• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu Murtad dalam Kalangan Saudara Baru 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Isu Murtad dalam Kalangan Saudara Baru 1"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Siti Aisyah Bte Hadi Munir @ A. Hadi Universiti Kebangsaan Malaysia

Pendahuluan

Isu murtad adalah satu isu yang boleh disifatkan sebagai barah dalam agama Islam dan umatnya. Banyak permohonan dan kes-kes yang melibatkan orang Islam murtad dan memilih agama lain sebagai agama mereka yang baru. Antara kes yang mendapat perhatian masyarakat seperti kes Lina Joy, Aisyah Bukhari, Kamariah Ali dan ramai lagi. Banyak faktor yang mendorong mereka memilih agama selain Islam sebagai agama anutan mereka yang baru seperti berkahwin dengan pasangan bukan Islam, lemah didikan agama, pengaruh agama lain dan sebagainya.

Isu murtad ini bukan hanya terjadi kepada umat Islam yang asal sahaja bahkan turut terjadi kepada golongan saudara baru. Islam menyambut baik seruan hidayah yang hadir dalam diri saudara baru ini namun pada masa yang sama terdapat segelintir dari golongan ini yang memilih untuk kembali ke agama asal ataupun murtad setelah memeluk Islam. Isu ini dilihat sebagai isu yang penting kerana ianya melibatkan tanggungjawab sebagai umat Islam yang mempunyai amanah bagi membimbing masyarakat Islam amnya dan golongan saudara baru ini khususnya dalam memberi kefahaman yang jelas tentang Islam. Sebagai golongan yang baru hendak mendalami Islam, golongan saudara baru ini terpaksa mendepani cabaran dan halangan yang datang seperti tentangan ahli keluarga agama asal, penerimaan masyarakat, masalah ekonomi dan sebagainya. Tekanan-tekanan ini dilihat sebagai antara faktor yang mendorong mereka untuk kembali ke agama asal. oleh itu, penekanan aqidah harus diberi perhatian bagi mengelakkan isu murtad ini terjadi.

(2)

Definisi murtad

Murtad berasal dari bahasa arab iaitu riddah atau irtidad. Dari sudut bahasa perkataan riddah

kebiasaannya bermaksud kembali atau rujuk, iaitu kembali kepada sesuatu kepada sesuatu yang lain. Adapun perkataan irtidad membawa pengertian yang luas iaitu mereka yang meninggalkan agama Islam untuk tidak mempercayai Islam kepada mempercayai agama lain.

Dari segi istilah, murtad membawa maksud keluar daripada agama Islam atau tidak mempercayai agama Islam sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun iktiqad. Terdapat juga pandangan yang menyatakan bahawa seseorang Islam juga dianggap murtad sekiranya dia mencampakkan al-Quran, mencerca Rasulullah, menafikan fardhunya menunaikan solat dan zakat ataupun dengan sengaja meminum arak dan terlibat dengan penzinaan (Mohamed Azam Mohamed Adil 2009: 3-4).

Murtad boleh terjadi melalui beberapa cara iaitu melalui iktikad, perkataan dan perbuatan. Murtad melalui iktikad berlaku apabila seseorang itu beriman atau berpegang dengan suatu pegangan yang salah dari sudut aqidah Islamiah beserta dasar-dasar kepercayaan seorang mukmin kepada Islam (Ann Wan Seng 2009: 69). Amran Kasimin (1988: 8) menyatakan bahawa berniat atau bercita-cita ingin keluar dari Islam seperti berniat menukar nama selain nama agama Islam, mengancam untuk keluar Islam jika permintaannya tidak dipenuhi, beriktikad bahawa agama selain dari Islam adalah benar termasuk dalam murtad melalui iktikad.

Murtad melalui perkataan pula boleh berlaku apabila seseorang melafazkan kalimah-kalimah yang dianggap memperlekeh, menghina, mengeji dan membenci ajaran Islam. menyebut dengan sengaja perkataan yang bertentangan dengan hukum Islam sama ada berkait dengan tauhid, ibadah dan akhlak atau sebagainya seperti menghalalkan sesuatu yang diharamkan Islam (Amran Kasimin 1988: 9).

