• Tidak ada hasil yang ditemukan

eBook Rahsia Baby Pandai Baca

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "eBook Rahsia Baby Pandai Baca"

Copied!
77
0
0

Teks penuh

(1)babypandaibaca.com@copyright. 1.

(2) Disclaimer Ebook ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri yang pernah mempraktikkan kaedah pengajaran membaca ini kepada anak sendiri. Anda dilarang sama sekali mengeluar ulang mana-mana bahagian ebook ini dengan apa cara sekali pun. Ebook ini sesuai untuk pasangan muda yang baru saja mendirikan rumahtangga, juga kepada pasangan yang baru dikurnia cahaya mata serta kepada para ibu bapa yang mahu dan ingin melihat anak mereka pandai membaca pada awal usia. Bukan sahaja ebook ini ditujukan kepada ibu-ibu muda,malah kepada sesiapa sahaja yang menjadi ibu bapa tetapi tidak tahu cara mengajar anak membaca dengan kaedah yang betul, juga kepada golongan yang berminat dengan pengajaran awal kanak-kanak khususnya pengajaran membaca. Guruguru yang menjaga bayi di nurseri juga boleh memanfaatkan kaedah ini. Ebook ini memberi tumpuan kepada cara-cara mengajar bayi membaca sejak dari awal usia . Apa sahaja saranan dalam ebook ini adalah berdasarkan pendapat penulis sewaktu melakukan pengajaran kepada anak sendiri dan pengetahuan hasil dari pembacaan penulis sendiri. Amaran  Ebook Ini Adalah Hak Cipta Terpelihara www.babypandaibaca.com  Anda Dilarang Sama Sekali Sama ada Mengubah, Mengedar atau Menjual ebook ini Kepada Pihak Lain.  Sebarang Kegiatan Yang Menyalahi Etika Penerbitan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang.  Oleh itu, Anda Hendaklah Melaporkan Kepada Pihak Admin www.babypandaibaca.com Jika Menerima ebook Ini tanpa melalui www.babypandaibaca.com  Tindakan Anda Amatlah Dihargai Bagi Membanteras Kegiatan-Kegiatan Sebegini. Ebook Ini Hanya Untuk Mereka Yang Membelinya Secara Sah Dari Sahaja. www.babypandaibaca.com Ditulis Oleh, Mamahana. babypandaibaca.com@copyright. 2.

(3) Mengenai Penulis. Wan Sazimah Wan Yaacob atau dikenali dengan Mamahana ialah seorang ibu yang pernah mempraktikkan kaedah membaca secara menyeluruh ini kepada anaknya sendiri kira-kira 19 tahun yang lalu. Beliau sangat tertarik dengan pendidikan awal kanak-kanak sejak mula mendirikan rumah tangga. Beliau sangat berminat terhadap pendidikan awal kanak-kanak khususnya yang berkaitan dengan kanak-kanak pintar cerdas . Selain pembacaan daripada buku-buku berkaitan, beliau juga pernah mengikuti kursus pendidikan awal kanak-kanak anjuran Istitut NURY . Beliau mula mengajar anaknya membaca seawal usia 8 bulan. Mulai saat itu dari hari ke hari anaknya telah membaca perkataan demi perkataan, ayat demi ayat dan dalam usia 1 setengah tahun anaknya telah pandai membaca beratus-ratus perkataan serta boleh membaca buku-buku cerita sama ada yang ditulis sendiri ataupun buku-buku cerita yang dijual di pasaran seperti Puteri Salji,Cinderella, dan banyak lagi. Memikirkan betapa efektifnya kaedah yang digunakan itu dan ternyata berkesan kepada anaknya sendiri, maka beliau tergerak untuk berkongsi ilmu yang dipraktikkannya itu dengan semua ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anak mereka membaca sejak kecil dan seterusnya cemerlang dalam pelajaran. Beliau telah mengambil inisiatif menulis kembali pengalamannya mengajar bayi kecilnya membaca kerana saat manis itu sangat bermakna buatnya dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Harapannya ialah agar para ibu bapa lainnya mendapat manfaat daripada panduan yang diberikan.. babypandaibaca.com@copyright. 3.

(4) Pertama kali beliau menulis ebook di bawah bimbingan saudara Jamaluddin Bahari seorang penulis ebook dan IM yang sangat terkenal. Penulis ebook Rahsia Baby Pandai Baca ini merupakan seorang pendidik di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar, Perak. Beliau berkelulusan ijazah pendidikan dari UPM dengan major dalam bidang Pendidikan Jasmani. Berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan dan sangat berminat dalam penulisan ebook serta menjadikan penulisan sebagai hobi pada masa terluang. Hasrat beliau ialah ingin melihat lebih ramai lagi anak-anak kecil diberi peluang untuk belajar semasa bayi lagi supaya mereka berpeluang mengoptimumkan kecerdasan mereka serta dapat meneroka alam yang luas ini. Adalah menjadi tanggungjawab semua ibu bapa menyediakan ruang dan peluang tersebut supaya semua anak-anak diberi hak untuk menikmatinya dan mendapat manfaat daripadanya.. babypandaibaca.com@copyright. 4.

(5) Kandungan Pengenalan............................................................................................ 6 Mengapa Membaca Awal Penting........................................................... 9 Kesan Kanak-kanak Tidak Tahu Membaca ........................................... 15 Pengalaman Mengajar Anak Sendiri .................................................... 19 Langkah Awal Merangsang Bayi .......................................................... 31 Berkomunikasi……………………………………………………………………32 Bermain dan Bersenam ……………………………………………………. 36. Urutan ……………………………………………………………………………. 41. Langkah-Langkah Pengajaran Membaca.............................................. 43 Bahan Pengajaran ………………………………………………………………47 Teknik Mengajar …………………………………………………………….....50 Menguji ……………………………………………………………………………………..58 Prinsip Pengajaran Membaca………………………………………………………..64 Menyimpan dan Merekod Bahan Pengajaran ………………………………....68 Pengajaran dan Masalah...................................................................... 69 Penutup ............................................................................................... 75. babypandaibaca.com@copyright. 5.

(6) PENGENALAN. babypandaibaca.com@copyright. 6.

(7) Pengenalan Pendidikan awal kanak-kanak merupakan satu proses yang berlaku serentak dengan perkembangan diri kanak-kanak. Setiap masa kanak-kanak mempelajari apa sahaja yang terdapat di persekitaran sama ada yang dilihat, didengar, disentuh atau dirasa. Semuanya merupakan satu pembelajaran kepada kanak-kanak.. Pembinaan sesuatu bangsa bermula dengan pendidikan awal kanakkanak. Kerajaan Amerika Syarikat misalnya menghabiskan perbelanjaan yang besar untuk pembangunan pendidikan serta memberi fokus yang utama kepada pendidikan awal yang berkualiti kepada kanak-kanak agar produk yang dihasilkan dapat memberi impak yang menguntungkan masa depan negara mereka. Begitu juga dengan negara Jepun yang telah menjadi sebuah negara yang sangat maju dan terkemuka di dunia juga telah bertungkus lumus menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan menggarap potensi semula jadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal perkembangan lagi. Di Malaysia, program pendidikan awal kanak-kanak diberi perhatian serius oleh isteri Perdana Menteri sendiri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor . Beliau menekankan bahawa Anak adalah Permata Negara dan pendidikan khususnya pada usia muda merupakan alat paling penting untuk membentuk kanak-kanak menjadi pemimpin dan warga bertanggungjawab ke arah menjadikan dunia ini lebih baik. Justeru pendidikan awal kanak-kanak sangat dititikberatkan oleh semua bangsa kerana pendidikan ini amat berkaitan dengan masa depan agenda negara. Maka sudah tentu kita perlu mencari satu kaedah yang sesuai untuk mencapai matlamat yang dicita-citakan. Satu cara untuk melahirkan generasi yang cerdik dan matang ialah melalui pendidikan awal kanak-kanak khususnya dalam aspek kemahiran membaca. Proses membaca pada usia seawal 1 tahun memberi kesan yang besar kepada keseluruhan pembangunan intelek, sosial dan spiritual kanak-kanak.. babypandaibaca.com@copyright. 7.

(8) Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting yang perlu ada pada semua orang. Ini dapat dilihat dengan wahyu pertama yang diturunkan Allah kepada Rasulullah ialah suruhan membaca. Perintah Allah ini bukan setakat membaca semata-mata malah menuntut umat manusia supaya mencari ilmu. Melalui pembacaan, manusia dapat meneroka alam ini tanpa hadnya untuk mengenali kekayaan Allah Taala. Kanak-kanak yang menguasai kemahiran membaca awal, akan dapat menimba dan menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman baru setiap hari. Membaca awal menjadikan kanak-kanak itu lebih matang dan lebih cerdik. Membaca pada awal usia merupakan satu kelebihan kepada kanak-kanak dan menjadi kebanggaan kepada ibu bapa. Kajian yang pernah dibuat oleh LPPKN kepada sekumpulan kanak-kanak di kelas pemulihan mengaitkan salah satu punca masalah pembelajaran kanak-kanak ialah disebabkan lambat menguasai kemahiran membaca. Jadi kenapa ibu bapa sanggup menunggu sehingga usia anak mereka 6 hingga 7 tahun baru hendak menitikberatkan proses pengajaran membaca?. Sebenarnya, lebih awal anak-anak boleh membaca, maka lebih mudah kita mendidik mereka.. babypandaibaca.com@copyright. 8.

(9) MENGAPA MEMBACA AWAL ITU PENTING. babypandaibaca.com@copyright. 9.

(10) Mengapa Membaca Awal Itu Penting Menguasai kemahiran membaca khususnya pada awal usia sangat penting kepada kanak-kanak. Apa kepentingannya? Tentulah ada sebab dan alasannya. Mari kita lihat pelbagai kelebihan yang diperoleh kanak-kanak yang dapat membaca pada awal usia semuda 1 hingga 2 tahun.. MENGAPA MEMBACA AWAL ITU PENTING MASA PALING SESUAI MUDAH MENGAJAR TAMBAH KEFAHAMAN CEPAT FAHAMI KONSEP TAMBAH PENGETAHUAN ATASI MASALAH PEMBELAJARAN MEMBANTU MEMAHAMI PELAJARAN KOMUNIKASI BAIK KEYAKINAN DIRI TINGGI PROSES PENDIDIKAN BERKUALITI MENJANA KEPINTARAN & KEMATANGAN. babypandaibaca.com@copyright. 10.

