• Tidak ada hasil yang ditemukan

ERTI TAQWA

Dalam dokumen zaharuddin (Halaman 144-148)

Bonus & Belanjawan

ERTI TAQWA

Kalau sudah mengerti, taqwa itulah objektif, apa pula taqwa itu sendiri? Erti taqwa dari sudut letal adalah takut atau sentiasa jauh dan berhati-hati.

Namun taqwa dalam konteks istilah khas di dalam Islam, tidak hanya terhad kepada makna takut dan menjauh, tetapi ia juga membawa maksud cinta dan mendekat.

Taqwa ini tidak berbentuk fizikal, tiada bentuk hexagon, bujur, bulat atau bersegi, tidak pula bertablet dan berkapsul. Ia adalah satu SIRAMAN KEIMANAN DAN KEYAKINAN bentuk spiritual. Tiada terlihat dek mata, hidu oleh hidung dan terdengar di telinga.

Nabi s.a.w pernah menerangkan bahawa taqwa itu tempatnya di dalam hati. Bukan hati fizikal di dalam jasad, tetapi hati nurani di dalam diri.

Imam Ibn Kathir menerangkan di dalam tafsirnya, bahawa Umar Al-khattab r.a pernah satu ketika di tanya oleh sahabat Ubay bin Ka'ab r.a tentang erti taqwa, lalu dijawabnya:[1]

.تدهتجاو ترمش :لاق

ىوقتلا كلذف :لاق،

Ertinya : Pernahkah engkau melalui satu jalan berduri?

Jawab Ubay : pernah

Umar : Bagaimana kamu lakukan?

Ubay : Aku sentiasa bersedia, peka dan berhati-hati dengan penuh usaha agar tidak terpijak duri

Umar : itulah juga sifat taqwa

Tepat sekali, itulah tanda taawa sudah tersemat di dalam diri, kesannya boleh dilihat dari perumpamaan yang diberi oleh Umar tadi. Apabila seseorang mempunyai kekuatan untuk terus berhati-hati dalam setiap tingkah laku, percakapan, tulisan, ibadah, niat, kerjaya, pelaburan, dan semua aspek, agar TIDAK MENCALAR redha dan hukum Allah swt, TIDAK mengundang murka Allah swt, tatkala itu. Antivurs dosa, iaitu TAQWA sedang berfungsi molek di dalam dirinya. Namun, tentulah kepenatan dan perlukan usaha bersungguh untuk tujuan itu?.

Tentu kerana baginda Nabi s.a.w telah menyebut bahawa lalau ke syurga adalah dengan duri-duri, sedangkan lorong ke neraka adalah dengan keseronokan dan syahwat.

Seorang lagi sahabat, iaitu Abu Darda r.a berkata :

ام ضعب كرتي ىتحو ،ةرذ لاقثم نم هيقتي ىتح دبعلا لا ىقتي نأ: ىوقتلا مامت

امًارح نوكي نأ ةيشخ ، للح هنأ ىري

Ertinya : Kesempurnaan taqwa itu adalah sentiasa seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah ( arahan dan larangannya) walau dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekalipun, kerana takut jatuh di dalam yang haram.

Apa yang dikatakan oleh Abu Darda ini BERSUMBERKAN sebuah hadis nabi, yang ertinya :

"Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan yang hal kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah' ( Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari dalam At-tarikh)

Ali Bin Abi Talib merumuskan ciri taqwa itu sebagai :

دادعتسلاو ليلقلاب اضرلاو ليزنتلاب ناميلاو ليلجلا نم فوخلا يه ىوقتلا

ليحرلا مويل

Ertinya : Taqwa itu adalah :

a. TAKUT kepada (azab dan murka) Al-Jalil (Allah)

b. YAKIN teguh dengan apa yang diturunkan (seluruh inti Al-Quran) c. REDHA dengan sedikit (nikmat dunia)

d. SEDIA menghadapi hari pemergian kematian)

Apabila semua yang disebut di atas sudah mampu diwujudkan, hidup akan menjadi lebih indah, tiada kepuraan, tiada banyak dukacita, tiada banyak kesedihan kerana dunia.

Akhirnya, apa yang ingin saya tegaskan melalui tulisan ini, adalah Taqwa itulah objektif dan hikmah kepada puasa. Yang memberi kekuatan fitrah kepada manusia setelah tercemar dimamah virus dan bakteria dosa. Agar kembali kepada fitrah, dengan pasakan kukuh tawa sebagai antivirusnya. Hala tuju hidup menjadi jelas dan terang, redha Allah, kematian yang baik dan nikmat di alam selepasnya menjadi sasaran utama.

"Alhamdulilah ustaz, kali ni saya dah jelas" jawab pelajar tadi sambil mengangguk-angguk kepala dan tersenyum, mindanya mungkin ligat berfikir.

