• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOLONIAL BRITISH DAN PROGRAM ISLAMIPHOBI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KOLONIAL BRITISH DAN PROGRAM ISLAMIPHOBI"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

KOLONIAL BRITISH DAN PROGRAM ISLAMIPHOBIA DI TANAH MELAYU

oleh

Rahimin Affandi Abdul Rahim, Mohd Imran Abdul Razak, Muhamad Sayuti Mansor,

Mohd Anuar Ramli, Siti Maimunah Hj. Kahal &

Rabiatul Adawiyyah Binti Mohamed Ratha. Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya,

Lembah Pantai 50603, Kuala Lumpur. Telefon : 03-79676080/ 012-3192177. Email : [email protected]

Pengenalan

Premis utama kajian ini adalah program Islamiphobia bukannya bermula pada zaman moden ini akibat peristiwa 11/9 2001. Tetapi ia telahpun wujud sejak awal lagi, di era pasca perang salib dan penjajahan negara umat Islam oleh kuasa barat. Untuk tujuan itu, kajian ini hanya akan menumpukan perhatian kepada sejarah Tanah Melayu.

Maksud Islamiphobia

Walaupun konsep Islamiphobia wujud dalam paparan media di barat pada tahun 2000an selepas berlakunya peristiwa 11/9 2001, tetapi asasnya memang telah wujud sejak kuasa kolonial British menjajah Tanah Melayu di abad 17-19 (1874-1957) lagi. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa penerusan projek Islamiphobia ini dipacu dengan usaha kolonial British.

Istilah Islamiphobia ini telah dikesan penggunaannya di Perancis oleh Etienne Dinet dan Slima Ben Ibrahim pada 1925 di dalam bukunya “Acces De Delire Islamophobe”. Namun begitu, istilah ini tidak popular dan ianya juga sama sekali tidak menjadi isu pada waktu itu. Di Amerika, Islamiphobia ini muncul pada 1991 melalui artikel dalam majalah Insight, namun masyarakat tidak ambil kisah dan tidak memberikan apa-apa reaksi terhadap fenomena Islamiphobia ini.1 Akhirnya istilah Islamiphobia ini semakin popular dan mencapai kemuncak

penggunaannya selepas 11 September 2001 diikuti dengan pengeboman di Madrid pada 11 Mac 2004 dan pengeboman di London pada 7 Julai 2005.

Islamiphobia ini merujuk kepada rasa fobia (kebimbangan) terhadap Islam sama ada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan apa sahaja yang berkaitan dengan Islam. Menurut Pelapor Khas PBB, Islamiphobia bermakna : suatu permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat ketakutan atau kebencian pada orang Islam atau majoriti daripada mereka.2 Takrif yang sama diberikan oleh Laporan Commission on British Muslims

and Islamiphobia yang menyatakan bahawa ianya merujuk kepada dread or hatred of Islam and, therefore, to fear or dislike all or most Muslims atau irrational fear of Islam or anti-Muslim racism and continuation of anti-Asian and anti-Arab racism.3

1 Allen, C. (2001). Islamophobia In The Media Since September 11th, Working Paper For A Conference On Exploring Islamophobia, Deepening Our Understanding Of Islam And Muslims. 29th May 2009, University of Westminster, London.

2 Doudou Denien. (2006). International Service For Human Right’s Summaries Of Documents For The UN Commission On Human Rights In The 62nd Session And Human Rights Council 2nd Session On Contemporary Forms Of Racism, Racial Ddiscrimination, Xenophobiaand Related Intolerance. Geneva: UNHCR.

(2)

Jadi, dapat disimpulkan bahawa Islamiphobia ini merujuk kepada persepsi negatif terhadap Islam dalam bentuk diskriminasi pelbagai yang dimotivasikan oleh ketakutan dan kebimbangan terhadap Islam atau umat Islam. Persepsi negatif yang terbina akibat fobia terhadap Islam ini dapat dilihat dalam pelbagai aspek dan ini merangkumi pandangan serong terhadap undang-undang, nilai-nilai dan budaya yang dibawa oleh Islam. Persepsi negatif ini disahkan dengan Laporan Runnymede di London bertajuk Islamiphobia: A Challenge for Us’ All menyatakan bahawa;4

Islam is perceived as a monolithic block, static and unresponsive to change; it is viewed as separate and “other”; it does not have values in common with other cultures, is not affected by them and does not influence them. Islam is seen as inferior to the West; it is considered barbaric, irrational, primitive and sexist; Islam is seen as violent, aggressive, threatening, and supportive of terrorism and engaged in a “clash of civilizations.”

Rumusan yang dibuat Runnymede ini mengesahkan bahawa Islam telah disalahfahami secara serius oleh ramai pihak terutamanya masyarakat bukan Islam di barat. Sehubungan dengan itu, persepsi yang salah ini perlu diperbetulkan segera bagi memastikan Islam yang menjadi rahmat sekalian alam ini difahami atau tidak disalah tanggapi. Sesungguhnya, tanggungjawab ini mestilah dipikul oleh setiap individu Muslim termasuk institusi-institusi, badan-badan dan pertubuhan Islam.

Dasar Anti Islam Pihak Kolonial British Di Tanah Melayu

Dalam kajian ini kita cuba menunjukkan persamaan naratif Islamiphobia klasik dan moden. Lebih tepat lagi ia adalah penerusan kepada sentimen perang salib yang berlaku di Eropah. Ia juga bersesuaian dengan penegasan Quran bahawa kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah redha dengan umat Islam sampai kiamat.

Dominasi Ilmu Kolonial Di Tanah Melayu

Dasar anti Islam pihak kolonial British telah dibuat melalui ilmu kolonial. Ia adalah produk langsung daripada proses kolonialism British di Tanah Melayu. Ilmu kolonial adalah ilmu yang dihasilkan oleh sarjana-pentadbir British di Tanah Melayu. Ia mengandungi serba serbi maklumat tentang masyarakat tanah jajahan bagi tujuan pengawalan dan pemantauan yang sepatutnya. Ia berupa pelbagai kajian yang membabitkan latar belakang manusia Alam Melayu dalam bentuk laporan, hasil bancian, jurnal ilmiah, catatan peribadi, bibliograpi dan manuskrip. Hal ini ditegaskan oleh Knaap5 ; In order to rule the colonies properly, the

kolonial power of the time were of the opinion that they needed not only a strong army and navy and a well-trained civil service, but also scholarly and practical knowledge of the indigenous society. Scholarly interest in the colonies can thus be interpreted as an offspring of the process of kolonial state formation. During the nineteenth and early twentieth centuries, in England and France as well as in the Netherlands, all sorts of journals came into being to disseminate knowledge about the colonies. Few of these journals survived the wave of decolonization after the Second World War. In the Netherlands only two survived, Bijdragen and (Nieuwe) West-Indische Gids, founded in 1919. The other well-known journal on Southeast Asia from this period that is still in eistence is the Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, founded in 1878.

Dari petikan di atas, kita dapat mengetahui bahawa usaha pengumpulan semua perkara membabitkan masyarakat dan Alam Melayu sebenarnya bermatlamatkan untuk memahami dan membentuk ilmu tentang masyarakat Melayu, yang dijadikan asas atau alat untuk

4 The Runnymede Trust. (2011) Islamophobia:A Challenge For All Of Us. London:

(3)

menguasai mentality masyarakat Melayu. Ia berasaskan dasar dan epistemologi (falsafah, pendekatan, metodologi dan tafsiran) yang dilakukan oleh sarjana penjajah kolonial British tentang masyarakat Tanah jajahan.

