• Tidak ada hasil yang ditemukan

ICT Dalam Pelbagai Bidang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ICT Dalam Pelbagai Bidang"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

ICT Dalam Pelbagai Bidang

Tajuk : ICT Dalam Pendidikan Bukan Formal

(ICT and non formal education)

1.0

Pengenalan

Pendidikan Bukan Formal (PBF) adalah pelengkap kepada pendidikan formal dan tidak formal. Justeru itu, ia amat penting dan bermakna kepada pembangunan manusia secara menyeluruh, selain membantu dalam proses pembangunan sesebuah negara. Pendidikan Bukan Formal amat penting kepada sesebuah negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. Oleh yang demikian, pendidikan seumpama ini secara langsung atau tidak langsung mampu membangunkan literasi masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu seperti teknologi maklumat, pengurusan, kemanusiaa dan kemasyarakatan, keusahawanan, kenegaraan dan sebagainya. Pengayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan amat penting dalam membina masyarakat yang berilmu dan bertamadun. Tentu sekali, dalam konteks Malaysia ia dapat dicapai menerusi minat dan ketekunan masyarakat dan galakan yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan untuk belajar terus menerus sepanjang hayat.

(2)

2.0

Pendidkan Bukan Formal

2.1

Sejarah Pendidikan Bukan Formal

Idea Pendidikan Bukan Formal (PBF) menjadi topik penting pada awal tahun 1960-an dan 1970-an. Bagaimana pun PBF masih relevan dan penting dalam senario pendidikan pada alaf baru ini. Menurut Coombs (1985) dalam Mohd. Azhar Abd. Hamid et.al, PBF sangat penting kepada negara sedang membangun seperti Malaysia. Hal ini kerana Pendidikan Bukan Formal (PBF) adalah pelengkap kepada pendidikan formal. Menurut Drucker (2003) dalam Mohd. Azhar Abd. Hamid et.al, konsep pembelajaran sepanjang hayat (life long learning) telah menjadikan PBF semakin penting dan diberi perhatian oleh sama ada individu, organisasi mahu pun pemerintah. Pendidikan formal perlu ditampung oleh keperluan PBF bagi melahirkan pekerja dan masyarakat yang berpengetahuan (knowledge society). Cabaran-cabaran pada era globalisasi ini merangkumi keseluruhan daripada dimensi hidup manusia iaitu ekonomi, politik dan sosial. Malah lebih penting lagi adalah cabaran terhadap nilai-nilai spiritual dan budaya manusia. Inilah abad kapitalisme (the Age of capitalism) yang menginstitusikan the educated person dan knowledge society sebagai teras pemabangunan individu, masyarakat dan negara secara keseluruhannya.

(3)

2.2

Konsep Pendidikan Bukan Formal

PBF atau non-formal education bukanlah suatu konsep yang baru. Telah banyak dibicarakan malah tidak sedikit kajian yang dijalankan tentangnya. Terdapat pelbagai istilah yang bersinonim dengan PBF ini seperti “out of school education”, “The shadow school system”, “The educational complex”, “learning networks” dan “Nonconventional education” (Colleta dan Holsinger, 1982)

Secara umumnya, menurut Carton, M (1985) dalam Mohd. Azhar Abd. Hamid et.al, PBF ialah segala bentuk aktiviti pendidikan yang tersusun dan sistematik untuk sesuatu golongan berdasarkan keperluan dan aspirasi mereka. Ciri-ciri lain pendidikan non-formal ialah;

(i) Para pesertanya tidak terbatas kepada golongan muda, dewasa atau golongan tua. Namun demikian, ia tertumpu kepada mana-mana golongan tertentu dengan matlamat dan objektif tertentu.

(ii) Ia dijalankan atau diorganisasikan oleh sesuatu pihak atau agensi.

(iii) Suasana pembelajaran adalah formal iaitu ada kurikulum yang berstruktur dan formal serta ada infrastruktur seperti bilik darjah dan kemudahan-kemudahan pembelajaran dan pengajaran.