"Alhamdulillah, saya saya juga mampu meraih anti virus itu, bercakap dan menulis memang mudah tapi implementasi fizikal dan mengikhlaskan di dalam hati itu cabaran seterusnya." Balas saya sebagai kesimpulan.

"oh ye, tapi ustaz, macam aman nak dapatkan nye semasa ramadhan ini.?" Ada lagi soalan bermain di mindanya.

"untuk jawapan itu, pelajarilah dan laksanakan tanggungjawab puasa dengan ilmu bukan dengan ikut-ikut semata-mata"

"perincian puasa dengan ilmu itu bagaimana ya ustaz" soalnya

"itu kena bacalah ye, tak sempat nak diulas di sini, cuba dapatkannya di web (www.zaharuddin.net) saya dan lain-lain sumber" jawapan mudah saya kali ini.

Ramadhan Kareem untuk semua. Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net 1 Ramadhan 1430

H

22 Ogos 2009

Seseorang telah menghantar petikan akhbar berikut dan kemudiannya meminta saya mengulas, bukan dari sudut politik tetapi dari sudut pandangan Islam melalui perbahasan para ulamanya. SHAH ALAM 17 Mac - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib memohon maaf dan menarik kenyataannya yang berbau fitnah terhadap kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Kenyataan Saari yang disiarkan oleh sebuah akhbar tabloid hari ini menyebut berjuta-juta ringgit wang kutipan LZS yang tidak diagih dan sebelum ini disimpan dalam deposit tetap, dipindahkan kepada akaun Takaful Structured Invest di bawah MAA Takaful pada 11 Disember lalu.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pihaknya terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap Saari.

Beliau menegaskan, kenyataan tersebut berbau fitnah serta menjatuhkan imej dan integriti MAIS secara keseluruhannya yang dinaungi oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. "MAIS menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak bertanggungjawab yang dilemparkan oleh beliau (Saari) mengenai LZS dan perlu membuktikan ia berlaku.

"Ini kerana MAIS mahupun LZS tidak pernah memindahkan atau merancang untuk melakukan sedemikian terhadap wang zakat yang belum diagih," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Adzib menjelaskan, wang zakat yang belum diagihkan disimpan di dalam akaun simpanan tetap sama ada di Bank Islam mahupun Bank Rakyat yang dijamin dari segi keselamatan dan mematuhi syariah.

Katanya, wang itu perlu disimpan di bank melalui sistem Mudharabah sebelum ia disalur dan diagihkan kepada golongan yang berhak melalui program dan aktiviti yang telah dirancang. "Malah sebarang pindahan wang zakat mahupun Baitulmal perlu mendapat kelulusan jawatankuasa yang berkaitan sama ada di MAIS mahupun LZS," ujarnya.

sumber

Berpandukan kepada petikan berita terbabit, persoalan yang relevan untuk kajian hukum adalah :

1) Kenyataan : Ini kerana MAIS mahupun LZS tidak pernah memindahkan atau merancang untuk melakukan sedemikian terhadap wang zakat yang belum diagih

Persoalannya di sini adalah, apakah hukum Islam pemerintah (institusi zakat) melaburkan wang zakat terkumpul sebelum agihan kepada asnaf zakat ? Kenyataan di atas memberikan indikasi bahawa tiada pelaburan dibuat sebelum agihan. Namun, jika dilabur juga sebelum agihan, adakah ianya dibenarkan?

2) Kenyataan "..menjelaskan, wang zakat yang belum diagihkan disimpan di dalam akaun simpanan tetap sama ada di Bank Islam mahupun Bank Rakyat yang dijamin dari segi keselamatan dan mematuhi syariah. Katanya, wang itu perlu disimpan di bank melalui sistem Mudharabah sebelum ia disalur dan diagihkan kepada golongan yang berhak melalui program dan aktiviti yang telah dirancang."

Hakikatnya, perlu difahami bahawa akaun tetap mudarabah di Bank Rakyat atau BIMB bukanlah sebuah akaun simpanan tetapi ia adalah akaun pelaburan.

Benar, ia adalah sebuah akaun pelaburan berasaskan Mudarabah, yang mana apabila pelabur (institusi zakat dalam konteks ini) meletakkan wang terkumpul zakat di dalam akaun ini, wang tersebut TIDAK BOLEH terjamin dari rugi dan

ia juga TIDAK BOLEH DIKELUARKAN sehinggalah tempoh matang akaun tetap itu tiba, iaitu sama ada tiga bulan, enam bulan atau setahun.

Justeru, berdasarkan petikan kenyataan akhbar itu, dapat difahami bahawa wang terkumpul zakat telah diLABURKAN melalui akaun pelaburan tetap, sebelum ianya diagihkan kepada faqir miskin dan lain-lain asnaf penerima yang layak.

Dalam dokumen zaharuddin (Halaman 144-148)