• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAJUK KEKUATAN DAN KELEMAHAN MODEL TYLER

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAJUK KEKUATAN DAN KELEMAHAN MODEL TYLER"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK: KEKUATAN DAN KELEMAHAN MODEL TYLER DAN MODEL TABA DALAM PENGEMBANGAN KURIKULUM

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan negara yang pesat membangun menuju negara maju seiring dengan negara-negara maju yang lain. Bagi mencapai matlamat itu, negara harus menyediakan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan kita bersaing di peringkat global. Oleh itu, bagi memenuhi tuntutan itu, pendidikan dijadikan agenda utama bagi negara ini malah di mana-mana negara juga. Dunia pendidikan hari ini adalah penentu masa depan negara. Justeru itu, bagi memastikan pendidikan negara mencapai matlamat, sistem kurikulum haruslah unggul. Ini kerana Kurikulum merupakan instrumen penting dalam mencapai tujuan pendidikan, malah digunakan sebagai garis panduan dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada semua peringkat dan lapangan sekolah. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Kurikulum tercipta adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Lantaran itu kurikulum juga menjadi cerminan kepada falsafah pandangan hidup suatu bangsa, yang akan menjadi panduan hala tuju dan acuan kehidupan sesuatu bangsa di masa hadapan.

(2)

Seterusnya bagi menjayakan sesuatu sistem kurikulum tidak dapat tinggalkan iaitu kaedah pendekatan atau penggunaan model yang sesuai dengan pengembangan kurikulum. Dengan itu, kurikulum dapat diubah dengan baik dan benar. Sekali gus, tujuan pendidikan itu dapat tercapai dengan apa yang diinginkan oleh negara.

Tokoh-tokoh terdahulu telah mencipta banyak model yang digunakan dalam pengembangan kurikulum. Menurut Robert S. Zain dalam bukunya: Curriculum Principles and Foundation (Dakir, 2004: 95-99) berbagai model dalam pengembangan kurikulum secara kasarnya dinyatakan seperti berikut: Model Administratif (Line Staff), Model dari Bawah (Gross-Roots), Model Demonstrasi, Model Tyler, Model Taba, Model Beauchamp, Model Wheeler, Model Nicholls dan Model Dynamic Skilbeck. Akan tetapi sebelum diadaptasikan model-model tersebut dalam pengembangan kurikulum, terlebih dahulu model tersebut harus dikaji dan ditelaah sehingga pelaksanaannya dapat terlaksana dengan lancar dan ia benar-benar sesuai dengan tujuan pendidikan. Pemilihan suatu model pengembangan kurikulum bukan saja dinilai pada kelebihan yang ada pada model tersebut, dan kemungkinan hasil yang bakal dicapai, tetapi juga perlu disesuaikan dengan sistem kurikulum dan sistem pendidikan sesebuah negara. Nadler (1988) menjelaskan bahawa model yang baik adalah model yang dapat menolong si pengguna untuk mengerti dan memahami suatu proses secara terperinci dan menyeluruh.

Oleh itu, dalam penulisan ini, penulis akan memfokuskan kepada kekuatan dan kelemahan dua model yang dianggap sinonim dan relevan dengan pendidikan di

Malaysia iaitu Model Tyler dan Model Hilda Taba.

2.0 DEFINISI

2.1 KURIKULUM

(3)

Menurut Hilda Taba (1962) pula, kurikulum ialah pernyataan tentang tujuan-tujuan pendidikan yang bersifat umum dan khusus dan materinya dipilih dan diorganisasikan berdasarkan suatu pola tertentu untuk kepentingan belajar dan mengajar.

Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia , kurikulum boleh didefinisikan sebagai,

”Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum mengandungi dua aspek :

1. Sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

2. kurikulum merangkumi sukan, persatuan dan unit beruniform

Mengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (Peraturan Kurikulum Kebangsaan) 1997 mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai :

“Program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan kepercayaan untuk membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan’

Terdapat pelbagai definisi terhadap kurikulum yang diberikan oleh pakar-pakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu pengalaman. Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan masing-masing

(4)

2.2 MODEL

Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga model adalah bermaksud seseorang atau sesuatu yang dapat dijadikan contoh. Menurut Good (1972) dan Travers (1973), model adalah abstrak dari dunia nyata atau persembahan peristiwa kompleks atau sistem, dalam bentuk cerita, matematik, grafik, serta lambang-lambang lainnya, (Sanjaya, 2009). Oleh itu, model bukanlah sesuatu yang realiti tetapi merupakan acuan dari sesuatu yang sebenar di alam nyata dijadikan sebagai panduan dalam sesuatu kegiatan.

