• Tidak ada hasil yang ditemukan

doktrin pengasingan kuasa malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "doktrin pengasingan kuasa malaysia"

Copied!
37
0
0

Teks penuh

(1)

1 1.0 PENGENALAN

Acuan Parlimen Malaysia adalah model demokrasi Westminister yang terdapat di United Kingdom, iaitu kuasa yang pernah menjajah kita dahulu. Badan Perundangan Persekutuan Malaysia ditempatkan dalam sebuah bangunan yang dibina khusus untuknya tetapi tidak seperti Parlimen Inggeris di London yang terletak dalam sebuah kompleks bangunan yang pada suatu waktu adalah istana Raja (Palace of Westminister). Parlimen merupakan symbol kuasa rakyat walau apapun nama yang diberi seperti Westminister di United Kingdom, Kongres di Amerika Syarikat dan Diet di Jepun. Keanggotaannya ditentukan oleh rakyat secara langsung melalui pilihanraya yang dijalankan secara bebas, adil, saksama dan terbuka.

Doktrin pengasingan kuasa ini dikemukan oleh Montesquieu iaitu seorang ahli falsafah Perancis. Pewujudan Parlimen adalah selari dengan doktrin pengasingan atau pembahagian kuasa Parlimen mewakili kuasa perundangan atau legislatif manakala dua lagi kuasa untuk mengimbanginya adalah eksekutif dan judisari serta kehakiman. Doktrin pembahagian kuasa ini adalah ciptaan demokrasi di Barat sebagai alternatif kepada pemerintahan yang bercorak kuku besi atau monarki mutlak yang berleluasa pada ketika itu. Walau bagaimanapun, doktrin tersebut diterima pakai di negara-negara lain dengan penyuntikan elemen-elemen tradisional tempatan. Justeru, lahirlah pelbagai bentuk demokrasi liberal dan sebaliknya mengikut kesesuaian sesebuah negara tidak kira sama ada ia sebuah negara republik atau sebuah negara beraja.

Di Malaysia, undang-undang menjadi tulang belakang kepada pembangunan dan perkembangan dalam aspek ekonomi, sosial mahupun politik. Perlembagaan mengawal kehidupan masyarakat Malaysia menjadi lebih baik, mendapatkan hak seseorang, menyuarakan pendapat daripada rakyat, menggubal undang-undang baru, membatasi langkah dan pergaulan seseorang dalam sesuatu perkara dan sebagainya. Tanpa undang-undang seseornag bebas menceroboh hak orang lain, berlaku penindasan ke atas orang lain malah tiada sesiapa yang dapat mengawal tindakan seseorang. Jika diperhatikan, kebanyakan Negara yang mengalami masalah politik dan ketidakstabilan negara kerana penguatkuasaan undang-undang yang lemah sekali gus kelalaian pemerintah untuk menguasai dan mengawal perlakuan rakyatnya. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mempunyai perlembagaan sebagai garis panduan demi menjaga kesejahteraan bersama-sama. Pemilihan pemerintah dilakukan mengikut sistem demokrasi berparlimen.

(2)

2 2.0 PENGENALAN KEPADA SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Menurut kamus undang-undang Oxford, perkataan undang-undang mambawa maksud „suatu kumpulan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa dengan tujuan untuk mentadbir sesebuah masyarakat‟. John Salmond dalam bukunya Jurisprudence pula memberi definisi undang-undang sebagai „kumpulan prinsip-prinsip yang diiktiraf dan digunapakai oleh sesebuah negara dalam pentadbiran keadilan atau dengan kata lain undang-undang ialah suatu kumpulan peraturan yang dikuatkuasakan oleh negara keatas rakyatnya demi menjaga keamanan dan keadilan‟. Secara keseluruhannya, undang-undang diwujudkan bertujuan untuk mentadbir corak tingkah laku dan juga sebagai panduan bagi mewujudkan kehidupan bermasyarakat yang adil, harmoni dan tenteram. Masyarakat akur bahawa sebarang perlanggaran undang-undang yang dibuat oleh mereka akan dikenakan tindakan berbentuk hukuman atau denda.

Fungsi undang-undang diwujudkan ialah untuk mengawal dan mengatur kehidupan masyarakat. Contohnya seperti undang-undang jenayah diwujudkan untuk mengawal kesalahan yang berlaku dalam masyarakat seperti mencuri, mencederakan orang, merompak, membunuh dan lain-lain lagi. Jika didapati bersalah, pesalah tersebut akan dihukum mengikut undang-undang jenayah seperti hukuman denda, penjara, sebat atau hukum gantung sampai mati. Undang-undang juga diwujudkan untuk menjaga hak-hak dan kewajipan yang perlu dilakukan oleh masyarakat seperti hak isteri menerima nafkah daripada suaminya atau hak seorang anak mendapat nafkah daripada bapanya. Suami atau bapa akan mendapat perintah daripada mahkamah jika gagal melaksanakan kewajipannya. Undang-undang juga bertujuan untuk mewujudkan keadilan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana di bawah undang-undang perlembagaan, terdapatnya konsep hak-hak asasi dan kesamarataan. Dalam konsep tersebut, rakyat yang melakukan kesalahan akan dihukum menggunakan undang-undang yang sama.

Sumber undang-undang Malaysia terbahagi kepada dua iaitu sumber undang-undang bertulis dan tidak bertulis. Undang-undang bertulis ialah undang-undang yang digubal oleh badan perundangan iaitu Parlimen di peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri. Undang-undang tidak bertulis pula ialah undang-undang yang tidak digubal oleh mana-mana badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Contoh undang-undang ini ialah undang-undang Islam, undang-undang Inggeris, undang-undang adat dan juga keputusan mahkamah.

(3)

3 3.0 SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA

Umumnya, Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat tatkala kemerdekaan dicapai tanggal 31 Ogos 1957. Bermulanya era pemerintahan berbentuk acuan sendiri, sistem demokrasi berparlimen menjadi pilihan diantara enam jenis kerajaan lain. Sebelum kita pergi ke sistem demokrasi berparlimen, terdapat beberapa jenis kerajaan yang perlu diketahui umum. Kerajaan Monarki berbentuk kuasa penuh di tangan raja dan segala kata putus ditentukan oleh raja. Rakyat tidak berpeluang untuk bersuara dan hal ini menafikan hak rakyat dalam memilih pemimpin mereka. Tidak ada parti politik yang bertanding sekali gus menunjukkan bahawa takhta kerajaan diwarisi dari turun-temurun. Segala bentuk pentadbiran dijalankan oleh kerabat sultan seperti mana yang berlaku di Brunei Darussalam, Arab Saudi dan Kuwait. Rakyat hanya menjadi pengikut kehendak pemerintah tanpa berpeluang untuk menyuarakan pendapat masing-masing.

Pemerintahan berbentuk autokrasi menggambarkan kekejaman pemerintah yang sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa mereka. Pemerintah berkuasa mutlak dan tidak menerima pandangan orang lain. Sesiapa yang melanggar perintahnya akan dihukum dan pemerintah autokrasi tidak mahu orang lain menolak idea atau cadangannya. Pemerintah yang bersifat totalitarian pula bersifat pemimpin yang mengekalkan ideologi. Pemimpin jenis ini gemar mengumpul tanah jajahan untuk melambangkan kekuasaannya. Pentadbiran jenis totalitarian memegang kuasa politik, ekonomi, tentera dan peradilan yang mana pemerintahan ini berusaha untuk menyatukan rakyat berdasarkan nilai dan norma yang dipegang oleh parti tersebut. Pemerintah berkuasa luas dalam hidup rakyat atau dalam erti kata lain pemerintah bebas menguasai hidup individu.

Pemerintahan berbentuk sosialis lebih mengutamakan kepentingan rakyat terutama rakyat yang berpendapatan rendah hingga menolak hak perseorang. Setiap rakyat perlu menitikberatkan hak orang lain terutama orang miskin kerana pemerintah jenis sosialis tidak mahu rakyat yang miskin terus miskin. Walau bagaimanapun tindakan pemerintah menafikan hak perseorang menyebabkan rakyatnya tidak berhak memiliki harta secara persendirian sebaliknya dikehendaki berkongsi bersama-sama orang lain. Hal ini menyebabkan rakyat yang lain tidak bebas untuk berharta. Pemerintahan berbentuk republik pula mengamalkan sistem demokrasi namun tidak ada raja yang memerintah dan ketua negara ialah presiden. Pemerintahan jenis komunis pula menolak kepercayaan kepada tuhan dan semua anggota masyarakat dianggap sama dari aspek sosial. Sistem pemerintahan ini menggunakan

(4)

4 kekerasan untuk mencapai matlamat dan berpegang pada prinsip matlamat menghalalkan cara. Ekonomi menjadi hak milik negara seperti yang berlaku di Korea Utara.

Berdasarkan semua jenis pemerintahan, ternyata sistem demokrasi berparlimen lebih sesuai untuk rakyat Malaysia yang mana rakyat terlibat dalam pemilihan pemerintah melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali. Sistem demokrasi berparlimen yang dipilih adalah mengikut model Westminister yang terdapat di United Kingdom. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Parlimen peringkat persekutuan manakala pilihan raya kecil diadakan untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Kedua-dua pilihan raya menjadi simbolik kekuasaan rakat untuk memilih wakil rakyat pilihan mereka. Suara rakyat akan disampaikan oleh wakil rakyat yang dipilih semasa pilihan raya. Sistem demokrasi berparlimen yang berpusatkan undian pilihan raya yang dilakukan sama ada telah tamat tempoh atau berlaku kematian ahli. Melalui pilihan raya, rakyat menentukan pemerintah yang akan mentadbir kawasan mereka dan tidak ada penindasan atau pilih kasih dalam pemerintahan wakil rakyat.

