• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor-fakor penyebab berlakunya tingkah laku delinkuen dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Keningau, Sabah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Faktor-fakor penyebab berlakunya tingkah laku delinkuen dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Keningau, Sabah"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB BERLAKUNYA TINGKAH LAKU DELINKUEN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KENINGAU, SABAH. KENNEDY BIN ALIP nl:~)~lUl». C~~lt:.tin UllllSlA Sl!~ ;l. DESERTASI INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT PENGANUGERAHAN IlAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN). SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2013.

(2) UNIVERsm MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS UDUL: FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB BERLAKUNYA TINGKAH LAKU DEUNKUEN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH, KENINGAU. lAZAH: SARlANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN) .AYA. SESI PENGAlIAN : 2010/2011. : KENNEDY BIN AUP. o1engaku membenarkan tesis Sarjana ini disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah lengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:-. 1.. 2. 3. 4. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sabah. Perpustakaan Universlti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. SUa tandakan U). D D. SULIT TERHAD. (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatc atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang teJah ditentuk. oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan Oleh. Afamat etap: Kampung Keningau, Peti Surat 849,89008 Keningau, Sabah.. ( DR. ABD L SAID AMBOTANG) Tarikh:. Catatan :- *Potong yang tidak berkenaan. *** Jika tesis Inl SULIT atau TERHAD, sila lamplrkan surat darlpada pihak berkuasa/organlsasl berkenaan dengan menyatakan sekall sebab dan tempoh tesis inl perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. @Tesls dimaksudkan sebagal tesls bagl Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelldlkan atau disertasl bagl pengajian secara kerja kursus dan laporan Projek Sarjana Muda (LPSM). iii.

(3) PENGAKUAN. Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.. 2 Mei 2013. KENN DY BIN AUP PT 20107339C.

(4) PENGHARGAAN Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada yang saya hormati dan segani Dr. Abdul Said Ambotang selaku penyelia dalam kajian ini diatas segala nasi hat, bimbingan, tunjuk ajar, sokongan dan dorongan tanpa jemu sehingga kajian ini dapat disiapkan dan menepati syarat yang ditetapkan. Jasamu dan pengorbanan sentiasa dikenang.. Ucapan penghargaan dan terima kasih ini juga saya hadiahkan kepada semua. pensyarah. Pembangunan Sosial. UMS. terutamanya. pensyarah. Sekolah. Pendidikan. dan. yang banyak memberi i1mu pengetahuan. Penghargaan juga. diberikan kepada Pegawai Pendidikan Daerah Keningau, Pengetua. I. guru-guru dan. kaunselor sekolah yang terlibat dalam menjayakan kajian ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala bantuan dan sokongan dirahmatl oleh Allah.. Ucapan Penghargaan dan terima kasih ini juga saya dedikasikan kepada isteri, anak-anak saya , ahll keluarga, saudara mara. dan rakan-rakan saya. yang. banyak berkorban dan memberi sumbangan dari segi material dan spiritual kepada saya dalam mengharungi. cabaran menunutut i1mu ini sehingga selesai. Semoga. hubungan yang murni dan erat ini kekal berpanjangan sehingga akhir hayat.. ii.

(5) ABSTRAK FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB BERLAKUNYA TINGKAH LAKU DEUNKUEN DALAM KALANGAN PELAlAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KENINGAU Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi penyebab berlakunya tingkah laku delinkuensi dalam kalangan pelajar di tiga buah sekolah menengah. luar bandar di daerah Keningau.. Sampel bertujuan. digunakan untuk. mendapatkan maklumat, iaitu seramai 130 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua yang pernah melakukan tingkah laku yang dikategorikan sebagal delinkuen dan direkodkan dalam buku rekod salah laku pelajar oleh unit Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang telah diubahsuai daripada penyelidik-penyelidik lepas seperti Ariffin (1998), Che Halimah bte Ahmad (2003) dan Sharifah Raudzah (2008). Instrumen soal selidik yang diubahsuai telah mendapat pengesahan daripada tiga orang pensyarah UMS. Instrumen soal selidik ini digunakan untuk membuat kajian rintis bagi menguji kebolehpercayaan dan analisis kesahihan Kajian ini dianalisis menggunakan Perisian. Statistical Packages For the Social Science (SPSS) For Windows (Version 16.0) berbentuk statistik deskriptif iaitu peratusan, kekerapan, sisihan piawal dan min serta statistik inferensi iaitu Ujian -t dua hujung, analisis varians (AN OVA) sehala menguji perbezaan faktor demografi dengan tingkah laku delinkuen untuk menguji hubungan antara pemboleh ubah. dan korelasi pearson. bebas dengan pemboleh ubah. bersandar. Hasl kajian mendapati faktor rakan sebaya (aras signifikan 0.00). dan. faktor keluarga (aras signifikan 0.010) mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku delinkuen, manakala analisis demografi pula mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tingkah laku delinkuen mengikut jantina dan keturunan. Beberapa cadangan dan penambahbaikan juga dl kemukakan untuk kajian berkaitan dengan tajuk inl pad a masa akan datang.. iv. ® UMS ......,:. .. UNIVERSITI MALAYSIA SA8AH.