(11) Masa Mengajar Paling Sesuai Kajian menunjukkan bahawa masa yang paling sesuai untuk mengajar apa sahaja kepada kanak-kanak ialah semasa kanak-kanak berusia bawah 3 tahun. Ini selari dengan perkembangan kematangan otak kanak-kanak yang dikaitkan dengan perkembangan pembelajaran mereka. Tahap Perkembangan kematangan otak kanak-kanak adalah seperti berikut :. • PERKEMBANGAN KEMATANGAN OTAK KANAK-KANAK 25% perkembangan kematangan berlaku sewaktu lahir 50% perkembangan kematangan berlaku sewaktu usia 6 bulan 85% perkembangan kematangan berlaku sewaktu usia 3 tahun. Semasa dilahirkan, bayi biasanya mempunyai 1,000,000,000,000 ( 1 trilion ) hingga 1,200,000,000,000 (1.2 trilion) sel otak. Dalam tempoh setahun, saiz otak menjadi tiga kali ganda. Oleh sebab otak kanak-kanak berkembang pesat sewaktu usia 3 tahun ke bawah, sewajarnyalah kanak-kanak ini diberi pendedahan seawal mungkin kerana kemampuan otak menerima banyak input pada waktu itu.. babypandaibaca.com@copyright. 11.

(12) Sepanjang proses pembelajaran ini,apa sahaja yang diterima akan menjadi pembelajaran dan pengalaman yang kekal kepada kanak-kanak. Sebab itulah mereka mampu menguasai kemahiran membaca ini sekiranya diajar dalam tempoh itu dengan kaedah-kaedah yang sesuai dan efektif. Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa itu, ini akan memberi kesan terbaik untuk menjana kepintaran mereka. Ibu bapa perlulah mengambil peluang keemasan ini untuk melihat hasil yang optimum bagi anak masing-masing.. Mengajar Pada Awal Usia Lebih Mudah Pada peringkat awal usia merupakan masa yang paling mudah untuk mereka memahami sesuatu khususnya pelajaran. Kanak-kanak kuat dan cepat mengingati dan memahami sesuatu yang dipelajarinya. Sangat mudah mengajar membaca pada usia ini berbanding ketika mereka berusia 6 atau 7 tahun kerana kelebihan yang ada pada mereka. Jadi, ibu bapa perlu memberi sebanyak mungkin input untuk membantu mereka mengingati sesuatu yang mereka pelajari. Sudah tentu input yang diberikan akan membantu mereka memahami sesuatu.. Menambah Kefahaman Bayi Terhadap Sesuatu Benda/ Konsep Apabila anak-anak diajar membaca awal mereka akan dapat menambah kefahaman terhadap sesuatu. Misalnya , mengajar tentang mata, mulut,hidung,kaki dan tangan akan memberi kefahaman tentang perkara – perkara yang dipelajarinya dengan lebih jelas dan kukuh. Apatah lagi pengajaran yang berterusan akan menambahkan dan meluaskan lagi kefahaman mereka terhadap sesuatu.. Memahami Sesuatu Konsep Dengan Lebih Jelas Selain daripada memahami sesuatu, kanak-kanak juga akan terdedah kepada pelbagai konsep sesuatu benda atau perkara. Contohnya apabila kita mengajar tentang perkataan gelas, kita boleh tunjukkan pelbagai jenis gelas misalnya bentuk gelas, saiz gelas, warna gelas dan pelbagai sifat gelas yang lain. Kanak-kanak akan memahami konsep gelas tadi dengan tepat. Lebih cepat kita ajar kanak-kanak membaca, lebih banyak mereka memahami konsep sesuatu benda atau perkara. Pengajaran berterusan akan membantu kanakkanak memperluas kefahaman mereka tentang sesuatu konsep.. babypandaibaca.com@copyright. 12.

(13) Bertambah Pengetahuan dan Pengalaman Sebenarnya kanak-kanak yang belajar membaca awal akan bertambah pengetahuan dan pengalaman mereka. Misalnya sebelum kita mengajar bayi membaca, kita harus memperkenalkan dulu perkataan yang akan diajar itu kepada bayi seperti perkataan emak,susu,kipas, bola, ayam dan banyak lagi. Selepas memperkenalkan makna serta konsep yang betul, barulah pengajaran membaca boleh dilakukan. Oleh sebab itulah pengalaman mereka akan bertambah dari semasa ke semasa. Pengetahuan dan pengalaman yang bertambah setiap hari akan menjadikan mereka lebih pintar dan cerdik daripada kanak-kanak lain yang terbiar dan tidak diberi rangsangan.. Membantu Mengatasi Masalah Pembelajaran Sebenarnya mengajar kanak-kanak pada awal usia jauh lebih mudah dibandingkan dengan mengajar kanak-kanak ketika prasekolah atau pun masuk tahun satu ketika berusia 7 tahun. Ada juga para pelajar yang masih tidak boleh membaca ketika mereka berada di tahun 1, tahun 2 atau tahun 3 . Keadaan menjadi lebih teruk apabila mereka mengalami masalah pembelajaran kerana gagal menguasai kemahiran membaca ini. Oleh itu mengajar membaca pada awal usia dapat mengatasi pelbagai masalah pembelajaran di sekolah.. Membantu Memahami Pelajaran di Sekolah Kanak-kanak yang menguasai kemahiran membaca akan dapat belajar dengan baik kerana membaca merupakan perkara asas yang dapat membantu pelajar memahami mata pelajaran yang diajar.Tanpa kemahiran membaca adalah sukar bagi pelajar menguasai semua ilmu yang diajar guru. Pelajar khususnya kanak-kanak akan lebih berminat untuk belajar kerana mereka berupaya menguasai ilmu yang diajar dan ini akan menjadikan pelajar seronok belajar dan seronok ke sekolah. Masalah ponteng sekolah tidak akan berlaku dalam keadaan ini.. Menguasai Kemahiran Berbahasa dan Berkomunikasi Pembelajaran membaca awal akan mendedahkan mereka kepada banyak perbendaharaan kata setiap hari .Ini akan membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa mereka. Kebiasaannya kanak-kanak yang. babypandaibaca.com@copyright. 13.

(14) mengetahui banyak perbendaharaan kata akan menjadi kanak-kanak bijak penguasaan bahasanya dan baik komunikasinya.. Tahap Keyakinan Diri Tinggi Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik akan menunjukkan tahap keyakinan diri yang tinggi . Penampilan diri mereka lebih menarik kerana tahap keyakinan mereka itu yang akan memperlihatkan mereka seorang yang matang dan bijak. Kanak-kanak yang pandai membaca awal biasanya akan lebih baik prestasi pelajarannya di sekolah dan mampu bersaing dengan kanak-kanak lain.. Proses Pendidikan Berkualiti Kanak-kanak yang dapat membaca pada awal usia juga dapat membantu proses pendidikan di sekolah menjadi lebih mudah. Guru-guru mudah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pengajaran akan menjadi lebih seronok dan mencabar kerana keupayaan pelajar tinggi. Justeru kualiti pendidikan akan menjadi lebih baik dengan adanya pelajar-pelajar yang sentiasa bersedia menerima ilmu dan pengetahuan baru dari semasa ke semasa.. Menjana Kepintaran dan Kematangan Terlalu banyak faedahnya mengajar anak membaca pada usia bayi mereka seawal satu tahun. Selain menguasai ilmu,petah bercakap dan baik komunikasinya serta menunjukkan keyakinan diri yang tinggi, mereka juga menjadi kanak-kanak yang sangat pintar yang cemerlang dalam pelajaran. Kemahiran dan keupayaan membaca juga dapat mempercepatkan proses perkembangan mental, psikologikal dan sosial yang lebih baik. Kanak-kanak yang cepat membaca akan lebih cepat matang berbanding kanak-kanak lain yang tidak tahu membaca. Oleh itu kita dapat melihat kanak-kanak yang bijak, keupayaan sosialnya lebih baik kerana proses membaca dapat membentuk pemikiran mereka.. babypandaibaca.com@copyright. 14.

(15) Kesan Kanak-Kanak Tidak Tahu Membaca Mungkin kita tidak menyedari bahawa jumlah murid sekolah yang tidak tahu membaca sangatlah besar seperti yang terdapat dalam petikan akhbar di bawah ini . Petikan Berita Akhbar. Kerajaan sasar 85 peratus ikuti prasekolah pada 2012 PARIT RAJA : Kementerian Pelajaran mengenal pasti kira-kira 85,000 murid tahun satu masih belum mampu membaca dan menulis, kata Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi.. Petikan Berita Utusan Malaysia 12 Oktober 2005. 100,000 murid tahun 2 hingga 6 tidak tahu membaca KUALA LUMPUR 11 Okt. – Ketika negara memasuki fasa kedua menuju Wawasan 2020, terdapat lebih 100,000 murid tahun dua hingga enam sekolah rendah di seluruh negara didapati tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Datuk Mohd. Sarit Yusoh (BN-Temerloh) semasa mendedahkan angka itu berkata: “Tidak guna kita laungkan ingin menjadi negara maju ke hulu ke hilir, untuk melaungkan Wawasan 2020 tetapi terdapat tiga peratus murid sekolah rendah tidak tahu membaca, menulis dan mengira. “Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlaku. Kementerian Pelajaran perlu mempunyai program jangka panjang bagi memastikan tidak ada lagi murid-murid sekolah rendah tidak tahu membaca, menulis dan mengira.” Daripada apa yang dipaparkan di atas, tidak tahu membaca tentunya akan memberi kesan yang negatif kepada anak-anak. Antara kesan yang dikenalpasti adalah seperti berikut:. babypandaibaca.com@copyright. 15.

