KOLEJ KETENGAH SDN. BHD. (72838 W) PERMOHONAN PENGISIAN JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berminat dan berumur tidak kurang daripada 35 tahun pada tarikh tutup iklan, memiliki iltizam yang tinggi, berdedikasi dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut di Kolej Ketengah Sdn. Bhd. secara KONTRAK/TETAP.
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL 1. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pendaftar)
2. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) 3. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
KRITERIA UMUM
Kriteria umum berdasarkan Garis Panduan dan Kriteria Pemilihan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif sebagaimana berikut:
a) Kecemerlangan Akademik Calon mestilah:
(i) Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana dalam mana-mana bidang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan, mendapat command of respect dari kalangan rakan sejawat dan mempunyai rekod yang cemerlang dalam tadbir urus dan khidmat profesional.
(ii) Mendapat kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(iii) Boleh berkomunikasi dengan baik secara lisan dan bertulis di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
b) Kebolehan Memimpin dan Mengurus
Calon mestilah mempunyai people skills yang boleh meneraju transformasi, mempunyai matlamat, visi dan misi serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kecemerlangan akademik. Ditambah dengan kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap. Pengalaman dan rekod cemerlang merupakan antara ciri utama dalam menentukan kebolehmampuan calon.
c) Reputasi
Menjadi role model kepada semua peringkat staf, mempunyai pengalaman dan proven track record serta disanjung baik serta dihormati oleh masyarakat kampus dan masyarakat luar.
d) Personaliti
Calon mestilah seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, team player serta mempunyai motivasi dalaman untuk memacu kecemerlangan kolej. Calon juga mestilah memahami aspirasi negara untuk membangunkan modal insan bermentaliti kelas pertama.
e) Kreatif dan Inovatif
Calon mestilah seorang yang kreatif dan inovatif serta mampu menguruskan kepelbagaian dalam apa jua situasi.
f) Lain-lain kriteria yang difikirkan bersesuaian berdasarkan kepada niche area kolej.
JAWATAN 1: TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (PENDAFTAR)
KRITERIA KHUSUS
Kriteria khusus berdasarkan Garis Panduan dan Kriteria Pemilihan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pendaftar) adalah sebagaimana berikut:
a) Pengalaman
Calon mestilah mempunyai pengalaman sebagai Dekan, Ketua Jabatan atau memegang jawatan di dalam pengurusan tertinggi institusi.
b) Kecemerlangan Pengurusan
Berorientasikan Pencapaian – Calon hendaklah mempunyai komitmen yang tinggi ke arah peningkatan hasil kerja secara keseluruhan melalui kecekapan dalam menguruskan dan mengelola sumber-sumber yang diperuntukkan dengan berkesan bagi mencapai matlamat dan objektif organisasi.
Pengurusan Kakitangan – Calon mestilah berkebolehan dalam menambah baik strategi sumber manusia untuk membangunkan kapasiti tenaga kerja dalam memenuhi keperluan semasa dan akan datang serta menyediakan hala tuju yang jelas untuk mencapai jangkaan.
Pengurusan Kewangan – Calon mestilah berkebolehan dalam mengurus sumber kewangan dengan telus dan mencapai nilai untuk wang dan hasil yang optimum.
Pengurusan Perubahan dan Risiko – Calon hendaklah berusaha menguruskan perubahan dalam organisasi secara berkesan dengan menggunakan segala sumber dan keupayaan sedia ada. Calon juga mestilah berusaha meminimumkan risiko dalam setiap hasil kerja yang dilaksanakan melalui aktiviti pengurusan risiko.
Pengurusan Pemasaran dan Komunikasi Korporat – Calon mestilah berkebolehan dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran di Bahagian Perancangan Strategik, Pemasaran dan Komunikasi Korporat dan bersedia untuk memantau perjalanan keseluruhan gerak kerja di dalam bahagian tersebut.
Pengurusan Teknologi Maklumat – Calon mestilah berkebolehan dalam mengurus dan mentadbir semua perkhidmatan, kemudahan dan keperluan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) secara tepat dan selamat mengikut keperluan dan masa yang ditetapkan bagi menyokong sistem penyampaian kolej.
c) Pemikiran yang Strategik
Calon mestilah berkebolehan dalam mengenal pasti, menjangka dan menganalisis isu dan permasalahan serta berkeupayaan mengatur strategi penyelesaian untuk jangka masa panjang dan pendek dengan berkesan. Calon juga mestilah berkebolehan menjangka situasi dari pelbagai dimensi serta berkeupayaan mengambil tindakan dan membuat keputusan mengikut keutamaan, berpandangan jauh dan melihat isu yang timbul dari perspektif yang luas dan menyeluruh. Calon yang mempunyai kemahiran dalam merancang dan membangunkan Pelan Strategik organisasi serta mentafsirkannya sehingga ke peringkat pelaksanaan akan diberikan keutamaan.
d) Kepimpinan Berteraskan Nilai dan Etika
Calon mestilah memiliki dan mempraktikkan nilai dan etika yang tinggi dalam setiap tindakan serta menggalakkan prinsip ketelusan, keadilan, integriti dan profesionalisme dalam pengurusan organisasi secara keseluruhan.
