• Tidak ada hasil yang ditemukan

Program Pertukaran Pelajar dan Belia untuk Jaringan Jepun Asia Timur Abad ke-21. Laporan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Program Pertukaran Pelajar dan Belia untuk Jaringan Jepun Asia Timur Abad ke-21. Laporan"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Program Pertukaran Pelajar dan Belia

untuk

Jaringan Jepun – Asia Timur Abad ke-21

Rombongan Kedua

Delegasi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Malaysia ke Jepun

(17 Jun 2008 – 26 Jun 2008)

Laporan

Julai 2008

(2)

Maklumat Ringkas Delegasi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Malaysia ke Jepun Rombongan Kedua

◆Tempoh Lawatan

17 Jun 2008 – 26 Jun 2008 ◆Bilangan peserta

40 orang : 35 pelajar sekolah menengah (18 lelaki, 17 perempuan)

5 pegawai pengiring (seorang pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia, 4 guru dari sekolah menengah)

◆Bilangan sekolah yang dihantar

34 sekolah : 19 buah sekolah menengah sains 7 buah sekolah menengah

6 buah sekolah berasrama penuh integrasi 2 buah sekolah agama

◆Bilangan peserta mengikut Negeri / Wilayah Persekutuan

Perlis 1 orang Negeri Sembilan 3 orang

Kedah 4 orang Melaka 2 orang

Pulau Pinang 1 orang Johor 3 orang

Perak 5 orang Sabah 3 orang

Kelantan 1 orang Sarawak 2 orang

Terengganu 1 orang Kuala Lumpur 1 orang

Pahang 4 orang Putrajaya 2 orang

Selangor 6 orang Labuan 1 orang

◆Wilayah yang telah dilawati di Jepun

3 buah wilayah (Tokyo, Aomori dan Ibaraki) ◆Bilangan keluarga angkat

34 buah keluarga : Aomori (17), Ibaraki (17) ◆Sekolah yang telah dilawati

Kumpulan Aomori : SMT Aomori Minami

(3)

Kumpulan Aomori Kumpulan Ibaraki

20 orang (3 pegawai pengiring, 17 pelajar) 20 orang (2 pegawai pengiringi, 18 pelajar)

PM AM PM

AM Bertolak ke Aomori Lawatan ke Loji Rawatan Air Sisa Shingashi,Biro Pembetungan Tokyo

PM

Kunjungan Hormat kepada Datuk Bandar Aomori / Lawatan ke Nebuta no Sato (Kampung Nebuta) / Lawatan ke Universiti Aomori Chuo Gakuin

Lawatan ke Muzium Edo-Tokyo / Bersiar-siar di Asakusa

AM

Mencuba membuat mi Jepun dan jem kasis di Pusat Latihan Teknologi Pertanian Bandar Aomori

Bertolak ke Ibaraki /

Lawatasn ke Ushiku Clean Center

PM Interaksi dengan pelajar-pelajar SekolahMenengah Tinggi Aomori Minami / Homestay Lawatan ke AIST Science Square Tsukuba /Lawatan ke Pusat Angkasa JAXA

AM Interaksi bersama keluarga-keluarga angkatmelalui rekreasi Bersiar-siar di Tasik Kasumigaura dengankapal persiaran / Lawatan ke Taman Suigou

PM Memetik buah ceri di Ladang Epal AgroPelancongan Aomori / Homestay Sesi pertemuan dengan keluarga angkat /Homestay

AM Homestay Homestay

PM Jamuan perpisahan dengan keluarga angkat Homestay

AM Lawatan ke Tapak Peninggalan Sannai-Maruyama

Interaksi dengan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tinggi Ushiku Afiliasi Universiti Toyo

PM Lawatan ke pusat pembiakan kerang kapis - sama seperti di atas - /Homestay

AM Bengkel pertukaran pendapat /Bertolak ke Tokyo sama seperti di atas

-PM Lawatan ke Muzium Edo-Tokyo /Bersiar-siar di Asakusa - sama seperti di atas - /Jamuan Perpisahan

AM Lawatan ke Loji Rawatan Air Sisa Shingashi,

Biro Pembetungan Tokyo Bengkel pertukaran pendapat Lawatan ke Bangunan Kerajaan Metropolitan

Tokyo Bertolak ke Tokyo

Pembentangan hasil perbincangan bengkel / Jamuan makan malam 10 Khamis26 Jun AM Pulang ke tanah air, Narita 14.05 → KLIA 20.20 (JL723)

