• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prasasti Terengganu: Kepentingannya dalam sejarah tamadun Islam Alam Melayu / Nor Adina Abdul Kadir … [et al.]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Prasasti Terengganu: Kepentingannya dalam sejarah tamadun Islam Alam Melayu / Nor Adina Abdul Kadir … [et al.]"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

P

ROCEEDING OF

2

ND

I

NTERNATIONAL

I

SLAMIC

H

ERITAGE

C

ONFERENCE

(3)
(4)

P

ROCEEDING OF

2

ND

I

NTERNATIONAL

I

SLAMIC

H

ERITAGE

C

ONFERENCE

(ISHEC

2017)

Editors

M

OHD

F

AIZAL

P.

R

AMELI

A

BDUL

Q

AYUUM

A

BDUL

R

AZAK

M

UHAMAD

T

AUFIK

M

D

S

HARIPP

M

OHD

Z

AID

M

USTAFAR

M

OHD

K

HAIRUL

N

IZAM

M

OHD

A

ZIZ

R

AWI

N

ORDIN

S.

S

ALAHUDIN

S

UYURNO

D

ZIAUDDIN

S

HARIF

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka

(5)

Cetakan Pertama / First Printing, 2017

Hak Cipta / Copyright Penerbit ACIS, UiTM Cawangan Melaka

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada ACIS, UiTM Cawangan Melaka terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from ACIS, UiTM Cawangan Melaka.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS), UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN MELAKA, JALAN LENDU, 78000 ALOR GAJAH,

MELAKA, MALAYSIA Tel: +606 558 2303, 2305

Atur huruf oleh / Typeset by

ABDUL QAYUUM ABDUL RAZAK, MUHAMAD TAUFIK MD SHARIPP

,

MOHD ZAID MUSTAFAR & MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ Mel-e: qayyumfpi@yahoo.co.uk

Reka bentuk kulit oleh

Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz Mel-e: nizamiyyah86@gmail.com

(6)

Table of Contents

________________________________________________________________________

Foreword 7

Preface 9

HISTORIOGRAPHY AND ISLAMIC THOUGHT Genre Historiografi Ibn al-Athir

Norsaeidah Jamaludin, Abdul Qayuum Abdul Razak, Nor Adina Abdul Kadir & Mariam Farhana Md Nasir ... 3

Kajian Literatur Istilah ‗Umran Ibn Khaldun

Abdul Qayuum Abdul Razak & S.Salahudin Suyurno ... 13

Metodologi Penulisan Isu Kenabian menurut Badiuzzzaman Said Nursi dalam Kitab Rasail al-Nur

Muaz Mohd Noor, S.Salahudin Suyurno, Nor Adina Abdul Kadir, Abdul Qayuum Abdul Razak & Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz ... 21

Metodologi Penulisan Syed Qutb dalam Kitab Fi Zilal al-Quran Halipah Hamzah & Noormala Rabu ... 35

Sejarah Pengajian Pondok dan Tokoh Ulama: Kajian di Daerah Besut, Terengganu Darul Iman

Mohd Zainodin Mustaffa, Emie Sylviana Mohd Zahid, Nur Farhana Mohd Daud, Mahasin Saja@Mearaj, Mohd Asyadi Redzuan &

Mohamad Zaki Razaly ... 47

Mekah Pusat Dunia: Hubungan dengan Brunei

Muhammad Hadi Muhammad Melayong ... 55

Peranan Sufi dalam Penyebaran Islam di Nusantara

H Sumanta MA & Hajam M.Ag ... 63

Ngaji Kitab bersama Para Kiai Cirebon ‗Memaknai Jihad Islam‘ untuk Meraih Sukma Pancasila

Siti Fatimah M.Hum ... 75

Jender dalam Perspektif Nasaruddin Umar

(7)

Madrasah Menggapai Mutu

H Maksum MA ... 117

Pendekatan Kajian Orientalis terhadap Islam: Satu Sorotan Awal

Mohd Farhan Abd Rahman & Muhamad Azrul Azwan ... 125

ZA‘BA, Melayu dan Kolonialisme Inggeris

Noor Aziera Mohamad Rohana, Nurul Asma Mazlan, Noraini Abd Muaziz & Ermy Azziaty Rozali ...137

Budaya Berfikir Kritis Islam sebagai Pendekatan dalam Mengukuhkan Jatidiri Masyarakat Melayu Kini

Norafifah Ab Hamid, Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man & Siti Nurul Izza Hashim ... 151

Kepentingan Kepercayaan Konsep Ilmu dalam Pembentukan Pandangan Alam

Mahfuzah Mohammed Zabidi & Rohaya Sulaiman… 167

HISTORIOGRAPHY AND ISLAMIC HERITAGE

Penentuan Tarikh Perkahwinan Rasulullah SAW berdasarkan Pengiraan Takwim Hijri terkini

