• Tidak ada hasil yang ditemukan

zaharuddin

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "zaharuddin"

Copied!
154
0
0

Teks penuh

(1)

SOALAN 1

Assalamualaikum Ustaz..

Nama saya syafiq,seorang pelajar perubatan luar negara. Saya ada satu kemusykilan. Bolehkah saya menggunakan duit yg diberi kerajaan untuk perbelanjaan di luar negara itu untuk kegunaan persiapan perkahwinan?..Bagaimana dengan status wang tersebut dalam hal ini?

Mohon pencerahan daripada ustaz.

JAWAPAN

Menurut kefahaman saya, duit yang diberikan oleh kerajaan di atas nama biasiswa adalah suatu tajaan belanja kepada pelajar untuk sara hidup pelajar. Asal hukum bagi penggunaan jumlah tajaan yang diberikan mestilah dirujuk pada kontrak biasiswa yang ditandatangani.

Sementara itu, status hukum Islam dalam soal ini adalah HARUS ATAU DIBENARKAN untuk pelajar menggunakannya untuk apa juga tujuan, kerana ia adalah wang yang telah diserahkan miliknya kepada pelajar. Justeru, selaku pemilik yang sah kepada wang tajaan itu, pelajar bebas menggunakan wang tajaan itu untuk sebarang tujuan yang dirasakan sesuai selagi menepati hukum Islam.

Atas dasar tersebut, harus saudara selaku pelajar untuk

menggunakannya untuk kahwin.

Pun begitu, perlu diingatkan sekali lagi, isi kandungan kontrak perlu disemak

semula, kerana jikalau terdapat klausa di dalam kontrak yang menghalang

pelajar untuk menggunakannya untuk kahwin atau apa-apa tujuan lain, di ketika

itu, mestilah pelajar menepati apa yang telah dipersetujuinya. Ini berdasarkan

hadis nabi

:-لًل

َ حَ مَرّحَ وْأَ ،امًارَحَ لّحَأَ اط

ً رْشَ لإِ ،مْهِط

ِ ورُشُ ىلَعَ نَومُلِسْمُلْا

Ertinya : Orang muslim dipegang pada syarat yang dipersetujuinya, selagi mana syarat tersebut tidak mengharamkan yang halal dan tidak menghalalkan yang haram. ( Riwayat Abu Daud) Dan juga firman Allah :

دِوقُعُلْابِ اوفُوْأَ اونُمَآ نَيذِلّا اهَيّأَ اي

(2)

Kesimpulannya, rujuklah isi kontrak yang telah ditandatangani dan jika tiada disebut apa-apa maka boleh digunakan untuk persiapan kahwin atau kahwin. Cuma perlu difahami biasiswa diberikan untuk menamatkan pengajian, justeru menjadi amanah dan tanggungjawab untuk menyudahkan pengajian dengan jayanya jika berkahwin sewaktu belajar, tambahan pula menggunakan wang biasiswa.

Sekian

Dr. Zaharuddin Abd Rahman 20 Julai 2011

www.zaharuddin.net

A

ssalamualaikum W.B.K .. Al-Fadhil ustaz,

Saya seorang gadis berusia awal 20-an dan belum berkahwin. Sebelum ini saya tidak tahu untuk membezakan antara mazi dan mani. Tetapi, alhamdulillah baru-baru ini setelah saya terbaca ruangan ini, saya tidak ragu-ragu lagi untuk membezakan antara kedua "cecair" tersebut. Bagaimanapun, saya ingin meminta pendapat.. Oleh kerana awal Ramadhan tempoh hari saya masih "jahil" mengenai mazi dan mani, apabila saya terangsang, saya menganggap cecair yang keluar ialah MANI.

Tetapi, jauh disudut hati saya mengatakan ianya bukanlah mani, jadi saya tetap teruskan berpuasa.

Setelah berbuka puasa, saya mandi wajib untuk keluar dari belenggu ragu-ragu. Perkara ini berlanjutan sehinggalah beberapa hari. Siangnya saya berpuasa, apabila keluar "sesuatu" saya menganggapnnya mani dan mengambil keputusan untuk mandi wajib setiap kali selepas berbuka.

Perkara ini membuatkan saya betul-betul tertekan apatah lagi bila memikirkan jumlah puasa yang perlu saya GANTI @ QADA' yang semakin meningkat HANYA kerana perasaan ragu-ragu tersebut.

Jadi, saya terdetik untuk "mencari jawapan" kepada masalah saya ini sehinggalah saya terbaca PERBEZAAN ANTARA MAZI & MANI yang terdapat dalam ruangan ini.

Sekarang saya yakin sedikit untuk membezakan antara keduanya. Hasil pembacaan dan pemahaman saya, saya dapati cecair yang keluar pada awal Ramadhan dahulu bukanlah mani, tetapi hanya mazi.

Soalan saya, apakah saya perlu mengQada' puasa-puasa yang saya ragui tempoh hari ? Bagaimana pula jika sekarang saya sudah PASTI yang keluar ketika itu memang bukan mani?? Saya harapkan jawapan.. Tolonglah.. Terima kasih !!!

(3)

-Jawapan

Wa'alaikumussalam,

1) Puasa anda adalah sah dan tidak perlu di qadha ( ganti) kerana ia tidak batal hanya kerana keluar air mazi akibat terangsang.

2) Walaubagaimanapun, pahala puasa sdri sudah tentu tergugat dan berkurangan jika air mazi itu keluar akibat rangsangan syahwat. Jika seseorang terangsang sehingga keluar mazi, ini

bermakna dia sedang melakukan satu dosa (kecualilah jika di antara suami dan isteri), kerana menurut kebiasaannya sesorang tidak boleh terangsang tanpa sebab, sudah tentu rangsangan itu datang sama ada kerana melihat gambar lucah atau bersembang dengan lelaki melalui telefon, berdepan atau 'chatting' secara bersyahwat...

Untuk makluman, AIR MAZI adalah sejenis cecair jernih sedikit melekit dan kurang berbau yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita setiap kali ada rangsangan syahwat. Ia berbeza dengan AIR MANI pula cecair melekit dan berbau kuat seperti klorok, yang keluar hanya di kemuncak syahwat semasa persetubuhan atau ia juga boleh keluar di kemuncak syahwat apabila seseorang melakukan kesalahan mastubarsi (onani).

Air MANI adalah sejenis cecair pekat, yang biasanya keluar dengan rasa kenikmatan. Berbeza dengan AIR MAZI yang keluar tanpa sedar, hasil peningkatan syahwat. Air mazi adalah najis dan perlu dibasuh untuk menunaikan AIR MANI, pula berbeza kerana jika keluar, seseorang itu perlu mandi hadas untuk kembali menyucikan diri.

Kembali kepada kes yang bertanya, jika benar ia air mazi disebabkan syahwat dari aktiviti tidak elok, tidak syak lagi ia adalah satu dosa dan apabila ia berlaku dalam bulan mulia ini, sudah tentulah kesannya amat besar. Allah s.w.t menyebut dalam hadis Qudsi

:-انأو يل مُايَص

ّ لا يلِجْأَ نم هُتَوَهْشَوَ هُبَارَشَوَ هُمَاعَط

َ ك

ُ رُتْيَ

يزِجْأَ

Ertinya : "Dia meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya hanya kerana Ku ( Allah ), sesungguhnya puasanya adalah untuk Ku dan Aku lah yang akan membalasnya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 1795, 2/670 )

Amat jelas lagi terang Allah s.w.t inginkan dari puasa kita penahanan dari 3 aspek fizikal iaitu tahan makan minum dan keinginan syahwat iaitu seksual.

Dalam hal di atas, jika rangsangan benar kerana syahwat, ia menunjukkan sdri telah

melalkukan suatu dosa sehingga tidak dapat menjaga syahwat dengan baik sehingga keluarnya mazi semasa berpuasa. Kaffarah yang berat bagi mereka yang bersetubuh di siang hari

Ramadhan sudah cukup membuktikan kemurkaan Allah s.w.t bagi mereka yang melanggar displin syahwat tatkala berpuasa.

(4)

Jika syahwat antara suami isteri pun perlu dikawal, apatah lagi dengan lelaki atau wanita luar yang bukan mahram.

Jika benar, ia adalah mazi yang ekluar dengan syahwat, saya nasihatkan sdri agar segera berhenti dan menjauhkan diri dari semua perbincangan dan perbuatan yang boleh menaikkan syahwat kerana ia kelak boleh menjatuhkan seseorang dalam kumpulan hina iaitu penzina yang tidak bertawbat.

Semoga diampuni Allah s.w.t di bulan pengampunan ini.

