• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PCK) Guru Pelatih AT20 Semester Lima UPSI: Satu Kajian Awal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PCK) Guru Pelatih AT20 Semester Lima UPSI: Satu Kajian Awal"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PCK) Guru Pelatih AT20 Semester Lima UPSI: Satu Kajian Awal

Nafisoh Md Desa*, Sulaiman Sarkawi, Mohamad Ibrahim & Rohaida Ibrahim

Fakulti Seni, Komputeran & Industri Kreatif, UPSI

_____________________________________________________________________________________ Abstrak

Program AT20 di UPSI adalah merupakan Sebuah kajian awal telah dijalankan untuk mengetahui tahap Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PCK) guru pelatih ICT (AT20) UPSI semasa menjalani program pendidikan guru semester lima. Seramai 151 guru pelatih AT20 semester lima dipilih sebagai responden kajian ini. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif frekuansi, peratusan dan skor min manakala korelasi digunakan untuk menentukan tahap hubungan antara elemen-elemen dalam domain PCK. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan kandungan berada pada rendah, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan pedagogi kandungan berada pada tahap yang sederhana dan mempunyai hubungan yang lemah antara elemen-elemen dalam PCK. Kesimpulannya adalah tahap PCK guru pelatih AT20 masih sederhana dan perlu dibaiki sebelum guru pelatih AT20 menjalani latihan mengajar pada semester tujuh kelak.

Kata kunci: Pengetahuan Pedagogi Kandungan dan Guru Pelatih

_____________________________________________________________________________________ Pengenalan

Bidang Information and Communication Technology (ICT) terus berkembang pesat di seluruh dunia dan mempengaruhi aspek kehidupan termasuk dalam bidang pendidikan. Bidang pendidikan merupakan faktor yang sangat penting dalam menyediakan masyarakat yang selesa dengan ICT dan golongan pendidik memainkan peranan dalam menyediakan masyarakat yang bijak ICT. Di Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan

______________________________________ * Corresponding author. Tel.: +60174535239

(2)

pendidikan ICT pada peringkat sekolah rendah sebagai komponen yang terdapat dalam matapelajaran Sains manakala sekolah menengah disediakan matapelajaran Information and

Communication Technology (ICT) sebagai matapelajaran pilihan tingkatan empat dan tingkatan

lima.

Pendidikan guru merupakan proses pengumpulan pengetahuan daripada pelbagai sumber dan bidang untuk membentuk kualiti guru semasa mengikuti latihan perguruan di institusi pengajian tinggi (Arthur, 2006). Di Malaysia antara universiti yang menawarkan program pendidikan guru seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Utara Malaysia(UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Semua program pendidikan guru telah dilaksanakan oleh fakulti pendidikan setiap universiti tersebut (Sulaiman, 2010).

Dalam program pendidikan guru inilah bakal guru ICT dilatih dengan harapan dapat mengajar matapelajaran ICT dengan berkesan. Bakal guru dibimbing supaya memiliki PCK yang merupakan asas keupayaan guru mengajar. Menurut Shulman (1986; 1987) dan Grossman (1990) guru tanpa PCK tidak dapat mengajar dengan baik. Selain itu, banyak usaha telah dibuat untuk memastikan guru-guru dibekalkan dengan PCK semasa menjalani latihan mengajar (Sulaiman, 2010; Rice, 2003; Zaidah & Subahan, 2003; Lilia & Subahan, 2002).

Di Malaysia, satu Piawai PCK guru ICT telah dibina hasil penyelidikan Sulaiman, Mohamad, Noriza, Amily, Khairulanuar dan Razana (2011) yang boleh dijadikan rujukan dalam membina PCK guru pelatih ICT. Guru-guru pakar ICT melihat Piawai PCK guru ICT di Malaysia (Sulaiman et al., 2011) sebagai kriteria yang perlu dipenuhi oleh setiap bakal guru ICt sebelum mereka memulakan tugas sebenarnya kelak.

Pernyataan Masalah

Terdapat tiga domain PCK yang melibatkan pengetahuan kandungan, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan pedagogi kandungan dalam mengenal pasti tahap PCK guru pelatih AT20 semester lima UPSI. Perkara yang mendorong kepada kajian ini adalah masalah tidak mengetahui apakah tahap PCK guru pelatih AT20 di UPSI. Selain itu, tidak mengetahui samada tahap PCK guru pelatih AT20 berbeza apabila mereka berada di semester yang tinggi seperti lima, enam dan

(3)

lapan. Oleh itu, satu kajian awal telah dilakukan untuk mengetahui tahap PCK guru pelatih AT20 semester lima di UPSI.