(3)

Hukuman golongan murtad

Pada dasarnya, terdapat beberapa pandangan mengenai hukuman murtad dalam Islam dan ianya boleh dirumuskan kepada dua golongan:

1. Hukuman Murtad adalah Hudud.

Golongan ini dipelopori oleh ulama tradisional seperti Mazhab Shafie, Maliki dan Hanbali di mana mereka berpendapat bahawa murtad tergolong dalam dosa-dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah melainkan bertaubat. Firman Allah s.w.t:



Dalil ini dikukuhkan lagi dengan hadis Rasulullah s.a.w.:

ا

"Tidak halal darah seseorang muslim itu kecuali dengan salah satu dari tiga perkara: Orang yang telah berkahwin melakukan zina, nyawa dibalas dengan nyawa (membunuh dengan sengaja) dan meninggalkan agama yang berpisah dengan jamaah muslimin.1

Hukuman murtad ini akan dijalankan setelah tamat tempoh taubat yang diberikan seperti memberi tempoh selama tiga hari. Namun begitu, terdapat beberapa pandangan dalam membahaskan tempoh taubat dalam perkara murtad ini (Zulkifli Hasan dan Norfadhilah Mohd Ali 2007: 4).

1

(4)

2. Tiada ketetapan bentuk hukuman murtad

Pendapat ini dipelopori oleh ulama kontemporari seperti Abd Mutaali Saidi, Ibrahim al-Nakhai, Muhammad Abduh, Mohamad Hashim Kamali dan lain-lain lagi. Pada dasarnya hukuman murtad bukanlah hudud tetapi hanya takzir. Faktor yang menyebabkan Rasululullah s.a.w. menyatakan hukuman bunuh pada kesalahan murtad bukanlah kerana kemurtadan mereka tetapi berfaktorkan pemberontakan menentang Islam. Terdapat juga kritikan ulama terhadap kesahihan dan darjat hadith ”sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dibunuh” Hadis ini adalah hadis ahad dan tidak kuat untuk dijadikan hujah kepada sesuatu hukum menurut ilmu fiqh (Zulkifli Hasan dan Norfadhilah Mohd Ali 2007: 4).

Fuqaha silam ada membezakan antara mereka yang dilahirkan sebagai Islam kemudian mereka murtad dengan mereka yang murtad mereka yang memeluk Islam (mualaf). Mereka yang lahir sebagai Islam kemudian murtad hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh tanpa diberi peluang bertaubat manakala bagi golongan mualaf, peluang bertaubat hendaklah dibuka seluasnya. Ini kerana mereka adalah golongan yang kurang mendalami Islam dalam agama Islam (Mohamed Azam Mohamed Adil 2009: 6).

Kesalahan Murtad menurut undang-undang

Peruntukan dalam Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan seolah-olah mencerminkan bahawa setiap individu mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya, tetapi sebaliknya hak kebebasan beragama sebenarnya tidak mutlak apabila persoalan mengenai murtad dibangkitkan. Walaupun Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang Islam yang berhasrat untuk meninggalkan agamanya, sesetengah negeri mempunyai peruntukan bahawa mereka yang murtad melakukan kesalahan sama ada di bawah Undang-undang Jenayah Islam atau di bawah Undang-undang Pentadbiran Islam (Mohamed Azam Mohamed Adil 2003: 36).

Umumnya, terdapat tiga pendekatan bagi mereka yang murtad di Malaysia.

1) Adalah menjadi kesalahan yang boleh didenda sehingga RM 5000 atau penjara sehingga tiga tahun atau disebat sehingga enam sebatan atau campuran mana-mana daripada ketiga-tiga bentuk hukuman ini.

(5)

3) Tiada sebarang bentuk hukuman tetapi diwajibkan melalui kaunseling sebelum kebenaran keluar Islam diluluskan.

Antara negeri-negeri yang menggunakan Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam atau Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Negeri-negeri adalah seperti berikut:

1. Seksyen 13 Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah Perak 1992 yang mengenakan hukuman denda RM 3000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

2. Seksyen 29 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam Terengganu 1996 dan Seksyen 209 (1) Enakmen Undang-undang Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Melaka 1986 memperuntukkan hukuman RM 3000 atau denda setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

3. Seksyen 55 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah 1995 pula memperuntukkan denda tidak lebih RM 2000 dan penjara tidak lebih dari setahun atau kedua-duanya.

