di Tingkat 11, Menara UOB, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur dan cawangan-cawangannya di Malaysia.

2.12 “Laman Web kami” bermakna laman web yang pada masa ini bertempat di http://www.uob.com.my (atau sebarang nama domain penggantian atau pengganti) yang membolehkan anda, melalui penggunaan Pengenalan Pengguna, PIN, Kata Laluan dan/atau Token, untuk mengakses dan menggunakan Perkhidmatan.

(4)

2.13 “Kata Laluan” - Nombor pengenalan persendirian yang unik, atau kod, perkataan, penggambaran atau pengenalan (elektronik atau sebaliknya) lain yang diberi kepada anda termasuk sebarang nombor rahsia yang anda pilih sebagai pengganti untuk penggunaan Perkhidmatan.

2.14 “Data Peribadi” – Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, pekerjaan, butiran hubungan, maklumat yang diperolehi melalui sistem sekuriti (termasuk rakam imej anda pada Televisyen Litar Tertutup (CCTV), maklumat yang terdapat dalam Akaun, sama ada secara tunggal atau bersama individu lain, jenis-jenis produk dan/atau perkhidmatan yang anda langgani bersama kami dan juga apa-apa maklumat yang berkaitan dengan anda dan transaksi anda bersama kami.

2.15 “PIN” – Nombor atau kod unik yang kami sediakan untuk anda atau sebaliknya dipilih oleh anda untuk penggunaan Perkhidmatan.

2.16 “Perkhidmatan” – Perkhidmatan Perbankan Internet (Perniagaan) iaitu perkhidmatan yang terutamanya meningkatkan atau menambahkan kepada perbankan dan kemudahan lain, perkhidmatan dan produk yang kami beri atau sediakan kepada anda yang membenarkan anda melaksanakan perbankan dengan kami melalui medium elektronik Internet.

2.17 “Token” – Suatu peranti keselamatan peribadi yang dikeluarkan kepada setiap Penandatangan Syarikat untuk menentusahkan dan mengesahkan identiti Penandatangan Syarikat bagi membolehkan Penandatangan Syarikat tersebut untuk menggunakan Perkhidmatan.

2.18 “ID Pengguna” – Kod pengenalan unik yang ditentukan dan/atau diwujudkan oleh Pentadbir Syarikat anda untuk penggunaan Perkhidmatan.

2.19 “Anda/Kamu” - Anda, pelanggan yang merupakan pemilik tunggal, perniagaan atau pemegang akaun korporat sesuatu Akaun yang didaftarkan untuk menggunakan Perkhidmatan.

(5)

2.20 Rujukan kepada -

(a) nombor mufrad akan merangkumi nombor jamak, dan sebaliknya; (b) jantina maskulin termasuk jantina feminin dan kembiri, dan sebaliknya; (c) seseorang termasuk individu, perkongsian, badan korporat, persatuan

yang tidak diperbadankan, kerajaan, negeri, agensi negeri, dan amanah; (d) seseorang termasuk wasi, pentadbir, pengganti, dan pemegang serah

hak, dan Terma dan Syarat ini akan mengikat individu tersebut; dan (e) “termasuk” atau “sebagai contoh” (atau perkataan lain yang sama

maksudnya) semasa memperkenalkan sesuatu contoh tidak mengehadkan maksud perkataan kepada contoh tersebut.

C. PENGENDALIAN PERKHIDMATAN

Arahan Anda

3.1 Melainkan pertanyaan dibuat melalui Perkhidmatan, Arahan anda tidak dianggap telah diterima, diproses, dilaksanakan, diambil tindakan atau dijalankan oleh kami sehingga anda menerima pengesahan kami bahawa ia telah diterima atau dilaksanakan.

3.2 Semua komunikasi kepada kami melalui mel elektronik, termasuk maklum balas dan pertanyaan, sama ada dibuat melalui Perkhidmatan atau sebaliknya, dan walaupun diterima oleh kami, tidak akan menjadi atau membentuk mana-mana bahagian atau Arahan anda untuk mengendalikan Akaun anda, dan kami tidak bertanggungjawab untuk bertindak atau membalas komunikasi tersebut.

3.3 Arahan Anda akan dianggap sebagai muktamad dan mengikatkan anda setelah ia dihantar kepada UOB.

3.4 Kami boleh, tetapi tidak bertanggungjawab untuk, bergantung kepada sebarang Arahan. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengenal pasti pihak yang menghantar Arahan tersebut, dan kami tidak bertanggungjawab untuk menanya tujuan sebarang Arahan.

3.5 Anda mesti memaklumkan kami dengan segera jika anda menerima sebarang data atau maklumat yang tidak lengkap, mengelirukan atau tidak tepat daripada

(6)

kami, dan anda mesti memadamkan data atau maklumat tersebut daripada sistem komputer anda dengan serta-merta.

3.6 Anda mesti memaklumkan kami dengan segera jika anda menerima sebarang data atau maklumat yang bukan untuk anda, dan anda mesti memadamkan data atau maklumat tersebut daripada sistem komputer anda dengan serta-merta.

3.7 Anda meminta atau membenarkan kami untuk menerima, bergantung kepada dan bertindak ke atas mana-mana Arahan yang diberi atau bertujuan untuk diberi oleh anda. Kami mungkin menerima Arahan tersebut sebagai tulen dan menganggap telah diberi kuasa sewajarnya, dan kami tidak bertanggungjawab untuk menyiasat ketulenan atau kebenaran individu yang menghantar Arahan tersebut atau menentusahkan ketepatan dan/atau kelengkapan Arahan tersebut. Arahan tersebut adalah sah dan mengikatkan anda walaupun terdapat kesalahan, pemalsuan, penipuan, kurang kejelasan atau salah faham.

3.8 Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang dan semua kerugian yang timbul dari atau berkaitan dengan penggunaan Pengenalan Pengguna, PIN, Kata Laluan dan Token yang tidak dibenarkan.

3.9 (a) Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan atau kerugian, termasuk secara langsung, tidak langsung, sampingan, khas dan turutan, perbelanjaan atau kerugian yang timbul dari atau berkaitan dengan penggunaan atau ketidakmampuan anda menggunakan Laman Web kami, atau berkaitan dengan sebarang kesalahan, kesilapan, kerosakan, virus komputer atau kegagalan sistem, atau kehilangan sebarang keuntungan, kepercayaan atau reputasi, walaupun telah dinasihatkan dengan jelas tentang kemungkinan kerugian atau kerosakan sebegitu, yang timbul daripada atau berhubung dengan akses, penggunaan atau, prestasi melayari dalam atau pautan kepada laman web lain dari Laman Web kami.

(b) Anda bersetuju bahawa liabiliti tunggal kami kepada anda dalam kontrak, tort (termasuk kecuaian atau pelanggaran tugas berkanun) atau sebaliknya yang timbul berhubung dengan Terma dan Syarat dan Perkhidmatan tidak akan melebihi amaun transaksi terlibat yang

(7)

membawa kepada tuntutan atau kerosakan secara langsung kekal, yang mana lebih rendah.

(c) Setiap peruntukan dalam Klausa 3.9 ini hendaklah diertikan sebagai satu had berasingan yang diguna pakai dan dikekalkan walaupun terdapat sebarang tujuan di mana satu atau peruntukan lain tidak boleh diguna pakai atau dipegang secara munasabah dalam apa-apa keadaan dan akan kekal dikuatkuasakan walaupun dengan penamatan Akaun atau Perkhidmatan.

3.10 Tanpa mengehadkan Klausa 3.9, kami tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang kerugian, kerosakan atau keaiban yang dialami oleh anda atau mana-mana pihak ketiga berhubung dengan -

(a) kegagalan anda untuk menyediakan arahan tepat, menyeluruh dan tepat pada masanya kepada kami di bawah Perkhidmatan atau kegagalan anda untuk mematuhi Terma dan Syarat ini;

(b) ketidakmampuan anda untuk melakukan sebarang transaksi tersebut akibat had yang kami tetapkan;

(c) sebarang kesilapan, penukaran, kemusnahan Arahan, data atau maklumat kepada atau daripada kami melalui Perkhidmatan dan internet; (d) sebarang pencerobohan atau serangan oleh mana-mana individu atau

pihak atau perkakasan, perisian atau sistem yang digunakan berkaitan dengan Perkhidmatan atau dalam internet, termasuk virus, Kuda Trojan, cecacing dan/atau makro atau komponen mudarat lain atau peranti yang melumpuhkan yang mungkin menggantung, mengganggu atau melumpuhkan Perkhidmatan;

(e) sebarang sekatan atau larangan pada penggunaan Perkhidmatan oleh mana-mana undang-undang atau peraturan mana-mana negara dari di mana anda mengakses Perkhidmatan;

(f) kekurangan dana dalam mana-mana Akaun anda;

(g) sebarang kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh peralatan, pembekal pelayar internet atau oleh pembekal perkhidmatan internet atau agen atau subkontraktor mereka;

(h) sebarang kerosakan atau kepincangan tugas mana-mana peralatan, sistem atau perisian yang digunakan berhubung dengan Perkhidmatan, sama ada ia milik UOB atau sebaliknya, termasuk mana-mana terminal