(iv) Ada organisasi pentadbiran dan pengendalian yang kemas berserta sumber-sumber sokongan seperti sumber kewangan dan sumber tenaga pengajar.

(4)

(v) Ia kadangkala mempunyai sistem penilaian atau peperiksaan tertentu dan juga ada penganugerahan sijil bagi mengesahkan penyertaan dan pencapaian.

Contoh PBF atau pendidikan luar persekolahan biasa atau tempoh persekolahan ialah kelas agama di surau dan masjid, pengajian luar kampus dan kursus separuh masa untuk golongan dewasa yang berkerja.

Jenis-jenis PBF ialah pendidikan berterusan (continuing education), pendidikan lanjutan (further education), pendidikan dewasa (adult education) dan pendidikan berulang (recurrent education)

(i) Pedidikan berterusan

Secara amnya boleh ditakrifkan sebagai pendidikan yang memberi tumpuan kepada individu (kanak-kanak, remaja, dewasa) yang sudah kenal huruf dan sudah memperolehi kemahiran asas (Sufean dan Abd. Rahim, 1988)

(ii) Pendidikan lanjutan

Pendidikan untuk golongan yang sudah kenal huruf dan sudah melalui pendidikan wajib.

(iii) Pendidikan dewasa

Pendidikan yang bersifat liberal atau terbuka yang diadakan di waktu kelapangan yang mana seseorang dewasa boleh memperbaiki dan

(5)

meluaskan pengetahuan, kemahiran atau hobinya. Coles (1972) dlm Ibrahim (1992; 78) mentakrifkan pendidikan dewasa sebagai pendidikan untuk orang dewasa lelaki dan perempuan bagi memenuhi keperluan dan minat yang pelbagai menurut tahap kebolehan dan kefahaman dan bagi mengisi perubahan peranan dan tanggungjawab dalam kehidupan.

(iv) Pendidikan berulang

Pendidikan bertempoh untuk golongan dewasa yang sedang berkerja. Seseorang pekerja berhenti kerja buat sementara waktu untuk mengikuti kursus selama dua hingga empat tahun. Selepas itu, ia menyambung kerjanya semula di situ atau di tempat lain. Pendidikan ini jenis ini diadakan disebabkan oleh perubahan pembangunan teknologi dan industri dalam sektor ekonomi. Pengalaman pembelajaran dalam pendidikan berulang adalah seperti formal tetapi memberi tumpuan terhadap peningkatan kemahiran ikhtisas atau vokasional

PBF meliputi dialog, simposium, seminar, bengkel, kursus jangka pendek, kursus dalam perkhidmatan, kursus tanpa sijil dan kursus dalam cuti, mengikut kumpulan sasaran (Mazanah, 1999). Misalnya jika kumpulan sasaran adalah petani dan nelayan, maka pendidikan bukan formal berbentuk kursus jangka pendek dan bengkel. Secara amnya, kursus-kursus pendidikan non-formal adalah bercorak praktikal, vokasional spesifik dan relevan untuk tujuan sesuatu kumpulan sasaran dan untuk suatu maksud dan tujuan. Oleh itu, program dan kursus adalah pelbagai.

(6)

Hari ini, pendidikan terbuka luas malah PBF semacam memberikan jalan dan peluang kepada sesiapa juga yang ingin berjaya. PBF menyediakan pelbagai program dan kemahiran yang boleh dieksploitasi secara maksimum.