4. Seksyen 185 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam dan Adat Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1989) mengenakan denda tidak lebih RM 5000 atau penjara tidak kurang tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam sebatan.

5. Seksyen 6 (2) Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 menyatakan jika sabit dengan kesalahan pada seksyen 6 (1) enakmen yang sama hendaklah dikenakan denda tidak melebihi RM 5000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali (http://www2.esyariah.gov.my/. 11 Disember 2014).

Bagi negeri-negeri seperti Sabah, Kelantan dan Melaka, orang yang murtad ditahan secara mandatori di Pusat Pemulihan Aqidah. Bagi negeri Sabah dan Kelantan, seseorang Islam yang keluar Islam atau berhasrat untuk keluar Islam boleh ditahan di Pusat Pemulihan Aqidah untuk satu jangka masa tidak lebih dari 36 bulan dan di Melaka hanya diperuntukkan penahanan selama 6 bulan (Mohd Azam Mohamed Adil 2009: 7-9).

(6)

merangkumi hukuman maksima 3 tahun penjara atau 6 sebatan atau denda sebanyak RM5000 atau mana-mana kombinasi hukuman. Jelasnya, bidang kuasa jenayah adalah terhad dan hanya boleh dikuatkuasakan kepada orang Islam sahaja. Jenayah murtad tidak di sebut di dalam enakmen kesalahan jenayah Syariah dikebanyakan negeri di Malaysia. Namun demikian, terdapat peruntukan kesalahan keluar agama Islam diguna pakai di beberapa buah negeri (Zulkifli Hasan dan Norfadhilah Mohd Ali 2007: 5).

Langkah-Langkah Dan Usaha Organisasi Dakwah Dalam Menangani Isu Murtad

Saudara Baru.

Isu murtad dalam kalangan saudara baru mendapat perhatian yang serius dari organisasi dakwah dalam usaha menangani golongan ini kembali kepada agama asal mereka. Organisasi dakwah dilihat bekerjasama dengan menjalankan pelbagai usaha untuk mengekalkan mereka dalam Islam. Usaha-usaha ini dirangkumkan dari beberapa organisasi dakwah yang dikaji iaitu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Antara usaha yang dilakukan oleh organisasi-organisasi dakwah tersebut adalah seperti berikut:

1. Memperkasakan pendidikan

Pendidikan merupakan satu proses yang penting dalam memberikan kefahaman yang jelas kepada saudara baru mengenai hukum hakam dalam Islam. Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menjalankan pengurusan kepada saudara baru, MAIS menyediakan banyak kelas fardhu ain di seluruh Selangor.

Bil Daerah Bilangan Kelas

1 Klang 20

2 Kuala Langat 25

3 Gombak 23

4 Petaling 24

5 Sepang 10

6 Sabak Bernam 5

7 Kuala Selangor 10

8 Hulu Selangor 16

9 Hulu Langat 17

(7)

Berdasarkan jadual bilangan yang dikemukakan, terdapat banyak kelas yang telah disediakan untuk kemudahan golongan saudara baru dalam usaha untuk memberi kefahaman terhadap Islam secara lebih jelas dan dapat menghindar masalah murtad akibat tidak faham agama Islam. Kelas-kelas ini dikendalikan oleh guru-guru yang dilantik oleh pihak MAIS yang dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan (Che Mohd Noor Lee 2014). Secara umumnya, kelas-kelas agama atau kelas fardhu ain juga banyak dikendalikan oleh organisasi dakwah yang lain seperti Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Angakatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Hidayah Centre Foundation (HCF) dan lain-lain lagi. Bahkan boleh dikatakan hampir semua organisasi dakwah yang menjalankan pengurusan kepada saudara baru menyediakan kelas-kelas agama sebagai program wajib.

Selain kelas-kelas fardhu ain dan agama, beberapa kursus intensif juga dijalankan oleh organisasi-organisasi dakwah. Mohd Farhan Tee (2014) mengatakan bahawa kursus intensif diadakan oleh PERKIM kepada saudara baru yang baru memeluk Islam untuk memberi pendedahan tentang asas-asas Islam dan sebagai motivasi bagi menghadiri kelas-kelas yang disediakan.