Nur Jannah Ballazi, Hamidah Jalani, Norsaeidah Jamaludin, Sarah Dina Mohd Adnan & Nang Naemah Nik Dahalan ... 180

Konsep Kepimpinan Melayu Islam di Nusantara Menurut Teks Bustan al-Salatin Shah Rul Anuar Nordin ... 188

Prasasti Terengganu: Kepentingannya dalam Sejarah Tamadun Islam Alam Melayu

Nor Adina Abdul Kadir, Nang Naemah Nik Dahalan, Norsaeidah Jamaludin, Abdul Qayuum Abdul Razak & Khairul Nizam Abdul Aziz ... 199

Kelangsungan Budaya Masyarakat Chetti MelakaEra Globalisasi

Siti Nurul Izza Hashim, Norafifah Ab Hamid, Rawi Nordin, Nor Rafedah Mohsan & Muhammad Faidz Mohd Fadzil ... 209

Sejarah dan Implementasi Dekorasi Cina dalam Pembinaan Masjid Terawal di Malaysia

Nor Adina Abdul Kadir, S.Salahudin Suyurno, Sarah Dina Mohd Adnan, Noorfazreen Mohd Aris & Muaz Mohd Noor ... 223

(8)

ISLAMIC LITERATURE AND ART

Keindahan Konsep Tauhid dalam Rekabentuk Motif-motif Seni Tradisi Melayu

Shaliza Dasuki, Azahar Harun, Liza Marziana Mohammad Noh, Nur Hasliza Abdullah, Nurkhazilah Idris & Fazlina Mohd Radzi ... 239

Identifying A Lotus Motif Transformation on The Melaka Traditional Mosque‘s Roof Crown in 1720-1950

Raziq Abdul Samat, Sharifah Shaari, Dona Lowii Madon, Meor Hasmadi Meor Hamzah & Nor Fariza Baharuddin ... 255

Potensi Seni Iluminasi al-Qur‘an Mushaf Malaysia

Nik Narimah Nik Abdullah, Mohd Hisham Johari, Ayob Wahid, Zahara Ramli, Muhamad Fauzi Harun, Anith Liyana Amin Nudin &

Mohd Amin Mohd Noh… 263

تًلا رثأ

ا

ثيدبغا بيكركلاا مسرلا في يملبسلإا بيرعلا ث

نبضرلا دبع تُسح دومبؿ & ةيفيرشلا ىفطصم ابيكش

... 281

Notes on the Ibadi Religious Architecture: A Comparative Study of the Mosques in Mzab, Djerba and Oman

Naima Benkari ... 301

Contemporary Telekung in Malaysia it's Challenges and Realities

Norzaleha Zainun, Jamiaah Abdul Holed & Zolina Mohamad ... 317

The Development of Character Category in Jawi Typography-An Implementation in Typography Course in UiTM

Intan Nur Firdaus Muhammad fuad, Sharifah Raudzah S. Mahadi & Ahmad Khairul Azizi Ahmad ... 333

Art Photography: Ideation and Influences of Islamic Geometric Patterns

Azmil Aswad Che Mat, Aidah Alias & Farihan Zahari ... 345

The Reading of Tajwid in Surah Yaasin for Red-Green Colour Vision Deficiencies

Siti Sarah Adam Wan, Azahar Harun, Nur Hasliza Abdulah & Shaliza Dasuki ... 357

POLITICS AND GOVERNANCE

Peranan Sultan Abu al-Hasan ‗Ali al-Marini dalam Kerajaan Banu Marin di Fas, al-Maghrib (1331-1351M)

(9)

Mariam Farhana Md Nasir, Sarah Dina Mohd Adnan, Noorfazreen Mohd Aris, Hamidah Jalani & Muhammad Taufik Md Sharipp ... 365

Sejarah Institusi Ketenteraan di Malaysia dan Sumbangan kepada Kelangsungan Ketamadunan

Burhanuddin Jalal, Sayuti Ab Ghani, Amnah Saayah & Redwan Yasin ... 380

Perspektif Kitab Quran terhadap Bidang Pengurusan Rekod

Ahmad Azman Mohamad Ramli, Azmi Ab Rahman, Kasmarini Baharuddin, Mohd Naim Mohd Nasfi, Mohd Ridzuan Ibrahim &

Abd Rashid Abd Rahman ... 397

ISLAMIC ECONOMICS AND BUSSINES MANAGEMENT

Etika Pengurusan Sumber Manusia bagi Muslimpreneurs dalam Perniagaan Berskala Kecil

Mohd Faizal P.Rameli, Suhaida Mohd. Amin, Dziauddin Sharif, Norajila Che Man & Noorfazreen Mohd Aris ... 413