Bilangan peserta Tarikh

Bilangan Wilayah dilawati : 3 buah Bilangan SMT yang terlibat : 2 buah

9 Rabu 25 Jun PM 8 Selasa 24 Jun 7 Isnin 23 Jun 6 Ahad 22 Jun 5 Sabtu 21 Jun 4 Jumaat20 Jun 3 Khamis19 Jun 2 Rabu 18 Jun Jadual Keseluruhan

Syarahan 'Mengenali Negeri Jepun' (oleh En. Murai Takeshi dari Universiti Obirin) Lawatan ke Muzium Sains dan Inovasi Negara / Kunjungan Hormat ke Kementerian Luar Negeri Jepun

1 Selasa 17 Jun AM

KLIA 22.50 (Isnin, 16 Jun) → Narita 06:55 (JL724)

Lawatan ke Taman Istana Maharaja (Sesi bergambar) / Lawatan ke Menara Tokyo Orientasi

(4)

Gambar-Gambar Kenangan

【Program Am】

Lawatan ke Loji Rawatan Air Sisa Shingashi Bertanya soalan semasa syarahan mengenali Jepun

Kunjungan hormat ke Kementerian Luar Negeri Jepun

(5)

【Kumpulan Aomori】

Mencuba kaligrafi di SMT Aomori Minami Mencuba membuat “Udon (mi Jepun)”

Belajar sejarah zaman kuno di Mencuba menangkap kerang kapis Tapak Peninggalan Sannai-Maruyama

(6)

【Kumpulan Ibaraki】

Lawatan ke Pusat Angkasa JAXA Upacara minum teh di SMT Ushiku Afiliasi Univ. Toyo

Pergi ke sekolah bersama rakan palajar Mempersembahkan Zapin di sekolah

(7)

Laporan Bengkel Pertukaran Pendapat

Pelajar-pelajar sekolah menengah Malaysia telah menyertai program selama 10 hari ini dengan membawa pelbagai pandangan dan harapan mereka. Sepanjang tempoh program ini, mereka telah berinteraksi di sekolah, tinggal bersama keluarga angkat, belajar tentang alam sekitar, tradisi, kebudayaan dan sebagainya yang dilaksanakan di wilayah-wilayah yang dilawati. Setelah tamat program tersebut, mereka mengikuti Bengkel Pertukaran Pendapat untuk berbincang tentang “Perkara-perkara yang telah diperolehi di Jepun”.

Matlamat bengkel ini dilaksanakan adalah seperti berikut.

1. Supaya setiap pelajar dapat mengutarakan pendapat tentang “perkara-perkara yang disedari” (pengetahuan, pemahaman) di Jepun.

2. Supaya pengetahuan dan pemahaman yang telah diperolehi akan kekal dan terus menjadi motivasi untuk saling memahami kelainan budaya.

3. Supaya “perkara yang disedari” (pengetahuan, pemahaman) itu dapat difahami dengan lebih mendalam setelah bertukar pendapat dengan peserta lain.

4. Merumuskan “perkara yang disedari” yang telah dibincangkan ke dalam bentuk mesej supaya dapat menjadikannya sebagai pemangkin kepada persefahaman antara Jepun dan Malaysia.

Setiap kumpulan begitu aktif mengemukakan pendapat secara berterus-terang. Bagaimanapun, oleh sebab kebanyakan mereka pertama kali menyertai bengkel seumpama ini, terdapat kumpulan yang tidak merumuskan hasil perbincangan dalam bentuk mesej seperti yang dikehendaki, tetapi merumuskannya mengikut kaedah mereka sendiri.

(8)

Kumpulan : Aomori Hari pelaksanaan : 24 Jun 2008 Ⅰ Perkara yang disedari mengenai Jepun

(Kategori : TEKNOLOGI)

- Alam sekitar - Kemudahan - Infrastruktur - Internet, telefon bimbit - Globalisasi

(Kategori : CARA HIDUP / SOSIOBUDAYA)

- Fesyen - Aktiviti harian - Makanan - Budaya tradisional - Pekerjaan

(Kategori : PENDIDIKAN)

- Nilai-nilai murni - Perniagaan - Sistem persekolahan - Pembelajaran (Lain-lain)

- Perbezaan dengan negara Malaysia - Beberapa komplikasi dalam negara Jepun Ⅱ Kandungan Perbincangan

Perkara-perkara perdana yang dibincangkan (a) Kebaikan-kebaikan utama Jepun

- Tahap kebersihan tinggi - Prihatin akan agama lain

- Teknologi : canggih dan teratur, mudahkan hidup

- Tidak pernah penat ucapkan “aisatsu (ucapan)” di mana-mana jua - Pentingkan kerjasama dan keadilan