(6) ABSTRACT The purpose of this research is to identify the factors that caused the delinquency among students in three rural secondary schools in the district of Keningau. Samples used are intended to gather information, in which a totol of 130 respondents token among form two students who perform behaviours that are categorised as delinquent and recorded in the Students' Misconduct Record Book by the unit of Student Affairs in particular school. Questionnaires are being used in this study and were modified from the previous researchers, such as Ariffin (1998), Che Halimah bte Ahmad (2003) and Sharifah Raudzah (2008). 711e modified instruments were verified by three lecturers in UMS, The survey instrument are used to make a pilot study to test on the reliability / validity analysis. The study was analyzed by using "Statistical Software Packages For the Social Sciences (SPSS) for Windows (Version 16.0)~ in the form of descriptive statistics of percentoge, frequency, mean and standard deviation and inferential statistical t-test two-toiled, one way analysis of variance (ANOVA). to test on. the dissimilarity in demographic factors and delinquency and Pearson correlation to test the relationship between independent variables with the dependent variables. The study found that peer group (significance level 0.00) and family factors (significance level 0.010) was significantly related to delinquent behaviour, meanwhile demographic analysis also found that there is no significant differences in delinquent behaviour following gender and heredity. Some suggestions and improvements also have been provided for related topic for future studies.. v. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(7) lSI KANDUNGAN. BAB. PERKARA. MUKASURAT ..... TAJUK PENGAKUAN CALON. BABl. PENGESAHAN. iii. PENGHARGAAN. iv. ABSTRAK. V. ABSTRACT. vi. lSI KANDUNGAN. vii. SENARAI JADUAL. xii. SENARAI RAJAH. xiv. SENARAI SINGKATAN. xv. SENARAI LAMPlRAN. xvi. PENDAHULUAN. 1.1. Pengenalan. 1. 1.2. Latar Belakang Kajian. 2. 1.3. Pernyataan Masalah. 6. 1.4. Tujuan Kajian. 10. 1.5. Objektif Kajian. 11. 1.6. Soalan Kajian. 12. 1.7. Hipotesis Kajian. 13. 1.8. Kepentingan Kajian. 14. 1.9. Skop Kajian. 16. vii.

(8) BAB 2. 1.10. Batasan Kajian. 16. 1.11. Definisi Istilah dan Operasional. 17. 1.12. Kerangka Konseptual Kajian. 23. TINlAUAN UTERATUR 2.1. Pengenalan. 25. 2.2. Teori dan Konsep lingkah laku Delinkuen. 25. 2.3. Teari Luaran dan Perbuatan Devian Emile Durkheim. 27. 2.4. Teari Naluri Keagresifan Sigmund Freud dan Teari Kekecewaan-Keagresifan. 31. 2.5. Teari Pembelajaran Sosial. 34. 2.6. Kajian Lepas Berkaitan dengan Tingkah laku Delinkuen. 34. 2.6.1 2.6.2. 2.6.3. 2.6.4. 2.6.5. 2.6.6. 2.7. Kajian Lepas Berkaitan dengan Faktor Penyumbang Kepada lingkah laku Delinkuen.. 36. Kajian Lepas Berkaitan dengan Faktor Demografi (Jantina, Saiz Keluarga, Pendapatan Keluarga dan Tahap Pendidikan Ibubapa).. 37. Kajian Lepas Berkaitan dengan Faktor Diri Pelajar dan Hubungannya dengan lingkah laku Delinkuen.. 38. Kajian Lepas Berkaitan dengan Faktor Keluarga dan Hubungannya dengan lingkah laku Delinkuen.. 39. Kajian Lepas Berkaitan dengan Faktor Rakan Sebaya dan Hubungannya dengan lingkah laku Delinkuen.. 41. Kajian Lepas Berkaitan dengan Faktor Guru dan Persekltaran Sekolah Hubungannya dengan Tingkah Laku Delinkuen.. 44. Kesimpulan. 47. viii. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(9) BAB3. METODOLOGI KAlIAN 3.1. Pengenalan. 48. 3.2. Reka Bentuk Kajian. 49. 3.3. Populasi dan Sampel Kajian. 52. 3.4. Tempat Kajian. 52. 3.5. Alat Kajian 3.5.1 Struktur Alat Kajian. 53. 3.6. Kajian Rintis. 56. 3.7. Pemboleh Ubah Kajian. 57. 3.8. Prosedur Pengumpulan Data. 57. 3.9. Prosedur Penganalisisan Data. 58. 3.9.1 Alpha Cronbach. 58. 3.9.2 Ujian. 3.10. BAB 4. -e. 59. 3.9.3 ANOVA. 59. 3.9.4 Korelasi Pearson. 59. Rumusan. 60. ANAUSIS DATA 4.1. Pengenalan. 61. 4.2. Profil Responden. 61. 4.2.1. Jantina. 62. 4.2.2. Umur. 62. 4.2.3. Keturunan. 63 ix. UMS. UNIVERSITI MAlAYSIA SABAH.

(10) 4.3. 4.2.4 Pekerjaan Ibu Bapa dan Penjaga. 64. 4.2.5 Pendapatan Ibu Bapa dan Penjaga. 65. 4.2.6 Bilangan Adik Beradik. 66. 4.2.7 Kekerapan Tingkah Laku Delinkuen. 67. Dapatan Kajian. 4.3.1 Perbezaan Tingkah laku Delinkuen Mengikut 69. Jantina.. 4.3.2 Perbezaan Tingkah laku Delinkuen Mengikut 71. Keturunan.. 4.3.3 Hubungan Faktor Diri Sendiri dengan Tingkah Laku Delinkuen.. 73. 4.3.4 Hubungan Faktor Keluarga dengan Tingkah Laku 75. Delinkuen.. 4.3.5 Hubungan Faktor Rakan Sebaya dengan Tingkah Laku Delinkuen.. 77. 4.3.6 Hubungan Faktor Guru dan Persekitaran Sekolah dengan Tingkah laku Delinkuen.. 4.4. BAB 5. Rumusan. 79 80. RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN. 5.1. Pengenalan. 82. 5.2. Ringkasan Kajian. 82. 5.3. Perbincangan dan Kesimpulan. 83. 5.3.1 Perbezaan Jantina. 83. 5.3.2 Perbezaan Keturunan. 84. x.

(11) 5.3.3. Hubungan Faktor Diri Sendiri. 85. 5.3.4. Hubungan Faktor Keluarga. 86. 5.3.5. Hubungan Faktor Rakan Sebaya. 87. 5.3.6. Hubungan Faktor Guru dan Persekitaran Sekolah. 88. 5.4. Implikasi Kajian. 89. 5.5. Cadangan Kajian lanjutan. 92. 5.6. Kesimpulan. 93. Bibliografi. 95. Lampiran. 103. xi.

