• Tidak ada hasil yang ditemukan

Program Pertukaran Pelajar dan Belia untuk Jaringan. Jepun Asia Timur Abad ke-21

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Program Pertukaran Pelajar dan Belia untuk Jaringan. Jepun Asia Timur Abad ke-21"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

Program Pertukaran Pelajar dan Belia untuk Jaringan

Jepun – Asia Timur Abad ke-21

Delegasi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Malaysia ke Jepun

Rombongan Pertama

Laporan

(20 November 2007 – 29 November 2007)

Januari 2008

(2)

Maklumat Ringkas Delegasi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Malaysia ke Jepun Rombongan Pertama Tempoh Lawatan 20 November 2007 - 29 November 2007 Bilangan peserta 100 orang

90 pelajar sekolah menengah (47 lelaki, 43 perempuan) 10 pegawai pengiring

Bilangan sekolah yang dihantar

51 sekolah : 22 buah sekolah menengah

18 buah sekolah menengah teknik 11 buah kolej matrikulasi

Bilangan peserta mengikut negeri

10 buah negeri : Selangor (12 orang), Pulau Pinang (11 orang), Negeri Sembilan (11 orang), Johor (10 orang), Kedah (8 orang), Perak (8 orang), Pahang (8 orang), Melaka (6 orang), Perlis (5 orang), Kelantan (2 orang)

3 wilayah persekutuan : Kuala Lumpur (10 orang), Putrajaya (6 orang), Labuan (3 orang)

Wilayah yang telah dilawati di negara Jepun

6 buah wilayah (Tokyo, Yamagata, Ibaraki, Nara, Miyazaki dan Okinawa) Bilangan keluarga angkat

68 buah keluarga : Yamagata (21), Ibaraki (16), Nara (7), Miyazaki (15), Okinawa (9) Sekolah yang telah dilawati

Wilayah Yamagata : SMT Yamagata Chuo

Wilayah Ibaraki : SMT Ushiku Eishin, SMT Toride (1), SMT Fujishiro

Wilayah Nara : SMT Yoshino

Wilayah Miyazaki : SMT Miyazaki Minami, SMT Miyazaki Gakuen Wilayah Okinawa : SMT Urasoe, SMT Tomishiro Minami

(3)

Bilangan Wilayah dilawati : 6 buah Bilangan SMT yang terlibat : 9 buah

AM Orientasi sebelum berangkat

PM

Orientasi

PM Lawatan ke Taman Istana Maharaja / Sesi bergambar

AM Syarahan memperkenalkan negara Jepun (oleh En.Murai Takeshi dari universiti Obirin)

PM AM PM AM PM AM PM AM PM AM PM AM PM AM AM PM Lawatan ke SMT Urasoe, SMT Tomishiro Minami (Interaksi Sekolah) / Jamuan perpisahan dengan keluarga angkat dan pelajar-pelajar SMT 1 Isnin 19 Nov. Homestay Bengkel pemahaman budaya berlainan / Jamuan suaikenal

Lawatan ke Istana Syuri

Lawatan ke Muzium Wilayah Okinawa dan Balai Seni Lukis Bertolak ke Nara Bertolak ke Miyazaki

Kembali ke Tokyo Lawatan ke Muzium

Edo-Tokyo

Kembali ke Tokyo /

Lawatan ke Asakusa Lawatan ke PanasonicCenter Osaka

29 Nov. 27 Nov. 28 Nov. PM 25 Nov. Lawatan ke SMT Ushiku Eishin, SMT Toride (1), SMT Fujishiro / Sesi pertemuan dengan keluarga angkat Orientasi program /

Mencuba ice-skating

Lawatan ke SMT Yoshino dan mengadakan interaksi

Jamuan interaksi dengan keluarga angkat dan pelajar-pelajar SMT Yamagata Chuo Lawatan ke Pusat Kawalan Lalu Lintas, Pejabat Polis Wilayah Yamagata / Lawatan ke Cybele

Jamuan perpisahan bersama keluarga angkat dan pelajar-pelajar SMT Lawatan ke Pusat Maklumat Pendidikan Wilayah Yamagata Lawatan ke Muzium Geologi Lawatan ke Pusat Angkasa JAXA 26 Nov.

Lawatan ke Kilang Canon Toride

Bertolak ke Osaka / Lawatan ke Istana Osaka

Kunjungan hormat ke Pejabat Kerajaan Wilayah Miyazaki

Lawatan ke SMT Yamagata Chuo (Interaksi

Sekolah) Lawatan ke SMT MiyazakiMinami / Lawatan ke

Aoshima / Membuat barang kenangan Isnin 8 6 Sabtu 7 Ahad 11 Khamis 9 Selasa 10 Rabu Kumpulan Miyazaki Kumpulan Nara Kumpulan Yamagata

Program Pertukaran Pelajar dan Belia untuk Jaringan Jepun - Asia Timur Abad ke-21(JENESYS) Delegasi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Malaysia ke Jepun Rombongan Pertama

Kumpulan Ibaraki Tarikh

Homestay

Menikmati konsert "Pesta Muzik Antara Budaya Musim Luruh"

Lawatan ke Taman Peringatan Kedamaian / Lawatan ke Pusat Seni Kraf Kaca Ryukyu Lawatan ke Akuarium Churaumi Okinawa / Lawatan ke Perkampungan Tradisi Okinawa Sesi pertemuan dengan keluarga angkat

Lawatan ke Muzium Sains dan Teknologi Miyazaki

Mencuba koto dan origami Lawatan ke SMT Yoshino (Interaksi Sekolah) / Lawatan ke Muzium Empangan Otaki Lawatan ke Muzium Hutan dan Air (Mencuba buat penyepit daripada kayu)

Homestay

Rabu

4

Homestay

Bertolak ke Okinawa

Sesi pertemuan dengan keluarga angkat / Homestay

21 Nov.

Mencuba petik buah epal

22 Nov.

23 Nov.

Lawatan ke SMT Miyazaki Gakuen (Interaksi Sekolah) / Berinteraksi dengan pelajar-pelajar SM

