• Tidak ada hasil yang ditemukan

TATACARA GELEDAH MENURUT UNDANG UNDANG I (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TATACARA GELEDAH MENURUT UNDANG UNDANG I (1)"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

PENDAHULUAN

Pada masa kini, gejala jenayah kian meningkat diseluruh dunia termasuklah Malaysia. Hari demi hari berita-berita yang tersebar di media-media sosial tentang gejala jenayah semakin rancak berlaku di Malaysia. Contohnya, baru-baru ini di Johor Bahru digemparkan dengan jenayah ‘Suami tetak tangan dan kaki isteri akibat cemburu’, di Pulau Pinang dilaporkan tentang ‘Polis menahan 2 individu, cari 3 lelaki bantu kes bunuh Myanmar’, dan lain-lain. Justeru itu, pada masa kini pihak-pihak yang telah diberikan kuasa oleh undang-undang negara untuk membanteras gejala jenayah berusaha sedaya upaya dengan apa-apa cara sekalipun bagi membendung daripada gejala jenayah berkurangan setiap hari.

Pihak-pihak yang diberi kuasa boleh melaksanakan segala kuasa yang diberikan kepada mereka seperti melakukan siasatan, penggeledahan, tangkapan, dan lan-lain. Namun, setiap kuasa yang diberikan kepada mereka perlulah dilakukan dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Penggeledahan merupakan salah satu tatacara yang terkandung dalam setiap peruntukkan yang dikuatkuasakan oleh undang-undang jenayah di Malaysia, sama ada jenayah sivil mahupun jenayah syariah. Penggeledahan jika melibatkan jenayah sivil pihak yang boleh melakukan penggeledahan adalah pihak polis, manakala jenayah syariah dilakukan oleh penguatkuasa agama.

(2)

1.0 GELEDAH MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM

Prinsip syariah mengistilahkan penggeledahan sebagai taftish. Para ulama’ mentafsirkan sebagai menggeledah dan memeriksa seseorang atau sesuatu tempat untuk mengetahui kebenaran serta mendapatkan bukti dan keterangan mengenai sesuatu kejadian jenayah yang dilakukan ataupun mendapatkan bukti yang disembunyikan di dalam sesuatu premis seterusnya membuat tangkapan terhadap seseorang yang disyaki.

1.1 Jenis-jenis Penggeledahan.

Terdapat dua jenis penggeledahan yang diharuskan oleh prinsip syariah iaitu penggeledahan diri yang disebut taftish al-ashkhas dan penggeledahan tempat atau premis yang disebut taftish al-manazil. 1

1.1.1 Penggeledahan Diri (taftish al-ashkhas)

Penggeledahan diri berlaku setelah proses tangkapan dibuat terhadap suspek. Secara umumnya, peruntukan Akta Prosedur Jenayah Syariah tidak menyebut penggeledahan dalaman ini secara terperinci. Geledah terhadap diri dijalankan bagi maksud penyiasatan. Namun, perkara ini tidak boleh digunakan sebagai asas untuk mewajarkan proses carian diri pada ahli yang berlainan jantina. Ini bermakna bahawa carian badan seorang perempuan hanya boleh dijalankan oleh Pegawai wanita dan carian diri seseorang lelaki hanya boleh dilakukan oleh seorang Pegawai lelaki.2

Hal ini bertepatan dengan Seksyen 12, 14, 15, & 17 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah.3 Seksyen 12 memperuntukkan bilamana penggeledahan untuk mencari apa-apa

benda dibuat atau akan dibuat dengan sah di mana-mana tempat berkenaan dengan

apa-1 Muhammad Zuhaili, Al-Ijra’at Jinaiyyah Syariyyah, Jamiah Syariqah, Imarat

al-Arabiyyah al-Mutahaddidah, 2008, hlm 142,143.

2 Shamrahayu A Aziz, Criminal Prosedure In the Syariah Court, Sweet & Maxwell Asia,

Selangor, 2011, hlm 69.

(3)

apa kesalahan, semua orang yang dijumpai di dalam tempat itu boleh ditahan dengan sah sehingga penggeledahan itu selesai, dan jika benda yang dicari itu adalah daripada jenis yang boleh disembunyikan pada tubuh badan seseorang, mereka boleh diperiksa untuk mencari benda itu oleh atau dihadapan seorang Pegawai Penguatkuasa Agama dan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor. Seksyen 14 (2) pula menyatakan keperluan terhadap pemeriksa yang sama jantina dengan orang yang diperiksa untuk melihat kesopanan. Subseksyen ini menjadikan ia suatu keadaan pemeriksaan yang hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang sama jantina.4

Apabila seseorang ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis dengan waran yang tidak menetapkan jaminan, atau apabila seseorang ditangkap tanpa waran tetapi beliau tidak dapat memberikan jaminan, maka penggeledahan diri boleh dilakukan untuk pemeriksaan dan semua barang-barang orang yang ditangkap akan disita. Setiap barang akan diletakkan dalam jagaan sehingga dia dilepaskan atau dibebaskan.5

Seksyen 17 menetapkan orang-orang yang berada dalam jagaan tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk memberi keterangan tentang dirinya boleh diperiksa untuk mendapatkan nama dan alamat email yang asal beliau.6

Secara umumnya, penggeledahan diri tidak memerlukan waran geledah tertentu. Kuasa untuk menjalankan penggeledahan diri seolah-olah datang bersama-sama dengan kuasa untuk membuat tangkapan. Sebaliknya, penggeledahan diri atas dasar syak wasangka yang munasabah, kebanyakan masa memerlukan waran geledah.7

1.1.2 Penggeledahan Tempat atau Premis (taftish al-manazil).

Prinsip syariah secara umumnya menegah sebarang bentuk penggeledahan. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Nur, ayat 27-28 :

(4)

















rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat. Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik. Cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan apa Yang kamu lakukan 8