BEZA MAZI DENGAN KEPUTIHAN

Jika cecair yang keluar itu tidak keluar disebabkan syahwat, maka ia mungkin pula adalah cecair keputihan yang kerap berlaku kepada beberapa kumpulan wanita. Cecair jenis ini adalah najis dan perlu dibasuh sebelum solat, namun ia tidak membatalkan puasa. Tiada dosa juga atas keluarnya cecair tersebut.Tetapi cecair jenis ini TIDAK keluar kerana syahwat teransang. Ia keluar pada waktu-waktu biasa.

Cecair 'keputihan' ini biasanya keluar dengan sedikit kekuningan atau mempunyai bau yang busuk, berbeza dengan air mazi yang tidak berbau. Justeru, saudari perlu tentukan ceceair apakah yang dimaksudkan. Jalan mudah adalah dengan bertanya kepada ibu saudari. Harapnya sang ibu mempunya kejelasan fikiran tentang perbezaaannya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 28 September 2007

16 Ramadhan 1428 H

SOALAN

Assalamualaikum, ust, saya ada 1 soalan, apakah hukum seseorang Islam bekerja di kilang membuat keranda orang bukan Islam yang terdapat patung berhala pada keranda itu, dan adakah halal gaji yang kita dapat daripada pekerjaan itu?...Terima kasih

JAWAPAN

Bagi menjelaskan isu ini, asas yang perlu difahami adalah sama ada boleh atau tidak kita bertugas dan membantu dalam pembuatan barang ibadah agama lain yang jelas mensyirikkan Allah.

(5)

Tidak dinafikan terdapat perbezaan pandangan ulama dalam hal sebegini sebagaimana terdapat perbezaaan dalam menentukan hukum menjual sesuatu barang harus kepada pembeli yang diketahui akan menggunakannya untuk tujuan haram. Namun secara ringkas menurut pandangan saya, gaji inidivdu yang bertugas di tempat sedemikian adalah syubhah.

Jika sekadar membuat keranda, saya kira ia adalah nenutral dan HARUS kerana keranda hanyalah satu kemudahan untuk mengebumikan mayat. Namun begitu, isu berbeza di ketika wujudnya berhala atau apa-apa tanda kepercayaan agama selain Islam di keranda tersebut seperti salib, gambar berhala yang disemabhnya dan sebagainya.

Apabila invidu Muslim terlibat dalam pembuatan berhala atau simbol-simbol yang diketahui adalah satu item mensyirikan Allah, gajinya dikira tidak bersih di sisi Islam.

Adalah jelas dari firman Allah larangan dalam membantu kemaksiatan Allah SWT berfirman:

Ertinya : ... janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)." ( Al-Maidah : 2)

Sebuah hadis menyebut

:-Ertinya : "Barangsiapa yang mengulurkan bantuan untuk membunuh seorang Islam walaupun dengan sepatah kalimah, ia akan bertemu Allah s.w.t di akhirat kelak dengan tertulis di antara dua matanya, orang yang putus asa dengan rahmat Allah s.w.t" ( Riwayat Ibn Majah)

(6)

Hadis ini jelas melarang sebarang kerjasama dari seorang Muslim Mukmin dengan apa sahaja perbuatan dan pekerjaan yang tergolong dalam dosa, seperti membunuh dan mensyirikkan Allah. Menyiapkan keranda yang mempunyai patung berhala dikira satu tugas yang menyokong kesyirikan. Justeru ia perlu dijauhkan.

Nabi s.a.w bersabda

:-Ertinya: "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya." (Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani: Hasan Sohih)

KESIMPULAN

Sekiranya pekerja Muslim hanya membuat keranda tanpa sebarang berhala dan tanda keagamaan, menurut hemat saya ia adalah HARUS (seperti gambar hiasan coffin yang disertakan di atas) kerana menjual item tersebut secara neutral. Namun apabila keranda itu disertakan dengan ciri-ciri kesyirikan seperti berhala, tulisan puja dan pujian tertentu kepada selain Allah, tatkala itu pendapatan pekerja Muslim akan tergugat kehalalannya. Wajarlah ia dengan segera menamatkan kerjaya di kilang sebegitu. Wallahu'alam.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 30 Julai 2010

(7)

SOALAN

Saya ingin bertanya berkenaan sewaan di dalam Islam. Boleh ustaz terangkan serba ringkas. Selain itu saya ada rumah disewakan. dalam kontrak ada saya tetapkan, jika penyewa tamatkan sewaan awal, maka dia kena tanggung sewa itu sehingga ada penyewa baru mengambil tempatnya atau tamat tempoh kontrak asal. Contohnya: kontrak 12 bulan, sampai bulan ke 10 dia kena pindah, maka disini dia kena bayar sewa 2 bulan terakhir walaupun dia tak tinggal di rumah tersebut. Adakah kes ni termasuk dalam riba juga? Bagaimana pula dengan perkhidmatan internet streamyx yang memaksa pengguna membayar penuh jika menamatkan kontrak lebih awal?

JAWAPAN :

Pertamanya, tahniah kerana saudara telah bertransaksi dalam urusan sewa menyewa dengan

betul apabila kontrak disediakan. Di luar sana, terdapat ramai yang sedang menyewa rumah sama ada di dalam atau di luar Malaysia tanpa disertai sebarang perjanjian hitam putih. Sedikit malang kerana saya ada bertemu beberapa individu di Malaysia dan luar negara yang kelihatan berbangga kerana kononnya tuan rumahnya begitu ‘sempoi', mudah dan tidak formal.

Tiada perjanjian, tiada deposit dan lain-lain, semuanya bagus katanya, tidak memeningkan kepala untuk tandatangan di sana sini, tidak perlu cari ‘referees' untuk dokumen dan lain-lain. Padahal individu tersebut tidak sedar, tidak semua keadaan mudah di atas akan membawa kebaikan buatnya. Mudah memang mudah di awalnya, namun bibmang atas kemudahan itu juga melahirkan ketidakpastian (gharar) seperti boleh dihalau keluar secara tiba-tiba. Tatakala itu, tiada sebarang dokumen boleh yang membantu mempertahankan hak kita selaku penyewa. Ketahuilah aqad (kontrak) sewaan di dalam Islam adalah :-

1) AQAD JENIS LAZIM : Ia jenis aqad yang tidak boleh ditamatkan dengan kehendak atau tindakan satu pihak sahaja. Ia mestilah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Inilah yang dinamakan aqad lazim. Namun, jika anda menyewa rumah tanpa sebarang perjanjian hitam putih yang jelas, walau dengan sebaik manapun tuan rumah anda.

Penamatan dari satu pihak mungkin boleh berlaku dan boleh mengakibatkan pergaduhan dan pertengkaran. Telah banyak saya dengar pelajar Malaysia di Jordan dan lain-lain negara yang dihalau keluar dalam tempoh 24 jam oleh tuan rumah mereka, tiada pilihan kerana tiada kontrak untuk menguatkuasakan hak bila berlaku masalah ini. Bila ia berlaku, ia bercanggah dengan hukum Islam kerana ia adalah aqad lazim.

(8)

2) MESTI ADA TEMPOH MULA DAN TAMAT : Tempoh mesti ditetapkan dengan jelas : Bila bermula dan bila tamatnya. Ia amat perlu bagi mengelak sebarang risiko terhadap penyewa dan memudahkan pemberi sewa merancang juga. Namun, rumah sewa sementara saya baru-baru ini tiada tempoh, ini menyebabkan saya kurang selesa dan menjadi sebab tambahan untuk saya keluar segera dari rumah tersebut.

3) DEPOSIT DIBENARKAN: Hukum Islam membenarkan tuan rumah mengambil deposit yang dinamakan ‘urbun' dalam aqad sewaan. Dan ‘urbun ini adalah termasuk dalam kategori bayaran sewaan juga, cuma ia dibayar in advance' sahaja.

Pengambilan ‘urbun ini dibenarkan atas dalil tindakan Umar Al-Khattab r.a yang

melakukannya dengan persetujuan para sahabat yang lain. (Qarar Majma Al-Fiqh Al-Islami Ad-Dawli no 72 (8/3) )

4) TANGGUNG JAWAB MAINTANANCE ASAS : Tidak halal untuk tuan rumah untuk mensyaratkan penyewa untuk memperbaiki kerosakan asal atau kerosakan major pada struktur asas rumah yang bukan rosak disebabkan penggunaan penyewa. Adapun, menukar bulb mentol yang terbakar boleh dipertanggungjawabkan kepada penyewa. (Al-Ma'ayir As-Syar'iyyah, hlm 138 ; Fatwa Majlis Shariah Al-Barakah, no 9/9)

TUNTUTAN BAKI SEWA

Berkenaan soalan sama ada penyewa boleh menuntut baki 2 bulan sewa dari penyewa yang ingin menamatkan sewaan sebelum tarikh tamatnya. Pandangan majoriti ulama Fiqh [1] menyatakan penyewa mempunyai hak untuk perkara tersebut disebabkan hadis :

Ertinya : Orang Muslim tertanggugjawab atas persetujuan mereka, selagi mana tidak mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram" ( Riwayat Ahmad 1/312 ; Ibn Majah 2/783 ; sanadnya baik)

Maka atas dasar hadis terbabit dan sifat sewaan yang tidak boleh ditamatkan kecuali melalui persteujuan kedua belah pihak. Apabila tarikh sewaan telah ditetap dan dipersetujui, kedua-dua belah pihak mesti menunaikan janji masing-masing. Apabila penyewa ingin keluar lebih awal, dia tidak boleh menamatkan kontrak sewa tersebut kecuali dengan persetujuan pemberi sewa.