Lawatan ke Kolej Wanita Hakuho / Sesi pertemuan dengan keluarga angkat

Homestay

Homestay Bertolak ke Tsukuba

Sesi pertemuan dengan keluarga angkat dan makan bersama Selasa Bilangan Peserta Kumpulan Okinawa 20 Nov. 24 orang (2 pegawai pengiring, 22 pelajar) AM 24 orang (2 pegawai pengiring, 22 pelajar)

12 orang (2 pegawai pengiring termasuk ketua delegasi, 10

pelajar)

24 orang (2 pegawai pengiring, 22 pelajar)

16 orang (2 pegawai pengiring, 14 pelajar)

Kembali ke Tokyo Kembali ke Tokyo

2

Lawatan ke Muzium Edo-Tokyo / Lawatan ke Asakusa 24 Nov. Bertolak ke Yamagata 3 5 Jumaat Khamis

Berangkat ke Lapangan Terbang Narita

Pulang ke Malaysia (JL723, 13.40) / Tiba di Kuala Kumpur (20.20)

Jamuan penghantaran ke Jepun / Berlepas dari Kuala Lumpur (JL724, 23.05, Rehat dalam kapal terbang) Tiba di Jepun (Narita, 06.45)

Bengkel pertukaran pendapat Lawatan ke Loji Rawatan Air Shibaura Lawatan ke Muzium Sains dan Inovasi Negara

Pembentangan hasil perbincangan bengkel / Jamuan perpisahan

Lawatan ke Muzium Edo-Tokyo / Lawatan ke Asakusa

(4)

Kumpulan Yamagata

24 orang : 22 pelajar (12 lelaki, 10 perempuan), 2 pegawai pengiring Program

pagi Orientasi sebelum berangkat

petang Jamuan penghantaran ke Jepun/ Berlepas dari Kuala Lumpur

pagi Tiba di Lapangan Terbang Narita / Orientasi

petang Lawatan ke Taman Istana Maharaja / Sesi bergambar

pagi Syarahan mengenali negara Jepun

petang Lawatan ke Muzium Edo-Tokyo dan Asakusa

pagi Bertolak ke Yamagata

petang Orientasi program / Mencuba ice-skating

pagi Mencuba petik buah epal

petang Lawatan ke Pusat Kawalan Lalu Lintas, Pejabat Polis Wilayah

Yamagata / Lawatan ke Cybele (kilang penghasilan kuih)

pagi Lawatan ke Pusat Maklumat Pendidikan Wilayah Yamagata

petang Sesi pertemuan dengan keluarga angkat / Homestay

pagi Homestay

petang Jamuan interaksi dengan keluarga angkat dan pelajar-pelajar

SMT Yamagata Chuo pagi

petang

pagi Kembali ke Tokyo

petang Bengkel pertukaran pendapat

pagi Lawatan ke Loji Rawatan Air Shibaura

petang Lawatan ke Muzium Sains dan Inovasi Negara / Pembentangan

hasil perbincangan bengkel / Jamuan perpisahan

pagi Berangkat ke Lapangan Terbang Narita

petang Berlepas dari LT Narita / Tiba di Kuala Lumpur

<Mencuba gubahan bunga di <Pengalaman pertama melihat   <Malam pembentangan

SMT Yamagata Chuo> dan bermain salji. Sernoknya!> hasil perbincangan Bengkel>   

Lawatan ke sekolah menengah tinggi(SMT Yamagata Chuo)

Khamis 11 29 Nov. 10 Rabu 28 Nov. 9 Selasa 27 Nov. Isnin 19 Nov. 8 Isnin 26 Nov. Selasa 20 Nov. 3 23 Nov. 6 Sabtu 24 Nov. 7 Ahad 25 Nov. Rabu 5 Jumaat Tarikh 4 Khamis 22 Nov. 21 Nov. 2 1

(5)

Kumpulan Ibaraki

24 orang : 22 pelajar (11 lelaki, 11 perempuan), 2 pegawai pengiring Program

pagi Orientasi sebelum berangkat

petang Jamuan penghantaran ke Jepun/ Berlepas dari Kuala Lumpur

pagi Tiba di Lapangan Terbang Narita / Orientasi

petang Lawatan ke Taman Istana Maharaja / Sesi bergambar

pagi Syarahan mengenali negara Jepun

petang Bertolak ke Tsukuba

pagi Lawatan ke sekolah menengah tinggi (SMT Ushiku Eishin / SMT

Toride (1) / SMT Fujishiro)

petang Lawatan ke SMT / Sesi pertemuan dengan keluarga angkat

pagi Homestay

petang Homestay

pagi Jamuan perpisahan bersama keluarga angkat dan pelajar-pelajar

sekolah menengah tinggi

petang Menikmati konsert "Pesta Muzik Antara Budaya"

pagi Lawatan ke Muzium Geologi

petang Lawatan ke Pusat Angkasa JAXA

pagi Lawatan ke Kilang Canon Toride

petang Kembali ke Tokyo / Lawatan ke Asakusa

pagi Lawatan ke Muzium Edo-Tokyo

petang Bengkel pertukaran pendapat

pagi Lawatan ke Loji Rawatan Air Shibaura

petang Lawatan ke Muzium Sains dan Inovasi Negara / Pembentangan

hasil perbincangan bengkel / Jamuan perpisahan

pagi Berangkat ke Lapangan Terbang Narita

petang Berlepas dari LT Narita / Tiba di Kuala Lumpur

<Bersama pelajar-pelajar <Mencuba kaligrafi di <Bersama keluarga-keluarga angkat>

SMT Ushiku Eishin> SMT Toride(1)>

Tarikh 4 Khamis 22 Nov. 21 Nov. 2 1 Isnin 19 Nov. 3 Selasa 27 Nov. 6 Sabtu 24 Nov. 7 Ahad 25 Nov. 8 Selasa 20 Nov. Jumaat 23 Nov. Rabu 5 Khamis 11 29 Nov. 10 Rabu 28 Nov. Isnin 26 Nov. 9

(6)

