• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI ATTENTION- DEFICIT/HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI ATTENTION- DEFICIT/HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

21

TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI ATTENTION-

DEFICIT/HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

[LEVEL OF KNOWLEDGE ABOUT ATTENTION-

DEFICIT/HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD) AMONG PRIMARY SCHOOL TEACHERS IN ALOR GAJAH DISTRICT, MELAKA]

1 NOR JAMILAHTON HOLIJA’AH ARIFFIN

ariffinnj@yes.my

*1ALIZA ALIAS

eliza@ukm.edu.my

1Fakulti Pendidikan (Pendidikan Khas), Universiti Kebangsaan Malaysia.

*Corresponding Author

ABSTRACT

Knowledge of Attention-Deficit /hyperactivity disorder (ADHD) can provide teachers with an understanding of ADHD student behavior. This understanding would create a conducive and optimal learning environment for ADHD students in school. When dealing with students in school for an extended period of time, the teacher is the right person to identify ADHD-related behaviors and recommend referral of these students to a clinician for appropriate diagnosis and intervention.

Therefore, the aim of this study is to determine the level of knowledge of primary school teachers about ADHD in Alor Gajah District, Melaka. This study is a survey study using a questionnaire to collect data to obtain information about teachers' general knowledge, symptoms, diagnosis and treatment of ADHD. ADHD is a multidimensional disorder characterized by hyperactivity, impulsivity, and lack of attention. Attention, impulsivity and hyperactivity are the most important characteristics to identify the behaviors of ADHD students. Teachers' knowledge can be acquired through study and training while working in a school or through previous experiences. In this study, an instrument adapted from the Knowledge about Attention Deficit Disorder Survey (KADDS) items was used (Mark J. Sciutto & Feldhamer, 2002). The selected sample consists of primary school teachers teaching at the first level, that is, grades 1, 2 and 3, a total of 322 people in the district Alor Gajah, Melaka. Descriptive analysis was conducted to analyze the data obtained. The results of the study indicate that the knowledge of primary school teachers about ADHD is generally at a moderate level, which is influenced by the factors of years of teaching and educational background of teachers.

This study has implications for the relevant authorities who should provide a space and platform for teachers to increase their knowledge about ADHD and realize the feasibility of implementing Inclusive Education Policy in schools.

Keywords: ADHD, Teacher’s level of knowledge, Primary School

(2)

22

ABSTRAK

Pengetahuan mengenai Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD) dapat memberikan kefahaman kepada guru tentang tingkah laku murid ADHD dan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan optimum bagi murid ADHD di sekolah. Tempoh masa yang panjang bersama murid-murid di sekolah menjadikan guru adalah orang yang sesuai untuk mengesan tingkah laku berkaitan ADHD dan mencadangkan rujukan murid-murid ini kepada pengawai perubatan untuk diagnosis dengan betul serta mendapatkan intervensi yang sesuai. Justeru itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru sekolah rendah mengenai ADHD di Daerah Alor Gajah, Melaka. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan borang soal selidik untuk mengutip data bagi mendapatkan maklumat berkaitan pengetahuan guru mengenai pengetahuan umum, simptom dan diagnosis serta rawatan ADHD. ADHD adalah gangguan multidimensi yang dicirikan oleh hiperaktif, impulsif, dan kekurangan dalam mengekalkan tumpuan.

Tumpuan, impulsif, dan hiperaktif adalah ciri utama dalam mengenal pasti tingkah laku murid ADHD. Pengetahuan guru dapat diperoleh melalui pendidikan diperingkat pengajian dan latihan yang diterima semasa bekerja di sekolah ataupun pengalaman terdahulu. Kajian ini menggunakan instrumen yang diadaptasi daripada Knowledge about Attention Deficit Disorder Survey (KADDS) Items, (Mark J. Sciutto & Feldhamer, 2002). Sampel kajian yang dipilih terdiri daripada guru-guru sekolah rendah yang mengajar di tahap satu iaitu tahun 1, 2 dan 3 seramai 322 orang di Daerah Alor Gajah, Melaka. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis diskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan guru sekolah rendah mengenai ADHD secara umumnya berada pada tahap sederhana yang didipengaruhi oleh faktor bilangan tahun mengajar dan latar belakang pendidikan guru. Kajian ini mempunyai impikasi kepada pihak berkaitan untuk menyediakan ruang dan platform bagi guru meningkatkan pengetahuan mereka mengenai ADHD ke arah merealisasikan ketercapaian pelaksanaan Dasar Pendidikan Inklusif di sekolah.