3.0

ICT Dalam Pendidikan Bukan Formal

3.1

Pendidikan dewasa : Pusat Internet Desa

Pendekatan menyeluruh bagi menangani masalah jurang digital antara bandar dan luar bandar di negara ini memerlukan anjakan paradigma baru yang mana golongan petani, pesawah dan nelayan kini perlu diberi perhatian lebih serius, selaras dengan hasrat kerajaan memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk semua golongan penduduk Malaysia. Satu model yang mantap diwujudkan dengan mengambil kira semua faktor untuk memastikan golongan berkenaan tidak ketinggalan. Kaedah mewujudkan Pusat Internet desa yang banyak dilaksanakan di luar bandar merupakan satu contoh penggunaan ICT dalam pendidikan bukan formal. Semua penduduk di luar Bandar berpeluang memperluaskan pengetahuan ICT dengan adanya Pusat Internet Desa yang ditubuhkan untuk merapatkan juarang digital antara bandar dan luar bandar.

Pusat Internet Desa diuruskan oleh seorang usahawan tekno yang dipilih, ia dapat bergerak dan seterusnya memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di sekitar kawasan. Pusat Internet Desa yang didirikan tidak semestinya sebuah bangunan tetapi ada yang didirikan menerusi kontena khusus yang dilengkapi

(7)

pelbagai kemudahan sama ada komputer, kelas untuk pembelajaran komputer bagi penduduk setempat dan juga mereka yang hendak berurusan dengan kerajaan serta urus niaga secara elektronik.

Ukuran jurang digital tidak cukup dengan hanya mencatatkan pemilikan komputer dan kadar penembusan perkhidmatan jalur lebar tetapi sebaliknya perlu diperluaskan kepada kadar celik komputer serta kesan ekonomi yang perlu diberi perhatian. Dengan wujudkan Pusat Internet Desa ini masyarakat luar bandar dapat memperluaskan pengetahuan dan terlibat dalam perniagaan secara global dengan pendidikan bukan formal yang diikutinya.

Contoh penggunaan ICT dalam Pendidikan Bukan Formal yang dilaksanakan malalui pendidikan dewasa ialah dengan aplikasi Pusat Internet Desa (PID) yang banyak memberi kejayaan kepada individu tertentu.

Kejayaan dua orang pengguna Pusat Internet Desa (PID) membuktikan peranan yang dimainkan oleh PID dalam membantu masyarakat terutamanya yang tinggal di kawasan pendalaman mencapai kejayaan di dalam pendidikan. Dua orang individu tersebut ialah Pn Siti Masilah Binti Sohod dan Encik Chong Pet Chin.

Puan Siti Masilah Binti Sohod, seorang guru kelas pemulihan yang bertugas di Sek. Ren. Keb. Sungai Tengar. Beliau merupakan seorang pengguna PID Sungai.Air Tawar, Selangor yang telah mengguna kemudahan ICT yang terdapat di PID tersebut bagi menyempurnakan pengajian jarak jauhnya di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai di peringkat Sarjana Muda Sains Komputer (Pengajian Islam). Puan Siti Masilah mula menggunakan khidmat PID

(8)

Sungai.Air Tawar bermula pada tahun 2003 sehingga berjaya menamatkan pengajian beliau pada bulan Julai 2007. Beliau menggunakan PID sebagai tempat beliau memahirkan lagi peggunaan komputer dan Internet kerana sedikit sahaja asas pengetahuan komputer yang dikuasainya sebelum itu.

PID Sungai.Air Tawar umpama pusat sumber rujukan bagi Pn.Siti Masilah kerana di situlah beliau menggunakan perkhidmatan Internet untuk mendapatkan maklumat dalam menyiapkan semua tugasan sepanjang pengajian. Di samping itu, beliau juga telah menjadikan PID sebagai tempat beliau belajar membuat emelnya sendiri bagi memudahkannya menghantar kerja kursus melalui emel kepada pensyarah.

Di PID tersebut jugalah Puan.Siti Masilah mempelajari beberapa perisian seperti Authorware dan Photoshop di samping meminta bantuan teknikal daripada pihak kakitangan PID jika mengalami masalah komputer di rumah.