2. Bantuan Kebajikan

Organisasi-organisasi dakwah saudara baru banyak memperuntukkan bantuan kebajikan kepada golongan ini terutama dalam bantuan kewangan. Mohd Helmi Mohamed Nuri (2013: 5) mengatakan bahawa sebagai golongan yang mempunyai cabaran selepas pemelukan agama Islam, organisasi dakwah berperanan membantu meningkat kehidupan dalam pelbagai aspek ekonomi dengan cara memberi bantuan zakat, bantuan bulanan, bantuan pelajaran, bantuan perubatan, dermasiswa dan banyak lagi. Contoh lain yang boleh diketengahkan ialah dengan melihat usaha PERKIM yang banyak menjalankan bantuan sama ada dari PERKIM sendiri atau mengadakan majlis penyerahan zakat dari syarikat-syarikat kepada asnaf mualaf. Usaha ini penting sebagai salah satu usaha untuk membantu saudara baru mempertingkatkan ekonomi dan kebajikan mereka serta melembutkan hati golongan ini ke arah Islam ( Mohd Syahril Rosdi Ahmad zahudi. 2014: 16).

3. Ziarah Aqidah dan Kebajikan

(8)

masalah yang dihadapi sehingga mendorong mereka untuk kembali ke agama asal. Usaha ini sering dilakukan oleh Skuad Mesra di bawah MAIS (Che Mohd Noor Lee 2014). PERKIM juga menjalankan usaha ziarah aqidah ini serta memberi sedikit sumbangan ketika ziarah tersebut (Mohd Farhan Tee 2014).

4. Proses Istitabah

Proses istitabah ini dijalankan oleh Jabatan Mufti dengan kerjasama organisasi dakwah seperti MAIS, PERKIM dan lain-lain lagi terhadap kes-kes yang dibicarakan di mahkamah. Istitabah ini kebiasaannya dijalankan dalam bentuk kaunseling dan dikendalikan oleh panel yang dilantik untuk memujuk agar kekal dalam Islam. Panel-panel yang dilantik juga terdiri dalam kalangan Panel-panel pendakwah dari bangsa yang sama dengan mereka bagi tujuan psikologi dan kearifan mereka dalam agama lama mereka. Kebiasaannya proses ini dijalankan dalam tempoh dan sesi yang ditetapkan mahkamah. Setiap kes kebiasaannya melalui 12 sesi istitabah dan diberi tempoh 60 hari. Sekiranya masih belum berjaya, tempoh tersebut boleh dilanjutkan mengikut perintah mahkamah.. Hasil proses istitabah akan dikemukakan kepada mahkamah untuk diputuskan sama ada kekal dalam Islam atau murtad (Che Mohd Noor Lee 2014).

5. Memperketatkan proses pengislaman

Che Mohd Noor Lee (2014) menyatakan salah satu usaha untuk menangani isu murtad saudara baru ini dengan memperketatkan proses pengislaman dengan cara yang betul. Sebagai contoh, faktor utama yang mendorong mereka memeluk Islam adalah faktor perkahwinan. Maka, satu proses yang teliti diambil dengan memberikan sedikit brainwash kepada saudara baru tersebut dan pasangannya dengan tidak menjadikan perkahwinan sebagai faktor utama masuk Islam dan meninggalkan agama Islam sekiranya perkahwinan tersebut gagal. Ironinya, proses ini dilakukan bukanlah untuk menyusahkan pengislaman bahkan untuk memberi kefahaman yang jelas dan tidak memandang remeh tentang isu murtad.

(9)

kepada golongan saudara baru tentang kepentingan ilmu agama dan bukanlah sekadar ingin mendapatkan bantuan. Penerapan ilmu agama yang mantap dapat menghindarkan golongan ini dari isu murtad (Che Mohd Noor Lee 2014).

Secara kesimpulan, langkah-langkah yang dinyatakan di atas merangkumi cara sedia ada untuk menangani masalah murtad saudara baru dan langkah-langkah yang diambil ketika proses permohonan murtad oleh golongan ini. Bagi usaha memperkasakan ilmu dan memberi bantuan adalah langkah-langkah sedia ada manakala ziarah aqidah, proses istitabah dan memperketatkan proses pengislaman adalah langkah yang diambil ketika permohonan dibuat ataupun ketika kes-kes dalam perbicaraan.