Kumpulan Nara

12 orang : 10 pelajar (4 lelaki, 6 perempuan), 2 pegawai pengiring

Program

pagi Orientasi sebelum berangkat

petang Jamuan penghantaran ke Jepun/ Berlepas dari Kuala Lumpur

pagi Tiba di Lapangan Terbang Narita / Orientasi

petang Lawatan ke Taman Istana Maharaja / Sesi bergambar

pagi Syarahan mengenali negara Jepun

petang Lawatan ke Muzium Edo-Tokyo dan Asakusa

pagi Bertolak ke Nara

petang Lawatan ke sekolah menengah tinggi (SMT Yoshino)

pagi Lawatan ke SMT Yoshino (Lawatan ke Muzium Empangan Otaki)

petang Lawatan ke Muzium Hutan dan Air / Mencuba buat penyepit

daripada kayu pagi

Mencuba koto (alat permainan traditional Jepun) dan origami (lipatan kertas) di Persatuan Persahabatan Antarabangsa Sakurai

petang

Lawatan ke Kolej Wanita Hakuho (berinteraksi dengan pelajar-pelajar kolej dan SMT Nishiyamato) / Sesi pertemuan dengan keluarga angkat

pagi Homestay

petang Homestay

pagi Bertolak ke Osaka / Lawatan ke Istana Osaka

petang Lawatan ke Panasonic Center Osaka

pagi Kembali ke Tokyo

petang Bengkel pertukaran pendapat

pagi Lawatan ke Loji Rawatan Air Shibaura

petang Lawatan ke Muzium Sains dan Inovasi Negara / Pembentangan

hasil perbincangan bengkel / Jamuan perpisahan

pagi Berangkat ke Lapangan Terbang Narita

petang Berlepas dari LT Narita / Tiba di Kuala Lumpur

<Mencuba kendo di SMT Yoshino> <Mencuba koto> <Gambar kenangan di Istana Osaka>

Tarikh 4 Khamis 22 Nov. 21 Nov. 2 1 Isnin 19 Nov. 3 Selasa 27 Nov. 6 Sabtu 24 Nov. 7 Ahad 25 Nov. 8 Selasa 20 Nov. Jumaat 23 Nov. Rabu 5 Khamis 11 29 Nov. 10 Rabu 28 Nov. Isnin 26 Nov. 9

(7)

Kumpulan Miyazaki

24 orang : 22 pelajar (12 lelaki, 10 perempuan), 2 pegawai pengiring Program

pagi Orientasi sebelum berangkat

petang Jamuan penghantaran ke Jepun/ Berlepas dari Kuala Lumpur

pagi Tiba di Lapangan Terbang Narita / Orientasi

petang Lawatan ke Taman Istana Maharaja / Sesi bergambar

pagi Syarahan mengenali negara Jepun

petang Lawatan ke Muzium Edo-Tokyo dan Asakusa

pagi Bertolak ke Miyazaki

petang Lawatan ke sekolah menengah tinggi (SMT Miyazaki Gakuen) /

Berinteraksi dengan pelajar-pelajar sekolah menengah tempatan

pagi Sesi pertemuan dengan keluarga angkat dan makan bersama

petang Homestay

pagi Homestay

petang Homestay

pagi Lawatan ke Muzium Sains dan Teknologi Miyazaki

petang Bengkel pemahaman berlainan budaya / Jamuan suaikenal(candle service)

pagi Kunjungan hormat ke Pejabat Kerajaan Wilayah Miyazaki

petang Lawatan ke sekolah menengah tinggi (SMT Miyazaki Minami) /

Lawatan ke Aoshima / Membuat barang kenangan

pagi Kembali ke Tokyo

petang Bengkel pertukaran pendapat

pagi Lawatan ke Loji Rawatan Air Shibaura

petang Lawatan ke Muzium Sains dan Inovasi Negara / Pembentangan

hasil perbincangan bengkel / Jamuan perpisahan

pagi Berangkat ke Lapangan Terbang Narita

petang Berlepas dari LT Narita / Tiba di Kuala Lumpur

<Gambar kenangan di <Mencuba upacara teh Jepun di    <Bengkel memahami

   Taman Istana Maharaja>    SMT Miyazaki Gakuen>      kelainan budaya>

Tarikh 4 Khamis 22 Nov. 21 Nov. 2 1 Isnin 19 Nov. 3 Selasa 27 Nov. 6 Sabtu 24 Nov. 7 Ahad 25 Nov. 8 Selasa 20 Nov. Jumaat 23 Nov. Rabu 5 Khamis 11 29 Nov. 10 Rabu 28 Nov. Isnin 26 Nov. 9

(8)

Kumpulan Okinawa

16 orang : 14 pelajar (8 lelaki, 6 perempuan), 2 pegawai pengiring

Program

pagi Orientasi sebelum berangkat

petang Jamuan penghantaran ke Jepun/ Berlepas dari Kuala Lumpur

pagi Tiba di Lapangan Terbang Narita / Orientasi

petang Lawatan ke Taman Istana Maharaja / Sesi bergambar

pagi Syarahan mengenali negara Jepun

petang Lawatan ke Muzium Edo-Tokyo dan Asakusa

pagi Bertolak ke Okinawa

petang Lawatan ke Taman Peringatan Kedamaian / Lawatan ke Pusat

Seni Kraf Kaca Ryukyu

pagi Lawatan ke Akuarium Churaumi Okinawa / Lawatan ke

Perkampungan Tradisi Okinawa

petang Sesi pertemuan dengan keluarga angkat

pagi Homestay

petang Homestay

pagi Homestay / Lawatan ke Istana Syuri

petang Lawatan ke Muzium Wilayah Okinawa dan Balai Seni Lukis

pagi Lawatan ke sekolah menengah tinggi (SMT Urasoe / SMT

Tomishiro Minami)

petang Lawatan ke SMT / Jamuan perpisahan dengan keluarga angkat

dan pelajar-pelajar sekolah menengah tinggi

pagi Kembali ke Tokyo

petang Bengkel pertukaran pendapat

pagi Lawatan ke Loji Rawatan Air Shibaura

petang Lawatan ke Muzium Sains dan Inovasi Negara / Pembentanganhasil perbincangan bengkel / Jamuan perpisahan

pagi Berangkat ke Lapangan Terbang Narita

petang Berlepas dari LT Narita / Tiba di Kuala Lumpur

<Gambar kenangan di Istana Shuri> <Lawatan ke SMT Tomishiro Minami> <Tarian tradisi Ryukyu>

