• Tidak ada hasil yang ditemukan

POTENSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN UMAT ISL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "POTENSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN UMAT ISL"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

POTENSI ZAKAT DALAM PEMBANGUNAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA

Khairul Azhar bin Meerangani

Abstrak

Zakat merupakan salah satu daripada sumber ekonomi utama bagi negara Islam. Pengurusan zakat secara efisien dan sistematik mampu melonjakkan potensi zakat sebagai instrumen pembangunan umat Islam. Pemanfaatan dana zakat secara optimum sememangnya penting bagi meningkatkan kualiti dan potensi setiap umat Islam. Di Malaysia, pentadbiran dan pengurusan zakat dikelola oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri. Pihak MAIN bertanggungjawab dalam menentukan kelayakan penerima serta bentuk bantuan yang bersesuaian dengan latar belakang setiap penerima agar bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Kajian ini bertujuan meneliti potensi zakat dalam membangunkan kualiti umat Islam di Malaysia dengan menyoroti amalan setiap MAIN dalam mengagihkan bantuan kepada setiap penerima zakat yang berkelayakan. Statistik agihan serta bentuk program yang disediakan oleh pihak MAIN dianalisis secara deskriptif bagi melihat potensi zakat itu sendiri secara praktikaldalam meningkatkan kualiti umat Islam. Kajian mendapati pihak MAIN telah menyediakan pelbagai program bertujuan meningkatkan kualiti asnaf menerusi pengagihan ekonomi secara seimbang, penyaluran kebajikan sosial, penghasilan modal insan serta peningkatan taraf pendidikan. Maka, setiap umat Islam khususnya para pembayar zakat perlu mengambil peluang untuk sama-sama terlibat dengan pihak MAIN dalam memastikan hasil dana zakat tersebut dapat dioptimumkan bagi membangunkan umat Islam di Malaysia.

Kata Kunci: Potensi, Zakat, Pembangunan Ummah, Agihan, MAIN

Pengenalan

Pembinaan ummah yang berkualiti tinggi memerlukan kepada sumber dana dan instrumen kewangan kukuh bagi memastikan setiap matlamat yang direncanakan mampu dicapai. Zakat merupakan antara instrumen utama yang memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi umat Islam serta menjamin keadilan dan kestabilan sosial menerusi pengurangan jurang pendapatan dalam kalangan masyarakat (Patmawati, 2008). Menerusi kewajipan berzakat, Islam telah mewujudkan sifat prihatin dan bertanggungjawab dalam diri setiap Muslim supaya mereka mengambil peduli mengenai golongan yang memerlukan dalam masyarakat (al-Qardawi, 1991). Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT:

ُ

(2)

Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Zakat telah difardukan pada tahun kedua hijrah yang mana sebelum itu pemberian dan sumbangan yang dilakukan adalah secara sukarela sahaja (Ali Sarbiji, 1993). Islam telah mengangkat kedudukan golongan penerima zakat di mana bebanan tanggungjawab untuk membantu mereka telah diserahkan kepada golongan Muslim yang berkemampuan sebagai suatu bentuk kewajipan yang perlu dipatuhi sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat berikut :

ُ

نَأُُٓفَُِنيُذَّلٱَو

ُُُل ََ

مُ

ُ قَح

ُ

مَملعَّن

ُ

ُ

َ

لٱَوُُلُئٓاَّسلُ ل

ُُمومرحرُ

ُ

ُ

Surah Al-Ma'arij 70 : 24-25

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya,

menjadi hak yang termaklum. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).

Mustafa al-Siba’i (2012) menyatakan pemberian kepada orang yang berhak sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat tersebut adalah dalam keadaan mereka mendongakkan kepala iaitu menerimanya dengan bermaruah. Hal ini kerana pemberian tersebut merupakan hak yang telah ditetapkan ke atas mereka sebagaimana seorang pekerja yang menerima gaji atas pekerjaannya yang dilakukannya. Perkara ini telah menggambarkan keistimewaan zakat itu sendiri sebagai tunjang kepada struktur sistem ekonomi Islam dalam membangunkan sosio-ekonomi masyarakat secara komprehensif. Oleh itu, setiap individu yang berkemampuan seharusnya menghayati tuntutan rukun Islam ketiga ini dengan membabitkan diri dalam aktiviti pengeluaran dan pengagihan zakat (Ghazali, 2005). Jika tuntutan ini diabaikan, maka kelestarian dan keunggulan instrumen zakat dalam mewujudkan kesejahteraan ummah itu tidak akan dapat direalisasikan sepenuhnya. Menerusi sistem zakat, jurang sosioekonomi antara golongan kaya dan miskin dapat dirapatkan menerusi kesedaran yang wujud dalam diri golongan yang berkemampuan bahawa golongan yang memerlukan juga mempunyai hak dan bahagian tertentu dalam harta mereka (Mahmood, 2003).