Kata Kunci: ADHD, Tahap Pengetahuan Guru, Sekolah Rendah

PENDAHULUAN

Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah kecelaruan atau gangguan yang paling kerap dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak pada kadar kira-kira 3% hingga 5% dan ianya menunjukkan pola yang semakin meningkat sejak dua dekad yang lalu (Pastor & Reuben, 2008;

Timimi & Radcliffe, 2005). Murid-murid ADHD sering berhadapan dengan masalah tumpuan yang merupakan perkara penting dalam proses pembelajaran dan interaksi sosial. Keadaan ini menyebabkan murid-murid ADHD mengalami kesukaran untuk memahami isi pengajaran guru (Feigenbaum, n.d.; Saeedi, Noorazar, Bafandeh, Taheri, & Farhang, 2014; Manisah & Norizza, 2016) dan akhirnya menyebabkan mereka mendapat pencapaian akademik yang rendah (Birchwood &

Daley, 2012). Tidak mempunyai pengetahuan mengenai ADHD menyebabkan guru sering menganggap murid ADHD sebagai pembawa masalah kerana tingkah laku mereka yang tidak dapat duduk diam setempat dan melakukan tugasan di meja dengan senyap serta bertindak di luar jangka.

Pengetahuan guru mengenai ADHD adalah penting bagi mengubah persepsi guru dan membantu guru menyediakan pengajaran dan pembelajaran (PDPC) mengikut pendekatan serta strategi yang bersesuaian bagi murid-murid ADHD. Pengetahuan mengenai ADHD dapat memberi kefahaman kepada guru tentang tingkah laku murid ADHD dan mewujudkan suasana pembelajaran yang

(3)

23

kondusif dan optimum bagi murid ADHD di sekolah. Tempoh masa yang panjang bersama murid- murid di sekolah menjadikan guru adalah orang yang sesuai untuk mengesan tingkah laku berkaitan ADHD dan mencadangkan rujukan murid-murid ini kepada pengawai perubatan untuk diagnosis dengan betul serta mendapatkan intervensi yang sesuai. Oleh itu, adalah penting bagi guru untuk mempunyai pengetahuan yang tepat tentang ADHD agar dapat memahami keperluan murid ADHD serta memberi cadangan rujukan untuk didiagnosis kepada ibu bapa mereka (Ohan, Visser, Strain, &

Allen,2011). Kebanyakan guru bersetuju bahawa tiada pengetahuan mengenai ADHD menyukarkan mereka mengenal pasti dan memahami tingkah laku berkaitan ADHD yang ditunjukkan oleh murid ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. (Ghanizadeh, Bahredar, & Moeini, 2006; Toye, Wilson, & Wardle,2019; Moore, Russell, Arnell, & Ford,2017; Al-Omari, Al-Motlaq, &

Al-Modallal,2015)

Guru merupakan golongan pertama yang sering kali mencadangkan rujukan murid-murid kepada pegawai perubatan untuk diagnosis ADHD (Sax & Kautz, 2003). Oleh itu, penting bagi guru mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang jelas mengenai tingkah laku murid ADHD. Ini untuk memastikan bahawa guru tidak tersalah membuat cadangan diagnosis kepada ibu bapa murid. Bailey dan Owens (2005) mendapati bahawa salah satu cabaran untuk melaksanakan intervensi terhadap murid ADHD adalah pengetahuan guru untuk mengenali tingkah laku ADHD, keadaan ini telah mempengaruhi keupayaan guru untuk merangka intervensi yang diperlukan bagi mengoptimumkan pengajaran dan pembelajaran murid-murid ADHD di sekolah. Pengetahuan guru mengenai ADHD membolehkan guru mengenalpasti murid bertingkah laku ADHD dan menerima secara positif murid- murid ini di dalam kelas.

LATAR BELAKANG TEORI

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru sekolah rendah mengenai ADHD.

Oleh itu, dua teori telah dikaitkan untuk menyokong kajian ini. Teori pertama adalah teori skema yang dicadangkan oleh Bartlett (1932). Skemata digunakan oleh orang untuk mengatur pengetahuan semasa mereka dan menyusunnya sebagai kerangka bagi penggunaan dan pemahaman pada masa depan pengetahuan. Teori ini menjelaskan bahawa ingatan jangka panjang adalah tetap atau tidak berubah malahan selalu disesuaikan kerana skema berkembang menerusi pengalaman. Teori skema berfungsi sebagai asas kajian ini dalam mengenal pasti samada latar belakang pendidikan guru dapat memberi perkaitan terhadap tahap pengetahuan guru mengenai ADHD. Teori skema akan memberi penjelasan hubungan skema pengetahuan yang diperoleh ketika belajar bagi kelayakan akademik yang lebih tinggi dan pengetahuan tentang ADHD. Teori kedua yang berkaitan dengan kajian ini adalah teori pembelajaran pengalaman yang dicadangkan oleh Kolb (1984). Pembelajaran pada dasarnya adalah pembelajaran melalui pengalaman. Teori pembelajaran pengalaman dapat menjelaskan perkaitan bilangan tahun mengajar guru dengan tahap pengetahuan mereka tentang ADHD.