Malaysia mempunyai beberapa ciri yang berbeza jika dibandingkan dengan negara demokrasi lain seperti pengamalan konsep demokrasi berparlimen yang mana Parlimen terbahagi kepada dua iaitu dewan rakyat dan dewan negara. Ketertinggian Parlimen terserlah apabila senator tidak boleh didakwa atas usul yang dibahaskan di dalam dewan. Dalam demokrasi berparlimen juga, ketua negara ialah Yang di-Pertuan Agong menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai konsep raja berperlembagaan. Pembahagian antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri begitu jelas ketara apabila wujud pembahagian dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Konsep Doktrin Pengasingan Kuasa jelas menunjukkan pengasingan kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Malaysia mempunyai sebab tersendiri dalam mengagihkan tugas antara persekutuan dan negeri.

Pemusatan kuasa pada sesuatu badan boleh menyebabkan pertindihan kuasa sekali gus meningkatkan jenayah korupsi berlaku. Tugas yang terlalu banyak dan membebankan memberi ruang dan peluang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendesak agar proses birokrasi dipermudah dengan „suapan‟ tertentu. Pengasingan kuasa memberi peluang kepada badan-badan tersebut untuk membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh badan-badan lain. Kuasa yang diberikan adalah untuk bertindak adil dalam semua perkara dan setiap badan berhak untuk membuat keputusan sendiri demi kepentingan bersama.

(5)

5 Raja menjadi ketua negara manakala Perdana Menteri yang memenangi dua per tiga dalam pilihan raya menjadi ketua kerajaan. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen terdapat doktrin pengasingan kuasa yang membahagikan kuasa dalam negara. Pembahagian dilakukan mengikut senarai persekutuan, senarai negeri dan senarai bersama yang mana tujuan pembahagian adalah untuk mengurangkan pemusatan kuasa setempat sekali gus melancarkan sistem pentadbiran mengikut kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara yang mempunyai kuasa ke atas tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Perdana Menteri menjalankan tugas sebagai ketua kerajaan atas persetujuan Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri akan mendapatkan tandatangan daripada Yang di-Pertuan Agong bagi mengesahkan sesuatu dasar yang digubal dan seterusnya melaksanakan tugas atas perkenan baginda.

Parlimen menjadi symbol kekuasaan rakyat, walaupun pemilihan pemerintah dilakukan melalui pilihan raya tetapi itu adalah cara terbaik untuk memberi peluang kepada rakyat terlibat dalam pentadbiran negara. Sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan kini berbeza dengan sistem yang diamalkan sebelum kedatangan penjajah. Tidak dinafikan sistem ini berasal dari Barat, namun ia sesuai diamalkan di Malaysia lantaran kerana masyarakatnya majmuk. Di bawah doktrin pengasingan kuasa, terdapat tiga badan yang bertanggungjawab melaksanakan segala arahan dan pentadbiran mengikut kata yang telah disepakati bersama. Badan eksekutif adalah badan utama yang terdiri daripada parlimen. Parlimen mengandungi dewan rakyat dan dewan negara yang akan membahaskan segala permasalahan dan isu-isu global serta menggubal dasar baru. Badan perundangan pula adalah tempat perundangan dilaksanakan dan badan kehakiman adalah untuk menegakkan kebenaran yang terdiri daripada mahkamah atasan dan mahkamah bawahan. Ketiga-tiga badan memainkan peranan penting dalam menggerakkan Malaysia ke arah negara maju dan mentadbir negara dengan lebih berwawasan.

(6)

6 4.0 BADAN PERUNDANGAN

Badan perundangan merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam doktrin pengasingan kuasa di negara kita. Fungsi badan perundangan ialah untuk mengubal, meminda dan meluluskan undang-undang. Undang-undang atau peraturan-peraturan inilah yang akan dijadikan panduan bagi pihak eksekutif di peringkat persekutuan dan peringkat negeri untuk mentadbir dan menguruskan pemerintahan negara. Di peringkat persekutuan, badan perundangan terletak di Parlimen manakala di peringkat negeri terletak di Dewan Undangan Negeri. Komponen yang terdapat didalam badan perundangan di peringkat persekutuan ialah Parlimen, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Manakala pada peringkat negeri pula ialah Dewan Undangan Negeri. Setiap komponen tersebut mempunyai peranan tersendiri dalam bidang perundangan negara.

4.1 PARLIMEN

Komponen utama di dalam badan perundangan ialah Parlimen. Menurut Robertston (1993) di dalam buku Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamarudin dan Ahmad Sohaimi Lazim (2009) mengatakan Parlimen merupakan satu perundingan (sonsultive assembly) yakni kuasa perlembagaan diperlukan atau tidak diperlukan bagi tujuan untuk membuat undang-undang rasmi negara. Struktur parlimen pula terdiri daripada :

 Bikameral - Mempunyai dua buah House of Common dan House of lord di England atau House of Senate di Amerika Syarikat, dewan seperti Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Malaysia atau Amerika Syarikat.

 Unikamarel – Mempunyai satu dewan sahaja.

Parlimen di Malaysia terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang meliputi perkara-perkara seperti yang termaktub di dalam jadual kesembilan Perlembagaan. Menurut Wu Min Au (1986) mengatakan “ Di Malaysia, Parlimen wujud di bawah kuasa Perlembagaan bertulis, oleh yang demikian, segala tindakan perundangannya mestilah tidak bercanggah dengan Perlembagaan”. Parlimen akan terus bersidang selama lima tahun dari tarikh mensyuarat pertamanya selepas pilihan raya umum melainkan dibubarkan lebih awal. Segala undang-undang yang dibuat melalui parlimen perlu diluluskan oleh ketiga-tiga komponen dalam parlimen. Parlimen juga menjadi forum untuk

(7)

7 membincangkan hal-hal berkaitan kepentingan orang ramai. Perlembagaan telah memperuntukkan pengecualian dipanggil “Keistimewaan Ahli-ahli parlimen” kepada ahlinya.

4.2 YANG DI-PERTUAN AGONG

Yang di-Pertuan Agong (YDPA) merupakan satu daripada tiga komponen parlimen dan baginda berada di kemuncak badan perundangan. Walaupun YDPA merupakan badan komponen Parlimen tetapi baginda tidak terlibat dalam proses mengubal undang-undang. Penggubalan undang-undang sebenarnya terletak di tangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Tugas YDPA yang telah ditetapkan oleh perlembagaan ialah boleh memanggil parlimen untuk bersidang. YDPA juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhentikan atau membubarkan parlimen. Selain itu, tugas-tugas YDPA juga ialah memanggil mesyuarat parlimen, menamatkan penggal parlimen, membubarkan parlimen dan Rang Undang-undang. YDPA tidak perlu menghadiri persidangan parlimen tetapi baginda boleh bertitah semasa pembukaan rasmi penggal parlimen serta menyampaikan ucapan dalam mana-mana majlis parlimen atau kedua-dua majlis parlimen. Hal ini bermakna YDPA tidak mempengerusikan Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi hanya menyampaikan titah sahaja.

4.3 DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat adalah salah satu daripada tiga komponen Badan Perundangan Persekutuan yang juga dikenali sebagai parlimen. Dewan rakyat merupakan satu majlis untuk membolehkan rakyat menyampaikan hasrat dan mendapatkan pembelaan melalui wakil mereka. Fungsi Dewan Rakyat adalah untuk menggubal undang-undang dan membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara. Menurut Perkara 55 Fasal 1, Dewan Rakyat hendaklah dipanggil bersidang dari semasa ke semasa oleh YDPA. Dewan Rakyat tidak boleh dibiarkan tanpa bersidang dalam tempoh enam bulan dari tarikh persidangan akhir pada penggal yang lalu hingga persidangan yang pertama pada penggal yang baharu.

Menurut perkara 47 Perlembagaan Persekutuan, syarat kelayakan untuk menjadi anggota Dewan Rakyat ialah warganegara Malaysia, bermastautin di Malaysia dan berusia tidak kurang daripada 21 tahun. Namun, tidak semua warganegara Malaysia yang berusia 21 tahun dan bermastautin di Malaysia boleh menjadi ahli Dewan Rakyat. Hal ini kerana kerusi yang terdapat di Dewan Rakyat adalah terbatas. Menurut Chamil Wariya (2010) mengatakan bahawa anggota Dewan Rakyat bukan sahaja dipilih secara langsung oleh rakyat pada pilihan

(8)

8 raya, tetapi bilangan keahliannya juga apabila dibandingkan dengan Dewan Negara adalah jauh lebih besar.

Anggota-anggota Dewan Rakyat boleh hilang kelayakan atas sebab-sebab seperti tidak sempurna akal, muflis, memegang jawatan lain yang berpendapatan, serta lain-lain sebagaimana menurut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan. Dewan Rakyat diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan dibantu oleh dua Timbalan Ynag Dipertua dan seorang setiausaha. Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua perlu dilantik dalam kalangan ahli Dewan Rakyat. Menurut Perkara 57 Fasal 5, Yang Dipertua Dewan Rakyat dibenarkan melibatkan diri atau memegang jawatan dalam pertubuhan atau badan kebajikan atau sukarela yang memberikan faedah kepada masyarakat dengan syarat tidak mendapat saraan, hadiah, keuntungan atau faedah daripada pertubuhan tersebut.

4.4 DEWAN NEGARA

Dewan Negara adalah majlis Parlimen yang diwujudkan sewaktu negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Jika dibandingkan dengan Dewan Rakyat, jumlah keanggotaan Dewan Negara adalah lebih kecil. Fungsi utama Dewan Negara ialah membahaskan rang undang-undang dengan lebih halus dan terperinci. Selain itu, fungsi Dewan Negara juga adalah untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum. Menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 45, Dewan Negara hendaklah dianggotai oleh 70 orang ahli. Mereka yang dilantik menjadi ahli Dewan Negara biasanya merupakan orang yang telah membuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam. Seseorang ahli Dewan Negara akan memegang jawatan selama tiga tahun iaitu satu penggal dan tempoh maksimum jawatan ahli Dewan Negara adalah selama enam tahun iaitu dua penggal.