(16) Kesan Kanak-Kanak Tidak Tahu Membaca. Tidak Faham Apa yang diajar. Tidak Minat dengan Apa Yang Diajar. Malas. Prestasi Pelajaran Rendah. Masalah Pembelajaran. Ponteng. Kurang Rendah Diri. Keyakinan Diri. Sukar Bergaul Dengan Rakan Sebaya. Tidak Faham apa Yang Diajar Oleh sebab tidak tahu membaca, kanak-kanak lambat memahami sesuatu yang diajar oleh guru. Apabila mereka tidak memahami apa yang guru ajar ,mereka tidak akan berminat dengan apa yang diajar. Seterusnya mereka akan menjadi golongan pelajar yang tercicir dalam pelajaran.Sebaliknya pelajar yang pandai membaca mudah memahami perkara yang diajar dan ini membaca juga mampu menyuntik minat pelajar untuk terus belajar.. babypandaibaca.com@copyright. 16.

(17) Malas Kelemahan menguasai pelajaran akibat tidak tahu membaca akan menyebabkan pelajar semakin bosan atau jemu dengan apa yang diYajar di sekolah. Apa yang dipelajari menjadi tidak menarik malah pelajar menjadi semakin lemah dan malas. Kemalasan ini sebenarnya berpunca daripada lemahnya menguasai kemahiran membaca.. Ponteng Pelajar yang lemah akan mencari jalan untuk mengisi masa mereka dengan perkara-perkara yang menyeronokkan mereka. Apabila pelajaran di sekolah sudah tidak menarik lagi, mereka lebih suka ponteng sekolah kerana apa yang terdapat di luar sekolah lebih menarik perhatian mereka.Justeru terdapat pelajar-pelajar yang ponteng sekolah ini ke pusat-pusat siber café atau melepak di pusat-pusat membeli belah.. Masalah Pembelajaran Pelajar yang tidak tahu membaca akan sukar memahami apa yang guru ajar. Mereka tidak dapat menambah ilmu melalui pembacaan seperti dalam mata pelajaran bahasa dan mata pelajaran akademikyang lain nya. Kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam setiap mata pelajaran yang diajar kerana keupayaan membaca mereka terhad. Prestasi Pelajaran Rendah Gagal menguasai kemahiran membaca boleh memberi kesan kepada prestasi pelajaran di sekolah. Sekiranya kanak-kanak tidak faham apa yang dibaca kecenderungan untuk gagal dalam peperiksaan adalah amat besar. Prestasi pelajaran akan merosot apatah lagi jika kanak-kanak sudah tidak berminat dengan apa yang dipelajari . Kurang Keyakinan Diri Satu lagi masalah pelajar yang tidak menguasai kemahiran membaca ialah mereka berasa rendah diri dan kurang mempunyai keyakinan diri kerana kelemahan yang ada pada diri mereka. Ini akan mempengaruhi tingkah laku sosial kanak-kanak itu juga.. babypandaibaca.com@copyright. 17.

(18) Sukar Bergaul Dengan Rakan Sebaya Kanak-kanak akan mempunyai motivasi diri yang rendah kerana tidak tahu membaca. Mereka akan berasa rendah diri kerana kelemahan yang ada pada mereka. Akibatnya mereka sukar bergaul dengan orang lain dan ada juga yang suka mengasingkan diri.. Sukar Menambah Ilmu Pelajar yang tidak tahu membaca akan sukar menambah ilmu pengetahuan sedangkan umum mengetahui bahawa pengetahuan adalah aset yang sangat penting bagi pelajar. Mereka akan sukar menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi terkini yang sangat memerlukan keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan.. babypandaibaca.com@copyright. 18.

(19) PENGALAMAN MENGAJAR MEMBACA KEPADA ANAK SENDIRI. babypandaibaca.com@copyright. 19.

(20) Pengalaman Mengajar Membaca Kepada Anak Sendiri. Ibu Bapa Adalah Guru Terbaik Bagi Anak-Anak Saya rasakan amat penting kita sebagai ibu bapa mempunyai pengetahuan dan juga kemahiran mengajar anak-anak kita sendiri. Bagi saya ibu bapa adalah guru terbaik buat anak-anak sebelum mereka menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Semua tingkah laku, tutur kata, tabiat, dan semua sifat yang ditunjukkan oleh ibu bapa menjadi ikutan kepada anak-anak. Oleh itu ibu bapa harus memainkan peranan mereka dalam memberi input semaksimum mungkin kepada anak-anak khususnya dalam aspek kemahiran membaca ini. Mengajar Membaca Adalah Perkara Asas Yang Perlu Ada Pada IbuBapa Pengetahuan mengajar anak-anak membaca ini adalah perkara asas yang perlu ada pada setiap pasangan ibu bapa. Ini kerana anak-anak masa kini akan berhadapan dengan masyarakat global yang semakin moden dengan teknologi yang sentiasa berubah dan maju dari semasa ke semasa.Justeru menyediakan anak dengan kemahiran asas membaca merupakan langkah permulaan yang bijak dalam mempersiapkan diri anak-anak menghadapi arus pendidikan yang serba mencabar dan progresif.. babypandaibaca.com@copyright. 20.

(21) Naluri Bayi Inginkan Ilmu Pengetahuan Dengan adanya pengisian pengajaran membaca ini, anak-anak sejak dari seawal usia 1 tahun sudah mempunyai naluri inginkan ilmu pengetahuan tanpa mereka sedari. Mereka akan membina dan terus membina sifat ingin tahu hasil dari pembacaan tersebut. Bayi yang dapat membaca awal akan memperoleh dan menguasai banyak pengetahuan dan pengalaman pada usia yang masih muda.Naluri inginkan ilmu pengetahuan ini dapat dilihat dalam diri anak-anak apabila mereka sering kali bertanya itu dan ini. Kadang kala soalan yang sama ditanya berkali-kali walau pun kita sudah memberikan jawapannya.. Kaedah Berkesan Atas kesedaran inilah saya mengambil inisiatif untuk mencuba kaedah membaca secara “menyeluruh” ini iaitu satu kaedah yang dipelopori Glenn Doman yang menggunakan kad imbasan atau ‘flash card’ . Kaedah ini pada asalnya digunakan oleh beliau suatu ketika dahulu kepada kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak dan kesannya sangatlah menakjubkan di mana kanak-kanak tersebut membuktikan mereka boleh membaca. Kemudian Glenn Doman mendapat idea untuk menggunakan kaedah yang sama kepada kanakkanak normal khususnya bayi. Kaedah membaca ini didapati berjaya dan sangat berkesan. Kemudian kaedah ini telah tersebar luas dan dipraktikkan oleh ibu bapa di seluruh dunia khususnya di negara barat.. Tidak Berjaya Bukan Bermakna Kaedah Tidak Baik Mungkin ramai orang telah mencuba kaedah membaca ini dan mungkin juga ada yang gagal mengajar anaknya membaca dengan kaedah ini. Gagal bukan bermakna kaedah itu tidak baik tetapi mungkin apa yang dilakukan tidak betul. Kadang-kala ibu bapa sangat teruja untuk melihat bayinya membaca sedangkan kaedah yang dibuat tidak betul. Misalnya mengajar bayi ketika mereka tidak bersedia,tidak selesa,lapar,sakit dan sebagainya. Ada juga yang baru mengajar satu sesi kemudian terus mengujinya. Apabila bayi gagal membaca , mereka sudah kecewa.Mereka terus tutup buku dan membuat rumusan kaedah itu tidak bagus.. Pelbagai Masalah Ibu bapa Mengajar Kadangkala ibu bapa juga kurang bersabar apabila menghadapi kerenah anak semasa mengajar dan mungkin juga terlalu cepat untuk melihat hasilnya.. babypandaibaca.com@copyright. 21.

(22) Ada juga yang memberi alasan bahawa mereka tidak mempunyai cukup masa untuk mengajar anak-anak mereka walaupun sebenarnya masa yandiperlukan untuk mengajar anak-anak dalam sehari hanyalah 5 ke 10 minit sahaja.. Kaedah Yang Terbaik Pernah Ditemui Di sinilah saya ingin berkongsi tip yang mudah dengan para ibu bapa yang membaca ebook ini tentang cara mengajar bayi membaca sejak bayi berusia seawal 6 bulan. Tujuan saya menulis semula kaedah membaca ini adalah kerana saya rasa kaedah ini adalah kaedah yang terbaik yang pernah ditemui dan mesti diketahui oleh semua ibu bapa. Semua anak mempunyai potensi untuk cemerlang dan menjadi tugas ibu bapalah untuk mencemerlangkannya.. Hasilnya Sangat Menakjubkan Saya melakukan kaedah membaca ini kepada anak saya 19 tahun yang lalu. Pada mulanya saya lakukan kepada anak saya secara mencuba-cuba dahulu tetapi berkat istiqamah mengajarnya dan dengan izin Allah Taala hasilnya sangat menakjubkan. Semasa berusia 14 bulan anak saya telah berjaya membaca lebih daripada 120 perkataan. Apa yang menggembirakan saya sebagai ibu ialah bayi saya amat suka akan sesi pelajaran membaca ini setiap hari. Setiap hari anak saya akan menunggu-nunggu sesi membaca tersebut.. babypandaibaca.com@copyright. 22.

(23) Rangsangan Menjana Kepintaran Bayi Saya memulakan pengajaran kaedah ini semasa bayi saya berusia 8 bulan. Sebelum pengajaran membaca dimulakan, semenjak usia sebulan lagi saya telah menggunakan pelbagai cara atau kaedah untuk merangsang bayi sama ada dari segi fizikal, emosi, dan mental bayi agar bersedia menerima perubahan dari semasa ke semasa. Memberi banyak rangsangan sangat penting untuk menjana kepintaran bayi dari awal usia lagi.. Rangsangan Objek Di Dalam Rumah Daripada persekitaran di dalam rumah sehinggalah ke luar rumah semua objek dan perkara yang berlaku menjadi bahan rangsangan kepada bayi saya. Misalnya saya memperkenalkan semua objek di dalam rumah seperti gelas, cawan, pinggan,nasi, ikan, buku,baju dan lain-lain lagi. Saya juga memperkenalkan kepada semua ahli keluarga di dalam rumah seperti emak, ayah, atuk, nenek, kakak, abang, maksu,moyang dan lain-lain ahli keluarga yang berkaitan. Setiap hari kami selalu bercakap-cakap dengan bayi memberitahu apa sahaja nama objek yang ada dalam rumah.. Rangsangan Objek Di Luar Rumah Begitu juga objek-objek lain di luar rumah saya perkenalkan kepada bayi saya dari semasa ke semasa seperti bunga, daun, pokok, pasir, kereta, bas, ayam, kambing,itik dan lain-lain lagi. Kadang-kadang kami sengaja pergi ke taman permainan atau taman rekreasi untuk memperkenalkan bayi kepada objek-objek seperti bunga , daun dan seumpamanya. Ada juga kami ke pasar dan objek-objek seperti ikan, ayam, sayur dan seumpamanya diperkenalkan kepada bayi.. Memperkenal Konsep yang Betul Kepada Bayi Selain daripada memperkenal pelbagai objek kepada bayi seperti benda dan manusia, bayi juga mesti diperkenalkan dengan konsep yang betul yang dapat membina kefahaman bayi terhadap sesuatu. Misalnya apabila kita mengajar tentang sebiji gelas, kita harus memperkenalkan pelbagai bentuk,rupa,warna dan saiz gelas kepada bayi. Ini dapat membantu membina kefahaman bayi tersebut terhadap konsep gelas. Begitu juga dengan objek atau perkara lain yang dipelajari bayi dari semasa ke semasa.. babypandaibaca.com@copyright. 23.