(3)

NEGERI KUTIPAN AGIHAN

2014 2015 2014 2015

Johor 211,218,871.25 239,931,006.61 191,069,510.44 228,362,097.68 Kedah 128,400,303.04 133,954,548.76 110,840,195.47 144,955,284.85 Kelantan 133,321,295.88 161,908,949.42 151,230,993.87 196,744,773.04 Melaka 58,280,964.15 65,968,448.90 57,200,588.16 54,257,825.00 Negeri Sembilan 88,200,428.43 95,247,317.97 97,785,893.00 96,935,984.93 Pahang 109,325,106.94 118,082,517.70 109,052,421.09 113,421,941.00 Pulau Pinang 87,935,987.80 92,844,818.96 80,098,947.00 101,329,498.13 Perak 114,588,531.29 132,584,966.22 130,316,694.70 164,264,513.67 Perlis 162,327,654.00 158,633,000.00 104,453,705.00 123,570,316.00 Selangor 582,120,473.00 627,225,101.00 595,114,122.00 676,251,478.00 Terengganu 120,116,379.60 126,639,148.45 79,195,981.72 122,041,037.35 Sabah 52,829,145.28 61,795,695.17 64,959,240.44 72,904,222.68 Sarawak 67,319,511.00 68,573,996.00 40,506,983.00 44,984,662.00 Wilayah Persekutuan 540,795,062.34 565,830,672.18 419,225,908.00 608,724,857.00

JUMLAH 2,456,799,714.00 2,649,220,187.34 2,231,051,183.89 2,748,748,491.33

Jadual 1: Statistik Kutipan dan Agihan Zakat di Malaysia (Sumber: JAWHAR)

Berdasarkan statistik di atas, didapati jumlah kutipan zakat telah mengalami peningkatan sebanyak 7.83% dari tahun 2014 hingga 2015 seterusnya membolehkan agihan zakat juga mampu ditingkatkan sehingga 23.20% bagi tahun 2015 dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Peningkatan ini membuktikan bahawa zakat merupakan sumber utama umat Islam yang jika dimanfaatkan dengan baik, mampu memberikan anjakan dalam kualiti kehidupan umat Islam di Malaysia. Pihak MAIN sendiri telah melaksanakan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan dalam aspek perkhidmatan kepada masyarakat selaras dengan perkembangan semasa pada hari ini (Mujaini, 2005). Salah satu perkara yang diberi penekanan utama adalah berhubung pengagihan dana zakat kepada penerima yang berkelayakan (al-mustahik). Pelbagai program telah dirangka serta dilaksanakan dalam usaha memastikan dana zakat yang dikumpul berjaya diagihkan sebaik mungkin bagi meningkatkan kualiti dan taraf kehidupan setiap penerima bantuan seterusnya dapat membantu mereka keluar daripada kesulitan dan kesukaran hidup yang dihadapi. Maka dalam kajian ini, program dan bentuk agihan zakat yang dilaksanakan oleh setiap negeri akan dilihat bagi menilai potensinya dalam membangunkan umat Islam di Malaysia dalam aspek ekonomi, pendidikan dan sosial.

1) Pembangunan Ekonomi

(4)

jurang kekayaan yang terbentuk antara golongan kaya dan miskin. Dalam hal ini, zakat berperanan dalam mengawal perkembangan pendapatan setiap individu agar tunduk di bawah asas kecukupan diri semua manusia. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya penumpuan harta di kalangan golongan tertentu sahaja dalam masyarakat sebagaimana yang dinyatakan menerusi firman Allah yang berikut :

ُُهُلَمسَرُ ىَلَعُمَّللَّٱَُءٓاَفَأُٓاَّن

Terjemahan : Apa saja harta rampasan yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu.

Pencegahan ini sebenarnya mempunyai signifikan yang cukup penting dalam mengembalikan ekonomi Islam di tahap yang lebih kukuh dan lebih maju serta menghalang harta daripada terbatas dalam genggaman orang-orang kaya sahaja (Mahmood, 2001). Secara lazimnya, golongan miskin hanya mempunyai keupayaan membeli yang terhad disebabkan kekangan pendapatan yang rendah. Maka, mereka biasanya akan berhadapan dengan kesukaran untuk menampung dan melengkapkan keperluan hidup mereka (Noorbiah et.al, 2017). Pengurangan kuasa beli ini menyebabkan golongan ini terpaksa membuat pilihan dengan memastikan hanya barangan yang benar-benar berada di bawah kemampuan kewangan mereka sahaja yang dibeli. Secara tidak langsung, situasi ini telah membawa kepada peningkatan kecenderungan mengguna dalam kalangan golongan kaya. Namun begitu, golongan kaya pula dilihat lebih cenderung untuk menggunakan barangan mewah dan kurang memberi penumpuan kepada barangan keperluan asas. Hal ini menyebabkan wujudnya kelompangan dalam permintaan terhadap barangan keperluan asas sehingga membawa kepada penurunan penawaran produk tersebut oleh pihak pengeluar dan pengusaha (Noorbiah et.al, 2017). Maka, ketika inilah zakat memainkan peranan yang penting dalam menstabilkan semula ketidakseimbangan kitaran ekonomi yang sedang berlaku.