PERNYATAAN MASALAH

Mengendalikan murid-murid ADHD di dalam kelas adalah tugas yang mencabar dan ia memerlukan pemahaman daripada para guru. Melalui pengetahuan, guru dapat membantu murid ADHD mengatasi kesukaran mereka semasa di sekolah (Barkley,2007). Walau bagaimanapun, mempunyai murid

(4)

24

ADHD di dalam kelas menimbulkan beberapa cabaran terhadap guru. Kelas sering terganggu oleh murid ADHD disebabkan oleh tingkah laku mereka (Moore et al. 2017). Disebabkan tiada pengetahuan mengenai ADHD, guru sering berasa kecewa dan terbeban semasa menguruskan murid ADHD berbanding murid lain (Lee & Witruk, 2013) ketika di dalam kelas. Oleh itu, pengetahuan guru mengenai ADHD adalah penting bagi memastikan pembelajaran murid ADHD dapat berlaku dengan baik bersama-sama murid yang lain di dalam kelas. Kajian (Schmiedeler,2013) telah mendapati bahawa guru mempunyai sedikit pengetahuan mengenai ADHD. Pengetahuan mengenai ADHD adalah penentu kepada kesediaan guru untuk menerima murid dengan ADHD di dalam kelas (Toye et al. 2019). Menurut West et al.2005 bahawa pengetahuan guru dapat mempengaruhi kefahaman dan kesediaan mereka terhadap murid dengan ADHD. Kurang pengetahuan terhadap ADHD juga akan menyebabkan guru mempunyai salah tanggapan terhadap murid. Hal ini akan mempengaruhi persepsi guru terhadap keupayaan mereka untuk mengajar murid-murid ADHD dan keupayaan murid-murid ini dalam pencapaian akademik. Sikap seterusnya menyebabkan murid- murid ADHD tidak mendapat suasana pembelajaran yang sesuai dan terbaik buat mereka. Beberapa kajian dari pelbagai tempat di dunia mendapati bahawa pengetahuan guru adalah indikator terbaik dalam menjelaskan ketidakupayaan murid-murid ADHD mendapatkan pembelajaran yang sesuai.

Kajian-kajian tersebut juga mendapati bahawa pengetahuan guru mengenai ADHD adalah tidak mencukupi dan memerlukan campur tangan pihak yang berkaitan dalam menyalurkan maklumat yang tepat tentang ADHD (Ghanizadeh et al. 2006; Toye et al. 2019; Moore et al. 2017). Al-Omari et al.

2015, yang menyatakan bahawa pengetahuan dalam kalangan guru mengenai ADHD adalah masih rendah. Youssef, Hutchinson, & Youssef, F. F. 2015 menyatakan bahawa tahap pengetahuan guru terhadap ADHD adalah rendah, malahan sikap guru juga menunjukkan ketidaksediaan terhadap penerimaan murid ADHD (Al-Omari et al. 2015; Youssef et al. 2015).

Pengetahuan guru adalah dipengaruhi oleh pengalaman mengajar, guru yang lebih berpengalaman memperolehi skor yang dalam soal selidik tentang pengetahuan ADHD yang dijalankan (Shehata, Mahrous, Abd, & Hassan,2016). Pengalaman mengajar merupakan antara faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan guru tentang ADHD (Shehata et al. 2016; Lee & Witruk 2016) seterusnya menjadi penentu kepada sikap kesediaan guru untuk menerima murid dengan ADHD di dalam kelas (Lee & Witruk 2016). (Kartini, Shahlan, Amirah, & Noraina Ayu, 2019) mendapati bahawa pengetahuan guru tentang ADHD adalah berbeza berdasarkan dengan pengalaman mengajar, didapati guru baharu mempunyai pengetahuan yang lebih rendah berbanding dengan guru yang lebih berpengalaman. Tahap pengetahuan guru tentang ADHD adalah dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan guru (Shehata et al. 2016; Youssef et al. 2015). Tahap pendidikan guru mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan tahap pengetahuan guru tentang ADHD, semakin tahap pendidikan guru maka semakin tinggi tahap pengetahuan guru tentang ADHD (Shehata et al. 2016; Youssef et al. 2015). Namun ini bertentangan dengan dapatan dalam kajian yang dijalankan oleh Al-Omari et al. pada 2015 di Jordan yang menyatakan bahawa tahap pendidikan guru tidak mempengaruhi tahap pengetahuan guru tentang ADHD. Dalam kajiannya didapati guru yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi tidak mempunyai tahap pengetahuan tentang ADHD yang berbeza dengan guru yang mempunyai tahap pendidikan yang lebih rendah. Pengetahuan guru-guru mengenai ADHD adalah perkara yang perlu diberi perhatian agar tidak berlaku salah tanggapan dalam kalangan guru-guru. Walaupun terdapat banyak kajian yang telah dilakukan (Ghanizadeh et al., 2006; Toye et al., 2019; Moore et al., 2017; Al-Omari et al., 2015; Shehata et al., 2016; Youssef et al., 2015; Lee & Witruk, 2016) untuk mengkaji pengetahuan guru mengenai ADHD, kebanyakan

