• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERPUSTAKAAN UTM LAPORAN TAHUNAN Unit Galerium Bahagian Pembangunan Sumber

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERPUSTAKAAN UTM LAPORAN TAHUNAN Unit Galerium Bahagian Pembangunan Sumber"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

PERPUSTAKAAN UTM

Unit Galerium

Bahagian Pembangunan Sumber

LAPORAN

TAHUNAN

2016

(2)

1

LAPORAN TAHUNAN UNIT GALERIUM TAHUN 2016

1.0 Pengenalan

Unit Galerium (UG) beroperasi di bawah pengurusan Bahagian Pembangunan Sumber dengan empat staf iaitu Pustakawan Kanan, Penolong Kurator, Pembantu Pustakawan Kanan dan Pembantu Pustakawan. Tahun 2016 merupakan titik permulaan bersejarah bagi UG kerana buat pertama kalinya pihak pengurusan tertinggi Perpustakaan telah meluluskan penempatan seorang Pustakawan bagi menggalas tanggungjawab besar mengurus unit ini.

UG bergerak aktif dalam aktiviti perolehan artifak yang diterima daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang prihatin dan sedar akan kepentingan ‘menyelamatkan’ warisan Universiti untuk generasi seterusnya. Perolehan bahan galerium yang diterima terdiri daripada pelbagai jenis, berbentuk dokumen sehingga kepada peralatan teknologi maklumat.

Aktiviti mempromosi galerium kepada komuniti luar disokong kuat oleh Unit Kampus Ekopelancongan dengan menjadikan Galerium UTM sebagai salah satu lokasi menarik melalui pakej lawatan yang ditawarkan kepada pelawat Universiti. Pendekatan ini merupakan inisiatif bijak dalam memperkenalkan jenama Galerium UTM.

Aktiviti konservasi asas yang dilaksanakan adalah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran staf melalui pengalaman peribadi serta sumber internet yang boleh dipercayai. Peluang menjalani lawatan sehari ke Pusat Konservasi, Muzium Diraja Abu Bakar sangat bernilai dijadikan sumber pengetahuan serta panduan penting dalam proses konservasi selaras piawaian pemuziuman antarabangsa.

UG menggunakan sumber sedia ada secara optimum dalam situasi kewangan yang kurang memberangsangkan. Hasil hubungan baik secara dalaman dan luaran khususnya bersama badan kesenian bukan kerajaan, membolehkan aktiviti pameran dilaksanakan tanpa sebarang kos. Secara tidak langsung, manfaat daripada hubungan baik ini dapat membantu Perpustakaan dalam langkah penjimatan secara berhemah.

1.1 Fungsi Unit Galerium

1.1.1 Mengumpul dan memproses koleksi galerium /artifak yang terdapat di dalam/luar UTM.

1.1.2 Mengurus tuntutan bagi koleksi bahan dan artifak yang tidak diserahkan ke Galerium UTM.

(3)

2 1.1.3 Input perolehan data koleksi bahan dan artifak ke dalam sistem.

1.1.4 Memproses hakmilik, label serta menyusun atur Koleksi Galerium secara sistematik.

1.1.5 Memulihara dan memelihara bahan galerium.

1.1.6 Perkongsian maklumat melalui pameran bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

2.0 Aktiviti Unit Galerium sepanjang tahun 2016 2.1 Pameran Kendiri

(Pameran yang diadakan oleh Unit Galerium tanpa kolaborasi dengan pihak luar)

Bil. Tajuk Pameran Tarikh Lokasi

1. Teraju UTM Terdahulu 3 April-30 Ogos 2016 Ruang bacaan terbuka, aras 1, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah

Pameran bersempena Kursus Pengurusan Risiko ISO 9001:2015 pada 4-6 April 2016 bertempat di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah kemudian dilanjutkan sehingga Ogos 2016. Poster-poster yang dipamer terdiri daripada dua bahagian bagi setiap Naib Canselor iaitu gambar dan latarbelakang, digarap dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris bertujuan memudahkan pengunjung luar negara memahami pengisian pameran. Turut dipamer adalah beberapa penerbitan berkaitan Naib Canselor UTM sebagai perkongsian ilmu.