(8)

elektronik, server atau sistem, peranti telekomunikasi, perhubungan, elektrik, bekalan tenaga, telekomunikasi atau rangkaian komunikasi atau sistem yang lain atau mana-mana bahagian sistem pemindahan dana elektronik;

(i) sebarang penggunaan, penyalahgunaan, penggunaan atau penyalahgunaan yang dimaksudkan, kerugian, pencurian atau penggunaan PIN, Kata Laluan atau Pengenalan Pengguna yang tidak dibenarkan oleh anda dan/atau penggunaan atau penyalahgunaan yang dimaksudkan bagi Perkhidmatan;

(j) kegagalan anda untuk mematuhi arahan, prosedur dan peraturan terkini bagi penggunaan Perkhidmatan;

(k) kerosakan atau kehilangan sebarang data atau arahan atau ketika transmisi, sama ada melalui Perkhidmatan atau sebaliknya digunakan oleh mana-mana pihak ketiga lain sama ada berhubung atau sebaliknya dengan Akaun anda atau Perkhidmatan;

(l) ketidakmampuan kami untuk melaksanakan sebarang operasi atau menyediakan sebarang Perkhidmatan akibat dari sebab-sebab di luar kawalan kami, termasuk kebakaran, gempa bumi, keruntuhan tanah, banjir, wabak, bencana semula jadi atau bencana alam, kemalangan, kerusuhan, kekacauan awam, pertikaian perindustrian, tindakan musuh awam, embargo, peperangan, atau sebarang kegagalan, penangguhan atau gangguan elektrik, bekalan bahan api atau perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana pembekal perkhidmatan internet atau pembekal perkhidmatan dalam talian komersial yang menyediakan hubungan kepada internet, atau sebarang entiti, syarikat, perbadanan atau institusi yang menyediakan produk, perkhidmatan, kandungan atau maklumat dalam Laman Web Kami, atau sebarang faktor di luar kawalan kami;

(m) dana di dalam Akaun dan/atau Akaun Terpilih tidak tersedia untuk penggunaan kerana mereka telah dikenal pasti atau diberikan kepada kami sebagai sekuriti, atau kami melaksanakan lien pada dana dalam Akaun dan/atau Akaun Terpilih, atau menurut hak kami di bawah pelbagai terma dan syarat standard yang menguasai pelbagai kemudahan dan perkhidmatan perbankan; atau

(9)

(n) Kami mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa penipuan, tindakan jenayah, kesalahan atau pencabulan mana-mana undang-undang dan peraturan telah atau akan dilakukan.

3.11 Anda akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan ketepatan dan kelengkapan Arahan. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan dan/atau tanggungjawab untuk menjalankan sebarang Arahan yang tidak lengkap, mengelirukan atau tidak tepat.

3.12 Kami boleh membatalkan atau memberhentikan pelaksanaan sebarang Arahan, atau membalikkan sebarang tindakan yang dijalankan, jika kami berpendapat bahawa Arahan tersebut menyalahkan undang-undang, tidak dibenarkan atau di atas mana-mana sebab lain, tanpa memberi notis terdahulu kepada anda, pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab dan tanpa menanggung sebarang liabiliti.

3.13 Anda akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memantau Akaun dan Akaun Terpilih anda pada setiap masa. Anda mesti sering memeriksa status pemprosesan Arahan yang telah atau sedang diproses oleh kami melalui Perkhidmatan atau melalui cara-cara lain yang disediakan untuk anda.

3.14 Sebarang Arahan yang diberi akan dilaksanakan mengikut cara perniagaan lazim. Jika Arahan diberi selepas tempoh akhir yang kami tetapkan untuk transaksi pada hari tertentu, Arahan tersebut mungkin tidak dilaksanakan sehingga Hari Perniagaan berikutnya.

3.15 Di mana jumlah amaun transaksi yang dilaksanakan selaras dengan Arahan anda melebihi baki kredit Akaun, Akaun Terpilih dan/atau kemudahan kredit yang disediakan kepada anda, kami boleh, pada budi bicara muktamad kami, menentukan sama ada arahan tersebut patut dilaksanakan atau sebaliknya, dan jika transaksi dalam Arahan akan dilaksanakan secara keseluruhan atau sebahagiannya, tanpa mengira tarikh atau masa penghantaran dan penerimaan.

(10)

Pembatalan atau pindaan kepada Arahan anda

4.1 Kami tidak bertanggungjawab untuk membatalkan atau meminda sebarang bayaran yang dibuat atau akan dibuat menurut Arahan anda atau mana-mana Arahan selanjutnya yang telah dihantar kepada kami.

4.2 Kami akan melakukan semua usaha munasabah untuk bertindak ke atas permintaan pembatalan atau pindaan anda sebelum melaksanakan Arahan tersebut, tetapi kami tidak bertanggungjawab jika pembatalan atau pindaan tersebut tidak dilaksanakan tepat pada masa atau tidak dapat dijalankan.

4.3 Jika kami cuba untuk membatalkan atau meminda sebarang Arahan mengikut permintaan anda, mesti membayar sebarang dan semua kos dan perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh kami.

4.4 Untuk mengelakkan keraguan, kami tidak akan dipertanggungjawabkan untuk menerima atau mempunyai notis pembatalan atau pindaan Arahan anda sehingga kami memaklumkan kepada anda secara bertulis.

Kerahsiaan Pengenalan Pengguna, PIN dan Kata Laluan

5.1 Anda mesti merahsiakan semua Pengenalan Pengguna, PIN, Kata Laluan dan kod lain yang telah dikeluarkan kepada anda, dan anda akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua Arahan yang dilaksanakan (sama ada dibenarkan atau sebaliknya) melalui penggunaan Pengenalan Pengguna, PIN, Kata Laluan dan semua kod lain.

5.2 Kami boleh mengeluarkan mana-mana kombinasi ayat dan/atau nombor Pengenalan Pengguna, PIN, Kata Laluan dan semua kod lain.

5.3 Anda dan Pengguna yang Dibenarkan, Pentadbir Syarikat dan Penandatangan yang Dibenarkan oleh anda bersetuju untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk melindungi Pengenalan Pengguna, PIN, Kata Laluan dan semua kod lain. Anda tidak akan mendedahkan perkara-perkara tersebut kepada sesiapa atau kakitangan UOB.

(11)

5.4 Anda mesti menukar PIN dan Kata Laluan selalu, terutamanya jika ia telah didedahkan kepada atau ditemui oleh mana-mana pihak.

5.5 Anda, Pengguna yang Dibenarkan, Pentadbir Syarikat dan Penandatangan yang Dibenarkan oleh anda mesti menghafal Pengenalan Pengguna, PIN, Kata Laluan dan semua kod lain dengan segera setelah menerimanya, dan selepas itu memusnahkan dokumen yang mengumumkan anda untuk berbuat demikian.

5.6 Anda mesti memaklumkan kami dengan serta-merta jika anda mengesyaki individu tanpa kebenaran mempunyai pengetahuan mengenai Pengenalan Pengguna, PIN, Kata Laluan dan/atau semua kod lain.

5.7 Kami boleh pada budi bicara mutlak kami menyahaktifkan atau membatalkan penggunaan Pengenalan Pengguna, PIN, Kata Laluan dan semua kod lain pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab dan/atau tanpa notis terlebih dahulu kepada anda. Kami juga boleh menyahaktifkan atau membatalkan penggunaan Perkhidmatan oleh anda jika ia tidak boleh diakses secara sah setelah beberapa percubaan telah dilakukan menggunakan Pengenalan Pengguna, PIN dan Kata Laluan anda.

5.8 Anda akan terus bertanggungjawab untuk sebarang dan semua Arahan yang tidak dibenarkan dan tidak akan mempertikaikan Arahan tersebut sehingga kami telah mengambil langkah-langkah yang sepatutnya, sejajar dengan amalan lazim, untuk mengelak pelaksanaan sebarang Arahan melalui penggunaan Pengenalan Pengguna, PIN, Kata Laluan dan kod tersebut.

5.9 Kami mungkin menghantar Pengenalan Pengguna, PIN, Kata Laluan dan semua kod lain kepada anda melalui pos biasa atau cara-cara lain kami menganggap sesuai mengikut budi bicara mutlak kami. Anda akan membebaskan UOB daripada dan terhadap sebarang dan semua liabiliti jika Pengenalan Pengguna, PIN, Kata Laluan dan semua kod lain gagal sampai kepada anda setelah dihantar atau yang sama telah didedahkan kepada mana-mana individu yang tidak dibenarkan semasa proses penghantaran.

(12)

Token Perbankan Internet (Perniagaan) UOB

6.1 Anda akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk penyelenggaraan dan pengendalian mana-mana Token yang dikeluarkan dan dibenarkan oleh kami serta semua peralatan atau perisian lain yang diperlukan untuk mengakses Perkhidmatan.

6.2 Kami tidak memberi jaminan, sama ada dinyatakan atau tersirat, bahawa mana-mana atau semua Token disediakan boleh dijual atau bersesuaian dengan sistem dan/atau perisian komputer anda, atau bersesuaian untuk mana-mana tujuan lain, atau bebas daripada sebarang kesilapan

6.3 Anda mesti mengambil semua langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kerugian, kecurian atau penggunaan tidak dibenarkan bagi Token tersebut, dan tidak menghilangkannya.