Objektif Kajian dan Soalan Kajian

Objektif kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap PCK guru pelatih AT20 semester lima UPSI. Beberapa soalan kajian yang dijawab dalam kajian ini adalah:

a. Apakah tahap pengetahuan kandungan guru pelatih AT20 semester lima UPSI b. Apakah tahap pengetahuan pedagogi guru pelatih AT20 semester lima UPSI

c. Apakah tahap pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih AT20 semester lima UPSI d. Adakah terdapat hubungan antara setiap komponen PCK tersebut?

Kerangka Konseptual Kajian

Rajah 1: kerangka konseptual kajian (Shulman, 1987)

Dalam kajian ini kerangka konseptual adalah berdasarkan Shulman’s (1987) yang menggambarkan PCK merupakan adunan daripada pengetahuan pedagogi dan kandungan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. PCK dianggap asas kepada pengajaran yang berkesan apabila PCK memerlukan pemahaman yang baik tentang konsep kaedah pengajaran yang sesuai digunakan untuk mengajar isi kandungan menjadi pembelajaran lebih mudah. CK adalah merujuk kepada content knowledge (pengetahuan kandungan) iaitu terdiri daripada kursus major yang telah dipelajari oleh guru pelatih AT20 sepanjang lima semester. PK merujuk kepada

pedagogical knowledge (pengetahuan pedagogi) yang terdiri daripada kursus profesional

pendidikan. PCK adalah bagaimana guru pelatih AT20 mengadunkan pengetahuan kandungan PCK

(4)

Kajian Literatur

PCK adalah berasaskan idea Shulman (1986) merupakan pengetahuan hasil adunan antara pengetahuan kandungan dengan pengetahuan pedagogi yang sangat penting dikusai oleh guru (Shulman, 1987; Grossman, 1990). Menurut Shulman (1987), PCK adalah pengetahuan yang unik hasil daripada adunan pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi am yang membolehkan guru memahami tajuk tertentu dan dapat diajar kepada pelajar yang memiliki minat dan keupayaan yang berbeza-beza. Menurut Shulman (1987), PCK adalah salah satu daripada tujuh asas pengetahuan yang perlu dimiliki oleh seorang guru. Tujuh asas pengetahuan adalah seperti:

i. Pengetahuan isi kandungan ii. Pengetahuan pedagogi iii. Pengetahuan kurikulum

iv. Pengetahuan pedagogi kandungan

v. Pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajar vi. Pengetahuan tentang konteks pendidikan

vii. Pengetahuan tentang matlamat-matlamat pendidikan

Pengetahuan tersebut dapat membezakan seorang guru daripada seorang pakar bidang. Menurut Shulman (1987) PCK adalah berkaitan dengan kebolehan seorang guru untuk mengubah pengetahuan kandungan yang dimiliki kepada bentuk yang sesuai untuk pengajaran serta sesuai dengan kebolehan dan latar belakang pelajar (Tengku Zawawi, 2012). Kefahaman dan keupayaan guru bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi tetapi bergantung kepada pengetahuan pedagogi guru yang berkaitan dengan subjek tertentu untuk pelajar yang khusus. Shulman (1987) mencadangkan supaya setiap guru mempunyai kefahaman tentang kandungan matapelajaran untuk tujuan pengajaran. Menurut Bromme (1995), konsep PCK adalah guru mengubah suai isi kandungan untuk tujuan pengajaran.

Kefahaman dan keupayaan guru yang memperoleh PCK bergantung kepada pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi tetapi bergantung kepada pengetahuan guru tersebut dengan pedagogi berkaitan dengan subjek tertentu untuk pelajar khusus. Ini bermakna program

(5)

pendidikan guru tidak boleh mengehadkan aktiviti berkaitan pedagogi dan penyeliaan bebas daripada pengetahuan kandungan (Lilia, 1997).

Menurut Tengku Zawawi (2012), kebijaksanaan dan kecemerlangan guru dalam bilik darjah bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki yang berhubung dengan isi kandungan dan cara penyampaian.

Metodologi Populasi Kajian

Menurut Mohamad Najib (1999), populasi merupakan dari mana penyelidik mendapatkan data atau maklumat berkenaan penyelidikan yang dijalankan. Responden yang terlibat dalam sesebuah kajian mewakili jumlah sebenar keseluruhan populasi (Marshall, 1978). Populasi kajian ini adalah guru pelatih AT20 semester lima Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK) seramai 169 orang guru pelatih.