(4)

3

Bil. Tajuk Pameran Tarikh Lokasi

2. Memartabat Ilmu, Melestari

Kecemerlangan

28 Mac 2016 – 3 April 2016

Ruang legar (dalam), aras 3, Perpustakaan Sultanah Zanariah 22-25 April 2016 Ruang galeri, Bangunan Canseleri

Sultan Ibrahim 22-26 Okt 2016

Pameran bersempena sesi pembentangan peringkat ke-2 Anugerah Kualiti Perkhidmatan 2015 pada 30 Mac 2016.

Pameran bersempena Majlis Konvokesyen UTM ke-56, 23-24 April 2016 dan Majlis Konvokesyen UTM ke-57, 22-25 Okt 2016. Kunjungan pengguna ke ruang pameran memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui lebih lanjut sejarah di sebalik Majlis Konvokesyen Universiti.

(5)

4

2.2 PAMERAN SECARA KOLABORASI

(Pameran yang diadakan oleh Unit Galerium dengan kerjasama pihak luar)

Bil. Tajuk Pameran Tarikh Lokasi

1. Biarlah Kami Berbicara Tentang Malaysia yang Merdeka

1-30 Sept 2016 Ruang legar (dalam), aras 3, Perpustakaan Sultanah Zanariah

dan Ruang bacaan, aras 1, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah

Mempamer 68 buah lukisan berbingkai bertemakan kemerdekaan hasil karya murid tahun dua hingga empat dari Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1, Skudai. Karya dibahagi dan dipamer serentak di kedua-dua lokasi. Pameran bersempena bulan kemerdekaan ini juga merupakan kolaborasi dalaman Unit Galerium bersama Unit Promosi & Alumni serta AJK Galerium, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah.

(6)

5

Bil. Tajuk Pameran Tarikh Lokasi

2. Seni Visual Hipster Melalui Eksperimentasi Idea dan Bahan

1 Sept-10 Okt 2016 Ruang legar (dalam), aras 3, Perpustakaan Sultanah Zanariah

Pelbagai bahan kitar semula dan perhiasan lama diolah secara berseni dengan menerapkan elemen dan gaya Hipster oleh artis residensi latihan industri dari Hujung Tanah Art Residency.

(7)

6

Bil. Tajuk Pameran Tarikh Lokasi

3. Pameran KIEP 3-5 Okt 2016 Dewan Al Dinawari, Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan (FBME)

Penglibatan Unit Galerium sebagai AJK Kecil Pameran yang diketuai oleh Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko UTM (QRiM) bersempena program Konvensyen Inovatif, Efisien dan Produktif (KIEP), UTM, 2016.

(8)

7

Bil. Tajuk Pameran Tarikh Lokasi

4. Ekspresi Qalam 6 Dis 2016-14 Jan 2017

aras 1, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah

Mempamer 13 buah karya seni khat hasil kreativiti para pelajar Universiti Malaysia Sarawak dari Balai Pendidikan Seni Visual Artgeng, Taman Mutiara Rini, Skudai, Johor.

(9)

8

Bil. Tajuk Pameran Tarikh Lokasi

5. Batik : Jalinan Alam

22 Dis 2016-15 Feb 2017 Galeri Terbuka, Perpustakaan Sultanah Zanariah

Mempamer 23 buah lukisan batik canting hasil karya pelajar tahun 1-3 (Sarjana Muda Sains Senibina) dan pelajar tahun 1-2 (Sarjana Senibina). Penglibatan mereka adalah secara sukarela kerana minat kepada seni batik canting.