Ilmu kolonial lebih tepat lagi adalah tergolong dalam disiplin orientalism, iaitu ilmu yang mengkaji ruang fizikal dan abstrak/pemikiran masyarakat bukan Barat. Orientalis ialah sekelompok ilmuan mengkaji Islam dari sudut pandang mereka. Mereka mengkaji ‘Timur’ secara budaya bahkan ideologi, sebagai suatu bentuk wacana dengan dokongan institusi, kosa kata, keilmuan, imajinasi, doktrin, bahkan birokrasi kolonial dan gaya kolonial.6

Mereka mendakwa kajian itu dilakukan demi nilai ilmiah murni tanpa ada maksud dan tujuan yang lain. Namun begitu, pandangan metodologi orientalis mengandung pelbagai bentuk konfrontasi terhadap kebudayaan tertentu. Ia dikonstruk khusus untuk membezakan antara kedua masyarakat tadi tanpa mengambilkira persetujuan masyarakat timur.

Bagaimana ilmu kolonial Dibentuk.

Sebelum British campurtangan secara rasmi di Tanah Melayu iaitu selepas perjanjian pangkor 1874, memang telah ada penjelajahan ilmiah yang dilakukan oleh beberapa orang sarjana British di kawasan Alam Melayu. Ia tercetus kerana pengaruh pemikiran saintifik yang muncul di Eropah pada abad 17 Masihi.7 Pemikiran saintifik ini dikatakan sebagai the scientific revolution ushered in the belief that things in nature were quantifiable, and its inner workings could be discovered via scientific methods8. Atas dasar itu, penjelajah British seperti Raffles, John Leyden and John Crawfurd telahpun mengkaji dan mencatat semua perkara tentang masyarakat Alam Melayu yang ditemui.9 Hasil catatan mereka ini telah menjadi

rujukan utama oleh pihak British dan pembuat dasar di Eropah, sebelum mereka menjalankan apa-apa dasar tentang Alam Melayu.10 Di zaman kemudiannya, karya ketiga sarjana ini telah

dijadikan rujukan untuk proses pembelajaran tentang masyarakat Alam Melayu. Bahkan ia telah menjadi teks wajib bagi program latihan kadet British yang dihantar berkhidmat di koloni Alam Melayu.11

Proses pembangunan ilmu kolonial di kawasan Tanah Jajahan seperti Tanah Melayu memang menjadi polisi utama yang ditetapkan kuasa penjajah British di Britain.12 Pejabat

Tanah Jajahan di London telah menetapkan dasar agar ilmu kolonial diwujudkan bagi memastikan penjajahan dapat bertahan lama. Untuk itu, mereka memerlukan korpus catatan penjelajah awal yang ditokok tambah pula dengan kajian ethnografi yang dilakukan oleh kadet ataupun sarjana-pentadbir British yang berkhidmat di Tanah Melayu. Golongan penjelajah awal ini telah bertindak sebagai pakar orientalis untuk membangun ilmu kolonial. Pakar ini akan memberikan panduan bagaimana ilmu kolonial boleh dibangunkan. Pejabat Tanah Jajahan di London perlu menerima pakai cadangan yang diberikan oleh pakar-pakar

6 Edward W Said (1985), Orientalism, Middlesex: penguin Books, h. 2.

7 Hendrik M. J. Maier (1988), In the Centre of Authority: The Malay Hikayat Merong Mahawangsa, New York: Southeast Asia Program, Cornell University, h.. 38, 43.

8 Richard S.Westfall (1992), The Scientific Revolution Of The Seventeenth Century: The Construction Of A New World View dalam The Concept of Nature: The Herbert Spencer Lectures, ed. John Torrance Oxford: Clarendon Press, h. 63-93

9 Barbara Watson Andaya and Leonard Y. Andaya (1982), A History of Malaysia, London: Macmillan Press, h.115.

10 Anthony Reid (2004), Understanding Melayu (Malay) as a Source of Diverse Modern Identities., in Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries, ed. Timothy P. Barnard (Singapore: Singapore University Press, h.. 295-314;

11 R. J. Wilkinson (1971), Papers on Malay Subjects, Kuala Lumpur: Oxford University Press, h. 2.

(4)

orientalis ini13. Hal ini kemudiannya telah melahirkan sejumlah sarjana-pentadbir British di

Tanah Melayu. Di tangan mereka usaha pembangunan ilmu kolonial telah dijalankan mengikut agenda kolonialisme British. Untuk mengetahui matlamat utama kenapa ilmu kolonial ini dibentuk kita boleh merujuk kepada petikan di bawah;

In British Malaya and the Netherlands Indies, a large portion of this “compendia of information” was the knowledge gathered by anthropologists, historians, and linguists through this larger project of the collection and preservation of cultural heritage, which began with the work of Stamford Raffles and his contemporaries. This imperially constructed knowledge was used to both justify and maintain imperial rule by informing decisions relating to kolonial policy, and by creating characterizations of the indigenous population relating to ideas of race, gender, and social class. The use of Dutch and British imperial ethnology of Southeast Asia, reflected fundamental differences in the role of anthropology as a an official tool of empire in both colonies. The Dutch government tended to utilize anthropological knowledge in an open and official capacity through government advisors, while the influence of British studies of Malay culture tended to be more informal.14

Ia secara langsung menerangkan bahawa pengkajian semua aspek manusia dan Alam Melayu bertujuan untuk mempelajari dan seterusnya dijadikan asas untuk membentuk dasar British terus menjajah dan mengekalkan kuasa di Tanah Melayu.

Sarjana-pentadbir British yang bertugas di Tanah Melayu dikehendaki menjalankan misi mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang masyarakat Tanah Jajahan untuk tujuan pentadbiran masyarakat. Sebenarnya pendekatan ini memang telah dilakukan sebelum kedatangan British. Ia memang telah dikumpulkan oleh sejarahwan Portugis,15 Belanda16 dan

British.17 Raffles sebagai pengasas kajian ethnografi masyarakat Melayu telah memberi garis

panduan bagaimana kadet-kadet ini perlu menjalankan usaha pengumpulan data melalui beberapa langkah;18

1. Menguasai bahasa pribumi untuk membolehkan proses komunikasi dan menjalankan program law and order di dalam masyarakat.

2. Menjalankan survey ataupun kajian tinjauan bagi mengumpulkan maklumat mengenai kehidupan sosial, alam sekitar dan segala perkara yang berkait dengan masyarakat pribumi.

3. Mengumpul maklumat statistikal melalui kaedah banci yang kemudiannya dikategorikan mengikut pembahagian yang khusus.

4. Menyimpan pelbagai bahan dan artifak yang dikutip dari survey and banci untuk dipamerkan kepada kalangan yang berminat.

5. Mengasaskan suatu sistem pengintipan dan perisikan yang dianggap perlu bagi menjamin keselamatan dan kestabilan politik pemerintahan kolonial

6. Membina suatu perpustakaan historigrafi yang dicopkan sebagai hak milik pribumi yang kemudiannya dijadikan sebagai bahan utama pengajaran kepada masyarakat.

13 Kees Groeneboer (1999), Politik Bahasa Kolonial Di Asia, Wacana, v. 1, no 2, h. 201-220.

14 Matthew Schauer (2012), Custodians Of Malay Heritage: Anthropology,Education, And Imperialism In British Malaya And The Netherlands Indies 1890-1939, tesis Ph.D untuk University of Pennsylvania, h.4-6.