6.4 Anda mesti memaklumkan kami dengan segera, dan dalam 24 jam jika berlaku kehilangan, kecurian atau penggunaan Token yang tidak dibenarkan atau jika anda mengesyaki atau mempunyai sebab-sebab untuk mengesyaki bahawa seseorang selain daripada Penandatangan Syarikat telah mencuri, menyalahgunakan atau merosakkan Token tersebut

6.5 Kami boleh, pada budi bicara mutlak kami, menyahaktifkan atau membatalkan penggunaan Token atau menyahaktifkan Perkhidmatan berhubungan dengan anda dan/atau mana-mana Penandatangan Syarikat pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab dan tanpa notis terlebih dahulu kepada anda atau mana-mana Penandatangan Syarikat.

6.6 Kami boleh menarik balik Token Penandatangan Syarikat pada bila-bila masa dan mungkin (tetapi tidak diwajibkan) untuk mengeluarkan semula Token baru tanpa memberi sebarang sebab dan tanpa sebarang liabiliti terhadap sebarang kerugian.

6.7 Anda akan terus bertanggungjawab untuk sebarang dan semua Arahan (sama ada dibenarkan atau sebaliknya) dan tidak akan mempertikaikan Arahan tersebut sehingga kami telah mengambil langkah yang diperlukan mengikut selaras

(13)

dengan amalan lazim, untuk mengelakkan sebarang Arahan dilaksanakan melalui penggunaan Token tersebut.

6.8 Anda bersetuju -

(a) tidak membenarkan mana-mana individu selain daripada Penandatangan Syarikat untuk memiliki atau menggunakan Token;

(b) untuk memulangkan Token kepada kami dengan segera jika diminta, atau pada pembatalan, penggantungan atau penamatan Perkhidmatan;

(c) untuk melindungi kami sepenuhnya daripada dan terhadap sebarang tuntutan, permintaan, tindakan dan prosiding yang mungkin dibuat terhadap kami, dan sebarang kerosakan, liabiliti, kerugian dan perbelanjaan termasuk kos guaman (pada dasar indemniti penuh) yang mungkin ditanggung atau dialami oleh kami secara langsung atau tidak langsung yang timbul dari atau berhubung dengan penggunaan Token tersebut, dengan atau tanpa kebenaran anda dan/atau kebenaran Penandatangan Syarikat atau sebaliknya akibat daripada kecuaian anda atau mana-mana Penandatangan Syarikat, salah laku atau pelanggaran Terma dan Syarat ini; dan

(d) untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi membantu mendapat balik Token yang hilang atau dicuri, menyediakan kami sebarang maklumat dan/atau dokumentasi yang mungkin diperlukan dari masa ke semasa berhubung dengan penggunaan Token dan bekerjasama dengan kami dalam sebarang penyiasatan atau dakwaan yang timbul daripada atau berhubung dengan penggunaan Token tersebut, dan jika terjumpa Token yang hilang atau dicuri, ia mesti dipulangkan kepada kami dengan segera.

6.9 Kami mungkin menghantar Token kepada anda dan/atau Penandatangan Syarikat melalui pos biasa atau cara-cara lain yang dianggap sesuai oleh kami mengikut budi bicara mutlak kami. Anda akan membebaskan kami daripada dan terhadap sebarang dan semua liabiliti jika Token tersebut gagal sampai kepada anda dan/atau Penandatangan Syarikat selepas ia dihantar atau jika ia dicuri semasa transit.

6.10 Kami boleh mengenakan fi untuk sebarang pengeluaran dan/atau penggantian Token.

(14)

6.11 Anda memperakui bahawa hanya Token yang dikeluarkan oleh kami untuk tujuan Perkhidmatan boleh digunakan untuk mengakses Akaun dan/atau melaksanakan transaksi melalui Perkhidmatan, dan sebarang penyalahgunaan peranti lain dengan Token mungkin membawa kepada kehilangan keselamatan. Anda bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara pun untuk akibat daripada penyalahgunaan tersebut dan indemniti yang diberi dalam Klausa 6.7(c) akan dilanjutkan untuk merangkumi sebarang penyalahgunaan Token tersebut.

Token & PIN

6.12 Kami mungkin akan mengeluarkan kepada mana-mana Penandatangan Syarikat satu atau lebih Token, sama ada berhubung dengan mana-mana Akaun dan/atau Akaun Terpilih dan/atau untuk tujuan untuk membolehkan anda menggunakan Perkhidmatan. Token tersebut adalah kekal hak milik tunggal dan eksklusif kami, dan akan dipulangkan apabila diminta.

6.13 Token boleh digunakan (sama ada sempena dengan Pengenalan Pengguna, PIN dan Kata Laluan atau sebaliknya) -

(a) untuk memulakan, melaksana, melakukan dan/atau menghantarkan - (i) sebarang deposit, pembayaran, pengeluaran, pemindahan atau

transaksi lain pada mana-mana Akaun atau Akaun Terpilih;

(ii) sebarang komunikasi dengan kami atau individu lain yang mungkin diterima oleh kami atau individu lain;

(b) untuk menghantar Arahan anda;

(c) untuk menggunakan Perkhidmatan;

(d) untuk mengakses dan mendapatkan maklumat yang dibenarkan (sama ada berkaitan dengan Akaun, Akaun Terpilih dan Perkhidmatan atau sebaliknya);

(e) untuk melaksanakan sebarang transaksi dengan kami yang dibenarkan tertakluk kepada dokumen ini serta had-had lain yang kami mungkin, mengikut budi bicara tunggal mutlak kami, menganggap sesuai.

(15)

6.14 Anda akan mengesahkan bahawa –

(a) semua Token yang dikeluarkan kepada Penandatangan Syarikat akan dipulangkan kepada kami dengan segera setelah penamatan dan/atau pemberhentian penggunaan Akaun, Akaun Terpilih dan Perkhidmatan; (b) pemulangan semua Token yang dikeluarkan kepada mana-mana

Penandatangan Syarikat setelah Penandatangan Syarikat meletak atau dilucutkan jawatan;

(c) pemulangan semua Token yang dikeluarkan kepada mana-mana Penandatangan Syarikat pada bila-bila masa jika diminta oleh kami.

6.15 Anda mesti mengesahkan bahawa Penandatangan Syarikat yang menerima mana-mana Token yang dikeluarkan tidak membenarkan sesiapa yang lain untuk mengakses dan/atau menggunakan Token yang dikeluarkan kepadanya

6.16 Kami boleh bergantung pada dan memperlakukan sebarang Arahan yang dibuat, dihantar atau dilaksanakan sama ada melalui penggunaan mana-mana Token yang dikeluarkan kepada mana-mana Penandatangan Syarikat (sama ada sempena dengan Pengenalan Pengguna dan PIN atau sebaliknya) adalah untuk dan bagi pihak anda kecuali notis mengenai kehilangan Token tersebut telah diberi dalam bentuk dan cara yang kami menganggap memuaskan, dan telah menerima Arahan tersebut terlebih dahulu dalam masa yang munasabah bagi membolehkan kami mengambil semua tindakan yang diperlukan bagi mengelakkan Arahan tersebut diterima, dijalankan dan/atau dilaksanakan. Peruntukan Klausa 6.15 ini akan terus dikuatkuasakan selepas penamatan sebarang Akaun dan/atau Perkhidmatan.

6.17 Kami boleh menamatkan, menggantung, membatalkan, menolak untuk memperbaharui atau mengganti sebarang Token dengan atau tanpa notis terlebih dahulu kepada anda atau Penandatangan Syarikat di mana Token telah dikeluarkan, tanpa memberi apa-apa sebab.

(16)

6.18 Anda bertanggungjawab untuk mengesahkan –

(a) bahawa tiada individu selain daripada Penandatangan Syarikat yang diberi atau menerima PIN dari kami akan dibenarkan untuk mengakses atau mengetahui PIN tersebut;

(b) bahawa setiap Penandatangan Syarikat yang diberi atau menerima PIN daripada kami -

(i) tidak akan mendedahkan PIN tersebut kepada sesiapa;

(ii) akan menghafal PIN tersebut dengan serta-merta dan musnahkan sampul surat dan/ atau dokumen di mana terkandung PIN tersebut;

(iii) tidak akan mencatat PIN dalam apa-apa bentuk; dan

(iv) akan memaklumkan kami dengan serta-merta jika beliau mempunyai sebab untuk percayai bahawa individu lain telah mengetahui PIN tersebut.

6.19 Kami boleh bergantung dan memperlakukan sebarang Arahan yang digunakan, dihantar atau dilaksanakan menurut kemasukan atau penggunaan Token, Pengenalan Pengguna, PIN dan Kata Laluan atau Token sahaja (dan sama ada bersempena dengan Pengenalan Pengguna, PIN dan Kata Laluan) yang digunakan, dihantar atau dilaksanakan oleh Pengguna yang Dibenarkan atau Penandatangan Syarikat yang menerima atau diberi PIN tersebut dan/atau Kata Laluan untuk dan bagi pihak anda kecuali anda atau Penandatangan Syarikat telah memberi notis bertulis terlebih dahulu kepada kami memaklumkan penutupan atau pertukaran yang tidak dibenarkan atau penggunaan Token, PIN dan/atau Kata Laluan telah diberi oleh kami kepada anda atau Pengguna yang Dibenarkan atau Penandatangan yang Dibenarkan dalam bentuk dan cara yang kami, pada budi bicara tunggal mutlak kami, menganggap memuaskan dan telah diterima oleh kami terlebih dahulu dalam masa yang munasabah bagi membolehkan kami untuk mengambil semua tindakan diperlukan bagi mengelakkan Arahan tersebut diterima, dijalankan dan/atau dilaksanakan.