(24) Adalah penting kita mengajar bayi dengan konsep yang betul. Berikut adalah contoh objek yang boleh kita perkenalkan kepada bayi.. Gelas : Pelbagai jenis bentuk , corak dan warna gelas. Bunga : Pelbagai jenis rupa, warna dan bau bunga. Ikan : Pelbagai jenis bentuk, saiz dan warna ikan. babypandaibaca.com@copyright. 24.

(25) Bayi Memperoleh Banyak Maklumat Walaupun bayi nampak masih kecil dan nampak seolah-olah bayi tidak tahu apa-apa tetapi semua perkara yang diajar serta kadang kala kita tidak melihat respon bayi pada ketika itu, namun sebenarnya proses pembelajaran berlaku.Bayi menerima dan menyimpan maklumat yang diajar dan suatu masa nanti dengan mudahnya maklumat itu akan digunakan atau dikaitkan dengan aktiviti kehidupan mereka.. Rangsangan Berulang Menambah Pengukuhan Rangsangan ini hendaklah dilakukan berulangkali supaya bayi mendapat pengukuhan daripada apa yang diajar. Lebih banyak pengukuhan dilakukan lebih baik penerimaan dan pengekalan maklumat yang diterima bayi.. Rangsangan Berterusan Pada Semua Situasi Lebih banyak rangsangan diberikan, lebih banyak input atau maklumat yang akan disimpan dalam otak bayi. Lebih banyak maklumat yang diperoleh akan menjadikan bayi lebih pintar. Benda-benda di sekeliling kita sama ada di dalam rumah atau di luar rumah saya jadikan sebagai bahan atau alat untuk merangsang anak saya. Rangsangan sentiasa dibuat samada semasa bayi bermain, makan, mandi, menyusu, memakai lampin atau baju,menonton televisyen, membuat senaman, bersiar-siar dan pelbagai situasi lain lagi.. Persekitaran Menjadi Latar Proses Pengajaran Setiap hari pembelajaran secara tidak langsung akan berlaku di mana persekitaran menjadi latar kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Saya dan suami saya bersama-sama mengajar anak saya membaca setiap hari. Kami juga bekerjasama menyedia bahan mengajar seperti membuat kad imbasan dan menyedia bahan-bahan pengajaran lain.. Istiqamah dan Berusaha Bersungguh-sungguh Sebenarnya kaedah ini saya lakukan untuk anak saya dengan ‘try and error’ sahaja. Pada pendapat saya tidak salah kita mencuba kerana kita tidak akan rugi apa-apa sama ada apa yang kita lakukan itu berhasil atau tidak. Saya lakukan pengajaran tersebut kepada anak saya sedikit demi sedikit.. babypandaibaca.com@copyright. 25.

(26) Walaupun begitu, semua perkara yang dilakukan mestilah kita istiqamah dan berusaha bersungguh-sungguh, insyaAllah berjaya.. Luangkan Masa Mengajar Anak Membaca Hampir setiap hari saya akan luangkan masa 10 hingga 15 minit mengajar anak saya membaca.Oleh sebab kami adalah pasangan ibu bapa yang bekerja,jadi saya gunakan masa pada sebelah petang dan malam untuk mengajar anak membaca. Kebiasaannya pada hari bekerja, saya hanya sempat mengajar 2 sesi sahaja setiap hari. Pada hari minggu barulah kami dapat menjalankan 3 atau 4 sesi pengajaran, kebiasaannya 3 sesi sahaja.. Bayi Sangat Suka Belajar Saya amat terkejut melihat hasilnya kerana bayi saya dapat menerima pengajaran dan ‘sangat sukakannya’. Perkataan-perkataan yang diajar pada sesi pertama selalunya dapat dibaca pada sesi kedua atau ketiga.. Tidak Percaya Peringkat awal saya sendiri ‘ tidak percaya’ melihat hasil daripada pengajaran tersebut. Hari demi hari pembelajaran berjalan lancar dan saya begitu teruja melihat hasil yang sangat memberangsangkan. Macam-macam yang timbul dalam fikiran saya melihat pencapaian anak saya dari sehari ke sehari sama ada hasil ini betul atau tidak atau hanya sementara sahaja.. Pelbagai Cara Menguji Pelbagai cara saya lakukan untuk menguji kebolehan dan keupayaan anak saya dan ternyata semua ujian yang dilakukan menunjukkan anak saya sudah pandai membaca . Kadang kala saya menulis semula perkataan yang sudah dipelajari bayi saya pada kertas lain seperti kertas kosong, buku tulis dan seumpamanya,namun hasilnya tetap sama iaitu bayi saya tetap Berjaya membacanya. Tanpa mengetahui apa itu A, B, C dan semua huruf alphabet,bayi saya dengan senangnya membaca perkataan yang ditunjukkan kepadanya seperti emak, abah, susu, tumit,kaki, hidung, baju, moyang, abah, atuk, opah, siku, kereta, bas, sekolah, masjid, dan banyak lagi. Apa lagi yang menakjubkan ialah semua ini berlaku ketika usia anak saya belum pun setahun.. babypandaibaca.com@copyright. 26.

(27) Bayi Mula Membaca 1 ke 2 Minggu Setelah Diajar Tempoh masa yang diambil oleh anak saya untuk mula membaca ialah hanya 1 ke 2 minggu pertama setelah pengajaran bermula. Semua kad- kad yang diimbas dengan mudah sahaja dibaca setiap hari.. Bahan Tidak Mencukupi Oleh sebab pada waktu itu saya kurang bersedia dengan bahan pengajaran kerana pada awalnya saya sendiri kurang yakin dengan keberkesanan kaedah yang saya gunakan, jadi saya menghadapi masalah menyediakan kad-kad imbasan tersebut.. Proses Membaca Berjalan Lancar Kad-kad yang dibuat terpaksa ditambah saban hari kerana proses membaca berjalan lancar dan kad-kad seharusnya disediakan lebih awal. Justeru,adalah sangat penting para ibu bapa menyediakan kad-kad tersebut lebih awal agar proses pengajaran dapat dimulakan tanpa tergendala atau menghadapi sebarang halangan.. Bayi Memahami Konsep Membaca Pengajaran membaca menjadi semakin seronok kerana semakin lama semakin mudah mengajar anak saya membaca. Ini disebabkan telah terbentuknya konsep pembacaan yang sangat unik yang berlaku dalam otak bayi yang menjadikan bayi mudah memahami konsep itu dan dengan senang menggunakannya apabila bertemu semula ejaan yang sama pada perkataanperkataan lain. Misalnya untuk perkataan kaki , boleh memudahkan bayi membaca perkataan lain yang mempunyai konsep ejaan ( boleh juga dikenali dengan nama sukukata) yang sama seperti kami, kasut, kakak, kamu, muka, suka, buka. Lihat contoh di bawah.. babypandaibaca.com@copyright. 27.

(28) kaki.       . Kami Kasut Kakak Kamu Muka Suka buka. Begitu juga dengan contoh ini : baju, batu, bapa, baru basikal dan lain-lain yang sepertinya.. baju.       . batu, bapa, baru basikal balik barang baling. Perkataan yang diajar misalnya baju, bayi akan mudah membaca perkataan lain yang sukukatanya ba seperti tadi tanpa perlu mengejanya atau perlu tahu hurufnya. Jadi, bayi dengan mudah dapat membaca apabila berjumpa dengan sukukata yang sama pada perkataan-perkataan lain. Begitulah yang terjadi dalam proses pembelajaran apabila proses ini berterusan.. Mengajar Membaca Menjadi Semakin Mudah Syukur Alhamdulillah terhadap anugerah yang diberi Allah yang tak ternilai itu. Mengajar membaca menjadi semakin mudah setiap hari kerana kami bukan sekadar mengimbas 5 kad sehari malah kadang kala lebih daripada 9 – 10 kad sehari. Apa yang lebih menyeronokkan apabila kad-kad yang diimbas pada sebelah pagi dapat dibaca pada sebelah petang atau malamnya.. babypandaibaca.com@copyright. 28.

(29) Di mana-mana sahaja bayi belajar membaca. Usia 1 tahun setengah bayi telah belajar beratus-ratus perkataan. babypandaibaca.com@copyright. 29.

(30) Kad disusun pada papan untuk memudahkan bayi belajar (Gambar menunjukkan bayi belum pun tumbuh gigi sepenuhnya tetapi mampu membaca pelbagai perkataan yang diajar). Pengalaman Benar Apa yang saya tulis itu adalah pengalaman sebenar saya mengajar anak saya membaca. Mengajar bayi membaca bunyinya sangat pelik tetapi bagi saya itu adalah perkara biasa. Ibu bapa mestilah memberi komitmen sepenuhnya dalam hal ini dan hendaklah yakin melakukan kepada anak mereka sendiri. Sekiranya kita bersungguh-sungguh,insyaAllah kita akan dapat melihat hasilnya.. babypandaibaca.com@copyright. 30.

(31) LANGKAH AWAL MERANGSANG BAYI. babypandaibaca.com@copyright. 31.