15 Boxer, C.R. (1965), Some Portuguese Sources For Indonesian Historiography, Dalam SoedjaTanah Melayuoko (Eds), An Introduction To Indonesian Historiography, New Haven : Cornell University Press.

16 Ibid

17 Barlow, H.S.(1995), Swettenham, Kuala Lumpur : Southdene Bhd, h. 1-31.

(5)

7. Melakukan proses kajian philology terhadap koleksi historigrafi milik orang Melayu yang kemudiannya diterbitkan dalam pelbagai bentuk penerbitan ilmiah untuk tujuan rujukan pentadbir dan akademik.

Kemudiannya, semua bahan mentah yang terkumpul ini dianalisa dan dijadikan sebagai asas untuk memahami dan menguasai masyarakat tanah jajahan. Terpenting lagi, banyak dasar British di Tanah Melayu dibuat berasaskan dapatan kajian daripada bahan mentah ini. Pihak Pejabat Tanah Jajahan perlu menerimapakai nasihat yang dicadangkan oleh sarjana-pentadbir kolonial. Contoh yang paling jelas dalam soal ini adalah dasar mewajibkan penggunaan bahasa penjajah di sekolah masyarakat tanah jajahan. Hal ini telah dijalankan mengikut cadangan yang dikemukakan oleh sarjana orientalis, di Tanah Melayu dan India serta pihak Belanda di Indonesia.19

Pengaruh Ilmu Colonial Dalam Setup Ilmu Di Peringkat Antarabangsa

Sejarah keilmuan dunia mencatatkan bagaimana sesuatu doktrin dapat bertahan lama seandainya ia memenuhi empat syarat utama; pertama, kesahihan logika dan argumen, kedua; mempunyai maklumat lengkap dalam sesuatu korpus ilmu, seperti maklumat ethnografi dan sains botani. Ketiga, menarik perhatian orang untuk dikaji dan diikuti. Keempat; mampu diterapkan terhadap kes yang dihadapi (apllicable).20

Dalam kes ilmu kolonial, keempat syarat ini memang telah dipenuhi yang menyebabkan ianya kekal hingga pada masa selepas Tanah Melayu merdeka. Hal ini berlaku kerana;

1. Ilmu kolonial telah diwartakan dalam rangkaian jurnal ilmiah antarabangsa sebagai ilmu yang objektif dan tiada apa-apa agenda bias yang tersembunyi. Ia berkait secara langsung dengan penguasaan pihak kolonial Barat (British dan Belanda) terhadap jurnal-jurnal ilmiah ini. Jurnal yang dimaksudkan adalah The Asiatic Society dan The Straits Branch of the Royal Asiatic Society.

2. Penerimaan dunia akademia bahawa kaedah kajian yang diaplikasikan dalam kajian Alam Melayu memang bersifat objektif. Hal ini ditegaskan oleh Syed Farid Al-Attas sebagai penjajahan akademik dunia Barat terhadap seluruh dunia. Semua falsafah dan teori ilmu Barat akan diikuti tanpa usul periksa.

3. Pihak British sebagai negara bekas penjajah Tanah Melayu memiliki koleksi perpustakaan

historigrafi yang lengkap tentang Alam Melayu. Koleksi ini terdapat di British muzium yang menjadi rujukan utama pengkaji zaman moden.

4. Pemimpin politik dan sarjana negara bekas tanah jajahan menganggap sistem pemerintahan dan epistemologi Barat sebagai yang terbaik. Ia diteruskan tanpa usaha untuk memperbetulkan hal ini.

Proses Pengekalan Ilmu Kolonial Di Malaysia

Proses pengekalan ilmu colonial dalam masyarakat bekas tanah jajahan seperti Malaysia21 dapat difahami dengan memahami konsep dominasi dan hegemoni. Dominasi

adalah penguasaan masyarakat oleh kerajaan atau kelompok tertentu melalui kaedah kekerasan agar patuh kepada system, strata dan dasar yang ditetapkan. Manakala hegomoni adalah usaha penguasaan kerajaan atau kuasa kepada rakyat atau massa bukan secara langsung mengunakan kaedah kekerasan, tetapi mengunakan pelbagai jalan dan medium yang diakui sah. Ia juga untuk memastikan rakyat atau massa patuh. Contohnya ia dibuat melalui ;

19 Kees Groeneboer (1999), Politik Bahasa Kolonial Di Asia, Wacana, v. 1, no 2, h. 201-220.

20 Amir Mualim (2006), Ijtihad dan Legelasi Muslim Kontemporer, Yogyakarta: UII Press, h. ix-xi.

(6)

undang-undang atau akta khusus; justifikasi ahli agama; sistem pendidikan dan politik yang sah melalui pemilihan rakyat teramai ( demokrasi) dan terpenting sekali penggunaan media massa.22

Lebih tepat lagi, hegomoni adalah penguasaan masyarakat menggunakan kuasa politik dan intelektual yang diakui ramai. Ia adalah penguasaan secara halus, bukan memaksa secara langsung tetapi menciptakan suasana bagi yang membuat massa merelakan diri mereka untuk dikuasai.23 Keberkesanan kaedah ini kerana ia menggunakan peranan intelektual dan moral

( ulamak menjustifikasikan ketaatan pada pemerintah) dan mampu membentuk public opinion masyarakat melalui media massa.24

Apa yang jelasnya, sesuatu kuasa dapat bertahan lama dengan menggunakan kaedah dominasi dan hegomoni sekaligus. Apabila hegomoni diperolihi, rakyat dan massa mengakui keabsahan kuasa pemerintah dengan sebab faktor moral, yang menyebabkan rakyat akan taat dan gagal memnyedari bahawa diri mereka ditindas, menganggap system itu sebagai adil dan sesuai dengan kehendak tuhan.

Dalam kes ilmu colonial, proses dominasi dan hegemoni telah berjalan sekaligus. Sistem dan world-view penjajah telah dipegang kuat oleh golongan elit pemerintah yang dicipta oleh pihak British. Mereka menjalankan semua dasar yang ditetapkan oleh pihak British dalam system berkerajaan di Malaysia.25 Dalam perkembangan selepas merdeka, proses hegemoni

ini masih berjalan dalam bentuk yang agak berbeza. Banyak kes-kes yang menunjukkan kuasa besar mempergunakan NGO untuk menyebarkan keabsahan ilmu colonial dan world-view barat secular dalam masyarakat.

Mengikut Ungku Maimunah, penjajahan British di Tanah Melayu menyebabkan timbul 3 perkara; usaha mendapatkan sebanyak mungkin laba dengan modal yang paling minimum; usaha dalam bentuk ilmu yang mengkaji masyarakat tanah jajahan dan memperlihatkan niat murni British di Tanah Melayu. Usaha ini, turut diwartakan kepada masyarakat antarabangsa selepas Malaysia merdeka.

Kesinambungan Ilmu Colonial Dengan Kajian Orientalis Moden

Dalam banyak hal, sarjana kolonial yang terlibat mengkaji Islam di alam Melayu apabila tamat perkhidmatan di tanah jajahan, telah menjadi pensyarah di pusat kajian oriental IPT barat. Apa yang dilakukan semasa di tanah jajahan dahulu kemudiannya diaplikasikan dalam pengajaran tentang subjek Islam dan masyarakat tanah jajahan (oriental). Contoh terbaik adalah Snouck Hurgronje. Ia adalah sarjana orientalis yang pernah berkhidmat di Indonesia, apabila tamat perkhidmatannya di tanah jajahan telah menjadi pakar pengajian Islam di Leiden Universiti. Ia terkenal memotretkan Islam dalam bentuk yang sangat negatif.