Penggeledahan dalam tempat atau taftish al-manazil ini merujuk kepada memeriksa sesuatu tempat atau premis dengan tujuan untuk mendapatkan keterangan dan bukti mengenai jenayah yang berlaku. Ianya juga mesti dilaksanakan menurut cara yang sah di sisi prinsip syariah. Ini bermakna sesuatu penggeledahan tempat itu haruslah mendapat kebenaran bertulis daripada hakim. Seterusnya penggeledahan itu mesti dilakukan dengan kehadiran suspek, saksi atau penghuni premis berkenaan. Selepas itu, sebarang keterangan dan bukti yang dikumpul sepanjang penggeledahan itu hendaklah dibungkus serta disil agar ianya tidak rosak.9

Syariat Islam telah menggariskan garis panduan yang ketat dalam soal membenarkan intipan dan penggeledahan bagi menjaga maruah dan kehormatan manusia. Tatacara yang digariskan ini bertepatan dengan akhlak mulia yang dianjurkan oleh Islam dalam adab menziarah iaitu didahului dengan intipan kemudian memohon izin dan memberi salam. Surat-surat, fail dan dokumen peribadi seseorang tidak boleh dicerobohi. Oleh sebab itulah, prinsip syariah mengharuskan penggeledahan dalam siasatan. Ianya

8 Al-Quran, Al-Nur 24:27. Lihat Al-Hidayah, Terjemahan Al-Quran Al-Karim Rasm Uthmani

Dalam Bahasa Melayu, Al-hidayah House of Quran Sdn Bhd., Selangor, 2011, hlm 352.

9.Ahmad ‘Azam Bin Mohd Shariff, Prosedur Siasatan dan Pendakwaan Jenayah Syariah:

(5)

diharuskan atas dasar kemaslahatan untuk mencegah jenayah dan maksiat. Dalam hal ini ia perlu dilaksanakan untuk mencari keterangan serta untuk menegakkan keadilan dan kebenaran apabila sesuatu kesalahan jenayah syariah berlaku.10

1.2 Pendapat Ulama Berkaitan Penggeledahan

Ulama berselisih pendapat tentang soal penggeledahan yang dilakukan tanpa izin premis. Antaranya :

1) Al-Mawardi dan Abu Yala’ tidak membenarkan berlaku penggeledahan kerana kemungkaran berlaku ditempat yang tertutup dan di luar bidangkuasa hisbah. Oleh itu memadailah perbuatan itu dilarang dari luar sahaja.

2) Abu Yusuf dan Ibn al-Qayyim membenarkan dilakukan penggeledahan tanpa izin kerana mencegah kemungkaran itu adalah wajib. Ulama lain yang membenarkan penggeledahan tanpa izin juga melihat dari sudut bahawa kehormatan premis berkenaan sudah tidak wujud disebabkan berlaku kemungkaran di dalamnya.

3) Manakala Imam Ghazali berpendapat tindakan penggeledahan boleh diambil sekiranya kemungkaran yang berlaku itu dapat dikesan pancaindera dan tertakluk kepada hisbah seperti dapat didengar atau dilihat.

Alasan kepada perselisihan pendapat ini kerana ada larangan jelas di dalam syarak tentang memasuki rumah atau bangunan persendirian tanpa izin dan ini merupakan hak asasi yang dijamin oleh Islam. Kes Saidina Umar dan mereka yang minum arak di rumah Umayyah bin Khalaf jelas menunjukkan amalan atau larangan ini perlu dipatuhi sekalipun jelas kedengaran berlakunya maksiat di rumah berkenaan.11

10Muhammad al-Zuhaili, 2008, hlm 142,145.

11Zaini Nasohah et.al, Penguatkuasaan Kes Jenayah Syariah Di Malaysia, Jabatan Syariah, Fakulti

(6)

Begitu juga dengan tindakan pengintipan yang jelas dilarang oleh Islam kerana ia menjejaskan hak peribadi individu sehinggakan Nabi Muhammad SAW membenarkan dilontar batu yang mengakibatkan buta mata ke atas mereka yang mengintip ke dalam premis persendirian.12 Walaubagaimanapun, intipan bagi tujuan mendapatkan bukti untuk

menentukan kesalahan tertuduh adalah dibenarkan oleh Mawardi dan Abu Ya’la dengan syarat intipan itu berlaku atas dasar sangkaan yang hampir mencapai tahap yakin bahawa individu berkenaan telah melakukan kemungkaran. Justeru, walaupun syariat Islam mengambil berat persoalan peribadi individu, namun kemaslahatan umum bagi pihak berkuasa mencari kebenaran mengharuskan dilakukan penggeledahan terhadap pihak yang disyaki.13

Berhubung dengan waran geledah, para ulama berpendapat hakim atau kadi tidak mempunyai kuasa mengeluarkan waran atau mencari bukti serta keterangan bagi mengukuhkan siasatan. Tugas hakim dalam hal ini adalah terhad mengarahkan pihak yang membuat aduan menyediakan bukti dalam pendakwaan. Menurut Cherif Bassiouni, pihak yang layak mengeluarkan waran berkenaan ialah Wali al-Mazalim iaitu Menteri Pengaduan ( Minister of Complaints) di mana pegawai-pegawai dari Kementerian ini mempunyai kuasa menyiasat jenayah. 14

1.3 Intipan Di Zaman Khalifah Umar al-Khattab

Dr. Yusuf al-Qardhawi menyebut, “Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara yang penting mengenai hudud, bahawa Islam tidak terkejar-kejar mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika mereka melakukan jenayah. Tidak pula menguatkuasakan polis pencari jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak sehingga ditanggap yang terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan peribadi manusia, pengharaman tajassus

12 Sahih Muslim bi Shar al-Nawawi, 1930, XIV 138. 13Zaini Nasohah et.al, 2010, hlm 90.

14M.Cheriff bassiouni, The Islamic Criminal Justice System, Oceana Publication INC, Lodon,