(10)

9

3.0 Perolehan Koleksi Galerium

3.1 UG bertanggungjawab memperolehi koleksi galerium yang mempunyai nilai sejarah, pengajaran, pembelajaran penyelidikan. Selain daripada inisiatif UG sendiri bagi membangun koleksi galerium, pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) secara sukarela menyumbang aset di tempat mereka untuk koleksi galerium.

3.2 Jumlah perolehan koleksi galerium pada tahun 2016 meningkat sebanyak 34.5% dibandingkan pada tahun 2015. Rujuk Carta 1.

Carta 1 : Statistik Perolehan Koleksi Galerium Secara PerbandinganBagi Tahun 2015 dan Tahun 2016

(11)

10 3.3 Perincian bagi perolehan koleksi galerium dalam tahun 2016 adalah seperti berikut :

Bil. Koleksi Tarikh Perolehan

Sumber Perolehan

Kuantiti

1.

 Meja Keris Kuasa  Potret wajah 6 Perdana

Menteri Malaysia  Radio era ITK

 Video kamera (National) yang dibeli pada tahun 1986

15 Mac 2016

Stor Lupus,

Bendahari UTM 4

2.

Kamera lama pertengahan tahun 1970an sehingga awal tahun 2000an yang

digunakan oleh jurufoto UTM

17 Mac 2016

Hal Ehwal Korporat & Stor Lupus, Bendahari UTM

48

3.

Kerusi pertama kegunaan Canselor dalam Majlis Konvokesyen UTM

27 April 2016

Stor Lupus,

Bendahari UTM 1

4. Baner & bunting Majlis

Pemasyhuran PRZS 3 Mei 2016 Bahagian Repositori Metadata, Perpustakaan UTM 7 5.

Dokumen lama Bendahari  Kertas komputer 15" x

11" - 3 ply NCR/slip gaji Bendahari kosong  Baucer bayaran kosong  Tag Verikasi Harta Tetap

UTM

 Borang KEW.8

(Perubahan Pendapatan Kakitangan)

(12)

11

Bil. Koleksi Tarikh Perolehan Sumber Perolehan Kuantiti 6.  Peralatan sistem kerangka Utama UTM  Backup tape  Manual 5 Jun 2016 Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTM 7

7. Watikah perlantikan

Pro-Canselor 30 Jun 2016

Pejabat Pendaftar,

UTM 2

8.

 ‘Data Catridge Tape’ (DC6150)  ‘Tape Catridge (1/2 inch) 9 Ogos 2016 Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTM 22

9. Hiasan pentas kayu Majlis

Konvokesyen UTM 10 Ogos 2016

Pejabat Harta Bina,

UTM 2

10. Kertas cetakan dot-matrik 17 Ogos 2016

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UTM

1

11. Buku daftar graduan ITK

(penyalinan semula) 4 Okt 2016

Unit Galerium,

Perpustakaan UTM 1 12. Watikah perlantikan

Pro-Canselor 14 Nov 2016

Pejabat Pendaftar,

UTM 4

13. Foto digital sejarah dan

peristiwa UTM 23 Nov 2016

Unit Media Kreatif, Pejabat Hal Ehwal

Korporat, UTM

427

(13)

12

4.0 Konservasi koleksi galerium

4.1 Proses memelihara dan memulihara artifak dilaksana secara berperingkat meliputi pembersihan, pembaikan kecil dan penggunaan bahan kimia bagi mengawal serangan serangga perosak.

4.2 Statistik konservasi koleksi galerium adalah seperti berikut :

Bil. Kategori Artifak Yang Dikonservasi Kuantiti (Unit)

1. Artifak yang baru diperolehi 11

2. Artifak sedia ada dalam koleksi galerium 323

3. Artifak yang sedang dipamerkan 122

4. Perabot galeri dan lain-lain 50

(14)

13 4.3 Jumlah konservasi koleksi galerium pada tahun 2016 meningkat sebanyak 18.2 %

dibandingkan pada tahun 2015. Rujuk Carta 2.