- Pentingkan penggunaan kenderaan awam, kesejahteraan alam sekitar (b) Komplikasi yang dihadapi

- Wang kertas tiada spesifikasi keselamatan

- Terlampau banyak duit syiling, menyukarkan pelancong - Ketidakmampuan berbahasa Inggeris dengan lancar - Tanah mahal, rumah kediaman padat

- Bahan-bahan lucah agak banyak (c) Perbandingan dengan Malaysia - Disiplin remaja Malaysia lebih tinggi

- Infrastruktur bangunan Malaysia lebih unik dan menarik - Kebersihan Malaysia agak kurang

- Disiplin hidup dan kesedaran Jepun dalam aktiviti harian lebih baik Ⅲ Kesimpulan

- Kedua-dua buah negara mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing yang mampu diperbaik dari masa ke masa.

- Kita sebagai pemimpin masa depan wajar memulakan proses perubahan untuk memberikan anjakan paradigma terhadap perkembangan negara dalam semua aspek.

- Perkataan “Skema” dan slogan “Janji Melayu” perlu dimansuhkan dalam kamus kehidupan kita.

- Kerjasama yang erat antara dua negara perlu diperkukuh demi menjamin masa hadapan dan generasi yang akan menerajui dunia kelak.

(9)

Kumpulan : Ibaraki Hari pelaksanaan : 25 Jun 2008 Ⅰ Perkara yang disedari mengenai Jepun

(Kategori : BUDAYA)

- Masyarakat Jepun sangat mementingkan pengurusan masa. Masa perlu ditepati seperti yang dijanjikan.

- Patuh kepada sesuatu arahan atau suruhan oleh pihak kerajaan Jepun. (Kategori : PENDIDIKAN)

- Di Malaysia, rakyat yang merupakan para pelajar akan menghadapi 3 peperiksaan besar iaitu UPSR, PMR dan SPM.

- Di Jepun, setiap minggu murid-murid akan diberi ujian. (Kategori : TEKNOLOGI)

- Bioteknologi di Malaysia dilaksanakan dalam bidang pertanian.

- Bioteknologi di Jepun dilaksanakan dalam proses pengitaran semula sampah sarap. (Lain-lain)

- Kebersihan merupakan salah satu aspek yang penting. - Rakyat Jepun sangat menjaga privacy orang lain.

Handphone silent-mode di tempat-tempat awam.

Lipat surat khabar yang besar jadi kecil dalam kereta api.

Ⅱ Kandungan Perbincangan(Tajuk: Perkara-perkara yang positif di Malaysia dan Jepun) - Rakyat Jepun sedang bekerjasama dengan kerajaan Jepun untuk menjimatkan elektrik dan

air. Kempen “COOL BIZ” telah dilaksanakan.

- Malaysia mempunyai keistimewaan sendiri. Contohnya, Pulau Sipadan merupakan tempat tercantik di dunia. Ia merupakan sebuah pulau.

- Di sekolah-sekolah di Jepun, para pelajar berasa sangat seronok datang ke sekolah. Bagi para guru, sekolah merupakan tempat untuk pelajar berasa seronok. Oleh itu, para guru akan berusaha mewujudkan suasana itu.

- Di Malaysia, para pelajar hanya perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada penerangan oleh guru. Para guru akan memastikan pelajar tidak melakukan perkara-perkara yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Ⅲ Kesimpulan

- Setiap perkara yang positif yang boleh dicontohi di negara Jepun boleh diaplikasikan di negara Malaysia. Semoga perhubungan antara negara Malaysia dan Jepun boleh diteruskan. - Pengalaman di sini (Jepun) akan dikongsi bersama dengan keluarga, rakan-rakan, guru-guru

dan orang lain.

(10)

Luahan Pendapat Pelajar

Kumpulan Aomori

- Pada mulanya, saya agak risau untuk menyertai aktiviti program yang telah disediakan kerana takut untuk berinteraksi dengan orang Jepun. Namun, selepas itu, saya berasa sangat selesa dan gembira setelah biasa berada di sini. Saya berharap dapat pulang ke Malaysia dengan ilmu yang banyak tentang Jepun supaya saya dapat menerangkan kepada orang lain tentang pengalaman di sini.

- Dapat mempelajari pelbagai perkara yang tidak diketahui sebelum ini. Saya berasa negara Jepun lebih dekat lagi daripada dahulu.

- Bagi saya, idea meminta bantuan daripada pelajar Malaysia yang menyambung belajar di Jepun adalah bagus. Hal ini kerana dapat memudahkan interaksi dengan orang Jepun dan juga dapat menaikkan lagi semangat para peserta untuk berusaha belajar bersungguh-sungguh.