Snouck Hurgronje lahir pada 8 Februari 1857 dan telah meghabiskan sepanjang hayatnya selepas berkhidmat di Indonesia dalam bidang pengkajian hukum Islam di

University of Leiden. Beliau merupakan pakar dalam bahasa Arab dan pengajian Islam. Kajian beliau yang mendapat perhatian adalah teorinya tentang ibadat haji umat Islam dan penjelasan beliau terhadap ajaran tauhid yang telah muncul sebelum Islam.26 Secara umumnya, teori

Snouck meliputi dua tajuk penting iaitu Mekah dan pengajian hukum Islam. Beliau telah sanggup menghabiskan masa selama 5 bulan di Mekah dan menukarkan namanya kepada

22 Roge Simon (1999), Gagasan-Gagasan Politik Gramsci, Yogyakarta : Penerbit INSIST, h. 20, 11 dan 13.

23 Daniel Hutagalung (2004), Hegemoni, Kekuasaan Dan Ideologi, Diponegoro 74 : Jurnal Pemikiran Sosial, Politik Dan Hal Asasi Manusia, no 12, h. 1-16

24 Faizal Musa (2011), Wacana Sastera Transendental, Jurnal Pengajian Media Malaysia, v. 13, n0.2 h.29-40

25 Mohd. Noor Mat Yazid (2014), Colonial Policy And The Impact To The Politico-Economy Stability After Independence: The Case Of Indonesia Under The Dutch And Malaysia Under The British, Review of History and Political Science , December 2014, Vol. 2, No. 3 & 4, pp. 69-84

(7)

Abdul Ghaffar untuk mempelajari budaya dan hukum Islam kerana syarat utama untuk bergaul dengan sarjana muslim pada ketika itu adalah perlu menguasai hukum Islam.27

Snouck beranggapan bahawa kajian hukum Islam merupakan pra syarat utama untuk memahami budaya, bahasa dan kebudayaan Islam yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah. Oleh sebab itu, kajian hukum Islam merupakan objektif utama Snouck dan beliau telah menggunakan metodologi yang baik dalam kajiannya. Dalam rangka memperkenalkan pengajian hukum Islam kepada barat, beliau telah menulis sebuah artikel berjudul “New Contributions to the Knowledge of Islam” yang mengkhususkan kepada masalah hukum Islam khususnya mengenai zakat yang masih lagi asing bagi sarjana Belanda pada masa itu. Karya yang telah dihasilkan oleh Snouck menggunakan rujukan yang ditulis daripada sarjana Islam.28

Ia terlibat secara langsung dalam mengemukakan teori penolakan hadis dalam Islam. Hal ini dijelaskan sendiri oleh Joseph Schacht, tokoh barat yang menolak otoriti hadis dalam Islam. Sebagai contohnya, Joseph Schacht dalam analisisnya terhadap sumber-sumber hukum Islam secara langsung mengakui telah menerapkan pendekatan kritik sejarah yang sebelumnya telah diperkenalkan oleh sarjana-sarjana pendahulunya terutama Goldziher dan Hurgronje. Dalam bahagian pengantar dari Origins, Schacht mengatakan: “I feel myself under a deep obligation to the masters of Islamic studies in the last generation. The name of Snouck Hurgronje appears seldom in this book; yet if we now understand the character of Muhammadan law it is due to him. Goldziher I shall have occasion to quote often; I cannot hope for more than that this book may be consideared a not unworthy continuation of the studies he inaugurated. Margoliouth was the first and foremost among my predecessors to make more than perfunctory use of the then recently printed works of Shafi’i; in reviewing the field which is surveyed here in detail he came nearest, both in his general attitude to the sources and in several important details, to my conclusions. Lammens, though his writing rarely touch Muhammadan Law and Jurisprudence directly, must be mentioned in the preface to a book which is to a great part concerned with the historical appreciation of Islamic “traditions”; my investigation of legal traditions has brought me to respect and admire his critical insight whenever his ira et kajianum were not engaged. In the present generation, Bergstrasser, with penetrating insight, formulated the main problems posed by the formative period of Muhammadan law and offered a tentative solution. “29

Perkataan Schacht di atas menunjukkan bahawa beliau mengakui bahawa kajiannya terhadap hukum Islam bukannya bermula secara bebas, tetapi terpengaruh dengan teori-teori yang dikemukakan oleh pendahulunya. Beliau menyebut nama Hurgronje dan Goldziher sebagai idolanya kerana dua nama besar ini merupakan peletak dasar kajian Islam di barat yang menerapkan pendekatan kritik sejarah terhadap sumber-sumber Islam.

R.Stephen Humpreys menyatakan bahwa karya-karya Schacht dibangun di atas asas paradigma pemikiran orientalis yang hidup pada akhir abad ke-19. Konsepnya tentang asal-usul, sumber dan tujuan dari jurisprudence Islam berasas pada karya Snouck Hurgronje. Sedangkan pendekatan yang dipergunakan Schahct ketika membahas asal usul fiqh diilhamkan oleh tulisan Goldziher, “On the Development of the Hadith” (Muslim Studies II) yang diterbitkan pada tahun 1890.30

Menurut A.J. Wensinck, Snouck Hurgronje adalah tokoh pertama yang menerapkan metode kritik sejarah. Ia menggunakan metodologi ini dalam kajiannya tentang Zakat pada

27 Ibid.

28 A.Muin Umar (1978), op.cit, h. 66.

29Joseph Schacht, The Origins ..., hh. v-vi.

(8)

tahun 1882. Gagasan-gagasan yang ia bangunkan dalam kajiannya itu dipengaruhi oleh metode kritik Bible (Biblical criticism) yang sedang berkembang setelah diperkenalkan oleh Kuenen dan Wellhausen, di mana ketulenan Pentateuch sebagai sebuah kitab suci dipersoalkan.31 Hal yang sama mengikut Snouck Hurgronje dilakukan oleh sarjana Islam,

apabila mereka berusaha mencari justifikasi dengan merujuk kepada tradisi-tradisi yang dijalankan oleh generasi sebelumnya atau langsung merujuk pada Nabi Muhammad sendiri untuk persoalan hukum yang timbul meskipun melalui jalan memalsukan hadis.32 Teori

Hurgronje itulah yang selanjutnya menjadi dasar pandangan umum kalangan orientalis bahawa pemalsuan hadis merupakan (literary mode) yang paling banyak digunakan setelah wafatnya Nabi Muhammad.

Isu-Isu Memburukkan Islam (Islamiphobia Klasik).