(12) SENARAI JADUAl JADUAL. BIl. PERKARA. Jadual. 2.1 :. Klasifikasi Merton (1975) Typology ofAdaptations. 29. Jadual. 3.1 :. Menunjukkan Jumlah Pelajar yang Terlibat Sebagai Responden dan Lokasi Kajian. 53. Jadual. 3.2. Kod dan Kategori Persetujuan Borang Soal Selidik.. 55. Jadual. 3.3. Analisis Kebolehpercayaan dan Kesahihan Instrumen. 56. Jadual. 4.1. Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina.. 62. Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Umur.. 62. Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Keturunan.. 63. Jadual Jadual. 4.2 4.3. MUKASURAT. Jadual. 4.4. Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa atau Penjaga.. Jadual. 4.5 :. Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Pendapatan Ibu Bapa atau Penjaga.. Jadual. 4.6. Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Saiz Keluarga.. Jadual. 4.7. Taburan Kekerapan dan Peratusan Pengelibatan Responden dengan lingkah Laku Delinkuen.. 64. 65 66. 67. Jadual. 4.8. Analisis Ujian -t Dua Hujung, Perbezaan lingkah Laku Delinkuen Mengikut Jantina.. 69. Jadual. 4.9. Analisis ANOVA-Satu Hala, Perbezaan lingkah Laku Delinkuen Mengikut Keturunan.. 71. Jadual. 4.10:. Analisis Korelasi Pearson, Hubungan Faktor Diri Sendiri dengan Tingkah Laku Delinkuen.. 73. Jadual. 4.11:. Analisis Korelasi Pearson, Hubungan Faktor Keluarga dengan lingkah Laku Delinkuen.. 75 -. xii.

(13) Jadual. Jadual. 4.12 :. 4.13:. Analisis Korelasi Pearson, Hubungan Faktor Rakan Sebaya dengan lingkah Laku Delinkuen.. 77. Analisis Korelasi Pearson, Hubungan Faktor Guru dan Persekitaran Sekolah dengan lingkah Laku Delinkuen.. 79. xiii. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(14) SENARAI RAJAH RAJAH. Bll. Rajah. 1.1 : Kerangka Konseptual Kajian. Rajah. 2.1. Teori Naluri Keagresifan Sigmund Freud. 32. Rajah. 2.2. Teori Kekecewaan -Keagresifan. 33. Rajah. 2.3. Kerangka Teori Pembelajaran Sosial Tentang Keagresifan (Albert Bandura). 35. Rajah. 3.1. PERKARA. MUKASURAT. Proses Penyelidikan Unear dan Kitaran Penyelidikan.. xiv. 23. 51. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(15) SENARAI SINGKATAN SINGKATAN BIl. PERKARA. ANOVA. 1. Analisis Varian. HSD. 2. Honestly Significant Difference. FPK. 3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. GO. 4. Govemment Organisation. NGO. 5. Non Govemment Organisation. JERI. 6. Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek. KBSR. 7. Kurikulum Baru Sekolah Rendah. KBSM. 8. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. R&D. 9. Research and Development. xv.

(16) SENARAI LAMPlRAN LAMPIRAN BIL. PERKARA. lampiran. 1. Surat kebenaran khas menjalankan penyelidikan daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia.. Lampiran. 2. Surat Memohon Kebenaran Mengutip Data dan Menjalankan Kajian Daripada pegawai Pelajaran Daerah Keningau.. lampiran. 3. Set Soal Selidik. Lampiran. 4. Perakuan Pemeriksaan Usan. Lampiran. 5. Log Desertasi ( 1,2,3). lampiran. 6. Notis Pemeriksaan Desertasi ( Borang Notis Viva 1.2). xvi.

(17) BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1. Pengenalan. lingkah laku delinkuen pelajar semakin hangat diperkatakan masa kini. Setiap han dipaparkan berbagai cerita tentang pelbagai salah laku atau tingkah laku delinkuen dilakukan oleh pelajar. Malah isu ini juga mendapat Iiputan media massa. yang. meluas seolah-olah Isu masalah disiplin ini mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri (Cheang, 1995). Apabila ditinjau sebenamya isu masalah delinkuen ini bermula sejak zaman nenek moyang apabila manusia mengenal tatasusila namun cara dan perlakuan delinkuen remaja yang berbeza mengikut zaman. Menurut Mohd Asri (1997), keruntuhan nilai sosial dalam kalangan masyarakat di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Fenomena ini dikatakan mula menular dalam kehidupan masyarakat Malaysia pada awal tahun 1960an. Namun tahap peningkatan gejala keruntuhan nilai sosial ini semakin berleluasa pada akhir tahun 1980an, 1990an sehinggalah ke han ini. Keadaan ini amat membimbangkan kerana kebanyakan mereka yang terlibat dengan gejala ini adalah golongan pelajar yang merupakan aset penting atau modal insan yang mencorakkan negara pada masa akan datang.. Menurut Azizi. et al, (2005), membenkan tafsiran iaitu bagi remaja yang. melanggar norma masyarakat setempat ini dikenall sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian dan apabila golongan ini merujuk kepada mereka yang masih bersekolah atau remaja bawah umur, mereka dikenali sebagal delinkuen. Secara umumnya devian atau delinkuen adalah tingkah laku yang melanggar peraturan atau tingkah laku yang tidak dapat diterima oleh masyarakat.. 1.