Atas dasar itu, pemilik rumah sewa berhak menerima baki 2 bulan sewaan berdasarkan salah satu antara tiga situasi berikut :-

(9)

a- Bayaran baki 2 bulan itu dijadikan syarat persetujuan menamatkan kontrak lebih awal. Tatkala itu, hadis berkenaan syarat dan persetujuan bersama adalah terpakai dan wang itu tidak termasuk dalam wang haram atau riba.

b- Baki bayaran 2 bulan itu masih boleh dibayar atas asas sewaan juga, jika itu berlaku, maka penyewa masih tetap mempunyai hak untuk menggunakan rumah terbabit selama baki 2 bulan. Kemungkinan dia boleh membebarkan ahli keluaragnya yang lain memanfaatkan rumah tersebnut, namun ia tertakluk kepada kandungan kontrak. Dalam konetks ini, pemilik rumah pula tidak boleh menyewakan kepada selainnya sepanjang tempoh tersebut.

c- Baki bayaran 2 bulan itu, diambil atas dasar WANG GANTI RUGI (TA'WIDH) atas pembatalan kontrak sebelum tempoh.

Ketiga-tiga situasi di atas adalah diharuskan di sisi undang-undang Islam. Walaupun begitu, dikira satu sifat terpuji jika pemilik bersikap ihsan atau memberi sedikit diskaun kepada penyewa sekiranya alasan yang menyebabkan dia terpaksa menamatkan segera sewaan adalah munasabah dan layak dipertimbangkan sewajarnya.

Kesimpulan, selaku pemilik rumah sewa, anda sememangnya berhak dari sudut hukum Islam untuk menerima semua bayaran sewa yang berbaki dan ia bukan riba di sisi Islam, malah ia juga sah di sisi undang-undang berdasarkan kontrak yang ditandatangani bersama. Cuma pertimbangan untuk memberikan potongan terhadap kos sewa tersebut amat digalakkan di dalam Islam terutamanya jika pemberi sewa tidak terkena sebarang mudarat hasil penamatan awal tersebut dan penyewa pula mempunyai sebab yang munasabah.

Kes yang sama terpakai bagi pengguna internet streamyx sebagai contoh, yang mana kita biasanya mengikat kontrak untuk menggunakan khidmat ineternet selama 18 bulan, apabila kita ingin menamatkannya lebih awal, kita dituntut membayar semua baki untuk bulan-bulan yang akan datang.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

12 Mac 2010

(10)

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau

menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

يف دحلا يف انزلاك هنل ةعبرأ لإ طاوللا يف لبقي لو

ةداهشلا

Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt

:-ءادَهَشُ ةِعَبَرْأَبِ اوتُأْيَ مْلَ مّثُ ت

ِ انَص

َ حْمُلْا نَومُرْيَ نَيذِلّاوَ

مُهُ ك

َ ئِلَوْأُوَ ادًبَأَ ةًدَاهَشَ مْهُلَ اولُبَقْتَ لَوَ ةًدَلْجَ نَينِامَثَ مْهُودُلِجْافَ

نَوقُسِافَلْا

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

(11)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walaupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat

:-1) Syarat kepada penuduh :

• Beraqal

• Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

• Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

• Beraqal

• Baligh

• Islam

• Merdeka diri

• BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt

:-ءادَهَش

ُ ةِعَبَرْأَبِ اوتُأْيَ مْلَ مّثُ

(12)

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ;

Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Malik berkata :

لعف امك ،ةثلثلا دلج مهنم دحاو برطضا نإو ،كلام لوق

ةبعش نب ةريغملا رمأ يف رمع

،

Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes Al-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah.) ( Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.

Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.

(13)

Isu-isu semasa di Malaysia masih lagi sempat diikuti, terasa juga ingin menulis panjang beberapa isu seperti tidak setujunya saya dengan pandangan bekas Mufti Perlis dalam isu liwat dan saksi, namun beberapa perkara yang masih serabut di sini menghalang saya dari meluangkan waktu untuk mengulas isu ini dengan panjang lebar buat masa ini.

S.S Dr Mufti Perlis ( sekarang bekas) dinyatakan berkata

:-"Mereka ini keliru antara seseorang yang mendakwa orang lain melakukan zina dengan orang yang mendakwa dirinya dirogol dan diliwat," kata Dr Asri.

"Jika disamakan kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat orang saksi dan kalau gagal berbuat demikian, mereka akan disebat 80 kali. Inikah Islam yang mereka faham?

"Kesalahan memahami hukum beginilah yang akan mengelirukan umat Islam? Jika ini yang ditonjolkan pada masyarakat, maka orang akan anggap Islam itu zalim," katanya lagi." (

Sumber )

Tidak mengulas panjang isu ini, saya hanya ingin memberikan ringkasan pendapat saya dalam isu ini. Bagi mereka yang rajin membaca terperinci, bolehlah merujuk tulisan saya yang lalu di link berikut

Sesiapa sahaja yang menuduh dirogol atau diliwat oleh orang tertentu, ia wajib membawakan empat saksi. Ramai menyoal, dimanakah rasionalnya seseorang dirogol atau diliwat kemudiannya dituntut membawa empat saksi lelaki adil jika ingin mendakwa si penjenayah?. Jika tiada saksi apakah adil untuk di hukum sebatan si pendakwa kerana qazaf?.

NOTA : cuba dengarkan ulasan ringkas saya dalam hal ini di video ini bermula minit 6:57. Akibatnya, ramai tersilap faham lalu terbayang ‘zalim'nya hukum Islam. Padahal ia tidak sedemikian. Hakikatnya, sistem Islam menjaga kedua-dua belah pihak, penuduh dan yang dituduh.

Padahal isunya adalah sistem kita yang lemah dalam menjaga perkara yang perlu dirahsiakan. Hasil perbincangan saya dengan Mufti Besar Mesir (Sheikh Prof. Dr Ali Al-Jumaah) pada tahun 2004 dalam hal ini amat jelas. Malah saya turut membincangkan hal yang sama dengan

(14)

professor-professor Shariah di Jordan seperti Prof. Dr Sheikh Mohammad ‘Uqlah El-Ibrahim dan lain-lain. Ia juga pernah diulas sebahagiannya oleh Sheikh Prof. Dr Ramadhan Al-Buti.

Kesimpulannya, begini

:-1-

Seseorang yang mendakwa diri diliwat dan dirogol tetap diTUNTUT membawakan empat saksi lelaki adil yang melihat dengan jelas akan apa yang didakwa. Ia hukum asal. Tuduhan dari pihak ketiga atau pihak yang mendakwa menjadi mangsa adalah sama sahaja. Sebagaimana ulama bersepakat, seorang bapa menafikan nasab keturunan anak yang dilahirkan oleh isterinya sebagai menuduh isterinya berzina. Cara penyelesaian khusus diberikan oleh Islam dalam hal ini adalah Li'an. Inilah cara yang dipersetujui oleh Mufti Perlis mungkin berdasarkan kaedah qiyas. 2- Jika tidak mempunyai saksi lelaki yang cukup, terdapat ulama yang membenarkan saksi wanita yang adil untuk diterima iaitu jika kejadian berlaku di tempat yang tidak memungkinkan ada lelaki. Tatkala itu saksi wanita diterima dengan kiraan 2 wanita menyamai 1 lelaki. (rujuk link artikel di atas untuk membaca lanjut)

3-

Jika masih tiada saksi maka si ‘mangsa' BOLEH membawakan dakwaan kepada pihak berkuasa dan WAJIB dibuat secara TERTUTUP DAN RAHSIA. Kerajaan WAJIB menjaga aduan ini agar tidak tersebar sama sekali. Jika tersebar, kesalahan terletak di atas bahu kerajaan. Inilah yang dikatakan sistem yang lemah. Setiap isu yang diadu kerap tersebar ke media terutamanya apabila membabitkan selebriti dan orang politik.