3.0 MODEL RALPH TYLER

Buku Basic Principles of Curriculum and Instruction merupakan buku klasikyang ditulis oleh Tyler (1949), menjelaskan bagaimana merancang suatu kurikulum, sesuai dengan tujuan dan matlamat suatu sistem pendidikan. Dengan demikian model ini tidak menguraikan pengembangan kurikulum dalam bentuk langkah-langkah konkrit atau secara rinci. Tyler hanya memberikan dasar-dasar pengembangannya saja.

Gambar rajah 1: Model Tyler

(5)

Menurut Tyler (1949), ada empat komponen yang dianggap asas bagi mengembangkan kurikulum.

1. Menentukan tujuan pendidikan.

Dalam penyusunan sesuatu sistem kurikulum, langkah yang paling penting dan yang pertama yang perlu dilakukan adalah menentukan tujuan. Fungsi tujuan pendidikan adalah memberikan arah kepada segenap kegiatan pendidikan dan merupakan sesuatu yang ingin dicapai oleh segenap kegiatan pendidikan. Menurut Ahmad D. Marimba, fungsi tujuan iaitu: 1) Mengakhiri usaha. 2) Mengarahkan usaha. 3) Titik tolak untk mencapai tujuan-tujuan lain. 4) Memberi nilai pada usaha-usaha tersebut. Oleh itu, tujuan pendidikan ini harus menggambarkan hasil yang dicapai oleh pelajar setelah mengikuti sesuatu program pendidikan. Menurut Tyler, persoalan yang perlu ditanya ialah hendak dibawa ke mana pelajar-pelajar ? kemampuan apa yang harus dimiliki oleh pelajar setelah mengikuti program pendidikan? Lalu sebenarnya dari mana dan bagaimana kita menentukan tujuan pendidikan ?

(6)

Tyler iaitu: 1) keinginan pelajar sebagai individu, 2) masyarakat dan 3) berpusat pada bahan pelajaran (subject-matter). Ketiga-tiga aspek tersebut harus dipertimbangkan dan dijadikan sebagai rujukan dalam penentuan tujuan pendidikan umum. Selanjutnya dalam penentuan tujuan khusus maka falsafah pendidikan dan psikologi belajar merupakan landasan yang dijadikan dasar dalam penentuan tujuan khusus. Ada lima faktor yang dijadikan arah dalam penentuan tujuan pendidikan, di antaranya; pengembangan kemampuan berfikir, membantu memperoleh informasi, pengembangan sikap masyarakat, pengembangan minat peserta didik, dan pengembangan sikap sosial.

2. Menentukan Proses Pembelajaran

(7)

3. Menentukan Organisasi Isi atau Bahan Pelajaran

Setelah proses pembelajaran ditentukan, seterusnya menentukan isi kandungan atau bahan bagi mencapai tujuan kurikulum serta berdasarkan pengalaman-pengalaman yang telah dimiliki oleh pelajar. Bahan yang dipelajari pelajar disusun pada unit-unit yang dapat menggambarkan suatu urutan pengalaman serta dapat memudahkan dalam implementasi dan memberikan gambaran terhadap penilaian pembelajaran. Penyusunan pengalaman belajar dapat dilakukan dengan berbagai cara, salah satunya adalah dengan pengembangan bentuk vertikal dan horizontal serta kesinambungan. Pengorganisasian secara vertikal : iaitu menghubungkan pengalaman belajar dalam satu kajian yang sama dalam aras yang berbeza. Contohnya, pengorganisasian pengalaman belajar yang menghubungkan antara bidang matematik di tingkatan empat dan tingkatan lima. Pengorganisasian secara horizontal : iaitu menghubungkan pengalaman belajar dalam bidang matematik dan sains dalam tingkat yang sama.

4. Menentukan penilaian pembelajaran

(8)

3.1 KEGUNAAN MODEL TYLER

Pada asasnya Model Tyler digunakan oleh para guru, pembangun kurikulum dan penilai profesional. Selain daripada untuk membuat pengubahsuaian kurikulum dan klasifikasi objektif, Model Tyler juga berguna dalam situasi bilik darjah dan terserahlah kepada kebijaksanaan guru menggunakan kaedah ini secara positif.