(5)

25

kajian ini dilakukan di luar negara. Sehingga kini, konteks di Malaysia kurang dikenalpasti sama ada sama seperti yang digambarkan dalam kajian-kajian di atas atau sebaliknya, ini adalah kerana disebabkan kekurangan data berkaitan di Malaysia (Kartini et al., 2019). Manakala, Siti dan Safani, 2016, dalam kajiannya di Melaka menyatakan bahawa pengetahuan guru masih lagi lemah dan memerlukan pihak berkaitan mengambil langkah sewajarnya. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau dan mengenal pasti tahap pengetahuan mengenai ADHD dalam kalangan guru sekolah rendah khususnya di Daerah Alor Gajah, Melaka adakah sama sepertinya yang digambarkan (Ghanizadeh et al., 2006; Toye et al., 2019; Moore et al., 2017; Al-Omari et al., 2015; Shehata et al., 2016; Youssef et al., 2015; Lee & Witruk, 2016; Siti & Safani, 2016; Kartini et al., 2019)

METODOLOGI

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mengutip data daripada sampel kajian. Dalam kajian ini, populasi sasarannya terdiri daripada guru- guru sekolah rendah di daerah Alor Gajah, Melaka iaitu seramai 1997 orang guru daripada 75 buah sekolah rendah. Sekiranya populasinya 1900, maka bilangan sampel adalah 320 bersamaan dengan 16.84%. Sehubungan itu pengkaji menetapkan 17% guru dari setiap sekolah dipilih sebagai sampel.

Sampel kajian yang dipilih terdiri daripada guru-guru sekolah rendah yang mengajar di tahap satu iaitu tahun 1, 2 dan 3. Pemilihan mereka sebagai responden kajian akan memberikan tindak balas terhadap aspek yang hendak dibuat tinjauan. Dalam pemilihan sampel, pengkaji menggunakan teknik persampelan rawak mudah bagi membolehkan semua guru yang mengajar di tahap satu mempunyai peluang yang sama terpilih sebagai sampel kajian.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A: Maklumat demografi guru, Bahagian B: Tahap Pengetahuan guru terhadap ADHD yang telah diadaptasi daripada The Knowledge of Attention Deficit Disorders Scale (KADDS) (Mark J. Sciutto & Feldhamer, 2002).

Bahagian B mengukur tahap pengetahuan guru mengenai ADHD melalui 3 konstruk. Konstruk satu adalah mengukur pengetahuan guru mengenai ADHD dari aspek ciri-ciri berkaitan (pengetahuan umum) yang diukur oleh 16 item. Konstruk dua mengukur pengetahuan guru mengenai ADHD dari aspek simptom / diagnosis yang diukur oleh 10 item. Manakala konstruk tiga mengukur pengetahuan guru mengenai ADHD dari aspek rawatan yang diukur oleh 13 item. Instrumen asal telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan telah mendapat pengesahan penterjemahan daripada dua orang pakar yang merupakan guru Bahasa Inggeris yang mahir dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Pengesahan penterjemahan dibuat bagi memastikan perterjemahan ke dalam Bahasa Melayu dapat difahami oleh responden kajian. Respon Bahagian B instrumen kajian telah diubahsuai daripada tiga pilihan respon iaitu Betul, Salah dan Tidak Tahu kepada dua pilihan respon iaitu Betul dan Salah setelah melalui semakan pengesahan pakar. Kesemua item telah diuji rintis untuk menguji kesahan item. Tahap kesahan dan kebolehpercayaan item diuji menggunakan pekali alpha Cronbach.

Nilai alpha yang kurang daripada 0.6 dianggap lemah, nilai alpha 0.7 ke atas dianggap baik. Hasil analisis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan data kajian ini adalah tinggi, iaitu 0.845. Oleh itu, pernyataan item boleh diterima pakai dalam kalangan sampel kajian sebenar.

Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif dengan menggunakan Statistical Package

(6)

26

for the Social Science (SPSS) 18. Penganalisaan data melibatkan Statistik Deskriptif yang bertujuan mendapatkan data kekerapan, peratus, dan min.