(18) 1.2. Latar Belakang Kajian. lingkah laku delinkuen dalam kalangan pelajar kian membimbangkan. Pelbagal kes seperti murid melawan guru, pelajar menendang guru, pelajar merosakkan harta benda sekolah, ponteng sekolah, terlibat dengan pergaduhan dan pelbagai lagi tingkah laku delinkuen sering menghiasi dada akhbar. Omardin (1998) menyatakan dalam kajiannya bahawa pelbagai forum dan seminar diadakan untuk meningkatkan taraf disiplin pelajar dan sering mendapat liputan dl halaman hadapan dada akhbar dan lidah pengarang akhbar-akhbar tempatan • Menurut sumber daripada (Berita Harian 28 April 2010), menyatakan ketika ini pelbagai masalah sosial membabitkan remaja dan perkara ini mencengkam masyarakat kita. Kes pembuangan bayi, merokok, merempit, menagih dadah, seks bebas, vandalisme, lari dari rumah dan macam-macam lagi salah laku jenayah, cukup merisaukan semua pihak. Temyata ibu bapa dilihat semakin hilang kawalan terhadap anak yang semakin liar. Mereka juga menghadapi masalah mendidik dan membentuk anak menjadi manusia berguna mengikut acuan dikehendaki.. Apa lagi yang tidak cukup di sekolah sehinggakan pelajar bertindak sesuka hati? Dalam seal pendidikan formal, pelbagai subjek memandu pelajar ke arah nitainitai positif dalam menempuh kehidupan seharian. Menurut Zarin (1990), Rahimah, (1998) dan Vishalache (2009) , Pendidikan moral atau pengajaran nilai-nitai mumi harus diintegerasikan dalam setiap mata pelajaran contohnya mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral dan komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta pendidikan Sivik dan Kenegaraan telah menampilkan nitai-nilai yang menjadi teras dalam kehidupan seharian seperti beradab sopan, menghormati orang lain, menghormati negara dan undang-undang, malah menanam sikap bekerjasama, mementingkan kebersihan dan sebagainya.. 2.

(19) Oi sekolah juga sudah disediakan aktiviti kokurikulum yang terbahagl kepada beberapa. bahagian. seperti. kelab, sukan dan pakaian seragam. Aktiviti ini jika. disertai pelajar dengan komitmen tinggi akan kepelbagaian. nilai. positif. seperti. tabah,. berdikari. Menurut Mohd. Sofian Omar Fauzee. menjinakkan mereka dengan. berani,. et al, (2002). bertanggungjawab. dan. kokurikulum merupakan. suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nila-nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah. Oalam hal ini Pelajar yang mempunyai kesedaran pentingnya mengikuti sebahagian daripada program di sekolah setidak-tidaknya akan dapat menghindarkan diri mereka daripada sebarang unsur tidak sihat. Kemungkinan mereka terjebak dengan kancah tidak sihat adalah bertolak daripada tiada pengisian dalam jiwa dan kegiatan harian mereka. Mereka yang tidak berminat dengan pelajaran dan aktiviti kokurikulum di sekolah memudahkan mereka terjebak dengan rakan-rakan tidak baik di luar sekolah. Oi sekolah pun, jika ada sekumpulan pelajar yang tidak berminat dengan pelajaran, mereka akan membentuk satu kumpulan yang mantap, berani dan mudah melakukan sebarang kegiatan tidak sihat. Oalam hal ini juga Kegiatan kokurikulum dapat mengisi kekosongan dan mengukuhkan interaksi antara pelajar dan sekaligus memupuk integrasl antara kaum di samping memupuk sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang boleh membentuk pelajar supaya menjadi warganegara yang berguna (Wee Eng Hoe, 1996). Menurut kajian oleh Mohd Lutfi (1997), aktiviti kokurikulum memberi kesan yang positif terhadap keperibadian pelajar. Dalam hallni pelajar yang terlibat dengan kegiatan kokurikulum dapat mengelakkan dirl daripada terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat atau tingkah laku delinkuen. lidak cukup dengan itu, sekolah juga mempunyai badan disiplin yang bertindak mengawal tingkah laku pelajar serta menekankan aspek yang perlu dijauhi oleh pelajar sebagai pelengkap sahsiah. Dalam. 3.