Faktor-Faktor Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru

Fenomena murtad yang berlaku sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi bermula dari kes Lina Joy pada tahun 1997 sehingga kini. Namun begitu, kes murtad yang berlaku kini bukan sahaja melibatkan mereka yang sememangnya beragama Islam bahkan juga mereka yang baru memeluk Islam ataupun digelar mualaf. Sehubungan dengan itu, beberapa hasil kajian mendapati antara faktor yang menyebabkan saudara kita yang baru mendapat hidayah ini berpaling semula daripada Islam ialah:

1) Bercerai atau ditinggalkan oleh pasangan yang Islam

Salah satu cara agama Islam disebarkan adalah melalui ikatan perkahwinan. Kebelakangan ini, terdapat banyak kes permohonan memeluk Islam dengan tujuan untuk bernikah dengan pasangan yang muslim. Namun begitu, sejauhmana pegangan agama yang berdasarkan kepada ikatan perkahwinan ini mampu bertahan kerana perkara yang sering terjadi ialah terdapat dalam kalangan saudara baru yang memeluk Islam dengan tujuan untuk berkahwin dengan seorang muslim semata. Namun, apabila perkahwinan itu gagal dan tidak bertahan lama, maka sesetengah daripada mereka bertindak keluar daripada Islam (Amran Kasimin 1988:13).

(10)

ditimpa tangga”. Hal ini mendorong mereka untuk kembali kepada pangkuan keluarganya dan menganut ajaran asal mereka. (Farhan Abdullah 2013: 70-71)

Walaubagaimanapun, terdapat juga dalam kalangan mereka yang memeluk Islam dengan tujuan berkahwin dengan seorang muslim yang mereka cintai namun mereka tidak mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian kerana pegangan akidah yang lemah oleh kedua-dua belah pihak. Rentetan daripada itu, apabila berlakunya penceraian mereka akan kembali menganut ajaran lama mereka dengan alasan mereka tidak pernah mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka.(Che Mohd Noor Lee 2014)

2) Masalah ekonomi

Faktor yang berkaitan dengan berlakunya murtad dalam kalangan saudara baru juga adalah ekonomi iaitu apabila berlakunya kempen untuk memasuki Islam dengan cara yang salah. Hal ini berlaku bilamana terdapat sesetengah pihak yang memancing dengan membuat propaganda tentang kemudahan-kemudahan dan keistimewaan yang boleh didapati bilamana mereka memeluk Islam seperti pemberian biasiswa ataupun bantuan-bantuan subsidi yang disediakan oleh kerajaan untuk kaum bumiputera. Rentetan daripada itu, mereka akan memasuki Islam dengan tujuan untuk mendapatkan kemudahan tersebut tetapi pada hakikatnya mereka tetap dengan mengamalkan gaya hidup lama yang bukan dengan berlandaskan syariat Islam. (Amran Kasimin 1988:13-15).

Selain daripada itu, penukaran agama asal kepada agama Islam sangat memberi kesan yang mendalam kerana perbuatan ini akan mendapat sindiran sinis dari rakan sekerja dan kebarangkalian dibuang kerja sangat tinggi disebabkan kerjaya yang mereka sandang tidak menepati skop bidang kerja mereka dan berbeza sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam etika Islam sama ada dari sudut pakaian, pergaulan, bentuk kerja dan sebagainya. Tambahan pula, kemungkinan untuk berlaku double standard turut berlaku dalam mana- mana organisasi yang bukan Islam sehingga menimbulkan kesukaran terhadap mereka.(Mohd Ridhuan Tee Abdullah 1996)

3) Desakan hidup persekitaran dan juga keluarga

(11)

penganut islam sendiri tidak memberikan kerjasama dan contoh yang baik kepada mereka. Lebih-lebih lagi apabila, mereka didera atau diabaikan oleh pasangan mereka yang sememangnya beragama islam dan mereka juga tidak diperdulikan oleh masyarakat islam yang lain. (Farhan Abdullah 2013: 70-71)

