• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN GAYA PENULISAN KERTAS ILMIAH dis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PANDUAN GAYA PENULISAN KERTAS ILMIAH dis"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

PANDUAN GAYA

PENULISAN KERTAS

ILMIAH

disediakan oleh

(2)

Pengenalan

Apabila anda menulis bahan ilmiah seperti laporan projek, laporan penyelidikan tindakan atau artikel untuk jurnal, adalah penting sumber bahan atau idea orang lain diperakui dengan memetik sumber anda (cite your source) pada teks dan sumber penuhnya disenaraikan pada bahagian Rujukan. Sekiranya anda menyalin/meniru bahan atau idea ke dalam penulisan ilmiah anda tanpa memperakui sumber, anda dikatakan telah plagiat hasil orang lain dan ia dianggap sangat serius dikalangan pendidik. Terdapat beberapa panduan gaya penulisan standard yang digunakan dalam penulisan kertas ilmiah seperti manual penerbitan American Psychological Association (APA), manual gaya Chicago dan manual gaya Modern Language Association (MLA). M anual gaya utama digunakan dalam bidang pendidikan adalah APA dan panduan lengkap mengenainya terdapat pada Manual Terbitan APA (2010) yang kini pada edisi keenam. Anda juga boleh memperolehi maklumat mengenai gaya APA di laman sesawang dan beberapa pautan yang baik disenaraikan dalam Bibliografi.

1. Menulis Petikan Sumber Rujukan Dalam Teks (Citing Source in Text)

(3)

…………

… [beberapa perenggan dan ayat]…… …...

…. menurut kajian Cain dan Abel (2014) kanak-kanak pra sekolah perlu …..

…………

… [beberapaperenggan dan ayat]…… …...

Rujukan

……

Cain, Z. A. & Abel, M. B. (2014). The psychology of pre-primary children in handling stress. Journal of Stress Management. 16(3), 44-56.

…….

Dalam contoh di atas, Cain dan Abel adalah nama keluarga dua orang pengarang yang dipetik dalam teks. Maklumat penuh bagi sumber yang dipetik dalam teks ditulis dalam bahagian Rujukan. Z. A. bagi Cain dan M. B. bagi Abel adalah singkatan bagi nama penuh mereka selain nama keluarga. Nama penuh mereka adalah Zacharia Adam Cain dan McDonald Ben Abel. Perhatikan bahawa pada amnya nama akhir orang negara barat adalah nama keluarga.

1.1 Cara utama menulis petikan sumber rujukan dalam teks

Terdapat tiga cara utama untuk menulis petikan sumber rujukan dalam teks:

teks

(4)

Menurut Jonah dan Mathias (2013), burung stabuti mula dikesan di hutan tropika Mirik, Indonesia dan …….

Perkataan ‘dan’ digunakan apabila menghubungkan nama pengarang dalam ayat. Perhatikan bahawa Jonah dan Mathias adalah nama keluarga dua orang pengarang.

Burung stabuti mula dikesan di hutan tropika Mirik, Indonesia (Jonah & Mathias, 2013)

dan …….

Tanda ‘&’ digunakan apabila nama pengarang diletak dalam kurungan.

Pada 2013, penyelidikan oleh Jonah dan Mathias menunjukkan bahawa, burung stabuti mula dikesan di hutan tropika Miri, Indonesia dan …….

Nama pengarang dan tarikh boleh diasingkan di dalam ayat yang sama.

1.2 Cara menulis dua atau lebih petikan sumber rujukan dalam teks

Apabila dua atau lebih sumber rujukan dipetik dalam teks ia perlu disusun mengikut susunan menaik nama pengarang pertama setiap petikan.

Beberapa kajian berkaitan dengan tingkahlaku ini pernah dijalankan (Boris & Spasky, 2014; David, John, & Ahmad, 2012; Zahidi, 2009).

(5)

Tiga kajian utama yang pernah dijalankan berkaitan dengan tingkahlaku ini adalah Boris dan Spasky (2014), David, John, dan Ahmad (2012), dan Zahidi (2009).

Tanda koma digunakan untuk mengasingkan setiap petikan sumber apabila tiada kurungan digunakan.

Beberapa kajian utama yang pernah dijalankan berkaitan dengan tingkahlaku ini adalah Boris dan Spasky (2014), David, John, dan Ahmad (2012), dan Zahidi (2009, 2010, 2013).

Perhatikan bahawa Zahidi telah menulis tiga artikel berkaitan dengan tingkahlaku.