Melalui ilmu kolonial, kita dapat mengenalpasti beberapa isu memburukkan Islam yang kemudiannya menjadi asas kepada Islamiphobia moden. Antaranya;

1. Usaha Meremehkan Peristiwa Islamisasi Alam Melayu.

Mubaligh awal telah menjadi sasaran kritikan mereka. Bagi mereka, proses Islamisasi Alam Melayu yang diusahakan oleh mubaligh yang awal penuh dengan paksaan dan tipu muslihat, serta mengajar masyarakat Alam Melayu untuk bersikap ganas pada golongan bangsa Eropah sebagai akibat daripada semangat Perang Salib yang berlaku di Timur Tengah. Mereka menegaskan bahawa Islam tidak memberi apa-apa impak positif kepada masyarakat Melayu. Bahkan pengaruh pra Islam (hindu-budhha dan animisme) dianggap lebih baik berbanding dengan Islam. Hal ini ditegaskan oleh raffles berulang kali walaupun dia memaklumi pencapaian intelektual ulamak Islam di abad 16-17 dengan penghasilan karya kitab jawi. Hal ini terbukti apabila dia menjalankan polisi mendapatkan sebanyak mungkin manuskrip Islam daripada masyarakat Melayu, dengan melantik Abdullah Munsyi sebagai agen untuk usaha pengumpulan manuscript Melayu Islam ini. Boleh dikatakan sebahagian besar daripada koleksi manuscript Melayu Islam di British muzuim sebagai hasil usaha beliau.33

Raffles mengeluarkan pandangan bahawa andainya tradisi Hindu masih berkuasa sudah pasti tamadun Melayu akan menjadi maju. Hal ini terbukti dengan wujudnya monumen Hindu seperti Candi Borobudur yang sangat hebat. Sedangkan Islam tidak mempunyai kesemua monumen ini. Dalam banyak hal, ia menghargai budaya hindu yang menekankan kasta kerana ketaatan masyarakat bawahan kepada kasta atasan akan memudahkan kuasa british menguasai politik-ekonomi masyarakat tanah jajahan. Lebih penting lagi, dalam agama hindu tiada fahaman jihad melawan penjajah yang bakal menjejaskan kuasa penjajah british. Bahkan pengaruh Indianisasi dilihat lebih positif di dalam membawa elemen tamadun kepada masyarakat Alam Melayu. Lebih penting lagi, mereka berlebihan mengagungkan tamadun kebendaan dan sastera hindu kepada masyarakat Alam Melayu, walaupun kesemuannya tidak mengandungi penggunaan daya artikulasi kritikal dalam kehidupan bermasyarakat.34

2. Usaha Mematikan Konsep Ummah Melayu

Konsep ummah berasaskan ikatan agama Islam seperti mana dipegang sebelum kedatangan British diubah menjadi konsep bangsa Melayu mengikut kerangka Nation State.

31 A.J. Wensinck (1996), “The Importance of Tradition for the Study of Islam”, dalam Ian Edge, Islamic Law and Legal Theory. New York: New York University Press, h. 135.

32 Ibid, h. 136.

33 Syed Muhd Khairudin Al-Junied (2003), From Noble Muslims To Saracen Enemies : Thomas Stamford Raffles's Discourse On Islam In The Malay World, SARI, 21, h. 13-29.

(9)

Hal ini dimasukkan dalam kurikulum buku teks Melayu yang diajar di sekolah Melayu. Ia terdiri daripada ;35

1. kawasan sempadan tertentu mengikut konsep British dengan suatu peta khusus. Tanpa disedari oleh orang Melayu, Peta Tanah Melayu yang diperkenalkan ini disesuaikan dengan kehendak dan empayar milik British di Alam Melayu.

2. ketaatan hanya perlu diberikan kepada raja di tempat sendiri.

3. Ras melayu khusus dan mengunakan bahasa Melayu. Hal ini diterapkan dalam usaha banci penduduk yang dijalankan. Hasil bancian ini diklasifikasikan masyarakat mengikut kehendak British sepenuhnya. Setiap ras ini dibezakan mengikut tempat tinggal, pekerjaan, sistem pendidikan. Mereka tidak mahu ras-ras ini berinteraksi dengan baik sehingga bersepakat melawan British.

4. Ras bukan Melayu seperti cina dan India akan dibiarkan mengamalkan budaya sendiri dan tidak menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal, tetapi sebagai tempat mereka berkerja semata-mata.

Secara halus ikatan perpaduan ummah Melayu-Islam dihancurkan. Raffles sebagai pengasas ilmu kolonial telah memberikan takrifan konsep Melayu mengikut world-view Barat yang berasaskan konsep Nation State Eropah. Lebih penting lagi, ianya dibuat berasaskan kepentingan kuasa penjajah Barat yang cuba memecah belahkan kawasan Alam Melayu mengikut pembahagian kawasan jajahan takluk British dan Belanda seperti mana termaktub dalam perjanjian Inggeris-Belanda tahun 1824.

Status Melayu dan daerah dunia Melayu dihadkan kepada Tanah Melayu dan beberapa lokasi tertentu. Dalam usaha ini, ia telah memecah belahkan masyarakat Melayu di Alam Melayu. Asas yang diletakkan ini kemudiannya diteruskan oleh pentadbir British lain seperti Winstedt, Wilkilson, Swethenam, Linelhan, Hugh Clifford dan ramai lagi. Bagi Abdul Rahman Embong, konsep nation state tajaan British berasaskan semangat asabiyah sempit kepada sesuatu negeri dan kawasan yang tertentu mengantikan semangat perpaduan ummah Islam.36 Dasar ini lebih merupakan usaha untuk memecah belahkan perpaduan umat Melayu

di rantau ini agar ianya tidak menjadi ancaman kepada kuasa penjajah Barat.37

Terpenting sekali, mereka tidak mahu orang Melayu terpengaruh dengan ideologi Islam luar negara yang bakal menjejaskan kuasa mereka di Tanah Melayu. Atas dasar itu, dua perkara ataupun dasar telah diperkenalkan.

1. Memandang serius institusi ibadat haji kerana memang terbukti ibadat haji bakal melahirkan semangat anti penjajah. Untuk itu, British seperti mana Belanda di indonesia telah mengetatkan syarat orang melayu pergi mengerjakan ibadat haji.

2. Memusuhi mana-mana kerajaan Islam yang menyeru kearah perpaduan ummah melayu-Islam. Dalam kes di Alam Melayu, kerajaan Aceh telah dijadikan sasaran utama. Kerajaan Aceh telah dicop sebagai negara penganas. Mereka menyebar dakyah buruk bahawa Kerajaan Aceh berusaha memonopoli sumber rempah di Alam Melayu dengan menyerang dan memusnahkan ladang lada hitam di kawasan lain. Aceh juga dikatakan suka menyerang kawasan lain untuk memperluaskan kuasa dan diikuti dengan dasar membawa balik tawanan perang ke Aceh untuk dijadikan hamba dan gundik.38 Para hamba telah

dizalimi oleh masyarakat Aceh. Dalam masyarakat Aceh dikatakan mempunyai ramai

35 Soda Naoki (2001) The Malay World in Textbooks: The Transmission of Colonial Knowledge in British Malaya, dalam Southeast Asian Studies, Vol. 39, No.2, September 2001, h. 188-230.

36Abdul Rahman Embong (2000), “ Wacana Globalisasi “, Dalam Malaysia Menanggani Globalisasi : Peserta Atau Mangsa, UKM : Bangi, h. 34-43.