Dari sudut keluarga pula, pada kebiasaannya masyarakat yang berbangsa dan agama selain dari Melayu dan juga Islam akan melihat dan menilai bahawa dengan menukar agama kepada Islam maka mereka juga harus menukar bangsa dan nama mereka kepada bangsa Melayu, ini kerana penganut Islam di Malaysia di dominasi oleh bangsa Melayu .(Abdullah Muhammad Zin 1993) Tambahan pula, imej Islam yang selalu dikaitkan dengan kemunduran, keganasan, kemiskinan dan juga pelbagai pandangan yang negatif telah membangkitkan ketakutan dan juga impak yang pelbagai terhadap penganut agama lain seterusnya menimbulkan pelbagai istilah seperti islamophobia2, terrorist3 dan sebagainya. Implikasi yang timbul daripada perkara tersebut menghalang keluarga dari membenarkan ahli mereka menganut agama Islam dengan melakukan pelbagai cara untuk menghalang ahlinya dari terjurus dengan Islam samada dengan menghalau, memukul, memarahi dan juga mengusir mereka dari rumah. (Mohd Ridhuan Tee Abdullah 1996)

Walaubagaimanapun, hasil perbincangan bersama salah seorang Pegawai Ekskutif Pembangunan Mualaf Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Che Mohd Noor Lee (2014) memang terdapat beberapa faktor murtad bagi saudara baru namun hanya satu sahaja faktor utama yang kebiasaannya berlaku yang menjurus ke arah murtad bagi saudara baru iaitu melalui aspek perkahwinan. Oleh itu, perkahwinan memainkan peranan besar keatas perubahan yang dilakukan oleh mualaf.

Hasil daripada proses perkahwinan juga dapat melahirkan faktor-faktor sampingan yang menyebabkan berlakunya murtad dalam kalangan saudara baru seperti penceraian, tidak jadi berkahwin bersama pasangan pilihan muslim seterusnya menyebabkan individu terbabit merasa tawar hati terhadap Islam, tidak mengamalkan ajaran Islam selepas berkahwin sehinggalah berlakunya penceraian menyebabkan pasangan tersebut merasakan tiada gunanya untuk kekal di dalam Islam dan juga tiada pengetahuan mengenai Islam kerana pasangan yang sememangnya Islam tidak menjalankan peranan

2 Istilah bagi sikap trauma dan takut kepada agama Islam, http://www.discoverthenetworks.org;

http://www.islamophobia.org: 01 Disember 2014

3

(12)

PERKAHWINAN Penceraian

Tidak Jadi Kahwin Tidak Mengamalkan Islam

Tiada Pengetahuan Tentang Islam

sebagai seorang muslim yang baik. Peranan perkahwinan boleh dilihat berdasarkan gambar rajah di bawah:

Gambar rajah 1 menunjukkan faktor perkahwinan berada pada kedudukan yang paling dalam sekali, ini kerana ia merupakan faktor utama yang merangkumi faktor-faktor sampingan murtad yang lain seperti bercerai, tidak jadi berkahwin dengan pilihan pasangan yang muslim, tidak mengamalkan ajaran Islam selepas berkahwin dan juga tiada pengetahuan mengenai Islam kerana pasangan yang sememangnya Islam bukanlah seorang muslim yang baik dan tidak mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Hasil analisis juga mendapati kekerapan sebutan kes yang melibatkan faktor-faktor murtad sejak tahun 2005 sehingga 2014 di Negeri Selangor ini adalah seperti berikut:

(13)

Jadual 2: Punca Permohonan Murtad Mualaf Tahun 2005-2014

Walaubagaimanapun, menurut Che Mohd Noor Lee (2014) lagi terdapat juga

beberapa faktor-faktor minor yang menyumbang kepada berlakunya murtad dalam kalangan saudara baru iaitu daripada aspek ekonomi dan juga keluarga. Berdasarkan kepada kajian, masalah murtad yang melibatkan kepada ekonomi turut menyumbang kepada isu ini namun demikian, aspek masalah ekonomi ini begitu kecil berbanding dengan faktor utama. Antara kes yang pernah terjadi ialah bilamana terdapat seorang mualaf A (nama sebenar dirahsiakan) yang bertindak memfailkan permohonan untuk keluar daripada Islam kerana mengalami masalah ekonomi namun ditolak oleh mahkamah dan diberi bantuan oleh MAIS agar mualaf A ini dapat menjaga agamanya semula.

