• Tidak ada hasil yang ditemukan

SYARAT YANG MEMPERMUDAHKAN PENGGUNAAN KO (4)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SYARAT YANG MEMPERMUDAHKAN PENGGUNAAN KO (4)"

Copied!
78
0
0

Teks penuh

(1)

178 BAB V

RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kajian ini dijalankan untuk melihat kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah serta kewujudan kondisi Ely dalam persekitaran yang dikaji. Kajian ini juga turut mengkaji beberapa pembolehubah seperti bidang pengajaran, jenis sekolah, lokasi dan kehadiran ke kursus berkaitan yang mempengaruhi kekerapan penggunaan komputer serta persepsi terhadap kewujudan kondisi Ely. Di samping itu, hubungan antara kesemua kondisi Ely turut dikaji.

(2)

179 Rumusan

Berikut dikemukakan rumusan dapatan kajian berdasarkan persoalan dan hipotesis kajian:

Maklumat Latar Belakang Responden

Kajian ini melibatkan seramai 429 responden yang terdiri daripada guru-guru dari 16 buah sekolah berlainan jenis iaitu Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama, dan Sekolah Menengah Teknik. Responden merupakan guru-guru yang mengajar mata pelajaran dari empat bidang iaitu Kemanusiaan, Bahasa, Sains dan Teknikal Majoriti responden terdiri daripada guru perempuan yang berumur antara 28 hingga 56 tahun serta mempunyai pengalaman mengajar antara satu hingga 30 tahun. Majoriti responden adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda. Sebanyak 44.1% daripada responden pernah mengikuti Kursus Pra-Perkhidmatan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran manakala sebanyak 58.2% pernah mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan berkaitan.

Persoalan kajian 1: Apakah kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah

menengah?

Dapatan kajian menunjukkan secara puratanya guru menggunakan

komputer sebagai ’alat’ sebanyak 88 kali setahun, komputer sebagai ’guru’

sebanyak 8 kali manakala bagi penggunaan komputer sebagai ’pelajar’,

(3)

180 Persoalan kajian 2: Sejauh manakah tahap kewujudan kondisi Ely yang membantu penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah?

Daripada respon yang diterima, didapati kondisi yang mencatatkan skor keseluruhan tertinggi adalah ”komitmen daripada mereka yang terlibat” (M = 18.59 atau M = 3.72 bagi skala 1 hingga 5). Ini diikuti oleh kondisi

”wujudnya kepemimpinan” (M = 18.48 atau M = 3.68), ”adanya ilmu

pengetahuan dan kemahiran” (M = 17.78 atau M = 3.58), ”adanya ganjaran

dan insentif untuk peserta” (15.70 atau M = 3.16) dan ”sumber yang diperlukan boleh didapati” (M = 15.66 atau M = 3.12), ”ketidakpuasan

dengan keadaan semasa” (M = 14.94 atau M = 2.92), ”penglibatan adalah

diharap dan digalakkan” (M = 14.69 atau M= 2.89) dan ”masa yang

diperlukan ada” (M = 13.62 atau M = 2.61).

Secara umumnya, persepsi reponden terhadap kewujudan kondisi Ely tidak begitu positif di mana min bagi kelapan-lapan kondisi tidak mencapai 20 (atau 4 bagi skala 1 hingga 5). Walau bagaimanapun, tiga kondisi yang agak cenderung dipersetujui responden sebagai wujud adalah ”komitmen daripada mereka yang terlibat”, ”wujudnya kepemimpinan” dan ”adanya

ilmu pengetahuan dan kemahiran”. Manakala kondisi ”adanya ganjaran

dan insentif untuk peserta”, ”sumber yang diperlukan boleh didapati”,

”ketidakpuasan dengan keadaan semasa”, ”penglibatan adalah diharap

dan digalakkan” dan ”masa yang diperlukan ada” memperolehi min di

(4)

181 tidak langsung ini juga memberi gambaran tentang tahap kewujudan yang rendah bagi kelima-lima kondisi tersebut.

Persoalan kajian 3: Adakah terdapat kondisi lain selain daripada kondisi Ely yang telah membantu guru-guru menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran?

Melalui item terakhir dalam soal selidik, responden telah diminta untuk mengemukakan kondisi lain yang mereka dapati telah membantu mereka menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Seramai 28 responden menyatakan kewujudan kemudahan dan sumber adalah kondisi yang mendorong penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, responden turut menyatakan aspek ketidakpuasan dengan keadaan semasa, ilmu pengetahuan dan kemahiran, masa yang mencukupi, sokongan daripada pentadbir dan insentif untuk guru sebagai kondisi yang membantu mereka menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

(5)

182 Hipotesis Penyelidikan 1: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan bidang pengajaran.

Untuk menguji hipotesis penyelidikan pertama, analisis ANOVA telah dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran antara guru-guru yang berlainan bidang pengajaran. Hasil analisis menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer antara guru berlainan bidang pengajaran bagi aplikasi komputer sebagai ’alat’, F (3,418) = 3.54, p < .017, dan komputer sebagai ’guru’, F (3,425) = 25.30, p

<. 017. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan signifikan bagi aplikasi komputer sebagai ’pelajar’, F (3,425) = 1.59, p > .017.

Hipotesis Penyelidikan 2: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan jenis sekolah.

(6)

183 secara signifikan dengan skor min guru-guru Sekolah Menengah Agama (M = 3.67) dan juga berbeza secara signifikan dengan skor min guru-guru Sekolah Menengah Teknik (M = 3.73).

Hipotesis Penyelidikan 3: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan lokasi sekolah.

Untuk menguji hipotesis penyelidikan ketiga, ujian-t tidak bersandar telah dijalankan. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam tahap kekerapan penggunaan keseluruhan aplikasi komputer antara guru-guru di sekolah bandar dengan guru-guru-guru-guru di sekolah luar bandar, t (427) = -2.20, p < .05.

Hipotesis Penyelidikan 4: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan kehadiran ke Kursus Pra-Perkhidmatan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

(7)

184 Hipotesis Penyelidikan 5 : Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan kehadiran ke Kursus Dalam Perkhidmatan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Untuk menguji hipotesis penyelidikan kelima, ujian-t telah dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran antara guru-guru yang pernah menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan guru-guru yang tidak pernah mengikutinya. Hasil ujian yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara guru-guru yang pernah mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan (M = 5.12) dengan guru-guru yang tidak pernah mengikuti kursus tersebut (M = 3.02).

Hipotesis Penyelidikan 6 :Terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan komputer dengan jumlah kehadiran ke Kursus Dalam Perkhidmatan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

(8)

185 Hipotesis Penyelidikan 7: Terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan komputer dengan pengalaman mengajar. Analisis korelasi Pearson dijalankan untuk melihat hubungan antara kekerapan penggunaan komputer dengan pengalaman mengajar. Hasil analisis menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara kedua pembolehubah terbabit. Ini bermakna, pengalaman mengajar tidaklah semestinya menjadikan guru lebih kerap menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru.

Hipotesis Penyelidikan 8 : Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kewujudan kondisi Ely yang membantu penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan bidang pengajaran. Ujian ANOVA yang dijalankan untuk melihat perbezaan dalam tahap kewujudan kondisi Ely yang membantu penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran antara guru-guru berlainan bidang pengajaran menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan dalam persepsi responden terhadap kewujudan satu sahaja kondisi iaitu ”Sumber Yang

Diperlukan Boleh Didapati” antara guru yang berlainan bidang pengajaran,

F (3,424) = 4.06, p < .006.

Walau bagaimanapun, tidak terdapat hubungan yang signifikan dalam persepsi responden terhadap kewujudan kondisi berikut: (a) ”Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa”, F (3,423) = 1.72, p > .006, (b)

”Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran, F (3,424) = .61, p > .006, (c)

”Adanya Ganjaran Dan Insentif Untuk peserta”, F (3,424) = 2.07, p > .006,

(9)

186 Diharap Dan Digalakkan”, F (3,422) = 1.70, p > .006, (f) ”Komitmen

Daripada Mereka Yang Terlibat”, F (3,422) = .42, p > .006 dan (g)

”Wujudnya Kepemimipinan”, F (3,424) = 1.19, p > .006.

Hipotesis Penyelidikan 9 : Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kewujudan kondisi Ely yang membantu penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan jenis sekolah.

Analisis ANOVA telah dijalankan untuk melihat perbezaan persepsi responden terhadap kewujudan kondisi Ely antara guru-guru dari sekolah berlainan jenis. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi responden terhadap kewujudan dua kondisi berikut: (a) ”penglibatan diharap dan digalakkan”, F(3,422) = 4.85, p < .006 dan (b) ”komitmen daripada mereka yang terlibat”, F(3,422) = 6.20, p < .006.