(32) Langkah Awal Merangsang Bayi Berkomunikasi Langkah awal untuk merangsang bayi ialah dengan cara berkomunikasi dengan bayi. Ibu bapa , adik beradik, nenek, datuk dan ahli keluarga lain merupakan orang yang paling dekat untuk selalu berkomunikasi dengan bayi. Komunikasi dengan bayi boleh dilakukan dengan lisan (perkataan), sentuhan, pandangan mata,dan isyarat atau gerak badan.. Rangsangan dilakukan sepanjang masa. Komunikasi dengan bayi juga salah satu bentuk rangsangan. babypandaibaca.com@copyright. 32.

(33) Pelbagai Cara Merangsang Bayi Semasa ibu menyusukan bayi ibu bolehlah menyebut :. Ini susu untuk Ana Ini susu Mari minum susu Sayang nak susu Sedapnya susu Minum susu sayang. Semasa Memandikan Bayi Semasa memandikan bayi, ibu atau bapa selalulah berkomunikasi dengan menyebut seperti ini :. mari kita mandi seronoknya mandi ana nak mandi ini air ini tuala ini baldi ini sabun ini cebuk ceduk air curah air tepuk-tepuk air. babypandaibaca.com@copyright. 33.

(34) Lebih banyak lagi rangsangan pada situasi berlainan. sayang anak mak, anak mak comel anak mak baik mari sini anak mak ini abah ini baju abah ini misai abah ini nenek nenek buat apa nenek masak nenek masak nasi kakak makan kakak makan nasi sedapnya nasi ini ini ini ini. ikan udang sotong daging. mari sini mari duduk sini mak suap minum susu ni Ana tidur ye cium mak cium abah. babypandaibaca.com@copyright. 34.

(35) Rangsangan menggunakan anggota bayi. ini ini ini ini ini. tangan kaki pipi mata hidung. mana mana mana mana. kaki hidung pipi mata. pejam mata angkat tangan angkat kaki. Bila ke dapur bolehlah memperkenalkan dengan,. ini ini ini ini ini ini ini. cawan pinggan mangkok sudu gelas periok kuali. babypandaibaca.com@copyright. 35.

(36) Bermain dan Bersenam Salah satu cara merangsang bayi untuk mendapatkan perkembangan optimum bayi ialah dengan cara melakukan senaman dan bermain-main dengan bayi. Pelbagai cara senaman boleh dilakukan. Ibu atau bapa haruslah meluangkan masa untuk bermain-main dengan bayi mereka. Kita juga boleh menggunakan alat-alat permainan semasa bermain dengan bayi .. Bermain dapat Merangsang Perkembangan Fizikal & Mental Bayi. babypandaibaca.com@copyright. 36.

(37) Bayi memang sukakan senaman. Antara senaman yang boleh dilakukan ialah dengan menimang bayi tinggi-tinggi. Tetapi awas , kadangkala ada bayi yang takut bila ditimang apatah lagi belum pernah ibu atau bapa melakukannya. Oleh itu buatlah cara mudah dahulu atau rendah parasnya sementara bayi dapat menyesuaikannya. Mula-mula bayi mungkin kurang selesa tetapi sekiranya ibu sering melakukannya lama-lama bayi akan suka dan seronok melakukannya.. babypandaibaca.com@copyright. 37.

(38) Sebenarnya urutan dan senaman kepada bayi berkaitan dengan perkembangan fizikal dan inteleknya. Bayi yang aktif akan lebih ceria, cerdik, kurang meragam dan terkawal emosinya.. Antara senaman yang boleh dilakukan. Kelas senaman formal untuk bayi. Rangsangan kepada bayi melalui senaman. babypandaibaca.com@copyright. 38.

(39) Melakukan senaman bayi secara berpasangan. Aksi Menimang Bayi- memerlukan keberanian bapa. babypandaibaca.com@copyright. 39.

(40) Bayi juga boleh bersenam dengan cara begini : KAEDAH A : Ibu memegang kedua-dua belah tangan kiri dan tangan kanan manakala bapa memegang kedua-dua belah kaki kiri dan kaki kanan. Dalam keadaan bayi terlentang, sambil ibu bapa berdiri berhadapan antara satu sama lain, hayunkan bayi dengan cara perlahan ke kanan dan ke kiri.. Menghayun bayi dengan memegang tangan dan kaki Bayi - Hayun ke sisi bayi kanan dan kiri. KAEDAH B : Ibu boleh juga memegang sebelah kaki kanan dan tangan kanan manakala bapa memegang tangan dan kaki kiri. Dalam keadaan bayi terlentang juga hayunkan bayi perlahan-lahan ke depan dan ke belakang atau ke kanan dan kekiri.. Bayi dipegang tangan dan kakinya dan dihayun ke depan dan ke belakang. babypandaibaca.com@copyright. 40.

(41) Ibu Menghayun dan Memusing Bayi. Urutan Selain senaman, ibu bapa juga boleh melakukan urutan kepada bayi. Bayi memang sukakan urutan dan menjadikan mereka ceria dan cergas.. babypandaibaca.com@copyright. 41.

(42) Semua rangsangan yang dilakukan kepada bayi sama ada dengan cara berkomunikasi, bermain-main, senaman dan urutan kepada bayi boleh meningkatkan perkembangan kognitif, fizikal dan emosi bayi ke tahap optimum. Pembelajaran mudah dilaksanakan dan bayi akan memberi respon atau tindakbalas yang baik kepada proses pembelajaran yang dilakukan. Masalah pembelajaran kanak-kanak di sekolah dapat diatasi dengan adanya persediaan awal ibu bapa masing-masing khususnya dalam penguasaan kemahiran membaca ini. Kanak-kanak yang telah kuasai kemahiran membaca ini dapat membuat aktiviti mereka sendiri tanpa merengek tak tentu pasal kerana tiada aktiviti yang dapat dilakukan. Malah kita sebagai ibu bapa akan berjaya menjadikan anak-anak kita mempunyai tabiat suka membaca dan seterusnya dapat membentuk masyarakat yang suka membaca setanding dengan masyarakat lain di negara maju.. Minat membaca seharusnya dipupuk sejak kecil lagi. babypandaibaca.com@copyright. 42.

(43) LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN MEMBACA. babypandaibaca.com@copyright. 43.

(44) Langkah – Langkah Pengajaran Membaca. PEMILIHAN PERKATAAN mudah. diguna selalu. difahami maksud. Pilih Perkataan Yang Mudah Sebagai langkah permulaan bolehlah kita memperkenalkan bayi dengan perkataan yang mudah- mudah. Langkah ini penting untuk memberi pendedahan kepada bayi kepada perkataan-perkataan mudah dan supaya bayi dapat menyimpan sebanyak mungkin maklumat di dalam otak mereka. Langkah ini boleh dilakukan lebih awal iaitu semasa bayi berusia 1 hingga 6 bulan pertama. Perkataan-perkataan yang dipilih adalah perkataan yang mudah – mudah yang selalu digunakan orang-orang di sekeliling bayi.. Pilih Perkataan Yang Diguna Selalu Perkataan yang diperkenalkan mestilah berkaitan dengan perkataan yang digunakan setiap hari oleh ahli keluarga. Adalah amat penting memperkenalkan perkataan-perkataan itu terlebih dahulu sebelum kemahiran membaca dilakukan. Antara perkataan yang mudah dan selalu digunakan yang boleh diajar kepada bayi adalah seperti perkataan emak, ayah, nenek, kakak, abang,susu, gelas, makan, minum, air, mata, pipi,hidung dan lain-lain lagi.. Pilih Perkataan Yang Difahami Maksud Perkataan yang dipilih untuk diajar membaca hendaklah difahami maksudnya oleh bayi terlebih dahulu. Ini memudahkan bayi belajar membaca kerana bayi akan memberi respon yang baik kepada perkataan yang difahami maksudnya. Sebaliknya sekiranya perkataan tersebut tidak difahami, bayi tidak akan memberi respon yang baik dan kemungkinan mengambil masa yang agak lama untuk bayi menguasainya.. babypandaibaca.com@copyright. 44.

(45) Antara contoh perkataan yang sesuai diajar :. emak ayah nenek kakak minum makan main lampin mata kaki kipas pipi ikan jari. ibu umi atuk susu mandi buku kain bantal mulut hidung kerusi kucing buaian tumit. mama mak abang air tidur bola baju tilam tangan telinga gelas duduk pinggan botol babypandaibaca.com@copyright. 45.

(46) Di atas diberikan contoh-contoh perkataan yang boleh diperkenalkan dan diajar kepada bayi . Mulakan dengan perkataan mudah-mudah dahulu . Misalnya kita tunjukkan diri kita sebagai emak atau ibu dan menyebutnya sentiasa agar bayi faham maksud perkataan emak atau ibu itu. Begitu juga perkataan lain seperti mata, pipi, ayah, susu, mandi dan lain-lain lagi. Contoh perkataan yang tidak sesuai diajar pada peringkat awal ialah awan, panas, matahari, ketiak, lengan, langit, kulit, jeling, masam dan perkataan lain lagi yang agak asing untuk bayi.. Bagaimana Mengetahui Bayi Faham Maksud Perkataan Perkataan yang diperkenalkan kepada bayi akan difahami bayi sedikit demi sedikit. Misalnya bayi akan faham makna emak apabila setiap hari komunikasinya sering dikaitkan dengan emaknya. Contohnya seorang emak menyebut dirinya sebagai emak berulang-kali di hadapan bayinya.Lambat laun bayi itu akan faham bahawa orang yang selalu berada di sampingnya, menyusunya dan paling dekat dengannya adalah emak. Untuk menguji kefahaman bayi tentang maksud atau makna emak ini senang sahaja, cuba minta bayi tunjukkan siapa emaknya. Walaupun bayi masih kecil dan belum boleh berkata-kata ‘tetapi dia mampu menunjukkan yang mana emaknya atau siapa emaknya dengan menuding jari ke arahnya. Satu lagi contoh yang dapat diberikan ialah perkataan susu. Setiap kali bayi menyusu, ibu sebutlah perkataan susu banyak kali.Lama kelamaan bayi akan faham maksud susu. Begitu juga apabila kita mengajar perkataan pipi, tunjukkan pipi kita atau pipi bayi . Ibu boleh juga meminta bayi menunjukkan pipinya sendiri atau pipi ibunya. Jika bayi dapat menunjukkan di mana pipi bermakna bayi telah tahu maksud pipi. Begitulah cara kita mengajar perkataan demi perkataan kepada bayi. Selepas memperkenalkan dan mengajar perkataan kepada bayi, kita hendaklah mengaitkan perkataan itu dengan maksudnya. Oleh itu ibu bapa dinasihatkan agar selalu berkomunikasi dengan bayi dengan bercakap-cakap supaya bayi sentiasa mendapat input yang banyak. Ini memudahkan bayi belajar berkenaan dengan banyak perkara dari masa ke semasa.. babypandaibaca.com@copyright. 46.