Seseorang yang menjadi ahli dalam Dewan Negara akan digelar sebagai Senator. Seorang Yang Dipertua atau Timbalan Yang Dipertua akan dipilih dalam kalangan ahli-ahli dewan itu sendiri. Tugas utama Yang Dipertua adalah mempengerusikan siding Dewan, menjaga tatatertibdewan, sebagai jurucakap dewan dan memastikan bilangan ahli dewan mencukupi untuk siding dijalankan iaitu sekurang-kurangnya 10 orang. Dewan Negara juga mempunyai Setiausaha yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Dewan negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenan. Namun begitu, Dewan Negara mempunyai kuasa bagi

(9)

9 menagguhkan sesuatu rang undang-undang sebagaimana yang tercatat di bawah perlembagaan tersebut.

4.5 DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)

Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah badan perundangan di peringkat negeri. Ahli DUN dipilih oleh rakyat di dalam pilihan raya yang dijalankan. DUN di setiap negeri berkuasa untuk mengubal dan meluluskan undang-undang bagi negeri berkenaan. DUN mempunyai kuasa untuk menggubal dan meluluskan undang-undang bagi negeri berkenaan. DUN juga berkuasa terhadap senarai negeri dan senarai bersama yang telah termaktub di dalam jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Antara kelayakan untuk menjadi calon di dalam DUN ialah berwarganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas, sempurna akal dan tidak muflis. Fungsi DUN ialah sebagai forum bagi membahaskan hal kerajaan dan rakyat di peringkat negeri. Peranan DUN di dalam bidang perundangan ialah meluluskan atau menolak sebarang rang undang-undang. DUN juga berperanan dalam meminda undang-undang negeri atau perlembagaan negeri.

5.0 BADAN EKSEKUTIF

Di Malaysia, kerajaan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pengasingan kuasa. Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat diberi kuasa untuk memilih pemimpin negara melalui sistem pilihanraya. Sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan sebarang tindakan atau dasar kerajaan, rakyat boleh menafikan penguasaan pemerintah dengan tidak memilih mereka ketika pilihanraya yang seterusnya. Pemerintahan di Malaysia memegang kepada konsep doktrin oengasingan kusa. Dalam konsep ini, ketiga-tiga badan ini mempunyai bidang kuasa masing-masing dan tidak menjalankan kuasa badan-badan lain. Tujuan utama konsep ini adalah untuk mengelakkan pemusatan kuasa di satu badan sahaja. Terdapat tiga badan di bawah doktrin pengasingan kuasa iaitu badan eksekutif, badan legislatif dan badan kehakiman.

Badan Eksekutif merupakan salah satu badan di bawah Doktrin Pengasingan Kuasa yang diilhamkan oleh Cherles de Secondat, Baron de Monterquieu. Pada tahun 1748, sebuah risalah tentang teori politik yang diberi tajuk “The Spirit of Laws” pertama kali diterbitkan oleh Cherles de Secondat dan Baron de Monterquieu dengan bantuan Claudine Guérin de Tencin. Teori tersebut telah menjadi asas fahaman pengasingan kuasa yang diamalkan oleh kerajaan-kerajaan di seluruh dunia, termasuk Malaysia dan Amerika Syarikat. Di sesetengah

(10)

10 kerajaan demokrasi, badan eksekutif mempunyai kuasa menerima atau menolak rang undang-undang yang telah digubal oleh badan perundang-undangan. Walau bagaimanpun, badan eksekutif wajib bertindak berlandaskan undang-undang dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

Badan eksekutif di Malaysia juga mempunyai fungsi yang tersendiri. Tugas badan eksekutif adalah untuk merangka dasar-dasar persekutuan manakala rang undang-undang akan dibuat oleh badan perundangan. Dasar-dasar dan rang undang-undang merupakan dua perkara yang berbeza. Dasar merupakan fahaman atau halatuju yang ingin digunapakai oleh badan pentadbiran dan seseorang tidak boleh dikenakan undang-undang sivil atau sebarang denda atau hukuman sekiranya kelakuannya bercanggah dengan dasar-dasar negara. Perkara ini berbeza dengan pelaksanaan undang-undang, seseorang itu akan dikenakan denda atas kesalahannya sekiranya dia didapati menyalahi rang undang-undang yang telah diwartakan. Rang undang-undang merupakan satu cadangan pembentukan undang-undang baru yang belum diluluskan dan diberikan perkenan.

Sistem pentadbiran di Malaysia dilaksanakan oleh Badan Eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Namun, mengikut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan, kuasa pentadbiran Kerajaan Persekutuan terletak pada tangan Yang di-Pertuan Agong tetapi kuasa ini dijalankan oleh Kabinet atau Jemaah Menteri. Peranan Yang di-Pertuan Agong dalam badan eksekutif ialah melantik Perdana Menteri menurut budi bicara baginda dengan syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan. Syarat-syaratnya ialah Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti atau 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat dan kewarganegaraannya perlu diperolehi melalui kuatkuasa undang-undang. Tugas Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya ialah melantik menteri-menteri lain dari anggota-anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara atas nasihat Perdana Menteri.

(11)

11 5.1 PENTADBIRAN PERINGKAT PERSEKUTUAN

Terdapat tiga peringkat pentadbiran kerajaan di Malaysia iaitu peringkat persekutuan, peringkat negeri dan peringkat daerah. Pada peringkat persekutuan, kuasa pentadbiran terletak pada tangan Yang di-Pertuan Agong tetapi badan yang menjalankan kuasa ialah Kabinet atau Jemaah Menteri. Jemaah Menteri ini merupakan badan pengurusan tertinggi yang menjalankan tugas atas nama Yang di-Pertuan Agong. Peranan utama Jemaah Menteri ialah membentuk segala dasar kerajaan yang kemudian diluluskan oleh Kabinet. Jemaah Menteri diketuai Perdana Menteri dan dibantu oleh menteri-menteri lain bagi melaksanakan dasar kerajaan yang telah digubal. Selain itu, kabinet berperanan memperinci dasar-dasar umum yang dijanjikan kepada rakyat untuk membentuk dasar-dasar koordinasi yang mewujudkan kerajaan yang cekap dan efektif. Bagi tujuan melaksanakan dasar kerajaan yang dibentuk dengan lancar, Jabatan Perdana Menteri akan menyelaras mana-mana kementerian berkaitan yang akan melaksanakannya. Sekiranya muncul sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan rakyat, kabinet akan menubuhkan Jawatankuasa secara tetap atau sementara dan Majlis-majlis bagi membantu menyelaras dan mengatasi sesuatu masalah negara.

Jawatan terpenting dalam badan eksekutif ialah Perdana Menteri. Di Malaysia, Perdana Menteri mengetuai barisan kabinet, memimpin dan menjalankan tugas pentadbiran negara. Beliau memegang jawatan terpenting di Malaysia iaitu ketua kepada Jemaah Menteri atau Ketua Kabinet. Ketua Kabinet merupakan badan pelaksanaan tertinggi dalam menggerakkan sistem pentadbiran negara. Bagi melayakkan seseorang itu memegang jawatan Perdana Menteri, seseorang itu akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada ahli Dewan Rakyat dan perlu mendapat kepercayaan majoriti anggota dewan tersebut. Dengan kata lain, Perdana Menteri ialah ketua parti yang memerintah negara pada masa itu. Setelah dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau berhak memilih anggota-angota kabinet untuk besama berjuang dalam melaksanakan pentadbiran iaitu beliau mempunyai kuasa untuk menamakan sesiapa sahaja untuk dilantik Yang di-Pertuan Agong sebagai anggota kabinet.

(12)

12 Dalam pentadbiran negara, Perdana Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri lain dikalangan anggota Dewan Rakyat. Selaku Ketua kabinet, Perdana Menteri mempunyai autoriti mempengerusikan mesyuarat parlimen yang diadakan setiap minggu. Bererti, Perdana Menteri mempunyai kuasa sepenuhnya dalam mengendalikan perjalanan mesyuarat mingguan tersebut. Sekiranya muncul isu ketidakpercayaan terhadap Perdana Menteri, maka terdapat du acara yang perlu dilakukannya. Yang pertama ialah meletakkan jawatan bersama-sama menteri kabinetnya atau cara yang kedua ialah membubarkan parlimen dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri harus meletakkan jawatan bersama kabinetnya jika berlaku isi ketidakpercayaan terhadap beliau kerana kabinet bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen. Jadi, semua anggota kabinet perlu sama-sama bertanggungjawab atas segala keputusan yang dibuat kabinet.

Beberapa buah kementerian, jabatan dan badan berkanun telah diwujudkan untuk melaksanakan tugas-tugas badan eksekutif Kerajaan Persekutuan secara terperinci. Bilangan kementerian, jabatan dan badan berkanun ini ditambah dari semasa ke samasa untuk melaksanakan rancangan atau dasar yang telah dibuat oleh kerajaan. Pembahagian tugas secara jelas dan perperingkat ini membantu keberkesanan pelaksanaan tugas badan eksekutif dalam mencapai sesuatu objektif dasar. Kementerian merupakan agensi pelaksanaan tertinggi kerajaan yang diketuai seorang menteri dengan portfolionya. Menteri dalam sesuatu kementerian dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha politik dan pegawai-pegawai lain. Fungsi am kementerian ialah merancang dan menggubal dasar pada peringkat kementerian di samping mengawal dan menyelaras program kementerian. Kementerian juga mengawal perbelanjaan pembangunan dan operasi kementerian supaya pelaksanaannya tidak melebihi peruntukan yang telah diberikan. Terdapat juga menteri-menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementeri-menterian dan diberi tugasan khas iaitu Menteri Tidak Berfolio. Golongan menteri ini terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jabatan Perdana Menteri merupakan jabatan yang bercirikan Kementerian dan merupakan Kementerian tertinggi dalam kalangan kementerian. Di bawah kementerian tertentu terdapat juga beberapa badan berkanun dan agensi kerajaan. Badan berkanun merupakan agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen. Tujuannya ialah untuk membolehkan kerajaan bergiat dalam pembangunan sosial-ekonomi.

