• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIKAP GURU PELATIH TERHADAP MATEMATIK DAN INTEGRASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SIKAP GURU PELATIH TERHADAP MATEMATIK DAN INTEGRASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

SIKAP GURU PELATIH TERHADAP MATEMATIK DAN

INTEGRASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

(Attitudes of Trainee Teachers Towards Mathematics and Integration of Computers in the Teaching and Learning)

Noziati Borhan, Siti Mistima Maat Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti sikap guru pelatih terhadap matematik dan pengintegrasian komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan menggunakan soal selidik yang dijalankan ke atas 65 orang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang mengambil matematik sebagai subjek wajib di dalam pengajian. Kajian ini menggunakan soal selidik Attitude scales toward: math’s confidence, computer confidence, maths-teach attitudes, math tech experience yang mengandungi lima konstruk utama iaitu sikap dan keyakinan terhadap matematik, motivasi matematik, keyakinan terhadap komputer, motivasi komputer, interaksi dan penglibatan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Statistik deskriptif seperti min, peratus dan sisihan piawai digunakan bagi menganalisis data. Pekali korelasi Pearson digunakan bagi menentukan hubungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai sikap yang positif terhadap matematik dan integrasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Wujudnya hubungan positif yang kuat bagi setiap konstruk di dalam kajian. Dapatan juga menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai dua tahap keyakinan dan motivasi iaitu sederhana dan tinggi terhadap matematik dan integrasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci: guru pelatih, sikap, motivasi, keyakinan, interaksi.

ABSTRACT

This study was conducted to determine the attitudes of teachers towards mathematics and computer integration in teaching and learning. This study is a survey using a questionnaire conducted on 65 trainees at the Institute of Teacher Education (IPG) that take mathematics as a compulsory subject in the study. This study used a questionnaire: Attitude scales toward: math's confidence, computer confidence, maths-teach attitudes, math tech experience and consisted of five constructs, namely the attitude and confidence toward mathematics, mathematics motivation, confidence toward computer, computer motivation, interaction and involvement in teaching and learning. Descriptive statistics such as mean, percentage and standard deviation were used to analyze the data. Pearson correlation coefficient was used to determine the relationship. The findings show that teachers have a positive attitude towards mathematics and computer integration in the teaching and learning of mathematics. There was a strong positive relationship for each construct in the study. The findings also show that teachers have two levels of confidence and motivation i.e medium and high level toward mathematics and computer integration in teaching and learning.

(2)

14

PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) di abad 21 telah memberikan cabaran baru kepada dunia pendidikan yang tercetus daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan pengantarabangsaan. Individu yang mahir dengan teknologi menjadi keutamaan untuk bersaing sehingga ke peringkat global. Pendidikan semakin mengutamakan kecanggihan teknologi untuk menghasilkan generasi cemerlang dan kompeten. Penggunaan komputer dalam pendidikan menjadikan pendidikan semakin bersifat terkini. Selaras dengan arus pemodenan, pendidikan tidak boleh lagi menggunakan pendekatan lama yang tidak merangsang pelajar di alaf moden ini untuk memperkembangkan idea dan pemikiran yang kreatif. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi komputer menyerap hampir kesemua lapisan anak didik kerana ia menimbulkan minat di kalangan pelajar. Menurut Ittigson dan Zewe (2003), teknologi sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. ICT membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap pelbagai konsep di dalam matematik. Walaupun perkembangan teknologi komputer telah menjadi semakin global, terdapat sebilangan guru yang masih menggunakan kaedah pengajaran yang bersifat tradisional (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Penggunaan kaedah sebegini tidak mampu menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu ilmu yang disampaikan oleh guru dan tidak merangsang untuk berlakunya proses pembelajaran yang lebih bermakna. Amalan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru menjadi indikator kepada keberkesanan penyampaian sesuatu ilmu. Begitulah juga di dalam pendidikan matematik, seringkali matematik dianggap sebagai suatu mata pelajaran yang sangat menyusahkan dan membosankan kebanyakan pelajar (Effandi 2005). Setiap pelajar harus mendominasi dan menguasai literasi di dalam ilmu matematik dengan sebaiknya. Peranan guru memastikan bahawa pelbagai pendekatan terkini dilaksanakan untuk memastikan pembinaan konsep dan penguasaan kemahiran dalam kurikulum matematik dapat dicapai. Sikap terhadap pengajaran menggunakan teknologi komputer harus disemai dalam pelbagai subjek bagi memastikan pengetahuan baharu dapat di peroleh dan setanding dengan negara-negara yang telah membangun dengan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Keupayaan dan kecanggihan teknologi komputer seharusnya di manfaatkan di dalam pendidikan matematik bagi menghasilkan pelajar yang berpotensi tinggi dalam bidang pendidikan matematik dan teknologi. Malahan dengan adanya penggunaan komputer dalam pendidikan matematik, perkembangan idea yang lebih kreatif, kritis dan inovatif dapat dihasilkan di kalangan pelajar dan juga pendidik.