1.3 Cara menulis petikan sumber rujukan dalam teks mengikut bilangan dan jenis pengarang

Jadual 1 merumuskan cara menulis petikan sumber rujukan dalam teks mengikut bilangan dan jenis pengarang.

Jadual 1

Cara Menulis Petikan Sumber Rujukan Dalam Teks Mengikut Bilangan dan

Jenis Pengarang

(6)

Hasil oleh dua

KPM (2015) (Kementerian Pendidikan

(7)

nama. Apabila bilangan pengarang melebihi lima orang, tulis nama pertama diikuti ‘et al’. Sekiranya petikan yang sama diulangi pada kali kedua dan ke atas, tulis nama pertama diikuti ‘et al.’ apabila bilangan pengarang tiga atau lebih orang pengarang.

Chong, David dan Raymond (2014) telah menggunakan modul Pembelajaran Berasaskan Masalah sebagai intervensi

dalam kajian mereka untuk ……. [Beberapa ayat lain dalam perenggan sama] …….. Dapatan kajian Chong et al. bercanggah dengan dapatan pengkaji-pengkaji lain seperti ….. Mona dan Masoud (2015) mendapati bahawa modul PBM sangat sesuai

digunakan ….. [Beberapa ayat lain dalam perenggan sama] …… Mona dan Masoud telah ……

[Perenggan baru] …. Chong et al. (2014) …. Begitu juga dapatan Mona dan Masoud (2015) …

Perhatikan:

 Apabila petikan yang melibatkan tiga atau lebih pengarang diulang dalam teks, ‘et al.’ digunakan dalam petikan-petikan seterusnya. Hal ini tidak berlaku untuk dua pengarang.

 Apabila petikan diulang dalam perenggan yang sama, tahun tidak diperlu disebut walaupun petikan melibatkan seorang pengarang.

1.4 Cara menulis nama pengarang Melayu, Cina dan India

(8)

bagi Melisa Tan Liew Sin. Bagi pengarang Cina, biasanya nama pertama adalah nama keluarga.

Orang Melayu dan India biasanya tiada nama keluarga. Dalam keadaan ini, menurut gaya APA, nama akhir (nama bapa) menggantikan nama keluarga seperti Ismail untuk Zurida binti Ismail dan Mudaliar untuk Ganesan Palaniandy a/l Swamikanu Mudaliar. Panduan oleh Univiersity of Malaya Library (APA Formatting and Style Guide, t.t.) mencadangkan supaya nama penuh digunakan tetapi tanpa bin, binti, a/l, a/p dan gelaran yang perolehi dan bukan diwarisi seperti Dr dan Haji.

Nama Penuh Ditulis sebagai

Abdullah bin Ali Abdullah Ali Tan Sri Dr Ali bin Hamzah Ali Hamzah

Raja Jamaludin bin Raja Ali Raja Jamaludin Raja Ali Dr Subramaniam a/l Asirvatham

Kovilpillai

Subramaniam Asirvatham Kovilpillai

Phang Sin Nam Phang

Albert Phang Sin Nam Phang

Perhatikan bahawa Raja adalah gelaran yang diwarisi.

(9)

1.5 Kes-kes khas untuk menyebut tahun dalam petikan

Menurut Zahidi (t.t.), masalah tingkahlaku …

Sekiranya tiada tarikh disebut dalam artikel. Juga boleh digunakan ‘n.d.’ yang merupakan singkatan untuk ‘no date’.

Menurut Zahidi (in press), masalah tingkahlaku …

Artikel yang telah diterima untuk diterbit tetapi belum diterbit.

Menurut Zahidi (2010, 2011), masalah tingkahlaku …

Merujuk kepada dua artikel yang ditulis oleh pengarang yang sama pada dua tahun yang berlainan.

Menurut Zahidi (2010b, 2010c), masalah tingkahlaku …

Sekurang-kurangnya tiga artikel Zahidi berlainan yang diterbit pada tahun yang sama (2010) dipetik dan artikel b dan c beliau adalah berkaitan dalam petikan ini.

1.6 Memetik sumber sekunder

Menurut Alim (seperti disebut dalam Zahidi, 2014, m.s. 14-15) …

Perhatikan bahawa apabila memetik sumber sekunder seperti Alim,

gunakan ‘seperti disebut dalam’ untuk merujuk kepada sumber asal dan

sertakan halaman-halaman berkaitan. Tidak perlu menyebut tarikh

(10)

Rujukan. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan banyak sumber sekunder.

1.7 Komunikasi Peribadi

Apabila memetik bahan rujukan yang tidak dapat diperolehi oleh pembaca lain seperti komunikasi emel, persuratan, memo dan temubual, hasil komunikasi ini ditulis dalam teks tetapi tidak disenaraikan di dalam bahagian Rujukan.