(13)

13 5.2 PENTADBIRAN PERINGKAT NEGERI

Kuasa eksekutif di peringkat negeri terlatak pada Sultan atau Raja atau Yang Dipertuan Besar atau Yang Dipertuan Negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing Ketua pentadbiran negeri ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri dan dibantu oleh Timbalannya dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merupakan badan kepimpinan negeri yang bertindak sebagai badan pemerintah dan membuat dasar bagi sesebuah negeri. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terdiri daripada ahli Dewan Undangan Rakyat. Sama seperti ahli kabinet yang dinamakan calon oleh Perdana Menteri dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, ahli majlis dilantik oleh Sultan atau Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi setiap negeri. Setiap ahli termasuk Menteri Besar yang menganggotai majlis ini memegang portfolio atau tugas tertentu. Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri adalah pegawai-pegawai ex-officio kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Setiap negeri mempunyai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kecuali Wilayah Persekutuan kerana ia tidak mempunyai Dewan Undangan Negeri. Di Sabah, majlis tersebut dikenali sebagai Kabinet Negeri manakala di Sabah dikenali sebagai Majlis Tertinggi.

Menteri Besar atau Ketua menteri bersama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertindak sebagai pembuat dasar pentadbiran kerajaan negeri yang tertakluk kepada Senarai Negeri dan Senarai Bersama seperti yang diperuntukan dibawah Perlembagaan Persekutuan. Jadual berikut menunjukkan bidang kuasa yang tertakluk di bawah kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan bidang kuasa yang dikongsi bersama.

Senarai Persekutuan Senarai Bersama Senarai Negeri

- Pertahanan

- Hal-hal luar negeri

- Keselamatan dalam negeri - Undang-undang jenayah dan sivil - Kewarganegaraan - Pilihanraya Persekutuan - Perdagangan, Perniagaan dan Industri - Kewangan - Pengangkutan - Perkapalan - Ukur

- Kerjaraya Persekutuan dan

- Kebajikan Sosial

- Perlindungan binatang liar, taman kebangsaan

- Biasiswa - Pengembaraan - Perusahaan Ternakan - Perancanagn bandar dan desa (kecuali WP)

- Pengaliran dan pengairan - Kesihatan Awam, peraturan kesihatan

- Pemulihan tanah perlombongan

- Undang-undang orang Muslim, agama dan adat Melayu

- Pertanian dan Perhutanan - Tanah

- Perkhidmatan tempatan - Kerajaan Tempatan - Jentera Kerajaan Negeri - Hari kelepasan Negeri - Kerjaraya Negeri dan Air - Penyu dan penangkapan ikan di sungai

(14)

14 Tenaga

- Kesihatan dan Ubat - Pelajaran

- Kebajikan Orang Asli - Buruh dan Kebajikan Sosial - Pekerjaan Ikhtisas

- Persatuan yang tidak ditubuhkan

- Kawalan pes pertanian - Hari kelepasan am Persekutuan

- Penapisan - Penerbitan

- Perumahan Persekutuan - Panggung wayang dan pusat hiburan awam (kecuali lesen) - Syarikat kerjasama

Merujuk kepada jadual di atas, pentadbiran dalam negeri hanya meliputi tanggungjawab yang berkaitan dengan hal-ehwal tanah dan galian, air, agama, pertanian, pendidikan, perhutanan dan sebagainya. Bidang kuasa yang tertakluk di bawah Senarai Bersama juga tanggungjawab pentadbiran negeri bersama-sama dengan kerajaan persekutuan untuk mengendalikannya. Antara isu-isu yang terdapat dalam Senarai Bersama ialah kebajikan sosial, perlindungan binatang liar, biasiswa, perusahaan ternakan dan banyak lagi. Jadi, dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan negeri hanya boleh meliputi perkara-perkara seperti yang dinyatakan dalam Senarai Bersama dan Senarai Negeri seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan sahaja.

Semua dasar kerajaan negeri dibentuk di Dewan Undangan Negeri dan dipertanggungjawabkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menyelaraskannya. Pejabat ini akan menurunkan kuasa kepada Pejabat Daerah yang akan menentukan pembangunan daerah. Di Sarawak, pentadbiran diketuai oleh Ketua Menteri yang dibantu oleh Timbalan dan Ahli Majlis Tertinggi bagi melaksanakan dasar kerajaan negeri. Struktur pentadbiran di Sarawak dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Bahagia yang ditadbir oleh Residen, daerah ditadbir oleh Pegawai Daerah, daerah kecil ditadbir oleh Pegawai Anak Negeri dan Ketua Kampung mentadbir kampung. Manakala di Sabah hanya mempunyai dua peringkat pentadbiran iaitu peringkat daerah dan peringkat kampung yang masing-masing ditadbir oleh Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung.

(15)

15 5.4 PENTADBIRAN PERINGKAT DAERAH

Pentadbiran peringkat daerah meupakan peringkat terakhir pentadbiran. Pada peringkat ini, pentadbiran diketuai oleh Pegawai Daerah dan dibantu oleh beberapa orang penolong. Pegawai Daerah dibantu oleh beberapa orang penghulu yang menjadi ketua mukim atau ketua kampung yang mengetuai kampung masing-masing. Badan eksekutif menjadi nadi kepada kemajuan negara dan memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sosio-ekonomi di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

6.0 BADAN KEHAKIMAN

Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat (2013), kehakiman bermaksud segala hal yang berkaitan dengan urusan hukum (undang-undang) dan pengadilan. Badan kehakiman bermaksud badan yang diberi kuasa untuk mentafsirkan undang-undang dan ahlinya terdiri daripada para hakim yang dilantik oleh ketua negara.Fungsi utama kehakiman adalah menjalankan pentadbiran secara adil dan saksama di Malaysia. Ketua bidang kehakiman adalah Ketua Hakim Negara dan Ketua Pendaftaran Mahkamah. Kehakiman bertanggungjawab dalam menyelesaikan pertikaian individu dengan individu atau kerajaan dengan memutuskan sama ada mereka yang didakwa bersalah atau tidak berdasarkan bukti yang dikemukakan. Selain itu, kehakiman mengisytiharkan tindakan kerajaan tidak sah sekiranya bercanggah dengan perlembagaan dan memelihara hak kewarganegaraan daripada pencabulan pihak kerajaan.

6.1 SEJARAH KEHAKIMAN

Sejarah kehakiman bermula sebelum kedatangan Barat, masyarakat Tanah Melayu mempunyai sistem perundangan sendiri. Negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu telah menggunakan Undang-undang Adat Melayu sementara Sabah dan Sarawak menggunakan Undang-undang Adat Bumiputera. Banyak undang-undang yang wujud pada masa itu dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Islam. Pada zaman itu, masyarakat Melayu dibahagikan kepada dua kelompok iaitu masyarakat matrilineal dan masyarakat patrilineal, terutama di Negeri Sembilan. Masyarakat matrilineal mengamalkan Adat Perpatih manakala masyarakat patrilineal mengamalkan Adat Temenggung. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan tersebut menggunakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka sebagai asas kepada sistem perundangan di Melaka. Setelah kedatangan penjajah British,

(16)

16 undang-undang asal telah mengalami perubahan contohnya Common Law. Undang-undang Malaysia pada hari ini diperoleh daripada lima punca yang utama iaitu:

a) Undang-undang bertulis, iaitu Perlembagaan dan Perundangan Persekutuan danNegeri b) Keputusan-keputusan Mahkamah

c) Undang-undang Inggeris d) Undang-undang Islam e) Undang-undang Adat

6.2 KUASA KEHAKIMAN

Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia diperuntukkan dalam Perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Fungsi-fungsi kehakiman dilaksanakan dengan mewujudkan sistem mahkamah. Mahkamah yang mempunyai kuasa yang besar dalam bidang perundangan dan bidang pentadbiran. Badan kehakiman mempunyai kebebasan dalam kedudukan yang tidak memihak kepada badan perundangan dan pentadbiran. Sistem kehakiman di Malaysia berbentuk persekutuan seperti yang diamalkan oleh negara lain. Mahkamah di Malaysia juga berdasarkan sistem persekutuan seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Tentera, Mahkamah Buruh. Kelakuan hakim Mahkamah Persekutuan, Rayuan atau Tinggi tidak boleh dibincangkan dalam parlimen kecuali sokongan ¼ ahli dewan, ia juga tidak boleh sama sekali dibincangkan dalam Dewan Undangan Negeri.

Menurut MGG Pillai (2001), beliau menjelaskan bahawa semenjak pindaan perlembagaan 1988, badan kehakiman telah kehilangan kuasa kehakiman yang diperuntukkan kepadanya. Sekiranya para hakim mahukan mereka dengan mudah sahaja boleh mengisytiharkan pindaan perlembagaan 1988 sebagai tidak mengikut perlembagaan dan menyalahi undang-undang berdasarkan satu alasan yang mudah iaitu pindaan tersebut bermaksud untuk menghakis kuasa kehakiman yang menjadi ciri-ciri dasar atau prinsip-prinsip asas kepada perlembagaan. Peruntukan perlembagaan boleh dipinda melalui artikel 159. Namun ia mestilah diiktiraf bahawa terdapat peruntukan-peruntukan tertentu yang membentuk ciri-ciri dasar perlembagaan yang tidak boleh dipinda; dan dengan memindanya akan membinasakan terus keseluruhan perlembagaan itu sendiri. Hakim mempunyai budi bicara dalam membuat keputusan kerana hanya para hakim yang boleh mengisytiharkan undang-undang dan artikel yang dipinda dari perlembagaan sebagai tidak sah, tidak mengikut perlembagaan dan tidak boleh dikuatkuasakan.