Permasalahan Kajian

(3)

15

merupakan pelajar-pelajar yang kreatif, inovatif dan mempunyai idea-idea yang terkini. Semestinya pembelajaran yang bercorak tradisional tidak seiring dengan zaman kini. Sehubungan dengan itu, guru-guru harus didedahkan dengan penggunaan teknologi di dalam pengajaran. Sikap positif dalam mengintegrasikan pengajaran dengan komputer perlu dipupuk supaya pemerolehan ilmu di kalangan pelajar dapat dihayati sepenuhnya. Oleh yang demikian, guru-guru pelatih khususnya perlu memantapkan pengetahuan ilmu teknologi komputer agar proses pengajaran dan pembelajaran matematik kelak tidak menimbulkan permasalahan terutama bagi beberapa tajuk yang memerlukan peneguhan konsep yang jelas. Guru yang berkualiti merupakan antara aspirasi negara dalam melonjakkan sistem pendidikan negara. Ianya adalah pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan ke arah mencapai matlamat negara. Guru-guru pelatih merupakan modal insan yang paling berharga bagi negara. Dalam menghasilkan modal insan yang berkualiti, pendidikan berkualiti perlu diterapkan dari awal agar dapat membentuk individu yang mempunyai peribadi yang kukuh, berketerampilan, berpengetahuan serta mempunyai jati diri yang tinggi bagi mengisi keperluan sesebuah negara. Pentingnya kesinambungan pendidikan dalam teknologi diterapkan bagi melahirkan individu yang berfikiran kreatif dan kritis dan bersedia menghadapi persekitaran globalisasi yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa.

Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah:

1. Mengenal pasti sikap guru pelatih terhadap matematik dan integrasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

2. Mengenal pasti hubungan antara sikap guru pelatih terhadap matematik dan integrasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

3. Mengenal pasti tahap keyakinan dan motivasi guru pelatih terhadap matematik dan integrasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

TINJAUAN LITERATUR

(4)

16

yang positif terhadap matematik merangsang sikap yang baik dalam kalangan pelajar-pelajarnya ( Yara 2009).

Berdasarkan kepada bidang pendidikan matematik, guru mempunyai tanggungjawab yang penting terhadap kejayaan pelajar dan penguasaan isi kandungan pelajaran. Sikap yang dibawa oleh guru terhadap matematik meninggalkan kesan kepada sikap pelajar. Obodo (2006) dalam kajian di Nigeria bersetuju menyatakan bahawa sikap guru terhadap matematik dan amalan pengajarannya mempengaruhi sikap pelajar terhadap subjek tersebut. Sekiranya guru menunjukkan sikap tidak suka atau tidak peduli terhadap sesuatu mata pelajaran, maka guru tidak berupaya untuk menyumbang kepada suasana pembelajaran yang kondusif. Sikap positif terhadap matematik bergantung kepada gaya pengajaran guru. Schreiber (2002) dalam kajiannya turut juga mendapati, terdapatnya hubungan positif antara sikap dengan prestasi matematik pelajar. Sikap yang negatif dapat dilihat apabila guru mengajar secara sepintas lalu dan pelajar cuba belajar mencari perhubungannya (Amato 2004).