Menurut R. P. McKenzie (komunikasi peribadi, April 1, 2015) ramai guru di sekolah menghadapi masalah memasuki data peribadi mereka ke dalam pangkalan data yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Kota Kerian.

Dalam contoh di atas, pendidik yang dihubungi adalah Robert Peter McKenzie. Perhatikan penggunaan singkatan R. dan P. sebelum nama keluarga.

1.8 Memetik sedutan teks terus dari sumber

(11)

… peranan itu dijelaskan oleh McKensie et al. (2014), “golongan ini

sering suka bermain ditepi sungai dan oleh itu mereka semua pandai

berenang”(m.s. 54), jadi ….

… salah suatu cara untuk menjelaskan fenomena ini adalah

“golongan ini sering suka bermain ditepi sungai dan oleh itu mereka semua pandai berenang” (McKensie et al., 2014, m.s. 54). Oleh itu

Walaupun begitu, pengarang lain tidak sependapat:

Di kampong Melewar Kuala Besut, hampir 50% daripada budak kecil tidak dapat berenang walaupun kampong Melewar terletak dekat sungai Melewar. Sungai Melewar besar dan dalam serta mengalir dengan deras. Hakikat ini mungkin penyebab kepada ibubapa tidak menggalakkan semua anak mereka belajar berenang. Lagipun, beberapa kejadian budak kecil mati lemas di sungai Melawar pernah berlaku. (Ibrahim, 2013, m.s. 121-124)

(12)

2. Rujukan

Istillah Rujukan biasanya digunakan dalam kertas ilmiah di mana semua petikan sumber yang dirujuk dalam teks disenaraikan dengan lengkapnya di bahagian Rujukan. Sebaliknya, semua rujukan lengkap yang tersenarai di bahagian Rujukan sepatutnya digunakan sekurang-kurangnya sekali sebagai petikan sumber di dalam teks. Tujuan senarai rujukan ini adalah untuk membolehkan pembaca mencari sumber lengkap bagi setiap petikan yang digunakan dalam teks. Senarai rujukan perlulah disusun mengikut sususan menaik nama keluarga pengarang pertama. Istillah Bibliografi (sebagai istillah alternative kepada Rujukan) biasanya tidak digalakkan untuk digunakan di dalam kertas ilmiah. Bibliografi mengandungi bahan-bahan lain yang dibaca serta yang berguna selain daripada sumber yang dipetik dalam teks.

2.1 Cara menulis nama pengarang dalam Rujukan

Nama keluarga diikuti huruf pertama setiap nama dalam nama penuh. Setiap huruf pertama itu adalah huruf besar dan diikuti tanda noktah. Seperti mana yang dibincang dalam bahagian 1.5 cara menulis nama pengarang bagi pengarang Melayu dan India adalah berlainan sedikit.

Nama Penuh Ditulis dalam teks sebagai

Ditulis dalam Rujukan sebagai

(13)

Abdullah bin Ali Abdullah Ali Abdullah Ali Tan Sri Dr Ali bin Hamzah Ali Hamzah Ali Hamzah Raja Jamaludin bin Raja Ali Raja Jamaludin

Raja Ali diterbit serta nama penerbit

Pengarang (Tarikh) Tajuk Bab (jika

berkaitan)

Tajuk Buku Tempat diterbit:

Nama Penerbit atau URL atau doi

Perhatikan:

 Setiap rujukan disusun mengikut susunan menaik.

 Ensotan bergantung digunakan bagi setiap rujukan.

Bennett, G. K., Seashore, H. G., & Wesman, A. G. (1972). Manual of Differential Aptitude Test. New York: The Psychological Corporation.

Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. (2009). Correlational research. Educational Research. Competencies for Analysis and Applications (m.s. 194-215). Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Education Inc.

(14)

 Simbol ‘&’ dan bukan ‘dan’ digunakan untuk mengasingkan pengarang.

 Tarikh ditulis di dalam kurungan.

 Huruf pertama setiap perkataan dalam tajuk buku adalah huruf

besar kecuali perkataan hubungan seperti ‘of’ dan ‘and’. Ia juga

ditulis dalam bentuk italik.

 Tajuk bab, jika ada, ditulis sebagai ayat biasa, iaitu hanya huruf pertama perkataan pertama adalah huruf besar. Perhatikan juga penggunaan m.s. untuk bab.

2.3 Buku dan Bab buku yang melibatkan penyunting (editors)

Hornet, K., Samson, H., & Yesman, Z. H. (Eds.). (1992). Manual of Similar Aptitude Test. New York: The Psychological Corporation.