Calon juga mestilah bersikap anti rasuah, berdisiplin, menegakkan prinsip-prinsip kepimpinan yang baik dan sentiasa mempamerkan komitmen yang tinggi.
Calon perlu membina dan menggalakkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat serta bebas daripada gangguan diskriminasi.
e) Berkepakaran dalam Membudayakan Idea Kreativiti dan Inovasi dalam Pentadbiran
Calon mestilah berkebolehan dalam mengetengahkan idea-idea baharu dan meningkatkan usaha untuk mentransformasikan organisasi ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan berpandukan kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.
f) Memiliki Jaringan Hubungan yang Luas
Calon mestilah mengoptimumkan sumber-sumber yang dimiliki oleh organisasi untuk memenuhi perkongsian strategik dari segi maklumat, idea, pengetahuan dan kepakaran dengan semua pihak untuk faedah dan kepentingan organisasi.
JAWATAN 2: TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (HAL EHWAL AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)
KRITERIA KHUSUS
Kriteria khusus berdasarkan Garis Panduan dan Kriteria Pemilihan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) adalah sebagaimana berikut:
a) Pengalaman
Calon mestilah mempunyai pengalaman sebagai Dekan, Ketua Jabatan atau memegang jawatan di dalam pengurusan tertinggi institusi.
b) Berpengalaman dalam Pembentukan Kurikulum (Curriculum Design)
Calon bertanggungjawab dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan mestilah mahir mengendalikan kurikulum yang seimbang dan bersepadu. Calon juga merupakan sekretariat dan pihak berwajib yang diberi kuasa dalam proses rekabentuk kurikulum program.
c) Pakar Pengajaran dan Pembelajaran
Calon juga adalah seorang yang wajib dihormati dan mempamerkan kewibawaan dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran (Teaching and Learning). Calon perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai aspek-aspek berikut iaitu
- Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL), - Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL),
- Pendekatan Berasaskan Projek Berorientasikan Masalah (POPBL), - Pembelajaran Sepanjang Hayat (LL),
d) Kecemerlangan Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi
Calon mestilah mempunyai rekod yang cemerlang dalam hasil penyelidikan, penerbitan dan inovasi. Ini adalah kerana sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pensyarah, calon bertanggungjawab dalam menentukan tahap kompetensi setiap pensyarah. Oleh itu, calon yang mempunyai pengalaman dalam penyelidikan, penerbitan dan inovasi serta telah menerbitkan artikel dalam jurnal berwasit, berimpak tinggi serta mendapat pengiktirafan antarabangsa akan diberikan keutamaan.
e) Pengalaman sebagai Penyelia yang Berjaya
Calon juga perlu mempunyai rekod cemerlang dalam aspek penyeliaan. Calon bertanggungjawab untuk membuat pencerapan bagi proses pengajaran dan pembelajaran serta membuat penilaian bagi setiap pensyarah di bawah seliaan.
f) Hal Ehwal Antarabangsa
Calon ditugaskan untuk mempromosikan program akademik dan mobiliti pelajar di peringkat antarabangsa. Oleh itu, calon harus mempunyai hubungan yang luas dan reputasi yang baik di peringkat serantau dan antarabangsa.
g) Kursus Jangka Pendek
Calon diberi tanggungjawab untuk memberi panduan, nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan dalam pengendalian kursus jangka pendek. Calon juga perlu turut serta dalam merangka kursus-kursus yang dikategorikan sebagai highly demanded dalam industri masa kini, dan perlu memastikan kesemua kursus yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut takwim dan mencapai sasaran KPI yang ditetapkan.