(47) Beberapa Panduan Mengajar Maksud Perkataan Perkataan yang diajar. Cara Mengajar Maksud Perkataan. Bagaimana Menguji Maksud Perkataan. mata. Tunjukkan objek mata Pejam celikkan mata. Minta bayi tunjukkan mata. kaki. Tunjukkan kaki Tendang kaki. Minta bayi tunjukkan kaki Minta bayi tendangkan kaki. lompat. Angkat bayi ke atas Minta bayi melompat (ke atas & ke bawah spt keadaan melompat). kakak. Panggil kakak Tunjukkan kakak. baju. Minta bayi tunjukkan siapa atau yang mana kakak. Tunjukkan baju Minta bayi ambilkan baju Sebut perkataan semasa Minta bayi pilih baju (dgn memakaikan baju meletakkan objek lain spt botol, bola & kasut ). Bahan Pengajaran Menyedia Kad Imbasan Sebelum pengajaran dijalankan, ibu bapa perlu menyediakan Kad Imbasan ( Flash Card ). Kad imbasan ini boleh dibuat sendiri atau boleh dibeli di kedai-kedai yang menjual bahan tersebut. Untuk membuat kad imbasan sendiri, anda memerlukan beberapa keping ‘elephant card ‘ yang boleh dibeli di kedai-kedai buku atau kedai percetakan. Kad ini dipotong dengan ukuran 32cm X 10cm. Potonglah lebih kurang 50 kad terlebih dahulu untuk permulaan .Anda boleh tambah kemudian kad-kad tersebut setelah melihat perkembangan pembelajaran bayi anda nanti.. babypandaibaca.com@copyright. 47.

(48) Untuk menulis perkataan pada kad-kad imbasan ini, anda memerlukan pen marker bermata besar berwarna merah dan hitam. Anda boleh juga cetak perkataan tersebut pada kertas dan tampal pada elephant card tadi tetapi agak berisiko kerana bayi selalunya akan mengoyakkan kertas tersebut. Lebih baik tulis saja perkataan dengan menggunakan pen marker di atas kad tesebut. Saiz perkataan yang ditulis mestilah besar dan memenuhi ruang pada kad. Perkataan juga hendaklah ditulis dengan huruf kecil ( a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z ) . Mulakan dengan pen marker berwarna merah dahulu. Apabila bayi telah biasa membaca dengan kad tulisan merah, iaitu setelah beberapa minggu,kemudian boleh ditulis dengan pen berwarna hitam pula.. Keperluan Membuat Kad Imbasan. ELEPHANT CARD PEN MARKER MERAH & HITAM GUNTING PEMBARIS ( UNTUK MENYUKAT). Contoh Menulis Kad Imbasan. Panjang Kad Imbasan. -. lebih kurang 32cm – 36cm. Lebar Kad Imbasan. -. lebih kurang 10cm - 11cm. babypandaibaca.com@copyright. 48.

(49) Contoh Kad Imbasan Yang Sudah Siap ( buat sendiri dengan tulisan tangan ). babypandaibaca.com@copyright. 49.

(50) Teknik Mengajar Semasa mengajar menggunakan kad imbasan , ibu atau bapa hendaklah melakukan langkah-langkah berikut :. Imbas 5 Kad Ambil 5 kad imbasan dan pegang kad mengikut susunan. Tunjukkan kepada bayi satu persatu mengikut susunan tadi . Setiap 1 kad diimbas dalam tempoh kurang daripada 1 saat. (jika melebihi masa 1 saat pun tidak mengapa,pastikan tidak terlalu lama untuk satu-satu kad kerana bayi tertarik kepada kad yang cepat bertukar ) Pastikan jarak ibu atau bapa yang membuat imbasan tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh dengan muka bayi . Jarak yang sesuai antara kad imbasan dengan bayi ialah antara 40sm – 50sm. ( bayi tidak dapat baca jika jarak tidak sesuai ). Contoh :. 5 Keping Kad Imbasan - 5 Perkataan. emak, abah, susu, pipi, kaki. babypandaibaca.com@copyright. 50.

(51) Imbas Kad Pertama Imbas kad pertama (di depan sekali ) dengan menyebut perkataan itu berulang-ulang, sekurang-kurangnya 3 kali. Sebut 3 kali : ( sebut dengan sebutan jelas dan suara kuat ). Ibu menunjukkan Kad Imbasan di hadapan Bayi. babypandaibaca.com@copyright. 51.

(52) Imbas Kad Kedua Kemudian letak kad pertama tadi di belakang sekali, Imbas pula kad ke -2 Sebut 3 kali :. Ibu menunjukkan perkataan abah. babypandaibaca.com@copyright. 52.

(53) Imbas Kad Ketiga Kemudian letak kad ke-2 tadi di belakang , imbas pula kad ke -3 Sebut 3 kali :. Bayi belajar perkataan susu. babypandaibaca.com@copyright. 53.

(54) Imbas Kad Keempat Kemudian letak kad ke-3 tadi di belakang sekali,imbas pula kad ke -4 Sebut 3 kali :. Bayi fokus belajar. babypandaibaca.com@copyright. 54.

(55) Imbas Kad Kelima Kemudian letak kad ke-4 tadi di belakang sekali, imbas pula kad ke - 5. Sebut 3 kali. :. Bayi Membaca Sambil Menunjukkan kakinya. babypandaibaca.com@copyright. 55.

(56) Pusingan Pertama, Kedua dan Seterusnya Setelah tamat pusingan 1, ( iaitu set pertama terdiri daripada 5 kad permulaan tadi yang diberi contoh iaitu emak, abah, susu, pipi & kaki ) anda boleh teruskankan dengan mengajar bayi anda ke pusingan ke-2, ke-3, ke-4 dan ke- 5 ( masih guna kad yang sama di atas ) Cara mengajarnya sama seperti pusingan 1 tadi. Pastikan susunan kad dalam aturan yang sama untuk mengelakkan kekeliruan bayi.. Langkah Mudah Mengajar Bayi Membaca Menggunakan Kad Imbasan. Ambil 5 Kad Imbas Kad 5. Imbas Kad 4. Imbas Kad 1. LangkahLangkah Pengajaran Membaca. Imbas Kad 2. Imbas Kad 3 Masa Pengajaran Setiap Set : Lebih kurang 3 – 4 minit sahaja Gantikan Kad Imbasan Baru Sekiranya anda dapati bayi anda sudah ‘ dapat ’ membaca 1 kad, kad itu perlulah dikeluarkan dari set tersebut dan gantikannya dengan 1 kad baru iaitu satu perkataan baru. Sekiranya kelima-lima kad sudah ‘ dapat’ dibaca bayi, semua kad perlu dikeluarkan dan disimpan dan digantikan dengan lima kad baru yang tertulis perkataan baru di atasnya.. babypandaibaca.com@copyright. 56.

(57) Sesi Pengajaran 2 atau 3 Kali Sehari Setiap set kad ( yang terdiri daripada 5 kad ) seboleh-bolehnya diimbas 2 kali atau 3 kali sehari. Ibu atau bapa serta ahli keluarga yang lain seperti abang, kakak dan datuk boleh membantu dalam proses pengajaran ini. Walau bagaimanapun, mereka hendaklah diberitahu terlebih dahulu tentang teknik mengajar kad imbasan ini.. Sesi Pengajaran Pendek Setiap sesi pengajaran hanya mengambil masa 3 ke 4 minit sahaja. Elakkandaripada mengajar terlalu lama kerana bayi tidak akan dapat memberi tumpuan sekiranya pengajaran mengambil masa yang lama.. Hentikan pengajaran sekiranya anak tidak memberi tumpuan. babypandaibaca.com@copyright. 57.

(58) MENGUJI. babypandaibaca.com@copyright. 58.

(59) Menguji Pengajaran tidak akan ada maknanya tanpa hasil pembelajaran. Begitu juga dengan pengajaran membaca ini. Perkara penting yang menjadi minat dan keseronokan ibu bapa ialah apabila mereka melihat sendiri di depan mata mereka yang bayi kecil mereka sudah boleh membaca. Justeru, untuk menguji hasil pengajaran yang telah dilakukan, anda sebagai ibu bapa boleh melakukan perkara- perkara berikut :. Menguji bayi yang belum menguasai kemahiran bertutur Jangan hairan sekiranya bayi yang belum pandai bercakap sudah pandai membaca ! Pelikkan ! Begitulah yang berlaku kepada bayi yang belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini. Memang menakjubkan bayi dapat membaca sedangkan mereka belum pun boleh bercakap. Bagaimana perkara ini berlaku dan macam mana menguji bayi yang belum pandai bercakap? Ujian boleh dijalankan setelah proses pengajaran dilakukan lebih kurang satu atau dua minggu ( disarankan ujian dijalankan pada sesi akhir pengajaran harian).. Cara Menguji Anda letakkan 5 kad yang telah diimbas di atas lantai atau di atas meja. Contohnya set kad pertama tadi iaitu :. emak, abah, susu, pipi, kaki Pastikan bayi dalam keadaan selesa dan ceria sebelum membuat sesi ujian ini. Anda boleh bertanya soalan seperti ini:. babypandaibaca.com@copyright. 59.