DAPATAN KAJIAN

Demografi Responden

Kajian ini berfokuskan kepada guru sekolah rendah dan seramai 322 orang telah terlibat di dalam kajian ini. Data demografi yang digunakan seperti jantina, umur, tahap pendidikan, pengalaman mengajar, pernah mengajar pelajar kurang upaya di kelas dan pernah mengikuti kursus pendidikan khas semasa belajar di universiti dibentangkan dalam bentuk jadual berdasarkan bilangan dan peratusan responden.

Jadual 1 Analisis Demografi Responden Kajian

Bilangan Peratus Jantina

Lelaki 64 19.9

Perempuan 258 80.1

Umur

25 – 35 tahun 47 14.6

36 – 45 tahun 181 56.2

46 tahun ke atas 94 29.2

Tahap pendidikan

Sijil 6 1.9

Diploma 38 11.8

Ijazah Sarjana Muda 267 82.9

Sarjana 11 3.4

Pengalaman mengajar

Kurang dari 5 tahun 18 5.6

6 hingga 10 tahun 39 12.1

11 hingga 15 tahun 146 45.3

16 tahun dan lebih 119 37.0

Pernah mengajar pelajar kurang upaya di kelas

Ya 116 36.0

Tidak 206 64.0

Pernah mengikuti kursus pendidikan khas semasa belajar di universiti

Ya 58 18.0

Tidak 264 82.0

Tahap Pengetahuan Guru Mengenai ADHD

Keputusan kajian ini adalah untuk menjawab objektif dan persoalan kajian iaitu mengenal pasti tahap pengetahuan guru sekolah rendah mengenai ADHD. Jadual 2 menunjukkan tahap pengetahuan guru berdasarkan skor dan peratus bagi 3 konstruk yang telah diukur. Kajian mendapati sebanyak 73.3 peratus daripada responden mendapat berada pada tahap sederhana, 22.0 peratus pada tahap rendah dan 4.7 peratus responden berada pada tahap tinggi bagi konstruk pengetahuan umum mengenai ADHD.Maka, secara umumnya pengetahuan umum guru mengenai ADHD adalah pada tahap

(7)

27

sederhana. Manakala, sebanyak 50.6 peratus daripada 322 responden berada pada tahap tinggi, 46.3 peratus berada pada tahap sederhana dan 3.1 peratus responden berada pada tahap rendah bagi konstruk pengetahuan mengenai simptom dan diagnosis ADHD.Maka, tahap pengetahuan guru mengenai simptom dan diagnosis ADHD adalah berada pada tahap tinggi. Bagi konstruk pengetahuan mengenai rawatan ADHD secara umum berada pada tahap sederhana dengan sebanyak 62.4 peratus daripada responden memperolehi skor diantara 5 hingga 8.

Jadual 2 Tahap Pengetahuan Guru Mengenai ADHD Mengikut Konstruk

Rumusan Tahap Pengetahuan Guru Mengenai ADHD

Jadual 3 menunjukkan rumusan dapatan tahap pengetahuan guru mengenai ADHD. Hasil kajian ini mendapati seramai 282 orang (87.6%) pada tahap yang sederhana dan 40 orang (12.4%) pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa skor tahap pengetahuan mengenai ADHD (min = 21.40, SP = 3.651) dalam kalangan guru sekolah rendah adalah berada pada tahap yang sederhana.

Jadual 3 Rumusan Tahap Pengetahuan Guru Mengenai ADHD

Skor Tahap Kekerapan Peratus Min SP

1 - 13 Rendah 0 0.0

21.40 3.651

14 - 26 Sederhana 282 87.6

27 - 39 Tinggi 40 12.4

Jumlah 322 100.0

PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya kajian menunjukkan bahawa skor tahap pengetahuan mengenai ADHD (min

= 21.40, SP = 3.651) dalam kalangan guru sekolah rendah adalah berada pada tahap yang sederhana dengan mendapati seramai 282 orang (87.6%) pada tahap yang sederhana dan 40 orang (12.4%) pada tahap yang tinggi. Dapatan ini berbeza dengan kajian-kajian terdahulu yang mendapati guru terbukti mempunyai pengetahuan ADHD yang tidak mencukupi (Mulholland,Cumming, & Jung,2014) dan secara keseluruhannya tahap pengetahuan guru tentang ADHD adalah rendah (Kartini et al. 2019, Youssef et al. 2015, Shehata et al. 2016). Walau bagaimanapun, perbezaan antara penemuan kajian semasa dan kajian lain boleh disebabkan oleh dari aspek penyelidikan silang budaya, yang mana kajian ini dijalankan terhadap guru sekolah rendah di Alor Gajah, Melaka yang merupakan dalam konteks lokal. Manakala, sebilangan besar kajian sebelumnya dijalankan pada guru di luar negara.

Tahap pengetahuan guru yang berada pada tahap sederhana menunjukkan isyarat yang positif terhadap pemahaman dan penerimaan murid bekerperluan khas khususnya ADHD di dalam kelas arus perdana, seterusnya menjadi petanda positif terhadap ketercapaian pelaksanaan Dasar Pendidikan Inklusif di sekolah.