(7)

(mengintip) dan mencari keaiban manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh pihak kerajaan” Sebuah kisah yang popular berkenaan tindakan Sayyidina Umar r.a iaitu:

Daripada ‘Abd al-Rahman bin Auf bahawa beliau pernah berjaga malam bersama ‘Umar bin al-Khattab. Tatkala mereka sedang mengelilingi kampung, mereka melihat sebuah lampu yang sedang menyala dari rumah, maka mereka menghampiri rumah tersebut. Ketika mereka menghampiri, mereka dapati pintu rumah tersebut terbuka tanpa seorang pun di sana, sedangkan dari dalam rumah terdengar suara yang sangat kuat. Berkata ‘Umar sambil memegang tangan ‘Abd al-Rahman: “Tahukah kamu rumah siapa ini?” ‘Abd al-Rahman menjawab: “Tidak.” ‘Umar berkata: “Ini adalah rumah Rubi‘ah bin Umayyah bin Khalaf, saat ini mereka sedang minum arak, bagaimana pendapat mu?”, ‘Abdul Rahman berkata: “Aku fikir, kita sekarang ini telah mengejar sesuatu yang dilarang oleh Allah”. Bukankah Allah telah berfirman: “...dan janganlah kamu mengintip ...” dan kita telah mengintip mereka. Setelah mendengar perkataan beliau, Umar pergi dan meninggalkan mereka15.

Kisah al-Mughirah bin Syu‘bah. Seorang wanita daripada kalangan Bani Hilal bernama Ummu Jamil, suaminya bernama al-Hajjaj bin ‘Ubaid, selalu datang bertemu beliau (al-Mughirah) di Basrah. Perkara itu diketahui oleh Abu Bakrah bin Masruh, Sahl bin Ma‘bad, Nafi’ bin Harith dan Ziyad bin ‘Ubaid. Mereka lalu mengintipnya hinggalah apabila wanita itu masuk bertemunya mereka menyerbu mereka berdua. Yang masyhur, Umar dalam hal ini menilai mereka dari sudut kesaksian dan tidak menyalahkan tindakan mereka menyerbu, walaupun mereka boleh dihukum qazaf jika tidak memiliki saksi yang mencukupi16.

Khalifah Umar mengintai satu kumpulan rumah mereka di waktu malam dengan memasukinya melalui pintu belakang tanpa salam. Kelakuannya itu adalah menyalahi firmanNya di dalam Surah al-Hujurat (49):12:“Dan janganlah kamu mengintai-intai atau mencari-cari kesalahan orang lain”. Kemudian, firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah

15 Musannaf ‘Abd al-Razzaq diteliti oleh Habib al-Rahman al-‘Azhami; al-Maktabah al-Islami,

10/231, riwayat no: 18943.

(8)

(2):189:“Dan masukilah rumah-rumah itu melalui pintu-pintunya”. Dan firmanNya di dalam Surah al-Nur (24):27:“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya”. Lantaran itu tindakannya adalah bertentangan dengan ayat-ayat tersebut17.

Al-Imam al-Ghazali pernah berkata: “Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pencegahan) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah telah melarang hal ini”18.

Oleh itu, pandangan dan perspektif masyarakat pada hari ini yang selalu menyuarakan bahawa pihak berkuasa agama tidak mempunyai hak melakukan intipan, jika berlandaskan kisah yang berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar ini sememangnya benar. Hal ini sedemikian kerana Khalifah Umar berpegang kepada dalil al-Quran iaitu Surah al-Hujurat (49):12, ‘Dan janganlah kamu mengintai-intai atau mencari-cari kesalahan orang lain’. Namun, demi menjaga maslahah agama pada masa kini, intipan adalah diharuskan demi mencegah daripada berlakunya gejala maksiat yang pada hari ini kian meningkat dan memberi satu implikasi yang negatif terhadap agama seperti penzinaan, pembuangan bayi, pelacuran, dan lain-lain.

1.4 Penggeledahan Zaman Nabi Yusuf.

Dalil al-Quran dalam surah Yusuf (12: 70-79) telah menyentuh berkatan dengan siasatan dan pengeledahan:

Maksudnya:

(9)

70. Maka ketika ia membekalkan mereka dengan bekalan makan (yang mencukupi keperluan) mereka, lalu ia meletakkan bijana minuman raja di kenderaan saudaranya (bunyamin), kemudian menyeru seorang penyeru: “wahai orang-orang kafilah ini, sesungguhnya kamu adalah pencuri”. 71. Mereka bertanya sambil mengadap ke arah orang-orang menteri yang menuduh itu: “apa benda kamu yang kehilangan?”. 72. Orang-orang menteri menjawab: “kami kehilangan cupak raja. dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. 73. Mereka berkata: “demi Allah! sesungguhnya kamu sedia mengetahui bahawa kedatangan kami bukanlah untuk berbuat kerosakan di bumi (mesir ini), dan kami pula bukanlah pencuri”. 74. (Orang-orang menteri) bertanya: “maka apa balasan pencuri itu, jika kamu berdusta?” 75. Mereka menjawab: “balasannya: sesiapa yang didapati benda itu di kenderaannya, maka dia lah sendiri yang menjadi balasannya. demikianlah kami membalas orang-orang yang zalim”. 76. Maka Yusuf pun mulailah memeriksa tempat-tempat barang mereka sebelum memeriksa tempat barang saudara kandungnya (bunyamin) kemudian ia mengeluarkan benda yang hilang itu dari tempat simpanan barang saudara kandungnya. demikianlah kami jayakan rancangan untuk (menyampaikan hajat) Yusuf. Tidaklah ia akan dapat mengambil saudara kandungnya menurut undang-undang raja, kecuali jika dikehendaki oleh Allah. (Dengan ilmu pengetahuan), kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang kami kehendaki, dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui. 77. Mereka berkata: “kalau dia mencuri, maka (tidaklah pelik), kerana sesungguhnya saudara kandungnya pernah juga mencuri dahulu. (Mendengar kata-kata yang menyinggung itu) maka Yusuf pun menyembunyikan perasaannya, dan tidak menyatakannya kepada mereka, sambil berkata (dalam hati): “kamulah yang lebih buruk keadaannya; dan Allah maha mengetahui akan apa yang kamu katakan itu”. 78. Merekapun merayu dengan berkata: “wahai datuk menteri! sesungguhnya ia (bunyamin), mempunyai bapa yang sudah tua, lagi berpangkat. oleh itu, ambilah salah seorang di antara kami sebagai gantinya; sesungguhnya kami memandangmu dari orang-orang yang sentiasa berbudi”. 79. Yusuf berkata: “kami berlindung kepada Allah daripada mengambil sesiapapun kecuali orang yang kami dapati barang kami dalam simpanannya. sesungguhnya jika kami mengambil orang lain, nescaya menjadilah kami orang-orang yang zalim”.