Pemindahan harta daripada golongan pembayar zakat kepada golongan asnaf ini mampu meningkatkan kuasa beli mereka terhadap barang-barang keperluan asas harian seterusnya membawa kepada peningkatan permintaan terhadap barangan dalam pasaran di mana penerima bantuan akan membelanjakan sebahagian besar daripada perolehan dana tersebut untuk kegunaan seharian mereka. Peningkatan kuasa beli dalam kalangan asnaf ini boleh merangsang pertumbuhan serta perkembangan ekonomi negara menerusi peningkatan aktiviti permintaan dan penawaran dalam pasaran (Patmawati, 2008). Maka, dapat dilihat bahawa aktiviti pengutipan dan pengagihan zakat ini bukan sahaja berperanan dalam mewujudkan agihan ekonomi yang seimbang malahan dapat menjana pendapatan negara ke aras yang lebih tinggi. Berdasarkan Laporan Ekonomi bagi tahun 2017/2018, dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 2017 ekonomi Malaysia telah mencatat pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 5.7 peratus. Pertumbuhan ini dirangsang oleh permintaan domestik yang kukuh serta dibantu dengan sektor luaran yang stabil dan teguh (Zarina et.al, 2012).

(5)

menyediakan platform baru untuk diterokai oleh pelbagai pihak dan secara tidak langsung kadar pengangguran dalam negara juga dapat dikurangkan (Hairunnizam et.al, 2004). Pengangguran menyebabkan penurunan produktiviti dalam negara di mana bilangan guna tenaga yang produktif berada pada tahap yang minimum sehingga membawa kepada peningkatan kadar kemiskinan yang berisiko mengakibatkan tercetusnya krisis sosial dalam kalangan masyarakat. Selain daripada berperanan sebagai pengguna dalam pasaran, golongan asnaf yang berpotensi juga turut digilap sebagai pengusaha dan pengeluar untuk terlibat secara aktif dalam pasaran semasa. Pihak MAIN menyediakan pelbagai pakej bantuan dalam bidang keusahawanan seperti suntikan modal kewangan dan alatan bagi memulakan sesuatu perniagaan. Selain itu, para peserta program juga dibimbing menerusi kursus kemahiran perniagaan serta pemantauan yang berterusan bagi memastikan mereka mempunyai daya saing yang tinggi seterusnya memiliki motivasi yang jitu untuk keluar daripada zon kemiskinan yang membelenggu mereka sejak sekian lama. Berikut merupakan antara program-program keusahawanan yang disediakan oleh pihak MAIN iaitu:

BENTUK BANTUAN CONTOH PROGRAM

1) Kursus dan Latihan Kemahiran

2) Modal Perniagaan

3) Modal Berdikari

4) Peluang Perniagaan

5) Bantuan Pemulihan Perniagaan

Pulau Pinang

- Gerak Asnaf Katering - Gerak Asnaf Jahitan - Gerak Asnaf Tani - Gerak Asnaf Niaga - Atrium dan Café

Kedah

- Pusat Kemahiran Jahitan

Selangor

- Kumpulan Usahawan Asnaf Zakat (KUAZ)

- Program Hijrah Kerjaya Asnaf - Forum Ekonomi

- Kursus Keusahawanan

Wilayah Persekutuan

- Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi - Bantuan Pertanian

- Kedai Rakyat MAIWP

Jadual 2: Bantuan Ekonomi MAIN

(6)

2) Pembangunan Sosial

Pengagihan zakat bertujuan membangunkan kualiti sosial masyarakat dengan memenuhi keperluan asasi golongan asnaf seperti perlindungan, bantuan sara hidup dan penjagaan kesihatan. Kewujudan golongan yang tidak berkemampuan dalam sesebuah negara merupakan suatu lumrah yang sukar dielakkan. Ketidakseimbangan yang wujud dalam aspek sosioekonomi antara golongan kaya dan miskin berpotensi melemahkan masyarakat secara keseluruhannya selain menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat sekiranya dibiarkan berterusan (Abd Rahman, 2013). Oleh itu, pendekatan berorientasikan keadilan sosial seperti zakat sewajarnya diketengahkan sebagai satu bentuk penyelesaian terhadap masalah yang wujud ini. Pemeliharaan kebajikan sosial menjadi agenda penting yang perlu diberi perhatian bagi merealisasikan matlamat peningkatan kualiti sosial dalam masyarakat. Penyediaan polisi, program dan perkhidmatan yang berkualiti perlu diwujudkan bagi memenuhi keperluan asasi masyarakat serta menangani masalah sosial yang mengancam kehidupan masyarakat (Abd Rahman, 2007). Pelbagai program sokongan dan bantuan sosial perlu dilaksanakan sebagai satu sistem jaringan perlindungan sosial dalam memastikan golongan marhaen tidak dibebani masalah-masalah sosial seperti kemiskinan, ketidakupayaan bekerja akibat daripada kecacatan serta halangan-halangan sosial yang lain bagi membantu mereka bersaing secara aktif dalam lapangan kehidupan (Che Bakar et.al, 2007). Berdasarkan pendekatan ini, Islam telah mewajibkan agihan zakat sebagai mekanisme pengalihan harta daripada golongan kaya untuk diberikan kepada mereka yang berhak dan memerlukan pertolongan seperti fakir, miskin dan sebagainya. Berikut merupakan antara program kebajikan yang telah dilaksanakan oleh pihak MAIN iaitu :