(17)

17 6.3 KETUA HAKIM NEGARA

Perlantikan seorang hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Menteri. Perdana Menteri perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara sebelum melantik hakim tersebut. Ketua Hakim Negara akan memantau segala perlakuan hakim-hakim yang berada di bawah kuasanya dan menentukan hukuman jika didapati bersalah dalam kalangan hakim-hakim yang dilantik. Yang di-Pertuan Agong memerlukan syor-syor sebuah tribunal untuk memecatkan Ketua Hakim Negara. Ahli tribunal dipilih oleh Perdana Menteri melalui pandangan Ketua Hakim Negara dan kemudian dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Apabila keputusan tribunal diterima, seorang hakim boleh digantung tugasnya.

6.4 MAHKAMAH-MAHKAMAH 6.4.1 MAHKAMAH SIVIL

Undang-undang sivil merujuk kepada hubungan antara individu dan individu yang mana mahkamah sivil akan mengadili kes-kes sivil. Individu yang terlibat dengan kes sivil sahaja berhak membuat sebarang tuntutan ke atas kes tersebut. Undang-undang sivil bersifat untuk memberi pengajaran kepada manusia supaya lebih bertanggungjawab dan mengelakkan kecuaian berulang lagi. Hukuman yang dikenakan berbentuk ganti rugi, bayaran pampasan atau mahkamah boleh megeluarkan tegahan atau injuksi sesuatu pelaksanaan kontrak. Hukuman yang dikenakan lebih ringan jika dibandingkan dengan hukuman jenayah yang boleh menyebabkan seseorang dipenjarakan. Mahkamah sivil boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu mahkamah atasan dan mahkamah bawahan. Mahkamah atasan terdiri daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Mahkamah rendah terdiri daripada Mahkamah Sesyen, Mahkamah Juvana, Mahkamah Majistret, Mahkamah Tuntutan kecil dan Mahkamah Penghulu.

(18)

18 Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah yang tertinggi di Malaysia. Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa untuk menyelesaikan pertikaian antara kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan dan menentukan pengesahan bagi undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Mahkamah ini merupakan mahkamah yang tertinggi untuk mendengar kes-kes rayuan sivil dan jenayah dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.Mahkamah Rayuan pula membicarakan rayuan kes sivil terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. Kes sivil yang nilai tuntutannya kurang daripada RM250,000 tidak boleh membuat rayuan di mahkamah ini. Mahkamah Rayuan membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja.

Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa dalam membicarakan kesalahan yang dilakukan oleh warganegara Malaysia dan warganegara asing yang berada di Malaysia. Kes sivil yang dibincangkan melibatkan hal-hal penjagaan kanak-kanak dan orang tidak siuman, wasiat, perkahwinan serta penceraian bagi bukan Muslim dan kemuflisan. Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mendengar kes rayuan sivil dari Mahkamah Rendah yang melebihi RM25,000 manakala kes rayuan jenayah yang melebihi RM25. Mahkamah ini memberi nasihat kepada Mahkamah Rendah mengenai tatacara dan prosiding di mahkamah.Mahkamah Sesyen merupakan mahkamah yang tertinggi dalam komponen mahkamah rendah. Mahkamah Sesyen membicarakan kes jenayah dan sivil. Kes sivil yang dibicarakan tidak melebihi RM25,000 manakala semua jenis kes jenayah dibicarakan kecuali kes yang menjatuhkan hukuman mati. Mahkamah Sesyen menjalankan siasatan awal sebelum seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi, seseorang itu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi dengan bukti yang cukup.

Terdapat Mahkamah Majistret Kelas I dan Kelas II. Mahkamah Majistret Kelas I membincangkan kes-kes sivil dan jenayah. Kes jenayah melibatkan hukuman penjara dan hukuman denda. Hukuman yang maksimum dikenakan ialah lima tahun penjara dan denda RM10,000, sebatan 12 kali atau ketiga-tiganya sekali. Hukuman yang lebih tinggi akan dikenakan dengan kes-kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Kastam 1957 dan Akta Keseksaan 1953. Mahkamah Majistret Kelas II membicarakan kes jenayah yang menjatuhkan hukuman maksimum iaitu 12 bulan penjara dan denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali manakala kes sivil, nilai tuntutan tidak melebihi RM3,000.

(19)

19 Mahkamah Juvana membincangkan kes-kes jenayah kanak-kanak yang berumur antara 10 hingga 18 tahun dan perbicaraan adalah tertutup. Seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah akan dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga mencapai 21 tahun. Mahkamah Penghulu merupakan mahkamah yang paling rendah dalam komponen Mahkamah Rendah. Mahkamah ini membicarakan kes-kes sivil dan jenayah dan dikendalikan oleh penghulu sesuatu mukim. Kes sivil melibatkan tuntutan tidak melebihi daripada RM50 manakala kes jenayah mengenakan denda sebanyak RM25 sahaja. Rayuan Mahkamah Penghulu boleh dilakukan di Mahkamah Majistret.

6.4.2 MAHKAMAH NEGERI

Setiap negeri mempunyai mahkamah tersendiri yang mana ia tertakluk di bawah pentadbiran negeri masing-masing. Mahkamah syariah terdiri daripada mahkamah syariah rayuan, mahkamah tinggi syariah dan mahkamah rendah syariah.Mahkamah Syariah bertujuan untuk mengadili umat Islam dengan membicarakan kes-kes sivil dan jenayah. Kes sivil yang dibicarakan adalah berkaitan dengan nafkah dan tanggungjawab perkahwinan, perceraian, wasiat, wakaf, pembahagian harta dan pusaka. Kes jenayah yang dibicarakan pula ialah berjudi, berzina, tidak berpuasa, ajaran sesat, berkhalwat, penderaan terhadap isteri atau anak, minum minuman keras dan tidak menunaikan zakat serta fitrah. Kesalahan yang besar akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah manakala kesalahan kecil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah. Kes rayuan Mahkamah Tinggi Syariah akan didengar oleh Mahkamah Syariah Rayuan.

Mahkamah Adat berperanan membicarakan kes-kes pelanggaran adat oleh suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak. Dalam mahkamah adat, pihak berkuasa tidak akan campur tangan kerana setiap suku mempunyai ketua tertentu yang akan mengadili dan menjatuhkan hukuman mengikut kesesuaian adat. Biasanya kes yang diuruskan oleh ketua-ketia tersebut tidak berat dan hanya melibatkan hal-hal yang berlaku dalam kelompok masyarakat tersebut. Sebagai contoh kes adalah seperti adat perkahwinan, undang-undang adat, adat-adat keagamaan, adat suku kaum dan sebagainya.

(20)

20 6.4.3 MAHKAMAH KHAS

Mahkamah Khas membicarakan kes-kes yang khas sahaja. Mahkamah Tentera menguruskan kes yang berkaitan dengan tingkah laku anggota tentera dan tidak membicarakan kes-kes sivil dan jenayah. Kesalahan yang akan dibincangkan adalah seperti arahan tidak dipatuhi apabila diberi oleh pihak atasan, tidak menjalankan tugas, mengabaikan tugas tanpa mendapatkan kebenaran dan sebagainya. Mahkamah Khas boleh mengenakan sebarang hukuman kecuali hukuman mati yang memerlukan pengesahan Yang di-Pertuan Agong. Pesalah boleh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi. Mahkamah Khas Raja-Raja pula mengendalikan kesalahan Yang di-Pertuan Agong dan sultan dalam kes sivil dan jenayah yang dilakukan dalam negara. Tindakan akan dikenakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau sultan setelah mendapat keizinan Peguam Negara.

(21)

21 7.0 PENUTUP

Perlembagaan Malaysia merupakan tunjang utama dalam pembentukan, pembangunan, kemajuan dan penyatuan pelbagai kaum di negara ini. Kekuatan masyarakat dalam membangunkan Malaysia lantaran mendapat kemerdekaan 57 tahun yang lalu bertunjangkan kepada perlembagaan yang menjadi nadi utama negara. Kepatuhan dan ketaatan kepada perlembagaan akan menjaga kesejahteraan alam dan kehidupan bermasyarakat khususnya dalam masyarakat majmuk. Suara rakyat adalah undian paling kuat dalam menentukan pentadbiran negara. Kita tidak mahu rakyat tidak mengetahui tentang pentadbiran negara sebaliknya harus melibatkan diri dalam pentadbiran. Segala selok belok tentang negara harus diketahui dan perlembagaan negara menjadi sandaran kepada setiap masyarakat untuk terus bergerak maju mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Ketertinggian undang-undang menunjukkan Raja-raja Melayu masih berada pada tahap tertinggi dalam negara. Meskipun Perlembagaan Malaysia adalah acuan daripada Barat namun raja tetap berada di tampuk pemerintahan tertinggi. Masyarakat Malaysia mendapat layanan yang sama adil, hak yang sama serta mampu hidup di bawah satu bumbung yang sama, Hal ini menjadikan Malaysia gah di persada dunia meskipun Malaysia masih berada pada tahap negara membangun. Pentadbiran yang strategik dan teratur menjadikan Malaysia cepat membangun dalam masa 57 tahun merdeka.