Enam kondisi lain yang tidak menunjukkan perbezaan persepsi responden yang signifikan adalah : (a) ”Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa” ,

F(3,423) = 1.02, p > .006, (b) ”Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran,

F (3,424) = 1.63, p > .006, (c) ”Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati”, F

(3,424) = 4.15, p > .006, (d) ””Masa Yang Diperlukan Ada”, F (4,424) = .72,

p > .006, (e) ”Ganjaran dan Insentif Untuk Peserta”, F (3,424) = 3.36, p >

(10)

187 Hipotesis Penyelidikan 10 : Terdapat hubungan yang signifikan antara kewujudan kondisi Ely dengan pengalaman mengajar.

Ujian korelasi Pearson telah dijalankan untuk melihat hubungan antara kewujudan kondisi Ely dengan pengalaman mengajar. Hasil analisis menunjukkan wujud hubungan negatif yang signifikan (r = -.18) antara pengalaman dengan hanya satu kondisi Ely iaitu ”ketidakpuasan dengan

keadaan semasa”. Ini bermakna semakin banyak pengalaman mengajar

seseorang guru, semakin tinggi tahap kepuasan terhadap cara pengajaran mereka. Oleh itu, guru-guru yang lebih berpengalaman kurang merasakan keperluan untuk mengubah cara pengajaran mereka sekarang. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan kondisi ”penglibatan adalah diharap dan digalakkan”, r = .12, p < .01.

Hipotesis Penyelidikan 11 : Terdapat hubungan yang signifikan antara kewujudan kondisi Ely dengan kekerapan penggunaan komputer. Ujian korelasi Pearson telah dijalankan untuk melihat hubungan antara kewujudan kondisi Ely dengan kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil analisis menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan komputer dengan

beberapa kondisi berikut: (a) ”Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran”

(r = .24), (b) ”Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati” (r = .18), (c) ”Masa

Yang Diperlukan Ada” (r = .11), ”Penglibatan Adalah Diharap Dan

Digalakkan” (r = .17), (d) ”Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat” (r =

(11)

188 Manakala dua lagi kondisi tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan kekerapan penggunaan komputer ialah : (a) ”Ketidakpuasan

Dengan Keadaan Semasa” (r = -.05), dan (b) ”Adanya Ganjaran Dan

Insentif Untuk Peserta” (r = .01). Ini bermakna kekerapan penggunaan

komputer bukanlah dikaitkan dengan wujudnya keinginan untuk melakukan perubahan dalam pengajaran atau wujudnya ganjaran yang disediakan bagi guru-guru, sebaliknya lebih berhubungkait dengan faktor-faktor lain seperti kemahiran, kemudahan sumber, masa yang cukup, komitmen daripada semua pihak serta sokongan daripada pentadbir.

Hipotesis Penyelidikan 12 : Terdapat hubungan yang signifikan antara semua kondisi Ely.

Analisis Korelasi Pearson telah dijalankan untuk melihat sama ada terdapat hubungan antara kesemua kondisi Ely. Dapatan menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara kebanyakan kondisi Ely tetapi nilai r yang dihasilkan adalah berbeza. Berdasarkan penentuan nilai r oleh Cohen (1988), hubungan positif sederhana yang signifikan dilihat wujud antara kondisi ”Adanya Kepemimpinan” dengan ”Sumber Yang Diperlukan Boleh

Didapati” (r = .35), dan antara kondisi ”Adanya Kepemimpinan” dengan ”Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan” (r = .35), Manakala bagi hubungan antara kondisi ”Adanya Kepemimpinan” dengan ”Komitmen

Daripada Mereka Yang Terlibat” (r = .55), menunjukkan hubungan positif

(12)

189 Kekerapan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran untuk kajian ini diklasifikasikan kepada tiga bahagian iaitu (a) komputer sebagai ’alat’,

(b) komputer sebagai ’guru’ dan (c) komputer sebagai ’pelajar’

sebagaimana yang disarankan oleh Newby et al. (2000).

Penggunaan komputer sebagai ’alat’ merangkumi beberapa tujuan

antaranya adalah untuk menyediakan rancangan pengajaran, nota edaran, soalan peperiksaan, mengira markah pelajar, mendapatkan bahan dari internet dan berhubung melalui mel elektronik. Penggunaan komputer sebagai ’guru’ pula mencakupi penggunaan komputer untuk tujuan latih

tubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Sementara

penggunaan komputer sebagai ’pelajar’ pula melibatkan penggunaan

komputer untuk membina laman web dan menghasilkan bahan pengajaran multimedia.

(13)

190 tanggungjawab untuk menyediakan soalan peperiksaan, mengira dan memasukkan markah pelajar ke dalam aplikasi komputer perlu diselesaikan. Sejumlah 65.3% daripada responden menggunakan komputer untuk mengira markah pelajar dan purata kekerapan penggunaan untuk tujuan ini adalah sebanyak tiga kali setahun (M =2.65, S.P = 3.59). Ini menunjukkan walaupun majoriti guru menggunakan komputer untuk menyediakan soalan peperiksaan, namun jumlah guru yang menggunakan komputer untuk tujuan pengiraan markah pelajar tidak seramai jumlah yang menggunakan komputer untuk penyediaan soalan peperiksaan.

(14)

191 Sebanyak 76.5% responden pernah mencari bahan dari laman-laman web untuk mendapatkan maklumat berkaitan topik atau mata pelajaran yang diajar, manakala sebanyak 49.9% mendapatkan rancangan pengajaran melalui internet. Secara purata, didapati kekerapan penggunaan komputer untuk pencarian bahan di laman web adalah sebanyak lapan kali setahun (M = 7.69, S.P = 13.79) manakala penggunaan komputer untuk pencarian rancangan pengajaran adalah sebanyak tiga kali setahun (M = 2.67, S.P = 5.63). Meskipun kekerapan yang dicatatkan masih rendah, namun ini menunjukkan bahawa guru-guru juga cenderung untuk menggunakan kemudahan internet dalam membantu pengajaran. Hal ini mungkin disebabkan kemudahan akses internet yang tersedia di sekolah-sekolah kajian. Ini dapat dilihat menerusi respon yang diterima untuk soalan berbentuk terbuka, di mana seramai 23 orang responden menyatakan aspek kemudahan untuk mengakses internet dan bilik komputer sebagai kondisi yang menggalakkan penggunaan komputer guru-guru (Jadual 26). Hal ini juga mungkin disebabkan pendedahan yang diperolehi semasa mengikuti kursus-kursus berkaitan yang menekankan penggunaan TMK untuk meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

(15)

192 melalui mel elektronik dengan rakan guru adalah sebanyak dua kali setahun, (M = 1.75, S.P = 5.39) dan kurang dari sekali setahun untuk berhubung dengan pelajar (M = .41, S.P = 1.96). Hakikatnya, guru-guru lebih gemar menggunakan telefon untuk berhubung dengan rakan sejawat mereka sekiranya timbul sebarang masalah untuk dibincangkan. Hal ini sedemikian kerana penggunaan telefon bukan sahaja membolehkan mereka mendapat makluman balas dengan segera, malah dapat mengurangkan salah faham daripada penerima kerana komunikasi dua hala yang serentak membantu memperjelaskan maksud yang hendak disampaikan (Woo Tai Kuan, 2003). Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa penggunaan mel elektronik belum menjadi satu kelaziman atau budaya dalam kalangan guru di sekolah.