(60) Contoh : Soalan-soalan Menguji Bayi Yang Belum Pandai Bertutur. Ana, ini kad ana belajar . Mana satu. Tengok ni,. yang mak tulis susu (atau). Bagi kad mak tulis susu. (atau). Mana kad mak tulis susu. (atau). Minta kad mak tulis susu. Minta Bayi Pilih Kad Sambil tunjukkan 5 kad tadi dan tanya beberapa kali minta bayi ambilkan kad dan berikan kepada anda kad yang tertulis perkataan susu. Sekiranya pembelajaran berlaku dan bayi memahaminya, bayi anda akan perhatikan kad-kad itu dan akan memilih 1 kad yang telah tertulis perkataan susu.. Beri Penghargaan Sekiranya betul jawapan bayi, teruslah anda berkata “Pandai anak mak” dan terus peluk serta menciumnya. Ini penting sebagai tanda penghargaan kepada bayi anda yang telah berjaya dalam pembelajarannya. Mungkin anda dan pasangan anda boleh bertepuk tangan atau ucap Alhamdulillah atas keberhasilan itu.. Teruskan Pengajaran Sekiranya bayi anda tidak dapat memilih mana-mana kad yang diuji, berhentikan sesi menguji dan teruskan pengajaran pada sesi seterusnya seperti biasa. Bayi atau kanak-kanak tidak suka diuji berulang kali.Adalah menjadi perkara biasa sekiranya bayi tak dapat menjawab soalansoalan yang ditanya. Ibu bapa jangan pula merasa kecewa.. babypandaibaca.com@copyright. 60.

(61) Menguji : Bayi boleh perkataan. Bayi boleh memilih dengan menunjukkan perkataan yang difahami. babypandaibaca.com@copyright. 61.

(62) Menguji bayi yang telah menguasai kemahiran bertutur Bayi mulai bertutur semasa berusia setahun dan ada juga yang lambat sedikit. Menguji bayi yang sudah pandai bertutur adalah lebih mudah dilakukan berbanding menguji bayi yang belum menguasai kemahiran bertutur. Untuk menguji , anda boleh lakukan seperti berikut : Ambil 5 kad yang telah dipelajari setelah beberapa sesi. Duduk berhadapan dengan bayi seperti kedudukan anda mengajar bayi anda membaca kad imbasan. Tarik perhatian bayi kepada kad-kad berkenaan. Susun kad seperti cara anda susun sewaktu mengajar, kemudian mulalah bertanya / menguji. Contoh : Soalan-soalan yang boleh digunakan untuk menguji:. Ana, ini mak tulis apa ?. ( atau ). Sebut ni….ini apa ?. Tanya soalan beberapa kali ,mungkin lebih daripada 3 kali. Sekiranya bayi anda memberi jawapan yang betul, terus memujinya dengan mengatakan “ Pandai anak mak “. Peluk dan cium bayi anda. Kemudian diikuti kad ke-2 . Jika betul juga ulangi respon yang sama iaitu memujinya, memeluknya dan menciumnya. Hadiah seperti ini sangat penting untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di mana bayi merasa dia dihargai dan disayangi. Ulangi soalan yang sama kepada kad-kad yang lain sehingga habis kelima-lima kad. Ganti Kad Sekiranya bayi dapat menjawab betul hanya 2 kad, dan 3 kad lagi gagal dijawab, tukar 2 kad yang dapat dijawab bayi itu dengan 2 kad baru (perkataan baru) untuk melengkapkan 5 kad yang diajar pada setiap sesi . 3 kad lama yang gagal dijawab bayi perlu dikekalkan untuk diajar pada sesi seterusnya. Sekiranya selepas itu bayi dapat menjawab kesemua kad dengan betul, tukar kesemua kad itu dengan kad baru yang tertulis perkataan lain.. babypandaibaca.com@copyright. 62.

(63) Peka Kepada Masalah Pembelajaran Sekiranya bayi anda tidak dapat menjawab mana-mana kad yang diuji berhentikan sesi menguji dan teruskan pengajaran pada sesi seterusnya seperti biasa. Kemungkinan ibu bapa cuba melihat di manakah kelemahan pembelajaran tersebut sama ada dari pihak ibu bapa atau bayi itu sendiri. Mungkin juga teknik yang digunakan tidak sesuai dan mesti diperbaiki. Ibu bapa perlu peka terhadap kehendak dan keperluan bayi dari semasa ke semasa seperti lapar, lampin basah dan lain-lain situasi yang mempengaruhi sesi pembelajaran.. babypandaibaca.com@copyright. 63.

(64) PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN MEMBACA. babypandaibaca.com@copyright. 64.

(65) Prinsip-Prinsip Pengajaran Membaca Kenapa ramai ibu bapa gagal melakukan kaedah membaca cara menyeluruh ini ? Mereka gagal kerana tidak mematuhi prinsip-prinsip pengajaran yang perlu diikuti. Antara prinsip-prinsip pengajaran membaca kepada bayi adalah seperti berikut :. Memulakan Pengajaran Seawal Mungkin Ibu bapa mesti memulakan kaedah mengajar ini seawal mungkin. Sebaiknya dimulakan semasa bayi berusia 6, 7, dan 8 bulan. Lebih awal bayi diajar adalah lebih baik dan kesannya dapat dilihat cepat.. Pengajaran dalam Situasi Riang dan Gembira Bayi mestilah sentiasa riang dan gembira semasa pengajaran dilakukan. Jika betul teknik yang dilakukan, ibu bapa akan mendapati bayi belajar dengan seronok dan tertunggu-tunggu setiap kali sesi pengajaran dijalankan.. Pengajaran Tanpa Paksaan Pengajaran hendaklah dibuat tanpa paksaan. Kita akan melihat samada bayi suka atau tidak dengan apa yang dilakukan. Fokus Semasa mengajar, perhatikan ke manakah fokus bayi. Lihat mata bayi samada dia melihat tulisan itu atau pun ke arah lain. Jika bayi fokus dengan melihat kepada tulisan yang diajar,teruskan pengajaran tetapi jika bayi sudah tidak menumpukan perhatian, berhentikan dahulu proses pengajaran itu.. Berhentikan Pengajaran Jika Bayi Bosan Ibu bapa hendaklah memberhentikan pengajaran sebelum bayi berasa bosan.. babypandaibaca.com@copyright. 65.

(66) Bayi Tidak Stres atau Tertekan Pastikan bayi tidak berada dalam keadaan stress atau tertekan semasa pengajaran dilakukan. Bayi kemungkinan stress disebabkan oleh terlalu lama belajar atau tidak sihat atau cuaca yang kurang sesuai dan banyak faktor lain lagi.. Imbasan Pantas Tunjukkan kad imbasan dengan pantas. Bayi memang memerlukan rangsangan pantas untuk mendapat kesan yang lebih baik.. Kad Berganti Kad hendaklah diganti dari kad lama (yang sudah dipelajari) dengan kad baru.(yang belum dipelajari). Rajin dan Tekal Ibu bapa mestilah mempunyai keazaman yang tinggi untuk melihat anak berjaya. Justeru mereka mestilah rajin dan tekal dalam menjalankan sesi pengajaran kepada anak-anak setiap hari. Ramai yang gagal kerana mereka tidak konsisten dan cepat berputus asa.. Sedia Bahan Mengajar Lebih Awal Ibu bapa hendaklah menyediakan bahan mengajar lebih awal untuk memastikan proses pengajaran berjalan lancar. Tanpa bahan pengajaran ini akan membantutkan proses tersebut dan kesannya sudah tentulah bayi yang akan menerimanya. Ibu atau bapa perlulah menyebut perkataan dengan suara kuat dan jelas sebutannya agar bayi dapat belajar dengan berkesan.. babypandaibaca.com@copyright. 66.

(67) Mula Ajar Awal. Bahan. Gembira dan. Seronok. Sedia Awal. Keazaman. Tiada. Paksaan. Tinggi. PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN MEMBACA Kad ganti. Bayi Fokus. Baru. Imbas Kad. Berhenti Bila Bosan. Cepat Elakkan Stress. babypandaibaca.com@copyright. 67.

(68) Menyimpan & Merekod Bahan Mengajar Kotak Simpanan Bahan mengajar seperti kad imbasan yang dibuat sendiri hendaklah disimpan elok-elok kerana kad-kad imbasan ini akan digunakan semula samada oleh bayi yang sedang belajar atau adik-adiknya nanti. Ibu bapa bolehlah menyediakan 2 kotak kad imbasan iaitu satu kotak kad imbasan yang baru atau yang belum dipelajari dan satu kotak lagi kad imbasan yang sudah dipelajari ( bayi telah tahu membacanya) Merekod Perkembangan Bayi Selain kad imbasan kita juga boleh menggunakan pelbagai alat bantuan mengajar seperti buku yang dibuat sendiri, kad bacaan,keratan akhbar,gambargambar dan pelbagai lagi. Ibu bapa juga boleh merekodkan pencapaian bayi dalam sebuah buku catatan khas untuk melihat perkembangan bayi dari semasa ke semasa Pelbagai cara merekod boleh kita buat sendiri . Contoh-contoh Merekod : . Tarikh Mengajar. Perkataan yang diajar. 01.05.2011. emak, abah, susu, pipi,kaki. 02.05.2011. emak,abah,susu,pipi.kaki. Tarikh 01.07.2011. Tarikh Dapat/ Boleh Baca. emak,abah,susu. 03.05.2011. pipi, kaki. 04.05.2011. Perkataan yang telah dipelajari /Pandai Baca Bola, mata, tangan, seluar, stoking, rambut, gigi, lutut, selimut, nenek, kakak, minum, air, hidung,. babypandaibaca.com@copyright. 68.

(69) PENGAJARAN DAN MASALAH. babypandaibaca.com@copyright. 69.

(70) PENGAJARAN DAN MASALAH Persediaan Bayi. Tidak Faham Maksud Perkataan. Terlalu Kerap Menguji. Tiada Penghargaan. Tiada Komunikasi. Kad Tidak sesuai. Ibu Bapa Tidak Ada Masa / Sibuk. Anak Ramai. Bayi Terlalu Kecil dan dianggap Bodoh. babypandaibaca.com@copyright. 70.