BENTUK BANTUAN CONTOH PROGRAM

1) Bina/Baik pulih Rumah

2) Bantuan Bencana Alam/Kecemasan

3) Rawatan Perubatan

4) Bantuan Kewangan dan Makanan Bulanan

5) Pengurusan Jenazah

6) Deposit/Sewa Rumah/Cukai dan Bil

7) Bantuan Musafir/Muallaf

8) Pengurusan Anak Yatim

9) Bantuan Kanak-Kanak Istimewa/OKU

Pulau Pinang

- Pusat Haemodialisis Zakat - Klinik Bergerak Zakat - Rumah Transit Saudara Baru

Kedah

- Freemarket@zakatkedah

Selangor

- Pengurusan Rumah Perlindungan Bait al-Hasanah (Anak Asnaf)

- Pengurusan Rumah Perlindungan Bait al-Mawaddah (Warga Emas)

Wilayah Persekutuan

- Bantuan Deposit Motosikal Roda 3 (OKU) - Bantuan Guaman Syarie

- Bantuan Takaful Asnaf

- Agihan Makanan Percuma Sekitar KL - Pusat Bersalin Berisiko Rendah - Pusat Pembedahan Katarak - Pusat Gelandangan MAIWP-KDN

(7)

Melihat kepada senarai program yang dilaksanakan, maka kita dapat menilai tahap keseriusan pihak MAIN dalam membantu masyarakat. Pelbagai program dilaksanakan bagi membantu golongan asnaf menikmati kehidupan yang lebih baik dan sejahtera untuk diri sendiri dan juga keluarga mereka. Bantuan meliputi perlindungan, peruntukan kewangan, keperluan asas dan kebajikan asnaf. Selain berperanan sebagai pengimbang sosioekonomi masyarakat, zakat juga mampu menyuburkan lagi hubungan silaturahim serta melestarikan keharmonian hidup bermasyarakat sebagaimana yang dinyatakan menerusi ayat yang berikut:

ُنُنُذمخ

Terjemahan: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakan untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Bagi mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni, zakat juga berusaha membebaskan manusia daripada belenggu kemiskinan melalui peruntukan sara hidup kepada golongan yang memerlukan sama ada secara sementara mahupun kekal. Golongan ini akan diberikan perlindungan yang sewajarnya bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang terjamin. Selain itu, zakat juga bertujuan membantu golongan yang menghadapi masalah kewangan dan material di luar jangkaan seperti hutang, penyakit dan musibah tertentu meskipun pada asalnya mereka berada dalam kategori yang tidak memerlukan bantuan (Hairunnizam et.al, 2004). Fokus zakat dalam membasmi kemiskinan ini dapat dilihat menerusi jumlah peruntukan yang diberikan kepada asnaf dalam kategori fakir dan miskin pada tahun 2015 iaitu sebanyak RM1.2017 juta ataupun 43.94% daripada jumlah keseluruhan agihan zakat yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri. Hal ini menunjukkan tahap keseriusan pihak MAIN dalam membela dan mengeluarkan setiap asnaf yang terlibat daripada kemelut kemiskinan yang melingkari kehidupan mereka.

(8)

Zakat merupakan mekanisme yang dapat menjamin keadilan sosioekonomi dalam masyarakat. Pemberian zakat bukan sahaja membolehkan manusia memelihara kehormatan diri serta menyediakan suasana kondusif untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah, bahkan yang lebih penting jurang yang terbentuk antara golongan kaya dan miskin dapat diseimbangkan. Zakat merupakan antara elemen penting yang membentuk takaful ijtima’i iaitu usaha saling membantu antara masyarakat dengan menyempurnakan keperluan kehidupan asasi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Selain itu, zakat juga berperanan meringankan bebanan yang ditanggung oleh sebahagian anggota masyarakat antaranya dengan membantu mereka melunaskan hutang yang mencengkam diri, membolehkan orang yang terputus bekalan dalam perjalanan untuk sampai ke negeri mereka, menyediakan perlindungan buat golongan mualaf yang dibuang keluarga serta bantuan-bantuan lain bagi merealisasikan falsafah takaful yang dianjurkan oleh Islam (Shofian dan Amir, 2002). Zakat merupakan antara platform utama buat umat Islam untuk mempunyai sifat prihatin dan bertanggungjawab terhadap nasib saudaranya yang lain serta saling memberi jaminan perlindungan antara satu sama lain. Di samping itu, zakat juga dapat menghalang segala bencana dan bahaya yang berpotensi wujud dalam masyarakat sejagat seperti perasaan hasad dengki dan benci.