(20) surat pekeliling ikthisas (KP/BS/HEP)8543/053 Jld.2, 2006) bertajuk" Pemantapan Pengurusan Disiplin Murid dl Sekolah, II ada menyatakan bahawa peranan guru disiplin perlu bersifat holistik dalam menangani masalah pelajar, unsur-unsur bersifat provokasi hendaklah dielakkan.. Guru perlu sentiasa mengingatkan pelajar. kesan. negatif pelanggaran disiplin atau akibat buruk yang bakal diterima jika kesalahan dilakukan di luar sekolah supaya pelajar dapat menjaga imej mereka sebagai pelajar dan nama baik sekolah. Walau bagaimanapun gejala delinkuen ini masih lagi berleluasa dan dan kian membimbangkan semua pihak terutamanya ibubapa dan guru-guru yang dikatakan sentiasa mendampingi dan orang yang bertanggungjawab membimblng dan mendldik pelajar. Menurut fakta, sumber daripada Akhbar Berita Harian 27 jun 2009, menyatakan terdapat 5.4 juta pelajar di seluruh negara. Indeks pembabitan pelajar dalam jenayah 0.03 peratus berbanding jumlah keseluruhan jumlah tersebut. Usia pelajar terlibat dengan masalah salah laku disiplin ialah dalam lingkungan umur 13 hingga 18 tahun. Dalam statistik polis yang juga dimuatkan dalam kenyataan akhbar tersebut mengatakan bahawa pada tahun 2007 seramai membabitkan remaja. 1,837 kes jenayah yang. dan 3,383 pelajar ditahan dan pada tahun. 2008. kadar. jenayah remaja meningkat kepada 2,218 kes dan 3,725 pelajar ditahan. Situasi ini menunjukkan bahawa kadar jenayah dalam kalangan remaja semakin meningkat dari setahun ke setahun dan merunsingkan semua pihak terutamanya ibubapa.. Menurut statistik yang dikeluarkan. oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. kes salah laku pelajar di semua sekolah di seluruh negara pada 2010 ialah 111,484 dan 72,657 daripadanya melibatkan pelajar sekolah menengah dan selebihnya 38,927 murid sekolah rendah. Daripada jumlah itu, 19,545 kes ponteng sekolah dicatatkan sepanjang tempoh berkenaan yang mana pada ketika itu tiada aktiviti pembelajaran. Menurut statistik itu juga, tiga peratus daripada lima juta pelajar sama ada dari sekolah menengah mahupun rendah di seluruh negara terbabit dengan masalah disiplin pada 2010, ( Berita Harian 28 Disember 2010). Ada yang berpendapat angka. 4. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(21) ini tidak begitu tinggi kerana 97 peratus daripadanya tidak terlibat langsung dengan sebarang. salah. laku. sepanjang. sesi. persekolahan. tahun. tersebut.. Walau. bagaimanapun masalah ini tidak boleh dianggap ringan kita perlu meneari intervensi untuk mengurangi dan mengatasi masalah tersebut agar ianya tidak menular dan sebilangan keeil tadi akan menjadi virus, mempengaruhi remaja yang lain bertingkah laku delinkuen. Baru-baru Ini juga kita dikejutkan dengan berita pelajar tingkatan lima membelasah guru disiplin yang disiarkan oleh Berita Harian 14 september 2012. Kejadian ini sangat menakutkan kita semua, manakah nilal-nilai mumi, sopan santun dan ajaran rohani yang kita terapkan dalam diri pelajar selama lebih 11 tahun pelajar berada di sekolah sehinggakan pelajar hilang harga diri dan hormat kepada guru yang pada masa dahulu sangat dihormati, adakah kita mungkin perlu menggunakan pendekatan. zaman. nenek. moyang. yang. dikatakan. sangat. berkesan. iaitu. menggunakan rotan menghukum pelajar yang melakukan kesalahan, kenyataan ini di sokong oleh pendapat Larzelere (2003), menyatakan dalam keadaan-keadaan tertentu, menggunakan hukuman berat seperti memukul atau merotan membuatkan anak itu lebih berdisiplin, berbanding anak-anak yang tidak dikenakan hukuman dan hanya menggunakan nasihat, amaran ataupun didenda. Jika hukuman berat ini dan tidak memalukan anak-anak itu, maka. hukuman ltu lalah yang paling baik bagi. mendisiplinkan anak-anak. Dalam hal yang demikian kita sebagai guru, ibubapa dan mungkin memainkan peranan kedua-duanya perlu menearl kaedah yang terbaik dan lebih efektif bagaimana menangani masalah delinkuensl dan eara membimbing anak kita daripada terlibat dengan gejala ini. Kenyataan ini juga turut diakui oleh. Kementerian. Pendidikan yang. menyifatkan salah laku disiplin dalam kalangan pelajar kian meruneing dengan sekian ramai pelajar menghadapi masalah ernosi, personaliti dan keluarga. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh bahagian statistik Bukit Aman penjenayah seawal tujuh tahun telah rnenunjukkan penurunan kepada 1847 pada tahun inl berbanding angka yang besar pada tahun 2009. Disamping itu dengan berita terbaru daripada sekolah harapan di Melaka yang telah ditubuhkan pad a September tahun lalu berjaya. 5. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(22) melahirkan 83 bayi. Hal ini menunjukkan gejala sosial semakin runcing dan perlu diatasi segera. (Berita Harian Online 2 September 2012). Persoalannya, siapakah yang harus dipersalahkan? dan. Adakah sistem. pendidikan di negara kita masih belum mampu mencari formula bagi menangani gejala ini? Atau adakah sistem pendidikan negara kita masih belum berkesan untuk membentuk keperibadian dan moral pelajar-pelajar?. Atau adakah sekolah tidak. berperanan untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai mumi kepada pelajar-pelajar? Atau adakah ibu bapa sendiri tidak memainkan tanggungjawab yang sewajamya dalam mendidik anak-anak.. 1.3. Pemyataan Masalah. Kalau dirujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diumumkan pada tahun 1988, kita dapat merumuskan bahawa kerajaan berhasrat untuk melihat pendidikan di Malaysia 'sebagai medium untuk memperkembangkan lagi patensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek serta sosial (JERlS). Begitu juga dengan KBSM, prinsip-prinsip yang digubal jelas menampak -kan usaha ke arah kesepaduan i1mu berasaskan konsep JERIS dan penekanan nilainilai mumi. Laparan Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama menunjukkan, selain nilai-nilai mumi dalam kurikulum KBSM, pelajar juga diajar secara tidak langsung berkenaan kurikulum tersembunyi (hidden curriculum). ( Syed Nazri, New straits times 12 Mei 2005:19). Namun persoalannya, kenapa timbul juga isu keruntuhan moral dan tingkah laku disiplin di kalangan pelajar? Sebenamya perkara ini tidaklah menghairankan kita sebab seberapa ramai manusia boleh menulis ribuan falsafah dan prinsip-prinsipnya, namun seta kat manakah pelaksanaannya dapat direalisasikan secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.. 6.

(23) Berdasarkan tinjauan Iiteratur penyelidik telah mengenal pasti pelbagai faktor yang menjadi penyebab kepada berlakunya tingkah laku delinkuen dalam kalangan pelajar sekolah menengah antaranya ialah faktor : Diri sendiri pelajar yang menjadi penyumbang kepada pembentukan personaliti mereka dan mempengaruhi tingkah laku delinkuen. Pelajar yang tidak ada kemahiran mengurus diri yang baik sering terdedah kepada berlakunya tingkah laku delinkuen. Menurut Mohd. Ismail (2006) kemahiran mengurus diri adalah salah satu daripada kemahiran yang perlu dikuasai oleh remaja. Tanpa ada kemahiran mengurus diri, remaja gagal menonjolkan dan menyerlahkan kekuatan dan sifat positif yang ada dalam dirinya. Ada kalangan pelajar yang masih lemah dalam pengurusan diri, keadaan ini berlaku terutamanya kepada pelajar-pelajar yang kurang. bermotivasi. dan tidak berminat untuk belajar dan datang ke sekolah hanyalah sekadar memenuhi tuntutan ibubapa. Tambahan pula pelajar yang tidak menguasai 3M dan gaga I dalam peperiksaan PMR tetapi diberi peluang dalam bidang akademik ke tahap SPM juga menjadi punca berlakunya tingkah laku delinkuen dalam kalangan pelajar. Manakala dari sudut psikologi faktor diri sendiri. pula, Arieff dan Wardah. (2006) menjelaskan perlakuan remaja digambarkan sebagai perlakuan emosi. Perasaan kadang kala lebih berpengaruh daripada ftkiran. Arieff dan Wardah juga menjelaskan suka duka kehidupan akan membentuk kerangka perlakuan remaja itu sendiri. Perubahan daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa merupakan masa yang mengelirukan remaja kerana golongan remaja ini akan melalui peringkat perubahan diri yang kritikal dari segi mental dan ftzikal. Pelbagai fenomena ganjil menghujani mental dan ftzikal mereka dan golongan remaja yang menghadapi tekanan ini akan melakukan tindakan-tindakan di luar kawalan. Menurut Azizi dan Rosnah (2007), fenomena Ini mungkin berlaku disebabkan remaja yang terlibat ingin meluahkan perasaan tidak puas hati, ingin membalas dendam dan sebagainya.. 7. UMS. UNIVERSITI MAlAYSIA SABAH.

