• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOLEJ KETENGAH SDN. BHD. (72838W) PERMOHONAN PENGISIAN JAWATAN KOSONG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KOLEJ KETENGAH SDN. BHD. (72838W) PERMOHONAN PENGISIAN JAWATAN KOSONG"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

KOLEJ KETENGAH SDN. BHD. (72838W) PERMOHONAN PENGISIAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berminat, memiliki iltizam yang tinggi, berdedikasi dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut di Kolej Ketengah Sdn. Bhd. secara KONTRAK/TETAP.

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA 1. Pegawai Jaminan Kualiti

2. Pegawai Pemasaran & Komunikasi Korporat 3. Pegawai Teknologi Maklumat

4. Pegawai Kewangan

SYARAT-SYARAT ASAS LANTIKAN:

Calon bagi lantikan seperti di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- (a) Warganegara Malaysia.

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

(c) Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan tugasan lain seperti yang diarahkan tanpa/di bawah pengawasan yang minimum.

(2)

JAWATAN 1: PEGAWAI JAMINAN KUALITI

DESKRIPSI TUGAS:

Menyelaras, mengawal selia aktiviti-aktiviti dan proses dokumentasi di bawah sistem pengurusan kualiti (SPK) mengikut standard, pekeliling dan syarat-syarat bagi proses pematuhan akreditasi, amalan persekitaran berkualiti seperti penarafan 5S, MyQUEST dan ISO serta menjalankan audit kualiti terhadap pengurusan akademik dan pentadbiran serta kelestarian program-program pengajian yang ditawarkan.

SYARAT-SYARAT KHUSUS

(a) Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(c) Boleh berkomunikasi dengan baik secara lisan dan bertulis di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

(d) Mempunyai pengalaman dalam pembangunan dan pengurusan program akademik dan dokumentasi MQA.

(e) Berkebolehan untuk memimpin serta boleh berfikir secara kreatif dan kritis.

(f) Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman dalam mengurus, menyelaras, mendokumentasi dan mengaplikasi sistem pengurusan dokumen secara efisyen selaras dengan pensijilan jaminan kualiti dalaman, pensijilan luar dan pensijilan jaminan kualiti program francais.

(3)

(g) Mempunyai pengetahuan dalam bidang audit kualiti dan pengurusan dokumen.

(h) Berpengalaman dalam pengurusan, analitis, fleksibel, proaktif dan boleh bekerjasama dengan semua lapisan masyarakat dan perhubungan agensi luar.

(i) Berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan komputer dan aplikasi Microsoft Office.

JAWATAN 2: PEGAWAI PEMASARAN & KOMUNIKASI KORPORAT

DESKRIPSI TUGAS:

Merancang dan melaksanakan strategi pemasaran serta membuat analisa keberkesanan terhadap promosi yang telah dijalankan; Mengenal pasti dan menganalisis kekuatan dan kelemahan organisasi, dan bertindak balas terhadap peluang dan ancaman dalam persekitaran pemasaran; dan bertanggungjawab dalam pengurusan perhubungan awam dan korporat Kolej Ketengah serta pengurusan aduan pelajar, ibu bapa serta orang awam melalui telefon, surat dan sebagainya.

SYARAT-SYARAT KHUSUS

(a) Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(c) Boleh berkomunikasi dengan baik secara lisan dan bertulis di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

(4)

(d) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman dalam bidang pemasaran akademik.

(e) Mempunyai perwatakan yang menarik dan sentiasa berpakaian kemas.

(f) Mempunyai kemahiran dan keyakinan yang tinggi dalam membuat pembentangan yang berkesan serta boleh bekerjasama dengan semua lapisan masyarakat dan perhubungan agensi luar.

(g) Berpengalaman dalam menyunting iklan yang menarik seperti iklan di web, laman sosial FACEBOOK, INSTAGRAM, WHATSAPP dan laman sosial yang lain.

(h) Mempunyai pengetahuan dan mahir dalam menggunakan FB ADS, mempunyai kemahiran membuat copywriting yang menarik, berkebolehan dan mahir di dalam mengendalikan LIVE FACEBOOK serta lain-lain pengetahuan dalam bidang berkaitan.

(i) Berdaya saing, positif dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif.

(j) Bermotivasi, proaktif dan komited dalam mencapai sasaran yang ditetapkan.

(k) Mahir dalam penggunaan Adobe Photoshop dan lain-lain perisian komputer.

JAWATAN 3: PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

DESKRIPSI TUGAS:

Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat organisasi yang sedia ada dan seterusnya menganalisa, mereka bentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem-sistem maklumat yang diguna pakai di organisasi; mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam melaksanakan fungsi tugas berdasarkan keperluan organisasi; menjalankan analisis dan menjadi sumber rujukan dalam bidang tugas; dan memimpin dalam pelaksanaan projek ICT seiring dengan misi, visi dan objektif organisasi.