3) Pembangunan Pendidikan

Selain daripada fokus dalam pembangunan ekonomi dan sosial, pihak MAIN juga turut memberikan perhatian terhadap agenda pembangunan pendidikan dalam masyarakat. Menerusi peruntukan yang disediakan ini, golongan asnaf dapat meningkatkan kualiti dan jati diri mereka serta melahirkan golongan asnaf yang berketerampilan dan berdaya saing (Che Bakar et.al, 2007). Program-program peningkatan taraf pendidikan yang disediakan oleh pihak MAIN ini telah membuka peluang kepada anak-anak asnaf untuk belajar ke peringkat yang lebih tingi serta mengurangkan kadar buta huruf dalam masyarakat yang akhirnya menjanjikan masa depan yang lebih cerah buat mereka dan keluarga. Menerusi program-program ini juga, pihak MAIN dapat membuka minda golongan asnaf untuk memberanikan diri berhadapan dengan masyarakat luar. Hal ini kerana kesukaran hidup yang dilalui menyebabkan sebahagian daripada mereka takut untuk berhadapan dengan dunia luar kerana kurang keyakinan diri untuk bergaul dengan masyarakat (Azman dan Martiah, 2014). Golongan asnaf ini sebenarnya mempunyai minat yang tinggi untuk menuntut ilmu namun disebabkan kekangan dari segi kewangan untuk membayar yuran persekolahan dan pengajian, maka sebahagian besar daripada mereka terus mengambil jalan singkat dengan menamatkan sesi pembelajaran meskipun mempunyai potensi yang besar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran (Faeez dan Kamarul, 2011).

(9)

taraf sosioekonomi keluarga di mana anak-anak yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah sering kali tercicir dalam pelajaran kerana ketidakmampuan ibu bapa untuk menanggung bebanan persekolahan anak-anak mereka. Tahap pendidikan ibu bapa yang rendah juga dilihat turut mempengaruhi kesedaran mereka berkaitan kepentingan pendidikan dalam kalangan anak-anak. Berdasarkan laporan tersebut, beberapa inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam menyediakan peluang yang sama rata kepada semua anggota masyarakat untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti seperti pengecualian yuran persekolahan, pemberian biasiswa serta penyediaan insentif-insentif bantuan meliputi perkhidmatan kesihatan, makanan yang berkualiti serta pinjaman buku teks yang diberikan secara percuma (Kamal, 1988).

Pihak kerajaan telah memberikan peruntukan yang besar dalam pendidikan dari tahun ke tahun Bagi tahun 2015 hingga 2017, hampir RM42 bilion telah dibelanjakan setiap tahun dalam memastikan setiap rakyat mendapat taraf dan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti. Hal ini membuktikan bahawa sektor pendidikan telah dijadikan sebagai agenda utama pihak kerajaan dalam mentransformasikan pembangunan negara. Namun begitu, peruntukan pihak kerajaan tersebut hanya disediakan secara umum kepada semua rakyat serta kurang memberi perhatian yang khusus terutamanya kepada golongan asnaf supaya mereka dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan merubah kehidupan yang lebih baik. Maka, di sinilah pihak MAIN memainkan peranan yang penting dalam mengenal pasti golongan asnaf yang tercicir dalam pelajaran seterusnya merangka program-program bersesuaian bagi membantu meningkatkan kualiti diri dan taraf pendidikan mereka. Pelbagai bantuan sebenarnya telah diperuntukkan oleh pihak institusi zakat dalam menjana kecemerlangan pendidikan dalam kalangan asnaf iaitu :

BENTUK BANTUAN CONTOH PROGRAM

1) Bantuan Persekolahan/IPT

2) Dermasiswa/ Biasiswa Pelajaran

3) Seminar dan Bengkel Pelajar

4) Tuisyen

5) Insentif Kecemerlangan

Pulau Pinang - Prep Night Class - Smart Caliph Camp - Mutiara PDCA

Sarawak

- Dana Ibn Khaldun

Selangor

- Kolej Universiti Islam Selangor - Program Sekolah Angkat - Elaun Guru KAFA

Wilayah Persekutuan

- Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)

- Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS) - Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal

- Bantuan Galakan Huffaz al-Quran - Pondok Moden al-‘Abaqirah - Darul ‘Ilmi

(10)

Program-program yang dilaksanakan tersebut membuktikan bahawa pihak MAIN sememangnya serius dalam meningkatkan taraf pendidikan golongan asnaf sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang dalam membantu mereka menikmati kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Pendidikan merupakan tiket penting dalam mengubah kehidupan golongan asnaf terutama dalam kalangan fakir dan miskin serta mengangkat kedudukan mereka kepada taraf yang lebih tinggi sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat yang berikut :

ُرَي

ُُعَف

ُ

ُمم وُنُْاَموَناَءَُنيُذَّلٱُمَّللَّٱ

َُو

لٱُْاَمتومأَُنيُذَّلٱ

َُملُع

ُ

َجَرَد

Surah al-Mujadilah 58: 11

Terjemahan : Allah meninggikan orang-orang yang beriman dalam kalangan kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat.