Carta 2 : Statistik Konservasi Koleksi Galerium Secara Perbandingan Bagi Tahun 2015 dan Tahun 2016

(15)

14

5.0 LATIHAN SANGKUT UNIT GALERIUM DI MUZIUM DIRAJA ABU BAKAR, JOHOR BAHRU

5.1 UG diberi peluang untuk mengadakan satu lawatan kerja sambal belajar di Muzium Diraja Abu Bakar, Johor Bahru pada 2 hingga 3 Februari 2016. Turut serta adalah staf daripada Unit Pembangunan & Pengurusan Multimedia, Bahagian Pembangunan Sumber dan Unit Koleksi Khas, Bahagian Repositori Metadata. Lawatan dididahului dengan taklimat daripada Pengarah Muzium, Y.Bhg. Datuk Paiman bin Keromo.

(16)

15 5.2 Perincian lawatan adalah seperti berikut :

Perkara Catatan

Tarikh 2-3 Feb 2016

Bilangan staf Unit Galerium yang

terlibat

3 orang :

 1 Pustakawan Kanan  1 Penolong Kurator

 1 Pembantu Perpustakaan Kanan

Skop latihan

Pengurusan artifak merangkumi skop berikut :  Perolehan  Pengimejan  Penyimpanan  Penyelidikan  Konservasi  Pameran

Objektif Memberi pendedahan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

staf Unit Galerium kepada pengurusan artifak secara menyeluruh.

Perkongsian pengetahuan daripada Unit Galerium dalam program kolokium / K. Sharing

Pembentangan berkumpulan dalam sesi kolokium / ‘K. sharing’ pada 17 Nov 2016.

(17)

16

6.0 PENYEDIAAN ARTIFAK UNTUK GALERI PSZKL

6.1 UG diberi kepercayaan untuk memberi khidmat nasihat dan membekalkan artifak / koleksi galerium yang sesuai dipamerkan bagi penyediaan Galeri PSZKL.

(18)

17 6.2 Perincian penyediaan bahan untuk Galeri PSZKL adalah seperti berikut :

Perkara Catatan

Tempoh penyediaan 26 Ogos – 5 Okt 2016

Proses yang terlibat

 Mengenalpasti artifak dan bahan lain yang sesuai  Mengurus artifak bermula proses konservasi sehingga

pembungkusan

 Mengurus bahan bercetak yang berkaitan  Penyelidikan berkaitan artifak

 Mendeposit rekod artifak ke dalam sistem Workflow  Perancangan penghantaran

 Memberi khidmat nasihat dan panduan bagi penyediaan galeri

Artifak dan dokumen bersejarah yang

disediakan

Artifak :

 1 unit mesin taip (Olympia)  1 unit projektor filem (Hokusin)  1 unit mesin rakaman kaset (Hanimax)  1 unit projektor transparensi (Cabin)  1 helai jubah lama Canselor

 1 helai jubah lama Pegawai Kanan Universiti  1 helai jubah lama graduan Sarjana Muda FAB  1 helai jubah lama graduan Sarjana Muda FKE Dokumen / bahan yang dicetak semula

 1 buku daftar Technical College, Kuala Lumpur : Graduates  1 album koleksi muka depan buku Majlis Konvokesyen UTM  Poster Sejarah UTM (saiz A3) : 6 keping

 Poster Naib Canselor UTM terdahulu (saiz A3) : 10 keping Cadangan judul buku :

 Pelan Induk Kampus, Sekudai, Johor

 Seiring Mengukir Kegemilangan 30 Tahun UTM di Negeri Johor  Seabad Meniti Cabaran, Menjana Peradaban Terbilang 100

Tahun Sejarah UTM (1904-2004)

Tarikh penghantaran

(19)

18

7.0 PENYEDIAAN KERTAS KERJA UNTUK MESYUARAT EKSEKUTIF PERPUSTAKAAN UTM

Bil. Tajuk Kertas Kerja Catatan

1. Kertas Kerja Cadangan Lokasi Mengadakan Pameran

Bertemakan ‘Pengurusan Tenaga’ Kerjasama

Unit Galerium dan Unit Pengurusan Tenaga, Pejabat Harta Bina, Universiti Teknologi Malaysia

Kertas kerja dimajukan di dalam Mesyuarat Eksekutif, bil. 2/2016, 12 April 2016.