Tafsirannya:

(10)

daripada emas murni. Akhirnya, gelas tersebut disembunyikan dalam barang yang dibawa bersama saudaranya yang bernama Bunyamin. Saudara-saudara Yusuf bersiap-siap untuk pergi bersama-sama dengan saudaranya yang paling kecil itu. Kemudian pintu kota ditutup dan tiba-tiba berteriaklah seseorang mengatakan bahawa: “Hai anggota-anggota kafilah, sesungguhnya kamu adalah pencuri”.

Teriakan tentera tersebut menghentikan langkah semua kafilah. Kini, mereka semua menjadi tertuduh, dan juga orang-orang hadir dan bersama saudara-saudara Yusuf. “Barang apa yang hilang dari kamu?” tanya saudara-saudara Yusuf. Para tentera itu menjawab: “Kami kehilangan gelas (piala) milik raja yang terbuat dari emas. Barang siapa yang mampu mendatangkannya dan menemukannya, maka kami akan memberikan balasan (hadiah). Kami akan memberikannya bahan makanan yang dimuat oleh unta”.

Tatkala saudara-saudara Yusuf dituduh oleh tenteranya mencuri piala raja (gelas yang digunakan sebagai alat untuk menimbang gandum) Saudara-saudaranya berkata: kami bukanlah orang-orang yang mencuri. Oleh itu, para petugas keamanan Yusuf berkata, apakah hukumannya atau balasannya, jika barang itu ditemukan di salah satu di tempat penyimpanan salah seseorang diantara kamu? Saudara Yusuf menjawab,

pembalasannya ialah barangsiapa dijumpai piala raja yang hilang itu di dalam simpanannya, maka dialah yang menjadi tebusannya.

(11)

Saudara-saudara Yusuf berkata: “Kami tidak akan meninggalkan tempat ini sehingga barang yang dibawa oleh Bunyamin diperiksa. Pemeriksaan ini harus dilakukan agar hati kami menjadi tenang, begitu juga hati kamu. Sesungguhnya kami adalah anak-anak daripada keturunan yang baik dan kami bukanlah pencuri”. Akhirnya, petugas keamaanan pun memeriksa barang yang dibawa oleh saudaranya, dan akhirnya mereka mengeluarkan gelas raja (piala raja) daripada karung Bunyamin. Dan sesuai dengan peraturan yang ditetapkan oleh mereka, maka saudara Yusuf (Bunyamin) menjadi tebusan baginya. Saudara-saudara Yusuf yang lain merasa tenang dan selamat dari tuduhan, kini mereka mulai mencela saudara kandung Yusuf. Mereka berkata: “Jika ia mencuri, maka saudaranya yang dulu pun juga mencuri”. Yusuf mendengarkan tuduhan mereka padanya dan beliau menampakkan kesedihan yang dalam. Yusuf menyembunyikan kesedihannya dalam dirinya dan tidak menampakkan perasaannya.

Setelah terbukti bahawa piala raja telah ditemui di dalam karung Bunyamin, ia harus ditahan dan tinggal di istana raja sesuai dengan hukuman yang berlaku, maka saudara-saudaranya dengan kata-kata yang halus memohon kepada Yusuf agar

diperkenankan seorang diantara mereka menggantikan Bunyamin menjalani hukuman dengan alasan bahawa Bunyamin sangat dicintai oleh ayahnya yang sudah lanjut usia. Akan tetapi Yusuf menolak permohonan mereka itu dengan alasan bahawa keadilan tidak membolehkannya menahan orang yang tidak bersalah.19

Berdasarkan kes di atas, terdapat siasatan atau penggeledahan telah dilakukan oleh seorang yang berautoriti, iaitu penggeledahan itu hendaklah dilakukan oleh pihak

berkuasa dan dalam kes ini petugas keamanan atau tentera yang dilantik oleh raja (Yusuf) pada masa itu merupakan orang yang diberi autoriti dalam melaksanakan tugas tersebut. Oleh itu, siasatan atau pergeledahan pada masa kini sememangnya boleh dilakukan dengan syarat atau panduan undang-undang yang telah diperuntukkan pada masa kini dalam membenarkan orang-orang yang diberi kuasa untuk melakukan tugas tersebut.

19 Hsalim Bahreisy, H.Said Bahreisy. Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katsier. . 1988. Jilid 4.

(12)

1.5 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (2003)

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (2003) memperuntukkan penggeledahan pada umumnya terbahagi kepada 2 jenis :

1.5.1 Penggeledahan Terhadap Tubuh Badan.

Penggeledahan ini berlaku apabila sesuatu benda yang dicari lazimnya disembunyikan pada tubuh badan seseorang. Penggeledahan ini hendaklah dilakukan oleh individu yang sama jantinanya tanpa mengaibkan pihak yang digeledah.