Tahap

Konstruk Pengetahuan umum

Konstruk Pengetahuan Simptom

/ Diagnosis

Konstruk Pengetahuan

Rawatan Skor Peratus Skor Peratus Skor Peratus

Rendah 1 - 5 22.0 1 - 3 3.1 1 - 4 8.7

Sederhana 6 - 10 73.3 4 - 6 46.3 5 - 8 62.4

Tinggi 11 - 16 4.7 7 - 10 50.6 9 - 13 28.9

Jumlah 100.0 100.0 100.0

(8)

28

Pengetahuan boleh datang dari pengalaman mengajar, atau boleh diperolehi daripada latihan atau pendidikan yang diterima. Kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan guru mengenai ADHD berada pada tahap sederhana adalah disebabkan oleh pengalaman mengajar yang dimiliki oleh responden kajian. Majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini mempunyai tempoh mengajar antara 11 hingga 15 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa guru yang terlibat sebagai responden adalah yang sudah berpengalaman dalam mengajar. Justeru itu, bilangan tahun mengajar secara tidak langsung meningkatkan pengetahuan guru melalui pengalaman. Hal ini adalah selari dengan kajian- kajian lalu yang dijalankan oleh Shehata et al. 2016; Lee dan Witruk 2016 yang menyatakan bahawa pengalaman mengajar merupakan antara faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan guru tentang ADHD. Mulholland et al. (2015) mengesahkan dapatan umum bahawa pengalaman mengajar adalah berkait rapat dengan pengetahuan guru mengenai ADHD. Dapatan kajian juga menyokong dapatan kajian yang dijalankan oleh (Kartini et al. 2019) yang mendapati bahawa pengetahuan guru tentang ADHD adalah berbeza berdasarkan dengan pengalaman mengajar. (Sciutto, 2015) mengenal pasti bahawa pengalaman terdahulu mengajar murid dengan ADHD dan menerima latihan khusus berkaitan ADHD dapat meningkatkan pengetahuan guru. Pengetahuan guru juga dapat diperoleh melalui pendidikan diperingkat pengajian dan latihan yang diterima semasa bekerja di sekolah Tahap pengetahuan guru mengenai ADHD secara umumya berada pada tahap sederhana adalah juga dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan guru. Majoriti guru memiliki Ijazah Pertama iaitu sebanyak 82.9 peratus berbanding sijil dan diploma yang masing-masing 1.9 peratus dan 11.8 peratus daripada responden kajian. Dapatan ini menyokong dapatan kajian-kajian lalu yang mendapati tahap pengetahuan guru tentang ADHD adalah dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan guru (Shehata et al. 2016; Youssef et al. 2015). Tahap pendidikan guru mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan tahap pengetahuan guru mengenai ADHD, semakin tinggi tahap pendidikan guru maka semakin tinggi tahap pengetahuan guru mengenai ADHD (Shehata et al. 2016; Youssef et al.

2015)

Pengkaji mencadangkan agar usaha dan langkah-langkah harus dilakukan untuk meningkatkan pemahaman guru terhadap murid dengan ADHD sekiranya ingin meningkatkan kesediaan guru terhadap pengajaran murid ADHD di Malaysia. Pihak sekolah seharusnya menggalakkan pembinaan persekitaran pembelajaran kelas yang menyokong murid-murid ADHD.

Persekitaran bilik darjah di sekolah harus ditingkatkan berdasarkan amalan kelas yang sesuai untuk menyokong pembelajaran murid dengan ADHD. Sokongan rakan sebaya sekelas khususnya dapat memperbaiki tingkah laku dan meningkatkan prestasi akademik murid ADHD (DuPaul et al. 1998).

Pembelajaran yang melibatkan murid ADHD secara aktif di bilik darjah bersama rakan sebaya dengan menggunakan pelbagai strategi dan intervensi (Poznanski ,Hart, & Cramer, 2018; Daley &

Birchwood 2010) dapat mengurangkan tingkah laku ADHD dan meningkatkan prestasi akademik murid ADHD (Kamal 2016, Hamilton & Astramovich 2013). Pelbagai pihak seharusnya berperanan dalam menyediakan ruang dan platform bagi guru meningkatkan pengetahuan mereka mengenai ADHD, manakala guru perlu mencari peluang menghadiri bengkel atau persidangan yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka mengenai murid berkeperluan khas khususnya ADHD.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Pengkaji menyediakan cadangan yang mungkin dipertimbangkan untuk penyelidikan masa depan berdasarkan apa yang terdapat dalam kajian semasa. Implikasi ini dapat digunakan dengan kaedah penyelidikan kuantitatif, kualitatif, dan campuran seperti berikut:

1. Kajian ini dijalankan di Daerah Alor Gajah, Melaka. Adalah disyorkan agar kajian yang berkaitan dengan pengetahuan guru terhadap murid dengan ADHD di bilik darjah dijalankan di semua negeri-negeri lain di Malaysia.