Individu kedua ialah Encik Chong Pet Chin, pelajar jarak jauh dengan Universiti Putra Malaysia dan Open University. Beliau sering sukar membuat tugasan di kawasan kediamannya di Tenom, Sabah kerana ketiadaan perkhidmatan Internet yang baik di samping kurangnya pengetahuan berkaitan dengan ICT. Beliau dan rakan-rakannya mendapat pelbagai kemahiran ICT di PID Tenom dan ini secara tidak langsung membantu mereka menyempurnakan pengajian jarak jauh yang diambil. Di sini mereka telah didedahkan dengan kemahiran ICT seperti MS Office bagi membuat tugasan dan emel bagi

(9)

menghantar tugasan kepada pensyarah serta penggunaan Internet sebagai sumber rujukan.

Kejayaan En. Chong Pet Chin dan Puan Siti Masilah serta pengguna-pengguna PID yang lain telah membuktikan peranan yang dimainkan oleh PID dalam membantu masyarakat di kawasan pedalaman mengecapi nikmat kejayaan. Walau jauh beribu batu di kawasan pedalaman, peranan PID sebagai tonggak kecemerlangan masyarakat di bidang pendidikan telah membantu memenuhi matlamat kerajaan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat di luar bandar. Penggunaan Pusat Internet Desa ini juga merupakan salah satu contoh aplikasi ICT dalam Pembelajaran Bukan Formal yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada rakyat.

Konsep PBF bagi pendidikan dewasa warga emas dan ICT. Pusat Internet Desa atau PID merupakan suatu agenda penting dalam merealisasikan objektif bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat luar bandar. PID yang diwujudkan bagi masyarakat luar bandar mendapat pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran ICT juga tidak ketinggalan dalam memberi perkhidmatan tersebut kepada warga emas.

Buktinya warga emas iaitu Othman b. Ariffin. Beliau merupakan pelajar yang terawal sekali belajar di Pusat Internet Desa Parit, Perak sejak tertubuhnya PID pada tahun 2003. Dalam usia emas, Pakcik Othman, seorang bekas tentera yang dilahirkan pada 17 Jun 1936, tidak ketinggalan menimba pelbagai ilmu dan kemahiran ICT yang disediakan di PID Parit. Pakcik Othman yang juga

(10)

menjalankan kerja-kerja kampung seperti bersawah dan menoreh getah, sering berulang alik ke PID untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Pakcik Othman hanya mengambil masa 3 bulan untuk menghabiskan kesemua modul pelajaran dengan jayanya. Walaupun telah mencecah usia 71 tahun, tekad dan semangat Pakcik Othman untuk sama-sama mengharungi dunia digital telah membuatkan beliau kini menggunakan komputer bagi menyiapkan tugas-tugasnya. Pengalaman serta pengetahuan yang diperolehi apabila mengikuti kursus ICT di PID Parit, turut dikongsi oleh beliau dengan masyarakat setempat di samping menggalakkan mereka turut sama menyertai kursus ICT yang ditawarkan.

PID ternyata memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi peluang kepada masyarakat di luar bandar menguasai pelbagai kemahiran ICT. Tidak kira usia ataupun bangsa, PID berjaya menyediakan pelbagai kemudahan dan kursus kemahiran kepada masyarakat di luar bandar dalam usaha meningkatkan kadar celik ICT di samping mengurangkan jurang digital di antara masyarakat di luar bandar dengan masyarakat di bandar.

Usahawan jaya seiring ICT dalam latihan berterusan yang diikuti di Pusat Internet Desa. Puan Anirah yang memiliki diploma perhotelan dari ITM Dungun, Terengganu pernah mengikuti latihan Keusahawanan Mara dalam bahagian pemasaran dan pentadbiran. Namun sebagai seorang yang percaya kepada pendidikan dan latihan yang berterusan, beliau telah mendapatkan bimbingan komputer di PID Marang. Malah beliau juga telah memberi peluang kepada

(11)

pekerja-pekerjanya untuk mendapatkan kemahiran komputer di PID Marang pada hari bekerja. Antara jenis latihan ynag disertai adalah program MS Office 2003 dan asas penggunaan Internet.