1.5.2 Penggeledahan Terhadap Premis Dan Tempat.

Penggeledahan ini berlaku dalam beberapa keadaan :

i. Apabila sesuatu tempat itu digunakan sebagai tempat persembunyian dari pihak yang hendak menangkap.

ii. Premis berkenaan digunakan tempat untuk menyembunyikan apa-apa dokumen atau barang yang diperlukan dalam proses siasatan.

iii. Premis berkenaan dijadikan tempat kurungan yang mana pengurungan itu merupakan satu kesalahan.20

Penggeledahan ini boleh berlaku dengan waran atau tanpa waran. Seksyen 44 memperuntukan Mahkamah boleh mengeluarkan waran geledah sekiranya perlu waran ini biasanya diarahkan kepada Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) bagi melaksanakan waran tersebut. Manakala penggeledahan tanpa waran mungkin berlaku sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 63 yang memberi kuasa kepada PPA yang membuat penyiasatan berkenaan dengan dokumen atau benda lain untuk melakukan penggeledahan sekiranya beliau percaya bahawa :

(13)

1. Orang yang kepadanya suatu saman atau perintah di bawah seksyen 42 telah atau mungkin akan dikeluarkan tidak akan atau mungkin tidak akan mengemukakan dokumen atau benda lain itu sebagaimana yang diarahkan dalam saman atau perintah itu atau ;

2. Dokumen atau benda lain itu tidak diketahui berada dalam milikan mana-mana orang,

Manakala seksyen 63 (4) meminta agar peruntukan mengenai waran geledah bermula dari seksyen 44-53 hendaklah setakat yang boleh terpakai bagi penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini. Oleh itu, peruntukan mengenai 63/61 adalah peruntukan yang memerlukan tindakan segera atau pantas. Oleh kerana itu, ia melangkaui peruntukan yang memerlukan waran (Zaini Nasohah et.al 2010: 93).

2.0 PENGGELEDAHAN MENURUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA.

2.1 Penggeledahan

Pengeledahan menurut undang-undang sivil ialah suatu kuasa yang diperuntukkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan keatas sesuatu kes jenayah. Kanun prosedur jenayah bukan satu-satunya statut yang membenarkan geledah tetapi ada sesebahagian statut juga yang boleh digunapakai. Prinsip generial specialibus non derogant juga boleh digunapakai.

2.2 Kuasa penggeledahan

Pegawai polis telah diperuntukkan kuasa untuk menjalankan penggeledahan. Ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu geledah terhadap badan dan geledah terhadap tempat.21

2.2.1 Geledah terhadap badan

(14)

Seperti dinyatakan dalam seksyen 20 Kanun Acara Jenayah iaitu :

Apabila seseorang itu ditangkap :

a) Oleh pegawai polis dengan waran yang tidak mengandungi syarat-syarat untuk jaminan ataupun dengan waran yang mengandungi syarat-syarat untuk memberi jaminan, tetapi orang yang ditangkap itu tidak dapat mengadakan jaminan. b) Tanpa waran atau oleh orang persendirian dengan berwaran dan orang yang

ditangkap itu disisi undang-undang tidak boleh dijamin ataupun dia tidak berupaya mengadakan jaminan.

Maka pegawai polis yang menjalankan tangkapan itu atau apabila tangkapan itu dijalankan oleh orang persendirian, pegawai polis yang menerima orang yang ditangkap yang diserahkan kepadanya, bolehlah memeriksa orang itu dan mengambil segala barang yang ada pada badannya selain pakaian yang menutup badannya, dan menyimpannya ditempat yang selamat. Barang-barang yang dipercayai adalah alat ataupun hasil ataupun keterangan lain sesuatu perbuatan jenayah, bolehlah ditahan sehingga dibuang bicara atau dilepas daripada tuduhannya.

Namun begitu, perlulah ditekankan bahawa sekiranya geledahan itu dibuat ke atas seorang perempuan mestilah dilakukan oleh pegawai polis wanita serta dipertimbangkan kepada aspek kesopanan.22

2.2.2 Geledah Terhadap Tempat

Ia diperoleh dengan pelbagai cara, iaitu dengan saman penggeledahan,23 waran

penggeledahan, penggeledahan tanpa waran dan penggeledahan secara langsung.

a) Penggeledahan dengan Saman.

Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah menggariskan :

(15)

“Apabila mana-mana mahkamah atau pegawai polis yang menjalankan sesuatu siasatan polis berpendapat bahawa penyerahan mana-mana dokumen atau harta adalah perlu dan berpatutan bagi maksud-maksud mana-mana siasatan, pertanyaan, perbicaraan atau prosiding-prosiding lain di bawah Kanun ini oleh atau di hadapan Mahkamah atau pegawai itu, maka mahkamah itu bolehlah mengeluarkan suatu saman atau pegawai polis itu menghantar perintah bertulis kepada orang yang dipercayai atau berkuasa ke atas harta atau dokumen itu, memerintahkannya hadir menyerahkan harta atau dokumen itu atau menunjukkannya pada masa dan tempat yang disebut dalam saman atau perintah itu.”

Sebaik sahaja menerima saman penggeledahan ini, sekiranya orang-orang yang dikehendaki menyerahkan harta atau dokumennya telah menyerahkan harta atau dokumen itu secara datang sendiri, dia disifatkan juga sebagai mematuhi rekuisisi tersebut24

b) Penggeledahan dengan Waran

Mengikut seksyen 56 Kanun Acara Jenayah dikeluarkan oleh Majistret, iaitu :

“Jika seorang majistret menerima maklumat dan selepas membuat siasatan yang difikirkannya perlu, mempunyai sebab-sebab mempercayai bahawa di mana berhubung dengan kesalahan telah dilakukan atau sebarang bukti, atau perkara ynag perlu bagi menjalankan sesuatu penyiasatan mana-mana kesalahan, boleh didapati di sebarang tempat ia boleh dengan waran memberi kuasa orang yang waran itu dialamatkan memasuki dengan apa-apa bantuan, yang mungkin dikehendaki, dan menggeledah tempat itu untuk sesuatu keterangan atau perkara dan jika apa-apa yang digeledah itu didapati, hendaklah dirampas dan dibawa ke hadapan majistret yang mengeluarkan waran itu, atau majistret yag lain yang akan bertindak mengikut undang-undang.”