(24) Faktor keluarga merupakan antara. faktor penyebab berlakunya. tingkah. laku delinkuen. Pendapat penyelidik ini disokong oleh Zainal dan Sharani (2004) yang menjelaskan kesan daripada kaedah pengawalan autokratik akan menghasilkan gabungan antara pemberontakan dan pergantungan. Kajian Bronstein (1994) juga menunjukkan ibu bapa yang mesra dan menyokong akan memberi kesan terhadap tingkah laku positif di kalangan anak-anak, manakala jenis ibu bapa yang suka menghukum akan memberi kesan terhadap tingkah laku negatif dalam kalangan anak-anak. Dalam kebanyakan hal kedua-dua ibubapa bekerja dan kurang masa bersama anak-anak menyebabkan anak- anak kekurangan kasih sayang. Arleff dan Wardah (2006) yang menjelaskan ibu bapa yang sibuk dengan kerja boleh menyebabkan hubungan antara anak dengan ibu bapa renggang. Apabila anak-anak pulang dari sekolah, ibu bapa tiada di rumah. Oleh itu, remaja lebih suka menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebelum pulang ke rumah. Ruang masa bersama rakan-rakan yang terlalu panjang dan tanpa pemantauan darl ibubapa boleh membuka ruang kepada anak-anak tersebut terjerumus kepada tingkah laku delinkuen. Kesibukan mereka sehingga tiada masa mengambil berat tentang pelajaran anak-anak. Kajian Azizah Lebai Nordin (2002) menunjukkan bahawa remaja yang mempunyai hubungan erat dengan keluarga kurang menghadapl masalah disiplin. Dalam hal yang demikian salah satu kaedah atau cara menghalang pelajar terlibat dengan tingkah laku delinkuen lalah ibubapa perlu mendampingl anak-anak sekerap yang mungkin dan menjadikan anak sebagai kawan.. Rakan sebaya juga boleh menjadi penyumbang kepada berlakunya tingkah laku delinkuen. Menurut Melgosa (2003) Rakan sebaya ialah dimana pelajar belajar tentang bagaimana membandingkan diri mereka tentang fizikal yang mereka miliki, pemikiran, emosi dan rakan sebaya sebagai titik rujukan yang menjawab persoalan siapa diri pelajar • Rakan sebaya juga tempat dimana pelajar berkongsi emosi belajar tentang nilai-nilai moral dan bagaimana menghormati nilal-nilai masyarakat. Dalam hal yang demikian sekiranya pelajar silap memilih rakan yang bertingkah laku. 8.

(25) BIBLIOGRAFI. Abdullah Sief Abdullah. 2001. \\The Major Disciplinary Problem Secondary School. Students"'. laporan Teknikal.Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Abdul Rahman Embong. 2007. Social Sdence & Malaysian National Development Kuala Lumpur: Persatuan Salns Sosial Malaysia. Aminudin Abd Wahid. 1993. Peranan Pendidikan Dalam Membentuk Ahll Masyarakat. Positif, Patuh, Penyayang, bertanggungjawab. Seminar Persidangan pada. 11-13. Jun 2002. him 33-49. Arifin bin Hasan.1998. Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Berlakunya Masa/ah Disiplin Di Seko/ah Menengah. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.. (Tidak diterbitkan) Arieff. Salleh Rosman (:tan Wardah Mokhtar. 2006. Membentuk Jati Din Remaja. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.. Azaman Ahmad. 2003. Hubungan Keluarga Dengan Konsep Kendiri Dan Risiko Kepada Penagihan Semula Dadah Dalam Kalangan Penagih Dadah Remaja. Tesis Sa~ana Sa ins.. Universiti Kebangsaan Malaysia.(Tidak. diterbitkan) Azizah Lebai Nordin. 2002. Masalah Disiplin di Kalangan Remaja Tingkatan Empat di. Kuala Lumpur. Tesis PhD, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Aziz Abu Bakar. 1997. Pengaruh Salahlaku Ke atas PelajarTingkatan Empat Daerah. ran, Kedah. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia. (TIdak diterbitkan).. 95.