Beliau yakin dengan latihan yang disediakan di PID kerana penggunaan ICT memang banyak manfaatnya bagi peniaga kecil sepertinya. Bantuan penggunaan komputer berupaya mengembangkan perniagaan melalui pelbagai aspek termasuklah pentadbiran, promosi, pemasaran dan bekalan. Secara terperinci, pengetahuan asas penggunaan komputer seperti Ms Word & Ms Excel banyak membantu beliau dan pekerja membuat kerja-kerja berkaitan rekod jualan harian, penyata bulanan, rekod belian, rekod keluar masuk dan penyata untung rugi syarikat.

Di samping itu juga pembelajaran internet membantu beliau dalam mencari maklumat perniagaan seperti sumber bekalan, harga pasaran ayam dan daging semasa, kaedah-kaedah perniagaan serta ruang pemasaran. Puan Anirah amat berterima kasih kepada penyelia dan penolong PID Marang yang telah banyak membantu memberi khidmat nasihat dalam mendapatkan maklumat perniagaan dari internet.

3.2

Pendidikan berulang : “ On Job Training”

Pendidikan berulang ialah pendidikan bertempoh-tempoh untuk golongan dewasa yang sedang berkerja. Seseorang pekerja berhenti kerja buat sementara waktu untuk mengikuti kursus selama dua hingga empat tahun Contoh bagi

(12)

Pendidikan Bukan Formal yang diwujudkan dalam organisasi tertentu. Bagi syarikat-syarikat besar, kebiasaannya akan menawarkan latihan dan kursus tertentu bagi meningkatkan kemahiran pekerja-pekerjanya. Latihan dan kursus ini juga dikenali sebgai pendidikan bukan formal bagi individu tertentu.

Contoh 1 :

CIBD Malaysia merupakan sebuah syarikat pembinaan. Ia mewujudkan program latihan ICT. Latihan ICT yang ditawarkan ditujukan khas dalam bidang pengurusan projek mengunakan perisian Microsoft Project dan Primavera Project Planner yang juga merupakan piawaian industri. Program latihan ICT bertujuan mempertingkatkan lagi penggunaan ICT dalam industri pembinaan. Program ini diselaraskan mengikut permintaan dan pasaran semasa.

Latihan kemahiran di pusat-pusat latihan yang ada di Malaysia ini juga banyak menerapkan penggunaan ICT dalam melancarkan proses latihan penuntut-penuntutnya.

Contoh 2 :

Penggunaan peralatan ICT dalam latihan di ILJTM. Latihan kemahiran adalah salah satu dari elemen pembelajaran sepanjang hayat bagi membina modal insan untuk generasi akan datang. Ianya bermula dengan latihan peringkat asas, pertengahan dan tinggi. Di ILJTM peralatan ICT disediakan bagi membantu dan memudahkan kaedah pembelajaran untuk mempertingkatkan kualiti latihan sediada. Teknologi ini diharap dapat membantu melancarkan aktiviti-aktiviti bagi mencapai objektif ILJTM untuk melahirkan tenaga kerja yang berkompeten.

(13)

Sokongan pihak pengurusan ILJTM jelas menunjukan penggunaan peralatan ICT semasa pembelajaran adalah diperlukan bagi membantu memudahkan serta melicinkan perjalanan sesuatu latihan, komitmen ini perlu diteruskan secara berterusan.

3.3

Pendidikan Berterusan : Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Dalam Talian

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dalam talian yang melibatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dilihat sebagai alternatif yang baik di dalam memenuhi keperluan pendidikan hari ini. Kaedah pendidikan ini berupaya menawarkan peluang pembelajaran yang fleksibel di samping berupaya merealisasikan konsep pembelajaran berterusan sepanjang hayat. Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dalam talian merupakan salah satu aplikasi ICT dalam pendidikan Bukan Formal. PJJ dalam talian adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan menggunakan aplikasi ICT sepenuhnya .