6.20 Sebarang Token dan peranti, perkakasan atau peralatan lain dan semua dokumentasi berkaitan (termasuk panduan pengguna Perkhidmatan) berkaitan yang disediakan untuk anda oleh atau melalui kami akan kekal hak milik tunggal

(17)

dan eksklusif kami. Kami memberi anda lesen tidak boleh dipindah hak milik dan tidak eksklusif untuk menggunakan Token hanya bagi tujuan yang dihuraikan di sini dan di dalam Panduan Pengguna Perkhidmatan Perbankan Internet (Perniagaan) UOB. Anda tidak akan menanggalkan perkakasan atau menterbalikkan kejuruteraan mana-mana Token, dan tidak akan menyebabkan mana-mana bahagiannya ditiru atau diubah, dalam apa-apa bentuk, secara keseluruhan atau sebahagian, dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk mengakses Token atau mana-mana dokumentasi berkaitan dengan Perkhidmatan tanpa kebenaran bertulis kepada kami terlebih dahulu.

6.21 Anda bertanggungjawab untuk kembalikan Token kepada kami dengan segera jika diminta oleh kami.

6.22 Peruntukan Klausa 6 ini akan melampaui penamatan dan/atau penggantungan Terma dan Syarat ini, Pengenalan Pengguna, PIN dan/atau Kata Laluan.

Pembayaran

7.1 Di mana kami menyediakan senarai penerima di mana pembayaran mungkin boleh dibuat melalui Perkhidmatan, kami boleh, tetapi tidak diwajibkan untuk, dan tanpa notis terlebih dahulu, membatalkan mana-mana penerima daripada senarai tersebut atau meminda kandungan senarai tersebut pada budi bicara mutlak kami pada bila-bila masa.

7.2 Kami tidak diwajibkan untuk melaksanakan mana-mana Arahan anda untuk melaksanakan pembayaran, dan mungkin akan membatalkannya tanpa menanggung sebarang liabiliti, apabila berlakunya mana-mana peristiwa yang terhurai dalam Klausa 3.9 dan 3.10.

7.3 Anda boleh mengarah untuk melalukan pembayaran, menjadualkan pembayaran secara ad hoc atau pembayaran ansuran berkala terlebih dahulu dan boleh membatalkan atau menukar mana-mana pembayaran berjadual (sama ada secara ad hoc atau ansuran) asalkan anda mematuhi semua arahan, terma dan keperluan yang kami mungkin kenakan berhubung dengannya, termasuk tarikh akhir dan jangka masa ditentukan untuk komunikasi Arahan tersebut sebelum kami melaksanakan suatu transaksi. Kami boleh pada bila-bila masa dan pada

(18)

budi bicara mutlak kami menukar prosedur atau cara penghantaran Arahan anda untuk perkhidmatan pembayaran.

7.4 Kami mungkin mengenakan fi untuk perkhidmatan pembayaran tersebut pada kadar tertentu, berasaskan dasar tetap atau mengikut setiap transaksi. Jika mengikut dasar tetap, kami akan mengenakan fi mengikut jangka masa berkala, di mana kami akan memberi anda notis 21 hari mengenai sebarang pertukaran kepada fi tersebut.

7.5 Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan, permintaan, tindakan, prosiding, kerosakan, liabiliti, kehilangan atau perbelanjaan yang dibuat terhadap anda atau ditanggung atau dialami oleh anda yang timbul dari atau berhubung dengan -

(a) sebarang pembayaran lambat akibat ketidakpatuhan anda terhadap peraturan, terma dan keperluan kami untuk melaksanakan pembayaran tersebut melalui penggunaan Perkhidmatan;

(b) sebarang kegagalan dari mana-mana pihak ketiga di mana pembayaran tersebut dibuat untuk menghantar pembayaran kepada penerima yang dimaksudkan;

(c) sebarang keengganan atau kegagalan oleh kami untuk melaksanakan sebarang pembayaran disebabkan oleh perintah mahkamah, notis, permintaan, arahan atau perintah selaras dengan mana-mana statut, peraturan, undang-undang kecil (sama ada undang-undang tersebut dikuatkuasakan atau tidak tetapi jika undang-undang tersebut tidak dikuatkuasakan, pematuhan adalah selaras dengan amalan am individu yang menerima notis, permintaan, arahan atau perintah tersebut).

Had

8.1 Kami boleh pada bila-bila masa pada budi bicara mutlak kami dan tanpa notis terlebih dahulu, menetapkan, mengubah atau membatalkan had kewangan maksimum yang dinyatakan dalam borang pendaftaran Perkhidmatan untuk sebarang jenis transaksi, perkhidmatan kemudahan dan produk yang mungkin dilaksanakan atau disediakan melalui Perkhidmatan, sama ada dalam bentuk wang atau berangka atau sebaliknya, dan untuk mengubah kekerapan dan tempoh ketersediaannya, tanpa menanggung sebarang liabiliti.

(19)

8.2 Kami boleh mengehadkan, membatalkan atau menggantungkan Perkhidmatan secara menyeluruh atau sebahagian pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang sebab dan tanpa menanggung sebarang liabiliti. Kami juga boleh menambah, menarik balik, atau menukar jenis transaksi tersedia atau dilaksanakan melalui Perkhidmatan.

Perkhidmatan Arahan Memberi Kuasa Terlebih Dahulu kepada Pihak Ke-3

9.1 Perkhidmatan Arahan Memberi Kuasa Terlebih Dahulu (Pre-Authorised Instruction Service atau “Perkhidmatan PAI”) akan membolehkan anda melaksanakan pemindahan dana dari Akaun anda kepada akaun pihak ke-3 yang dikendalikan oleh Bank, yang anda telah mengenal pasti dan mendaftar dengan kami (“Akaun Pihak Ke-3 yang Berdaftar”). Kami boleh menolak permohonan anda tanpa memberi alasan atau sebab.

9.2 Tertakluk kepada kelulusan permohonan Perkhidmatan PAI anda, kami akan melaksanakan pemindahan dana dari masa ke semasa selaras dengan dan setelah menerima Arahan daripada anda. Pemindahan dana tersebut akan dilaksanakan dengan mendebitkan Akaun berkenaan anda dan mengkreditkan Akaun Pihak Ke-3 yang Berdaftar. Tiada pemindahan dana kepada akaun selain daripada Akaun Pihak Ketiga yang Berdaftar dibenarkan.

9.3 Anda boleh mengubah butiran Akaun Pihak Ke-3 yang Berdaftar dan/atau menamatkan Perkhidmatan PAI dengan melengkapkan dan menghantar borang yang relevan kepada Bank. Sehingga penerimaan borang tersebut, kami menganggap kami masih diberi kuasa untuk meneruskan pemindahan dana dan/atau pengiriman dana dari masa ke semasa sehingga kami menerima Arahan anda.

Jaminan

10.1 Jika kami menyediakan sebarang maklumat pihak ketiga, anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak menjamin ketepatan atau kelengkapan maklumat pihak ketiga tersebut.

(20)

10.2 Kumpulan, atau mana-mana pembekal perkhidmatan internet, pembekal maklumat, atau mana-mana pembekal perisian lain yang relevan, tidak akan menyatakan, membuat jaminan tersirat atau statutori mengenai jaminan Perkhidmatan, perisian akses langsung atau perkhidmatan atau pelayar, termasuk sebarang jaminan atau kebolehniagaan, kesesuaian untuk tujuan tertentu atau tidak melanggar hak milik pihak ketiga atau bahawa ia adalah bebas daripada sebarang kesilapan.

10.3 Manakala usaha munasabah telah diambil dalam penyediaan maklumat dan bahan yang terkandung dalam Laman Web kami, kami tidak menjamin ketepatan, kecukupan atau kelengkapan maklumat dan bahan (termasuk semua teks, grafik dan pautan ke laman web lain) yang terkandung dalam Laman Web kami.

10.4 Walaupun kami akan menggunakan semua usaha munasabah bagi memastikan Perkhidmatan tidak boleh diakses oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan, kami tidak menjamin keselamatan atau kerahsiaan sebarang maklumat yang dihantar melalui pembekal perkhidmatan internet yang relevan, sistem rangkaian atau sistem lain yang sama dalam mana-mana bidang kuasa melalui Perkhidmatan.

10.5 Tiada kandungan di dalam Laman Web Kami patut ditafsirkan sebagai permintaan atau penawaran untuk memperoleh atau memupuskan sebarang pelaburan atau memasuki mana-mana transaksi atau menyediakan sebarang nasihat atau perkhidmatan pelaburan.

10.6 Tiada komunikasi atau nasihat lisan atau bertulis yang dikeluarkan oleh kumpulan kami akan melanjutkan atau melampaui skop jaminan ini.