Kesimpulannya, jelas dapat dilihat bahawa Malaysia mempunyai sistem pentadbiran yang tersendiri dan unik kerana berbeza dengan doktrin pengasingan kuasa yang asal. Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa yang menekankan kuasa relatif antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini terletak bawah Yang di-Pertuan agong selaku ketua negara yang mempunyai kuasa tertinggi dalam ketiga-tiga badan tersebut. Penghormatan dan ketaatan kepada undang-undang tersebut menjadikan Malaysia terus kekal aman dan sejahtera mengikut perlembagaan Justeru, Malaysia adalah sebuah negara yang adil dan memberi peluang yang sama rata kepada semua masyarakat demi kesejahteraan bersama-sama. Pemusatan kuasa dalam pemerintahan adalah perkara yang cuba dielakkan.

(22)

22 8.0 KES-KES

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI KUALA TERENGGANU

SEMAKAN NO : 11300-0003-0021-2009

Dalam Perkara Semakan Kes Sabitan Perceraian Dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang PERMOHONAN NO:11008-054-0271-2006

ANTARA

ZAKARIA @ SUPAR BIN ALI (KPT : 431104-11-5043) PEMOHON DENGAN

HAZNAH @ MAZNAH BINTI EMBONG (KPT:491201-11-5218) RESPONDEN ATAS KEHENDAKNYA SENDIRI Ketua Hakim Syarie, bersidang sebagai Hakim

Mahkamah Tinggi Syariah, telah memanggil untuk memeriksa Rekod Perbicaraan dan Alasan Penghakiman yang telah dibuat oleh Hakim Bicara di dalam perkara permohonan pengesahan lafaz cerai dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang, Permohonan No. 11008-054-0271-2006. DAN setelah membuat pemeriksaan ke atas Rekod Perbicaraan dan Alasan Penghakiman dalam Permohonan itu, MAKA PADA HARI INI YANG ARIF HAKIM TELAH MEMBUAT PENGHAKIMAN SEMAKAN SEPERTI BERIKUT:-

Semakan ke atas perkara permohonan pengesahan lafaz cerai dalam Daerah Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang, Permohonan No. 11008-054-0271-2006 ini dilakukan atas kehendak saya sendiri. Kehendak saya sedemikian itu adalah lahir dari peristiwa pada hari Rabu 6 Mei 2009, di dalam Kamar saya, yang mana saya terbaca satu salinan Laporan Perubatan ke atas Zakaria @ Supar bin Ali, K/P: 431104-11-5043, bertarikh 04 Januari 2007. Laporan Perubatan itu disediakan oleh Dr. Wan Munazri bin Wan Mustafa, Pegawai

(23)

23 Perubatan, Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Kandungan salinan Laporan Perubatan itu antara lain menyebut;

... pihak kami mengesahkan bahawa Encik Zakaria mengalami penyakit organic personality change with depressive illness.Penama telah terlibat di dalam kemalangan yang mengakibatkan beberapa komplikasi kepada kesihatan fizikal dan juga mental. Penama telah mengalami serangan penyakit sawan yang kerap.Terdapat perubahan emosi dan tingkah laku yang ketara setelah beliau terlibat di dalam kemalangan. Penama sering menjadi mudah marah, terlalu sensitif, hilang kawalan diri, impulsive dan sering berasa was-was terutama apabila gejala kemurungan menjadi teruk. Ada kalanya perlakuan penama juga agresif.Perwatakan beliau juga telah berubah dengan ketara berbanding semasa beliau tidak terlibat di dalam kemalangan. Akibat dari perubahan perwatakan ini beliau sering mengalami masalah berinteraksi secara sihat dengan orang ramai dan keluarga beliau. Penama juga tidak cekap menangani sebarang stress yang dialami beliau.Walau bagaimanapun penama tidak pernah mengalami sebarang gejala psikosis (hilang akal atau kewarasan). Beliau adalah waras sepanjang masa dan boleh membezakan perkara baik dan tidak baik.

Encik Zakaria telah diberikan rawatan yang sewajarnya disamping pendekatan psikoterapi. Perbincangan dengan pihak keluarga juga telah dijalankan bagi meningkatkan penyertaan keluarga di dalam membantu penama menjalani kehidupan seharian secara berkesan. Kemudian saya menyelidik, saya dapati Zakaria @ Supar bin Ali, K/P: 431104-11-5043, penama yang disebut dalam Laporan Perubatan itu ada mempunyai kes di dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang. Kes yang dimaksudkan itu adalah permohonan pengesahan lafaz cerai dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang, Permohonan No. 11008-054-0271-2006, oleh Zakaria sebagai Pemohon. Saya dapati juga bahawa permohonan pengesahan lafaz cerai dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang, Permohonan No. 11008-054-0271-2006 itu telah dibuat keputusan oleh Tuan Hakim pada 7 Mac 2007. Saya juga dapati bahawa Zakaria @ Supar bin Ali, K/P: 431104-11-5043, telah memasukkan satu Notis Rayuan ke dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang bertarikh 20 Mac 2007, yang merayu atas sabitan perceraian antara Pemohon dengan Responden yang telah dibuat oleh Tuan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang itu.

(24)

24 Pada 7 Mac 2007 bersamaan 17 Safar 1428, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang dalam permohonan pengesahan lafaz cerai dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang, Permohonan No. 11008-054-0271-2006, oleh Zakaria sebagai Pemohon telah membuat perintah-perintah seperti berikut;

Saya sabit telah berlakunya perceraian di antara Pemohon, Zakaria @ Supar bin Ali, KPT: 431104-11-5043 dengan Responden, Haznah @ Maznah binti Embong, KPT: 491201-11-5218, pada 27 Oktober 2006 yang berupa talak tiga sekali gus (Bain Kubra). Perceraian berlaku di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah. Saya perintahkan kepada Responden, Haznah @ Maznah binti Embong bereddah dengan 3 bulan Qamariah mulai tarikh perceraian pada 27/10/2006 kerana semasa berlaku perceraian Responden telah putus haid.Saya perintah Surat Akuan Nikah bil. Daftar: 32/69 Kuala Ibai, yang dikeluarkan oleh Pendaftar Nikah Cerai Kerajaan Terengganu Daerah Kuala Terengganu, Terengganu

diserahkan kepada Mahkamah untuk proses pembatalan.Saya memberi pengiktirafan bahawa alamat penyampaian terakhir pihak-pihak adalah seperti berikut:-

Zakaria @ Supar bin Ali KM 25, Kg. Alur Tuman, 21600 Marang, Terengganu

Haznah @Maznah binti Embong

d/a: Kuarters Guru Sek. Men. Keb. Merchang, Merchang, 21600 Marang, Terengganu

Saya putuskan bahawa tiada apa-apa persetujuan yang direkodkan dalam perbicaraan ini.Saya memberi kebebasan kepada pihak-pihak untuk membuat apa-apa tuntutan lain selepas ini.Saya juga dapati Rayuan sabitan perceraian antara Pemohon/Perayu dengan Defendan belum lagi ada keputusan, kerana Hakim Bicara belum lagi menyiapkan Alasan Penghakimannya.Setelah saya menilai fakta-fakta di atas, saya terus membuat arahan kepada Hakim Bicara di dalam perkara permohonan pengesahan lafaz cerai di dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang, dalam Permohonan No. 11008-054-0271-2006, supaya menyiapkan Alasan Penghakiman dengan serta merta dan tanpa kelengahan yang munasabah.

(25)

25 MENTERI DALAM NEGERI & ORS v. TITULAR ROMAN CATHOLIC

ARCHBISHOP OF KUALA LUMPUR COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA

MOHAMED APANDI ALI JCA, ABDUL AZIZ RAHIM JCA, MOHD ZAWAWI SALLEH JCA

[CIVIL APPEAL NO: W-01-1-2010] 14 OCTOBER 2013

Ini adalah rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi kerana membenarkan permohonan responden untuk perintah certiorari bagi membatalkan keputusan perayu pertama ('Menteri'), yang dibuat melalui surat bertarikh 7 Januari 2009, melarang responden dari menggunakan perkataan 'Allah' dalam penerbitan mingguannya yang dipanggil 'Herald - the Catholic Weekly' ('the Herald'). Tidak dinafikan bahawa larangan, yang merupakan sebahagian dari syarat-syarat yang dikenakan ke atas permit penerbitan the Herald, adalah ditujukan kepada versi Bahasa Melayu mingguan tersebut, dan tidak sebaliknya. Adalah juga jelas bahawa dalam mengenakan larangan tersebut, Menteri telah bertindak di bawah s. 12 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 ('Akta') dibaca bersama Borang B, Jadual Pertama kepada Peraturan-Peraturan Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 ('Peraturan'), dan kelihatannya juga, di bawah arahan yang dikeluarkan terhadap penerbitan-penerbitan Kristian pada tahun 1986 melarang mereka dari menggunakan perkataan-perkataan 'Allah', 'Kaabah', 'Baitullah' dan 'Solat' dalam penerbitan mereka masing-masing atas alasan menjaga ketenteraman dan keselamatan awam ('Arahan 1986'). Walau apapun, di hadapan yang arif hakim, responden berhujah bahawa Menteri, dalam melaksanakan syarat dan larangan, telah bertindak secara ultra vires Akta, melanggari kaedah-kaedah keadilan asasi dan keadilan prosedur, serta melanggari hak-hak keperlembagaan responden seperti yang termaktub di bawah fasal 3, 10, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan ('Perlembagaan'). Penghujahan responden telah diterima oleh yang arif hakim yang dengan itu memutuskan bahawa keputusan Menteri adalah tak sah dan batal dan salah di sisi undang-undang. Selanjutnya, menjadi pandangan yang arif hakim bahawa: (i) fasal 3(1) Perlembagaan tidak memberi kuasa kepada Menteri untuk melarang responden dari menggunakan perkataan 'Allah' dalam the Herald; (ii) fasal 11(1) Perlembagaan membenarkan agama-agama lain termasuk Kristian dianuti dengan aman dan harmoni seiring dengan agama Islam, dan Menteri, dengan itu, telah mengambilkira pertimbangan-pertimbangan yang tidak relevan apabila, dalam mengeluarkan larangan, beliau antara lain mengambilkira kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di bawah fasal 3(1);

(26)

26 (iii) keputusan Menteri juga dicacatkan oleh kegagalan mengambilkira pertimbangan-pertimbangan relevan, seperti fakta sejarah bahawa sejak bertahun-tahun perkataan 'Tuhan' dalam Kitab Injil berbahasa Melayu sudah pun diterjemahkan sebagai 'Allah'; dan (iv) tiada keterangan dikemukakan untuk menyokong dakwaan Menteri bahawa penggunaan perkataan 'Allah' oleh the Herald akan menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara, dan oleh itu tiada asas bagi beliau untuk mengenakan syarat yang dipertikai tersebut.