Penggunaan komputer sebagai ’guru’ boleh dikatakan sebagai aplikasi

(16)

193

Penggunaan komputer sebagai ’pelajar’ merupakan aplikasi yang terendah

dari segi bilangan pengguna dan kekerapan penggunaannya dalam setahun. Dapatan menunjukkan sebanyak 5.1% daripada responden pernah menggunakan komputer untuk membina laman web berkaitan topik atau mata pelajaran yang diajar (M = .14, S.P = 1.09), manakala hanya 3.7% responden menghasilkan bahan multimedia untuk pengajaran (M = .18, S.P = .89). Rendahnya bilangan pengguna bagi aplikasi ini mungkin dipengaruhi oleh aspek kemahiran guru itu sendiri. Ini kerana tidak ramai guru mendapat pendedahan yang khusus tentang pembinaan laman web atau pembinaan bahan-bahan menggunakan perisian multimedia. Hal ini disebut dalam laporan Jawatankuasa Penyelidikan Unit Kursus Dalam Perkhidmatan (2003) yang menyatakan guru-guru masih kurang kemahiran dari sudut pembinaan bahan pengajaran multimedia serta pembinaan laman web. Seramai 44.4% daripada guru yang pernah mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan mengesyorkan agar aspek pengurusan pelayan dan memuatnaik laman web dimasukkan dalam isi kandungan kursus yang akan datang. Ini kerana masih ramai guru yang belum benar-benar berkemahiran dalam aspek tersebut. 11.2% responden pula meminta agar pengajaran bahasa pengaturcaraan seperti C++, perisian animasi, perisian Flash dan perisian Multimedia diberikan kepada mereka. Ini menunjukkan

bahawa guru-guru masih kurang mahir dengan aspek penggunaan komputer sebagai ’pelajar’. Kekurangan kemahiran ini sekaligus

(17)

194 Di samping kekurangan kemahiran, aspek masa turut menjadi kekangan

sehingga menghalang penggunaan komputer sebagai ’pelajar’. Ini dapat

dilihat dalam respon terhadap kondisi Ely berkaitan masa di mana majoriti responden (66.5%) tidak bersetuju yang mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer. Penghasilan bahan menggunakan perisian multimedia memakan masa yang lebih panjang berbanding bahan pengajaran jenis lain. Ini menyebabkan guru-guru lebih selesa menggunakan bahan perisian yang sedia ada atau cenderung untuk memilih bahan pengajaran yang lain seperti bahan cetak atau tranparensi.

Secara keseluruhan dapatan kajian ini menggambarkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan responden lebih banyak tertumpu kepada penggunaan komputer sebagai ’alat’, diikuti

komputer sebagai ’guru’ manakala penggunaan terendah adalah bagi

aspek komputer sebagai ’pelajar’.

Dapatan kajian selaras dengan dapatan kajian Rosnah (2003) yang merumuskan bahawa lebih ramai guru menggunakan komputer sebagai ’alat’ berbanding komputer sebagai ’guru’ atau ’pelajar’. Bagi kategori

penggunaan komputer sebagai ’alat’, beliau mendapati 70.2% daripada

(18)

195 pula, hanya 9.6% daripada responden pernah menggunakan komputer untuk tujuan simulasi, manakala 11.7% lagi pernah menggunakan komputer untuk menggerakkan minat pelajar.

Nor Aziah (1999) dalam kajiannya juga mendapati penggunaan komputer sebagai ’alat’ adalah aplikasi yang paling kerap digunakan oleh guru.

Kajian beliau menunjukkan 88.9% daripada guru yang dikaji pernah menggunakan komputer untuk tujuan pemprosesan perkataan, 44.4% untuk menyimpan maklumat pelajar dan markah, 35.6% sebagai alat bantu mengajar. Bagi penggunaan komputer sebagai ’guru’, sebanyak 13.3% daripada guru pernah menggunakan perisian permainan. Bagi kategori komputer sebagai ’pelajar’ pula, hanya 8.9% guru pernah menggunakan

komputer untuk tujuan pengaturcaraan.

Kewujudan Kondisi Ely Yang Membantu Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Hasil kajian ini menunjukkan tahap kewujudan bagi setiap kondisi Ely yang berbeza antara satu sama lain.

Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat

Kondisi ”komitmen daripada mereka yang terlibat” menunjukkan min

(19)

196 penekanan terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, responden turut menyatakan komitmen mereka terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, didapati persepsi responden terhadap komitmen daripada pihak pentadbir (M = 2.40) dan rakan guru masih rendah (M = 2.43).

Haryono (1990) dalam kajiannya terhadap kewujudan kondisi yang membantu pelaksanaan inovasi pengajaran di enam buah universiti di Indonesia juga mendapati kondisi berkaitan ”komitmen daripada mereka

yang terlibat” adalah antara yang tertinggi kewujudannya. Beliau

menyifatkan aspek komitmen sebagai prasyarat yang mesti wujud untuk menjayakan pelaksanaan inovasi. Beliau juga menegaskan bahawa komitmen yang paling penting adalah daripada pihak pentadbir. Hal yang sama disebut oleh Spitzer (1987) yang berpendapat komitmen daripada pihak pentadbir merupakan kunci kepada kejayaan sesuatu pelaksanaan inovasi. Komitmen yang kukuh daripada pentadbir institusi adalah penting kerana tanpa komitmen daripada pihak pentadbir, tidak akan ada individu yang akan mencuba atau menggunakan sesuatu inovasi (Stein, 1997).

(20)

197

Ely (1990b) pula berpendapat komitmen haruslah diberikan oleh semua pihak yang terbabit dengan pelaksanaan dan bukan daripada pentadbir semata-mata. Ely menyatakan bahawa golongan pelaksana (guru) memerlukan sokongan dan komitmen daripada pihak yang terbabit dari semua peringkat pentadbiran. Perkara ini adalah benar kerana komitmen daripada satu pihak sahaja tidak akan dapat menjamin kesinambungan pelaksanaan inovasi. Oleh itu, pihak guru juga perlu memainkan peranan yang aktif dalam penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah bersesuaian dengan apa yang ditegaskan oleh Fullan (1991) yang melihat pentingnya komitmen daripada pihak guru.

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa situasi di sekolah masih memerlukan komitmen yang lebih daripada semua pihak, sama ada pihak kementerian, pentadbir sekolah, mahupun guru sendiri sebagai pelaksana.

Wujudnya Kepemimpinan

Min persepsi responden kedua tertinggi adalah bagi kondisi ”wujudnya

kepemimpinan” (M= 18.48, S.P = 3.33) atau (M = 3.68, S.P = .61).

(21)

198 pembelajaran boleh didapati dengan mudah (M = 3.57). Responden juga bertanggapan bahawa pentadbir sekolah mereka bersedia membincangkan masalah yang dihadapi oleh guru berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (M = 3.76). Responden juga cenderung mempersetujui bahawa guru-guru di sekolah mereka mendapat sokongan daripada pihak pentadbir untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. (M = 3.83). Walau bagaimanapun, respon bagi penyataan bahawa pengetua sekolah memberi galakan yang diperlukan untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran hanya mencatat min sebanyak 2.26 dan ini menggambarkan responden lebih cenderung untuk tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Respon terhadap item ini juga agak bercanggah dengan empat item yang lain, yang mencatat min yang lebih tinggi.

(22)

199 (Stein, 1997). Pengetua juga bertanggungjawab untuk memikirkan cara yang sistematik dan berkesan untuk membantu para guru menggunakan alat teknologi yang baru (November, 2000).

Hasil dapatan kajian Hajar (2004) menunjukkan kondisi ini wujud di sekolah-sekolah bestari. Guru-guru di sekolah bestari berpendapat bahawa sikap pengetua yang mengambil berat terhadap aspek pengintegrasian TMK telah mendorong mereka untuk melaksanakannya dalam pengajaran. Menurut Hajar, pengetua yang mampu menyediakan sumber yang cukup untuk digunakan oleh guru serta memberikan sokongan padu kepada guru-guru telah membantu guru-guru-guru-guru untuk melaksanakan pengintegrasian TMK dalam pengajaran. Haryono (1990) pula mendapati kewujudan kondisi ini di universiti kajiannya adalah rendah. Ini mungkin kerana dalam konteks pengajaran di universiti, para pensyarah lebih bebas dan mempunyai kuasa tersendiri untuk memilih corak pengajaran mereka dan tidak banyak dipengaruhi oleh tuntutan daripada pihak pentadbir. Oleh itu, ciri kepemimpinan tidak begitu memainkan peranan ke atas penggunaan inovasi dalam kalangan pensyarah.

Secara kesimpulannya, didapati telah ada usaha daripada pentadbir atau pengetua sekolah untuk memajukan penggunaan komputer dalam pengajaran di sekolah mereka. Namun, penggunaan yang maksimum oleh guru masih bergantung kepada kewujudan kondisi-kondisi lain seperti aspek masa, kemahiran dan sebagainya.

(23)

200 Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran

Kondisi ”adanya ilmu pengetahuan dan kemahiran” merupakan kondisi yang mencapai min persepsi ketiga tertinggi iaitu sebanyak 17.78 (S.P = 3.43) atau (M = 3.58, S.P = .69). Penelitian ke atas min bagi setiap item untuk kondisi ini menunjukkan bahawa responden mempunyai kemahiran untuk menggunakan komputer dalam pengajaran (M = 3.47), mempunyai pengetahuan tentang peranan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (M = 4.03) serta boleh menyediakan bahan pengaaran menggunakan komputer (M = 3.89). Walau bagaimanapun, bagi aspek pengetahuan untuk mengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, menunjukkan responden masih kekurangan pengetahuan dari aspek tersebut (M = 2.51) serta kekurangan kemahiran untuk merancang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mereka (M = 2.82).