Perkhidmatan Surat-menyurat Elektronik

11.1 Kami tidak membuat perwakilan atau menjamin keselamatan sebarang maklumat atau arahan yang dihantar kepada kami melalui perkhidmatan surat-menyurat elektronik dalam Laman Web Kami dalam bentuk yang bukan digunakan atau diluluskan oleh kami sebagai selamat (“E-mel Tidak Bersekuriti”).

(21)

11.2 Kami tidak akan diwajibkan untuk bertindak ke atas mana-mana Arahan (sama ada ditandatangani secara digital atau tidak) atau untuk menjawab sebarang pertanyaan yang diterima melalui E-mel Tidak Bersekuriti. Anda dinasihati tidak menghantar maklumat sulit kepada kami melalui E-mel Tidak Bersekuriti.

11.3 Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan keselamatan atau maklumat mengenai Akaun atau sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh anda yang timbul dari atau berhubung dengan ketidakpatuhan arahan, prosedur dan peraturan oleh anda dalam penggunaan perkhidmatan menyurat elektronik atau tidak menggunakan borang surat-menyurat elektronik yang digunakan atau diluluskan oleh kami (“E-mel Bersekuriti”).

11.4 Kami tidak membuat perwakilan atau jaminan ke atas ketepatan sebarang nasihat atau maklumat (sama ada kewangan atau sebaliknya) yang mungkin dihantar oleh kami kepada anda melalui Laman Web Kami atau perkhidmatan surat-menyurat elektronik. Anda mesti mengambil langkah bebas untuk mengesahkan ketepatan nasihat atau maklumat tersebut sebelum bertindak ke atasnya. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang diakibatkan atau timbul dari atau berhubung dengan pergantungan anda kepada nasihat atau maklumat tersebut.

11.5 Semua pertanyaan mengenai Akaun boleh dihantar kepada kami melalui E-mel Bersekuriti mengikut cara yang kami tentukan.

11.6 Semua komunikasi melalui E-mel Bersekuriti yang memenuhi standard pengendalian dan keperluan kami akan dianggap sah, tepat dan tulen, dan adalah sebaik, dan mempunyai kesan yang sama seperti, komunikasi dokumen bertulis dan/atau telah ditandatangani.

Bukti

12.1 Anda bersetuju tidak akan mempertikaikan kesahan, ketepatan atau ketulenan sebarang bukti arahan dan komunikasi anda yang dihantar secara elektronik di antara pihak, termasuk bukti dalam bentuk rekod komputer kami , catatan

(22)

transaksi, pita magnetik, kartrij, cetakan komputer, salinan sebarang komunikasi atau bentuk storan informasi lain.

12.2 Kecuali jikalau terdapat sebarang kesilapan atau penipuan, anda bersetuju untuk merujuk kepada dan menganggap semua rekod sebegitu atau catatan transaksi, pita magnetik, kartrij, cetakan komputer, salinan atau bentuk storan informasi lain sebagai bukti muktamad semua arahan anda dan komunikasi lain yang diterima atau dihantar oleh kami.

12.3 Anda bersetuju bahawa semua catatan tersebut akan mengikatkan anda, dan anda tidak akan berhak untuk mempertikaikan kesahan atau ketulenan catatan tersebut.

12.4 Semua arahan dan komunikasi tersebut yang memenuhi standard pengendalian dan keperluan Perkhidmatan akan dianggap sebaik dengan dan berkesan seperti komunikasi dokumen bertulis dan/atau ditandatangani.

Kadar

13.1 Pertukaran mata wang asing, faedah dan kadar serta maklumat lain, termasuk berita dan laporan pada kadar tersebut atau maklumat tersedia di bawah Perkhidmatan adalah hanya petunjuk kadar, sebut harga atau maklumat sebenar dan adalah tertakluk kepada pertukaran tanpa notis terlebih dahulu.

13.2 Anda dengan ini bersetuju untuk menanggung tanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang serta semua kerugian dan ganti rugi yang timbul dari atau berkaitan dengan pergantungan anda terhadap berita dan laporan tersebut dalam membuat keputusan anda bagi menjalankan sebarang transaksi melalui Perkhidmatan tersebut.

Ketersediaan Perkhidmatan Perbankan Internet (Perniagaan) UOB

14.1 Kami berhak mengubah, menambah atau menarik balik mana-mana bahagian Perkhidmatan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu dan tanpa sebarang liabliti.

(23)

14.2 Kami akan menggunakan semua usaha munasabah untuk memastikan Perkhidmatan UOB akan tersedia pada masa yang ditetapkan dalam Panduan Pengguna Perkhidmatan atau di tempat lain asalkan tiada yang terkandung di sini ditafsirkan atau dianggap sebagai jaminan oleh kami bahawa Perkhidmatan akan disediakan (sama ada tidak terganggu atau tersedia) pada masa yang ditetapkan.

14.3 Kami berhak pada bila-bila masa, pada budi bicara mutlak kami dan tanpa memberi notis terlebih dahulu menggantung operasi Perkhidmatan untuk sementara waktu (bagi tujuan mengemas kini, menyenggara dan menaik taraf atau apa-apa tujuan lain yang dianggap sesuai oleh kami) atau berkekalan tanpa sebarang liabiliti.

Penggunaan yang Dilarang

15.1 Anda dilarang mengguna atau mendedahkan sebarang bahan dan/atau maklumat dalam Laman web Kami yang berhubung dengan Perkhidmatan selain daripada mengakses dan menggunakan Perkhidmatan tersebut.

15.2 Anda berjanji tidak akan menghasilkan semula, menjual, mengedar atau membenarkan, dalam apa-apa cara sekalipun, memberi akses pihak ketiga kepada bahan dan/atau maklumat seperti di atas yang disediakan oleh kami kepada anda dalam atau melalui Perkhidmatan.

Virus

16.1 Anda mesti memastikan bahawa sebarang komputer, peralatan wayarles atau peralatan lain yang anda mungkin gunakan untuk mengakses Perkhidmatan disenggarakan dengan baik dan bebas daripada virus komputer dan sebarang jenis program yang mungkin akan membahaya atau merosakkan peralatan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemasangan program anti-virus sebagai langkah pencegahan untuk komputer tersebut, peralatan wayarles dan/atau peralatan lain daripada mendapat dan/atau menghantar virus atau program tersebut.

(24)

16.2 Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan atau keingkaran dalam sebarang peralatan atau komputer atau gangguan sistem, virus, kuda Trojan atau komponen merbahaya yang lain atau kerosakan yang mungkin mengganggu Perkhidmatan, telekomunikasi atau sistem komputer anda atau kami, pembekal perkhidmatan Internet, pembekal perkhidmatan telekomunikasi atau lain-lain pembekal perkhidmatan.

16.3 Kami berhak untuk menentukan dan pada bila-bila masa untuk menukar jenis, versi atau spesifikasi sebarang perisian, perkakasan atau peralatan yang mungkin diperlukan untuk mengakses dan menggunakan Perkhidmatan. Sekiranya anda tidak mematuhi spesifikasi tersebut, kami berhak untuk menggantung dan/atau menamatkan perkhidmatan operasi akses dan penggunaan Perkhidmatan oleh anda tanpa sebarang liabiliti apa-apa pun.

D. TANGGUNGJAWAB PENTADBIR SYARIKAT DAN PENGGUNA YANG DIBENARKAN

Tanggungjawab umum

17.1 Anda mesti melantik satu atau lebih individu sebagai Pentadbir Syarikat untuk mengurus Akaun dan/atau Akaun Terpilih anda untuk penggunaan Perkhidmatan oleh anda tetapi anda akan kekal bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua transaksi yang dilaksanakan berhubung dengan Akaun dan/atau Akaun Terpilih tersebut.

17.2 Anda akan mempunyai tanggungjawab bersama dengan Pentadbir Syarikat seperti berikut:

(a) Untuk melantik individu sebagai Pengguna yang Dibenarkan untuk mengakses dan menggunakan Akaun, Akaun Terpilih dan/atau Perkhidmatan untuk dan bagi pihak anda;

(b) Untuk mengeluarkan nombor pengenalan bagi setiap dan semua Pengguna yang Dibenarkan yang terdiri daripada nama Pengguna yang Dibenarkan dan kata laluan untuk membolehkan Pengguna yang Dibenarkan mengakses dan menggunakan Perkhidmatan melalui Akaun dan/atau Akaun Terpilih anda;

(25)

(c) Untuk memantau dan bertanggungjawab terhadap kelakuan semua Pengguna yang Dibenarkan;

(d) Untuk memeriksa Akaun dan Akaun Terpilih anda bagi tujuan menyemak dan mengurus penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet (Perniagaan) UOB berhubung dengan Pentadbir Syarikat dan Pengguna yang Dibenarkan;

(e) Untuk bertindak dengan serta-merta ke atas semua pertanyaan, komunikasi dan arahan daripada kami berhubung dengan mana-mana aspek Akaun, Akaun Terpilih dan/atau penggunaan Perkhidmatan oleh anda;

(f) Untuk menjalankan sebarang tindakan yang mungkin diperlukan bagi memastikan operasi yang berterusan dan efisien bagi Akaun, Akaun Terpilih dan Perkhidmatan.