c) Penggeledahan tanpa Waran

Seksyen 62 Kanun Acara Jenayah menyebutkan :

(16)

“Jika maklumat diberi kepada mana-mana pegawai polis yang tidak rendah daripada Inspektor bahawa ada sebab-sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa barang-barang curi disembunyi, atau disimpan di sesuatu tempat dan mempunyai alasan yang baik untuk mempercayai barang itu akan dipindahkan jika terdapat kelengahan mendapat waran geledah, mana-mana pegawai dengan kuasa jawatannya bolehlah menggeledah tempat yang ditentukan untuk mendapatkan barang-barang yang dikatakan telah dicuri itu.”

Seksyen itu memberi kuasa kepada polis menjalankan penggeledahan tanpa waran sekiranya pegawai polis yang berpangkat Inspektor dan ke atas mempunyai sebab-sebab yang munasabah mengesyaki barang-barang curi disembunyikan di sesuatu tempat tertentu dan jikalau berlaku kelengahan untuk menggeledah akan menyebabkan barang itu dipindahkan.

Selain mengesyaki barang-barang curi tersembunyi di mana-mana tempat, geledah tanpa waran juga boleh dibuat apabila polis mengesyaki ada tersimpan wang syiling palsu, syiling lancung atau alat celupan bertujuan pemalsuan syiling,25 wang kertas palsu

atau kertas lancungan atau wang bank atau perkakas untuk memalsukan wang26

d) Penggeledahan secara langsung

Penggeledahan secara langsung oleh pegawai polis mengikut peruntukan seksyen 63 Kanun Prosedur Jenayah, iaitu :

(i) Mana-mana pegawai polis dalam keadaan yang kemudian dari ini disebut di dalam seksyen ini, diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua polis Negeri memasuki, dan jika diberi kuasa begitu, bolehlah memasuki mana-man juga tempat untuk mencari barang-barang curi dan menggeledah lalu merampas dan menyelamatkan apa-apa barang yang dipercayai telah dicuri, dengan kuasa yang sama seolah olah ia diberi kuasa berbuat demikian dengan waran geledah, dan barang-barang yang dirampas

(17)

itu, jika ada yang serupa dengan harat yang dinyatakan di dalam waran geledah itu.

(ii) Dalam setiap kes di mana barang dirampas menurut seksyen ini, orang yang berada di tempat di mana barang-barang telah dirampas ataupun pada orang daripada mana ia diambil, jika orang itu adalah lain daripada orang di mana barang itu berada, hendaklah melainkan jika ia dahulunya telah dituduh kerana menerimanya dengan mengetahui barang-barang itu telah dicuri, disaman ke hadapan Majistret untuk menerangkan bagaimanakah ia mendapat barang-barang itu, dan Majistret itu akan membuat apa-apa perintah mengenai pelupusan barang itu dan akan menetapkan kos yang berpatutan berdasarkan kes itu.

(iii) Ketua Polis Negeri bolehlah memberi kuasa sedemikian seperti tersebut diatas itu dalam perkara yang berikut atau salah satu daripadanya :

(a) Apabila tempat yang hendak diperiksa itu adalah ataupun dalam tempoh dua belas bulan terdahulu, diduduki atau digunakan oelh orang-orang yang telah disabit kesalahan kerana menyimpan barang-barang curi, ataupun melindungi pencuri; atau

(b) Apabila tempat yang hendak diperiksa itu, diduduki atau digunakan oleh orang yang telah disabit kesalahan yang berkaitan dengan kecoh atau tipu boleh dihukum dengan penjara.

(c) Dalam memberi kuasa, Ketua Polis Negeri itu tidak perlu menyebutkan barang yang tertentu tetapi bolehlah ia memberi kuasa jika ada sebab untuk mempercayai tempat itu pada amnya untuk menerima barang-barang curi.

Semasa penggeledahan dijalankan, Pegawai Polis yang menjalankan penggeledahan itu hendaklah menyediakan senarai barang yang telah dirampas serta menyebutkan tempat ia dijumpai dan menandatangani senarai itu.27 Penghuni tempat itu

atau sesiapa yang mewakili pihaknya hendaklah hadir semasa penggeledahan dan apabila

(18)

diminta olehnya pegawai polis hendaklah menyerahkan satu salinan senarai geledahan tersebut dan ditandatangani.28

Apabila pegawai polis menjalankan penggeledahan di suatu tempat, orang yang tinggal di dalamnya atau yang menjaga tempat itu hendaklah membenarkan pegawai polis yang menjalankan waran masuk dan mestilah memberi segala kemudahan yang munasabah bagi menjalankan penggeledahan itu.29 Sekiranya tempat itu tertutup dan tidak

dapat dimasuki, pegawai polis bolehlah mengambil langkah mengikut cara dalam seksyen 16(ii) Kanun Prosedur Jenayah untuk menyempurnakan penggeledahan itu30

Cara yang dinyatakan dalam seksyen 16(ii) ialah dengan memecahkan pintu atau tingkap bagi membolehkan tempat itu dimasuki.

“Jika tidak dapat masuk ke dalam tempat itu mengikut subseksyen yang di atas, maka adalah sah bagi orang yang bertindak dengan waran dan dalam mana-mana kes dalam mana-mana waran boleh dikeluarkan tetapi tidak boelh didapatinya melainkan akan memberikan peluang kepada orang itu melarikan diri, maka pegawai polis atau penghulu bolehlah masuk ke dalam tempat itu dan menggeledah tempat itu, dan supaya dapat masuk ke dalamnya bolehlah ia memecahkan mana-mana pintu luar atau dalam atau tingkap mana-mana sama ada dipunyai oleh orang yang hendak ditangkap itu atau orang lain, jika selepas diberitahu kuasa dan tujuannya serta diminta supaya membenarkan ia masuk tetapi tidak dibenarkannya.”