Pembelajaran yang berterusan di setiap peringkat bermula persekolahan peringkat rendah sehingga pengajian di peringkat yang tinggi dapat membekalkan golongan asnaf dengan pelbagai pakej yang berkualiti seterusnya membuka peluang pekerjaan yang baik bagi menjamin masa depan yang cerah. Kerjaya yang baik hasil daripada pendidikan yang berterusan yang diperoleh mampu mengeluarkan golongan asnaf daripada kepompong kemiskinan yang membelenggu mereka. Tahap kelulusan yang baik di peringkat pengajian tinggi pula dapat menjamin kerjaya yang baik dan dalam masa yang sama dapat menangani masalah pengangguran dalam kalangan generasi muda di Malaysia. Bantuan zakat pendidikan yang disediakan oleh pihak MAIN dilihat dapat menyuntik kesedaran serta mencetuskan semangat ingin berjaya dalam kalangan asnaf setelah melihat kejayaan peserta program yang lain keluar daripada belenggu kemiskinan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan mereka. Mentaliti dan persepsi negatif yang wujud dalam kalangan asnaf seharusnya diubah supaya mereka tidak mewarisi kehidupan sebagai asnaf sebaliknya mampu berubah menjadi kumpulan masyarakat yang produktif. Golongan ini juga mampu model dan sumber inspirasi kepada asnaf lain dalam meningkatkan kesedaran untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Oleh itu, setiap asnaf perlu memanfaatkan segala bantuan dan peluang yang diberikan sebaiknya bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka juga layak dan berhak untuk berubah dan berjaya.

4) Pembangunan Modal Insan

(11)

optimistik (Sidek, 2008). Proses melahirkan modal insan yang mempunyai pakej-pakej ini perlu menjadi agenda utama pihak kerajaan bagi menyediakan generasi pelapis yang mampu dan layak mewarisi serta menerajui pengurusan dan pentadbiran negara pada masa hadapan.

Dalam hal ini, zakat telah memainkan peranan yang aktif dengan turut sama terlibat memperbaiki dan menambah baik kualiti yang ada pada setiap asnaf yang berpotensi. Menerusi bantuan dan latihan yang diberikan, asnaf miskin memperoleh rangsangan dan dorongan untuk mengubah diri mereka dan keluarga ke arah yang lebih positif. Tidak dinafikan bahawa perubahan ini sememangnya memerlukan tempoh yang panjang kerana ia melibatkan perubahan sikap dan budaya hidup seseorang terutamanya golongan fakir dan miskin (Abd Rahman, 2006). Menerusi bantuan yang disediakan oleh pihak MAIN ini, momentum perubahan golongan ini telah dicetuskan melalui penganjuran program-program yang bermanfaat seperti khidmat kesukarelawanan, pemulihan akhlak, latihan dan kemahiran serta pembangunan kerohanian. Penganjuran program seperti ini sebenarnya merupakan suatu inisiatif yang baik daripada pihak MAIN sebagai satu mekanisme yang membolehkan golongan asnaf ini terutamanya fakir dan miskin menyumbangkan kembali tenaga dan kepakaran mereka kepada masyarakat dengan melibatkan diri aktiviti sosial dan program kemasyarakatan. Hasilnya, selain daripada dapat mengubah golongan asnaf ini ke arah perubahan kendiri yang positif secara perlahan-lahan mengikut potensi yang dimiliki, mereka juga dapat mengembalikan semula manfaat yang pernah diterima kepada masyarakat setempat. Masyarakat boleh memanfaatkan kemahiran dan potensi yang dimiliki oleh golongan ini antaranya menerusi penyediaan tenaga kerja yang berkualiti serta pengurangan kos perbelanjaan yang tinggi bagi sesuatu program kemasyarakatan. Antara program pembangunan modal insan yang dijalankan oleh pihak MAIN adalah :