Menteri dan perayu kedua, Kerajaan Malaysia merayu dan berikutnya membangkitkan hujah bahawa perkataan 'Allah' adalah suci bagi orang-orang Islam dan kesuciannya perlu dilindungi, bahawa penggunaan nama 'Allah' sebagai terjemahan kepada perkataan 'Tuhan' atau konsep Tuhan oleh the Herald akan menyebabkan kekeliruan, akan melukai sensitiviti agama dan akan mencetuskan ketidakharmonian di antara penganut-penganut Islam dan Kristian, bahawa penggunaannya juga akan mengganggu kerukunan hidup sedia ada masyarakat dan memudaratkan ketenteraman awam, dan bahawa keputusan untuk mengenakan dan melampirkansyarat-syarat kepada permit yang diberi kepada responden, serta mengeluarkan arahan sepertimana surat bertarikh 7 Januari 2009, adalah terangkum di bawah tugas dan kuasa statutori Menteri di bawah Akta dan Peraturan, dan adalah sah dan menurut undang-undang. Persoalan penting yang berbangkit adalah: (i) sama ada keputusan Menteri bertarikh 7 Januari 2009 sah dan mengikut undang-undang dalam ertikata bahawa ianya melepasi ujian prinsip kemunasabahan Wednesbury dan tidak melanggari prinsip-prinsip ketidaksahan, ketidakteraturan prosedur, kesepadanan dan ketidakrasionalan; dan (ii) sama ada keputusan Menteri melanggari hak-hak keperlembagaan responden di bawah fasal-fasal Perlembagaan yang relevan.

Diputuskan (membenarkan rayuan dan mengekalkan larangan) Oleh Mohamed Apandi Ali HMR:

(1) Dari pembacaan peruntukan-peruntukan spesifik Akta dan Peraturan, dan ss. 93(1) dan 95 Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967, keputusan untuk mengenakan syarat pada permit adalah berlandaskan undang-undang. Keputusan adalah dalam lengkungan tugas dan kuasa statutori Menteri dan adalah intra vires Akta.

(2) Dakwaan mengenai pelanggaran hak kebebasan asasi responden boleh disanggah dengan undang-undang mantap bahawa tiada kebebasan yang bersifat mutlak. Kebebasan bersuara di

(27)

27 bawah fasal 10(2) adalah tertakluk kepada sekatan di bawah fasal 10(2)(a). Begitu juga, kebebasan beragama di bawah fasal 11(1) adalah tertakluk kepada fasal 11(4) dibaca bersama fasal 3(1) Perlembagaan.

(3) Berdasarkan alasan-alasan yang diberi oleh Menteri dalam afidavit jawapan, jelas bahawa beliau bimbang dengan kemungkinan terjejasnya keselamatan negara dan ketenteraman awam. Bilamana pelaksanaan budibicara sedemikian oleh Menteri menjadi halperkara semakan kehakiman, maka menjadi tugas mahkamah untuk membuat pertimbangan di antara keperluan keselamatan negara dan ketenteraman awam dengan kepentingan dan kebebasan responden. Walau begitu, dalam kes semasa, oleh kerana Menteri berkenaan bertanggungjawab terhadap keselamatan negara, bukanlah menjadi tugas mahkamah untuk memeriksa dengan mendalam bagi mencari bukti kukuh mengenai keselamatan negara. Andaian perlu dibuat bahawa keputusan Menteri yang melibatkan keselamatan negara telah dibuat dengan rasional. Apapun, atas keterangan, bahan-bahan yang mencukupi telah dipertimbangkan oleh Menteri dalam melaksanakan tugas dan kuasanya di bawah Akta, dan terdapat juga keterangan mencukupi yang menunjukkan bahawa keputusan subjektifnya itu dicapai setelah menimbang kesemua fakta dan halkeadaan dengan secara objektif. Oleh hal yang demikian, tiada apa-apa alasan munasabah bagi Mahkamah Tinggi untuk campur tangan dengan keputusan Menteri.

(4) Fasal 3(1) Perlembagaan, yang asalnya tidak wujud dalam draf cadangan Suruhanjaya Reid dan hanya dimasukkan ke dalam draf selepas bantahan, rundingan, perbincangan dan persetujuan pihak-pihak berkepentingan termasuk pertubuhan-pertubuhan kaum dan agama, adalah berpunca dari kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pengasas-pengasas Perlembagaan. Ianya mengikut bahawa perkataan 'aman dan harmoni' dalam fasal tersebut mempunyai dimensi dan latarbelakang sejarahnya sendiri dan bukannya tanpa pengertian. Mahkamah menyedari bahawa maxim Latin "saluspopulisuprema lax" dan "salusrepublicaesuprema lax" wujud secara beriringan dan relevan kepada doktrin kebajikan seseorang atau sekumpulan orang hendaklah tunduk kepada kebajikan masyarakat. Malah, inilah caranya bagaimana elemen 'dalam aman dan harmoni' di dalam fasal 3(1) Perlembagaan harus dibaca dengan kebebasan beragama di bawah fasal 11(1) Perlembagaan.

(5) Ianya mengikut bahawa maksud dan tujuan kemasukan perkataan-perkataan 'dengan aman dan harmoni' ke dalam fasal 3(1) adalah untuk melindungi kesucian Islam sebagai agama negara ini, termasuk melindunginya dari apa-apa ancaman yang, dalam konteks

(28)

28 negara ini, berkemungkinan besarnya datang dari dakwah-dakwah agama lain terhadap penganut-penganut Islam. Inilah juga sebabnya mengapa fasal 11(4) (yang membenarkan undang-undang digubal bagi menghalang pendakwahan doktrin agama-agama selain dari Islam terhadap pemeluk agama Islam) mengambil tempatnya di dalam Perlembagaan.

(6) Kemungkinan musnahnya kerukunan hidup masyarakat adalah asas sah untuk mengekang hak asasi kebebasan bersuara dan kebebasan untuk mengamalkan agama seseorang. Dalam kes semasa, penggunaan kalimah 'Allah', terutama dalam versi Bahasa Melayu the Herald, adalah berpotensi untuk memusnahkan kerukunan sedia ada dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Penerbitan sedemikian, seperti yang diperjelas oleh Menteri apabila mengenakan syarat, akan menyebabkan berlakunya perseteruan dan kekacauan dalam masyarakat. Pastinya juga, ia akan menjejaskan kesucian Islam seperti yang diperuntukkan di bawah fasal 3(1) Perlembagaan, serta hak untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.

(7) Perkataan 'Allah' sebagai nama Tuhan mahupun nama manusia tidak wujud walaupun sekali dalam Kitab-kitab Hebrew atau Taurat atau Injil. Mengambilkira hakikat sejarah ini, kalimah atau nama 'Allah' bukanlah menjadi isi kepercayaan dan amalan agama Kristian, terutamanya Gereja Roman Katholik. Oleh itu, tiada alasan munasabah mengapa responden beria-ia benar hendak menggunakan kalimah 'Allah' dalam suratberita mingguannya, terutama dalam versi Bahasa Melayunya. Oleh kerana 'Allah' tidak menjadi isi agama responden, maka adalah munasabah untuk merumuskan bahawa penggunaannya akan menyebabkan kekeliruan yang sia-sia di kalangan umat Islam dan tentunya juga tidak kondusif kepada tempo kehidupan yang aman dan harmoni di negara ini. Rumusan ini diperkukuh oleh fakta bahawa penduduk majoriti negara ini adalah orang Melayu yang beragama Islam.

Oleh Abdul Aziz Rahim HMR (menyetujui):

(1) Keputusan Menteri bertarikh 7 Januari 2009 mengenakan syarat-syarat bagi penerbitan the Herald dalam Bahasa Melayu adalah satu tindakan melaksanakan budibicara pentadbiran di bawah peruntukan-peruntukan relevan Akta. Oleh itu, selagi budibicara tersebut dilaksanakan dalam ruang litup prinsip Wednesbury, dalam ertikata ianya tidak melanggar prinsip-prinsip ketidaksahan, ketidakteraturan prosedur, kesepadanan dan ketidakrasionalan, maka budibicara tersebut adalah mutlak dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

(29)

29 (2) Penerbit mana-mana penerbitan sekalipun tidak boleh dibiarkan untuk menerbitkan bahan-bahan dengan sesuka hati mereka tanpa mengambilkira soal ketenteraman, moraliti, keselamatan dan sensitiviti awam. Di dalam kes the Herald, adalah diterima bahawa permit yang diberikan kepada responden mengandungi 12 syarat am sepertimana yang terserlah pada Borang B Jadual Pertama kepada Peraturan. Ini termasuklah Syarat 6 yang melarang responden dari menerbitkan bahan-bahan yang memprejudis atau berkemungkinan memprejudis kepentingan awam atau kepentingan nasional, dan Syarat 11 yang mewajibkan responden mematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Menteri dari masa ke masa.