5 Khamis 11 29 Nov. 10 Rabu 28 Nov. Isnin 26 Nov. 9 Selasa 20 Nov. Jumaat 23 Nov. Rabu Selasa 27 Nov. 6 Sabtu 24 Nov. 7 Ahad 25 Nov. 8 Tarikh 4 Khamis 22 Nov. 21 Nov. 2 1 Isnin 19 Nov. 3

(9)

Laporan Bengkel Pertukaran Pendapat

Pelajar-pelajar sekolah menengah Malaysia telah menyertai program selama 10 hari ini dengan membawa pelbagai pandangan dan harapan mereka. Sepanjang tempoh program ini, mereka telah berinteraksi di sekolah, tinggal bersama keluarga angkat, belajar tentang alam sekitar, tradisi, kebudayaan dan sebagainya yang dilaksanakan di wilayah-wilayah yang dilawati. Setelah tamat program-program tersebut, mereka menyertai Bengkel Pertukaran Pendapat pada 27 November lalu untuk berbincang tentang “Perkara-perkara mengenai Jepun yang telah disedari”.

Matlamat bengkel ini dilaksanakan adalah seperti berikut.

1. Supaya setiap pelajar dapat mengutarakan pendapat tentang “perkara-perkara yang disedari” (pengetahuan, pemahaman) di Jepun.

2. Supaya pengetahuan dan pemahaman yang telah diperolehi akan kekal dan terus menjadi motivasi untuk saling faham-memahami.

3. Supaya “perkara yang disedari” (pengetahuan, pemahaman) itu dapat difahami dengan lebih mendalam setelah bertukar pendapat dengan peserta lain.

4. Merumuskan “perkara yang disedari” yang telah dibincangkan dalam bentuk mesej supaya dapat menjadikannya sebagai pemangkin kepada persefahaman antara Jepun dan Malaysia.

Setiap kumpulan begitu aktif mengemukakan pendapat secara berterus-terang. Bengkel yang penuh dengan udara segar dilaksanakan. Bagaimanapun, oleh sebab kebanyakan mereka pertama kali menyertai bengkel seumpama ini, terdapat kumpulan yang tidak merumuskan hasil perbincangan dalam bentuk mesej seperti yang dikehendaki, tetapi merumuskannya mengikut kaedah mereka sendiri.

(10)

Kumpulan : Yamagata Hari pelaksanaan : 27 November 2007 Ⅰ Perkara yang disedari mengenai Jepun

(Kategori : Pendidikan )

- Memupuk semangat jati diri yang tinggi bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam kokurikulum.

- Sistem pendidikan yang bermula awal : Jepun telah menyusun dan melengkapkan sistem pendidikan pada zaman Edo dan ia telah menjadi asas pembentukan negara Jepun masa kini.

- Pendidikan di Malaysia dikawal dan diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia manakala di Jepun dikawal dan diselaraskan oleh institusi masing-masing.

(Kategori : Budaya dan Bangsa )

- Pengekalan bangunan yang berbentuk tradisional. Kami dapat merasai sejarah Jepun yang lama. Kami amat menghormati usaha dan sikap orang Jepun untuk mengekalkannya.

- Adat resam masih dikekalkan. Negara Jepun sudah maju dari segi teknologi namun begitu masih mempunyai sikap ingin menyanjung tradisi dan budaya mereka. Sikap ini amat mengagumkan.

- Kami mengagumi sikap generasi muda Jepun yang ingin belajar adat tradisional seperti upacara minum teh dan seni gubahan bunga.

Ⅱ Kandungan Perbincangan (Tajuk : Pendidikan dan Budaya )

- Jepun tidak mempunyai sistem peperiksaan yang seragam. Di Malaysia tidak ada peperiksaan yang ditentukan oleh pihak sekolah. Keputusan peperiksaan yang dijalankan sekali gus akan menentukan sekolah bagi peringkat yang seterusnya. Keadaan seperti ini amat berbeza.

- Rakyat Jepun amat mementingkan jati diri. Dari tahap muda pendidikan yang membentuk identiti dilaksanakan. Keadaan ini merupakan faktor yang membawa kepada pembangunan negara.

- Infrastruktur pendidikan yang lengkap. - Pendidikan bahasa Inggeris bermula lambat.

- Berbanding dengan pendidikan bahasa Inggeris di Malaysia yang bermula dari tahap tadika , Jepun memulakan pendidikan bahasa Inggeris dari sekolah menengah tahun satu. Oleh sebab itu, bahasa Inggeris pelajar Jepun tidak bagus dan komunikasi dengan pelajar Jepun adalah sukar sekali-kala.

Ⅲ Kesimpulan

Dalam sistem pendidikan Jepun, pendidikan formal telah bermula sejak zaman Edo iaitu pada kurun-17. Selain itu, daripada pemerhatian kami pencapaian pelajar Jepun seimbang dari segi akademik dan kokurikulum. Ini dapat mewujudkan lebih ramai pelajar yang kreatif. Sesungguhnya kreativiti dapat melahirkan lebih ramai pencipta berbanding pengguna. Hal ini kerana sistem pembelajaran mereka ditentukan oleh sekolah atau pihak institusi pendidikan sendiri. Malahan, peperiksaan juga ditetapkan oleh sekolah dan berbeza dengan Malaysia yang telah ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kami juga menyedari penguasaan bahasa Inggeris yang minimum di sekolah menyukarkan komunikasi rakyat Jepun dengan warga asing. Hal ini kerana pembelajaran bahasa Inggeris

(11)

bermula agak lewat iaitu semasa sekolah menengah rendah dan berbeza dengan Malaysia yang telah memulakannya sejal tadika lagi.