Proses pendidikan melalui Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dalam talian merupakan satu pendekatan baru dari segi pembelajaran dan pengajaran. Ia merupakan suatu pendekatan pendidikan yang bersifat inovatif yang berupaya untuk menangani cabaran serta peluang di alaf baru ini. Kelebihan yang ditawarkan oleh PJJ dalam talian ini dikatakan dapat menggalakkan penjanaan dan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat global. Menurut Dixon (1996),

(14)

hampir 75 peratus daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Amerika Syarikat menawarkan sekurang-kurangnya satu program PJJ dalam talian. Di samping itu, terdapat pengusaha persendirian dan konsortium yang membina serta menawarkan pelbagai kursus secara dalam talian. Persaingan ini menurut Ludlow (1994), mempunyai kesan positif kerana ia menurunkan kos PJJ dalam talian dan mempelbagaikan kursus yang ditawarkan. PJJ dalam talian juga menyediakan banyak pilihan dan peluang kepada pelajar untuk memilih kursus yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Pada hari ini, perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan ke atas kehidupan manusia termasuklah di dalam bidang pendidikan. Di Malaysia, gagasan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) merupakan pemangkin kepada sistem pendidikan negara untuk mengimplementasikan pendidikan maya. Program PJJ dalam talian yang dilaksanakan oleh beberapa buah IPT tempatan merupakan sebahagian daripada tahap awal pendidikan maya di negara ini. Di samping itu, James (1996), menyatakan kebanyakan kursus jarak jauh dalam talian pada masa ini dikuasai oleh negara Barat

PJJ dalam talian merupakan suatu pendekatan baru dalam pembelajaran dan pengajaran. Melalui pendekatan ini, pelajar bebas menentukan masa, tempat dan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan gaya hidup dan kehendak mereka. Ini berbeza dengan sistem pembelajaran konvensional yang memerlukan pelajar mengikuti sesuatu jadual. PJJ dalam talian juga menyediakan pelbagai kemudahan

(15)

dan perkhidmatan dengan menggabungkan pelbagai kaedah pembelajaran termasuk nota kursus, bahan rujukan tambahan, sokongan pensyarah dan tutor, interaksi di antara pelajar serta perbincangan secara umum, berkumpulan atau peribadi melalui komputer dan telesidang. Matlamat PJJ dalam talian ialah menghasilkan pelajar yang celik IT dan dapat memanfaatkan pengetahuan tersebut di dalam pembelajaran dan kehidupan. Pelajar berupaya untuk menangani cabaran serta peluang pada hari ini yang banyak menjurus ke arah penggunaan IT. Di samping itu, pengimplementasian PJJ dalam talian ini juga meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi pendidikan yang bersesuaian

Di antara kemudahan yang disediakan oleh PJJ dalam talian ialah bahan-bahan pembelajaran yang boleh dicapai melalui paparan Internet pada bila-bila masa dan dari mana-mana tempat yang mempunyai akses Internet. Bahan-bahan pembelajaran ini merangkumi tugasan, latihan, risalah, panduan pembelajaran, glosari dan rujukan ke laman Web yang berkaitan. Bantuan pembelajaran juga disediakan melalui telefon dan faks. Pelajar juga berinteraksi dengan pensyarah, tutor dan pelajar lain secara dalam talian. Justeru itu, segala maklumbalas mengenai tugasan, penerimaan dan penghantaran tugasan, persidangan dan perbincangan dilakukan secara dalam talian di antara pensyarah dan pelajar. Aplikasi ICT yang digunakan dalam PJJ dalam talian merupakan satu contoh pendidikan bukan fomal yang mengaplikasikan ICT dalam proses pembelajarannya.

(16)

4.0

Aplikasi ICT dalam pendidikan bukan formal

4.1

Portal Pembelajaran

Salah satu contoh penggunaan ICT dalam Pendidikan Bukan Formal ialah penggunaan portal pembelajaran. Dengan adanya portal ini pelajar tidak terikat dengan masa untuk belajar. Mereka bebas untuk belajar dan mencari maklumat tentang pelajaran mengikut masa terluang atau kesesuaiana mereka sendiri.