(9)

29

2. Menjalankan penyelidikan untuk meneroka sikap murid ADHD terhadap kesediaan guru mereka untuk mengajar mereka di kelas bagi kajian lanjutan terhadap kajian ini.

3. Menjalankan penyelidikan untuk meneroka sikap dan penerimaan rakan sebaya tipikal terhadap murid ADHD di kelas.

KESIMPULAN

ADHD adalah salah satu kecelaruan dalam kalangan kanak-kanak yang paling kerap didiagnosis, walaubagaimanapun, masih terdapat ramai guru yang tidak biasa dengannya. Guru selalunya merupakan individu yang pertama mengesan tingkah laku ADHD pada murid di dalam bilik darjah.

Guru juga seharusnya dapat membuat cadangan rujukan untuk didiagnosis oleh pegawai perubatan kepada ibu bapa murid sekiranya mereka mempunyai pengetahuan yang tepat tentang ADHD (Sax

& Kautz 2003). Guru adalah sebagai salah satu sumber yang paling berharga dalam soal diagnosis dan rujukan murid untuk ADHD kepada pegawai perubatan. Dengan pengetahuan yang ada, guru dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan mesra bagi semua murid, termasuk mereka yang mempunyai ADHD. Kurang pengetahuan mengenai ADHD juga akan menyebabkan guru mempunyai salah tanggapan terhadap murid. Pengetahuan mengenai ADHD yang betul dan tepat dapat membantu guru memahami tingkah laku murid ADHD dengan lebih baik. Hal ini dapat membantu guru merangka strategi terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid ADHD. Pengetahuan guru sekolah rendah mengenai murid ADHD masih mempunyai ruang untuk dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, ia memerlukan semua pihak memainkan peranan bagi menjayakannya dan seterusnya dapat meningkatkan peratus pelaksanaan dasar program inklusif di sekolah pada masa hadapan. Sebagai guru, kita berperanan mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran pedagogi agar dapat memahami keperluan setiap murid, merangka pengajaran dan intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid di dalam kelas. Ini adalah kerana setiap murid mempunyai keperluan yang berbeza, cara pembelajaran yang berbeza, apatah lagi murid berkerperluan khas khususnya ADHD. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa pengetahuan guru adalah penting dan menjadi penentu kepada penerimaan murid ADHD di dalam kelas oleh guru. Di samping itu, latar belakang pendidikan dan pengalaman mengajar turut mempengaruhi tahap pengetahuan guru mengenai ADHD dan secara tidak langsung mempengaruhi kesediaan guru menerima dan mengajar murid ADHD.

RUJUKAN

Al-Omari, H., Al-Motlaq, M. A., & Al-Modallal, H. (2015). Knowledge of and Attitude towards Attention-deficit Hyperactivity Disorder among Primary School Teachers in Jordan. Child Care in Practice, 21(2), 128–139. https://doi.org/10.1080/13575279.2014.962012

Bailey, R. K., & Owens, D. L. (2005). Overcoming Challenges in the Diagnosis and Treatment of Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder in African Americans. 5–10.

Bartlett, F. (1932). Remembering. Cambridge University Press.

Birchwood, J., & Daley, D. (2012). Brief report: The impact of Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) symptoms on academic performance in an adolescent community sample.

Journal of Adolescence, 35(1), 225–231. https://doi.org/10.1016/j.adolescence.2010.08.011 Feigenbaum, R. (n.d.). ADHD and Theory of Mind in School-Age Children: Exploring the

Cognitive Nature of Social Interactions in Children with ADHD. In City University of New York (CUNY). Retrieved May 20, 2018, from http://academicworks.cuny.edu/gc_etds Ghanizadeh, A., Bahredar, M. J., & Moeini, S. R. (2006). Knowledge and attitudes towards

(10)

30

attention deficit hyperactivity disorder among elementary school teachers. Patient Education and Counseling, 63(1–2), 84–88. https://doi.org/10.1016/j.pec.2005.09.002

Kartini, Z. A., Shahlan, S., Amirah, A. R., & Noraina Ayu, R. (2019). Hubungan Antara Pengetahuan dan Kesediaan Guru Dengan Murid ADHD di dalam Kelas Arus Perdana.

INTERNATIONAL CONFERENCE OF RESEARCH AND EDUCATION FOR EDUCATORS 2019, 17–20.