(26) Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad dan Sharifudin Ismail. 2005.. Punca Dan Rawatan Kecelan;an Tingkah Laku. Kuala lumpur: BS Print(M) Sdn.Bhd. Azizi Yahaya, Halimah Ma'alip, Amir Hamzah Abdul dan Sharifudin Ismail. 2002.. Hubungan Diantara Konsep Kendiri Dengan Kemahiran Komunikasi Terhadap Pencapaian Akademik Di Seko/ah Menengah di Johor Bahan;. Jumal Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahaya, Jaafar Sidek, Shahrin Hashim dan Yusof Boon. 2006. Psikologi Sosial. Alam Remaja. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn.Bhd. Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Abdul Latif Ahmad & Zurhana Muhammad. 2007. Buli : Skudai : Penerbit Universiti T eknologi Malaysia. Azizi Yahaya. 2006. Psikologi Kognitif. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahaya dan Rosnah. Buang.. 2007.. Punca Berlakunya Masalah Gejala. Gengsterisme OJ Kalangan Remaja OJ Beberapa Buah Sekolah Menengah OJ Empat Buah Negeri. Universiti Teknologl Malaysia: fakulti Pendidikan. Badrulzaman bin Baharom. 2006. Persekitaran Keluarga dan Kesannya Terhadap. Tingkah. Laku. Devian. Remaja. di Daerah. Pontian. Johor.. Tesis. Sarjana.Universiti Teknologi Malaysia.{Tidak diterbitkan) Barnet.M.2004.. A Qualitative Analysis of Family Support and Interaction Among. African American Col/ege Student at an Ivy League University. Journal of Negro Education. Washington DC: Howard,1-6. Berita Harian. 2009. Faktor Salah Laku Pelajar. 27 jun 2009 Berita Harlan. 2010. Salah Laku Pelajar. 28 April 2010.. 96.

(27) Berita Harian. 2010. Salah Laku Pelajar Masih Terkawal 28 Oktober 2010. Berita Harian Online. 2012. Gejala Sosial Semakin Runcing. 2 september 2012 Berita Harian 2012. Pelajar Membelasah Guru Disiplin. 14 september 2012 Bhasah Abu Bakar.2007. Kaedah Ana/isis Data Penyelidikan IImiah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distrubutor Sdn.Bhd. Bhasah Hj. Abu Bakar dan Akma Hj. Abd Hamid. 1998. Peranan Nilal Dengan. Perlakuan Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bronstein, P. 1994. Patterns of Parent-Child Interaction in Mexican Families: A Cross. Cultural Perspective. Behavioral Development. 17(3).423-469. Cheak S.K.2003. Hubungan Gaya asuhan /bubapa Dengan Motivasi Pencapaian Remaja. Ponteng. Seko/ah.. Tesis. Sa~ana. Sa ins.. Universiti. Putra. Malaysia. (Tidak diterbitkan) Cheang.L.K.1995. Pengurusan Disiplin dan Tingkah Laku Pe/ajar. Di Seko/ah. Menengah : Pembentukan Dasar Tingka Laku Pe/ajar. Jurnal Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia. Jld 39.jun. Ms 1-9. Che Halimah. 2003. Geja/a Salah Laku Pelajar Tingkatan Empat di Daerah Kota Setar dan Hubungkaitnya dengan Faktor Persekitaran Da/aman Seko/ah. Projek Sa~ana.Universiti. Utara Malaysia. (Tidak diterbitkan). Chua Van Piaw.2006. Kaedah Penyelidikan 1. Kuala Lumpur: McGraw-Hull (Malaysia Sdn.Bhd). Durkheim.1961. E.Moral Education. NewYork : Free Press. Dalam. Mohd.Rashid. Mohd.Saad. 2006. Mengapa Rotan Tidak 8erkesan. Kuala Lumpur: PTS PROFESSIONAL.. 97.