Bagi budaya pula, masyarakat Jepun amat menghormati orang lain. Mereka mengekalkan senyum, sentiasa mengucapkan selamat dan tunduk hormat. Malah, perkara ini telah dididik sejak kecil lagi agar budaya ini dikekalkan. Walaupun Jepun telah mencapai kemajuan teknologi tinggi, mereka masih mengekalkan rekabentuk traditional bangunan dan khazanah alam mereka. Contohnya Yamadera iaitu “kuil gunung” yang masih kukuh hingga ke hari ini. Satu lagi fakta yang menarik ialah pemakanan Jepun yang sihat dan kurang kolesterol. Ini berbeza dengan Malaysia yang rata-ratanya mengamalkan pemakanan berminyak dan bergoreng.

Secara kesimpulannya kami ada satu bingkisan untuk difikirkan.

“Dalam sebuah Shinkansen yang sedang laju meluncur membelah angin, duduk seorang gadis jelita Jepun begitu solah sekali berpakaian kimono.”

Kumpulan : Ibaraki (A) Hari pelaksanaan : 27 November 2007

Ⅰ Perkara disedari mengenai Jepun (Kategori : Cara Berfikir )

- sentiasa memberi pertimbangan dan bergerak secara bermasyarakat - kesedaran untuk memajukan diri yang tinggi

- merancang masa depan dan bertindak - hubungan di antara guru dan pelajar akrab - mengekalkan tradisi

(Kategori : Inovatif ) - mencipta tandas elektronik - jimat air dan masa

(Kategori : Kemajuan )

- aktif dalam perkembangan aeroangkasa - banyak teknologi mesra pengguna (Lain-lain : Pemakanan )

- pemakanan yang seimbang - cara hidup yang seimbang

Ⅱ Kandungan Perbincangan(Tajuk : Cara Hidup ) Cara Pemikiran :

- kelahiran semula Jepun (Kaizen) - latihan sukan tanpa jurulatih

- pandang ke hadapan sepelas perang

- sentiasa membersihkan dan mencantikkan sekolah - hubungan guru dengan pelajar

Inovatif :

- mencipta tandas yang canggih (elektronik) - memastikan kebersihan

(12)

Kemajuan :

- aero angkasa (JAXA)

- salah satu anggota G8 (negara-negara maju) - kilang maju

Kesihatan :

- mengambil makanan seimbang

- mengamalkan gaya hidup yang seimbang Ⅲ Kesimpulan

Menyedari bahawa cara hidup di Jepun berbeza dengan cara hidup di Malaysia iaitu dari segi sikap, teknologi, budaya dan pendidikan. Kami berpendapat bahawa setiap negara mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dalam program ini. Kami dapat mengetahui apakah kekurangan dan apakah kelebihan dalam negara masing-masing.

Dari kesedaran ini kami ingin menyampaikan mesej kepada semua yang hadir pada hari ini supaya ambil yang biak dan buang yang buruk dari negara masing-masing. Bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih.

Kumpulan : Ibaraki (B) Hari pelaksanaan : 27 November 2007

Ⅰ Perkara disedari mengenai Jepun (Kategori : Sistem Pendidikan )

- tidak mahir bertutur bahasa asing - sukar untuk mempelajari bahasa asing

- ada juga sukatan pelajaran yang kurang penting - pilihan mata pelajaran yang luas

- mementingkan aplikasi isi kandungan pelajaran untuk pekerjaan - aktif dan minat yang tinggi terhadap kokurikulum

- kurang memberi hormat kepada guru

- moral dan etika para pelajar di sekolah kurang baik (Kategori : Kebersihan )

- tidak membuang sampah di merata-rata tempat - terdapat banyak tong sampah

- membersihkan bilikdarjah selepas belajar (Kategori :Teknologi )

- mempunyai teknologi yang canggih di dunia (Lain-lain : Mentaliti )

- mengejar kemajuan di samping mengekalkan tradisi

Ⅱ Kandungan Perbincangan(Tajuk : Sistem Pendidikan )

Sebab Kekurangan Perbandingan - menguatkan dan membaik pulih - susah mempelajari bahasa - Malaysia menekankan

(13)

sebelum pelajari bahasa asing asing sukar bahasa Malaysia dan bahasa - pilihan subjek yang banyak - hilang rasa hormat terhadap guru Inggeris sejak kecil lagi - mengisi masa lapang pelajar - terdapat subjek yang - pilih kasih

- mementingkan aplikasi tidak penting - jadual waktu terlalu mampat - hubungan guru dan pelajar - kurang etika di sekolah - mementingkan displin dan rapat - kurang keseimbangan peraturan

- minat yang tinggi terhadap

ko-kurikulum - tidak banyak pilihan

Ⅲ Kesimpulan

Melalui lawatan ke Jepun kali ini, kami menyedari bahawa terdapat banyak perkara yang boleh dikongsi bersama antara Malaysia dan Jepun terutamanya dari segi sistem pendidikan.

Berdasarkan perbincangan kami, kami berpendapat bahawa kekurangan sistem pendidikan sesebuah negara ini boleh diperbaiki dengan mengaplikasikan kebaikan sistem pendidikan daripada negara lain dalam masa yang sama.

Kumpulan : Nara Hari pelaksanaan : 27 November 2007

Ⅰ Perkara yang disedari mengenai Jepun (Kategori : Pendidikan )

- Mementingkan unsur praktikal, bukan sahaja teori di kelas. - Melihat nilai kerjasama antara pelajar.

- Kegiatan kokurikulum sangat aktif. - Para guru sangat peramah dan mesra.

- Pelajar-pelajar agak pemalu tetapi amat baik hati. (Kategori : Ekonomi )

- Kos sara hidup sangat tinggi.

- Sumber digunakan dengan sepenuhnya. (Kategori : Budaya dan Teknologi )

* sila rujuk kepada “Kandungan Perbincangan” (Lain-lain)

- mematuhi masa dalam semua keadaan. - trafik sistematik

- tempat bersih dan dijaga dengan baik - semangat patrotik yang kuat

Ⅱ Kandungan Perbincangan (Tajuk : Budaya dan Teknologi )

Kesedaran tentang rakyat Jepun yang amat mementingkan tradisi dan budaya yang telah diamalkan sejak turun-temurun dan mereka telah menerapkan tradisi dan budaya tersebut dalam setiap penghasilan produk dan teknologi mereka.

(14)

semangat nasionalisme mereka terhadap negara Jepun.