17.3 Anda berjanji, selaras dengan Pentadbir Syarikat, untuk memastikan bahawa Pengguna yang Dibenarkan mematuhi peruntukan dalam Klausa 17.2 di atas kecuali Klausa 17.2(a), 17.2(b) dan 17.2(c).

17.4 Anda mesti, bersama dengan Pentadbir Syarikat dan Pengguna yang Dibenarkan, memaklumkan UOB serta-merta apabila anda menerima sebarang data atau maklumat yang bukan bertujuan untuk anda. Anda bersetuju bahawa semua data atau maklumat tersebut akan dihapuskan dari sistem komputer anda dengan serta-merta, dan anda akan mendapat bantuan Pentadbir Syarikat dan/atau Pengguna yang Dibenarkan dalam pembetulan sebarang kesilapan.

Kakitangan yang Dibenarkan

17.5 Kakitangan yang Dibenarkan akan dibenarkan untuk bertindak bagi pihak anda dalam melaksanakan mana-mana satu yang berikut:

(a) Untuk melengkapkan, menandatangani dan membuat sebarang pindaan pada mana-mana maklumat yang diperlukan oleh kami dari masa ke semasa berhubung dengan Perkhidmatan, termasuk borang pendaftaran untuk Perkhidmatan, yang dianggap sesuai oleh Kakitangan yang Dibenarkan.

(26)

(b) Untuk melantik, menambah, mengeluarkan dan/atau menggantikan mana-mana individu atau individu-individu sebagai penandatangan Perkhidmatan dan berkaitan dengan mana-mana atau kesemua perkhidmatan atau kemudahan yang membentuk atau disediakan melalui Perkhidmatan (Perniagaan) yang dianggap sesuai oleh Kakitangan yang Dibenarkan, dan untuk menetapkan dan menentukan mandat atau kuasa penandatangan berkaitan dengan pengendalian atau penggunaan mana-mana perkhidmatan atau kemudahan tersebut atau mana-mana-mana-mana akaun anda dengan kami yang boleh diakses atau dikendalikan melalui Perkhidmatan.

(c) Untuk melantik, menambah, mengeluarkan dan/atau menggantikan mana-mana individu atau individu-individu sebagai Pentadbir Syarikat bagi tujuan Perkhidmatan.

(d) Untuk memohon dan mendapatkan sebarang perkhidmatan atau kemudahan bagi pihak anda yang mungkin ditawarkan atau disediakan oleh kami melalui Perkhidmatan dari masa ke semasa dan untuk memberi kebenaran dan menerima semua terma dan syarat yang mungkin dikenakan oleh kami untuk penyediaan perkhidmatan atau kemudahan tersebut.

(e) Untuk melaksanakan atau memberi kebenaran kepada mana-mana penandatangan untuk melaksanakan sebarang transaksi atau transaksi-transaksi dengan kami yang mungkin boleh dilaksanakan melalui Perkhidmatan dan pada terma sebegitu yang mungkin diperlukan oleh atau dibenarkan bersama kami.

(f) Untuk menandatangani sebarang dokumen yang mungkin diperlukan atau bersesuaian atau bersampingan kepada mana-mana yang disebutkan di atas.

E. PEMBAYARAN, FI DAN HAK PENDEBITAN

18.1 Anda mesti membayar kepada kami fi langganan dan lain-lain kos, caj, perbelanjaan dan faedah bagi penggunaan Perkhidmatan pada kadar yang ditentukan oleh kami dari masa ke semasa, jika kami memberi anda notis 21 hari untuk sebarang pertukaran kepada fi tersebut. Kami berhak untuk memperoleh semula dari anda mana-mana perbelanjaan tambahan, khas atau perbelanjaan tunai langsung yang ditanggung bagi pihak anda.

(27)

18.2 Jika Akaun Terpilih ditutup untuk sebarang sebab sekalipun, kami berhak memilih mana-mana Akaun sedia ada anda dan memilihnya sebagai Akaun Terpilih sehingga anda memaklumkan kami secara bertulis bahawa anda ingin memilih Akaun yang berlainan sebagai Akaun Terpilih.

18.3 Kami berhak pada budi bicara mutlak kami dan tanpa memberi notis terdahulu kepada anda untuk mengubah, menambah atau menarik balik, jenis kemudahan, perkhidmatan dan produk dalam Perkhidmatan di mana fi mungkin dikenakan tanpa sebarang liabiliti apa-apa pun.

18.4 Semua terma dan syarat di antara anda dan kami untuk bayaran fi, kos, caj, perbelanjaan dan faedah akan kekal berkuat kuasa dan adalah tambahan kepada dan tidak akan terjejas oleh peruntukan dalam Terma dan Syarat ini bagi bayaran fi, kos, caj, perbelanjaan dan faedah berhubung kepada Perkhidmatan.

18.5 Anda selanjutnya bersetuju untuk bertanggungjawab terhadap semua caj yang ditanggung dalam penggunaan Akaun atau akaun lain yang dipilih oleh kami sejajar dengan Klausa 18.2 di atas, melalui atau sebaliknya dalam penggunaan Perkhidmatan (termasuk caj telefon dan caj pembekal perkhidmatan Internet).

18.6 Semua fi, kos, caj, perbelanjaan, faedah dan lain-lain amaun yang patut dibayar kepada kami di bawah Terma dan Syarat ini akan dalam Ringgit Malaysia.

18.7 Anda mesti membayar sebarang dan semua nilai tambah yang boleh diguna pakai, cukai kastam dan eksais serta cukai barangan dan perkhidmatan atau mana-mana cukai, levi atau sebarang caj yang dikenakan oleh undang-undang atau yang perlu dibayar berhubung dengan sebarang transaksi atau wang pada Perkhidmatan atau berhubung dengan Arahan anda yang dilaksanakan selaras dengan Terma dan Syarat ini (secara kolektif dirujuk sebagai “Cukai”). Anda mesti membayar balik kepada kami sebarang pembayaran yang dilakukan oleh kami, dan pembayaran balik tersebut akan dilakukan dalam cara yang sama dan bersama dengan fi atau caj yang berhubung dengan Cukai.

18.8 Anda dengan ini memberi kuasa kepada kami untuk menolak sebarang dan semua fi, kos, caj, perbelanjaan, faedah dan amaun lain yang patut dibayar kepada kami atau diperoleh semula oleh anda di bawah Terma dan Syarat ini

(28)

dari Akaun dan/atau Akaun Terpilih pada masa yang ditetapkan oleh kami mengikut budi bicara mutlak kami. Jika Akaun atau Akaun Terpilih tidak mempunyai dana yang mencukupi, kami berhak (tetapi tidak diwajibkan untuk) mendebitkan akaun lain anda dengan mana-mana bank di dalam Kumpulan (sama ada berkait dengan Perkhidmatan atau tidak) seperti yang diputuskan oleh kami selepas memberi anda notis 7 hari tanpa menjejaskan hak kami untuk membatalkan semua arahan dan menamatkan dokumen ini.

18.9 Tanggungjawab anda untuk membayar kami fi, caj, perbelanjaan, levi, cukai, faedah dan amaun lain yang ternyata dalam Klausa 18 akan menjangkaui penamatan, penghabisan tempoh atau penggantungan Terma dan Syarat ini atau pemansuhan dan penyahaktifan akses anda kepada Perkhidmatan.

F. KESELAMATAN DAN HAK PENYELESAIAN KAMI

19.1 Tanpa menjejaskan hak kami pada undang-undang lazim, kami berhak, tetapi tidak diwajibkan, berkaitan dengan sebarang liabiliti anda yang timbul di bawah Terma dan Syarat ini, tanpa menuntut pada bila-bila masa dan memberi notis 7 hari, menyatupadu atau menggabungkan semua atau mana-mana Akaun anda (yang termasuk tetapi tidak terhad kepada nama dagangan atau pemilik tunggal), dan untuk menyelesaikan sebarang baki kredit (sama ada yang telah matang atau tidak) dalam mana-mana satu atau akaun lain sebegitu yang bersesuaian (termasuk akaun di cawangan luar negeri) terhadap sebarang liabiliti anda pada mana-mana akaun atau berkaitan, sama ada liabiliti tersebut adalah pada masa kini atau masa hadapan, sebenar atau jangkaan, utama atau kolateral, beberapa atau berkongsi.

19.2 Jika, walaupun penyelesaian tersebut menurut Klausa 19.1, terdapat amaun patut dibayar yang masih tertunggak (termasuk di mana amaun patut dibayar tersebut adalah akibat daripada pertukaran mata wang menurut Klausa 19.3), anda mesti membayar kami amaun patut dibayar dengan segera. Kami berhak untuk menolak sebarang pengeluaran dalam akaun-akaun tersebut sehingga semua amaun tertunggak tersebut telah dibayar dengan sepenuh.

(29)

19.3 Di mana penyelesaian tersebut memerlukan pertukaran dari satu mata wang ke mata wang yang lain, pertukaran tersebut akan dikira pada kadar pertukaran lazim kami (sebagaimana yang ditentukan pada budi bicara mutlak kami) pada tarikh penyelesaian tersebut.