Mesyuarat meluluskan cadangan yang dimajukan di dalam kertas kerja. Namun begitu, pelaksanaannya tertangguh disebabkan tiada keputusan muktamad oleh pihak Unit Pengurusan Tenaga, Pejabat Harta Bina.

(20)

19

8.0 PROJEK SEMAKAN ASET / PERABOT PAMERAN RMK-9 YANG BERADA DI PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH (dengan kerjasama AJK GALERIUM, PRZS)

Perkara Catatan

Tarikh 25-28 Sept 2016

Staf Unit Galerium yang terlibat dengan proses

semakan di PSZ

2 orang :

 1 Pustakawan Kanan

 1 Pembantu Perpustakaan Kanan

Proses kerja yang terlibat

 Kenalpasti aset / perabot pameran dan kuantiti yang terlibat

 Penampalan barkod kuning

 Penyediaan senarai akhir bagi 14 unit (easel dan pedestal) dan dimajukan kepada pihak PRZS untuk tindakan lanjut.

(21)

20

9.0 Kolaborasi Bersama Unit Kampus Ekopelancongan dan Mengendali Lawatan Berpandu di Ruang Pameran Galerium

9.1 Keaktifan Perpustakaan menerima kunjungan pelawat secara tidak langsung memberi kesan kepada pola kerja kerja UG. Pelawat turut dibawa ke ruang pameran Galerium UTM dalam sesi lawatan ke Perpustakaan Sultanah Zanariah.

9.2 UG bertanggungjawab mengendali 19 lawatan berpandu di ruang pameran Galerium UTM di bawah pengurusan Bahagian Perkhidmatan Maklumat & Penyelidikan. Bermula Feb 2016, Unit Kampus Ekopelancongan mengadakan kolaborasi bersama UG melalui pakej lawatan di peringkat Universiti.

(22)

21 9.3 Statistik lawatan berpandu yang dikendalikan oleh UG adalah seperti berikut :

Bil. Tarikh Pelawat Jumlah Pelawat

1. 18.1.2016 Woosuk University, Korea 25

2. 18.1.2016 Sek. Men. Keb. Tahfiz Pasir Gudang, Johor 45 3. 17.2.2016 Peserta di bawah program ‘Discover UTM

Edutourism’ (dibawa oleh Unit Kampus Ekopelancongan)

50

4. 28.3.2016 Nikoto High School, Jepun 32

5. 03.4.2016 Universiti Hamzahwandi, Indonesia 12 6. 06.4.2016 Pelajar 1M4U dari AJK Kolej Mahasiswa, UTM 60 7. 21.4.2016 Pelajar di bawah program Kolej Tuanku

Canselor, UTM

80

8. 25.4.2016 Universiti dari Australia 8

9. 25.4.2016 Universiti PGRI, Semarang, Indonesia 12

10. 03.5.2016 Universiti Kediri, Indonesia 28

11. 22.5.2016 Alumni PSZ 6

12. 24.5.2016 Universiti Malaysia Terengganu 8

13. 31.5.2016 Pelajar sekolah di bawah program

Edupelancongan (dibawa oleh Unit Kampus Ekopelancongan)

36

14. 18.7.2016 Agensi pelancongan daripada pelbagai syarikat (dibawa oleh Unit Kampus Ekopelancongan)