(28) Ee.Ah Meng. 2002. Psikolog; Pendidikan : Psikologi Perkembangan. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn Bhd. Hammer dan Copeland.l994. Genetic Models of Homosexuality: generating testable predictions. Biological Sciences, vol. 273 no. 16053031-3038.. Hasan Baharom. 2003. Kajian Jenayah Juvana di Pantai Timur Laporan Teknikal Shah Alam : Unlversitl Teknologi MARA. Malaysia. Hazil Abet Hamid .1990. Sosiologi Pendidikan Dalam Perspektif Negara. Kuala lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Huzaidi bin Husain. 2001. Faktor Dalaman Sekolah Menjadi Faktor Utama Masalah Salah Laku Pelajar. 01 Sekolah-Sekolah Menengah. Projek Sarjana.. Universiti Utara Malaysia. ( lidak diterbitkan ) Ibrahim Saad .1997. Ponteng Sekolah : Ponteng Sekolah Tanggungjawab Semua. Pihak. Isu Pendidikan 01 Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Julian Melgosa. 2003. To Adolescents and Parents. Madrid. (Spain): Editorial. Safe liz S.L John W.Creswell. 2003. Research Design Qualitative, Quantitative and Mix Methods Approaches (Second Edition ). United Kingdom : Sage Publications Ltd.. Kamus Dewan. 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. K.Shoba AlP C.Karuppaya. 2007. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Da/am Ka/angan Pe/ajar Sekolah Menengah di Johor.Tesis. Sarjana.Universiti Teknologi Malaysia. (Tidak diterbitkan).. 98. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(29) Khairil bin Mahali. 2006. Punca Masalah Disiplin Pelajar dan Langkah-Langkah. Mengafasinya-Satu Tinjauan di 3 Buah Sekolah Daerah Kula;' Johor.Tesis Sa~ana.. Universiti Teknologi Malaysia. (Tidak diterbitkan ). Larzelere. 2003. R.E.A MetiJ-Analysis Comparing the Effect Sizes and Correlates of. Corporal Punishment With Altemative Disciplinary Tactics. Tampa, Florida : Society for Research in Child Development. Lay Yoon Fah. 2008. Pengenalan Kepada Analisis Statistik Dalam Penyelidikan Sains. Sosial. Selangor:Venton Publishing (M) Sdn.Bhd. Lutfi Mustafa EI-Batani. 1997.. Pandangan Barat terhadap Islam.. Kuala Lumpur. :Darul Nu'man. Mashira binti Yahaya.2007. Implikasi Kajian Faktor Salah Laku Pelajar di Negeri. Perlis. Jurnal Pendidikan. IPG Kampus Perlis. Masrohan Kyai Choteb AI-Hafiz. 1995. Pembentukan Generasi Cemerfang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Melati Sumari, Gerard Joseph Louis dan Megan Ng Swee Sim. 2009. Family Interaction Paterns: Relation to career Maturity Of College Students. The International Journal Of Research and Review,2 page 1-15. Mohamad Asri. 1997. Masalah Disiplin di Kalangan Pelajar Sekolah. Artikel Mohd Shubari B.L.Mat. 2000. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Salah Laku Pelajar. -Pelajar Menengah Atas di Daerah Manjung. Tesis Sa~ana. Universiti Utara Malaysia. ( Tidak diterbitkan ) Mohd. Ismail Mustari. 2006. Menjadi Belia Cemerfang.. Pulau Pinang :PTS. PROFESSIONAL.. 99. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(30) Mohamad Majid. 1994. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahmood Nazar Mohamed. 1990. Pengantar Psik%gi. Kuala Lumpur. Dewan. Bahasa Dan Pustaka. Mohamad Reduan Asli. 1991. Jenayah dika/angan. Remaja.Majalah.. Mastika. Disember 1999: 15-16. Mohd Rashid Mohd Saad.2006. Mengapa Rotan TIdak Berkesan? Kuala Lumpur: PTS PROFESSIONAL. Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof, BorhanYusof. 2002.. Kokurikulum,. Peranan dan Implikasi. Kuala Lumpur: Sanon Printing. Mok Soon Sang. 2009. Literaturdan Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Penerbitan. •,. III. Multimedia Sdn. Bhd.. ••. Noran Fauziah Yaakob, Fatimah Haron dan Ahmad Jazimin Jusoh.2009.Pencegahan. , I. Buli Di Sekolah : Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd.. I I. Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. 2009. Murid. dan Alam Be/ajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Omardin Ashaari. 1998. Peranan Tugas Tanggungjawab Guru Di Seko/ah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.. Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar. 2010. Kementerian Luar Bandar dan Wilayah Putrajaya, Malaysia. 6 - 7. Rahimah H A. 1998. "Educational Development and Reformation in Malaysia: Past, n. Present and Future • Joumal of Educational Administration. Vol. 36 ,No. 5 pp 462-475.. 100. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(31) Ranjit Kumar. 1999. Research methodology: A step-by-step guide to beginners.Kuala lumpur: Sage Publications. Rohany Nasir dan Fatimah Omar. 2006. Kesejahteraan Manusia : Prespektif Piskologi. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Ruhaiza Rusmin. 2007. Kokurikulum Bendung Gejala Sosial Kuala Lumpur : New Strait lime Press (M) Bhd.. Ruhaya Hashim dan Ruhani Mat Min. 2010. Pelajar Melanggar Disiplin Sekolah: Kaitan Interaksi Keluarga Terhadap Konsep Kendiri.. Jumal Kemanusiaan. Bil.18.Universiti Teknologi Malaysia. Rokiah Ismail. 2000. Salah Laku Dalam kalangan pelajar sekolah menengah : Pengalaman Bersama Keluarga, Rakan sebaya dan sekolah. Bangi. Unlversiti Kebangsaan Malaysia. Sampson. RJ and Laub J.H . 1990. Crime and Deviance Over the life Course the Salience of Adult Social Bond American Sosiological Review. 55(10) :609-. 627 Sharifah Raudzah Binti Syed Junid. 2007. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pe/ajar dan Hubungannya dengan Personaliti Pelajar. Tesis Sarjana.Universiti. Teknologi Malaysia. (Tidak diterbitkan) Sulaiman Masri. 2003. Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (Esei,Proposol Tesis). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.. Surat Pekeliling Ikthisas (KP(BS/HEP)8543/053 Jld.2, 2006). Pemantapan Pengurusan Disiplin Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia. Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon. 2012. Budaya dan Pembelajaran. Perak : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.. 101.

(32) Syed Nazri. 2005. Kurikulum Tersembunyi (hidden curriculum). New Straits limes 12 Mei :19 Sarafino,E. P. 1996. Principles of Behavior Change.. United State of America: John. Wiley and Son Inc. Tajul Ariffin Noordin. 1990. Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka. T.Marimuthu. 1996. Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn Bhd. Vishalache, B. 2010. "The Development of Moral Education In MalaysiaW. Asia. Pacific Joumal of Educators and Education. Vol. 25,89 - 101. Wee Eng Hoe. 1996. Gerak Ketja Kokurikulum: Sukan. Shah Alam : Fajar Bakti. Yek lang Yeing. 2011. Peroezaan Antara Pelajar Berpencapaian 7inggl dan Rendah. Dalam Masalah Disiplin, Konsep Kendirl dan Pengaruh Rakan Sebaya. Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.. (tidak diterbitkan). Zainal Madon dan Mohd. Sharani Ahmad. 2004. Panduan Mengurus Remaja Moden. Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.. Zarin Ismail. 1990. Masalah Pengajaran Pendidikan Moral KBSM 7ingkatan 1 : Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.. 102. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(33)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil tersebut dapat disimpulkan bahwa terjadi penurunan rata-rata intensitas nyeri dismenorea sesudah pemberian rebusan kunyit asam (postest) pada

3 Karena potensi terjadi latensi, diagnosis harus dipertimbangkan pada setiap pasien yang pernah mengunjungi daerah endemik yang datang dengan septikemia atau abses, terutama

Matkailu- tulojen ja kaupungin muiden yrittäjien roolin korostuneisuus kirjoittelussa kertoi kuitenkin siitä, että matkailun kerrannaisvaikutukset olivat

Puji syukur penulis ucapkan kehadirat Allah SWT, atas limpahan rahmat dan hidayah-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan Tugas Akhir dengan judul “Analisis

Penelitian Tindakan Kelas dilaksanakan pada kelas X IPS 1 SMA Negeri 8 Pekanbaru tahun pelajaran 2016/2017 pada mata ekonomi materi jurnal penyesuaian dan kertas

Kajian berbentuk kualitatif ini merupakan kajian tindakan yang bertujuan untuk melihat sejauh mana aktiviti terapi menggunakan doh dapat membantu dalam penguasaan

Dapatan kajian penentuan matlamat ibu bapa dibuat berdasarkan tema yang telah dikenalpasti. Dapatan kajian bagi aspek penentuan matlamat pendidikan dalam kalangan ibu bapa