BENTUK BANTUAN CONTOH PROGRAM

1) Pusat Pemulihan Akhlak/Pemurnian Akidah

2) Insentif Masjid dan Surau

3) Bantuan Perkahwinan

4) Kursus dan Latihan Kemahiran

5) Bimbingan Saudara Baru

6) Insentif NGO Dakwah dan Kebajikan

7) Program Keagamaan

Pulau Pinang

- Inapan Kasih Sayang - Pusat Latihan Zakat

Melaka

- Program Rumahku Syurgaku - Khemah ibadah

- Tabung Amanah Dakwah Negeri Melaka - Badan Sukarelawan al-Taqwa

Selangor

- Pusat Latihan Muallaf

- Program Pemulihan Akhlak (Baitul Ehsan) - Program Pemurnian Akidah (Baitul Iman) - Pusat Pemulihan Dadah Tegar

Negeri Sembilan

- Skim Bantuan Kaunselor Sukarela - Pengurusan Kompleks As Sa’adah

Wilayah Persekutuan - Dar Assa’adah - Darul Hidayah

(12)

Perlaksanaan program sebegini dapat dilaksanakan secara efisien dengan kewujudan satu sistem pemantauan yang rapi oleh pihak MAIN dalam memastikan objektif program yang disediakan mampu dicapai. Pelaksanaan program, kursus dan latihan kemahiran yang menerapkan elemen keseimbangan dunia dan akhirat dalam jiwa setiap asnaf seharusnya diteruskan bagi melahirkan insan-insan yang cemerlang. Penghasilan modal insan yang berkualiti sememangnya sebahagian daripada agenda penting pihak kerajaan bagi menyediakan generasi yang berdaya saing dalam menghadapi cabaran era hadapan (Haryati et.al, 2009). Usaha yang dilaksanakan oleh pihak MAIN dalam mendukung hasrat pihak kerajaan perlu diberikan kredit yang selayaknya kerana ia secara tidak langsung melambangkan keanjalan sistem zakat itu sendiri dalam memberikan manfaat buat umat Islam dalam segenap lapisan (Khairul, 2017). Hakikatnya, penghasilan modal insan merupakan suatu usaha menggabungkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan yang dimiliki oleh seseorang individu yang boleh dimanfaatkan untuk menggerakkan kerja yang berfaedah sekaligus mengaplikasikannya dalam kehidupan bagi mencapai tujuan kehidupan yang lebih bermakna. Dalam hal ini, elemen pembangunan pemikiran dan kerohanian merupakan tunjang utama dalam menentukan hala tuju transformasi yang ingin dilakukan dan disokong dengan elemen pembangunan kemahuan, fizikal dan perasaan (Sidek, 2008). Pelaksanaan tindakan ini paling tidak menghasilkan acuan yang dianggap terbaik bagi kehidupan umat Islam dan inilah yang telah dilaksanakan oleh pihak MAIN menerusi agihan dana zakat yang diperuntukkan bagi menjalankan program-program pembangunan modal insan di setiap negeri.

Kesimpulan

(13)

Rujukan

Abdul Rahman Ahmad (2006) Pembangunan Modal Insan: Apa dan Kenapa dalam Konteks Organisasi di Malaysia, Alor Star: Human Resources Academy.

Abdul Rahman Embong (2007) Pembangunan Negara, Komuniti Dan Insan Melampaui 2020, Bangi: Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa.

Abdul Rahman Talib (2013) “Konsep Agihan Zakat kepada Asnaf menurut Perspektif Islam”, Jurnal

Pengurusan JAWHAR 7(2): 5-16

Azman Ab Rahman dan Siti Martiah Anwar (2014) Dana Zakat dalam Pendidikan Asnaf dan Sumbangannya Terhadap Ekonomi Malaysia, (Prosiding, PERKEM ke-9)

Che Bakar Che Mat et.al (2007) Pembangunan Dari Perspektif Islam, Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Ghazali Ibrahim (2009) Memberi Tanpa Diminta: Itulah Falsafah Zakat, Selangor: Tijarah Network

Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad dan Mohd Ali Mohd Noor (2004) “Kesan Bantuan Zakat terhadap Kualiti Hidup Asnaf Fakir dan Miskin”, The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research 1(1): 151-166

Haryati Shafii, Sharifah Meryam Shareh Musa dan Zakila Abd Rahman (2009) Pembangunan Modal Insan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat, (Proceeding, International Conference on Human Capital Development (ICONHCD 2009), 25-27 May 2009, Kuantan, Pahang)

Hasan Bahrom, Abd Halim Mohd Noor dan Rawi Nordin (2011) Fiqh Zakat Malaysia, Shah Alam: UPENA UiTM

Joni Tamkin Bin Borhan (2005) Peranan Pembangunan Ekonomi Berteraskan Islam dalam Pembinaan Ummah Bertamadun, (Prosiding, Seminar Ketamadunan Ummah, 9 Ogos 2005).