(10)

hamba dan gundik untuk kepentingan pembesar Aceh.39 Sarjana-pentadbir British melalui

catatan pengembara asing telah mengambarkan Aceh mengamalkan sistem undang-undang hudud yang sangat zalim dan tidak berperi kemanusiaan.40

Sekiranya Aceh tidak mengambil langkah proaktif ini, besar kemungkinan masyarakat Alam Melayu akan menganggap perkembangan agama Kristian sebagai perkara biasa. Lebih penting lagi penjajah Portugis dicatatkan dalam sejarah sebagai bangsa yang suka menggunakan kaedah kekerasan terhadap masyarakat Islam. Selain itu, mereka juga kerap menggunakan kaedah tipu muslihat dalam penyebaran agama Kristian. Hasil usaha Aceh ini memang terbukti berjaya menghalang perkembangan agama Kristian dan mengekalkan dominasi Islam di Alam Melayu.41

Setelah dilakukan analisa yang lebih mendalam, ternyata usaha Aceh ini dibuat berasaskan beberapa sebab utama iaitu;42

1. Serangan dilakukan ke atas negeri lain adalah bertujuan menghukum negeri terbabit yang bersepakat dengan kuasa Portugis. Dakwaan tawanan ditindas adalah tidak benar kerana ramai daripada tawanan perang ini diterima menjadi warga terpenting di Aceh, contohnya Raja Iskandar Thani, Puteri Kamelia dan Tun Seri Lanang. Raja Iskandar Thani asalnya adalah anak raja Pahang yang ditawan dan dilantik menjadi pengganti Raja Iskandar Muda. Begitu juga halnya dengan Puteri Kamelia, tawanan daripada Pahang telah menjadi isteri Raja Iskandar Muda yang sah. Beliau kemudiannya bertanggungjawab menjadi penasihat di istana yang membentuk badan mesyuarat negara bagi mendengar masalah masyarakat awam. Kepentingannya terbukti dalam Hadis Maja yang digunakan di Aceh, suatu formula tentang bagaimana pemerintahan negara perlu dilakukan. Masyarakat Aceh menjadi masyarakat kosmopolitan dan sehingga kini kesannya masih dapat dilihat.

2. Strategi Politik Membesan yang diamalkan oleh Aceh dapat memastikan kuasa politik Alam Melayu dapat dijalankan dalam bentuk yang sistematik sesuai dengan realiti Alam Melayu. Strategi Politik Membesan yang diamalkan oleh kerajaan Aceh penuh hikmah dalam membentuk kekeluargaan yang berasaskan semangat ukhuwah Islam. Apa yang dilakukan melalui taktik ini adalah Aceh berusaha mengahwinkan raja dan keturunan raja daripada Pahang, Kedah dan Perak; sebagai kaedah untuk merapatkan hubungan atas dasar ukhuwah Islam dengan keluarga diraja negeri-negeri Melayu. Bukan hanya hubungan terjalin, malah taktik ini juga bakal meraih simpati dan sokongan daripada masyarakat awam yang sememangnya bergantung kepada keluarga diraja terbabit. Di Alam Melayu, taktik penyebaran Islam berjaya dilakukan melalui institusi perkahwinan. Ia lebih bersifat alami kerana perkahwinan akan mewujudkan dan menggabungkan dua keluarga besar yang berbeza untuk tujuan yang lebih besar, meninggikan agama Islam.

Aceh mewujudkan jalinan ukhuwah Islam sesama umat Islam Alam Melayu. Ia seperti menyediakan tapak yang kondusif untuk perkembangan Islam. Usaha Aceh memerangi kuasa penjajah Portugis dan merapatkan hubungan dengan negeri Melayu telah berjaya mewujudkan ikatan persaudaraan Melayu Islam (the Allied Malay Nationalism) berasaskan hubungan antara kerajaan Aceh, Minangkabau, Tanah Melayu dan Banjarmasin. Walaupun kesemua

38 William Gervase Clarence Smith (2007), Enunuchs And Concubines In The History Of Islamic Southeast Asia, Manusya : Journal Of Humanities, Special Issue no 14.

39 Ingrid Saroda Mitrasing (2011), The Age Of Aceh And The Evolution Of Kingship 1599-1641, Tesis Ph.D Untuk University Of Leiden, h. 232-256

40 Jajat Burhanudin (2014), The Dutch Colonial Policy On Islam : Reading The Intellectual Journey Of Snouck Hurgronje, Al-Jami'ah : Journal Of Islamic Studies, v. 52, no. 1, h. 25-58.

41 Charles Tisdall (1916), “Ideas of Mohammedan Malaya”, dalam The Missionary Review of The World, v. xxxiv, h. 348-349M.

(11)

lokasi ini agak besar dan jauh tetapi usaha ke arah mewujudkan perpaduan ini sentiasa dilakukan.43

Usaha Aceh ini dianggap seperti pagar yang menjaga kawasan ummah Islam daripada pencerobohan kuasa kafir. Hal ini turut didokong dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai

Lingua Franca di antara kerajaan Melayu dan lebih penting lagi ianya menjadi alat terpenting bagi perkembangan keilmuaan dan intelektual Islam pada abad ke 17.44

Aceh mempunyai hubungan yang kuat dengan kerajaan Ottoman, menjadi pembantu melawan kuasa penjajah dan bertindak sebagai penaung kepada kapal yang membawa jemaah haji Alam Melayu.45 Hasilnya, seperti mana dijelaskan dalam catatan Abdullah Munsyi,

keadaan kapal jemaah haji Alam Melayu yang dahulunya penuh dengan kesulitan telah menjadi semakin baik dan terjamin.46 Dasar hubungan Aceh-Ottoman ini menyumbang

kepada kewujudan masyarakat jawi di Haramayn (ulamak dan pelajar Melayu yang mendalami dan menyebarkan ajaran Islam).47 Masyarakat jawi ini kemudiannya menyumbang

kepada wujudnya jalinan intelektual antara Alam Melayu dengan Haramyn. Ia secara langsung telah mempercepatkan pemerkasaan world-view dan keilmuaan Islam di Alam Melayu dalam bentuk yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

3. Meremehkan Hasil Karya Intelektual Melayu Merangkumi Kitab Jawi N Sastera Melayu

Sarjana-pentadbir British secara terang-terangan menafikan otoriti karya intelektual Melayu Islam seperti kitab Jawi dan sumber sejarah tempatan Alam Melayu. Bagi mereka, sumber sejarah Alam Melayu merangkumi Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Aceh, Hikayat Siak, Tuhfat Al-Nafs dan sebagainya tidak mengandungi apa-apa faedah yang mengambarkan latar belakang sosio-politik-ekonomi dan intelektual masyarakat Alam Melayu. Ianya penuh elemen feudalism dan mitos. Hal ini telah diulas dengan cukup baik oleh Dr. Tantiana A. Denisova dan Hussain Othman yang mendedahkan mutu intelektual yang terkandung di dalam kesemua sumber sejarah Alam Melayu ini.48

Dalam soal kitab jawi, kita mendapati sarjana kolonial memang kurang mengulas tentang kandungan kitab jawi mungkin kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan Islam yang mendalam. kita dapat melihat Raffles dan Winstedt hanya mengulas sedikit sahaja tentang kitab jawi. Hal ini berbeza sama sekali dengan usaha mereka yang mengulas secara panjang lebar tentang sastera Melayu.

Apa yang jelasnya, sarjana british tidak memiliki kelayakan akademik yang mengcukupi seperti kemampuan bahasa arab untuk memahami ajaran Islam. Oleh kerana kandungan kitab jawi penuh dengan istilah arab Islam yang memerlukan kepakaran yang khusus, maka mereka gagal untuk membaca dan memahaminya secara mendalam. Jika dibandingkan, ternyata kelayakan akademik sarjana belanda Snouck Hurgronje melebihi kemampuan sarjana british. sebelum ia berkhidmat di Indonesia, ia belajar di Universiti Leiden dan pernah melakukan penyelidikan pasca sarjana tentang zakat dalam masyarakat Islam Timur Tengah. Atas dasar

43 Ibid

44 Amirul Hadi (2004), Islam and State In Sumatera: a Study Of Seventeenth Aceh, Leiden: E.J.Brill.

45 Ermy Azziaty Rozali (2014), Aceh-Ottoman Relation In Bustan A-Salatin, Mediterranean Journal Of Social Science, v. 5,no. 29, h. 93-99.

46 Abdullah Munsyi (1981), Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan Dan Judah, Disusun Oleh Kassim Ahmad, Kuala Lumpur : Fajar Bakti, h. 94.