Keputusan untuk memperbaiki mutu pendidikan mesti menjadi tujuan utama pendidikan walau pun darjah “kecacatan” begitu besar. Berguna untuk dijadikan panduan dalam pembelajaran pelajar. Ia boleh menyokong diagnosis (learning difficulty) dan melaksanakan langkah pemulihan dalam proses pembelajaran sama ada secara individu atau berkelompok. Membolehkan guru mengubahsuai objektif pembelajaran supaya selari dengan situasi pembelajaran dan keperluan pelajar. Membuat kurikulum pada umumnya realistik.

3.2 KEKUATAN DAN KELEBIHAN MODEL TYLER

Setiap model yang tercipta mempunyai tujuan yang tersendiri. Model-model itu semestinya unik bermaksud mempunyai kelebihan tersendiri yang mana akan dijadikan panduan kepada pengguna untuk memilih model tersebut bersesuaian dengan tujuan kegunaan. Kelebihan Model Tyler adalah model ini tidak tertumpu pada pelajar (pencapaian). Semata-mata malah juga menekankan kepada aspek-aspek lain selain pencapaian pelajar termasuklah:

a. Pengetahuan tentang maksud falsafah program (knowledge about programmed intention).

b. Matlamat dan objektif tingkah laku. Matlamat dan objektif program perlu ditakrifkan dengan jelas.

(9)

Selain itu, kelebihan model ini juga ialah penentuan objektif sebagai rujukan yang kukuh terdapat arahan, bimbingan dan panduan. Mengandungi kriteria untuk menilai kejayaan program. Malah kaedah yang praktikal iaitu boleh menggunakan kaedah ini secara berterusan. Kaedah “management by objective” (MOB) oleh model ini boleh memantau sesuatu program atau institusi dengan cara tidak formal. Malah model ini juga sistematik kerana adanya kompenan dan langkah. Malah model ini juga mempunyai kekuatan dengan objektif yang hendak dicapai digariskan dengan jelas. Selain itu, model ini sangat sesuai kerana memberi penekanan kepada penglibatan pelajar oleh itu akan melahirkan pelajar yang berautonomi dan berdikari. Secara ringkasnya model ini mempunyai kekuatan tersendiri iaitu model ini mudah, senang difahami, senang diikuti dan diimplementasikan dan menghasilkan maklumat relevan yang diterima pihak tertinggi program.

3.3 KELEMAHAN MODEL TYLER

(10)

program seperti sikap dan emosi telah diabaikan. Pendapat ini selari dengan pendapat Stake, (1970) dan Dressel, (1960) iaitu kelemahan Model Tyler ialah tiada pendapat yang konsisten mengenai siapa yang patut memilih objektif atau objektif yang mana patut dipilih.

Selain itu, Model ini menekankan proses penilaian akhir iaitu melihat pada hasil (product) sahaja. Tyler mengaitkan hasil dengan objektif. Oleh itu, beliau perlu memerlukan maklumat tentang sesuatu program selepas satu program lengkap berlangsung dan memerlukan masa yang lama untuk melihat hasilnya. Pendapat ini di sokong oleh McDonald Ross, (1973) iaitu menurut beliau sungguhpun objektif dapat didefinisikan dari segi pelaksanaan, masalah untuk mendapatkan hasil pengukuran adalah jauh dari yang dapat dikesan.

Kelemahan seterusnya ialah bukan semua penggubal kurikulum bersetuju tentang perlunya menetapkan objektif terlebih dahulu (Atkin, 1963; Eisner, 1967, 1969 dan Stenhouse, 1971). Model ini juga dikatakan terlalu rigid apabila terikat dengan objektif yang telah ditetapkan dan menjejaskan elemen kreativiti. Biasanya pembinaan objektif lebih berfokus kepada tingkah laku yang mudah diukur. Sebaliknya aktiviti-aktiviti berkaitan dengan sikap seperti menghargai dan menghakimi yang sukar diukur jarang dimasukkan sebagai objektif khusus dalam penilaian kurikulum.