Begitu juga dengan aspek keluarga. Secara lumrahnya tiada siapa yang mahu ahli keluarga sendiri keluar menganuti ajaran agama lain, terdapat satu kes yang melibatkan seorang mualaf wanita yang berasal daripada agama Hindu yang bersekedudukan dengan seorang lelaki muslim berwarga Pakistan sehingga mengandung. Kemudian pasangan tersebut berkahwin dan wanita berkenaan memeluk Islam. Namun begitu, masalah yang timbul ialah bilamana anak yang dilahirkan itu tidak sah taraf kerana merupakan anak luar nikah dan tidak boleh didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan bernasabkan kepada ayahnya sehingga menimbulkan ejekan, tohmahan dan cacian daripada masyarakat. Hasil desakan dan dorongan daripada keluarga pihak wanita yang mempropagandakan isu ini menyuruh wanita berkenaan memasuki semula ajaran Hindu kerana tiada sebarang masalah untuk mengaitkan nama ayah dengan anak. Kemudian, setelah mendapat keputusan daripada mahkamah, wanita ini dibantu untuk menyelesaikan masalah nama tersebut dan akhirnya selamat aqidah wanita berkenaan.

Walaupun terdapat banyak kes murtad dalam kalangan saudara baru namun, hasil usaha yang dilakukan oleh institusi dakwah dan kerjasama dengan badan-badan dakwah

Punca Permohonan Murtad Mualaf Bilangan Kes

Penceraian 55

Tidak mengamalkan islam 20

Tidak jadi berkahwin dengan pasangan pilihan 17

(14)

bukan kerajaan tidak dapat dinafikan dapat menghalang sedikit sebanyak usaha-usaha murtad yang dilakukan oleh saudara baru. Berikut adalah jumlah dan keputusan kes murtad saudara baru yang difailkan ke mahkamah Negeri Selangor sekitar tahun 2005 sehingga 2014 seterusnya menunjukkan usaha yang dilakukan oleh institusi kerajaan negeri Selangor dalam menangani isu murtad:

Jadual 3: Kes Murtad Saudara Baru Sekitar Selangor 2005-2014

Sumber Rujukan: Mais 2014

Oleh yang demikian, jelaslah secara umum bahawa faktor perkahwinan memainkan peranan penting sama ada dalam berdakwah kepada Islam ataupun memalingkan individu kepada Islam. Justeru itu, perkahwinan antara saudara baru dan muslim azali adalah sesuatu yang sukar dan perlu dijaga dengan sebaiknya agar tidak timbul isu murtad dalam kalangan umat Islam.

KESIMPULAN

(15)

menjadi sebab murtadnya seorang muslim, bagi saudara baru pula antara faktor utama yang menyebabkan mereka kembali kepada ajaran lain adalah disebabkan dengan perkahwinan. Kegagalan dalam mempertahankan institusi kekeluargaan ini merupakan punca utama yang menyebabkan mereka kembali murtad. Selain itu, dengan tidak mengamalkan gaya hidup seperti seorang muslim setelah berkahwin turut menyumbang kepada berlakunya murtad dalam kalangan saudara baru.

Sungguhpun begitu, dalam situasi di Malaysia terdapat beberapa usaha dan langkah-langkah yang diambil oleh badan-badan keagamaan dalam menangani isu ini seperti menggubal undang-undang mengenai hukuman murtad, memperkasakan pendidikan awal berkenaan aqidah dan tauhid, bantuan kebajikan kepada muslim, ziarah aqidah dan kebajikan, melakukan proses istitabah (proses bertaubat) dan juga memperketatkan proses pengislaman bagi mereka yang ingin memeluk Islam agar mereka yakin dengan keputusan yang telah diambil.

Walaubagaimanapun, usaha yang dilakukan ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama dari semua pihak termasuk individu muslim itu sendiri. Oleh itu, umat Islam hendaklah mempunyai aqidah yang mantap dan syariat serta akhlak yang jelas berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah agar dapat menjadi individu muslim yang terbaik dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t

RUJUKAN

Al-Quran.