19.4 Kami berhak, sekiranya terdapat keingkaran atau tiada pembayaran oleh anda untuk sebarang hutang, tanggungjawab atau liabiliti kepada kami, untuk menjual sebarang Kolateral (ditakrifkan dalam Klausa 19.5) melalui jualan secara awam atau peribadi tanpa sebarang prosiding undang-undang sekalipun, dan mengekalkan prosid yang diterima daripada baki jumlah amaun yang belum dibayar, termasuk semua kos, fi guaman dan caj kos (pada asas indemniti) serta perbelanjaan sampingan lain berkaitan dengan jualan tersebut. Anda mesti membayar dengan serta-merta kepada kami sebarang amaun yang kekurangan.

19.5 “Kolateral” bermaksud sebarang dana, dokumen, instrumen, gadai janji catel, bon, debentur, saham atau sekuriti lain dan mana-mana barang bernilai yang dipegang oleh kami dalam nama atau bagi pihak anda termasuk Kolateral dalam penjagaan selamat.

G. PERKHIDMATAN DAN/ATAU PRODUK BARU

20.1 Kami mungkin memperkenalkan perkhidmatan dan/atau produk baru melalui Perkhidmatan dari masa ke semasa dan penggunaan perkhidmatan atau produk baru tersebut adalah tertakluk kepada terma dalam Terma dan Syarat ini serta sebarang terma dan syarat tambahan yang mungkin dikenakan oleh kami.

20.2 Dengan menggunakan perkhidmatan dan/atau produk baru tersebut, anda akan dianggap telah membaca terma dan syarat tersebut dan bersetuju untuk diikat olehnya.

H. MENAIKKAN TARAF PERISIAN DAN PERKAKASAN

21.1 Jika versi baru atau yang dipertingkatkan bagi Token atau lain-lain peranti yang diperlukan untuk operasi Perkhidmatan telah tersedia atau dibangunkan, kami berhak untuk menamatkan penggunaan Token sebelum itu dan/atau peranti yang dinyatakan di atas. Jika anda tidak menaikkan taraf atau menggunakan

(30)

versi Token yang dipertingkatkan dan/atau peranti sepertimana yang diperlukan oleh kami, kami berhak pada budi bicara mutlak kami, menolak arahan anda dan menamatkan Terma dan Syarat ini.

21.2 Kami berhak untuk menukar jenis atau versi atau spesifikasi sebarang Token, peranti, perkakasan atau peralatan yang anda mungkin perlukan untuk menggunakan Perkhidmatan. Jika anda tidak dapat memenuhi keperluan tersebut, kami berhak pada budi bicara mutlak kami menolak arahan anda dan dengan itu menamatkan Perkhidmatan ini.

I. PENGGANTUNGAN DAN PENAMATAN

22.1 Kami boleh, pada budi bicara mutlak kami, menamatkan Terma dan Syarat ini atau menggantung, menyahaktifkan atau menarik balik sebahagian atau semua Perkhidmatan tanpa sebarang sebab pada bila-bila masa dengan pemberian notis kepada anda tanpa menanggung sebarang liabiliti.

22.2 Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap penggantungan, penyahaktifan atau pembatalan Perkhidmatan tersebut. Kami berhak (tetapi tidak diwajibkan) untuk menamatkan Terma dan Syarat ini dan menyahaktifkan Perkhidmatan jika anda gagal mengakses Perkhidmatan dalam jumlah percubaan yang ditetapkan oleh kami.

22.3 Anda hanya boleh menamatkan Terma dan Syarat ini dengan memberi terlebih dahulu 14 hari notis bertulis kepada kami, dan notis tersebut akan hanya berkuat kuasa setelah diterima oleh kami.

22.4 Kami berhak menggantung, menyahaktif atau membatalkan Perkhidmatan jika kami mengesyaki atau mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa Arahan anda tidak dibenarkan. Jikalau ini berlaku, kami berhak menamatkan Terma dan Syarat ini atau memerlukan anda memohon semula Pengenalan Pengguna, Nombor PIN, Kata Laluan dan Token tanpa menanggung sebarang liabiliti.

22.5 UOB berhak (tetapi tidak akan diwajibkan) untuk bergantung kepada dan menjalankan sebarang arahan yang diterima oleh kami sebelum penamatan, penggantungan atau pembatalan penggunaan Perkhidmatan oleh anda. Anda

(31)

boleh menukar arahan tersebut, tertakluk kepada kebenaran bertulis terdahulu kami, dan jikalau anda mematuhi semua arahan, terma dan keperluan yang mungkin dikenakan oleh kami, termasuk sebarang tarikh akhir dan tempoh notis untuk pertukaran arahan.

22.6 Penamatan Perkhidmatan tidak akan menjejas mandat, arahan atau kebenaran sedia ada yang diberi kepada kami berkaitan dengan Akaun anda yang ditadbir oleh peraturan dan pengawalan dan terma dan syarat masing-masing.

22.7 Tanggungjawab anda untuk membayar semua fi, kos, caj, perbelanjaan dan amaun terakru sehingga tarikh penamatan akan menjangkaui penamatan dan/atau penggantungan Terma dan Syarat dan Perkhidmatan ini.

22.8 Anda mesti memulangkan kepada kami Token dan lain-lain peranti, perkakasan atau peralatan yang telah disediakan oleh kami untuk anda, dan memusnahkan sebarang salinan yang anda miliki dengan serta-merta berikutan penamatan Perkhidmatan dan Terma dan Syarat ini.

I. INDEMNITI PERTUKARAN MATA WANG

23.1 Sebarang pertukaran dari satu mata wang ke mata wang yang lain berhubungan dengan Perkhidmatan akan dikuatkuasakan dengan cara yang diputuskan oleh kami pada budi bicara mutlak kami dan pada kadar pertukaran lazim pada masa tersebut. Sebarang kerugian, kos, caj dan risiko akibat daripada pertukaran dari satu mata wang ke mata wang yang lain akan ditanggung secara tunggal oleh anda dan anda memberi kuasa kepada UOB untuk mendebitkan sebarang kerugian, kos atau caj kepada mana-mana akaun anda dengan kami (sama ada berkaitan dengan Perkhidmatan).

23.2 Sekiranya Akaun dan/atau Akaun Terpilih tidak mempunyai dana mencukupi untuk membiayai sebarang transaksi dengan sepenuhnya, kami berhak membubarkan sebarang kedudukan pertukaran asing anda dan membatalkan transaksi tersebut, dan anda akan bertanggungjawab untuk sebarang atau semua kerugian (termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian pertukaran asing), kerosakan, caj (termasuk fi penggantian) dan fi yang mungkin ditanggung.

(32)

23.3 Sebarang amaun yang diterima atau diperolehi semula oleh kami berhubungan dengan sebarang jumlah tertunggak dari anda di bawah Terma dan Syarat ini dalam mata wang (“Mata Wang Asing”) selain daripada mata wang yang ditentukan (“Mata Wang Kontraktual”) untuk sebarang transaksi hanya akan dijadikan satu lepasan tanggungan untuk anda sehingga amaun dalam Mata Wang Kontraktual di mana kami boleh, selaras dengan amalan lazimnya, membeli dengan amaun yang diterima atau diperolehi semula dalam Mata Wang Asing pada tarikh penerimaan atau pemerolehan semula (atau pada tarikh pertama di mana ia boleh dilaksanakan). Jika amaun dalam Mata Wang Asing adalah kurang daripada amaun Mata Wang Kontraktual yang tertunggak kepada kami di bawah Terma dan Syarat ini, anda akan melindungi kami dari dan terhadap sebarang dan semua kerugian yang mungkin ditanggung oleh kami.

23.4 Anda akan melindungi UOB daripada dan terhadap kos melakukan sebarang pembelian yang dirujuk dalam Klausa 23.3.

K. FORCE MAJEURE

24.1 Jikalau kami tidak dapat mematuhi atau melaksanakan terma dalam Terma dan Syarat ini secara sepenuhnya atau sebahagiannya akibat daripada sebab-sebab luar daripada kawalan munasabahnya termasuk peralatan, sistem atau kerosakan pautan transmisi, kegagalan atau sabotaj, kebakaran, banjir,

letupan, tindakan elemen, bencana alam, kemalangan, epidemik, pemberontakan, halangan masuk, kegagalan atau putus bekalan tenaga, rusuhan pekerja, tindakan, tuntutan atau permintaan mana-mana kerajaan atau pengawal selia atau bidang kuasa kompeten, atau oleh mana-mana tujuan lain yang kami dijangka tidak dapat elak secara munasabah, pelaksanaan tanggungjawab kami yang terjejas oleh sebab-sebab tersebut akan dikecualikan selagi sebab-sebab tersebut berterusan.

24.2 Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan, kerugian, kerosakan atau apa-apa kesulitan akibat daripada mana-mana sebab yang tersebut di atas.