4- Prof Dr Ali Jumaah selaku Mufti Mesir juga bersetuju bahawa jika aduan tertutup dibuat, dan disertakan ‘qarain' atau bukti-bukti selain saksi seperti air mani, bulu dan lain-lain yang boleh membantu dakwaan. Ia akan dibicarakan di mahkamah dan hukuman qazaf TIDAK DIKENAKAN kerana Maqasid dari hukuman Qazf adalah untuk membersihkan nama dan maruah tertuduh dari tercemar di mata awam. Namun apabila ia dibuat secara tertutup, TIADA KEMUSNAHAN MARUAH tertuduh berlaku lalu inilah yang ingin dielakkan oleh Islam, iaitu kemusanahan maruah tanpa saksi yang cukup. Dalam keadaan ini, kerosakan maruah mereka yang didakwa ‘merogol atau meliwat‘ akan terkawal dan proses perbicaraan akan menentukan tindakan selanjutnya.

5- Bukti diberikan dianalisa, kemudian jika terbukti benar dakwaannya, perogol dan peliwat akan dihukum ta'zir dan bukan hudud kerana terdapatnya unsur syubhat dalam cara pensabitannya. Justeru, perogol dan peliwat akan dihukum sewajarnya smenurut hemat dan kebijaksanaan hakim Syarie. Jika pengadu tewas di mahkamah, hukuman qazaf juga tidak

(15)

dilaksanakan kerana dakwaan tertutup dan syubhah dalam pensabitan hukuman qazaf. Justeru, tiada siapa yang terzalim dalam hal ini.

6-

Perlu difahami hujjah mereka yang mengatakan zalim hukum jika dihukum qazaf mesti ditimbang sewajarnya antara hak individu yang dituduh dan menuduh. Ada pihak seolah membelakangkan hak mereka yang DITUDUH lalu terlalu melebihkan hak yang menjadi ‘mangsa', kononnya perlu dikasihani. Bagaimana jika tuduhan itu palsu, bukankah yang DITUDUH juga perlu pembelaan Islam. Perlu diingat, dengan mudah seorang wanita tiba-tiba mengaku dirogol oleh seorang Mufti atau Imam Besar tanpa sebarang saksi. Kemudian, dengan mudah boleh diselesaikan hanya dengan bersumpah dan bermubahalah semata-mata?. Mungkin ia belum tentu sesuai pada masanya.

7-

Justeru, Islam menjaga kedua-dua belah pihak yang menuduh dan tertuduh, kerana itu sesiapa yang ingin mendakwa dirogol atau diliwat mesti empat saksi atau jika tidak, WAJIB membuat laporan secara tertutup dan kerajaan WAJIB pula menjaga dakwaan dari tersebar. Itulah ulasan ringkas saya buat masa ini. Saya juga tidak sempat membawakan rujukan kitab dan lain-lain hujjah. Mengulas isu ini perlu lebih bertenang dan perbincangan dengan para ilmuan lain agar tidak tersilap mengulas, terutamanya dari seisapa sahaja yang berlatarbelakangkan agama.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

29 Jun 2008 SOALAN

(16)

Assalamualaikum, ustaz... apakah hukum amalan menggunakan nombor-nombor pada tarikh lahir untuk tujuan mentafsir dan menganalisis kehidupan seseorg individu contohnya dapat mengetahui status kewangan, keharmonian keluarga, masalah bakal dihadapi dalam tahun-tahun yang dianalisis. Harap sangat dapat sertakan nas-nas naqli utk menangani isu ini. Wassalam terima kasih.

JAWAPAN

Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang seperti yang disebut dalam soalan di atas, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu :-

a) Al-Quran

b) Hadith Sohih dan Hasan c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah)

Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya :

ل

ُّ ا لّإِ ب

َ يْغَلْا ض

ِ رْلَْاوَ ت

ِ اوَامَسّلا يفِ نمَ مُلَعْيَ لّ لقُ

Ertinya : " Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .

SUNNATULLAH ( HUKUM ALAM) BOLEH DIPERCAYAI

Maksudnya adalah mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.

Alah SWT menyatakan : Ertinya : "Andaikata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, niscaya akan rusaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya." (al-Mu'minun: 71)

(17)

Inilah yang perlu dimaklumi, bahwa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti, sebagaimana telah dinyatakan oleh al-Quran dalam beberapa ayat, antara lain sebagai berikut:

Firman Allah ertinya : "Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti." (Fathir: 43)

Hasil dari kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah.

Idea tilikan dan pengiraan tarikh lahir untuk mnegetahui hal yang akan datang termasuk status kewangan, keharmonian rumah tangga dan sebagai amat bercanggah dengan hukum Islam. Malah jika ingin digunakan hujah ‘sunnatullah' atau tajribah (percubaan dan analisa) pun ia tidak boleh sama sekali. Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal, seperti ramalan cuaca melalui info lengkap dari kedudukan awan dan angin melalui alatan canggih moden dan visual dari satellite.

Begitu juga khasiat kayu-kayu tertentu untuk mengubati penyakit, menghalau binatang tertentu dan sebagainya. Ia juga bersifat fizikal iaitu kepada kayu tersebut dan bauan atau warnanya.

Namun kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, akan jadi kaya atau terus miskin dan yang sempamanya BUKAN dari sesuatu bersifat fizikal, tidak juga bersamaan dengan contoh yang kayu dan ramalan cuaca tadi. Hal seumpama ini tidak boleh sama sekali diramal menggunakan tarikh lahir.

NABI PUN TIDAK MENGETAHUI YANG GHAIB

Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.

Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.

(18)

"Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta." (an-Naml: 65)

Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut: "Kalau aku dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya aku dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan aku tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain aku hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman." (al-A'raf: 188)

Oleh kerana itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib, termasuk perkara akan datang dan lain-lain, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.

JANGAN JADI BOMOH SECARA TIDAK RASMI

Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:

"Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka."

Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti meramal dimana boleh dijumpakan orang hilang, dan meramal melalui

tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah adakalanya menyalahgunaan nombor surah al-Quran untuk tujuan ramalan mereka.

Memang tabiat bomoh atau dukun akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.

Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan

(19)

beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

نَيييْعِبَرْأَ ةٌلَييص

َ هُييلَ لْييبَقْتُ مْييلَ ، لُوييقُيَ امَبِ هُقَدّص

َ فَ ئ

ٍ يْش

َ نْعَ هُلَأَس

َ فَ افًارّعَ ىتَأَ نْمَ

امًوْيَ

Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :

( مَلّس

َ وَ هِيْلَعَ ل

ُ ا ىلّص

َ ) دٍمّحَمُ ىلَعَ لَزِنْأُ امَبِ رَفَكَ دْقَفَ لُوْقُيَ امَبِ هُقَدّص

َ فَ انًهِاكَ ىتَأَ نَمَ

Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan

maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. (

Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Muntaqa , 2/791 )

Semoga semua kita terselamat dari kesesatan dan kebahayaan syirik. Perlu diingat, perkara syirik sebegini, sengaja melihat dan menganalisa untuk tujuan ‘suka-suka' juga diharamkan. Ia perlu dijauhi sejauh-jauhnya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 19 Januari 2010

(20)

Saya nak tanya tentang suatu pelaburan yang berbentuk piramid. Baru-baru ini saya ada masuk, modalnya cuma RM30.00. Caranya ialah dengan membeli wang pos berjumlah RM5.00 setiap satu dan enam keping. Setiap satunya hendaklah ditulis dengan nama si penerima 'di atas' kita dan ini merupakan sumbangan ikhlas daripada kita. Kemudian setelah nama kita tersenarai, kita mencari ahli-ahli baru pula di bawah dan giliran kita pula mendapat sumbangan RM5.00 daripada ahli di bawah. Dalam masa sebulan berbelas-belas keping wang pos yang diterima yang berjumlah beratus-ratus ringgit.

Soalannya, apakah hukum menerima duit tersebut? Pelaburannya cuma RM30.00 tetapi pulangannya agak lumayan. Ia juga adakalanya dinamakan sebagai ta'awun atau tolong menolong.

JAWAPAN

Setelah membaca penerangan saudara di atas. Jelas kepada saya bahawa ia adalah pelaburan yang tidak halal di sisi Islam. Ia juga bukanlah pelaburan.

Ini kerana rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah adalah: -

• Wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui

• Pelabur

• Pengusaha

• Bisnes yang halal / Pekerjaannya

Antara syarat sahnya pula :-

• Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.

• Tiada jaminan modal selamat.

(21)

Jika dilihat, salah satu rukun dalam pelaburan Islam atas asas mudarabah dan musyarakah adalah mestilah mempunyai satu perniagaan yang halal serta terbuka kepada untung dan rugi.