Dahulu perkembangan portal lebih banyak tertumpu kepada portal yang bersifat komersil atau perniagaan sahaja. Walau bagaimanapun kini ia telah berkembang kepada institusi pendidikan dan organisasi-organisasi lain. Melihat senario di Malaysia, jika dibandingkan pada tahun 2000, hanya terdapat tiga buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia yang menggunakan portal. Kini, hampir semua IPTA beralih kepada portal yang bersifat dinamik untuk memudahkan warganya memperolehi dan bertukar maklumat.

Di Malaysia, portal pendidikan tidak hanya dimonopoli oleh sekolah atau institusi pendidikan. Ia juga dikuasai oleh mereka yang mampu menawarkan pendidikan mengikut citarasa generasi pada masa kini. Sebagai contoh, MIMOS Berhad iaitu sebuah organisasi Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) dalam bidang Teknologi Komunikasi Maklumat telah menyediakan sebuah Portal Pendidikan iaitu CikguNet.

Portal yang memfokus dalam bidang pendidikan telah banyak disediakan di negara kita. Antara yang popular ialah CikguNet dan Portal Pendidikan Utusan.

(17)

Melalui aplikasi ini komunikasi di kalangan masyarakat pendidik dan pelajar di Malaysia menjadi lebih efektif di mana mereka dapat berbincang dan berkongsi idea serta bertukar-tukar fikiran menggunakan pelbagai aplikasi kolaboratif yang disediakan bagi meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia keseluruhannya.

4.2.1

Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima pesanan pendek. Kini Sistem Pesanan Ringkas juga digunakan sebagai salah satu aplikasi ICT dalam pendidikan. Proses pendidikan yang dijalankan secara apliokasi SMS juga merupakan salah satu Pendidikan Bukan Formal. Ini kerana proses ini tdak dijalankan secra formal dalam kelas.

Perkhidmatan SMS Sekolah yang dibangunkan oleh MyPressto.Com Sdn Bhd untuk Kementerian Pelajaran (KPM) akan dikembangkan ke semua sekolah di seluruh negara tidak lama lagi. Pihak kementerian telah bersetuju untuk mengembangkannya fasa demi fasa sehingga semua sekolah dapat menggunakan sistem tersebut. Pada ketika ini sebanyak 628 sekolah telahpun menggunakannya sistem SMS Sekolah termasuk 88 sekolah rintis bestari, 310 sekolah yang dipilih oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) KPM, 160 sekolah di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Daerah (PPD) Kuala Muda/Yan dan 70 lagi di PPD Besut.

(18)

Menjelang hujung tahun ini, dianggarkan 2,000 lagi sekolah akan dapat menggunakannya. Menjelang tempoh tiga tahun, semua sekolah termasuk di luar bandar dijangka akan dapat menggunakan sistem ini sepenuhnya,'' kata Abdul Rashid. BTP akan menentukan sekolah-sekolah yang akan dilatih dengan penggunaan sistem itu serta dimuatkan data murid-muridnya secara berperingkat-peringkat.

Berdasarkan rekod, tahap penggunaan sistem tersebut di 628 sekolah sebelum ini adalah sangat menggalakkan. Perkhidmatan SMS Sekolah turut diguna pakai di sekolah-sekolah luar bandar seperti di PPD Kuala Muda / Yan dan Besut, serta turut dilaksanakan di Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.Sistem tersebut boleh dilanggani oleh ibubapa dengan hanya RM3 sebulan, dan hanya ibu bapa yang benar-benar bersetuju dan menandatangani borang pendaftaran akan menggunakannya. Inisiatif sebenar MyPressto.Com adalah untuk menyokong dan membantu KPM dalam usaha Pembestarian Sekolah.

