Wajarkah pendidikan seks di sekolah menengah?
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Terima kasih saya ucapkan kepada barisan kerajaan atas hujah yang diberikan. Yang saya hormati yang dipertua, yang saya kasihi barisan kerajaan dan hadirin sekalian. Saya sebagai salah seorang ahli barisan pembangkang , SITI AINUN BASIRAH BINTI ARUS ingin membangkang hujah yang diberikan oleh pihak kerajaan. Hal ini kerana , kita perlu memperkukuhkan lagi pendidikan islam dan moral berbanding menwujudkan pendidikan seks di sekolah. Bagi saya dengan adanya pendidikan seks ini akan membebankan pelajar kerana bilangan mata pelajaran sebelum ini pun telah banyak.
Yang dihormati yang dipertua,
Saya membangkang pendidikan seks di sekolah ini kerana ia disifatkan bukan jalan penyelesaian kepada masalah sosial dikalangan remaja sebaliknya hanya
menambah buruk terutamanya kepada guru yang perlu mengajar mata pelajaran tersebut dan guru perlu mengikuti kursus yang khusus mengenai pendidikan seks. Dengan kursus yang dilaksanakan itu akan menelan belanja yang banyak di mana guru perlu tahu sepenuhnya mengenai mata pelajaran tersebut bagi mengelakkan guru tersalah atau terpesong dari segi pembelajaran yang mereka perlu ajar.
Yang dihormati yang dipertua,
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat menggesa tanpa berbincang daripada kesatuan guru, pelaksanaan secara terburu-buru ini akan menimbulkan banyak masalah terutamanya kepada para pelajar itu sendiri. Sebagai contoh usaha untuk membanteras gejala buang bayi yang semakin berleluasa ini harus berpaksikan pengukuhan pendidikan agama islam dan moral secara lebih mendalam. Ini jelas dilihat bahawa pendidikan seks ini bukan jalan yang terbaik untuk menangani masalah sosial di Malaysia ini. Dalam pendidikan islam dan moral di sekolah menengah sudah pun diajar tentang pendidikan seks contohnya bagaimana seseorang itu sudah baligh, cara menjaga maruah diri, mengasingkan tempat tidur bagi lelaki dan perempuan. Kalau dalam mata pelajaran sains juga sudah ada serba sedikit mengenai persenyawaan atau kehamilan boleh berlaku. Ini sudah memadai untuk diajar atau diberitahu kepada pelajar disekolah tidak
perlulah mewujudkan pendidikan seks kerana ia bimbang akan terpesong.