(71) Pengajaran & Masalah Persediaan Bayi Sebelum melakukan pengajaran kepada bayi beberapa perkara penting perlu difikirkan sebagai persediaan bayi menerima maklumat dan menyimpan maklumat. Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah: a. Pastikan bayi dalam keadaan sihat. b. Pastikan bayi gembira dan ceria. Elakkan pengajaran semasa bayi menangis dan meragam. c. Waktu yang paling sesuai untuk mengajar ialah ketika bayi cergas, sudah makan atau minum( selesai menyusu), selesa badan (tidak ada air kencing / najis pada lampin) dan kelihatan ceria dan gembira. d. Cuaca yang selesa dan nyaman. Elakkan daripada cuaca yang terlampau panas atau terlalu sejuk. e. Bayi belajar dalam keadaan seronok. Sekiranya bayi tidak menunjukkan minat berhentikan sesi pengajaran, cari punca masalah tersebut. Memaksa bayi belajar, adalah sia-sia. Apa yang penting adalah bayi perlu seronok belajar dan ibu bapa seronok mengajar.. Tidak Faham Maksud Perkataan Satu perkara penting dalam ujian ialah memastikan bayi faham akan maksud perkataan yang diajar. Salah satu kesilapan yang berlaku ialah ibu bapa mengajar bayi dengan perkataan yang tidak difahami mereka. Justeru, bayi sukar menerima proses pembelajaran kerana perkataan yang dipilih atau diajar tidak ada kaitan dengan kehidupan mereka. Kadang kala ibu bapa tidak mengambil berat tentang masalah ini dan menyebabkan pengajaran kepada bayi gagal.. Terlalu Kerap Menguji Ujian penting dalam proses pengajaran. Bayi diuji setelah pengajaran dibuat setiap hari selepas 3 sesi. Sesi ke-4 ialah ujian. Ujian hendaklah dibuat kepada bayi tetapi ibu bapa tidak digalakkan menguji terlalu kerap kerana bayi mudah bosan dengan ujian dan mereka tidak. babypandaibaca.com@copyright. 71.

(72) suka diuji berkali-kali. Ada juga ibu bapa yang menguji kerana ingin menunjuk-nunjuk pencapaian anak mereka kepada saudara-mara, jiran dan rakan-rakan. Kadang-kala untuk menunjukkan protes kepada sesi ujian itu, bayi dengan sengaja menjawab soalan-soalan yang ditanya dengan jawapan yang bukan-bukan atau salah. Ada juga bayi yang tidak menunjukkan apa-apa respon terhadap soalan. Ini menyebabkan ada ibu bapa yang membuat kesimpulan bahawa pengajaran hari itu gagal. Justeru,ibu bapa dinasihatkan agar tidak menguji bayi terlalu kerap kerana menyebabkan bayi menunjukkan respon yang megecewakan.. Tiada Penghargaan Apabila bayi anda berjaya membaca satu kad yangdiimbas, hadiah yang paling berharga dan bermakna bagi bayi ialah pelukan dan kata-kata pujian. Kata-kata seperti Alhamdulillah, pandai anak mak, bijak anak abah, bagus-bagus anak mak, betul ! , dan seumpamanya hendaklah selalu diucap. Ibu bapa boleh juga meminta bayi tepuk tangan sebagai tanda penghargaan. Penghargaan ini memberi rangsangan dan pengukuhan positif kepada perkara yang diajar. Sebaliknya bayi yang tidak diberi penghargaan seperti pujian mudah bosan dengan apa yang dipelajari dan menjadikan tujuan utama pembelajaran membaca tidak dapat dilaksanakan. Kegagalan ini bukan disebabkan oleh orang lain malah diri ibu bapa sendiri.. Tiada Komunikasi Kejayaan apa jua pengajaran kepada anak-anak adalah disebabkan oleh komitmen yang tinggi ibu bapa terhadap anak-anak. Keberkesanan pengajaran ini sebenarnya memerlukan hubungan yang erat antara anak dan kedua ibu dan bapa. Ibu bapa digalakkan supaya sentiasa dan rajin berkomunikasi dengan anak-anak setiap masa. Anakanak suka disentuh, dibelai manja, diajak berbicara malah bermain bersama. Apabila komunikasi sentiasa berlaku , amat mudah untuk mengajak anak-anak belajar apa sahaja.Apa yang penting ialah pengajaran dijalankan secara tidak formal. Anak-anak tidak berasa pembelajaran itu suatu yang menyeksa dan membebankan mereka.. babypandaibaca.com@copyright. 72.

(73) Kad Tidak Sesuai Beberapa perkara perlu diambilberat oleh ibu bapa apabila membuat kad imbasan. Kertas kad mestilah keras agar tahan lama dan tidak mudah koyak. Saiz kad pula janganlah terlalu kecil sehingga tulisan terpaksa ditulis kecil juga. Selain itu tulisan pada kad hendaklah besar supaya bayi mudah membacanya dengan jarak yang sesuai. Tulisan kecil dan jarak yang terlalu jauh atau terlalu dekat boleh mengakibatkan bayi sukar membacanya. ( rujuk panduan buat kad imbasan ) .Warna tulisan hendaklah hitam dan merah. Warna-warna lain seperti kuning, biru dan lain-lain kurang sesuai kerana bayi lebih tertarik kepada hitam dan merah.. Ibu Bapa Tidak Ada Masa Seringkali kita mendengar alasan ibu bapa bahawa mereka tidak ada masa untuk mengajar bayi . Saya juga seorang ibu yang bekerja. Saya cuma ada masa sebelah petang dan malam, itu pun kadang kala balik lambat kerana mesyuarat dan sebagainya. Jangan jadikan masa sebagai alasan. Sebenarnya kita tak perlu ambil masa yang lama untuk mengajar bayi. Memadai 1 sesi kita gunakan 3 minit ke 4 minit sahaja. 1 kali atau 2 kali pada waktu petang ( berasinganlah ) dan 1 sesi pada waktu malam. Ujian hanya dijalankan jika perlu tidak semestinya setiap hari.. Anak Ramai Satu lagi alasan ibu bapa kenapa mereka tidak berjaya mengajar anak membaca adalah disebabkan oleh mereka mempunyai anak yang ramai. Sebenarnya itu adalah alasan tidak berasas kerana masa yang diperuntukkan untuk mengajar tidak lama dan sesiapa sahaja ahli keluarga boleh melakukannya. Apa yang penting ialah masa berkualiti bersama anak-anak. Ada ibu bapa yang membiarkan anak mereka menonton televisyen berpanjangan dan tidak memberi panduan apa yang sepatutnya dilakukan. Sepatutnya tidak kira berapa ramai anak kita, kita haruslah merancang untuk mengisinya dengan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada mereka.. babypandaibaca.com@copyright. 73.

(74) Bayi Terlalu Kecil dan Dianggap Bodoh Apabila saya memberitahu kepada kawan-kawan saya tentang mengajar anak membaca semenjak bayi lagi, mereka seolah-olah tidak percaya kerana mungkin mereka beranggapan bayi masih kecil dan belum bersedia untuk belajar. Sebenarnya ketika bayi berusia bawah 3 tahun sewaktu itulah bayi mempunyai perkembangan otak yang paling pesat iaitu 85%. Apa sahaja yang dipelajari pada tempoh usia itu dengan mudah sahaja dikuasai bayi. Pada saat inilah ibu bapa perlu mengambil peluang yang optimum untuk mengajar anak-anak mereka sebaik mungkin.. Rumusan Panduan Pengajaran Membaca Kepada Bayi. Semasa Bayi Dalam Kandungan Berikan rangsangan dari luar seperti membaca Quran,berzikir,bercakap,menyanyi. Usia bawah 5 bulan Tambahkan lagi Rangsangan Bercakap Perkenalkan pelbagai jenis objek dan ahli keluarga Perkenalkan kepada objek & persekitaran di luar rumah. Usia 6 bulan ke atas Teruskan Member Pelbagai Rangsangan Mula Mengajar Menggunakan Kad Imbasan Menguji Mengajar Membaca. babypandaibaca.com@copyright. 74.

(75) PENUTUP. babypandaibaca.com@copyright. 75.

(76) Penutup Walau bagaimana hebat kaedah yang dipelajari dan juga telah terbukti keberkesanannya,namun sekiranya kaedah pengajaran ini tidak diamalkan dan ibu bapa bersikap hangat-hangat tahi ayam sahaja, nescaya kaedah ini tidak akan memberi kesan kepada anak-anak dan merekalah yang akan menjadi mangsanya. Oleh itu ibu bapa perlu bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya serta istiqamah dalam pengajaran kaedah ini supaya hasilnya dapat dilihat. Pendidikan pada awal usia memang mempunyai banyak kebaikannya. Selain daripada memperoleh kemahiran membaca pada usia semuda 1 tahun, anak-anak sebenarnya didedahkan dengan pelbagai kelebihan lain seperti menjadi anak yang bijak, mempunyai emosi yang terkawal, bersikap lebih matang dan sangat yakin dengan apa sahaja yang ingin dilakukan. Anak-anak ini mampu meletakkan diri mereka dalam masyarakat walau di mana sahaja mereka berada. Mereka sebenarnya akan bersedia menjadi warganegara yang mampu memikul tanggungjawab memacu kecemerlangan bangsa dan negara.. babypandaibaca.com@copyright. 76.

(77) PENGHARGAAN. Saya ingin menyampaikan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada sahabat saya dan ahli keluarga saya yang telah membantu menyempurnakan ebook sulung saya ini. Kerjasama kalian semua sangat saya hargaidan sanjung tinggi.. babypandaibaca.com@copyright. 77.

(78)

Referensi

Dokumen terkait

Tegasnya setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi

Sebab itu pula ia mulai merintis budidaya belut dengan menebar 40 kg bibit pada Juli 1989.Roy-panggilan akrab Ruslan Roy- memperkirakan seminggu

Media dalam kultur jaringan memiliki pengaruh yang besar terhadap pertumbuhan dan perkembangan eksplan, karena media merupakan tanah yang harus mengandung nutrisi yang dibutuhkan

Rancangan Perangkat Lunak Aplikasi Arduino • Inisialisasi IP • Melakukan perintah nyala atau padam dari server • Pengecekan arus listrik dengan menggunakan sensor

Tulisan ini merupakan kajian netnografis terhadap meme hadis larangan perempuan melakukan perjalanan tanpa mahram pada media sosial di Indonesia. terdapat tiga

Hasil penelitian menunjukkan bahwa rata-rata koloni kapang yang di isolasi dari buah cabai merah besar (Capsicum annuum L.) yang terserang penyakit busuk buah

Dengan demikian, para anak bina yang berada di Pondok merasakan kenyamanan yang diciptakan antara anak bina yang membuatnya tidak merasa kesepian.Sehingga dengan adanya peer

Tetapi, bila kedalamnya dilarutkan zat terlarut yang sukar menguap, maka pada suhu 0°C ternyata belum membeku dan tekanan uap permukaannya lebih kecil dari 1 atm.. Supaya