Abdullah Muhammad Zin. 1993. Dakwah kepada non muslim: Konsep dan metod. Kertas Kerja Seminar Dakwah Dan Kepimpinan II Peringkat Kebangsaan. Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Oktober 1993.

Amran Kasimin. 1988. SatuAnalisa Mengenai Murtad. Pustaka al-Mizan: Petaling Jaya. Ann Wan Seng. 2009. Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata. Kuala Lumpur: Must Read

Sdn Bhd.

Che Mohd Noor Lee. 2014. Isu Murtad Saudara Baru: Faktor Dan Langkah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Menangani Isu Murtad Saudara Baru, Klang. Temu bual, 10 Disember.

(16)

Discover The Networks. 2014. Terrorism. http://www.discoverthenetworks.org [01 Disember 2014]

Farahwahida Mohd Yusuf, Aminuddin Ruskam, Azmi Shah Suratman, Mohd Nasir Ripin, Noraihan Nordin, Sharifah Munirah Timmiati. 2008. Kaedah Penyelesaian Dalam Menangani Masalah Pertukaran Agama Dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam Di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Projek Penyelidikan Vot Rmc 78097, Universiti Teknologi Malaysia

Farhan Abdullah. 2013. Kristianisasi Dan Gejala Murtad. Kuala Lumpur: Hijjaz Record Publishing.

http://www2.esyariah.gov.my. [11 Disember 2014].

Mohamed Azam Mohamed Adil. 2003. Hak Tukar Agama Dalam Perlembagaan Malaysia: Konflik Antara Kebebasan Beragama Dan Hukum Islam. Jurnal Syariah 11 (1): 23-46.

Mohamed Azam Mohamed Adil. 2009. Murtad- Status Semasa. Dlm. Ann Wan Seng (pnyt.).

Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata, hlmn. 3-17. Kuala Lumpur: Must Read Sdn Bhd.

Mohd Farhan Tee. 2014. Usaha PERKIM Dalam Menangani Isu Murtad Saudara Baru, Selangor. Temu Bual, 9 Disember.

Mohd Helmi Mohd Nuri. 2013. Masalah Saudara Baru: Sejauh Mana MAIS Menanganinya.

MAIS News Januari: 5.

Mohd Ridhuan Tee Abdullah. 1996. Saudara kita selepas memeluk Agama Islam, cabaran dan penyelesaiannya. Kertas Kerja Seminar Dakwah Saudara Kita Se Malaysia 1996. Anjuran Majlis Agama Islam Pulau Pinang, 17 November 1996.

Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi. 2014. Mualaf disantuni zakat. Utusan Malaysia, 4 Jun: 16.

Gambar

Gambar rajah 1: Faktor Murtad Dalam Kalangan Saudara Baru

Referensi

Dokumen terkait

Bahagian ini mengandungi item-item bagi mendapatkan maklumat berkaitan metode pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas pengajian al-Qur’an di kalangan Saudara Baru

Berdasarkan tinjauan Iiteratur penyelidik telah mengenal pasti pelbagai faktor yang menjadi penyebab kepada berlakunya tingkah laku delinkuen dalam kalangan pelajar sekolah

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapat juga individu tidak bermoral dalam kalangan pihak berkuasa dan kerajaan yang menyebabkan jenayah ini tidak

Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi strategi dakwah dalam pembinaan mualaf baik itu faktor pendukung yaitu adanya partisipasi positif yang di berikan oleh semua kalangan baik

Dalam memahami agama Islam, peranan komunikasi intrapersonal yang berlaku dalam kehidupan komuniti saudara baru menjelaskan bahawa bentuk komunikasi tersebut merupakan

Kajian ini memfokuskan terhadap aplikasi dakwah kepada saudara baru dari perspektif fiqh awlawiyyat (keutamaan), kerana penyampaian dakwah wajar dilaksanakan

Jika dilihat dari aspek sejarah dakwah Rasulullah s.a.w suatu ketika dahulu, golongan mualaf atau saudara baru yang memeluk Islam telah mendapat sokongan dan jaminan daripada

Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor yang menyebabkan stres dalam kalangan guru-guru Sekolah Rendah Mubaligh di Kuala Lumpur, iaitu faktor hubungan dengan ibu bapa pelajar