(5)

SYARAT-SYARAT KHUSUS

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(c) Boleh berkomunikasi dengan baik secara lisan dan bertulis di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

(d) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.

(e) Berpengetahuan dalam bahasa pengaturcaraan (.Net/C#/PHP) dan mengurus pangkalan data (MS SQL Server dan MySQL).

(f) Mempunyai pengetahuan berkaitan sistem operasi (Windows/Linux) dan aplikasi (freeware/shareware/opensource/community edition).

(g) Mempunyai pengalaman dalam menguruskan peralatan dan keselamatan rangkaian LAN dan WAN secara optima.

(h) Berkemahiran dalam mereka bentuk media cetak dan elektronik serta berpengetahuan dalam mengendalikan peralatan-peralatan audio visual seperti kamera, video, audio dan teleconference.

(6)

(i) Berkemahiran dalam mengendalikan Content Management System (CMS) dan mengaturcara aplikasi mudah alih (Android/iOS).

JAWATAN 4: PEGAWAI KEWANGAN

DESKRIPSI TUGAS:

Bertanggungjawab menyelaras dan memantau proses kerja yang berkaitan dengan perakaunan, perolehan dan pengurusan aset kolej, urusan tajaan dan pinjaman pelajar serta akaun pelajar dan pengurusan kredit. Calon juga diberi tanggungjawab untuk menyediakan draf atau kertas cadangan belanjawanan tahunan kolej.

SYARAT-SYARAT KHUSUS

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi– institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kewangan dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau

(iv) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.

(b) (i) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

(ii) Kepujian Matematik dan Prinsip Perakaunan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(7)

(c) Boleh berkomunikasi dengan baik secara lisan dan bertulis di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

(d) Berpengalaman luas dalam pengurusan kewangan dan perolehan.

(e) Memiliki tahap yang tinggi dalam: - Kemahiran analitikal dan kritikal - Kemahiran menyelesaikan masalah - Kemahiran kepimpinan dan pengurusan - Kemahiran interpersonal dan komunikasi dan

- Kemahiran berfikir secara strategik, kreatif dan inovatif dalam pengurusan.

CATATAN TAMBAHAN

a) Hanya calon yang disenarai pendekkan sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temu duga.

b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.

c) Segala kos perbelanjaan berhubung dengan permohonan/sesi temu duga tidak akan ditanggung oleh pihak Kolej Ketengah.

(8)

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Calon yang berminat untuk megisi kekosongan jawatan-jawatan seperti di atas perlulah mengemukakan permohonan rasmi beserta dokumen-dokumen berikut:

a) Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) yang mengandungi maklumat-maklumat sebagaimana berikut:

i. Latar belakang diri termasuk alamat surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi;

ii. Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya; dan

iii. Dua (2) nama referee sebagai rujukan.

b) Salinan kad pengenalan; dan

c) Salinan sijil-sijil akademik dan kokurikulum yang disahkan benar.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dalam format .pdf dan comb binding (untuk penghantaran secara serahan tangan atau melalui pos sahaja) dan dikemukakan ke alamat atau e-mel berikut:

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah

Jalan Sultan Sulaiman

Bandar Al-Muktafi Billah Shah 23400 Dungun

Terengganu Darul Iman

(e-mel: [email protected])

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Referensi

Dokumen terkait

Ini termasuk: (1) menyediakan masukan- masukan teknis terhadap penyusunan kebijakan daerah, (2) memfasilitasi training peningkatan kapasitas pemangku kepentingan di

3.7.2 Menganalisis peran BPUPKI dan PPKI bagi tujuan perjuangan bangsa Indonesia 3.7.3 Mengaitkan peristiwa Rengasdengklok dengan peristiwa perumusan teks proklamasi 3.7.4

Berdasarkan uraian di atas menunjukkan pentingnya menghargai orang lain dengan mengedepankan budi pekerti yang luhur dengan menebarkan salam, seorang peserta didik

Kemudian selain dua hal diatas yang dapat mempengaruhi seseorang untuk percaya yaitu pengalaman aktor kedua sebagai anggota TNI yang telah berdinas dan dianggap mampu serta

Selanjutnya, masih menurut Brunvand (dalam Danandjaja, 1994: 142) nyanyian rakyat terdiri dari tiga jenis yaitu:1) nyanyian rakyat yang berfungsi yaitunyanyian rakyat

14 Seseorang yang memiliki kecenderungan bahwa melakukan suatu tingkah laku akan menghasilkan hal yang positif atau negatif, akan mendorong niat seseorang untuk

Mengalokasikan 20% bandwidth backbone antar cabang untuk layanan SecureNET Meningkatkan kapasitas pegguna layanan SecureNET Peningkatan backbone cabang-cabang Indonet

Poligami merupakan fenomena yang terjadi dalam suatu kehidupan masyarakat ketika seorang suami merasa mampu dan dapat berlaku adil terhadap istri-istrinya sehingga dapat