- Saya berasa sangat gembira menyertai program ini kerana setelah sekian lama saya bercita-cita untuk melancong ke Jepun dan mempelajari budaya Jepun sendiri kini telah tercapai. Saya juga dapat pengalaman secara lebih dekat tentang masyarakat Jepun jika dahulu sekadar menonton dalam televisyen dan mendapat maklumat menersi internet. Semestinya kenangan ini merupakan kenangan yang terindah yang sukar untuk dilupakan. Saya amat berharap pada masa akan datang, saya akan dapat datang ke Jepun lagi kerana banyak tempat menarik di Jepun yang saya belum dilawati lagi.

- Program interaksi ini merupakan satu program yang bermanfaat bagi para pelajar dan belia bagi menjana pemikiran masing-masing dalam menentukan hala tuju kedua-dua buah negara pada masa hadapan. Selain itu, saya juga berasa gembira kerana dapat mempelajari budaya orang Jepun secara praktikal.

- Saya dapat mempelajari gaya hidup orang Jepun dan menambah ilmu pengetahuan tentang negara Jepun. Teknologi Jepun yang berbeza dan jauh lebih maju berbanding dengan Malaysia membuatkan saya berasa kagum dan berazam untuk menjadikan Malaysia seperti negara Jepun suatu hari nanti. Pengalaman selama berada di negara Jepun akan saya kongsi dengan keluarga dan rakan-rakan supaya dapat difikirkan bersama cara untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju.

- Program ini sangat bagus kerana berjaya mencipta hubungan antara dua buah negara lebih erat melalui interaksi orang Jepun dan Malaysia. Ia juga memberi pandangan saya terhadap negara Jepun menjadi lebih tinggi kerana dalam mengejar kemajuan, budaya dan tradisi tetap dikekalkan.

- Perasaan saya amat gembira apabila dapat berinteraksi dengan kawan sekolah di Jepun dan keluarga angkat jadi saya berasa masa lawatan perlu dipanjangkan lagi. Saya berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Jepun dan keluarga angkat.

(11)

- Program ini harus diberi pujian kerana matlamat jangka panjangnya yang bertujuan untuk membentuk sifat kepimpinan dalam diri generasi muda masa kini yang bakal menerajui kepimpinan masa hadapan Asia Timur. Sangat memberi erti dalam kehidupan kami peserta yang menyertai program ini.

- Saya amat berbangga dan bersyukur kerana terpilih menyertai program yang sungguh bermakna untuk kehidupan saya kini, esok dan seterusnya. Saya bertambah yakin untuk menjadi pelajar yang berperibadi unggul dan berasa terpanggil untuk menjadi pemimpin yang berkaliber untuk menerajui negara dengan mengambil semua kebaikan Jepun dan menerapkannya dalam kebudayaan Malaysia. Program ini juga mengajar saya erti hidup yang sebenar, memupuk kasih sayang yang jitu dan membuka mata terhadap kecangihan teknologi, perkembangan fizikal dan mental orang Jepun dan juga proses pembangunan negaranya dalam pelbagai aspek. Saya telah mampu meneroka betapa baiknya dan indahnya kehidupan di negara ini dan berharap bahawa satu hari nanti, saya mampu membawa perubahan kepada dunia.

- Saya amat ingin belajar di Jepun.

- Program ini memberikan satu pengalaman yang bermakna dan sukar dilupakan untuk melawat Jepun dan merasai sendiri pengalaman tinggal bersama orang Jepun.

- Program ini telah mengajar saya erti sebuah persahabatan dan telah membina sedikit sebanyak keyakinan diri saya di samping membantu saya menguasai bahasa Jepun dengan lebih mendalam. Secara keseluruhannya, saya amat sukakan aktiviti ini dan sayang keluarga angkat saya.

Kumpulan Ibaraki

- Saya bersasa sangat seronok sepanjang berada di Jepun. Banyak sangat perkara yang saya dapat sepanjang di sini, contohnya pelajaran di Jepun, cara hidup orang Jepun, budaya dan sebagainya. Saya bersasa sedih dan terharu terhadap keluarga angkat dan kawan yang juga berasa sedih untuk meninggalkan mereka dan kami juga. Saya akan terkenang akan mereka dan rindu dengan mereka.