Dalam kes yang dirujuk saudara, duit pelabur (peserta iaitu dalam bentuk wang pos itu) adalah untuk melabur dalam perniagaan itu..tetapi tiada perniagaan tertentu, malah pelaburan itu pula dianggap sumber mendapat untung, atau dalam kata lain, 'pelaburan' atau duit penyertaan terkumpul itu adalah dianggap bisnes dan keuntungannya, lalu manakah perniagaannya sebagaimana yang disyaratkan? apa produknya? mana pula "profit sharing ratio" nya? ..maka ini jelas tidak menepati rukun pelaburan dalam Islam.

Menjual pusingan ahli yang menyertai dan sistem piramid adalah tidak diterima oleh Islam walaupun ia cuba berselindung di sebalik nama ‘ta'awun' (kerjasama), sedeqah, tolong menolong dan sebagainya.

ELEMEN RIBA

Selain itu, proses ini juga mempunyai elemen riba di dalamnya, ini adalah kerana setiap pihak yang ‘menderma' memasuki sistem dengan niat, harapan serta janji oleh pihak pengurusan bahawa mereka mendapat derma berbentuk wang dengan nilai yang lebih banyak dari apa yang diberinya.

Di dalam Fiqh Islam, seseorang yang menderma tidaklah boleh mensyaratkan kepada penerima atau mana-mana pengurus sistem untuk mengembalikan sejumlah wang semula kepadanya, khususnya yang lebih besar. Jika ini berlaku, sifat hadiah tadi akan berubah kepada daripada hadiah yang biasa kepada ‘hibah at-thawab' atau ‘hadiah bersyarat pulangan' (hibah bisyarti ‘iwad) yang mana keadaan ini akan mengubah sifat kontrak asal derma iaitu ‘tabarru'at' kepada sifat jual beli iaitu ‘mu'awadah maliah'. Apabila ia telah berubah menjadi sifat jual beli, Islam mengharamkan pertukaran wang dengan wang yang berbeza nilainya dan bertangguh pula. Selain itu, sifat jual beli mewajibkan agar semua rukun dan syaratnya ditepati dan jelas seperti subject matter, tempoh, nilai, pihak yang bertransaksi dan lain-lain.

(22)

Dalam program derma wang pos ini, kebanyakannya tidak diketahui, seperti bila tempoh dapat semula wang, berapa nilainya, siapa pihak di sebelah sana yang sedang berurusan dengannya dan banyak lagi. Hasil dari itu, konsep ta'awun atau banu membantu melalui sistem wang pos piramid ini tergolong dalam kategori yang bermasalah dari sudut rukun jual beli dan juga jatuh dalam kategori riba.

ELEMEN JUDI, GHARAR DAN MAKAN HARTA SECARA BATIL.

Selain dari tergolong dalam kategori riba atau syubhat riba, ia juga mempunyai elemen judi kerana peserta tidak pasti wang yang telah diderma akan mampu membawa pulangan wang yang lebih banyak atau tidak di kemudian hari, namun harapannya sentiasa berkobar untuk mendapat ‘derma' yang lebih banyak. Tatkala itu, definisi judi, spekulasi dan gharar, ketiga-tiganya wujud di dalam permainan ini.

Berdasarkan huraian sahabat besar, Ibn Abbas r.a semasa menghuraikan ayat dari surah An-Nisa:

م

ْ ك

ُ نَيْبَ مْكُلَاوَمْأَ اْولُكُأْتَ لَ اْونُمَآ نَيذِلّا اهَيّأَ ايَ

م

ْ ك

ُ نمّ ض

ٍ

ارَتَ نعَ ةًرَاجَتِ نَوكُتَ نأَ ل

ّ إِ لِط

ِ ابَلْابِ

امًيحِرَ مْكُبِ نَاكَ هَلّلا نّإِ مْكُس

َ فُنأَ اْولُتُقْتَ ل

َ وَ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." ( An-Nisa : 29)

Beliau menafsirkan salah satu dari erti makan harta secara batil, palsu dan tidak sahit adalah

(23)

"mengambil harta tanpa sebarang balasan kerja yang setimpal" (Rujuk Tafsir at-Tabari, Ar-Razi)

Selain itu, terdapat juga athar yang disandarkan kepada Ibn Abbas dimana beliau berkata

"Riba adalah setiap hadiah yang mensyarat pulangan lebih besar dari pemberiannya" (Al-Jami' fi Usul al-Riba)

Imam Fakhruddin Ar-Razi menambah penjelasan di dalam kitab tafsirnya dengan berkata :

نم نل ،ضوع ريغ نم ناسنلا لام ذخأ يضتقي ابرلا نأ

ضوع ريغ نم مهرد ةدايز هل لصحي نيمهردلاب مهردلا عيبي

Ertinya : Sesungguhnya riba ia beerti mengambil harta manusia tanpa sebarang timbale kerja atau nilai, sebagaimana seseorang yang menjual satu wang dirham dengan

mengambil dua dirham, si penjual memperolehi tambahan satu dirham tanpa sebarang perantara kerja dan nilai tambah (Rujuk Tafsir Al-Kabir dalam tafsir ayat 29 surah An-Nisa)

Maka inilah sifat program derma wang pos, yang jelas jatuh dalam erti mengambil harta orang lain tanpa kerja yang setimpal, pemberian yang setimpal. Program ini amat sama dengan tabiat Riba, iaitu wang dipaksa melahirkan wang yang lain tanpa sebarang perantara aset dan kerja yang menambah nilai kepada ekonomi setempat. Itu berlaku apabila wang diderma dan mengharap pulangan derma dari yang lain kepadanya. Apakah nilai pertumbuhan yang dihasilkan selain menambahkan ketamakan dan menghilangkan pahala dari sesebuah derma? Bukankah itu sama sahaja dengan sifat riba?, sama seperti meminjamkan wang dan menerima pulangan yang lebih darinya tanpa sebarang kerja yang setimpal dan tiada pula aset yang diniagakan.

Ringkasnya, sistem derma wang pos atas apa juga nama yang digunakan adalah sama seperti sistem piramid yang mengambil keuntungan di atas jumlah orang yang masuk di

(24)

dalam sistem. Daripada bentuk yang saudara berikan, ia jelas diharamkan oleh sebab, syubhat riba, elemen judi, gharar dan juga makan harta secara batil.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

18 Syawal 1430 H

7 Oktober 2009

Assalamualaikum wrt,

Berkenaan hadith nabi yang menyebutkan bahawa dua ganjaran bagi orang yang membaca al-quran dengan kepayahan kerana tidak lancar. Adakah ganjaran itu melebihi ganjaran pahala orang yang membaca lancar? Biasanya kalau dengar di ceramah-ceramah, penceramah selalu menyebut bahawa pahalanya melebihi pahala orang yang membaca lancar. Tapi baru-baru ini, saya ada terima email yang memetik dari kitab fadhilat amal dan pendapat yang diberi adalah bertentangan. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Jawapan

Berpandukan kepada pertanyaan saudari, di sana ada dua kemungkinan, iaitu

:-• 1) Penceramah tersilap ; Jika ia benar-benar diucapkan oleh penceramah, ternyata

sang penceramah tidak melakukan homework dengan baik atau mengambil informasi secara rambang tanpa mempelajari atau merujuk kepada sumber dengan tepat. Hasilnya timbulkan kenyataan silap sebagaimana yang diberi.

(25)

• 2) Saudari selaku pendengar tersilap ; mungkin juga, penceramah menerang dengan

betul, cuma saudari selaku pendengar yang tersilap menangkap point yang diberikan oleh pencermah berkenaan.

Tanpa perlu kita pergi lebih jauh untuk mencari salah siapa, adalah lebih baik saya jelaskan letak duduk sebenar dalam hal pahala membaca Al-Quran walau dalam keadan tergagap dan tersekat-sekat, serta perbandingannya dengan pahala bacaan mereka yang lancar.

Hadis yang sewajarnya menjadi rujukan dalam bab ini adalah seperti berikut

:-نآرقلا أرقي يذلاو ةرربلا ماركلا ةرفسلا عم :-نآرقلاب رهاملا

نارجأ هل قاش هيلع وهو هيف عتعتتيو

Ertinya : Orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Rasul yang ta'at, manakala orang yang membaca Al-Quran walau dalam keadaan tersekat dan tergagap, dan padanya kesukaran, baginya dua pahala. ( Riwayat Muslim, no 1329, 1/550)

Jika dilihat dari huraian kebanyakan para ulama silam, kecenderungan tafsiran mereka terhadap hadis di atas adalah bukan pada ‘membaca sambil melihat Al-Quran' tetapi lebih kepada membaca secara hafalan. Mungkin disebabkan zaman tersebut, menghafal Al-Quran sudah menjadi kebiasaan hampir bagi semua umat Islam, khususnya para ulama. Justeru hampir tidak timbul masalah membaca sambil melihat al-quran lagi.