Pengintegrasian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran semakin penting. Pelajar sekolah semakin berminat dengan penggunaan komputer di dalam pembelajaran. Pelajar terdedah dengan dunia internet dan melayari nya sebagai suatu yang berkepentingan. Fenomena seperti ini sudah menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah (Liaw Huang & Chen 2007). Menurut Fisher (2003), pengintegrasian komputer telah lama dijalankan di negara-negara Barat dan ianya amat memberangsangkan sejak berpuluh tahun yang lalu. Parker (2008) dalam kajiannya menyatakan bahawa dengan menggunakan pengintegrasian komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran, minat serta perhatian murid semakin meningkat. Pelajar cenderung memberikan maklum balas dalam pembelajaran, membantu perkembangan literasi, pemikiran tahap tinggi, pembelajaran kontekstual dan banyak lagi. Proses pengajaran dan pembelajaran seperti ini menunjukkan berlakunya perubahan di dalam pedagogi apabila pengintegrasian komputer itu di gunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran dengan sebaiknya (Mohd. Arif & Rosnaini 2002; Fauziah Ahmad 2006).

METODOLOGI

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan berbentuk kuantitatif yang dijalankan ke atas 65 orang guru pelatih di salah sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) zon selatan. Soal selidik diedarkan kepada sampel kajian yang merupakan pelajar semester dua PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dari tiga unit iaitu unit pendidikan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan jenis kebangsaan Tamil yang mengambil matematik sebagai subjek wajib.

Populasi dan Sampel

(5)

17

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan adalah adaptasi daripada instrumen yang bertajuk

Attitude scales toward: math’s confidence, computer confidence, maths-teach attitudes, math tech experience (Galbraith, P. & Haines, C. 1998-2000) yang mempunyai 40 item dengan menggunakan skala Likert 5 mata. Bagi tujuan kajian ini, pengkaji menyatakan skala Likert 5 mata dengan 1 sangat tidak setuju, 2 kurang setuju, 3 sederhana setuju, 4 setuju dan 5 sangat setuju. Jadual 1 menunjukkan pembahagian item-item berdasarkan konstruk yang dikaji di dalam kajian. Terdapat lima konstruk yang dikaji di dalam kajian ini iaitu keyakinan matematik, motivasi matematik, penglibatan matematik, keyakinan komputer dan interaksi komputer-matematik.

Jadual 1: Soal selidik Attitude scales toward: math’s confidence, computer confidence, maths-teach attitudes, math tech experience

_____________________________________________________________________

Bil Pemboleh ubah Bilangan Item

_____________________________________________________________________

1. Keyakinan matematik 8

2. Motivasi Matematik 8

3. Penglibatan Matematik 8

4. Keyakinan Komputer 8

5. Interaksi Komputer – Matematik 8

______________________________________________________________________

Jumlah 40

______________________________________________________________________

DAPATAN KAJIAN Analisis Data

Skor bagi setiap item adalah berdasarkan kepada skala Likert 5 mata. Kesemua data yang di peroleh di analisis dengan menggunakan SPSS Version 21 for windows. Analisis deskriptif seperti min , peratus dan sisihan piawai adalah antara analisis yang digunakan di dalam menterjemahkan data kajian. Manakala analisis inferens seperti korelasi Pearson digunakan bagi melihat hubungan yang wujud di antara konstruk-konstruk sikap guru pelatih terhadap matematik dan integrasi komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dapatan Deskriptif

(6)

18

daripada guru pelatih dari unit sekolah kebangsaan dengan bilangan kekerapan sebanyak 37 orang (56.9%), SJKC 13 orang (20%) dan SJKT 15 orang (23.1%). Kesemua sampel yang diambil secara rawak ini merupakan pelajar PISMP semester dua yang mengambil subjek matematik sebagai subjek wajib sepanjang menjalani pengajian di sini.