4

15. 03.11.2016 UiTM Segamat, Johor 18

16. 08.11.2016 Universiti 11 Maret, Indonesia 12 17. 14.11.2016 Sek. Men. Keb. Kota Putri, Kulai, Johor 48 18. 14.11.2016 Sek. Men. Keb. Kota Tinggi, Johor 46 19. 16.11.2016 Kolej Vokasional Batu Pahat, Johor 15

(23)

22

10.0 Mempromosi Aktiviti Unit Galerium Di Dalam Buletin Perpustakaan

10.1 Penulisan artikel berkaitan aktiviti UG untuk Buletin Perpustakaan sentiasa dijalankan dari masa ke semasa. Ia merupakan satu usaha berpanjangan melalui media cetak Perpustakaan bagi mewar-war peristiwa semasa yang berlaku di dalam UG. Selain daripada itu, penerbitan berita UG merupakan sumber maklumat dan rekod yang bermanfaat untuk dirujuk semula pada masa akan datang.

Bil. Tajuk artikel Buletin

1. Pameran ‘Memartabat Ilmu, Melestari Kecemerlangan’ Oleh Unit Galerium

Buletin Jan-Mac 2016 2. Pembangunan Koleksi Galerium

3. Kenali Naib Canselor UTM Terdahulu Melalui Pameran ‘Teraju Utm Terdahulu’ Di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah

(24)

23

Bil. Tajuk artikel Buletin

4. Pelihara Warisan Universiti

Buletin Apr-Jun 2016 5. Sumbangan Staf : Beri Impak Besar Kepada Galerium

6. Kolaborasi Unit Galerium & Unit Kampus

Ekopelancongan, Lawatan ‘Edutourism’ Meriahkan Galerium UTM

Buletin Jul-Sept 2016

7. PHB Menyumbang Lagi Untuk Koleksi Galerium 8. Kolaborasi Dalam Pameran Kemerdekaan, Hipster

Dan Khat : Unit Galerium Memanfaatkan Hubungan Baik Dengan Pelbagai Pihak

Buletin Okt-Dis 2016

11.0 Projek Penyediaan Poster Bagi Dinding Luar Dan Dalam Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim

11.1 UG mengorak langkah lebih jauh dalam konteks projek kolaborasi antara PTJ. Arahan Datuk Naib Canselor bagi penyediaan poster di luar dan dalam Dewan Senat juga menggabungkan kerjasama Pejabat Naib Canselor, Pejabat Harta Bina dan Pejabat Hal Ehwal Korporat. Walaupun projek masih diteruskan sehingga tahun 2017, gerak kerja dalam jangkasama Nov-Dis 2016 merupakan pengalaman dan peluang berharga untuk UG bergerak lebih aktif dalam memenuhi hasrat pengurusan tertinggi Universiti.

(25)

24 11.2 Perincian projek adalah seperti berikut :

Perkara Catatan

Tarikh 14 Nov-31 Dis 2016

Proses kerja yang terlibat

 Mengurus perolehan bahan bagi pengisian poster (gambar dan kapsyen)

 Mengemaskini bahan dan membuat penyelarasan dengan pihak Unit Media Kreatif, Pejabat Hal Ehwal Korporat di dalam

penyediaan artwork / rekabentuk poster berdasarkan arahan Datuk Naib Canselor

 Mengurus perolehan dan penilaian sebutharga

 Membuat pembentangan kepada pihak Datuk Naib Canselor bagi melapor perkembangan terkini projek

12.0 Kesimpulan

12.1 Pemantapan aspek pengurusan dan pentadbiran galerium merupakan elemen penting yang wajar diperkukuhkan dari masa ke semasa bagi memastikan UG terus berkembang sebagai entiti penting dan tidak terpinggir dalam memenuhi agenda Universiti.

(26)

25 11.2 Sebagai pusat penyimpanan warisan dan khazanah Universiti, UG mampu kekal relevan

dan signifikan dengan sokongan pengurusan tertinggi Perpustakaan UTM.