Walaupun Jepun sudah menjadi negara maju, masyarakat Jepun masih mengamalkan tradisi dalam kehidupan harian mereka.

Tradisi memakai kimono masih diamalkan. Aktiviti kebudayaan masih hangat. Ⅲ Kesimpulan

Melalui lawatan ke Jepun kali ini, kami menyedari bahawa rakyat Jepun amat mementingkan tradisi dan budaya. Kami berpendapat bahawa mereka telah mengamalkan tradisi dan budaya mereka dalam kehidupan seharian sejak turun-temurun.

Sebagai contoh, mereka masih mengekalkan tradisi memakai kimono sehingga ke hari ini walaupun dalam negara yang melalui era kemajuan. Dalam masa yang sama tradisi dan budaya ini telah diterapkan dalam setiap penghasilan produk dan teknologi mereka. Dalam masa yang sama setiap produk yang dihasilkan melambangkan tradisi dan budaya mereka.

Kumpulan kami telah diberi peluang untuk menaiki shinkansen. Kesempatan ini telah memberikan kami peluang untuk melihat sendiri budaya menepati masa yang diterapkan. Seperti yang kita semua sedia maklum, orang Jepun memang menepati masa dalam setiap urusan sekalipun. Budaya tersebut telah ditunjukkan dengan adanya shinkansen.

Mereka telah menunjukkan semangat nasionalisme tanpa mewujudkan program khidmat negara seperti yang diadakan di Malaysia .

Dari kesedaran ini, kami ingin menyampaikan mesej kepada semua bakal penggerak kemajuan negara Malaysia supaya mencontohi cara pemikiran rakyat Jepun yang sentiasa ingin meningkatkan teknologi mereka di samping mengekalkan tradisi dan budaya mereka secara terus-menerus.

Kumpulan : Miyazaki Hari pelaksanaan : 27 November 2007

Ⅰ Perkara yang disedari mengenai Jepun (Kategori : Cara hidup )

- selepas menggunakan tandas, kebersihannya dijaga dengan baik.

- menghormati antara satu sama lain - melayan tetamu dengan mesra (Kategori : Budaya dan tradisi )

- menepati masa di mana-mana jua

- perlu mengetahui adat dan cara-cara menghidang semasa upacara teh Jepun (Kategori : Pengalaman )

- alam semulajadi yang indah masih banyak dikekalkan di Jepun

- mengaplikasikan teknologi canggih sehinggakan di tandas (pelbagai fungsi disediakan) - mematuhi masa dengan ketat - telah dilayan dengan baik semasa homestay (Lain-lain)

- bahasa Jepun digunakan sebagai bahasa pengantaraan

- mengibarkan bendera kebangsaan di sekolah, muzium dsb. untuk menunjukkan semangat patriotik

(15)

Ⅱ Kandungan Perbincangan

Cara hidup : tidak mementingkan diri sendiri dan menghormati hak asasi orang lain

Budaya dan tradisi : Jika meneliti adat dan budaya Jepun seperti upacara teh Jepun, kehidupan orang Jepun tidak berpisah daripada alam semula jadi / adab sopan diamalkan di rumah orang Jepun / menepati masa (berdisiplin)

Pengalaman : sistem pendidikan mereka yang menyediakan banyak pilihan yang lebih spesifik / pemandangan yang cantik dan indah / teknologi yang canggih

Ⅲ Kesimpulan

Cara hidup warga Jepun agak berbeza dengan cara budaya Malaysia. Ini adalah karana, masyarakat Jepun mengamalkan prinsip tidak mementingkan diri sendiri serta menghormati hak asasi orang lain. Sebagai contoh, apabila menggunakan “kemudahan awam” kebersihan adalah diutamakan. Selepas bergaul dengan pelajar Jepun kami menyedari bahawa remaja Jepun sangat kreatif dan mencintai elemen alam kejadian empat musim, flora dan fauna. Masyarakat Jepun sangat kaya dengan budaya dan tradisi.

Selain itu, kami telah mempelajari cara menepati masa orang Jepun. Ketepatan masa bukan sahaja menepati ajaran agama kami, ia juga merupakan salah satu cara menghormati orang lain. Budaya inilah yang akan kami amalkan setelah pulang ke tanah air.

Terdapat perbezaan yang ketara pada sistem pendidikan di Jepun dan di Malaysia. Sebagai contoh, pelajar-pelajar Jepun mempunyai pilihan untuk mengambil mata pelajaran yang diminati, dan peperiksaan nasional juga kurang diamalkan. Sebaliknya, pelajar di Jepun dinilai secara individu melalui kerja kursus, peperiksaan dalaman, dan juga minat pelajar itu sendiri. Salah satu kualiti pendidikan Jepun yang menarik perhatian kami ialah kepentingan aktiviti kokurikulum di dalam sistem pendidikan mereka. Kami berpendapat bahawa sekolah-sekolah di Malaysia patut mencontohi sekolah Jepun, demi melahirkan pewaris negara yang mempunyai semangat kepimpinan dan setiakawan.

Melalui program ini juga, kami telah dapat menyaksikan sendiri keindahan negara Jepun. Taman-taman cantik dan indah serta tidak dicemari dengan sampah-sarap. Segala jenis perkhidmatan awam seperti bas, keretapi, tandas dan sebagainya dikendali dengan begitu cermat dan sistematik. Di samping itu, teknologi Jepun juga sangat maju.

Kumpulan : Okinawa Hari pelaksanaan : 27 November 2007

Ⅰ Perkara yang disedari mengenai Jepun (Kategori : Sosial )

- Bercakap dengan sopan-santun (walaupun terdapat jurang bahasa).

- Orang Jepun beradab ketika makan (makan bersama keluarga)...perlu dicontohi.

- Kebudayaan dikekalkan walaupun Jepun sudah menjadi negara maju (di Tokyo, di bandar-bandar).

- Orang Jepun menghormati antara satu sama lain (sentiasa tunduk apabila berjumpa dengan seseorang).

(16)

- Budaya menepati masa (di Tokyo dan di bandar-bandar)...mengejar masa. - Di Okinawa, rumah tradisional dikekalkan.