Imam An-Nawawi menghuraikan bahawa maksud orang yang mahir dalam hadis di atas adalah mereka yang bijak dan sempurna hafalan serta tidak sukar membaca ayat-ayat Al-Quran. Manakala mereka yang menghafal dan bacaannnay tersekat-sekat, maka baginya dua pahala, iaitu pahala bacaan serta pahala melawan kesukaran yang dihadapinya. (Syarah Sohih Muslim) Namun demikian, terdapat juga ulama silam dan kontemporari khususnya yang memasukkan orang yang membaca al-Quran secara melihat mushaf juga di dalam konteks hadis di atas. Ini kerana hadis tersbeut tidak menyebut kalimah hafazan dengan jelas, ia hanya menyebut ‘baca', justeru adalah lebih tepat untuk tidak mengkhususkannya kepada hafazan semata dan menidakkan kelebihan bagi yang membaca dari mushaf.

(26)

Pandangan kedua ini lebih tepat dan kuat serta amat bertepatan dengan keadaan umat Islam hari ini yang semakin sedikit di antara mereka yang mampu membaca Al-Quran dengan baik, walau dengan cara melihat mushaf.

Berkenaan perbandingan yang ditanyakan, ulama besar mazhab Maliki, Al-Qadhi ‘Iyadh berkata hadis di atas sama sekali tidak bermaksud meraka yang tersekat dan gagap lebih baik daripada si pembaca lancar dan tepat, kerana kelebihan yang disebut bagi orang yang mahir iaitu bersama para Rasul adalah jauh lebih besar dan tidak sama sekali mampu ditandingi oleh dua pahala yang diperuntukkan bagi mereka yang kurang mahir.

Memang benar, malah tidak munasabah sama sekali bacaan mereka yang tidak lancar lebih besar pahalanya daripada yang lancar. Jika demikian keadaanya, lebih baik, jangan lancar bacaan sampai bila-bila, bukankah itu tidak logic lagi tidak bertepatan dengan kefahaman aqal yang waras.

Dari penjelasan tersebut, kesimpulannya hadis Nabi s.a.w tadi sebenarnya bukanlah diungkap dengan tujuan membuat perbandingan pahala di antara satu sama lain, tetapi ia lebih kepada penjelasan kelebihan tersendiri bagi kedua-dua keadaan pembaca Al-quran. Bermakna, bagi yang mahir, ada ganjarannya yang tersendiri, demikian juga bagi yang masih belum begitu mahir. Justeru, teruskan usaha bagi yang belum mahir agar mencapai tahap mahir dan setersunya meraih kebaikan yang ditawarkan.

SURAH APA YANG TERBAIK DIBACA?

Timbul persoalan berkaitan surah apakah yang terlebih baik untuk dibaca pada akhir Ramadhan ini.

Jawapan yang paling tepat adalah seluruh al-Quran, namun bagi mereka yang tidak mampu, cuba perhatikan baik-baik sabdaan baginda Nabi

ini:-اوءرقا هباحصل اعفاش ةمايقلا موي يتأي هنإف نآرقلا ini:-اوءرقا

امهنأك ةمايقلا موي نايتأي امهنإف نارمع لآو ةرقبلا نيوارهزلا

امهبحاص نع ناجاحت فاوص ريط نم ناقرف وأ ناتيايغ وأ ناتمامغ

ةلطبلا اهعيطتسي لو ةرسح اهكرتو ةكرب اهذخأ نإف ةرقبلا اوءرقا

Ertinya : Bacalah Al-Quran kerana di hari qiyamat kelak ia akan datang memberikan syafa'at kepada tuannya, bacalah dua cahaya iaitu AL-BAQARAH dan ALI-IMRAN, kerana ia berdua akan datang dihari qiyamat kelak seperti dua awan besar atau sekumpulan burung yang

(27)

akan melindungi tuannya, bacalah AL-BAQARAH kerana sesiapa yang mengambilnya akan mendapat berkat, meninggalkannya adalah penyesalan, dan yang mengambilnya dapat menghalang sihir. (Riwayat Muslim)

Para ulama menjelaskan, pahala bacaannya akan bertindak seperti awan dan sekumpulan burung yang menaungi pembacanya dengan seperti teduhan sayap burung atau awan. Dalam hadis sohih yang lain disebutkan kedua-dua surah ini akan mendahulu pahala dari surah-surah lain.

Banyak lagi surah-surah lain yang mempunyai kelebihan tersendiri, disebut dalam banyak hadis-hadis Baginda Nabi sa.w, namun cukuplah jawapan ringkas saya setakat ini mencadangkan dua surah ini sebagai tunjang bacaan Al-Quran kita.

Salam Lailatul Qadr buat semua. Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 17 Ramadhan 1430 H 07 Sept 2009

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Benarkah wang simpanan yang disimpan didalam institusi Islam (contoh Tabung Haji) tidak perlu dikeluarkan zakat kerana telah diuruskan oleh institusi tersebut? Harap dapat penjelasan

dari ustaz

Terima kasih dan wassalam

Hayatey Baharum

JAWAPAN

wa'alaikumussalamm

(28)

Penyimpan memberi izin kepada Tabung Haji (TH) untuk menguruskan zakat simpanannya, justeru tiada zakat lagi perlu dikeluarkan oleh penyimpan.

Hal ini dijawab di dalam web tabung haji dengan jelas dengan ayat berikut

:-Pada masa seseorang menjadi pendeposit TH, pendeposit telah pun memberi kebenaran kepada TH untuk wang simpanannya dikelolakan dan diurus, mengikut undang-undang dan peraturannya. Apabila seseorang pendeposit telah mengisi Borang Butir-butir Peribadi dan Borang Pemegang Amanah, ia merupakan akad izin di antara pendeposit dan TH di mana pendeposit bersetuju menyimpan wangnya di TH dan memberi izin kepada TH untuk menggunakan wang simpananya itu untuk tujuan perniagaan dengan mengharapkan menerima keuntungan.

Berasaskan kepada penerangan di atas, TH membayar zakat perniagaan bagi pihak pendeposit dan dengan demikian pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat simpanan ke atas wang simpanannya di TH selaras dengan fatwa yang dikeluarkan

pada 29 Februari 1980 berkenaan ( Rujuk

http://www.tabunghaji.gov.my/th/TH/THSoalJawabTabungan.htm )

MASALAH MUNGKIN BERBANGKIT

Namun demikian, sedikit masalah Shariah boleh timbul di sini adalah (hal ini juga pernah diberitahu kepada saya oleh Dato' Dr Haron Din pada tahun 2006), berdalilkan kepada hujjah di atas iaitu mandat telah diberi kepada pihak TH, pihak pengurusan TH mengistiharkan bahawa pihak penyimpnan tidak lagi perlu membayar zakat simpanannya. Namun masalahnya adalah aqad perwakilan (wakalah) adalah bersifat ghayru lazim ( iaitu boleh ditamatkan hanya dengan kehendak sebelah pihak tanpa persetujuan pihak yang satu lagi), [1]

Justeru sekiranya pihak penyimpan tiba-tiba menarik semula mandat yang pada asalnya diberikan di awal kontrak tadi, lalu ingin membayar sendiri zakat wang simpanannya dan bukan zakat perniagaan. Dari sudut hukum Islam, penyimpnan berhak membuat keputusan sedemikian. Manakala pihak Tabung Haji tidak lagi mengeluarkan zakat perniagaan bagi pihak penyimpan kerana mandatnya telah ditarik semula. Pihak tbaung haji masih boleh menggunakan wang penyimpan untuk tujuan pelaburan namun, bahagian zakat bagi penyimpan yang ingin mengeluarkan sendiri TIDAK lagi boleh dipaksa.

Jika ia terus tidak diendahkan, ia sememangnya akan menimbulkan masalah dari sudut hukum Shariah kerana ia akan menyebabkan pembayaran zakat tadi jatuh dalam ‘Tasarruf Fudhuli' iaitu satu tindakan yang dibuat oleh seseorang yang lain tanpa mendapat mandat atau wakilan dari yang meminta. Tatkala itu zakatnya dikeluarkan adalah mawquf atau tidak sah selagi tidak dipersetujui oleh penyimpan, malah jika si penyimpan tidak memberikan persetujuannya, pihak Tabung Haji perlulah membayar semula jumlah yang dikeluarkan. [2]

Perlu diingat bahawa zakat adalah hak peribadi yang mesti ditunaikan oleh individu terbabit, justeru itu, sekiranya pihak individu itu tidak lagi ingin mewakilkan pihak Tabung Haji untuk mengeluarkan zakat bagi pihaknya atau membatalkan mandat wakil (wakalah) kepada TH yang pernah diberi di awal kontrak simpanan dibuat. Pihak Tabung Haji seseungguhnya tidak boleh memaksa, apatah lagi mengeluarkan zakat bagi pihak individu penyimpanan tanpa izinnya. Pada waktu dan keadaan tertentu, para penyimpan berhak untuk menyalurkannya kepada penerima yang diyakini dan dirasakan lebih dikenali dan lebih utama untuk diberikan. Seperti disalurkan kepada adik beradiknya yang miskin dan memerlukan.