4.0 MODEL HILDA TABA

(11)

sesuai kerana merangsang inovasi dan kreativiti. Alasannya lagi, pengembangan kurikulum secara deduktif juga tidak dapat menciptakan pemahaman kurikulum, oleh karena itu menurut Hilda Taba, sebaiknya kurikulum dikembangkan secara terbalik iaitu dengan pendekatan induktif. Model Taba dengan Pendekatan Induktif bermaksud menekankan cara-cara untuk mengukuhkan operasi mental dan proses berfikir dengan menganalisis informasi dan membina konsep. Model Taba juga lebih menitikberatkan pada bagaimana mengembangkan kurikulum sebagai suatu proses perbaikan dan penyempurnaan kurikulum. Hilda Taba juga percaya bahawa guru-guru yang mengajar atau melaksanakan kurikulum harus mengambil bahagian dalam membangunkan ia. Pendapat beliau biasanya dipanggil "grassroots approach" di mana guru-guru seharusnya mempunyai input utama.

Ada lima langkah pengembangan kurikulum model terbalik dari Taba ini. 1. Menghasilkan unit kecil (pilot unit) melalui

langkah-langkah: .

i) Mendiagnosis keperluan pelajar dan harapan masyarakat

Langkah pertama ini merupakan langkah yang penting bagi Taba. Langkah ini menitik beratkan keperluan pelajar sebagai permulaan dalam mengembangkan kurikulum. Pada langkah ini permasalahan pelajar di rungkai melalui menganalisis tentang “jurang (gaps), berbagai kekurangan (deficiencies), dan perbezaan latar belakang siswa. Malah tentang apa yang pelajar inginkan dan perlu untuk belajar juga perlu diberi perhatian.

ii) Pembentukan objektif pembelajaran

Taba berpendapat bahawa hakikat tujuan akan menentukan jenis pelajaran yang perlu untuk diikuti. Oleh itu pembentukan objektif perlulah jelas dan komprehensif.

(12)

Secara umumnya pemilihan isi kurikulum adalah berdasarkan kepada tujuan yang harus dicapai yang telah ditetapkan pada langkah kedua. Walau bagaimanapun ada beberapa aspek lain yang perlu dipertimbangkan seperti kesahan dan kesesuaian kepada pelajar.

iv) Penyusunan isi kandungan pembelajaran

Penyusunan isi kandungan adalah dengan menyusun dengan urutan yang betul sehingga jelas melihatkan arah tujuan sesuatu kurikulum itu dirancang

v) Pemilihan pengalaman pembelajaran

Pada tahap ini ditentukan pengalaman-pengalaman belajar yang harus dimiliki pelajar untuk mencapai tujuan kurikulum

vi) Penyusunan pengalaman belajar

Langkah seterusnya ialah guru menentukan bagaimana menyesuaikan pengalaman-pengalaman belajar yang telah ditentukan itu ke dalam aktiviti belajar. Dalam proses itu, guru seharusnya melibatkan pelajar dalam aktiviti bagi pengalaman yang bermakna kepada pelajar.

vii) Penentuan apa yang dinilai dan cara melakukannya

Pada peringkat terakhir, pengujian ini perlu dilakukan untuk melihat kesesuaian antara isi, pengalaman belajar dan cara belajar. Guru perlu lebih kreatif dalam membentuk alat pengujian dalam menilai hasil aktiviti yang dijalankan. Taba tidak menentukan jenis penilaian ia bergantung pada kebijaksanaan guru.

(13)

Unit yang sudah dihasilkan pada langkah yang pertama harus diuji pada pelbagai situasi dan keadaan belajar. Pengujian perlu bagi memperoleh data dalam rangka menemukan kesahan dan kebolehpercayaan penggunaannya.

4. Menyemak semula pelajaran dan membuat penambahbaikan. Setelah langkah pengujian, maka langkah selanjutnya melakukan penyemakan semula pelajaran dan membuat penambahbaikan. Langkah ini penting bagi melihat kekuatan dan kelemahan sesuatu aktiviti yang dijalankan seterusnya akan dipertingkatkan mutu pada masa akan datang.

5. Menilai skop dan urutan program

Apabila siap melakukan penyemakan dan penambahbaikan seterusnya perlu menilai skop dan urutan program .Ada beberapa pertanyaan yang harus dijawab dalam langkah

ini.-a. Apakah kandungan isi telah memadai b. Apakah isi telah tersusun secara logik

c. Apakah pembelajaran telah memberikan peluang terhadap pengembangan intelektual, keterampilan dan sikap

d. Dan apakah konsep dasar telah disesuaikan

Perkembangan kegiatan yang berdasarkan pada pertanyaan-pertanyaan di atas telah mewujudkan keseimbangan dan membantu dalam menilai skop sesuatu program. Lantas dapat terjawab persoalan pakah pengalaman pelajar dalam program mewujudkan pelajar yang berintelektual dan emosional. Pengembangan ini dilakukan oleh ahli kurikulum dan para professional kurikulum lainnya. Hasil dari langkah-langkah ini akan didokumenkan sebagai kurikulum rasmi yang siap untuk dilaksanakan dan disebarkan.