Sekiranya barang curi itu disyaki disembunyikan pada badan seseorang yang berada di tempat itu, semua orang yang berada di tempat itu bolehlah ditahan sehingga penggeledahan selesai dan pemeriksaan badan bolehlah dilakukan di hadapan majistret, Jaksa Pendamai atau pegawai polis yang tidak rendah pangkatnya daripada Inspektor.31

Bagaimanapun pemeriksaan terhadap perempuan mestilah diperiksa oleh polis wanita dan dijaga kesopanannya.32

(19)

Dalam penggeledahan dengan waran, pegawai polis yang menjalankan waran mestilah mengikut syarat-syarat bagi menyempurnakan waran penggeledahan itu. Satu persoalan timbul, sekiranya dalam penggeledahan itu barang yang disenaraikan dalam waran tidak didapati, tetapi sebaliknya barang lain yang disyaki ada kaitan dengan satu perbuatan jenayah yang dijumpai. Adakah pegawai polis boleh merampasnya? Dalam kes Chic Fashions (West Wales) Ltd. Lwn Jones,33 polis telah diberikan waran menggeledah

sebuah kedai yang dipunyai oleh plaintif untuk mencari barang curi jrnis ‘lan Peters Ltd’. Apabila penggeledahan dibuat di kedai itu, polis tidak menemui barang jenis ‘lan Peters Ltd’, sebaliknya menjumpai barang lain yang disyaki barang curi. Barang iru dirampas oleh polis. Tetapi selepas mendapat penjelesan daripada pengarah urusan plaintif, barang itu kemudiannya dikembalikan ke kedai plaintif. Palintif telah menuntut ganti rugi atas kesalahan menceroboh (trespass). Mahkamah memutuskan tindakan polis itu tidak salah dan dibenarkan. Lord Dening berkata :

“Apabila konstabel memasuki rumah dengan menggunakan waran bongkar bagi barang-barang curi, dia boleh merampas bukan sahaja barang yang dia dengan munasabahnya percaya dilindungi oleh waran bongkar, tetapi juga apa-apa barang lain di mana dia percaya atas alasan yang munasabah barang itu dicuri dan menjadi bukti yang berkaitan atas tuduhan mencuri atau menerima barang curi terhadap seseorang yang memiliknya atau sesiapa yang bersubahat dengannya.”34

Dalam kes lain, Ghani lwn Jones35 Lord Denning telah menggariskan keperluan

yang mesti dipenuhi dalam mengesahkan tindakan polis merampas barang yang berkaitan jenayah dalam sesuatu penggeledahan, kata beliau :

“Apa juga prinsip yang harus digunakan dalam kes-kes ini, kita perlu menimbangkan dari satu pihak, kebebesan individu. Keadaannya tersendiri dan harta bendanya tidak harus diganggu kecuali atas sebab-sebab yang sangat

33 [1968] 2 W.L.R 201

(20)

penting. Bagi pihak lain pula, kita harus menimbangkan kepentingan masyarakat umum untuk mengesan penjenayah dan mencegah jenayah.”36

2.3 Syarat-Syarat Penggeledahan dengan Waran :

1. Pegawai polis hendaklah mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu jenayah yang berat telah dilakukan dan orang-orang yang terlibat perlu ditangkap dan dihadapkan mahkamah

2. Pegawai polis hendaklah mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa benda yang berkenaan itu adalah hasil daripada jenayah (seperti benda yang telah dicuri) atau alat untuk melakukan jenayah (seperti kapak yang digunakan oleh pembunuh) atau keterangan penting untuk membuktikan jenayah itu.

3. Pegawai polis hendaklah mepunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang memiliki benda itu melakukan sendiri jenayah itu atau ia terlibat dengannya atau bersubahat dalam perkara itu, atau keengganannya membenarkan barang itu diambil sama sekali tidak munasabah.

4. Pihak polis tidak boleh menyimpan benda itu atau menghalang benda itu diambil balik untuk masa lebih lama daripada yang perlu untuk digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan. Jika salinannya memadai, salinan itu harus dibuat dan keterangan yang asal dikembalikan. Sebaik sahaja kes itu tamat atau jika diputuskan kes tidak diteruskan, benda itu hendaklah dikembalikan.

5. Kesahan tindakan polis hendaklah diputuskan mengikut keadaan pada masa itu dan tidak dari keadaan yang berlaku kemudian.37

2.4 Barang Rampasan Sebagai Keterangan Di Mahkamah

Apa yang menjadi persoalan apabila barang yang rampasan yang dibuat oleh polis itu dibuat secara tidak sah, adakah barang yang dirampas itu tidak boleh dijadikan sebagai

(21)

keterangan di mahkamah? Dalam hal ini, mengikut keputusan kes yang telah dibicarakan menunjukkan bahawa mahkamah biasanya tidak akan memberi perhatian pada cara keterangan itu diperolehi tetapi dilihat adakah keterangan itu berkaitan dengan perkara yang menjadi persoalan kes. Hal ini bermakna, barang-barang yang dirampas itu masih lagi boleh digunakan sebagai keterangna yang boleh diterima walaupun car polis mendapatkannya tidak sah.

Contohnya dalam kes terdahulu di Malaysia iaitu dalam kes Saminathan lwn Pendakwa Raya38 penggeledahan dilakukan oleh seorang Inspektor Polis, sedangkann

kuasa menggeledah diberikan kepada pegawai polis yang lebih kanan. Telah diputuskan orang yang dituduh boleh disabitkan atas kesalahan mengadakan rumah perjudian. Majistret harus memberi perhatian hanya sama ada dokumen yang diperoleh ada kaitan dengan kes dan bukannya bagaimana dokumen itu diperoleh.