(29)

Hasil dari ini, saya menyeru agar pihak Tabung Haji meninjau kembali aspek ini agar ia dapat diperbetul dan diperkemaskan. Namun demikian, sekiranya hal ini telah diselesaikan oleh pihak Tabung Haji, saya ucapkan tahniah dan meminta maaf kerana saya tidak mempunyai maklumat terbaru berkenaan sebarang polisi baru tabung haji berkaitan hal zakat wang simpanan penyimpanan ini. Namun saya yakin, tiada sebarang keputusan baru.

Sekian

Zaharuddin Ab Rahman www.zaharuddin.net 10 April 2009

Soalan

Betul kah pendapatan kerajaan dibahagi kepada dua akaun? mana buktinya?.Adakah Kastam Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya telah asingkan cukai halal dan haram. Jika demikian, bagaimana boleh dikatakan gaji kakitangan awam datang dari akaun yang halal. ?

JAWAPAN UZAR :

Sebarang bukti saudara perlulah mengusahakannya sendiri. Saya juga tiada sebarang bukti, namun bagi saya bukti pembahagian akaun telah dibuat bukanlah satu perkara asas dalam hal ini, ( sebaliknya yang asas adalah mengapa sesebuah kerajaan itu ingin meluluskan sesuatu industri yang haram seperti judi dan lain-lain) . Adapun dalam konteks soalan ini, kita sedang memberikan fokus kepada pendapatan kerajaan yang TELAH PUN bercampur.

(30)

Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money' atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Apa yang haram adalah cara perolehannya dan bukan fizikalnya.

Justeru itu, oleh kerana sememangnya terdapat perolehan kerajaan dari sumber cukai yang halal dan haram (dari sudut SHariah dan bukan dari sudut undang-undang), tanpa pengasingan akaun, sudah tentu percampuran halal dan haram akan berlaku, namun ingin saya tegaskan bahawa cara perolehan yang haram dan dari sumber haram hanya akan dipertanggungjawabkan ke atas bahu individu berwajib seperti pegawai terbabit (pelaksana) dan pemimpin yang membuat dasar.

Adapun, kakitangan awam yang bekerja di bidang yang halal seperti guru, pegawai

kementerian, pensyarah di IPTA, Jabatan Agama, Mufti, Qadhi, Jurutera, Akauntan dan ramai lagi, gaji mereka adalah halal. selagi mana KERJA YANG DILAKUKAN HALAL. Walaupun gaji mereka keluar dari kantung Negara yang bercampur dari hasil halal dan haram, duit dari sumber haram tadi tidak akan memberi kesan haram kepada gaji mereka.

Dosa haram adalah bersifat maknawi atau hukmi atau spiritual yang akan melekat di hati individu terbabit sahaja. Ia tidak berpindah kepada orang yang tidak berkaitan secara fizikal (iaitu apabila wang kertas itu berpindah ke tangan orang lain).

Selain itu, jika wujud orang yang ingin bersikap terlalu keras dan 'strict' tidak bertempat sehingga ingin mendakwa semua gaji kakitangan awam adalah haram kerana wujudnya percampuran, maka saya nasihatkannya untuk melihat dirinya sendiri terlebih dahulu. Dimanakah ia bekerja, jika ia bekerja di sebuah syarikat maka mungkin percampuran pendapatan syarikat juga akan berlaku kerana sebahagian besar modal syarikat juga datang dari sumber haram iaitu pinjaman bank riba dan pengurusan juga banyak yang mendapatkan kontrak secara rasuah dan lain-lain lagi. Justeru boleh dikatakan bahawa sebahagian

pendapatan syarikat adalah haram.

Jika ia mengatakan "saya bekerja sendiri" maka ia tetap akan menghadapi situasi yang sama iaitu pembelinya menggunakan wang yang bercampur dari sumber haram dan halal.

Perlu diingat bahawa dalam sebuah negara Islam yang hakiki, adalah harus atau DIBENARKAN bagi pemerintah sesebuah negara Islam untuk membenarkan penduduk bukan Islam dalama negaranya menjual arak kepada sesama mereka DENGAN SYARAT ia diiktiraf oleh agama mereka. Dari sudut percukaian pula, adalah DIBENARKAN atau harus pihak kerajaan Islam tadi menerima cukai hasil perniagaan arak tadi memandangkan ia dikutip menurut peruntukan hukum Islam yang sohih. Harta tersebut boleh digunakan untuk maslahat awam termasuk membayar gaji kakitangan awam tanpa sebarang masalah.

KESIMPULAN

semua kakitangan awam jangan bimbang dengan gaji mereka selagi mana mereka melakukan kerja-kerja dan tugasan yang halal. Adapun setiap pelaksanaan perintah oleh orang atasan yag bercanggah dengan Islam akan menjadikan sebahagian gaji mereka haram dan syubhah. Manakala beban dosa dari tugasan haram tadi pula akan ditanggung oleh setiap orang atasan yang membuat keputusan termasuklah setiap individu yang menyokong.

Adapun, jika anda ingin membaca dalil-dalil kepada jawapan yang saya utarakan ini. Anda bolehlah membaca dengan faham artikel berikut.

(31)

Maksud saya ‘faham'kan kerana anda perlu mengaitkan dalil itu dengan kerajaan yang bercampur pendapatannya.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 15 Sept 2008

15 Ramadhan 1429 H

www.zaharuddin.net

Soalan

a'kum uzar....saya betul-betul hendak tahu. Harap uzar dapat huraikan sedikit secara ringkas. Bulan Ramadhan ni saya ada niat nak jual tudung kepala tapi apa hukumnya kita jual tudung yang ramai wanita-wanita dan remaja-remaja sekarang yang memakai tudung bawal contohnya, kain tudung bidang 45, kalau dipakai pasti akan nampak leher dan telinga (sebab mungkin nipis sikit cuma tidaklah terlalu nipis), kadang-kadang dada pun tak ditutup...harap sangat ustaz dapat jawab..hukum asal jual kan harus?.

(32)

Jawapan

Menjual tudung yang sempurna bukaannya, elok tebalnya dan saiznya namun kemudian pembeli menggunakannya secara tidak sempurna dan membuka aurat, jelas hukumnya bukan ditanggung oleh penjual. Ia adalah tanggungjawab pembeli sendiri.

Malah terdapat juga pembeli yang membeli tudung nipis untuk dipakai bersama tudung lain agar ia menjadi tebal. Ini juga sukar ditentukan kecuali jika si pembeli sememangnya sudah terlihat cara pemakaiannya semasa membeli. Takala itu sebahagian ulama berfatwa adalah haram menjual pakaian yang tidak menutup aurat kepada pembel yang kita sudah ketahui dengan jelas akan menggunakan di khalayak ramai, sebahagian ulama lain mengatakannya makruh.

Perbincangan para ulama dalam hal ini boleh dilihat semasa perbahasan tentang hukum menjual anggur kepada pembeli yang sudah diketahui akan menggunakan anggur itu untuk pembuatan arak.

Ulama yang menyatakannya sebagai harus tetapi makruh adalah Imam Abu Hanifah dan

sebahagian ulama mazhab Shafie. Mereka berpandangan adalah makruh menjual anggur kepada pembuat arak dan menjual senjata kepada golongan yang berperang dengan umat Islam kerana keyakinan sahaja belum tentu akan terlaksana. Ini adalah berdasarkan kaedah/formula fiqh: ‘Seseorang itu dihukum berdasarkan niatnya'.[1]

Dr Ramadhan Hafiz Abd Rahman[2] menyebut ulama mazhab Syafie berpandangan demikian hasil kefahaman mereka dari apa yang disebutkan oleh Imam As-Syafie berikut:-

رمخلا رصعي نمم ريصعلا عيب هركأ

Ertinya : "Aku benci penjualan anggur kepada mereka yang memerah untuk dijadikan arak" [3] Dalam erti kata lain, penjual tersebut menjual anggur serta mematuhi segala syarat-syarat jual beli Islam. Apa yang akan dilakukan selanjutnya oleh pembeli adalah di luar bidang urusan penjual.