Hajar (2004) telah mengklasifikasikan kondisi berkaitan pengetahuan dan kemahiran sebagai kondisi utama yang perlu wujud dalam persekitaran. Menurut beliau, tanpa kemahiran yang mencukupi, pelaksanaan sesuatu inovasi tidak akan dapat dilaksanakan oleh guru, walaupun sumber yang disediakan adalah mencukupi dan begitulah sebaliknya. Ini terjadi kerana menurut beliau kedua-dua kondisi ini adalah berkait rapat antara satu sama lain.

(24)

201 kurang mahir tentang cara untuk merancang serta mengintegrasikan komputer dalam pengajaran. Hal ini disebut oleh Hajar (2004) di mana kebanyakan guru sememangnya sudah mendapat pendedahan tentang penggunaan komputer secara asas. Walau bagaimanapun, guru-guru masih kurang pengetahuan tentang ”bagaimana” dan ”bila” hendak

menggunakan komputer dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan kemahiran dalam aspek ini mungkin menjadi faktor kenapa guru-guru masih kurang keyakinan untuk menggunakan komputer dalam pengaaran mereka. Tan Juan Ngoh (1999) juga menyatakan kurangnya pengetahuan guru tentang cara mengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran menyumbang kepada rendahnya tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasilnya, penggunaan komputer dalam kalangan guru lebih tertumpu kepada penggunaan komputer untuk penyediaan rancangan pengajaran dan penyediaan kertas soalan sahaja.

Adanya Ganjaran Dan Insentif Untuk Peserta

Kondisi ”Adanya Ganjaran Dan Insentif Untuk Peserta” mencatatkan min

persepsi responden sebanyak 15.79 (S.P = 1.84) atau (M = 3.16, S.P = .62) bagi skala 1 hingga 5. Min yang diperolehi menunjukkan lebih banyak respon yang menghampiri ”Tidak Pasti” (skor 15.00 atau 3.00 bagi skala 1

hingga 5).

(25)

202 Kementerian Pelajaran Malaysia (M = 2.98). Ini berdasarkan min yang menghampiri nilai 3.0. Responden juga boleh dikatakan hampir tidak pasti terhadap aspek insentif daripada pihak sekolah kepada guru-guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mereka (M = 3.20). Begitu juga dengan pengiktirafan rasmi daripada pihak sekolah terhadap guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan responden hampir bersetuju bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberi peluang kepada guru-guru untuk mempelajari penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (M = 3.78).

(26)

203 menyebabkan kurangnya motivasi dalam kalangan guru untuk terus menggunakan komputer dalam pengajaran mereka (Ely, 1990b).

Walaupun kewujudan kondisi ”adanya ganjaran dan insentif untuk peserta”

(27)

204 Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati

Min bagi kondisi ”sumber yang diperlukan boleh didapati” adalah sebanyak 15.66 (S.P = 3.52) atau 3,12 (S.P = .73) bagi skala 1 hingga 5. Secara keseluruhan, didapati kebanyakan respon lebih cenderung kepada ”Tidak

Pasti” memandangkan min yang diperolehi bagi setiap item bagi kondisi ini

adalah lebih menghampiri 15.00 atau 3.00.

Dapatan menunjukkan responden seakan tidak pasti dengan kenyataan bahawa mereka dapat mengakses kemudahan komputer di sekolah tanpa sebarang masalah (M = 3.22). Responden juga didapati tidak pasti sama ada sekolah mereka mempunyai peralatan komputer yang mencukupi untuk digunakan dalam pangajaran atau tidak (M = 3.15). Begitu juga dengan kewujudan perisian (M = 3.34), serta peruntukan untuk menyokong penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mereka (M = 3.22).

(28)

205 menggunakan TMK dengan sepenuhnya meskipun mereka mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang cukup untuk berbuat demikian.

Secara kesimpulannya dapatan ini menunjukkan bahawa aspek sumber masih kurang jelas kewujudannya dalam persekitaran sekolah menengah. Sumber yang tidak mencukupi serta kesukaran untuk mengakses sumber akan memberi kesan terhadap pengajaran guru dan pembelajaran pelajar (Ellsworth, 2000). Ini kerana kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi sahaja tidak memadai untuk menjamin penggunaan komputer dalam kalangan guru, sebaliknya kemudahan untuk menggunakan sumber haruslah disediakan di sekolah-sekolah. Ini dapat dilihat melalui kajian-kajian lepas yang menyatakan aspek kekurangan sumber sebagai faktor kepada tahap penggunaan komputer yang rendah dalam kalangan guru seperti kajian Abdul Malek Kasim (2002), Mohammed Tajuddin Sidek (2000), Norin Mustaffa (2004) dan Zuraidan Saidon (1998).

Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa

(29)

206 berminat dengan pengajaran mereka (M = 3.65) dan lebih bersetuju bahawa mereka perlu beralih kepada penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (M = 3.86).

Hajar (2004) dalam kajiannya menamakan kondisi berkaitan ”ketidakpuasan dengan keadaan semasa” sebagai ”keinginan untuk

berubah”. Dapatan yang diperolehi menunjukkan kondisi ini tidak wujud di

kesemua sekolah yang dikaji. Menurut Hajar, guru-guru di sekolah yang wujudnya kondisi ini didapati telah melaksanakan pengintegrasian TMK dalam pengajaran mereka. Sebaliknya, di sekolah yang kekurangan kondisi terbabit menyaksikan guru-gurunya tidak melaksanakan pengintegrasian inovasi tersebut. Walau bagaimanapun, beliau turut menyatakan bahawa guru-guru yang mengintegrasikan TMK dalam pengajaran mereka menjelaskan bahawa mereka berbuat demikian bukanlah kerana timbulnya keinginan untuk mengubah cara pengajaran kepada penggunaan TMK, akan tetapi lebih didorong oleh faktor kewujudan sumber itu di dalam bilik darjah serta kesedaran bahawa sememangnya mereka perlu menggunakannya sebagai sebahagian daripada aktiviti pengajaran.

(30)

guru-207 guru atau pensyarah akan tetap kekal dengan corak pengajaran mereka yang sedia ada.

Walaupun responden merasakan perlu untuk mengubah cara pengajaran mereka kepada penggunaan komputer, namun secara keseluruhan didapati kewujudan kondisi ini masih rendah. Hal ini mungkin disebabkan belum cukup faktor atau dorongan dalam diri guru untuk benar-benar melakukan perubahan dalam corak pengajaran mereka dengan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Haryono (1990), antara faktor yang mendorong ke arah timbulnya rasa tidak berpuas hati adalah pencapaian pelajar yang rendah, kekurangan pengetahuan guru tentang inovasi, atau pelajar tidak berminat dengan pengajaran semasa. Dalam kajian ini, disebabkan responden berasakan para pelajar berminat dengan corak pengajaran mereka sekarang, maka perasaan untuk mengubah pengajaran tidak begitu mendesak, meskipun ada keinginan untuk beralih kepada penggunaan komputer. Ini ditambah pula dengan ketidakpastian mereka sama ada hendak mengubah cara pengajaran sedia ada atau mengekalkannya.

Secara rumusannya, kewujudan kondisi ”ketidakpuasan dengan keadaan

(31)

208 Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan

Kondisi ”penglibatan adalah diharap dan digalakkan” memperolehi min

sebanyak 14.69 (S.P = 3.39) atau 2.89 (S.P = .43). Didapati responden tidak begitu pasti dengan kewujudan kesemua item bagi kondisi ini (berdasarkan min yang diperolehi menghampiri 3.00). Walau bagaimanapun, responden didapati lebih bersetuju yang mereka membincangkan isu-isu penggunaan komputer dalam pengajaran dengan rakan-rakan guru (M = 3.52) di mana min menghampiri 4.00.

Dapatan ini menggambarkan tahap penglibatan guru-guru dalam proses membuat keputusan berhubung penggunaan komputer di sekolah mereka masih berada di tahap yang rendah. Kurangnya penglibatan guru dalam proses tersebut boleh menyebabkan pelaksanaannya menjadi sukar serta peluang untuk inovasi itu dilaksanakan dengan jayanya adalah rendah (Fullan, 1991).

(32)

209 Kondisi penglibatan bukan sahaja tertumpu kepada proses membuat keputusan, tetapi juga merangkumi aktiviti perbincangan dan pertukaran pendapat antara guru dengan rakan sejawat atau dengan pengetua sekolah (Ely, 1999). Dapatan ini menunjukkan bahawa masih tidak ramai guru yang diberi peluang untuk melibatkan diri dalam perbincangan tentang isu-isu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan pengetua sekolah mereka. Namun, didapati lebih ramai yang berbuat demikian dengan rakan-rakan guru di sekolah (65.5% menyatakan mereka berbincang dengan rakan guru tentang pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran).

Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian Haryono (1990) yang mendapati lebih ramai pensyarah yang membincangkan isu-isu berkaitan pelaksanaan inovasi dengan rakan sejawat, berbanding dengan pentadbir. Menurut beliau, hal ini terjadi demikian kerana para pensyarah berasa lebih selesa untuk berbincang dengan golongan yang sama dari segi kedudukan kerana kurangnya jurang perbezaan antara mereka.

(33)

210 Kekurangan penglibatan daripada pihak guru yang bertindak sebagai pelaksana inovasi perlu diberi perhatian yang sewajarnya sebagaimana yang ditekankan oleh Ely (1990b), penglibatan guru atau pelaksana akan menghasilkan sokongan, kesediaan dan tahap penggunaan komputer yang lebih tinggi dalam kalangan guru. Menurut Ely lagi, penggunaan inovasi yang dilaksanakan berdasarkan arahan atau perintah tanpa penglibatan mereka dalam proses membuat keputusan menyebabkan inovasi tersebut lebih cenderung untuk diabaikan.

Masa Yang Diperlukan Ada

Kondisi ” masa yang diperlukan ada” mencatatkan min persepsi sebanyak

(34)

211 negatif. Ini adalah berdasarkan min keseluruhan bagi kondisi ini adalah sebanyak 13.62 atau 2.61 sahaja.

Rendahnya tahap kewujudan kondisi masa ini boleh mempengaruhi kekerapan penggunaan komputer dalam kalangan guru. Ely (1990a) menekankan bahawa pengguna (guru) haruslah mempunyai masa yang mencukupi untuk mempelajari, mengadaptasi, mengintegrasi dan seterusnya membuat refleksi terhadap apa yang mereka laksanakan. Menurut beliau, kekurangan masa untuk mempelajari, mengadaptasi, dan melaksanakan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran menyebabkan kurangnya penggunaan teknologi tersebut. Ini menggambarkan betapa perlunya seseorang guru itu mempunyai masa yang cukup bukan sahaja untuk mempelajari, merancang atau membuat persediaan untuk pengajarannya, tetapi guru juga haruslah mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakannya dalam pengajaran. Tiada gunanya perancangan yang teliti, sekiranya setiap apa yang dirancang akhirnya tidak dapat dilaksanakan dalam pengajaran sebenar.

(35)

212 sendiri. Beliau mendapati antara aspek yang mendorong penggunaan TMK dalam pengajaran guru adalah faktor kewujudan sumber (komputer dan akses kepada internet) di dalam setiap bilik darjah. Kewujudan sumber tersebut secara tidak langsung membuatkan guru terpanggil untuk menggunakannya. Dapatan beliau juga menunjukkan bahawa terdapat kondisi lain yang lebih penting yang membantu penggunaan inovasi dalam kalangan guru sekolah.

Kewujudan Kondisi Selain Daripada Kondisi Ely

Selain daripada lapan kondisi yang disarankan oleh Ely (1990a, 1999), kajian turut cuba mendapatkan respon daripada guru-guru yang terlibat tentang aspek atau kondisi lain yang mendorong atau menggalakkan mereka menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dapatan menunjukkan kondisi yang paling kerap dinyatakan adalah

”kemudahan untuk menggunakan sumber”. Ini menyokong lagi apa yang

(36)

213 diakses seperti jarak yang dekat dengan makmal komputer dan kemudahan komputer di dalam kelas.

Kondisi yang seterusnya adalah berkaitan pengetahuan dan kemahiran. Ely (1990a, 1999) menyatakan pengetahuan dan kemahiran berkaitan penggunaan sesuatu teknologi yang diperkenalkan haruslah diberi kepada golongan pengguna kerana tanpa aspek ini, teknologi tersebut tidak akan dapat digunakan dengan sebaiknya. Hajar Mohd Nor (2004) turut menyenaraikan aspek pengetahuan guru tentang penggunaan teknologi sebagai kondisi wajib yang perlu ada untuk menjamin kejayaan pelaksanaan sesuatu inovasi. Menurut beliau, jika kondisi ini tidak wujud, maka pelaksanaannya tidak akan berlaku. Kondisi lain yang turut dikemukakan adalah aspek masa, kepemimpinan dan insentif atau ganjaran. Ketiga-tiga kondisi ini mempunyai persamaan dengan apa yang dikemukakan oleh Ely (1990a, 1999).

(37)

214 mempunyai ciri-ciri tersebut. Lima ciri yang dikemukakan adalah kelebihan relatif (relative advantage), kesesuaian (compatibility), kerumitan (complexity), boleh dicuba (trialibity) dan boleh dipantau (observability). Dapatan ini mengesahkan bahawa di samping faktor-faktor atau kondisi persekitaran, ciri kelebihan yang ada pada komputer turut memainkan peranan membantu dan menggalakkan guru menggunakan komputer dalam pengajaran mereka.

(38)

215 Perbezaan Kekerapan Penggunaan Komputer Berdasarkan

Bidang Pengajaran

Penggunaan komputer bagi analisis perbezaan kekerapan penggunaan antara guru berlainan bidang telah dibahagikan kepada empat kategori iaitu komputer sebagai ’ alat’, komputer sebagai ’guru’, komputer sebagai

’pelajar’ dan penggunaan keseluruhan aplikasi komputer. Pembahagian ini

dilakukan kerana pembolehubah bidang pengajaran didapati menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam penggunaan setiap kategori, kecuali penggunaan komputer sebagai ’alat’. Sekaligus ini akan dapat memberi

gambaran yang lebih jelas tentang pola penggunaan komputer guru-guru yang berlainan bidang pengajaran.

Ujian ANOVA telah dijalankan untuk melihat perbezaan dari segi kekerapan penggunaan komputer bagi setiap kategori sebagaimana yang dinyatakan. Dapatan menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan antara guru berlainan bidang dari segi kekerapan penggunaan keseluruhan aplikasi komputer, penggunaan komputer sebagai ’alat’, dan juga komputer sebagai ’guru’. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan yang signifikan

bagi penggunaan komputer sebagai ’pelajar’.

Hasil perbandingan post-hoc pula menunjukkan guru bidang Sains berbeza secara signifikan dengan guru bidang Kemanusiaan bagi penggunaan keseluruhan aplikasi komputer dan komputer sebagai ’alat’. Manakala

penggunaan komputer sebagai ’guru’ menunjukkan guru bidang Sains

(39)

216 Dapatan ini memberi gambaran bahawa guru bidang Sains merupakan golongan yang paling kerap menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bagi semua kategori penggunaan, kecuali komputer sebagai ’pelajar’.

Terdapat beberapa faktor yang mungkin mendorong guru bidang Sains untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kerap berbanding bidang lain. Pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) contohnya banyak membantu menggalakkan guru-guru khususnya dari bidang Sains yang mengajar mata pelajaran (seperti Fizik, Kimia, Biologi, Sains, Matematik Moden dan Matematik Tambahan) menggunakan perkakasan komputer dan perisian khusus. Guru-guru yang terlibat dengan PPSMI ini bukan sahaja diberi latihan tentang cara pengajaran dalam Bahasa Inggeris, tetapi juga dibekalkan dengan komputer riba serta perisian khusus (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005b). Hasil pelaksanaan program ini telah memperlihatkan peningkatan dari segi kemahiran guru untuk menggunakan perkakasan komputer serta kekerapan mereka menggunakannya dalam pengajaran (Utusan Malaysia, 3 April 2005).

(40)

217 bidang Sains ini juga disokong oleh dapatan kajian ini sendiri. Analisis kewujudan kondisi Ely telah menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan yang signifikan dari segi kewujudan kondisi ”sumber yang diperlukan boleh didapati” antara guru dari keempat-empat bidang yang dikaji. Guru-guru

bidang Sains menunjukkan persepsi yang tertinggi dari sudut kewujudan sumber. Hasil analisis korelasi Pearson bagi melihat hubungan antara kekerapan penggunaan dengan kewujudan sumber juga telah menunjukkan hubungan yang signifikan. Ini bermakna, semakin banyak sumber yang ada, maka kekerapan penggunaannya juga akan turut meningkat. Hajar Mohd Nor (2004) juga menyatakan bahawa penggunaan inovasi akan menjadi lebih kerap sekiranya sumber tersebut wujud dan sedia untuk digunakan oleh guru.