- Banyak perubahan dalam diri yang saya dapat buat. Dapat merapatkan hubungan antara orang Malaysia dan Jepun. Berasa gembira kerana mereka tidak melayan seperti orang asing. Meningkatkan keinginan untuk meneruskan pelajaran di Jepun

- Saya memang gembira dengan program ini kerana dapat belajar banyak perkara melaluinya. Meskipun terdapat kerisauan dalam komunikasi, namun semuanya ternyata okay. Program homestay merupakan program yang paling bagus kerana saya dapat mengenali negara Jepun dengan sedalam-dalamnya. Banyak benda yang saya pelajari seperti budaya, ekonomi, teknologi dan cara hidup orang Jepun.

(12)

- Program ini sangat bermakna bagi saya. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah saya timpa. Saya berharap program ini diteruskan agar generasi akan datang merasainya seperti kami.

- Rakan sekolah yang sangat ramah membuatkan saya berasa selesa.

- Saya bersasa begitu bertuah dapat menyertai program ini. Banyak yang telah saya pelajari seperti orang Jepun sangat menghormati orang lain, mereka mematuhi peraturan, teknologi Jepun sangat canggih, mereka bangga dengan bahasa mereka, dan banyak lagi... Pengalaman berharga ini ingin saya kongsi dengan rakan dan keluarga di Malaysia dan akan saya gunakan untuk melakukan perubahan di masa hadapan agar Malaysia juga setanding Jepun.

- Pengalaman baru dan kenangan manis melalui program ini tidak dapat saya lupakan. Saya rasa program ini amat bagus bagi membina satu hubungan baik antara Jepun dan Malaysia.

- Program ini merupakan satu langkah yang baik untuk mengutuhkan lagi talian persahabatan antara negara ASEAN. Selain itu, bagi saya sendiri, melalui program homestay dan pertukaran pelajar, kedua-dua aktiviti ini memberikan satu pengalaman yang amat bermanfaat kepada saya. Ini disebabkan apabila saya mengalami kesukaran semasa berkomunikasi dengan mereka, saya dapat menyedari bahawa jika kita tidak terus menambahkan ilmu pengetahuan terutamanya penguasaan dalam bahasa asing, kita akan mudah dipergunakan oleh mereka.

- Program ini membuatkan saya memberi tanggapan yang baik kepada negara Jepun. Saya akan berkongsi pengalaman ini dengan rakan-rakan di Malaysia dan mengaplikasi perkara yang baik di Jepun.

- Saya begitu sedih meninggalkan keluarga angkat kerana seronok hidup bersama dengan mereka.

- Saya berpendapat bahawa program ini perlu diteruskan agar para pelajar negara-negara di dunia dapat mengetahui negara Jepun dengan sangat mendalam. Saya percaya banyak perkara yang positif boleh diperolehi di Jepun.

- Program ini memang patut dijalankan dan saya yakin misi program ini akan tercapai dengan mudah kerana peserta yang menyertai program ini sudah tentu akan menghargai setiap detik yang ada.

- Rakan-rakan Jepun amat mesra dan saya rasa seronok menaiki “densha” untuk pergi ke sekolah. Dapat mempelajari bahasa Jepun dengan lebih baik. Terasa amat dihargai. Pengalaman ini tidak dapat diganti.

Referensi

Dokumen terkait

Mencermati tuntutan akan sertifikasi kompetensi bagi guru permasalahan adalah: (a) bagaimana deskripsi kompetensi profesional bidang keahlian teknik elektronika yang diamanatkan

Pembangunan Bendungan Krekeh sangat dibutuhkan oleh masyarakat sumbawa untuk menunjang kegiatan / kebutuhan dalam aktivitas. Studi kelayakan investasi pembangunan

Selain itu dari penelitian yang sudah dilakukan menunjukan bahwa persepsi kemudahaan pengguna berpengaruh terhadap persepsi kegunaan, persepsi nilai informasi

Namun yang menjadi permasalahan adalah tidak sedikit manusia yang melupakan Alquran ketika mereka mendapat duka,padahal mereka mengatakan mengimaninya bahkan

Pekerja yang mengonsumsi cairan dalam jumlah cukup atau sesuai dengan kebutuhan tubuh maka akan memiliki status hidrasi baik, sedangkan pekerja yang asupan cairannya tidak

Kemampuan daya serap air pada tepung berkurang bila kadar air dalam tepung terlalu tinggi atau tempat penyimpanan yang lembab, sehingga produk kue yang dihasilkan tidak

Hasil penelitian ini menunjukkan, bahwa peran manajemen dakwah dalam menanggulangi dekadensi moral (studi kasus SMAN 10 Gowa), yaitu: upaya dari pihak sekolah yang

Hasil analisis juga menun- jukkan bahwa struktur modal berupa DAR dan DER berpengaruh positif dan signfikan terhadap kinerja keuangan perusahaan pembiayaan yang terdaftar