Sistem ini bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi juga untuk membantu para ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Penggunaan SMS Sekolah juga dapat mengurangkan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar selain membantu ibu bapa memantau aktiviti anak-anak.Dalam kehidupan masa kini, lebih 50 peratus ibu bapa adalah bekerja kedua-duanya, dan tidak cukup masa untuk mengetahui setiap pergerakan mereka. SMS Sekolah dapat memainkan sebahagian daripada peranan untuk

(19)

menyelesaikan masalah berkaitan disiplin. Diharapkan guru-guru dan pihak sekolah dapat memainkan peranan dan memberikan kerjasama sepenuhnya, agar sistem itu akan menjadi lebih efektif.

(20)

Rujukan

Colletta N.J dan Holsinger D.B (1982). Assessing the Impact of Nonformal Education on Development Goals. Massachussets: Lexington Books Press.

Dixon, P. 1996. Virtual College: A guide to how you can get the degree you want with computer, TV, video, audio and other distance learning tools. Princeton, N.J : Peterson’s.

Ibrahim Saad(1992). Perubahan Pendidikan Di Malaysia: Satu Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

James, D. 1996. Distance Learning. Diperoleh Ogos 3 , 2008 daripada http://www.lmu.ac.uk/distancelearning2.htm.

Ludlow, B.L. 1994. A Comparison of traditional and distance education models. Proceedings of the Annual National Conference of the American Council on Rural Special Education. hlm. 56-78.

Masehi (2007, Ogos 3). SMS Sekolah ke seluruh Negara. Berita Harian.

Mazanah et al (ed.) (1999). Trends & Challenges in Adult and Contunuing Education in Malaysia. Serdang. Penerbit UPM.

Mohd. Azhar Abd. Hamid et.al. Pendidikan Bukan Formal (PBF) Di Malaysia: Cabaran dan Hala Tuju Wawasan 2020 (hlm. 101 -127). Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Universiti Teknologi Malaysia

(21)

Siti Masilah . 2007. Meraih kejayaan melalui Pusat Internet Desa . Diperoleh Ogos 14, 2008 daripada http://www.aspirasidigital.net.my/KisahTemplate.asp?ID=12

Sufean B. Mohamad dan Abd. Rahim Rashid. (1988). Sejarah Pendidikan Negara: 1900 - kini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tight, Malcolm (1996). Key Concepts in Adult Education and Training. London: Routledge.

Zulkifli Mohd Sidi dan Mat Setia Mohd Raji, (2006). Kajian Keberkesanan Penggunaan Peralatan ICT Dalam Latihan di ILJTM, Journal Latihan Perindustrian, 01/2006

Referensi

Dokumen terkait

LDR atau Light Dependent Resistor adalah sebuah komponen elektronika yang termasuk ke dalam jenis resistor yang nilai resistansinya (nilai tahanannya) akan berubah apabila

Berdasarkan perhitungan tersebut dapat disimpulkan bahwa Avicennia alba mampu menyerap logam berat yang ada pada lingkungan sekitarnya, dan Avicennia alba juga mampu

ANALIS PENGEMBANGAN POTENSI

“Berikutnya ada orang berkualitas yang tidak dengan hanya mendengar kabar, ‘Di suatu kota atau desa ada orang yang sedang sakit atau telah meninggal’ maupun

Kegiatan orientasi dilakukan pada setiap anggota yang masuk ke bagian Komite Pencegahan dan Pengendalian Infeksi Rumah Sakit Umum Mitra Paramedika.. Pada tahap

Tabel 5.3 Penjabaran Tingkat Aktivitas Fisik Pada Penderita Hipertensi di Posyandu Lansia Desa Karanganyar Wilayah Kerja Puskesmas Nguling Februari 2017

Tingkat pencemaran Turbidity terjadi hanya pada kategori kelas pencemaran Tidak Tercemar meliputi areal seluas 3348,15 Ha atau 61,54% dari luas Sub DAS Way Kandis Hulu