(3) Kesemua 12 syarat standard pada permit tertera di situ melalui kuatkuasa undang-undang, iaitu oleh per. 3 Peraturan. Adalah juga jelas bahawa surat Menteri bertarikh 7 Januari 2009 hanya mengulangi larangan yang telah pun dikenakan oleh Arahan 1986 dan, berdasarkan Syarat 11 permit tersebut, responden dengan itu mestilah mematuhi arahan serta surat berkenaan. Berhubung dengan Arahan 1986, mahkamah boleh mengambil notis kehakiman bahawa responden sedar dan tahu mengenainya memandangkan Arahan 1986 telah dihantar kepada semua penerbitan agama Kristian. Apapun, mengambilkira s. 12 Akta, per. 3 Peraturan dan Syarat 11 permit yang dikeluarkan kepada responden, Menteri tidak bertindak di luar batasan tugas dan kuasanya dalam mengenakan syarat-syarat di dalam surat bertarikh 7 Januari 2009.

(4) Keterangan sejarah dan fakta bahawa kalimah 'Allah' wujud dalam kitab Injil berbahasa Melayu, Al-Kitab, kedua-duanya bukan justifikasi memadai untuk menghalang Menteri dari mengenakan syarat larangan terhadap penggunaan nama 'Allah' dalam the Herald. Al-Kitab dan the Herald adalah dua penerbitan yang sama sekali berbeza dari segi karakternya. Al-Kitab, dengan perkataan "BUKAN UNTUK ORANG ISLAM" tertulis dengan menonjol dan jelas di muka hadapannya, adalah dimaksudkan hanya untuk orang-orang Kristian dan hanya digunakan di gereja di kalangan penganut-penganut Kristian. The Herald, sebaliknya, adalah berada dalam kategori akhbar dan berkemungkinan digunakan sebagai lidah Gereja Katholik untuk menyebarkan maklumat berhubung kegiatan-kegiatan gereja. Sementara itu, kemudahan akses secara elektronik kepada the Herald bererti ia boleh dibaca oleh orang-orang Islam dan bukan Islam. Oleh itu, penerbitan the Herald yang mengguna nama 'Allah' tidak boleh disamakan dengan kebenaran yang diberikan kepada Al-Kitab di mana terdapat nama 'Allah' di dalamnya.

(30)

30 (5) Dalam konteks masyarakat Islam di Malaysia, kalimah Arab 'Allah' adalah digunakan untuk merujuk kepada Tuhan tanpa sebarang terjemahan atau modifikasi kepada maksudnya. Oleh itu, mengambilkira wujudnya jurang yang amat luas di antara konsep Tuhan di dalam agama Islam dan Kristian, penggunaan nama 'Allah' dalam the Herald bagi memperihal atau merujuk kepada Tuhan di kalangan orang Kristian tentunya akan mengelirukan orang-orang Islam. Ianya mengikut bahawa Menteri, dalam memberi pertimbangan kepada kemungkinan terjejasnya ketenteraman awam dan keselamatan negara dalam masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama sebelum membuat keputusan yang dipertikaikan, tidak boleh dikata sebagai telah didorong oleh motif tidak wajar, atau telah tersalah arah akan dirinya, atau telah mengambilkira pertimbangan-pertimbangan yang tidak relevan. Autoriti undang-undang kes juga menunjukkan bahawa dalam melaksanakan budibicara dan kepuasan subjektifnya sedemikian, Menteri boleh mengambilkira sama ada penerbitan berpotensi memusnahkan kerukunan hidup masyarakat atau memprejudis ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan awam, dan tidak perlu menunggu sehingga kekacauan betul-betul berlaku sebelum melaksanakan budibicaranya tersebut.

(6) Sejak tahun 1986 lagi, Menteri, apabila mengeluarkan Arahan 1986, telah pun menimbang tentang kemungkinan mudarat yang akan berlaku kepada ketenteraman dan keselamatan awam jika penggunaan kalimah 'Allah' oleh penerbitan-penerbitan agama Kristian tidak dibendung. Yang arif Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes ini nampaknya tidak mengendahkan kebimbangan ini. Walaupun begitu, peristiwa-peristiwa yang berlaku sejurus selepas yang arif hakim mengisytiharkan keputusannya berhubung permohonan semakan kehakiman responden (protes jalanan, perbincangan dan tuduhan-tuduhan panas serta serangan ke atas gereja dan masjid) menunjukkan bahawa kebimbangan Menteri terhadap kemudaratan ketenteraman dan keselamatan awam sebenarnya mempunyai asas munasabah. Oleh itu, keputusan Menteri pada 7 Januari 2009 untuk mengenakan syarat yang dipertikai adalah sah dan menurut undang-undang. Keputusan tersebut telah melepasi ujian prinsip kemunasabahan Wednesbury dan tidak melanggari prinsip-prinsip ketidaksahan, ketidakteraturan prosedur, kesepadanan dan ketidakrasionalan.

(7) Fasal 3(1) Perlembagaan adalah tercetus dari kontrak sosial yang dipersetujui di antara pengasas-pengasas Perlembagaan sementara kemasukan fasal 11(4) adalah bagi melindungi Islam sebagai agama Persekutuan serta melindunginya dari ancaman kegiatan-kegiatan dakwah oleh agama-agama lain terhadap pengikut-pengikut agama Islam. Kedudukan Islam

(31)

31 sebagai agama Persekutuan telah meletakkan obligasi ke atas pihak berkuasa untuk mengembang dan melindungi Islam serta kesuciannya. Oleh itu, tiada apa pun yang tidak munasabah atau tidak relevan bagi Menteri untuk mengambilkira Islam sebagai agama Persekutuan di bawah fasal 3(1) dan sekatan terhadap pendakwahan di bawah fasal 11(4) apabila mengenakan syarat yang dipertikai terhadap penerbitan the Herald. Tiada apa yang tidak berperlembagaan mengenainya.

(8) Larangan oleh Menteri hanya menyentuhi penggunaan perkataan 'Allah' untuk Tuhan di dalam the Herald. Perkataan 'Allah' bukanlah bahagian penting dan isi agama Kristian. Larangan dengan itu tidak boleh dikata tidak berperlembagaan atau melarang responden, yang mewakili masyarakat Kristian, dari mengamalkan agama mereka. Larangan adalah konsisten dengan obligasi Menteri untuk mengambilkira Islam sebagai agama Persekutuan di bawah fasal 3(1) dan perlindungannya di bawah fasal 11(1).

Oleh MohdZawawiSalleh HMR (menyetujui):

(1) Membaca draf penghakiman yang ditulis oleh yang arif saudara-saudara saya, saya bersetuju dengan mereka berdua, dan berasaskan alasan-alasan yang mereka kemukakan, saya juga akan membenarkan rayuan ini. Namun begitu, memandangkan peri pentingnya kes ini, saya akan menambah beberapa pandangan saya sendiri mengenai isu sama ada penggunaan kalimah 'Allah' di dalam 'Herald - the Catholic Weekly' merupakan bahagian penting dan integral agama Kristian.

(2) Berdasarkan autoriti undang-undang kes seperti HajjahHalimatussaadiahHjKamaruddin v. Public Services Commission, Malaysia &Anor, Fatimah Sihi&Ors v. Meor AtiqulrahmanIshak&Ors, Javed v. State of Haryana, Commissioner of Police &Ors v. Acharya JagadishwaranandaAvadhuta and Anor, The Durgah Committee, Ajmer &Anr v. Syed Hussain Ali &Ors and State of West Bengal v. AshutoshLahiri, satu prinsip boleh dipetik iaitu bahawa kebebasan beragama hanya terpakai kepada amalan-amalan yang menjadi bahagian penting dan isi agama. Penggunaan perkataan 'Allah' dalam versi Bahasa Melayu the Herald bagi merujuk kepada Tuhan bukan merupakan satu bahagian penting atau isi agama Kristian. Oleh yang demikian, penggunaannya tidak boleh menarik perlindungan perlembagaan di bawah fasal 11(1) Perlembagaan.

Referensi

Dokumen terkait

Halaman Batasan Home Admin Halaman ini digunakan admin untuk menentukan batasan nilai minimal dari hasil nilai penilaian tes calon karyawan sehingga dapat menghasilkan

Menurut Notaris-PPAT Paramita Rukmi (Wawancara tanggal 3 Agustus 2015), Notaris-PPAT Njoman Sutjining (wawancara tanggal 4 Agustus 2015) dan Notaris-PPAT Lumasia (Wawancara

Konsultasi Laporan PPL Konsultasi terkait dengan Daftar nilai yang akan diserahkan kepada Ibu arini yang harus dipenuhi bagi siswa – siswi yang belum tuntas remedial selain itu

Berdasarkan pengamatan karakter morfologi serbuk sari dari tujuh varietas Coleus scutellarioides dapat disimpulkan bahwa unit serbuk sarinya adalah tipe monad

Segala puji bagi allah swt yang telah melimpahkan rahmat, taufiq, serta hidayah-nya kepada penulis sehingga bisa menyelesaikan skripsi dengan judul “Implementasi Algoritma Fuzzy Type

students‟ error recognition test and their writing ability of the fourth semester students of English Department at The University of Muhammadiyah Purwokerto. This

Perubahan sudut polarisasi cahaya cenderung meningkat dan linier terhadap kenaikan konsentrasi larutan naftalena, sedangkan untuk antrasena tidak linier.. Hasil ini

Dalam Undang-Undang kekuasaan kehakiman yang dimaksud dengan hakim dan hakim konstitusi adalah pejabat negara yang melakukan kekuasaan kehakiman yang diatur dalam