Oleh yang demikian, sungguhpun pihak polis memperolehi keterangan atau barang itu dalam penggeledahan yang salah, ia masih boleh diterima sebagai keterangan di mahkamah.39

Setelah penggeledahan selesai dijalankan dan pihak polis telah menahan seseorang berhubung dengan sesuatu kes yang disiasat, orang itu bolehlah ditahan dalam tempoh 24 jam untuk siasatan40 sekiranya siasatan tidak dapat diselesaikan dalam masa 24

jam seperti dalam seksyen 28 Kanun Acara Jenayah, dan pegawai polis percaya orang itu terlibat atau mungkin terlibat, pegawai polis hendaklah menghantar satu salinan catatan buku harian tentang kes itu dan membawa orang yang kena tuduh itu ke hadapan majistret41

Majistret bolehlah memberikan perintah melanjutkan tahanan sehingga 15 hari sekiranya difikirkan patut sama ada dia mempunyai bidang kuasa atau tidak membicarakan kes tersebut. Majistret juga boleh mengarahkan supaya kes itu dihantar ke hadapan majistret lain yang berkuasa membicarakannya. Atau jika kes hanya boleh

38 [1937] MLJ 39. 39 Opcit, 1995, hlm 5.

(22)

dibicara di Mahkamah Tinggi, Majistret mengarahkan di bawa kehadapannya atau majistret lain bagi tujuan diselidik kes untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi.42 Setelah

membenarkan polis menahan orang yang dituduh dalam tempoh tertentu, majistret hendaklah merekod sebab-sebab dia berbuat demikian.43

KESIMPULAN

Secara umumnya di Malaysia, jenayah terbahagi kepada dua iaitu Jenayah Sivil dan Jenayah Syariah. Pihak yang terlibat dalam melaksanakan tatacaranya adalah pihak polis, manakala jenayah syariah pihak yang melaksanakan tatacaranya adalah pihak penguatkuasa agama dan kedua-dua pihak ini mempunyai bidang kuasanya yang tersendiri sepertimana yang termaktub dalam peruntukkan iaitu Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Jenayah Syariah.

Siasatan, tangkapan, dan penggeledahan merupakan antara kuasa yang diberikan kepada pihak polis dan penguatkuasa agama, namun mereka mempunyai had iaitu takat yang dibenarkan melakukan sisatan, tangkapan, dan penggeledahan. Secara zahirnya, pandangan masyarakat kuasa pihak polis adalah lebih daripada kuasa pihak penguatkuasa agama kerana pihak polis lebih sinonim tentang perkara-perkara yang melibatkan siasatan, tangkapan, penggeledahan, dan lain-lain berbanding penguatkuasa agama.

Menerusi kajian yang dilakukan terhadap penggeledahan, dapat dilihat beberapa perbezaan menerusi kaca mata Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Jenayah Syariah terhadap pandangan para sahabat dan para Ulamak. Jika dilihat dari sudut peruntukkan

(23)

undang-undang terutamanya di Malaysia, penggeledahan adalah dibenarkan, namun perlu melaksanakan tatacara yang telah ditetapkan oleh undang-undang, manakala dari sudut pandangan Islam berdasarkan pandangan para sahabat dan Ulama, penggeledahan adalah tidak dibenarkan dalam Islam.

Namun, pada masa kini terdapat beberapa maslahah dan hujah tersendiri terhadap kebenaran melaksanakan penggeledahan sama ada penggeledahan diri atau premis. Hal ini sedemikian kerana merujuk kepada kisah Nabi Yusuf yang menggeledah barangan saudaranya sendiri demi mendapatkan bukti. Oleh itu, penggeledahan dilaksanakan pada masa kini semata-mata mendapatkan bukti yang kukuh dan menjaga kemaslahatan umum demi membanteras jenayah yang kian meningkat pada masa kini.

RUJUKAN

Al-Quran

Ahmad ‘Azam Bin Mohd Shariff. 2012. Prosedur Siasatan dan Pendakwaan Jenayah Syariah: Lakuna dalam Peruntukan Undang-undang Jenayah Syariah Di Malaysia. Tesis Dr. Fal, UKM.

Al-Baihaqi. al-Sunan al-Kubra. VIII, hlm. 334.

Al-Ghazali. 1990. Ihya 'Ulum al-Din. 3/28. Beirut: Dar al-Khair.

Al-Hidayah. 2011. Terjemahan Al-Quran Al-Karim Rasm Uthmani Dalam Bahasa Melayu. Selangor. Al-hidayah House of Quran Sdn Bhd.

Al-Mawardi. al-Ahkam al-Sultaniyyah. Bab 10: Fi Ahkam al-Hisbah, j.2, hal. 8.

Al-Suyuti. al-Durr al-Manthur. VI. hlm.93.

Hsalim Bahreisy, H.Said Bahreisy. 1988. Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katsier. Jilid 4. Victory Agencie Kuala Lumpur.

(24)

Mimi Kamariah Majid. 1995. Criminal Prosedure In Malaysia. Kuala Lumpur. Universiti Malaya Publication.

Mohd Radzuan Haji Ibrahim. 1995. Polis Dalam Sistem Keadilan Jenayah Di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad al-Zuhaili. 2008. Al-Ijra’at al-Jinaiyyah al-Syariyyah, Jamiah al-Syariqah, Imarat al-Arabiyyah al-Mutahaddidah.

Habib al-Rahman al-‘Azhami. Musannaf ‘Abd al-Razzaq. Terbitan: al-Maktabah al-Islami, 10/231, riwayat no: 18943

Shamrahayu A Aziz. 2011. Criminal Prosedure In the Syariah Court. Selangor. Sweet & Maxwell Asia.

W. Mohd Bin Wan Hassan. 2001. Birokrasi Dalam Proses Pra Bicara Jenayah Syariah: Kajian Kes Di Terengganu. Tesis SPI UKM.

Referensi

Dokumen terkait