- Terdapat alat muzik yang menarik (sanshin) dimainkan di traditional house dan rumah keluarga angkat.

- Banyak dipengaruhi oleh pengaruh barat (pernah berperang dengan Amerika). (Kategori : Tempat-tempat menarik )

- Pangkalan tentera Amerika Syarikat - Istana Syuri

- Pusat seni kraf kaca Ryukyu - Muzium dan Balai Seni Okinawa

- Perkampungan tradisi Okinawa - Akuarium Churaumi (Lain-lain)Pendapat

- Orang Jepun mementingkan bahasa negara sendiri (meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam bidang pendidikan).

- Meningkatkan penumpuan kepada cara hidup sebenar orang Jepun kerana ianya banyak dipengaruhi oleh budaya barat dari segi pemakaian.

Ⅱ Kandungan Perbincangan(Tajuk : Budaya dan Sosial )

Secara keseluruhannya, negara Jepun adalah sebuah negara yang maju disebabkan oleh budaya dan cara hidup mereka seperti sikap menepati masa yang telah diterapkan sejak dahulu lagi. Selain itu, sikap sopan santun dan beradab yang ditonjolkan oleh masyarakat Jepun secara tidak langsung dapat menjurus kepada pembangunan negara ini.

Namun, keadaan yang dapat kami perhatikan adalah generasi muda Jepun pada masa ini seolah-olah tidak mengamalkan sikap tradisional yang diwarisi turun-temurun seperti di sekolah yang telah kami lawati. Tambahan lagi, orang Jepun mementingkan bahasa Jepun sehingga menyusahkan komunikasi dengan pelancong dari luar negara seperti Malaysia yang datang ke negara ini. Hal ini perlu dititikberatkan.

Ⅲ Kesimpulan

Melalui lawatan ke Jepun kali ini, kami menyedari bahawa banyak pengalaman yang telah kami lalui boleh dijadikan teladan dan perlu dicontohi. Antaranya ialah budaya menepati masa, budaya tidak mementingkan diri sendiri, mengambil berat tentang kebersihan alam sekitar, sangat mementingkan bahasa ibunda, dan lain-lain. Sejajar dengan itu, kami berpendapat bahawa cara hidup sebenar orang Jepun perlu dikekalkan agar generasi seterusnya dapat mewarisi warisan dan tradisi turun-temurun. Dari kesedaran ini, kami ingin menyampaikan mesej bahawa adat tradisi dan warisan terutamanya dalam pembahagian masa perlu diutamakan kerana ja merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Jepun menjadi salah satu negara yang maju.

(17)

Luahan Pendapat Pelajar Kumpulan Yamagata

- Saya dapat mempraktikkan bahasa Jepun yang telah dipelajari semasa di sekolah. Selain itu, saya juga dapat memerhati corak pembelajaran remaja Jepun yang sangat berbeza dengan corak pembelajaran di Malaysia. Masyarakat Jepun yang maju dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi dapat dijadikan motivasi kepada semua peserta dari Malaysia. Pengekalan tradisi yang seiring dengan kemajuan teknologi agar dijadikan contoh kepada Malaysia.

- Orang Jepun menitikberatkan ketepatan masa dan rajin. Orang Jepun yang suka sentiasa senyum memberi orang lain satu imej yang baik.

- Remaja menjadi pemangkin/tonggak dalam pentadbiran negara pada masa yang akan datang. Justeru ini, program ini telah menyemai sedikit sebanyak tentang budaya Jepun dan ini akan memudahkan pengekalan hubungan baik Malaysia-Jepun.

- Melalui program ini saya dapat mempelajari banyak perkara baru tentang negara Jepun. Malah, saya dapat memperbaiki sikap diri saya seperti menepati masa dan menghormati orang lain. Ia juga dapat meningkatkan tahap ilmu pengetahuan saya tentang sains dan teknologi dan cara hidup. Ini dapat membantu saya dalam usaha saya untuk mencapai cita-cita saya iaitu doktor sakit puan atau ahli politik negara.

- Program ini sangat bagus kerana dapat memberi peluang kepada generasi muda Malaysia dan Jepun untuk membuka minda, mengatur langkah dan sama-sama membentuk satu hubungan untuk memajukan negara masing-masing serta saling bantu-membantu pada masa yang akan datang. Apa yang baik dalam masyarakat Jepun akan kami jadikan rujukan dan apa yang buruk akan kami jadikan sempadan. - Para remaja amat menggilai fesyen terkini. Hal ini dapat dilihat menerusi rambut dan

pakaian mereka.

- Saya berharap bahawa pada masa yang akan datang, program ini dapat dilaksanakan sekali lagi tetapi perlu berinteraksi dengan remaja-remaja Jepun. Sebagai contoh, kami tinggal bersama-sama mengikuti program bersama.

Kumpulan Ibaraki

- Jepun ialah sebuah negara yang sangat maju. Hal ini sungguh menakjubkan. Saya dapat mempelajari dan mengenali adat dan tradisi mereka. Ini amat berbeza dengan Malaysia.

- Saya berasa sungguh gembira kerana program ini ialah pengalaman kali pertama saya untuk pergi ke luar negara. Pada masa yang sama, saya dapat berkomunikasi dengan keluarga angkat dan rakan-rakan di sekolah tinggi Jepun.

(18)

menepati masa. Kalau orang Malaysia dapat mengamalkan sikap seperti orang Jepun (seperti kutip sampah dan peraturan lalu-lintas), masyarakat Malaysia akan menjadi makmur dan kes-kes kemalangan juga akan berkurang.

- Melalui program ini, saya dapat mempelajari banyak perkara. Sebelum ini, saya fikir orang Jepun hanya kaya dengan teknologi, budaya, ekonomi dan lain-lain. Tetapi sekarang, semua sudah berubah. Program ini menyedarkan saya tentang orang Jepun dan Jepun dengan lebih lanjut lagi. Saya berharap agar saya dapat pergi ke Jepun semula untuk melanjutkan pelajaran ataupun bekerja.