Namun sekiranya penjual itu ketika berlakunya aqad jual-beli berniat jahat untuk menjual dengan tujuan menyumbang kepada kerosakan dan kejahatan yang akan dilakukan oleh pihak pembeli, maka niatnya adalah haram atau maksiat tetapi aqad tersebut tetap sah. Contohnya barang yang dijual dan disembunyikan kecacatan (‘aib) barangan tersebut, di mana hukum ke atas aqad tersebut adalah satu perkara dan kesan daripada aqad tersebut adalah perkara yang lain. [4]

Al-Shirazi mengatakan: "Makruh (yukrah) menjual anggur untuk dibuat arak, kurma untuk dibuat arak (al nabiz) dan menjual senjata kepada golongan yang memusuhi Allah. Ini adalah kerana penjualan tersebut dianggap membantu ke arah maksiat. Sekiranya dijual kepada golongan tersebut, jual beli tersebut dianggap sah, kerana bukanlah penjual yang menghasilkan arak, dan bukanlah dia memerangi Allah dengan senjatanya.[5]

Kesimpulannya, sekiranya anda bersangka agak kuat bahawa pembeli tidak akan

(33)

[1] Wahbah al Zuhaily, al Fiqh al Islamiy wa Adillatuh, p. 5:3458 [2] Al-Buyu' Al-Darrah, hlm 265, cet Dar As-Salam

[3] Mukhtasar Al-Muzani, 1/84 ; Al-Majmu', An-Nawawi, 9/334

[4] al Muhazzab, Al Syirazi,, 1/267, Mukhtasar al Tahawi, al Tahawi, hlm.280. [5] Ibid, As-Syirazi, 1/267; Al-Majmu', 9/ 345

Soalan

Tolong uzar jelaskan. Jangan sampai ramai agen Islam termakan duit riba atau sebagainya. Tolong buat kajian terperinci tentang komisen yang agen dapat. Ramai agen yang rasa selesa dengan apa yang mereka dapat, komisen tetapi hukumnya di sisi Allah tanggung jawab uzar juga.

-SOALAN MELALUI RUANGAN

KOMENTAR-Jawapan

Pertamanya, saya telah jelaskan hukum bekerja untuk promosi benda haram atau membantu secara direct akan apa jua yang haram adalah haram, saya telah di pelbagai tempat di web saya. Maka, jika orang tidak membaca apa yang telah ditulis, ia diluar kuasa dan bukan lagi termasuk di bawah tanggungjawab saya.

Secara ringkasnya seperti berikut:

a) Hukum komisyen yang diperolehi oleh ejen insuran konvensional adalah HARAM. Demikian menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang

mengharamkan insuran konvensional. Justeru, setiap individu yang menjadi ejen adalah dikira mempromosi benda haram dan mengambil upah atas kerja tidak halal tersebut.

Amat malang juga, apabila saya dapati terdapat sebahagian ejen-ejen Takaful yang meletakkan DUIT sebagai satu-satunya matlamat dan target mereka, menyebabkan dalam masa yang masa mereka SUDI DAN SANGGUP menjadi ejen kepada insuran riba konvensional.

Mereka ini tidak lain, boleh dianggap bermain-main dengan hukum sehingga boleh memberikan pilihan kepada pelanggan sama ada ingin yang halal atau yang haram. Bolehkah diberi pilihan sedemikian?

Allah swt menyebut

(34)

Ertinya : Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 42)

Adapun, komisyen bagi ejen-ejen Takaful dan Unit Trust bagi apa yang mereka usahakan sendiri, adalah HALAL.

Namun, bagi ejensi Manager yang memperolehi komsiyen bertingkat atau overriding commission, pandangan saya setakat ini masih sama dengan apa yang saya tuliskan dalam artikel MLM. Iaitu TIDAK DIBENARKAN kecuali apa yang anda usahakan sendiri sahaja. Hasil yang diperolehi secara automatik dari kerja orang bawahan anda tanpa sebarang usaha yang langung direct dari anda, ia adalah TIDAK DIBENARKAN dan jatuh dalam kategori Syubhat. Apapun, saya pulangkan tanggungjawab fatwa komsiyen ini kepada Majlis Shariah Saham Amanah Islam dan Takaful masing-masing untuk membincangkan dengan teliti. Wallahu'alam. Bagi sesiapa yang kurang jelas maksud overriding commission ia adalah :

o In traditional sales environments, an override is a commission paid to managers on sales made by their subordinates, usually calculated as a percentage of the gross sales commissions earned by the salesperson.

o Similarly, in multi-level marketing, agents receive a commission on sales made by their downline (recruited agents).

b) Hukum komisyen bagi ejen-ejen saham amanah unit trust yang berunsur riba, haram dan tidak diluluskan oleh Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, adalah HARAM secara sepakat ulama.

Komisyen ejen unit trust YANG DILULUS MAJLIS SHARIAH pula adalah halal namun tetakluk pula kepada apa yang dijualnya sendiri sahaja. Ia sama seperti isu ejen Takaful di atas.

Wallahu'alam.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 6 Sept 2008

(35)

5 Ramadhan 1429 H

MAJALAH SOLUSI: PANDUAN HIDUP

BERSYARIAT

.

Oleh : Telaga Biru Sdn Bhd

Dengan segala kepincangan serta bencana moral yang berlaku di negara kita pada hari ini, jelaslah bahawa umat Islam bukan sahaja perlu meningkatkan ilmu dalam bidang fardu ain dan kifayah, tetapi turut berlatih untuk memajukan minda serta sentiasa termotivasi untuk

mengelakkan diri dari segala gejala buruk yang berlaku di sekeliling mereka. Ini kerana, hanya dengan pengetahuan serta motivasi yang tinggi sahajalah yang dapat membantu anggota masyarakat untuk mengenalpasti baik-buruk sesuatu perkara seterusnya mengelakkan perkara tersebut dari terjadi kepada diri mereka.

Melihat peri pentingnya elemen-elemen ini dalam memantapkan kehidupan seorang Muslim, Telaga Biru Sdn. Bhd. telah menerbitkan sebuah majalah Islamik kontemporari yang sangat unik, khas buat mereka tercari-cari sebuah wadah bagi mempertingkatkan jati diri seorang Muslim.

(36)

Isu perdana majalah bertajuk SOLUSI ini sudah berada di pasaran bermula dari 1 Ogos 2008. Ia difahamkan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pihak pembaca. Antara faktor penarik majalah ini ialah fokus utamanya iaitu fardu ain dan motivasi menjadikan skop perbincangan setiap isu serta isi kandungannya menjadi sangat luas dan menarik untuk diperdebatkan. Antara topik yang dibincangkan setiap bulan ialah tauhid, fiqah, perniagaan (muamalat), perkahwinan (munakahat), tafsir al-Quran, kekeluargaan, isu remaja, seks, dan pelbagai lagi.

(37)

Seterusnya, para kolumnis yang prolifik dan berwibawa menjadi salah satu nadi kekuatan utama majalah ini. Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Ustaz Zaharuddin

(http://www.zaharuddin.net/), Dato' Dr. Mahmood Zuhdi, Haji Muhammad Zakaria, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (dari http://www.saifulislam.com/) dan Ahmad Fadzli Yusof adalah antara

Referensi

Dokumen terkait

Keberadaan gerai Bazis di ruangan PTSP ini sebagai kreativitas dan inova- si Kantor Bazis Jaksel dalam menggali ZIS untuk dikembalikan ke masyarakat yang membutuhkan,” kata

Selan tu, pemerntah juga berkewajban untuk membna penngkatan produks dan konsums proten hewan dalam mewujudkan ketersedaan pangan bergz sembang bag

a) Pemberian cairan yang cukup dengan infus ringer laktat (RL) dengan dosis 30 ml/kgBB/jam, apabila keadaan tekanan darah baik, lanjutkan RL sebanyak 10 ml/kgBB/jam

“Dan jika kita adalah anak, maka kita juga adalah ahli waris, maksudnya orang- orang yang berhak menerima janji-janji Allah, yang akan menerimanya bersama-sama dengan Kristus,

Disini penulis mencoba untuk membuka tabir yang menutupi rahasia tentang Nabi tidak diangkat lagi, tetapi orang beriman kepada Allah, yang mempergunakan pikiran, dari sudut struktur

Hasil penelitian ini dapat dipakai sebagai acuan penelitian selanjutnya untuk mengetahui dosis efektif ekstrak buah naga merah dalam menurunkan kadar MDA pada

Maka dengan konsep tailor-made training program, kami berharap bisa berkolaborasi dengan anda untuk menentukan training-training terbaik sesuai dengan analisa

Penelitian bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan jeruk manis dalam membeli jeruk manisdan faktor-faktor yang mempengaruhi penawaran jeruk manis