11.3 Jalinan hubungan korporat secara berstrategik memberi manfaat yang sangat luas dalam konteks mempromosi jenama galerium di samping menyokong inisiatif yang dilaksanakan kearah keberhasilan berimpak tinggi.

---

LAPORAN AKTIVITI 5S DI BPS 2016

1.0 Aktivisi 5S di Bahagian Pembangunan Sumber (BPS) dilaksanakan agak perlahan pada tahun 2016. Kekurangan aktiviti yang dijalankan tidak bermakna pengurusan BPS tidak mementingkan elemen 5S di persekitaran kerja.

1.2 Dua aktiviti 5S lebih memfokus kepada lokasi penyimpanan fail di Unit Perolehan dan susunan peralatan serta perabot di Bilik Baikpulih Komputer.

(27)

26 1.3 Perincian aktiviti adalah seperti berikut :

Penyusunan semula fail dan dokumen lama di Unit Perolehan pada Dis 2016 (sebelum)

Fail-fail berisi dokumen lama disimpan di dalam kotak dan tidak disusun secara rapi. Cara penyimpanan yang kurang selamat dan terdedah kepada pandangan umum. Peralatan membersih seperti penyapu dan penyodok sampah ditempatkan di lokasi yang sama menimbulkan pemandangan yang kurang baik dalam persekitaran kerja.

Semua kotak dikeluarkan daripada lokasi asal. Fail di dalamnya dipindahkan ke dalam kotak lain untuk penyusunan yang lebih baik.

(28)

27 (selepas)

Kotak baru yang mengandungi dokumen disusun di dalam kabinet sementara fail kosong disusun dan disimpan untuk kegunaan semula.

Penyusunan peralatan dan perabut di Bilik Baikpulih Komputer pada Mac 2016 (sebelum)

Susunan peralatan ICT diletakkan di atas lantai. Lokasi asal kabinet kayu biru kuning adalah di tepi dinding, menempatkan mesin layan diri yang telah dilupuskan. Penggunaannya dilihat tidak digunakan secara optimum dan kurang praktikal. Kehadiran dua buah meja bulat di tengah-tengah ruang menyebabkan keadaan kelihatan tidak teratur dan memakan ruang yang banyak.

(29)

28 (selepas)

Meja bulat di tengah ruang dikeluarkan dan digantikan dengan beberapa meja kayu agar lebih banyak peralatan lain dapat disusun diatasnya. Kabinet biru kuning ditempatkan berhampiran ruang kerja Juruteknik komputer dan peralatan ICT yang berada di lantai disimpan dengan lebih teratur.

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan pokok memilih “syarat perdagangan” dalam perdagangan internasional adalah untuk menentukan pada titik atau tempat mana penjual harus memenuhi kewajibannya melakukan

Hasil analisis pada Bor GC 21 menunjukkan adanya korelasi yang baik antara peningkatan kadar material organic dan penurunan kadar karbonat dengan perubahan kandungan

Pada penelitian ini, teridentidikasi 23 (dua puluh tiga) lembaga, yaitu 4 (empat) instansi vertikal pemerintah pusat, 2 (dua) OPD tingkat Provinsi Jawa Tengah,

Berdasarkan hal tersebut di atas yang mendorong penulis untuk menelaah kinerja keuangan yang ditinjau dari beberapa aspek dalam solvabilitas dan rentabilitas

[r]

Guru memperhatikan siswa yang sedang berbaris untuk memasuki kelas dengan rapi dan duduk di bangku masing-masing dilanjutkan dengan berdo’a bersama yang dipimpin

Hasil penelitian pada gambar 5 menunjukkan bahwa kerapatan individu pada setiap kelas lereng memiliki hasil yang beragam, dapat dilihat bahwa semakin naik kelas lereng

Dalam kontek pendidikan nasional, hal serupa juga menjadi tujuan utama, terutama dalam rangka mewujudkan manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Tuhan Yang Maha Esa, dan