- Saya telah belajar bahawa walaupun bahasa menjadi penghalang namun hati sesama hati dapat memahami dan membina jambatan antara jurang ini. Program ini telah mengajar saya tentang penghargaan dan kecekalan menghadapi segala cabaran. Saya sangat gembira dan bangga menyertai program ini.

- Saya gembira kerana dapat memahami cara hidup orang Jepun seperti cara makan mereka dan kehidupan seharian mereka. Saya juga gembira kerana dapat mengenali kawan baru di sini.

- Terdapat banyak perasaan yang tidak dapat diperlupakan. Saya amat terharu dengan layanan bapa angkat Jepun yang telah menjaga saya dengan rapi sekali. Selain itu, layanan baik orang Jepun terhadap saya telah memperbaiki kehidupan saya. Program ini juga telah menyedarkan saya bahawa Malaysia perlu mencontohi negara Jepun dari segi teknologi, kebersihan dan disiplin masyarakatnya.

Kumpulan Nara

- Program ini amat bermakna bagi saya. Saya dapat banyak pengetahuan dan pengalaman tentang Jepun. Pengalaman ini tidak akan saya lupakan. Saya dapat berjumpa dengan kawan baru dan lain-lain. Saya harap dapat pergi lagi.

- Melalui program ini saya dapat meluaskan pemikiran saya terutamanya dalam mengenali budaya dan cara hidup orang Jepun, teknologi Jepun dan bahasa Jepun. Ini akan membantu saya pada masa hadapan.

- Saya berasa amat gembira kerana telah terpilih untuk menyertai program ini. Banyak perkara yang dapat saya pelajari terutamanya tentang tradisi dan budaya orang Jepun dengan lebih mendalam. Selain itu saya juga menyedari bahawa orang Jepun amat peka dalam menjaga dan memelihara warisan-warisan lama dan alam sekitar. Orang Jepun juga sangat berdisiplin dan mengutamakan tetamu, mesra, peramah dan penyayang. Saya ingin mengenali Jepun dengan lebih mendalam lagi dan ini ialah titik permulaannya. Jika berpeluang saya ingin datang lagi ke Jepun.

(19)

Kumpulan Miyazaki

- Saya berasa sangat gembira kerana dapat berinteraksi dengan pelajar Jepun dan juga dapat berkenalan dengan ramai kawan Jepun.

- Program ini memberi kesan yang positif terhadap keinginan untuk mencontohi sikap dan budaya orang Jepun terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan mematuhi masa, penjagaan alam sekitar, kebersihan dan menghormati orang tua.

- Saya berasa amat gembira kerana dapat menjalinkan hubungan baik dengan rakyat Jepun. Cara hidup orang Jepun amat berbeza jika dibandingkan dengan rakyat Malaysia. Ketepatan masa yang diamalkan oleh warga Jepun amat mengagumkan saya. Saya akan sentiasa menghargai masa kerana masa adalah amat penting dalam hidup kita.

- Mulanya saya berasa tidak selesa terhadap makanan Jepun dan takut untuk mencuba makan. Akan tetapi, setelah biasa, saya terasa ingin mencuba semua.

- Perkara yang paling menggembirakan saya adalah memasuki ofuro di bawah bimbingan keluarga angkat.

- Saya amat bersyukur kerana dapat menyertai program ini. Pengalaman dan pengetahuan serta ilmu yang saya perolehi amat bermakna dan akan saya praktikkan dalam kehidupan harian saya. Saya tidak sabar untuk menceritakan segala pengalaman dan pengetahuan saya kepada rakan-rakan saya.

Kumpulan Okinawa

- Melalui program ini semangat perpaduan dan kerjasama di antara dua negara yang berlainan iaitu Malaysia dan Jepun dapat dipupuk. Saya berharap agar dapat datang ke Jepun lagi dan dapat berjumpa dengan keluarga angkat yang amat saya sayangi dan rindui.

- Pelbagai perkara telah saya pelajari mengenai budaya, teknologi, adat resam, tradisi, cara hidup Jepun dan lain-lain lagi. Saya pasti akan kembali ke Jepun lagi.

- Program ini memberi mesej kepada generasi muda tentang perkembangan revolusi teknologi Jepun dan dapat berpengalaman mempelajari bahasa Jepun. Dapat menjalin hubungan antarabangsa untuk menjalinkan hubungan baik antara dua buah negara. Semua aktiviti yang disertai bermanfaat dan memberi impak positif kepada saya. Perhubungan pelajar antara Jepun dengan Malaysia dapat diperkukuhkan melalui program ini.

- Saya berasa amat gembira dan lebih bersemangat lagi untuk belajar bersungguh-sungguh kerana pada masa akan datang, saya akan kembali untuk mengunjungi keluarga angkat saya yang tercinta.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam cerita yang sebenarnya lebih menonjolkan sisi persahabatan dan kehidupan sosialita yang terjadi disekitar mereka dalam penelitian kali ini penulis

Dengan menerapkan prinsip pengembangan program seperti yang diformulasikan oleh Douglas, pengembangan materi kuliah terstruktur dalam bentuk Modul-modul, pengelolaan kelas dengan

Mencermati tuntutan akan sertifikasi kompetensi bagi guru permasalahan adalah: (a) bagaimana deskripsi kompetensi profesional bidang keahlian teknik elektronika yang diamanatkan

Kebijakan Sebagai acuan bagi petugas dalam pelaksanaan kegiatan inspeksi sanitasi sarana air bersih serta pembinaan kepada masyarakat pengguna sarana air bersih..

Persoalan besar yang tidak mendapat tekanan signifikan dalam buku ini adalah. tentang problema gerakan

Pekerja yang mengonsumsi cairan dalam jumlah cukup atau sesuai dengan kebutuhan tubuh maka akan memiliki status hidrasi baik, sedangkan pekerja yang asupan cairannya tidak

Isu pemberitaan media hari ini tersebar ke dalam 10 isu dimana isu yang paling banyak diberitakan adalah isu Korupsi Bupati Biak Numfor yang diberitakan sebanyak 10 kali.. isu

Rendahnya produktivitas lahan gambut disebabkan oieh adanya berbagai faktor pembatas, di antaranya adalah kandungan asam-asam fenolat yang tinggi {yang dapat meracuni