Jadual 2 : Profil Demografi Sampel

______________________________________________________________________

Jenis N Faktor Kekerapan Peratusan

_____________________________________________________________________

Jantina 65 Lelaki 10 15.4

Perempuan 55 84.6

_____________________________________________________________________

Bangsa 65 Melayu 16 24.6

Cina 15 23.1

India 18 27.7

Lain-lain 16 24.6

_____________________________________________________________________

Unit 65 Sek Keb 37 56.9

Sek Jenis Keb Cina 13 20.0

Sek Jenis Keb Tamil 15 23.1

_____________________________________________________________________

Jadual 3 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi konstruk sikap terhadap matematik dan integrasi komputer yang terdapat di dalam soal selidik. Dapatan analisis sepertimana yang dinyatakan di dalam jadual 3 menunjukkan bahawa guru pelatih menunjukkan sikap yang sangat positif dan bersetuju dengan matematik dan pengintegrasian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Konstruk bagi keyakinan matematik di kalangan guru pelatih memberikan nilai min yang paling tinggi iaitu 3.9385 berbanding dengan konstruk lain di dalam kajian dan diikuti dengan keyakinan terhadap komputer. Kesemua nilai min dan sisihan piawai yang didapati bagi konstruk lain di dalam kajian menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai sikap yang positif terhadap matematik dan integrasi komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran. Sikap positif yang ditunjukkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran boleh mempengaruhi minat dan sikap pelajar ( Yara 2009).

Jadual 3: Min dan sisihan piawai komponen sikap terhadap matematik dan komputer. _____________________________________________________________________

Komponen N Min Sisihan

Piawai

_____________________________________________________________________

Keyakinan Matematik 65 3.9385 0.49515

Motivasi matematik 65 3.7346 0.51563

Penglibatan Matematik 65 3.6481 0.58082

(7)

19

Kebolehpercayaan soal selidik merujuk kepada ketekalan dan kestabilan alat ukur yang digunakan. Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan ketekalan dalaman (Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran 1992). Jadual 4 menunjukkan indeks kebolehpercayaan mengikut konstruk adalah antara 0.701 hingga 0.735. Manakala Indeks kebolehpercayaan keseluruhan adalah 0.891. Nilai-nilai kebolehpercayaan ini menunjukkan bahawa soal selidik boleh dipercayai untuk menguji sikap guru pelatih terhadap matematik dan pengintegrasian komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Menurut Azizi Yahya (2007) perkara yang perlu difikirkan oleh penyelidik dalam menjalankan penyelidikan adalah kesahihan data yang dikumpulkan, sejauh mana data-data itu dapat memberi maklumat dan pengukuran yang tepat serta bermakna dalam penyelidikan.

Jadual 4: Analisis Kebolehpercayaan Soal selidik Attitude scales toward: math’s confidence, computer confidence, maths-teach attitudes, math tech experience

___________________________________________________________________

Konstruk ID Item Nilai

kebolehpercayaan

______________________________________________________________________

Keyakinan Matematik 01-08 0.701

Motivasi Matematik 09-16 0.735

Penglibatan Matematik 17-24 0.703

Keyakinan Komputer 25-32 0.702

Interaksi Komputer-Matematik 33-40 0.708

______________________________________________________________________

(8)

20

sepertimana hubungan pemboleh ubah yang lain. Guru pelatih kurang berkeyakinan dalam penggunaan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan matematik. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang menyebabkan pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah terhad seperti pengetahuan yang tidak mendalam, kekangan masa, bahan yang diperlukan untuk pengajaran dan sebagainya. Grasha (1996), turut mencadangkan bahawa guru yang berkeyakinan mengajar akan lebih berminat untuk mewujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan pelajar masing-masing. Guru sedemikian akan dapat menjalankan proses pengajaran dengan lebih berkesan kerana dapat diterima oleh pelajar dengan baik.