(33)

L. PENDEDAHAN MAKLUMAT

25.1 Anda bersetuju bahawa kami (termasuk pegawai, kakitangan, agen atau mana-mana perseorangan lain yang kami benarkan untuk mengakses rekod kami, surat-menyurat atau sebarang bahan berkaitan dengan anda atau suatu Akaun atau Akaun Terpilih) boleh mendedahkan pada bila-bila masa dan pada budi bicara mutlak kami tanpa memaklumkan anda terlebih dahulu, sebarang maklumat berkaitan dengan anda, mana-mana Kakitangan yang Dibenarkan oleh anda, Pentadbir Syarikat, Pengguna yang Dibenarkan, Penandatangan Syarikat atau suatu Akaun atau Akaun Terpilih, kepada individu-individu berikut:- (a) mana-mana ahli Kumpulan kami untuk sebarang tujuan berikut:-

(i) menyediakan anda dengan perkhidmatan perbankan; (ii) pelaporan;

(iii) pemadanan data;

(iv) mempromosi, meningkatkan dan melanjutkan penyediaan perkhidmatan lain oleh kami atau mana-mana ahli Kumpulan kami kepada anda;

(v) pencegahan penipuan atau jenayah;

(vi) menyiasat, mencegah atau sebaliknya berhubung dengan pengubahan wang haram dan aktiviti jenayah;

(vii) pengutipan hutang;

(viii) khidmat sumber luar untuk operasi kami;

(ix) pelaksanaan tugas sebagai seorang pegawai bank atau berkaitan dengan pengauditan atau melakukan pengurusan risiko;

(x) memudahkan pelaksanaan tugas kami atau mana-mana fungsi Kumpulan kami;

(xi) pematuhan kepada polisi, garis panduan, arahan atau keperluan Kumpulan;

(xii) pelaksanaan peraturan korporat;

(xiii) sebarang proses undang-undang yang dimulakan oleh atau dilaksanakan ke atas kami;

(b) mana-mana individu, sama ada dalam Malaysia atau tempat lain, yang menyediakan perkhidmatan elektronik atau perkhidmatan lain kepada kami untuk tujuan menyediakan, mengemaskini, menyenggara dan menaik tarafkan perkhidmatan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyiasatan percanggahan, kesalahan atau tuntutan;

(34)

(c) kepada mana-mana individu, sama ada dalam Malaysia atau tempat lain, yang diguna oleh kami untuk tujuan melaksanakan atau berhubungan dengan prestasi perkhidmatan atau fungsi pengendalian yang telah disumberluarkan;

(d) pihak polis atau mana-mana pegawai awam yang menjalankan penyiasatan berkaitan dengan sebarang kesalahan termasuk kesalahan yang disyaki;

(e) syarikat kad kredit dan institusi kewangan berhubungan dengan pertanyaan kredit kad;

(f) kepada bank-bank, institusi kewangan, biro kredit atau agen rujukan kredit yang lain (hanya untuk maklumat kredit);

(g) juru audit, peguam, dan penasihat profesional kami;

(h) pencetak alat tulis kami, pembekal sistem komputer yang digunakan oleh kami, dan kepada individu yang memasang dan menyenggarakannya dan pembekal barangan atau penyedia perkhidmatan lain yang digunakan oleh kami;

(i) mana penerima yang dilantik oleh kami atau dilantik oleh mana-mana pihak lain;

(j) mana biro kredit di mana kami merupakan ahli kepada, dan mana-mana ahli dan/atau jawatankuasa pematuhan biro kredit tersebut;

(k) mana-mana agensi penarafan, syarikat insurans atau broker insurans atau penyedia perlindungan kredit secara langsung atau tidak langsung; (l) mana-mana peserta sebenar atau berpotensi atau peserta sampingan

berhubungan dengan mana-mana tanggungjawab kami di bawah perjanjian perbankan antara anda dan kami, atau pemegang serah hak, novatee atau penerima pemindahan (atau mana-mana pegawai, kakitangan, agen atau penasihat) untuk mana-mana satu;

(m) untuk transaksi yang dilaksanakan atau diproses dengan atau tanpa kebenaran anda dalam atau melalui ATM bank-bank lain atau institusi kewangan atau bukan kewangan atau terminal atau mesin atau peranti pengendalian kad lain yang diluluskan oleh kami, kepada bank, institusi kewangan atau bukan kewangan, peniaga atau pihak lain yang menerima penggunaan kad ATM dan agen atau kontraktor masing-masing mereka; (n) mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan

atau separuh kerajaan dengan bidang kuasa ke atas kami atau mana-mana ahli Kumpulan kami;

(35)

(o) mana-mana individu yang kami atau mana-mana ahli Kumpulan kami dibenarkan atau diperlukan didedah di bawah undang-undang mana-mana negara; dan

(p) mana-mana individu lain di mana pendedahan tersebut dianggap oleh kami untuk kepentingan kami, atau kepentingan mana-mana ahli Kumpulan kami (tidak berkenaan kepada perikatan strategik bagi tujuan pemasaran dan promosi).

(q) mana-mana individu yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan hak kami di bawah Terma dan Syarat ini.

(r) Biro Kredit atau mana-mana pihak berkuasa atau badan yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana badan berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami.

(s) mana-mana Pengarah anda.

25.2 Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda untuk mendedahkan sebarang maklumat kepada mana-mana individu berkenaan diri anda, Akaun dan/atau lain-lain akaun anda dengan mana-mana bank Kumpulan berhubungan dengan anda atau Penandatangan, Pentadbir Syarikat, Pengguna yang Dibenarkan, Penandatangan Syarikat mengabaikan atau gagal untuk menyimpan Pengenalan Pengguna, Nombor PIN, Kata Laluan dan/atau Token dengan sulit atau kegagalan anda untuk mengambil tindakan segera atas penemuan bahawa keselamatan dan/atau kerahsiaan Pengenalan Pengguna, Nombor PIN, Kata Laluan dan/atau Token anda telah dikompromikan, termasuk penukaran Pengenalan Pengguna, Nombor PIN, Kata Laluan dan/atau Token dan memaklumkan kami dengan segera atas penemuan sebarang kompromi dalam keselamatan dan/atau kerahsiaan Pengenalan Pengguna, Nombor PIN, dan/atau Kata-kata Laluan.

M. PERLINDUNGAN DATA

26.1 Anda dengan ini mengesahkan bahawa anda telah menerima, membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi yang dikeluarkan oleh kami (yang boleh didapati di cawangan-cawangan kami dan juga di laman web kami di www.uob.com.my) dan klausa-klausa dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini yang berkaitan dengan pemprosesan Data Peribadi anda. Bagi mengelakkan keraguan, anda bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut akan

(36)

disifatkan sebagai diperbadankan melalui rujukan ke dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini.

26.2 Anda bersetuju dan membenarkan kami memindahkan Data Peribadi ke luar Malaysia. Semua Data Peribadi yang dipegang oleh kami dan Kumpulan akan diberi tahap perlindungan yang munasabah terhadap apa-apa kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau penzahiran yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pengubahan atau penghapusan.

26.3 Sekiranya anda memberikan Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk data yang berkaitan dengan saudara kadim dan tanggungan anda (di mana anda seorang individu) atau data yang berkaitan dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi sekuriti anda (di mana anda adalah sebuah syarikat), bagi maksud membuka atau mengendalikan Akaun anda dengan kami atau melanggan produk dan perkhidmatan kami, anda:

(a) mengesahkan bahawa anda telah memperolehi kebenaran atau sebaliknya berhak untuk memberi data ini kepada kami dan untuk kami menggunakannya menurut Terma-terma dan Syarat-syarat ini;

(b) mengakujanji bahawa anda telah memaklumkan pihak ketiga tersebut untuk membaca Notis Privasi di dalam laman web kami di www.uob.com.my;

(c) telah memaklumkan pihak ketiga tersebut:-

(i) bahawa kami akan mengumpul atau mengesahkan data peribadi dan kewangan mereka dengan sumber-sumber pihak ketiga; (ii) bahawa kami akan menzahirkan data peribadi mereka kepada

kelas-kelas pihak ketiga yang dibutirkan di dalam Notis Privasi kami;

(d) bersetuju memastikan bahawa data peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat;

(e) bersetuju mengemaskini kami secara bertulis sekiranya terdapat sebarang perubahan material kepada data peribadi dan kewangan tersebut; dan

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan terhadap responden petani yang mengusahakan usahatanipadi sawah di Desa Limbo Makmur Kecamatan Bumi Raya Kabupaten

Edge cell vertical rotor device (Srivastava et al. Bagan alir desain rangka penebar pupuk ... Skema fungsi rangka unit penebar pupuk... Skema penempatan unit di transplanter ...

Singkatnya, seiring meningkatnya densitas baryon, puncak power spectrum yang berkorespondensi dengan kompresi pada sumur potensial menjadi semakin tinggi,

Arsitektur tropis adalah konsep yang masih dapat diaplikasikan pada gedung/ bangunan tinggi seperti pada desain dan fasad Gedung Wisma Dharmala Sakti serta usaha

Perintah ini digunakan untuk urutan kerja sistem kontrol yang lebih dari satu kondisi logika yang harus terpenuhi semuanya untuk mengeluarkan satu output.. Logika ini mirip

Konsumen tidak memilih citra merek sebagai variabel yang mendukung minat beli karena konsumen lebih mempercayai konsumen lain tentang keunggulan dan kehandalan yang

Hasil estimasi regresi dari reksa dana saham yang menjadi sampel penelitian dari penulis menggunakan program SPSS adalah sebagai berikut:.. Reksa Dana

Bayangkan saja hanya menyuruh orang lain untuk mengisi alamat email atau zip kode atau mencoba produk secara GRATIS atau mendownload software GRATIS , Anda akan