Kay, M. N., Jones, Q. E., & Noman, Q. (2009). Correlational research. Di dalam J. Quincy, & D. E. Seashore (Eds.), Educational Review. Non-competencies for Analysis and Applications (m.s. 194-215). Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Education Inc.

Perhatikan:

 Bagi buku tambah ‘(Ed.)’ selepas nama pengarang terakhir. Sekiranya lebih daripada seorang penyunting gunakan ‘(Eds.)’.

 Bagi bab dalam buku, sebelum menulis nama buku tulis ‘Di

dalam’. Nama penyunting ditulis dengan huruf nama lain dalam

(15)

2.4 Pengarang adalah pertubuhan/institusi

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Diperolehi dari http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025

Tulis nama pertubuhan sebagai pengarang.

2.5 Bahan Berkala seperti Jurnal, Majalah dan Surat Khabar

Format: Pengarang, Tarikh, Tajuk Artikel, Tajuk Bahan Berkala Serta Jilid, Nombor isu (jika ada) serta muka surat, doi atau URL laman sesawang (jika ada)

Pengarang (Tarikh) Tajuk artikel

Hansen, J. A., Barnett, M., MaKinster, J. G., & Keating, T. (2004). The impact of three-dimensional computational modelling on student understanding of astronomy concepts: a qualitative analysis. International Journal of Science Education, 26(13), 1555–1575. doi:10.1080/09500690420001673766

Hoban, G. F. (2007). Using slowmation to engage preservice elementary teachers in understanding science content knowledge. Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 7(2), 75–91. Dicapai daripada http://www.citejournal.org/ articles/v7i2general2.pdf

Jabbit, J. R., Cresswell, M., & Ophus, J. (2008). What we know about the impacts of Web-Quests: A review of research. The Educators Journal of Online Resources, 16(4), 441–456.

Laxter, J. H. (1989). Children’s understanding of familiar

astronomical events. International Journal of Science Education, 11, 502–513.

Malika Dexter Subramaniam (2015, Januari 15). Adakah TIMSS relevan untuk Malaysia? Berita Harian, m.s. E4-E5, E7.

(16)

Rahim Abdullah Tambi Cik (2015, Februari). Adakah PISA relevan untuk Malaysia? Dewan Siswa, m.s. 14-16, 27-28.

Perhatikan:

 Tajuk artikel ditulis sebagai ayat biasa.

 Bagi tajuk jurnal serta jilid huruf pertama setiap perkataan adalah

huruf besar kecuali perkataan hubungan seperti ‘of’ dan ‘and’. Ia

juga ditulis dalam bentuk italik.

 Nombor isu, jika ada, ditulis dalam bentuk kurungan dan tidak berbentuk italik.

 Samada sebut doi atau URL, bukan kedua-duanya.

 Tiada noktah selepas doi atau URL.

 Rujukan URL dimula dengan “Dicapai daripada” (Retrieved from).

 Tidak perlu menyebut tarikh URL dicapai kecuali jika bahan yang dicapai itu sentiasa berubah.

2.6 Prosiding

Black, A. A. (2004, April). Relationship of earth science misconceptions and conceptual understandings with three types of spatial abilities in university non-science majors. Kertas dibentangkan dalam Seminar National Association for Research in Science Teaching (NARST), Vancouver, Canada.

2.7 Bahan yang tidak diterbit seperti Laporan Penyelidikan Tindakan

(17)

2.8 Cara menyenaraikan bilangan pengarang yang ramai

Senaraikan semua pengarang sekiranya bilangan pengarang tidak melebehi tujuh orang. Sekiranya bilangan pengarang melebihi tujuh,

senaraikan enam pengarang yang pertama diikuti oleh tanda “…” dan

selepas itu pengarang terakhir.

Siti Hajar Man, John Savarimuthu, Chong, K. J., Abdul Manap, Khairuddin Ali

Samsudin, Samy Rasamavi, … Lim, A. L. (2015). Inovasi dalam Pedagogi. Pulau Pinang: Sasbadi Berhad.

2.9 Cara membezakan pengarang sama yang menerbitkan dua atau lebih bahan ilmiah dalam tahun yang sama

Chong, K. J. (2015a). Inovasi dalam Pedagogi. Suatu pengenalan. Pulau Pinang: Sasbadi Berhad.

Chong, K. J. (2015b). Inovasi dalam Pedagogi. Suatu kritikan. Pulau Pinang: Sasbadi Berhad.

