• Tidak ada hasil yang ditemukan

CIRI CIRI KELUARGA SEBAGAI INSTITUSI SOS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "CIRI CIRI KELUARGA SEBAGAI INSTITUSI SOS"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Nota Ringkas Keluarga/ Juriah

CIRI-CIRI KELUARGA SEBAGAI INSTITUSI SOSIAL ASAS

1. Di kalangan ahli, ada pertalian melalui perkahwinan atau keturunan. Salasilah boleh digalur melalui pertalian ini.

2. Ada yang berperanan sebagai ketua yang dianggap lebih berkuasa atau lebih dihormati dari yang lain. (Lihat struktur peranan dalam masyarakat patrilineal dan matrilineal).

3. Wujud ikatan yang sukar dipisahkan: konsep saudara sekandung atau sedarah sedaging.

4. Keluarga sebagai kepompong didikan awal manusia, membentuk proses asas sosialisasi – dari mula belajar bertatih sehinggalah boleh berdikari, berfikir dan bertindak untuk menghadapi cabaran dunia luar.

5. Keluarga diharapkan menyalurkan adat/kebudayaan yang dianuti – sebagai saluran untuk mengekalkan identiti/maruah. Walaupun ciri budaya yang perlu dianuti kompleks dan pelbagai, ahli keluarga diharapkan mengamal dan mengekalkannya.

6. Ahli-ahli dalam keluarga diharapkan menjalankan tugas yang telah ditetapkan oleh keluarga sendiri atau masyarakat di mana keluarga itu berada. Keadaan akan menjadi janggal atau konflik akan timbul jika individu yang sepatutnya menjalankan sesuatu tugas atau peranan, tidak menjalankannya dengan betul dan bertanggungjawab. Ini boleh mengakibatkan unsur ”tidak menerima” oleh masyarakat terhadap individu yang tidak menjalankan peranan tersebut.

7. Ada pembahagian tugas sosial dan ekonomi :

Sosial: (Rujuk fakta no. 4 dan 5 di atas) Ahli yang lebih tua (datuk, nenek,

ibu atau bapa, bapa saudara, ibu saudara) diharapkan mendidik dalam segala hal proses sosialisasi. Ini sebagai persediaan untuk meneruskan adat dan kebudayaan keluarga, masyarakat di mana keluarga itu menjadi ahli. Peranan ini amat ditekankan, dan dalam sebahagian keluarga di dunia, peranan ini menjadi utama dan meruncing untuk mengekalkan kestabilan.

Ekonomi: Aspek ini penting untuk memenuhi kehendak mencari sumber dan

(2)

Nota Ringkas Keluarga/ Juriah

ekonomi. Apabila penduduk bertambah ramai dan saingan lebih sengit, lebih ramai dari ahli keluarga melibatkan diri dengan aktiviti ekonomi tambahan untuk menampung kehidupan . Tambahan pula, keperluan material yang mendesak dan arus pembangunan yang lebih pesat membuatkan lebih ramai ahli keluarga melibatkan diri dalam aktiviti tambahan untuk menyara hidup. Melalui keluarga juga beberapa kemahiran hidup (living skills) untuk mendapat sumber ekonomi dipelajari dan diasah.

8. Keluarga sebagai tempat berlindung dan tempat mengadu – menjadi satu pelengkap emosi. Bila ada gangguan emosi yang ekstrim, rasa ingin dikongsi bersama akan timbul. Hubungan keluarga menjadi satu pengikat (bond) yang sukar dipisahkan. Mereka boleh bersedih bersama dan bergembira bersama.

9. Unsur sokong-menyokong antara satu sama lain amat tinggi lebih-lebih lagi bila ada perkara genting yang perlu pemuafakatan. Tiada lain yang yang boleh membantu melainkan keluarga sendiri. Kalau ada yang buruk atau memalukan perlu ditanggung bersama. Begitu juga kalau ada berita gembira diraikan bersama. Sentiasa berusaha untuk mengukuhkan ikatan sesama ahli-ahlinya.

10. Keluarga dianggap sebagai satu entiti sosial yang padu dan utuh. Akan menampakkan ciri keutuhan ini apabila ada ancaman yang meruncing dari sumber luar. Contohnya, masyarakat elit/bangsawan di negara Eropah pada Zaman Pertengahan mempunyai lambang atau jata keluarga yang melambangkan keutuhan keluarga itu. Ini sebagai simbol kekuatan, simbol kekayaan, permuafakatan dan kuasa. Banyak contoh lain yg boleh ditunjukkan.

Sebagai contoh: senario di mana ramai ahli keluarga hadir apabila seseorang dihadapkan ke mahkamah. Hal begini selalu kita lihat di dada akhbar di mana ahli keluarga memberi sokongan moral kepada orang yang dibicarakan di mahkamah.

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari penelitian ini dibuat untuk mengembangkan sistem informasi manajemen hubungan pelanggan, antara lain dengan mempromosikan barang terhadap pelanggan,

Pendidikan adalah usaha sadar dan terencana untuk mewujudkan suasana belajar dan proses pembelajaran agar peserta didik secara aktif megembangkan potensi dirinya untuk

Pengobatan secara farmasi dapat dilakukan dengan memberi obat antacid, Pengobatan secara farmasi dapat dilakukan dengan memberi obat antacid, antihistamin, antikolinergik,

Banyak contoh pekerjaan yang dilakukan dengan cara bekerja sama dengan lingkungan tetangga kita.. Setelah mempelajari materi pada bab ini kamu diharapkan dapat

Pemanfaatan Ampas Kelapa Kering pada Proses Adsorpsi Ion Logam Berat CdII dengan Variasi Waktu Kontak dan pH.. Jurusan Kimia Fakultas Matematika dan Ilmu

Puji syukur Alhamdulillah penulis panjatkan kehadiran Allah yang telah memberikan ijin, kemudahan dan karunia yang tiada ternilai sehingga penulis dapat menyelesaikan

binaan agar selalu beriman dan bertakwa kepada yang Maha Kuasa, disiplin diri dan disiplin waktu yang dibina sejak anak masih dini, membina anak untuk memiliki