47 Azra Ayumardi (2015), The Significance Of Southeast Asia (The Jawah World) for Global Islamic Studies: Historical and Comparative Perspectives, Dalam Kyoto Bulletin Of Islamic Area Studies, v. 8, h. 69-87.

(12)

itu sarjana british memang meniru bulat-bulat pandangan yang dibawa oleh Hurgronje apabila menyentuh isu Islam.49 Kita boleh mengenalpasti beberapa isu utama dalam kes peniruan ini;

1. Perlu diwujudkan pertentangan antara adat dengan Islam. Dalam isu pertentangan ini, adat perlu diutamakan dan mengatasi soal hukum Islam.

2. Undang-undang Islam yang diamalkan dalam masyarakat Melayu dianggap sebagai ketinggalan zaman dan hanya sesuai dipakai untuk konsteks masyarakat Timur Tengah abad pertengahan.50

3. bagaimana cara menanggani kebangkitan Islam. Caranya dengan membunuh ulama dan mengangkat ketua-ketua adat atau feudal Melayu sebagai wakil dan agen british. Untuk menutup kejahilan mereka tentang ajaran Islam, mereka kurang memberikan ulasan dan sebagai jalan mudah mereka mendakwa bahawa Islam memang bertentangan dengan adat orang Melayu.

4. Pada akhirnya mereka menegaskan orang Melayu adalah golongan yang tidak berpegang pada Islam. Ia menafikan orang Melayu sebagai penganut Islam yang baik. Hal ini dilakukan bagi tunjukkan kelemahan metodologi dakwah Islam yang diusahakan oleh mubaligh yang awal.

4. Gambaran Buruk Tentang Manusia Melayu.

Koleksi historigrafi milik masyarakat Melayu yang berupa manuskrip Melayu-Islam dalam kalangan akademik barat dianggap sebagai warisan yang sangat berharga. Ianya sejak sekian lama telah dijadikan sumber normatif ataupun bahan kajian utama untuk memahami dan memperihalkan tentang watak manusia Melayu-Islam.51 Ironisnya, pendedahan tentang

watak dan pencapaian intelektual manusia Melayu-Islam yang difahami oleh sarjana barat melalui bahan kajian ini seringkali agak mengecewakan. Hal ini berlaku antara lainnya berpunca daripada kelemahan metodologi kajian manuskrip yang dipakai oleh genre orientalism barat.

Dalam menghurai watak manusia Melayu melalui koleksi historigrafi ini, mereka sejak awal lagi (semacam pre conveived idea) menetapkan beberapa ciri utama yang kemudiannya diolah dengan pelbagai teknik;52

1. Ianya static dan ahistorical. Orang Melayu sebagai static dan tidak boleh berubah. Pemikiran ahistorical enggan mengendahkan perubahan yang boleh berlaku dalam persekitaran dan budaya sesuatu masyarakat dari zaman ke zaman. Ia dianggap sebagai sifat semulajadi orang Melayu yang static dan tidak berubah ke arah kebaikan.

2. Mutunya rendah, simple, primitif dan irrasional, tetapi bersifat eksotik dan memukau. 3. Bersifat sterotaip dalam bentuk prejudis ras yang ketara. Watak orang Melayu disifatkan

malas, fatalis, berpuashati dengan apa yang dimiliki dan berlaku kerana factor genetic yang rendah. Sifat utama kajian-kajian ini mendedahkan dan menyebarkan propaganda

49 Snouck Hurgronje (1985), Aceh Di Mata Kolonialis, Terjemahan Ng Singarimbun Daripada Buku The Achenese, Jakarta : Yayasan Soko Guru

50 Mohd FarhanAbd Rahman (2012), “ Pandangan Orientalis Terhadap Masyarakat Islam Di Tanah Melayu: Analisa Terhadap Karya Pilihan R.O. Winstedt”, dalam Jurnal Fiqh.

51 Rahimin Affandi Abd. Rahim (2005), “ Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu Moden Di Malaysia : Suatu Analisa”, Jurnal Pengajian Melayu, v. 15, h. 19-51

(13)

kononnya masyarakat Melayu adalah bersifat negatif seperti malas,53 suka berpoya-poya,54

keras kepala,55 tidak boleh diharap,56 suka berhutang57 dan sebagainya.

4. Huraian dalam bentuk reduksionis yang merendahkan orang Melayu, tanpa dikaji apakah sebab kemunduran berlaku kepada orang Melayu.

5. Keasyikan kajian mereka lebih ditumpukan kepada kajian tekstual (filologikal). Ia merupakan usaha mengedit teks yang ditransliterasi dan pencarian kepada versi-versi teks yang asli. Mereka lebih asyik menghurai leksikon dan perubahan simantik yang terdapat dalam teks. Bagi mereka, dengan mengkaji teks, hanya dengan analisis perkataan dan lapisan etimologinya mereka akan menemukan rahsia mengapa orang Melayu berfikir dan bertindak. Ianya dibuat tanpa mempedulikan kondisi sejarah dan suasana masyarakat yang berkaitan.

6. Mengabaikan penggunaan pendekatan sains social diagnostic. Bagi mereka, pendekatan sains social agak janggal untuk digunakan mengkaji fenomena social orang Melayu. 7. Elemen keunggulan pencapaian manusia Melayu akan dilenyapkan. Sebaliknya hal

pencapaian ini dikaitkan dengan usaha gigih kolonialis menjajah dan mentamadunkan orang Melayu.

5. Penerapan Fahaman Sekularisme Dalam Kajian Ilmu

Ilmu colonial telah mewariskan paradigma positivisme Secular Barat sebagai asas untuk kehidupan. Di peringkat asasnya, pihak kolonial telah memperkenalkan kerangka pemikiran sekularisme dalam pemikiran masyarakat Melayu. Ianya diterapkan dalam sistem pentadbiran dan pendidikan di Tanah Melayu.58 Mereka mengajar tentang world-view barat dalam

soal-soal matlamat hidup, apa yang penting, bagaimana pengurusan serta penyelesaian masalah dan terpenting sekali mereka menolak semua world-view, cara hidup dan paradigma pemikiran Melayu Islam. Ia antara lainnya merangkumi;

1. Seandainya kemajuan dan pembangunan mahu dilaksanakan, negara bekas tanah jajahan (negara sedang membangun) perlu menjalankan sistem barat yang bernuansa fahaman sekular dalam segenap segi kehidupan.59

2. Semua sistem yang bertentangan dengan pandangan alam barat seperti sistem Melayu-Islam akan dianggap sebagai ketinggalan zaman dan hanya mementingkan suatu etnik tertentu semata-mata.60

3. memperkenalkan kerangka pemikiran sekularisme dalam pemikiran masyarakat Melayu. Ianya terdiri daripada;

a. Pengosongan alam tabii dan akal insani daripada unsur ketuhanan – manusia bebas melakukan sesuatu program pembangunan tanpa mempedulikan kuasa tuhan.

b. Penafian terhadap kekuasaan politik yang berdasarkan sumber agama.

c. Pengenalan sistem penilaian nisbi/relatif terhadap agama; manusia bebas menentukan masa depannya sendiri.

53 A. Wright dan T.H. Reid (1912), The Malay Peninsula, Londom, h. 315.

54 E. G. De Eredia (1930), “ The description of Malaca “, dalam JMBRAS, v. 8:1, h. 31.

55 T.S. Raffles (1930), Memoir of the life and public services of Sir Stamford Raffles, London, v. 1, h. 91 dan 288-289.

56 W. L. Richmond (1928), The Modern Malay, London, h. 95 dan 223.

57 F. Swettenham (1895), Malay sketch, Singapore, h. 2-3.

58 Mohd Hazim Shah (2007), Historicizing Rationality : The Transmission Of Rationality And Science To The Malay States Under British Rule, dalam Asian Journal Of Social Science, 35, h. 216-241.