Selain dari gambaran bahawa guru Sains merupakan golongan paling kerap menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, dapatan ini turut memperlihatkan guru dari bidang Kemanusiaan sebagai kumpulan yang paling rendah dari segi kekerapan penggunaan komputer. Guru bidang Kemanusiaan bukan sahaja menunjukkan kekerapan terendah bagi penggunaan keseluruhan aplikasi komputer (M = 60.16), tetapi juga bagi penggunaan komputer sebagai ’alat’ (M = 57.09) dan

komputer sebagai ’guru’ (M = 2.44).

(41)

218 Azizan Muhammad, 2001; Mohammad Tajuddin Sidek, 2000; Rosnah Alias, 2003) kekangan masa, (Rosnah Alias, 2003; Rohaya Hassan, 2003; Abdul Malek Kassim, 2002) kurangnya sokongan dari pentadbir sekolah (Abdul Malek Kassim, 2002), malah faktor seperti peruntukan penggunaan makmal komputer yang lebih memberi keutamaan kepada guru-guru bidang Sains menyebabkan guru dari bidang lain mempunyai peluang yang terhad untuk menggunakan kemudahan tersebut (Rabaishah Harun, 1999).

Perbezaan kekerapan penggunaan komputer yang signifikan antara bidang turut dihasilkan dalam kajian Miller (1997). Walau bagai manapun, dapatan ini bercanggah dengan kajian Abdul Malek Kassim (2002) mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer berdasarkan bidang pengajaran. Walau bagaimanapun, kajian beliau hanya membandingkan guru dari dua bidang pengajaran iaitu bidang Kemanusiaan dan Teknikal dan tidak melibatkan keempat-empat bidang yang ada.

Perbezaan Kekerapan Penggunaan Komputer Berdasarkan Jenis Sekolah

(42)

219 Sekolah Menengah Harian pula menunjukkan penggunaan komputer yang paling rendah berbanding tiga sekolah yang lain. Dalam kajian yang serupa, Rohaya (2003) mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer antara guru dari jenis sekolah yang berlainan. Walau bagaimanapun, kajian beliau hanya melibatkan dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Agama dengan Sekolah Menengah Harian. Dapatan ini menunjukkan guru-guru di Sekolah Menengah Agama adalah lebih tinggi (M = 2.99) berbanding guru-guru di Sekolah Menengah Harian (M = 2.23).

Memandangkan kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai hubungan dengan kewujudan beberapa kondisi Ely, mungkin lebih elok jika perbincangan ini dikaitkan dengan dapatan tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan dari segi kewujudan beberapa kondisi Ely antara jenis sekolah. Kondisi tersebut adalah ”penglibatan adalah diharap dan digalakkan” serta ”komitmen daripada mereka yang terlibat” (Jadual 43). Setiap kondisi ini

juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (Jadual 45). Hasil analisis deskriptif juga menunjukkan Sekolah Menengah Berasrama Penuh memperolehi skor tertinggi bagi kewujudan keempat-empat kondisi tersebut.

(43)

220 menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Menurut Ely (1990a) komitmen daripada semua pihak sama ada guru, pengetua atau pentadbir akan dapat meningkatkan penggunaan sesuatu inovasi. Komitmen dan sokongan daripada pentadbir mungkin telah membantu guru di Sekolah Menengah Berasrama Penuh untuk lebih bersemangat menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Untuk menjamin sesuatu inovasi, komitmen daripada pelbagai pihak adalah perlu terutamanya daripada individu yang terlibat dengan pelaksanaan (Ely , 1990b). Ini kerana golongan yang melaksanakan inonasi memerlukan sokongan yang padu dan berterusan daripada pentadbir (Ellsworth, 2000). Penglibatan daripada semua pihak juga memainkan peranan yang membantu guru di sekolah ini menggunakan komputer dengan lebih kerap. Menurut Fullan (1991), seseorang individu tidak akan melaksanakan sesuatu inovasi dengan penuh minat dan berterusan sekiranya individu tersebut tidak diberikan peranan atau peluang untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan.

Perbezaan Kekerapan Penggunaan Komputer Berdasarkan Lokasi Sekolah

(44)

221 sekolah bandar. Dapatan ini bercanggah dengan kajian Siti Aishah, Noraidah dan Hazura (2002) yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran antara guru-guru di sekolah bandar dengan guru-guru di sekolah luar bandar. Sebaliknya, kajian Ahmad Rasidi (1999) pula mendapati guru-guru di sekolah bandar lebih kerap menggunakan komputer berbanding guru-guru sekolah luar bandar. Ahmad Rasidi Osman menyatakan bahawa perbezaan ini adalah disebabkan faktor sumber dan kemudahan. Beliau menyatakan bahawa sekolah bandar mempunyai sumber yang lebih banyak dan baik berbanding sekolah luar bandar. Ini sekaligus mempengaruhi kekerapan penggunaannya dalam kalangan guru di kedua sekolah terbabit.

(45)

222 melibatkan sekolah-sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor. Berdasarkan pemerhatian, walaupun sekolah tersebut dikategorikan sebagai sekolah luar bandar, prasarana komputer yang tersedia di sekolah adalah tidak jauh berbeza dengan sekolah bandar. Tambahan pula, terdapat dua buah Sekolah Menengah Berasrama Penuh di bawah kategori sekolah luar bandar bagi kajian ini. Sebagai mana yang dibincangkan, guru di Sekolah Menengah Berasrama Penuh merupakan golongan yang paling banyak menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Faktor ini mungkin menjelaskan kenapa guru sekolah luar bandar didapati lebih kerap menggunakan komputer berbanding guru sekolah bandar.

Perbezaan Kekerapan Penggunaan Komputer Berdasarkan Kehadiran Ke Kursus Berkaitan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran

(46)

223 Bagi kursus Dalam Perkhidmatan pula, hasil analisis ujian-t yang dijalankan menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan antara kumpulan yang pernah mengikuti kursus berkaitan dengan kumpulan yang tidak pernah menghadirinya dari segi kekerapan pengunaan. Kekerapan penggunaan yang lebih dalam kalangan guru yang pernah mengikuti Kursus Pra-Perkhidmatan ini mungkin disebabkan faktor kemahiran yang diperolehi oleh guru-guru semasa dalam latihan. Kemahiran tersebut membolehkan mereka menggunakan komputer dengan cara yang lebih berkesan dan kerap. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ting Kai Chu (1998) bahawa pendedahan, latihan, kursus serta praktikal menggunakan komputer dapat mempengaruhi kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran ke kursus berkaitan memberi kesan dari sudut kemahiran dan pengetahuan para guru tentang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (Suraini Samakom, 2000). Secara tidak langsung, kemahiran yang diterima memberi lebih keyakinan kepada mereka untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran sebenar.

Dapatan kajian ini walau bagaimanapun bertentangan dengan hasil kajian Nurmala Othman(2006) yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam perbezaan kekerapan penggunaan komputer antara guru-guru yang menghadiri kursus, bengkel atau seminar berkaitan.

(47)

224 hadir dan yang tidak pernah menghadirinya. Ini kerana jarak masa yang panjang antara latihan yang diterima semasa di maktab atau universiti dengan masa pelaksanaan yang sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini adalah kerana kebanyakan kursus berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dijalankan pada tahun kedua atau ketiga pengajian di maktab atau universiti. Tempoh yang lama ini menyebabkan kemahiran yang diperolehi mudah dilupakan. Sementara bagi Kursus Dalam Perkhidmatan pula, guru-guru berpeluang untuk mengaplikasikan setiap kemahiran yang diperolehi sebaik sahaja pulang bertugas di sekolah (Jawatankuasa Penyelidikan Unit Kursus Dalam Perkhidmatan, 2003). Dapat disimpulkan bahawa kehadiran ke kursus berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya Kursus Dalam Perkhidmatan dapat meningkatkan penggunaan komputer dalam kalangan guru.

Hubungan Antara Kekerapan Penggunaan Komputer Dengan Pengalaman Mengajar

(48)

225 terbabit. Menurut Noraini Attan, guru yang kerap menggunakan komputer tidak semestinya terdiri daripada mereka yang lebih berpengalaman, dan tidak semestinya guru yang baru dalam perkhidmatan, sebaliknya banyak bergantung kepada perkara-perkara seperti peralatan, kemahiran, sokongan teknikal dan kewangan serta masa yang disediakan.