Chong, K. J. (2015c). Kaedah baru mengajar inovasi. Pulau Pinang: Sasbadi Berhad.

Perhatikan penggunaan huruf a, b, dan c.

3. Cara Mempamerkan Maklumat dan Data

Jadual digunakan untuk mempamerkan data manakala Rajah digunakan untuk mempamerkan maklumat visual seperti graf serta gambarfoto.

3.1 Jadual

(18)

Jadual 2 yang merupakan contoh jadual yang mudah. Hanya garis mendatar digunakan. Jadual diletak pada bahagian kiri kertas. Tajuk jadual adalah diitalikkan dan tidak mempunyai tanda noktah. Pada amnya sebuah jadual hanya menggandungi tiga garis mendatar; dua untuk tajuk dan satu pada bahagian bawah. Garis mendatar tambahan boleh digunakan sekiranya ia dapat menunjuk maklumat dalam jadual dengan lebih jelas.

Jadual 2

Statistik Deskriptif Bagi Pembolehubah Bersandar Setiap Kumpulan (Mudah)

Tugasan Min Std.

Deviation

N

Fahaman Konsep

Paper Sketch 8.52 3.494 87

Slowmation 9.01 2.852 84

Keupayaan Mental

Paper Sketch 5.72 1.523 87

Slowmation 6.15 1.384 84

Motivasi Paper Sketch 13.36 1.844 87

Slowmation 14.42 1.650 84

Perhatian: Kotak di luar Jadual 2 bukan sebahagian daripada jadual.

(19)

Jadual 3

Statistik Deskriptif Bagi Pembolehubah Bersandar Setiap Kumpulan (Lebih Kompleks

Daripada Jadual Di Atas)

Min Bagi Tugasan (%)

Paper Sketch Slowmation N

Fahaman Konsep 4.87 (87.4) 8.52 (93.2) 87

Keupayaan Mental 7.79 (97.4) 9.01 (89.2) 84

Motivasi 6.25 (92.8) 5.72 (91.7) 87

Purata Min 6.85 (95.7) 7.81 (90.6)

Perhatian: Kotak di luar Jadual 3 bukan sebahagian daripada jadual.

3.2 Rajah

(20)

Rajah 1. Penyelesaian masalah fasa-fasa bulan oleh seorang responden.

Responden telah menggunakan kedua-dua rajah dan teks untuk menunjukkan penyelesaian.

Perhatian: Kotak di luar Rajah 1 bukan sebahagian daripada rajah.

Rumusan

(21)

Bibliografi

American Psychological Association. (2010). Publication Manual of the American Psychological Association (6th ed.). Washington, D.C.:

Author. (Terdapat dua salinan manual ini di perpustakaan Kampus Ipoh - 808.06615 PUB).

APA (t.t.). Basics of APA Style Tutorial. Dicapai daripada http://apa.html

APA Formatting and Style Guide (6th ed.) (t.t.). Universiti Malaya Library.

Dicapai daripada www.umlib.um.edu.my/publications/APA-Guide.pdf

APA Style (t.t.). Dicapai daripada www.apastyle.org/

Referensi

Dokumen terkait

Peran teknologi informasi untuk mendukung perusahaan mencapai keunggulan kompetitif antara lain: teknologi informasi membantu perusahaan membangun bisnis yang

Menurut Sofjan Assauri (2008:240), Persediaan Bahan Baku adalah Persediaan barang-barang berwujud yang digunakan dalam proses produksi, barang mana dapat diperoleh

Memodifikasi keluarga untuk keluarga untuk mengungkapkan mengungkapkan kembali lingkungan kembali lingkungan Respon Respon verbal dari verbal dari keluarga keluarga dengan

Dari perhitungan estimasi biaya diatas sebagai asumsi biaya awal proyek di tahun 2018 di dapat jumlah biaya sebesar Rp 1.174.985.714, kemudian dibuat perhitungan nilai

Adapun tujuan penelitian ini berdasar pada rumusan masalah yang telah diungkapkan di atas. Hal tersebut disebabkan kedudukan rumusan masalah dan tujuan penelitian

Metode kontrol fuzzy Takagi-Sugeno bekerja dengan baik untuk mengendalikan gerak Quadrotor mengikuti lintasan yang diinginkan dengan nilai Integral Absolute Error

Hotel Aziza Syariah Solo adalah hotel yang memiliki sistem Modified American Plan, yaitu harga kamar yang dijual sudah termasuk harga makan pagi atau harga

Menyusun Rencana Kerja dan Anggaran Tahunan (RKAT) Sub Bagian. dan mempersiapkan penyusunan