Jadual 5 : Hubungan pekali pearson di antara konstruk-konstruk yang dikaji di dalam soal selidik Attitude scales toward: math’s confidence, computer confidence, maths-teach attitudes, math tech experience

______________________________________________________________________

Min Konstruk 1 2 3 4 5 Min Keyakinan Matematik - .536** .450** .364** .394** Min Motivasi matematik - - .692** .405** .438** Min Penglibatan Matematik - - - .293* .472**

Min Keyakinan Komputer - - - -576**

Min Interaksi Komputer-Matematik - - - -

_____________________________________________________________________ **. Aras p< 0.01 (2-tailed).

(9)

21

Jadual 6: Tahap keyakinan dan motivasi guru pelatih terhadap matematik dan integrasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik

Unit Tahap Sederhana Tahap Tinggi Jumlah _____________________________________________________________________________

Sekolah Kebangsaan 18 19 37 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 8 5 13 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 6 9 15 ____________________________________________________________________________

KESIMPULAN

(10)

22

membentuk kesediaan pelajar, keperluan, keinginan serta kewajipan untuk mengambil bahagian dan mencapai kejayaan di dalam proses pembelajaran. Ini juga merupakan peranan para pendidik untuk membantu pelajar meningkatkan minat dan kecenderungan untuk mempelajari matematik. Ini adalah kerana sifat matematik itu sendiri yang secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna serta menghasilkan pemikiran yang kreatif.

RUJUKAN

Abd Halim Tamuri & Rohani Abdullah. (2006). Kajian pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan di kalangan guru-guru pendidikan Islam. Prosiding Konvensyen Teknologi pendidikan ke 19.

Albirini, A. (2006). Teachers attitude towards information and communication technologies the case in Syrian EFL teachers. Computers and Education, 47(4),373-398

Arturo García-Santillán. (2012). Student’s attitude toward Computer and Mathematics, Interaction and Engagement in the teaching-learning process: Empirical study on Accounting, Management, Economy, International Commerce and Marketing undergraduate students. International Journal of Applied Science and Technology Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur : PTS

Professional Publishing Sdn Bhd.

Ittigson, R.J. & Zewe, J.G. (2003). Technology in the mathematics classroom. In Tomei, L.A. (Ed.). Challenges of Teaching with Technology Across the Curriculum: Issues and Solutions. Hershey: Information Science Publishing, 114-133.

Baylor, A.Ritchie, D. (2002). What factor facilitate teacher skill, teacher morale and student learning in teaching-using classroom? Journal of computers education 39(4),395-414

Beck , C., & Kosnick ,C. (2002). Components of a good practicum placement: Student teacher perceptions. Teacher Education Quarterly, 29(2), 81-97

Becker, J. H. & Riel, M. M. (2000). Teacher professional engagement and constructivist compatible computer use. Report No. 7, Teaching, Learning and Computing Project.

Chen, W. & Rovegno, I. (2000). Examination of expert and novice teachers’ constructivist-oriented teaching practice using a movement approach to elementary physical education, Research Quarterly for Exercise and Sport, 71, 357-372.

Cox, M., Preston, C., & Cox, K. (1999). What factors support or prevent teachers from using ICT in their classrooms? Paper presented at the British Educational Research Association Annual Conference, University of Sussex, Brighton. Creswell, J. W. (2002). Educational research - planning, conducting, and evaluating

quantitative and qualitative research (2nd Ed). New Jersey: Pearson Merril Prentice Hall.