Kajian oleh Suraini Samakom (2000) pula menunjukkan hubungan negatif antara pengalaman mengajar dengan tahap penggunaan komputer. Menurut beliau, guru-guru baru atau yang kurang berpengalaman lebih kerap menggunakan komputer berbanding guru-guru lama dan berpengalaman. Keadaan ini lebih dipengaruhi oleh faktor kemahiran dan pendedahan guru terhadap komputer. Ini kerana guru-guru baru lebih terdedah kepada penggunaan komputer dan lebih mahir menggunakannya berbanding guru-guru lama. Dapatan ini walau bagaimanapun bertentangan dengan kajian Ahmad Rasidi Osman (1999) yang menyatakan pengalaman memainkan peranan penting dalam menentukan tahap penggunaan komputer yang lebih tinggi.

(49)

226 individu yang lain. Beliau mengkategorikan penggunaan inovasi kepada lima kumpulan yang terdiri daripada ‘pencipta’, ‘penggunaan awal’, ‘majoriti

awal’, ‘majoriti lewat’, dan ‘ketinggalan’. Golongan ‘majoriti awal’

merupakan mereka yang paling awal menggunakan inovasi, diikuti

golongan ‘pengguna lewat’ yang bersikap lebih skeptikal dan hanya akan

menggunakan inovasi selepas golongan ‘majoriti awal’ menggunakannya

terlebih dahulu.

Oleh itu, kemungkinan guru-guru yang lebih berpengalaman dan terlibat dalam kajian ini terdiri daripada mereka yang merupakan ‘majoriti lewat’

atau ‘ketinggalan’. Guru-guru berpengalaman ini lebih selesa

(50)

227 lebih berpengalaman ini kurang menggunakan komputer dalam pengajaran mereka.

Hubungan Antara Kekerapan Penggunaan Komputer Dengan Kekerapan Menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan Berkaitan

Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Hasil ujian korelasi Pearson telah dijalankan untuk melihat hubungan antara kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan kekerapan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan antara kedua pembolehubah ini, r = .18, p < .01. Ini bermakna, semakin kerap seseorang guru itu mengikuti kursus berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, maka semakin meningkat pula kekerapan penggunaan komputer guru-guru.

(51)

228 Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian Muriatun Mohd Said (1998) yang menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara kedua pembolehubah tersebut. Walau bagaimanapun, kajian beliau lebih memfokuskan hubungan antara penggunaan komputer dengan kehadiran ke kursus berkaitan (sama ada pernah hadir ke kursus berkaitan atau tidak pernah hadir) dan bukannya kekerapan menghadiri kursus berkaitan. Menurut beliau, kehadiran ke kursus berkaitan dapat meningkatkan penggunaan komputer dalam kalangan guru kerana hasil daripada latihan yang diterima, kemahiran dan keyakinan guru untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka akan meningkat. Apabila kemahiran meningkat, maka semangat dan motivasi guru turut bertambah. Ini bermakna, kehadiran ke kursus berkaitan dapat meningkatkan kekerapan penggunaan komputer guru-guru.

(52)

229 dari kursus yang dihadiri. Namun semangat tersebut berkurangan dari sehari ke sehari. Beliau juga menambah, kekerapan penggunaan komputer setelah pulang dari kursus juga ditentukan oleh faktor seperti kemudahan sumber dan sokongan daripada pentadbir.

Wujudnya perbezaan dapatan antara kajian ini dengan kajian Mohammad Tajuddin mungkin disebabkan sampel kajian yang berbeza. Kajian Mohammad Tajuddin (2000) hanya melibatkan guru-guru Pendidikan Islam di sebuah sekolah di negeri Perak. Begitu juga dengan kajian Rosnah Alias (2003) yang hanya melibatkan guru-guru Sejarah di sebuah sekolah di Kluang, Johor. Manakala kajian ini melibatkan guru-guru pelbagai bidang pengajaran dari pelbagai jenis sekolah. Oleh itu, perkara yang disebutkan oleh Mohammad Tajuddin seperti guru hanya berminat menggunakan komputer pada peringkat awal pulang dari kursus serta kekurangan sumber dan sokongan daripada pentadbir adalah mungkin benar bagi sekolah kajiannya sahaja.

(53)

230 baik kepada para guru. Kemahiran yang lebih tinggi pula akan meningkatkan keyakinan guru kepada tahap yang lebih baik. Ting juga menyatakan antara sebab guru jarang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kerana guru tidak mempunyai keyakinan yang cukup untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kehadiran ke kursus berkaitan dapat menambah kemahiran serta keyakinan guru untuk mempraktikkannya apabila kembali bertugas di sekolah.

Perbezaan Tahap Kewujudan Kondisi Ely Berdasarkan Bidang Pengajaran

Hasil ujian ANOVA yang dijalankan untuk melihat perbezaan dalam tahap kewujudan kondisi Ely antara guru-guru berlainan bidang pengajaran menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam persepsi responden terhadap kewujudan satu kondisi Ely iaitu ”sumber yang diperlukan boleh didapati”, F (3,424) = 4.06, p < .01 manakala tidak wujud perbezaan yang signifikan bagi tujuh kondisi yang lain dari segi kewujudannya menurut persepsi responden dari keempat bidang pengajaran.

(54)

231 ujian perbandingan post-hoc, didapati perbezaan antara min kedua bidang pengajaran ini adalah signifikan. Ini menunjukkan bahawa wujud perbezaan persepsi yang ketara antara guru dari kedua bidang ini terhadap kewujudan sumber.

Hajar Mohd Nor (2004) dalam kajiannya merumuskan bahawa aspek sumber sebagai kondisi yang wajib wujud dalam persekitaran sekolah, selain aspek kemahiran dan ilmu pengetahuan. Hajar menyatakan sumber yang cukup dan senang diakses dan digunakan akan menggalakkan guru-guru menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini menyokong apa yang dinyatakan oleh Hajar. Guru-guru bidang Sains menunjukkan persepsi yang tinggi terhadap kewujudan sumber untuk mereka gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, dan sekaligus golongan ini juga menunjukkan min kekerapan penggunaan aplikasi keseluruhan komputer yang tertinggi berbanding guru bidang lain. Ini menggambarkan kewujudan sumber sebagai salah satu pemangkin ke arah penggunaan komputer yang lebih kerap bagi guru bidang Sains. Bagi

penggunaan komputer sebagai ‘guru’ juga, kekerapan penggunaan

(55)

232 Perbezaan Tahap Kewujudan Kondisi Ely Berdasarkan Jenis Sekolah

Dapatan menunjukkan paling banyak kondisi wujud di Sekolah Menengah Berasrama Penuh. Daripada lapan kondisi Ely, tujuh daripadanya didapati wujud dalam persekitaran sekolah terbabit. Sebanyak enam kondisi pula didapati wujud di Sekolah Menengah Teknik. Kewujudan jumlah kondisi yang paling sedikit dikesan di Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Agama di mana masing-masing menunjukkan kewujudan lima dan empat kondisi sahaja.

Hasil ujian ANOVA menunjukkan perbezaan yang signifikan dari segi persepsi guru terhadap kewujudan kondisi berikut: (a) ”Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati”,(b) ”Masa Yang Diperlukan Ada”, (c) ”Penglibatan Diharap Dan Digalakkan”, (d) ”Komitmen Daripada Mereka

Yang Terlibat”. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan guru berlainan jenis sekolah bagi empat kondisi yang lain iaitu : (a) Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa”, (b) ”Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran”, (c) ”Masa Yang Diperlukan Ada”, dan (d)

”Wujudnya Kepemimpinan”.

(56)

233 ditegaskan oleh Hajar Mohd Nor (2004), kewujudan sumber merupakan kondisi yang wajib ada di persekitaran sekolah. Kekurangan kondisi ini akan menjejaskan tahap penggunaan inovasi dalam kalangan guru. Hubungan antara kewujudan sumber dengan kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pula terbukti dengan wujudnya hubungan positif yang signifikan antara kedua pembolehubah ini (Jadual 46).

Bagi kondisi ”Penglibatan Diharap Dan Digalakkan” pula, dapatan menunjukkan bahawa kondisi ini hanya wujud di Sekolah Menengah Berasrama Penuh sahaja (min melebihi 15.0). Sebaliknya min yang diperolehi dari tiga sekolah lain adalah kurang dari 15.0. Ini bermakna, guru-guru di Sekolah Berasrama Penuh lebih bersetuju bahawa mereka mendapat lebih banyak peluang untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah mereka berbanding guru-guru di sekolah lain. Guru-guru di sekolah ini juga membincangkan isu-isu berkaitan penggunaan teknologi komputer dengan rakan-rakan guru dan pengetua di sekolah mereka. Cara ini secara tidak langsung membolehkan mereka mengemukakan idea dan cadangan yang berkaitan serta penyataan sebarang masalah yang timbul.