Kolb, D. (1984). Experiential Learning as the Science of Learning and Development. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Lee, Y., & Witruk, E. (2016). Teachers’ knowledge, perceived teaching efficacy, and attitudes regarding students with ADHD: a cross-cultural comparison of teachers in South Korea and Germany. Health Psychology Report, 2(April), 103–115.

https://doi.org/10.5114/hpr.2016.58383

Manisah, M. A., & Norizza, S. (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(1), 1–6.

Mark J. Sciutto, P. D., & Feldhamer, E. (2002). The K Knowledge of A Attention D Deficit D Disorders S Scale (KADDS). Clinical Research, 2.

Moore, D. A., Russell, A. E., Arnell, S., & Ford, T. J. (2017). Educators’ experiences of managing students with ADHD: a qualitative study. Child: Care, Health and Development, 43(4), 489–

498. https://doi.org/10.1111/cch.12448

Mulholland, S. M., M. Cumming, T., & Jung, J. Y. (2014). Teacher Attitudes Towards Students Who Exhibit ADHD-Type Behaviours. Australasian Journal of Special Education, 39(1), 15–

36. https://doi.org/10.1017/jse.2014.18

Poznanski, B., Hart, K. C., & Cramer, E. (2018). Are Teachers Ready? Preservice Teacher Knowledge of Classroom Management and ADHD. School Mental Health, 10(3), 301–313.

https://doi.org/10.1007/s12310-018-9259-2

Saeedi, M. T., Noorazar, S. G., Bafandeh, H., Taheri, M., & Farhang, S. (2014). Theory of mind in children with attention deficit hyperactivity disorder ?compared to controls. J Anal Res Clin Med, 2(3), 99–104. https://doi.org/10.5681/jarcm.2014.017

Sax, L., & Kautz, K. J. (2003). Who First Suggests the Diagnosis of. ANNAL OF FAMILTY MEDICINE, 1, 171–174. https://doi.org/10.1370/afm.3

Sciutto, M. J. (2015). ADHD Knowledge , Misconceptions , and Treatment Acceptability.

https://doi.org/10.1177/1087054713493316

Shehata, A., Mahrous, E., El, A., Abd, E., & Hassan, H. (2016). Effectiveness of Structured Teaching Program on Knowledge , Attitude and Management Strategies Among Teachers of Primary School toward Children with Attention Deficit Hyperactivity Disorders . 5(6), 29–37.

https://doi.org/10.9790/1959-0506072937

Siti Nur Elainee,A & Safani,B. (2016). Presepsi Guru Aliran Perdana terhadap Program Inklusif Pendidikan Khas Sekolah Menengah di Melaka. INTERNATIONAL CONFERENCE ON SPESIAL EDUCATION IN SOUTHEAST ASIA REGION 6TH SERIES 2016, 239-244 Toye, M. K., Wilson, C., & Wardle, G. A. (2019). Education professionals’ attitudes towards the

inclusion of children with ADHD: the role of knowledge and stigma. Journal of Research in Special Educational Needs, 19(3), 184–196. https://doi.org/10.1111/1471-3802.12441

Youssef, M. K., Hutchinson, G., & Youssef, F. F. (2015). Knowledge of and Attitudes Toward ADHD Among Teachers : Insights From a Caribbean Nation.

https://doi.org/10.1177/2158244014566761

Referensi

Dokumen terkait

Pengaruh kegiatan literasi terhadap minat baca siswa kelas VIII SMP Negeri 2 Kota Ternate memiliki pengaruh sesuai dengan hasil data, menunjukan bahwa hasil tes

Membentuk cabang-cabang baru, akibat dari perubahan administrasi pemerintah Kabupaten Lamongan (yaitu terbentuknya tiga kecamatan baru, antara lain Pucuk, Bluluk, dan Solokuro, yang

Hasil dari penelitian ini ialah layanan informasi online yang dapat memvisualisasikan rute sesuai dengan keberangkatan dan tujuan pengguna Trans Padang.. Selain itu, terdapat

Penggunaan media Flash Card SUBACA ini juga tidak mengharuskan anak menulis, karena kegiatan dalam penelitian ini adalah menunjukkan media yang sesuai dengan

Jika kita mendapatkan informasi mengenai hasil ujian dalam volume yang lebih besar, seperti dari semua siswa di satu kelas atau satu sekolah, hal tersebut bisa digunakan untuk

After an average follow-up of 37 months, complete favorable response was recorded in 13 (62%) patients, progression in three (14%) patients, relapse in one (4%) patient, while

POWER PURCHASE AGREEMENT BOJONEGARA FINANCE LEASE AGREEMENT PLTU TANJUNG JATI B HUB.HUKUM PARA PIHAK PT PLN (Persero) sebagai buyer , IPP sebagai seller PT PLN

Dengan menggunakan model Creative Problem Solving siswa diharapkan mampu belajar secara mandiri dan dapat memecahkan permasalahan yang ada pada proses pembelajaran