Sampel Kajian

Sampel adalah satu kumpulan responden untuk mendapatkan data. Penggunaan sampel bertujuan untuk menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan kaedah persampelan rawak mudah di mana penyelidik menentukan sampel yang akan digunakan. Menurut Walter dan Meridith (1989), penyelidik digalakkan menggunakan saiz sampel yang melebihi 30 orang agar andaian taburan normal sipenuhi. Menurut Mohd Najid (1999), sampel sebanyak 30 peratus daripada populasi sudah mencukupi. Seramai 151 guru pelatih AT20 semester lima UPSI dipilih sampel kajian ini.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian adalah alat untuk mendapatkan data daripada sampel. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang dibina berdasarkan objektif kajian dengan menggunakan skala likert lima mata.

Penyelidik menggunakan kaedah soal selidik kerana ianya memudahkan penyelidik untuk mendapatkan data mentah daripada responden untuk dianalisis. Soal selidik yang disedikan oleh penyelidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. bahagian A untuk

(6)

memperoleh data demografi responden dan Bahagian B terdiri daripada 17 soalan yang berkaitan dengan PCK guru pelatih.

Analisis Data

Analisis data bagi Tahap Pengetahuan Kandungan Guru Pelatih AT20 Semester Lima UPSI

Jadual 1: Tahap Pengetahuan Kandungan Guru Pelatih AT20 Semester Lima UPSI

Bil Item-item Min Sisihan Piawai Tahap

1. Matlamat mengajar ICT 2.61 0.86 Sederhana

2. Penguasaan kandungan isi pelajaran ICT 2.26 0.97 Rendah

3. Susunan isi kandungan ICT 2.25 0.96 Rendah

4. Hubungan antara kursus-kursus major 2.51 0.96 Sederhana

5. Perbezaan sifat matapelajaran 2.58 0.97 Sederhana

6. Pengetahuan sintaktik 1.91 0.95 Rendah

7. Pengetahuan substanstif 2.13 0.85 Rendah

Jumlah Min 2.32 0.70 Rendah

Analisis data bagi Tahap Pengetahuan Pedagogi Guru Pelatih AT20 Semester Lima UPSI Jadual 2: Tahap Pengetahuan Pedagogi Guru Pelatih AT20 Semester Lima UPSI

Bil Item-item Min Sisihan Piawai Tahap

1. Kesukaran pembelajaran 2.31 0.91 Rendah

2. Kesilapfahaman konsep-konsep ICT oleh

murid 2.11 1.07 Rendah

3. Pengetahuan sedia ada murid untuk belajar 2.79 0.93 Sederhana 4. Kepentingan murid mempelajari isi

pelajaran ICT 1.04 0.14 Sangatrendah

5. Gaya belajar individu 2.86 0.91 Sederhana

6. Keupayaan murid berkomunikasi 2.71 0.98 Sederhana

Jumlah Min 2.60 0.68 Sederhana

Analisis data bagi Tahap Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih AT20 Semester Lima UPSI

Jadual 3: Tahap Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih AT20 Semester Lima UPSI

Bil Item-item Min Sisihan Piawai Tahap

1. Hubungan bahan mengajar dengan isi

pelajaran 2.84 0.85 Sederhana

2. Hubungan bahan mengajar dengan kaedah

(7)

3. Hubungan kaedah mengajar dengan isi

pelajaran 1.11 0.33 Sangatrendah

4. Hubungan teknologi, isi pelajaran dan

kaedah mengajar 2.50 0.91 Sederhana

Jumlah Min 2.62 0.75 Sederhana

Analisis data bagi hubungan antara setiap komponen PCK Guru Pelatih AT20 Semester Lima UPSI

Jadual 4: Ujian Korelasi setiap komponen PCK

PK PP

PCK Pekali korelasi 0.74** 0.72**

signifikan 0.00 0.00

Jumlah 151 151

Jadual 4 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara setiap komponen PCK pada nilai signifikan 0.00.

Perbincangan

Daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan kandungan guru pelatih AT20 semester lima adalah rendah berbanding dengan tahap pengetahuan pedagogi dan tahap pengetahuan pedagogi kandungan yang berada di tahap sederhana. Berdasarkan semester pengajian semasa guru pelatih AT20 iaitu semester lima, sewajarnya tahap pengetahuan kandungan ICT guru pelatih AT20 berada pada tahap tinggi kerana guru pelatih AT20 telah banyak mengikuti kursus kandungan (major) sepanjang berada lima semester di Universiti. Pengetahuan sintaktik guru pelatih AT20 semester lima rendah disebabkan guru pelatih belum sepenuhnya terdedah bagaimana untuk membina ilmu baru dengan menggunakan kaedah yang telah diterima pakai (Kuhn, 1978).