Dapatan bagi kondisi ”Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat” pula

(57)

234 menunjukkan min persepsi tertinggi (M = 19.44) serta berbeza secara signifikan dengan tiga sekolah yang lain. Hajar Mohd Nor (2004) dalam kajiannya di sekolah bestari mendapati bahawa sokongan dan komitmen daripada pengetua sekolah memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan pengintegrasian TMK dalam kalangan guru di sekolah terbabit. Kewujudan kondisi ini di Sekolah Menengah Berasrama Penuh boleh menjadi satu pemangkin kepada penggunaan komputer yang kerap dalam kalangan guru di sekolah ini.

Hubungan Antara Kewujudan Kondisi Ely Dengan Pengalaman Mengajar

Hasil ujian Korelasi Pearson yang dijalankan menunjukkan hubungan negatif yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan kondisi

”ketidakpuasan dengan keadaan semasa”, r = -.18, p < .01. Dapatan juga

menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan kondisi ”penglibatan adalah diharap dan digalakkan”, r = .12, p < .01.

(58)

235 menyifatkan kewujudan ketidakpuasan dengan keadaan semasa ini bermakna wujudnya keperluan untuk melakukan perubahan. Haryono (1990) juga menyatakan bahawa guru atau pensyarah yang telah sekian lama mengajar dengan cara tradisional tidak akan mudah mengubah cara pengajaran mereka dengan mengaplikasi inovasi baru. Menurut beliau perubahan akan menjadi lebih sukar untuk dilaksanakan oleh golongan berpengalaman, sekiranya mereka mendapati pelajar-pelajar mampu mencapai kecemerlangan walaupun diajar dengan cara tradisional.

Kurangnya rasa ingin berubah dalam kalangan guru yang berpengalaman juga mungkin disebabkan ciri-ciri individu guru itu sendiri. Ini dijelaskan oleh Rogers (2003) yang mengatakan bahawa tahap penerimaan seseorang terhadap inovasi baru adalah berbeza antara satu dengan lain. Ada yang begitu mudah untuk melakukan perubahan seperti golongan dalam kumpulan ’pengguna awal’ dan ’majoriti awal’, dan ada pula yang

lambat menerima perubahan sebagaimana mereka dalam kumpulan

’majoriti lewat’ yang hanya akan menggunakan inovasi setelah sebahagian

besar anggota dalam komunitinya menggunakan inovasi tersebut secara meluas. Malah ada juga yang lebih bersikap prejudis terhadap perkara

yang baru seperti mereka dalam kumpulan ’ketinggalan’. Seperti yang

ditegaskan oleh Rogers, guru-guru yang terlibat adalah tergolong dalam golongan ’majoriti lewat’ yang akan mengambil masa lebih panjang untuk

(59)

236 Kondisi ”penglibatan adalah diharap dan digalakkan” menunjukkan hubungan positif yang signifikan dengan pengalaman mengajar guru. Ini bermakna semakin lama seseorang guru itu bertugas di sekolah, semakin banyak peluang yang didapati untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan berkaitan penggunaan teknologi di sekolah mereka. Sebagaimana yang dinyatakan dalam literatur, selain terlibat dalam proses membuat keputusan berkaitan penggunaan komputer, aktiviti perbincangan dengan rakan guru serta pengetua tentang isu-isu berkaitan penggunaan komputer juga merupakan sebahagian dari aspek penglibatan yang dimaksudkan. Golongan ini mungkin tergolong dalam kalangan mereka yang melaporkan mereka membincangkan isu pelaksanaan penggunaan komputer dengan pengetua sekolah mereka, atau dengan rakan guru di sekolah, atau golongan mereka yang terlibat dalam proses membuat keputusan tentang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Enam lagi kondisi yang tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pengalaman mengajar adalah : (a)”Adanya Ilmu Pengetahuan Dan

Kemahiran”, (b) ” Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati” ”, (c) ” Masa

Yang Diperlukan Ada”, (d) ” Adanya Ganjaran Dan Insentif Untuk Peserta”,

(e) ” Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat”, dan (f) ”Wujudnya

Kepemimpinan”. Dapatan ini menggambarkan bahawa persepsi guru

(60)

237 pengalaman bukanlah satu pembolehubah yang dapat menentukan perbezaan persepsi guru terhadap tahap kewujudan kondisi tersebut.

Hubungan Antara Kewujudan Kondisi Ely Dengan Kekerapan Penggunaan Komputer

Antara objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah hubungan antara kewujudan kondisi Ely dengan kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Ely (1990a) menegaskan akan pentingnya kewujudan kondisi Ely dalam sesuatu persekitaran di mana inovasi teknologi dilaksanakan. Menurut Ely, kekurangan satu atau lebih kondisi tersebut akan menjejaskan tahap pelaksanaan inovasi itu. Sebaliknya, kewujudan semua kondisi Ely akan lebih menjamin pelaksanaan yang berterusan dalam kalangan guru.

Hasil ujian korelasi Pearson yang dijalankan menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan enam kondisi Ely yang berikut : (a) ”Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran” (r = .24), (b)

”Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati” (r = .18), (c) ”Masa Yang

Diperlukan Ada”, (r = .11) (d) ”Penglibatan Adalah Diharap Dan

Digalakkan” (r = .17), (e) ”Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat”, (r =

(61)

238 yang signifikan dengan kekerapan penggunaan komputer: (a)

”Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa”, (r = -.05) dan (b) ”Adanya

Ganjaran Dan Insentif Untuk Peserta”, (r = .01).

Bauder (1993) dalam kajiannya di Amerika Syarikat telah mengkaji hubungan antara kekerapan penggunaan komputer dengan kewujudan kondisi Ely. Dapatan kajian beliau menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan komputer dengan kewujudan enam kondisi Ely. Kondisi tersebut adalah “adanya ilmu pengetahuan dan kemahiran”, “sumber yang diperlukan boleh didapati”, “masa yang

diperlukan ada”, “penglibatan adalah diharap dan digalakkan”, “komitmen

daripada mereka yang terlibat” dan “wujudnya kepemimpinan”. Dapatan

(62)

239 Walau bagaimanapun, dua kondisi didapati tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan kekerapan penggunaan komputer iaitu ”ketidakpuasan dengan keadaan semasa” dan ”adanya ganjaran dan

insentif untuk peserta”. Ini bermakna, peningkatan dari segi kekerapan penggunaan komputer bukanlah berkait dengan aspek ketidakpuasan dengan keadaan semasa atau ganjaran. Hal ini disebut oleh Hajar (2004) yang menyatakan guru-guru yang menggunakan inovasi teknologi di sekolah bukanlah didorong oleh aspek ganjaran atau insentif, sebaliknya mereka menggunakan kemudahan tersebut kerana mudah diakses di dalam bilik darjah. Ini menunjukkan kewujudan kondisi sumber adalah lebih penting berbanding aspek ganjaran untuk membantu guru menggunakan inovasi teknologi dengan lebih kerap.

Secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa dapatan kajian ini mengukuhkan lagi kepentingan kondisi Ely atau sebahagian besar daripadanya dalam membantu penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran guru sekolah.

Hubungan Antara Semua Kondisi Ely

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan uraian yang telah dikemukakan sebelumnya, peneliti menyimpulkan bahwa, terdapat 298 dialog dalam naskah tersebut, ilokusi yang muncul yakni: 1) ilokusi asertif;

Ibu rumah tangga tersebut mengatakan bahwa sangat sulit untuk membuat perencanaan keuangan keluarga karena penghasil tidak tetap sehingga pengeluaran berdasarkan

Maka dalam penelitian ini dijelaskan bagaimana membuat animasi dengan menggunakan prinsip animasi, yaitu salah satunya adalah metode pose to pose, serta mengimplementasikan

Hasil Adjusted R Square 0,841, yang artinya bahwa sebesar 84,1 persen kepemimpinan transformasional, komunikasi dan kompensasi finansial mempengaruhi keputusan kepuasan

Untuk menyelesaikan permasalahan tersebut bidang Usaha Kecil merasa perlu menggunakan teknologi dalam proses pendaftaran, pengelolaan dan promosi produk UMKM, dengan

Melanjutkan penelitian dengan cara melakukan identifikasi tentang masalah yang akan dibahas, berkaitan dengan sistem pendukung keputusan pemilihan Supplier

Di dalam perencanaan sistem drainase apartemen Puri City ini nantinya, akan terdapat beberapa saluran yang menampung air limpasan hujan dari tiap apartemen dan aliran

Kenyataan bahwa EVA tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap harga saham syariah di pasar modal atau harga saham tidak merupakan pencerminan dari EVA yang membuktikan