59 Mohd Hazim Shah Abdul Murad (2005), “ Epistemology Colonial : Satu Analisistem Cirri Dan Kesannya “, Dalam (Edit) Mohamad Daud Mohamad, Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu, DBP : Kuala Lumpur, h. 91-92

(14)

d. Penurunan taraf ilmu agama, berbanding dengan ilmu bukan agama – tumpuan lebih diberi kepada ilmu bukan agama yang kononnya boleh membawa kemajuan.

e. Penakrifan konsep kebenaran yang keliru dan mengikut paradigma sekularisme.

Impak Ilmu Kolonial Pada Orientalis Moden

Pada dasarnya, golongan orientalis moden ini masih memberikan gambaran negatif membabitkan legasi kitab jawi di Alam Melayu. Bagi sarjana Islam moden, seperti Ozay Mehmet, Mohd Hazim Shah, Mohd Abu Bakar dan Redzuan Othman; orientalis barat dalam menghuraikan tamadun ilmu Islam sering menyelitkan pandangan negatif yang mencemarkan citra Islam. Hal ini kerana pengaruh euro-centric yang secara kuat mempengaruhi pandangan mereka. Kita dapat mengenalpasti beberapa pandangan negatif;

1. Budaya Taqlid Dalam Kitab Jawi

Bertitik tolak kepada falsafah penyusunan kitab jawi yang berasaskan format ilmu Islam era taqlid- di mana ilmu Islam berada dipuncak ilmu dan tiada lagi berlaku proses ijtihad dalam keilmuan Islam. Maknanya ia telah mencapai puncak baku yang hanya perlu disampaikan kepada pembaca. Ia membawa makna Islam telahpun sempurna dibangunkan oleh sarjana silam tanpa perlu tokok tambh. Bagi sesetengah sarjana barat, ia dikatakan dihasilkan oleh budaya taqlid yang jumud. Ia dibawa dalam bentuk yang agak esktrem : era kemunduran Islam yang gagal berfungsi dengan baik untuk melahirkan pncapaian ilmu yang membanggakan.

Dalam soal ini Hooker yang mengkaji Islam di alam Melayu menegaskan beberapa pandangan:61

1. Islam yang datang penuh dengan elemen khurafat yang menjadikan ia bukan lah murni ataupun Islam sejati seperti mana di Tanah Arab. Ia adalah Islam peripheral yang gagal berfungsi secara baik hingga mampu memberi penyelesaian masalah ummah. Maknanya sifat yang diwarisi oleh masyarakat alam Melayu memang telahpun tercemar sejak daripada awal lagi

2. ulamak Melayu bertindak sebagai penterjemah yang baik dan tidak memberi apa-apa sumbangan intelektual yang bermakna.

3. tiadanya paradigma ilmu usul fiqh dalam karya-karya ulamak Melayu - ia gagal mengajar ulamak Melayu berfikir dan mampu menyelesaikan masalah amali seperti mana diamalkan oleh generasi ulamak Timur Tengah zaman keagungan Islam.

2. Kajian Yang Separuh Matang Terhadap Legasi Kitab Jawi Alam Melayu.

Rata-ratanya sarjana orientalis moden seperti Virginia Matheson, M.B. Hooker, Peter Riddel62 Dan Martin Van Bruinessen; lebih menekankan kajian kepada aspek luaran tanpa

menghayati inti dan semangat karya kitab jawi Islam.

1. kajian virginia matherson63 dan Van Bruinessen64 hanya sentuh aspek fizikal koleksi kitab

jawi tanpa memahami sumbangan bermakna kitab jawi menerapkan semangat intelektual Islam sejati berasaskan tauhid/ neo sufism. Lebih mendalam lagi, mereka enggan mengakui kreativiti/ sikap selektif ulamak Melayu silam mencipta tulisan jawi.

61 M.B. Hooker (1978), A Concise Legal History Of Southeast Asia, Oxford, h. 48-68.

62 Peter Riddel (2001), Islam And The Malay-Indonesian World, Singapore : Oxford University press, h. 101-135.

63 Virginia Matheson dan M.B. Hooker (1988), “Jawi literature in Patani : The maintenance of an Islamic tradition“, dalam JMBRAS, v. 61, Part 1.

(15)

2. Annabel Teh Gallop dalam koleksi manuskript kitab jawi dan artifak syiling Melayu di British Musuem hanya memperihalkan elemen fizikal semata tanpa memahami sumbngan Islam dalam elemen batin dan fizikal masyarakat Melayu.65

3. mereka menganggap tradisi /turath Islam sebagai rakaman memori silam untuk dikenang tanpa perlu dihidupkan. Sebaliknya reformasi barat disanjung tinggi kerana membawa perubahan/ pemodenan. Contohnya, Van Bruinessen secara terang-terangan tidak menganggap kitab jawi patut dihidupkan semula tetapi hanya perlu menghargai/ menerapkan pemodenan yang dibawa oleh belanda di Indonesia. William Roff tetap menganggap faktor pendidikan British yang membawa celik huruf dan pemodenan sejati di Tanah Melayu.

Kesimpulan

Kesimpulannya, ilmu kolonial yang dihasilkan untuk penjajahan Tanah Melayu kemudiannya telah dijadikan bahan khusus untuk melancarkan program Islamiphobia di barat. Ia telah dijadikan bahan dalam kajian tentang Islam di IPT barat. Apa yang ditonjolkan adalah nisbah keburukan Islam dan penganutnya memang telah wujud sejak lama dulu, khususnya penganut Islam memang membenci masyarakat Eropah yang niat asalnya untuk mentamadunkan masyarakat tanah jajahan.

65 Annabel Teh Gallop (2015), A Jawi Sourcesbook For The Study Malay Paleography And Orthography,

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan litologi lubang bor 3 pada kedalaman 0 – 12 meter adalah berupa litologi lempungan – pasiran apabila dikorelasikan dengan data pengukuran resistivitas

5547 Ini menunjukan bahwa variabel Stres Kerja dan Iklim Organisasi berpengaruh positif dan signifikan terhadap Kepuasan Kerja pada Hotel Asana Agung Putra

Berdasarkan latar belakang dan kajian teori di atas, maka dapat dirumuskan masalah penelitian ini sebagai berikut: (1) Bagaimana pengaruh penerapan model pembelajaran Guided

Berdasarkan analisis statistik menunjukkan pengaruh pemberian dosis pupuk bio-slurry terhadap pertumbuhan dan produksi tanaman kembang telang ( Clitoria ternatea )

• Konduktor listrik ialah bahan yang dapat menghantarkan listrik, sedangkan isolator listrik adalah bahan yang tidak dapat menghantarkan listrik.. Seri dan

Untuk reaksi yang melibatkan gas tetapan kesetimbangan dapat dinyatakan dari harga tekanan parsial masing-masing gas pada saat setimbang, sebab konsentrasi gas dalam suatu ruangan

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui perbedaan kemampuan gerak dasar siswa kelas 5 SDN 1 Sukosari yang berada di dataran rendah, siswa kelas 5 SDN 1 Pule yang berada

Data dari Teknopreneur menunjukkan bahwa penggunaan Instagram meningkat 10 kali lipat dan diunduh hampir 250.000 kali per hari di Google Play dengan waktu rata