(11)

23

Darling- Hammond, L. (2000). Teacher quality and student achievement: a review of state policy evidence. Educational Policy Analysis Archive, 8,1

Effandi Zakaria. (2005). Asas Pembelajaran Koperatif dalam Matematik. Shah Alam: Karisma Publication Sdn, Bhd.

Grasha, A.F. (1996). Teaching with styles. Cincinnati: Allience Pub.

Liaw, S.S., Huang, H.M. & Chen, G.D. (2007). Surveying instructor and learner attitudes toward e-learning. Journal of Computer and Education, 49, 1066-1080.

Maio, G.R & Haddock, G. (2009). The psychology of attitude change. Sage Publication.London

Manouchehri, A.& Goodman, T. (2000). Implementing mathematics reform: The Challenge within. Educational Studies in Mathematics,42, 1-34.

Mohd. Arif Hj. Ismail & Rosnaini Mahmud. (2002). Teknik video dalam pengajaran dan pembelajaran: Penggunaan bahan sumber video secara kreatif. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan, 84-91.

Noraini Idris. (2006). Assessing Form One Students : Learning of Solid Geometry in a Phased-Based Instructional Environment. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Fourth International Conference on Measurement and Evaluation in Education, Penang.

Pallant, J. (2001). SPSS survival manual - a step by step guide to data analysis using SPSS for windows (version 10). Buckingham Open University Press.

Parker, L.L. (2008). Technology-mediated learning environments for young English language learners: connections in and out of schools. New York: Lawrence Erlbaum Associates.

Schreiber, J. B. (2002). Institutional and student factors and their influence on advanced mathematics achievement. The Journal of Educational Research, 95(5), 274– 286. Sekaran, U. (1992). Research methods for business: a skill-building approach. New

York: John Wiley & Sons, Inc.

Teo., T. (2008). Pre-service teacher attitudes towards computers use : a Singapore survey.Australiasian Journal of Educational Technology, 24(4), 413-424

Yara, P. O. (2009). Relationship between teachers’ attitude and students’ academic achievement in Mathematics in some selected Senior Secondary Schools in South-western Nigeria. European Journal of Social Sciences, 11(3), 364-369.

Maklumat lanjut, boleh hubungi: Noziati Borhan

Fakulti Pendidikan,

Referensi

Dokumen terkait

Responden pengguna media sosial digolongkan sebagai pertisipan pasif karena responden pengguna media sosial menggunakan media sosial mereka dengan hanya melihat bahkan

Odum (1971), nilai dominasi 1 menunjukkan dominasi oleh satu jenis spesies sangat tinggi (hanya terdapat satu jenis pada satu stasiun), indeks 0 menunjukkan

Konsep ketiga dari bauran promosi yang diterapkan BMT Bina Insani Pringapus adalah dengan penjualan personal. Ini merupakan interaksi langsung atau tatap muka

Berdasarkan hasil penelitian maka dapatlah kita ketahui bahwa kedisiplinan pegawai Lembaga Penjaminan Mutu Pendidikan Provinsi Kalimantan Timur tahun 2015 sebagai

Untuk memperkuat pendapatnya, Goldziher memaparkan contoh dari surah al-Fatihah, ia menjelaskan bahwa Abdullah bin Mas ’ ud mengganti lafadz pertama pada ayat “ Ihdina

Dimana peda ikan teri terbaik terdapat pada perlakuan T4G1 (lama fermentasi 20 hari dengan konsentrasi garam 15%) yang memiliki kadar protein sebesar 7,9%, kadar

Rencana ang- garan pendapatan dan belanja sekolah (RAPBS) disusun setiap tahun anggaran. Kesesuaian penggunaan antara kegiatan-kegiatan yang dibiayai dengan

Tingkat pencemaran Turbidity terjadi hanya pada kategori kelas pencemaran Tidak Tercemar meliputi areal seluas 3348,15 Ha atau 61,54% dari luas Sub DAS Way Kandis Hulu