JAWATAN 3: TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)
KRITERIA KHUSUS
Kriteria khusus berdasarkan Garis Panduan dan Kriteria Pemilihan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) adalah sebagaimana berikut:
a) Pengalaman
Calon mempunyai pengalaman sebagai Dekan, Ketua Jabatan atau memegang jawatan di dalam pengurusan tertinggi institusi.
b) Berkemampuan Mengurus Urusan berkaitan Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar
Calon hendaklah mempunyai pengalaman dalam menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan dan hal ehwal pelajar. Calon bertanggungjawab untuk menyelia aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan pelajar terutamanya Majlis Perwakilan Pelajar agar sebarang aktiviti yang dijalankan selari dengan matlamat penubuhan kolej dan tidak bercanggah dengan dasar-dasar semasa kerajaan.
c) Aktif dalam Kokurikulum dan Berpengetahuan dalam Mereka bentuk dan Melaksanakan Kokurikulum Berkredit serta Program Pembangunan Pelajar secara Holistik
Calon mestilah mahir dalam merekabentuk kokurikulum berteraskan Hasil Pembelajaran (LO) dan Kemahiran Insaniah (KI) serta aras taksonomi pembelajaran yang selaras dengan atribut afektif yang perlu dihasilkan melalui kokurikulum. Calon perlu berpengalaman dalam menterjemah kokurikulum berkredit kepada program memperkasakan pelajar serta berupaya memberi kesedaran, dorongan dan galakan kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
d) Penglibatan dalam Jawatankuasa yang berkaitan dengan Hal Ehwal Pelajar Calon akan terlibat dalam Jawatankuasa Kebajikan Pelajar, Jawatankuasa Tatatertib Pelajar dan Jawatankuasa-jawatankuasa lain yang berkaitan dengan hal ehwal pelajar. Oleh yang demikian, penyandang mestilah seorang individu yang service-oriented dan sentiasa bersedia untuk mendekati pelajar bagi menjaga kebajikan mereka. Calon juga perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang psikologi dan kaunseling/rundingcara sebagai asas untuk mendekati pelajar dan mendalami permasalahan mereka.
e) Berpengalaman dalam Menguruskan Penginapan Pelajar
Calon mestilah mempunyai asas dalam pengurusan penginapan pelajar. Ini adalah kerana pengurusan penginapan pelajar merupakan salah satu tanggungjawab dan berada di bawah bidang kuasa HEPA. Calon mestilah mempunyai kemahiran dalam penyelesaian masalah bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan pelajar agar perkhidmatan yang disediakan ini dapat melahirkan dan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
f) Mempunyai Jaringan Hubungan yang Luas serta Dihormati dari Kalangan Alumni
Alumni merupakan salah satu teras kepada pembangunan dan kemajuan kolej. Calon bertanggungjawab untuk merancang dan menjalankan program atau aktiviti dalam usaha untuk menjalinkan hubungan profesional yang berterusan di antara Kolej Ketengah dan alumni Kolej Ketengah.
g) Pengurusan Bimbingan Kaunseling & Kerjaya
Pengurusan Bimbingan Kaunseling & Kerjaya memainkan peranan penting dalam agenda pendidikan Negara, terutamanya bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Justeru itu, calon mestilah berkebolehan dalam mentadbir sistem pengurusan bimbingan kaunseling dan kerjaya yang mantap dan sistematik serta berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar.
h) Pengurusan Perpustakaan
Calon mestilah bersama-sama mengembleng tenaga untuk merancang, melaksana dan mengawal selia projek-projek pembangunan perpustakaan di peringkat kolej serta menyelaras projek-projek pembangunan berbentuk kerjasama antara institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi luar dan badan-badan korporat.
CATATAN TAMBAHAN
a) Hanya calon yang disenarai pendekkan sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temu duga.
b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.
c) Segala kos perbelanjaan berhubung dengan permohonan/sesi temu duga tidak akan ditanggung oleh pihak Kolej Ketengah.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Calon yang berminat untuk megisi kekosongan jawatan-jawatan seperti di atas perlulah mengemukakan permohonan rasmi beserta dokumen-dokumen berikut:
a) Cover Letter
b) Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) yang mengandungi maklumat-maklumat sebagaimana berikut: (i) Latar belakang diri termasuk alamat surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor
telefon untuk dihubungi;
(ii) Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya;
(iii) Anugerah, hadiah dan penghargaan/pengiktirafan yang diterima di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
(iv) Sumbangan-sumbangan yang bermakna kepada pembangunan pendidikan di Malaysia;
(v) Key Performance Indicators (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pendaftar), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa atau Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni);
*pilih mana-mana yang berkenaan (vi) Dua (2) nama referee sebagai rujukan. c) Salinan kad pengenalan; dan
d) Salinan sijil-sijil akademik dan kokurikulum yang disahkan benar.
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dalam format .pdf dan comb binding (untuk penghantaran secara serahan tangan atau melalui pos sahaja) dan dikemukakan ke alamat atau e-mel berikut:
Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah
Jalan Sultan Sulaiman
Bandar Al-Muktafi Billah Shah 23400 Dungun
Terengganu Darul Iman
(e-mel: [email protected])
TARIKH TUTUP PERMOHONAN