(14)

Kurikulum yang siap didokumenkan akan di terap dan sebarkan ke seluruh daerah dan sekolah. Permasalahan yang timbul akan direkodkan. Oleh itu, proses di lapangan nyata perlu diambil kira seperti aspek-aspek penerapan kurikulum. Pengembangan kurikulum realiti dengan pelaksanaannya, iaitu mengadakan pengujian terlebih dahulu oleh orang profesional. Dengan itu, model ini akan benar-benar berfungsi secara teori dan juga praktikal.

4.1 KEKUATAN DAN KELEBIHAN MODEL HILDA TABA

Model Hilda Taba juga mempunyai keunikan tersendiri. Kekuatan Model ini jelas menunjukkan bahawa kurikulum dan pengajaran adalah saling berkaitan dan tidak wujud secara berasingan. Selain itu model ini Memberi guru peranan yang lebih besar dengan tidak hanya membuat mereka pelaksana kurikulum semata-mata tetapi juga pemaju dalam menjaya matlamat kurikulum. Model ini unik apabila menggunakan kaedah induktif. Kaedah induktif mewujudkan suasana lebih fleksibel apabila tidak terikat dengan pihak atasan. Model ini memberi kepercayaan sepenuhnya kepada guru apabilan menggunakan guru sebagai pendekatan bagi mencapai matlamat kurikulum. Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidkan. Hilda Taba juga menekankan guru merupakan orang yang paling dekat dengan pelajar, ibubapa dan masyarakat. Oleh itu guru lebih memahami keperluan bagi memenuhi kurikulum dalam sistem pendidikan.

Kekuatan Model ini juga dapat dilihat secara lebih halus tentang produk yang dihasilkan iaitu pelajar. Model ini mampu meningkatkan pemikiran secara produktif dan kreatif , apabila pelajar meneroka di sebalik data yang diberikan. Model ini juga memerlukan pelajar berkerja dalam kumpulan secara koperatif dan aktif. Selain itu, pelajar yang dapat menaakul konsep, ia dapat menjana maklumat dalam pelbagai situasi.

(15)

dalam usaha untuk mewujudkan tujuan untuk memutuskan apa yang perlu termasuk, terkecuali dan penekanan dalam kurikulum

4.2 KELEMAHAN MODEL HILDA TABA

Model Taba juga mempunyai kelemahan iaitu ia Proses pelaksaannya memakan masa yang panjang. Selain itu, proses mengumpul dan memilih maklumat harus dilakukan terus menerus sebelum dapat membina idea (terutama kategori) dan membina konsep. Sukar menentukan tujuan kerana perlu menilai latar belakang pelajar yang berbeza-beza. Model ini lebih membebankan guru selaku pendidik dan guru perlu lebih bekerja keras dalam proses pelaksanaan model ini.

5.0 KESIMPULAN

(16)

6.0 RUJUKAN

Ahmad D. Marimba, pengantar filsafat pendidikan islam, PT. Al-Ma’arif, bandung, 1980

(17)

Harlen, W., Gipps, C., Broadfoot, P. & Nuttall, D. 1992. Assessment and the I mprovement of education.The Curriculum Journal 3: 215-230.

Henson, K.T. (1995). Curriculum Development for Education Reform. New York: Longman.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd Aziz, 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Karyazano Enterprise

Mastura Bazdis. 2008. Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia.

Diperolehi pada 25 Oktober 2012 dari

http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/Mohd Faiz, Nik Mahadi, Noralina, Nor Arini & Wong Chit Trai. 2009.

Sanjaya, Wina. (2009). Kurikulum dan Pembelajaran, Teori dan Praktik Pengembangan KTSP.Jakarta:Kencana.

Taba, Hilda. 1962. " Curriculum Development" In Evaluation in the Eight Year Study. Columbus, OH: Progressive Education Association. http://www.answers.com/topic/hilda-taba

Tyler, R. W. (1949). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago, IL: University of Chicago Press.

http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf (dipetik pada 25 oktober 2012)

Gambar

Gambar rajah 1: Model Tyler

Referensi

Dokumen terkait