Tahap pengetahuan pedagogi dan tahap pengetahuan pedagogi kandungan yang sederhana disebabkan faktor guru pelatih baru mengambil kursus pedagogi iaitu pada semester lima guru pelatih didedahkan dengan kaedah mengajar yang akan digunakan ketika latihan mengajar pada semester tujuh. Walaupun tahap PCK guru pelatih AT20 berada di tahap sederhana namun guru pelatih tersebut dapat menggabungkan pengetahuan kandungan dengan

(8)

kaedah mengajar yang sesuai digunakan semasa berada dalam kelas. Walaupun bagaimana pun guru pelatih AT20 dapat mengadunkan pengetahuan kandungan dengan pengetahuan pedagogi dengan baik.

Secara keseluruhannya, tahap PCK guru pelatih AT20 semester lima UPSI berada pada tahap sederhana dengan nilai min 2.65. Oleh itu guru pelatih AT20 semester lima perlu bersedia menguasai sepenuhnya PCK dalam menghadapi cabaran ketika latihan mengajar.

Kesimpulan

Sebagai bakal guru yang akan menjalani latihan mengajar, guru pelatih AT20 semester lima perlu bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam bidang pendidikan. Pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan perlu digabungkan agar dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid ketika menjalani latihan mengajar kelak.

Selain itu, penyelidik berharap hasil dapatan awal kajian ini dapat membantu menerangkan tahap pengetahuan pedagogi kandungan guru pelatih AT20 semester lima berada tahap sederhana dan perlu dibaiki mendalami PCK kerana ianya merangkumi pelbagai aspek sebelum guru pelatih menjalani latihan mengajar pada semester tujuh. Guru-guru yang cemerlang sentiasa mempunyai komitmen dan minat yang tinggi terhadap matapelajaran yang akan mereka ajar nanti. Oleh itu, bakal guru pelatih AT20 semester lima perlu mempunyai satu kefahaman bagaimana isi kandungan disusun dan digabungkan dengan kaedah mengajar yang betul dan berkesan menjalani latihan mengajar.

Rujukan

Arthur, L. 2006. Will universities maintain control of teacher education? Change, 38, (4), 36-43. Bromme, R. 1995. What exactly is pedagogical content knowledge? Critical remarks regarding

a fruitful research program. Dalam S.Hopmann & K. Riquarts (pnyt). Didaktik and/or

curriculum. IPN Schriftenreihe 147: 205-216. Kiel: IPN.

Grossman, P.L. 1990. The Making of a Teacher: Teacher Knowledge and Teacher Education. New York: Teacher College Press.

(9)

Kuhn, T. 1978. The structure of the scientific revolutions. Chicago: The University of Chicago Press.

Lilia Halim. 1997. A critical appraisal of secondary science teacher training programmers in

Malaysia with an emphasis on pedagogical content knowledge. Unpublished Doctorial

Dissertation. King’s College, London.

Lilia Halim, Subahan Mohd Meerah. 2002. Science Trainee Teachers’ Pedagogical Content

Knowledge and Its Influence on Physics Teaching. Research in Science and Technological

Education, 20(2), 217-227.

Rice, J. K. 2003. Teacher quality: Understanding the effectiveness of teacher attributes. Washington, DC: Economy Policy Institute.

Shulman, L. S. 1986. Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational Researcher, 15(2), 4–14.

Shulman, L. S. 1987. Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard

Educational Review, 57(1), 1-22.

Sulaiman Sarkawi. 2010. Pengetahuan Kandungan Pedagogi Guru Pelatih Program Pendidikan

Teknologi Maklumat Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tesis Doktor Falsafah, Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Sulaiman Sarkawi, Mohamad Ibrahim, Norizan Nayan, Razana Baharudin, Khairulanuar Samsudin dan Amily Shafila Shariff. 2011. Pembinaan Piawai Pengetahuan Pedagogi

Kandungan Guru ICT Di Malaysia. Laporan Penyelidikan KPT 05-48-13-09, Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Tengku Zawawi Tengku Zainal. 1997. Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Sebagai Asas

Pengetahuan Profesional Guru. Minda Pendidik. Jilid I 2012.

Tengku Zawawi Tengku Zainal. 2012. Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Sebagai Asas

Pengetahuan Profesional Guru. Minda Pendidik. Jilid I 2012.

Zaidah Yazid T., dan Subahan Mohd Meerah. 2003. Pengetahuan pedagogikal kandungan guru

Referensi

Dokumen terkait