Khairul Azhar Meerangani (2017) Model Agihan Dana Zakat al-Riqab Berteraskan Maqasid al-Syariah: Satu Kajian Awal dalam Isu-Isu Kontemporari dalam Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam, eds. Najahudin Lateh et.al, Shah Alam: ACIS UiTM

Mahmood Zuhdi Abd Majid (2003) Pengurusan Zakat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mahmood Zuhdi Ab Majid (2001) “Falsafah Agihan: Keberkesanan dan Ketelusan dalam Pengagihan Zakat”, (Makalah, Konvensyen Zakat Kebangsaan, Renaissance Palm Garden Hotel, Putrajaya)

Mohamad Sabri Haron dan Riki Rahman (2016) “Pengagihan Zakat Dalam Konteks Kesejahteraan Masyarakat Islam: Satu Tinjauan Berasaskan Maqasid Al-Syari’ah”, Labuan e-Journal of Muamalat and Society 10:. 129-140

(14)

Mohd Kamal Hassan (1988) Pendidikan dan Pembangunan Satu Perspektif Bersepadu, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Muhammad Muda, Ainulashikin Marzuki and Amir Shaharuddin (2005) “Internal and External Factors

Influencing Individual’s Participation in Zakat: Preliminary Results”, Journal of Muamalat and Islamic

Finance Research 2(1): 77-92.

Muhammad Hafiz Badarulzaman dan Siti Nabilah Sulaiman (2016) “Undang-undang Pentadbiran dan Pengurusan Zakat di Malaysia: Perbandingan antara Enakmen Negeri-Negeri” (Prosiding, The 5th International Conference of Law and Society (ICLAS V), UNISZA Kuala Terengganu).

Muhammad Ra’fat ‘Uthman (2010) al-Zakah fi al-Amwal wa Ma Yattasil biha min Qadaya Maliyyah

Mu’asirah, Qahirah: Maktabah Wahbah

Muhammad Zulfiqar (2014) Zakah According to the Quran and Sunah, Riyad: Darussalam Publishers

Mujaini Tarimin (2005) Zakat Menuju Pengurusan Profesional, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors

Mujaini Tarimin (2005) Golongan Penerima Zakat: Agihan Dana Zakat Secara Lebih Berkesan, Shah Alam: Penerbit UiTM

Mustafa al-Siba’i (2012) Isytirakiyyah al-Islam Qahirah: al-Hai’ah al-‘Amah li Qusur al-Thaqafah

Patmawati Ibrahim (2008) “Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat: Tinjauan Empirikal”, Jurnal Syariah, 16(2): 223-244

Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid (2005) “Persepsi Agihan Zakat dan Kesannya Terhadap Pembayaran Zakat kepada Institusi Formal”, Jurnal Ekonomi Malaysia 39: 53-69

Sidek Baba (2008) Pembangunan Modal Insan dalam Pembangunan Negara, (Prosiding, Seminar Pembangunan Insan di Malaysia, 8 Januari 2008).

Shofian Ahmad dan Amir Husin Mohd Nor (2002) Zakat Membangun Ummah, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors

Siti Noorbiah Mat Rejab et.al (2017) Zakat Sebagai Mekanisme Agihan Ekonomi Seimbang: Aplikasi Lembaga Zakat Selangor dalam Isu-Isu Kontemporari dalam Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam, eds. Najahudin Lateh et.al, Shah Alam: ACIS UiTM

Yusuf al-Qardawi (2006) Fiqh al-Zakah: Dirasah Muqaranah li Ahkamiha wa Falsafatiha fi Daw’ al

-Qur’an wa al-Sunnah, Jilid 2, Qahirah: Maktabah Wahbah

Referensi

Dokumen terkait

Guru saya umumnya dapat menggunakan teknologi (leptop atau komputer) dengan baik sehingga kegiatan belajar mengajar menjadi lebih efektif.. Evaluasi hasil belajar dilakukan setelah

Hal tersebut terbukti bahwa banyak dari orang tua belum punya banyak pengalaman dalam melakukan praktik pencegahan cedera pada anak karena merupakan pengalaman pertama

Abstrak: Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan: (1) unsur struktural dalam novel Ayah Menyayangi Tanpa Akhir karya Kirana Kejora; (2) aspek kejiwaan

Menjalankan Memahami Menanya Menghargai Menerapkan Mencoba Menghayati Menganalisis Menalar Mengamalkan Mengevaluasi Menyaji - Mencipta Mencipta..

Band Pass Filter adalah jenis filter yang hanya melewatkan sinyal pada range frekuensi tersebut.. Range kedua frekuensi cut-off inilah

Stoma je napravljena zato, da ščitianastomozo' ali zaradi posledic zdravljenja fistule po obsevanju' V obeh primerih je stoma začasna, toda pľi rektovaginalni fistuli Živi bolnik

Pengisian evaluasi dalam rekam medis adalah hasil dari evaluasi perencanaan dan implementasi yang sudah dilakukan oleh masing-masing profesi dan ditanyakan

maksud untuk memahami makna yang terkandng dalam ajaran tersebut. b) Metode komparatif, yaitu ajaran ajaran islam itu dikomparasikan dengan fakta-fakta yang terjadi dan