Paradigma Tauhid dalam Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Norajila Che Man, Muhammad Rahimi Osman & Mohd Faizal P.Rameli ... 427

Wasatiyyah sebagai Asas Pembuatan Keputusan Pelabur Muslim

Noor Hasyimah Sulaiman, Wan Noor Hazlina Wan Jusoh, Che Zuina Ismail, Azarudin Awang & Rubiah Abu Bakar ... 445

Penilaian Pakar dalam Model Konseptual Penggunaan Berhierarki Islam

Basri Abd. Ghani & Ahmad Azrin Adnan ... 453

The Need to Work by Educated Muslim Women in Malaysia

Suhaida Mohd. Amin & Mohd Faizal P.Rameli ... 461

The Impact of Macroeconomic Variables on FTSE Bursa Malaysia Emas Shariah Index

Siti Nurulhuda Ibrahim, Zuraini Abdul Hamid, Amirudin Mohd Nor, Fahmi Abdul Rahim & Noraznira Abd Razak ... 469

Multimodal Analysis on Muslimah Cosmetic Billboards

Nor Atifah Mohamad, S. Salahudin Suyurno, Sumarni Maulan & Nazarul Azali Razali ... 489

Determinants of Electronic Commerce Adoption: Case Study Among Small and Medium Enterprise (SME) in Klang Valley

(10)

Nur Atiqah Zainuddin, Maymunah Ismail, Nurul Zamratul Asyikin Ahmad, Sharina Sharif, Maz Izuan Mazalan & Mohd Sufian Ab Kadir … 501

Halal vs Non-Halal Cosmetic: Positioning in Malaysian Market

Azahar Harun, Roszi Naszariah Nasni Naseri, Nur Hazwani, Zolkifly & Mastura Ayob ... 513

Total Quality Management and Halal Certification of Food Product in Malaysia

Rizuwan Abu Karim, Nurazree Mahmud, Helmy Fadlisham Abu Hasan & Juan Rizal Sa‘ari ... 519

Pemantauan dan Penguatkuasaan Halal terhadap Produk Makanan Import oleh JAKIM

Mohd Zaid Daud, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Nurzahidah Jaafar & Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah ... 527

WAQF DEVELOPMENT IN MALAYSIA

Elemen Kekal Harta Wakaf: Analisis menurut Fuqaha dan Undang-undang di Malaysia

Che Zuina Ismail, Azarudin Awang, Rubiah Abu Bakar, Noor Hasyimah Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh... 549

Sejarah Universiti al-Azhar sebagai Model Institusi Pendidikan Wakaf Terulung

Mohd. Ali Muhamad Don ... 565

Pembangunan Tanah Wakaf Melalui Inovasi Istibdal

Che Zuina Ismail, Rubiah Abu Bakar, Azarudin Awang, Noor Hasyimah Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh ... 575

Pembangunan Wakaf Kesihatan: Model Operasi dan Pengurusan Hospital Waqaf An-Nur (HWAN)

Norizah Mohamed @ Daud, Noorfazreen Mohd Aris, Sharipah Amirah Abas & Noraini Abd Muaziz ... 587

Urus Tadbir Hartanah Wakaf Melaka: Strategi Penambahbaikan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Norajila Che Man, Rawi Nordin, Norafifah Ab Hamid & Nor Azlina Abd Wahab ... 601

Aktiviti Pembangunan Saham Wakaf di Johor

Nurfarhana Mohd Daud, Emie Sylviana Mohd Zahid, Mohd Zainodin Mustaffa, Munirah Zakaria & Aflah Isa ... 613

(11)

CONTEMPORARY ISSUE OF ZAKAT IN MALAYSIA Penetapan Had Kifayah Zakat Pelajar di UiTM: Satu Keperluan

Baharuddin Sayin, Azri Bhari, Mohd Afandi Mat Rani & Muhammad Nor Aman Jamaluddin ... 625

Profil Asnaf Zakat di Kalangan Pelajar UiTM Melaka Kampus Bandaraya

Nor Rafedah Mohsan, Dziauddin Sharif, Norafifah Ab Hamid, Siti Nurul Izza, Hashim & Rizuwan Abu Karim ... 635

Pengambilan Hukum Uruf dalam Zakat Emas Perhiasan Negeri-negeri di Utara Malaysia

Noraini Saro & Rawi Nordin ... 643

Aktiviti Pembangunan Spiritual Bagi Asnaf Zakat Fakir dan Miskin di Selangor

Emie Sylviana Mohd Zahid, Mohd Zainodin Mustaffa, Nurfarhana Mohd Daud & Mahasin Saja@Mearaj ... 651

ISLAMIC PHILANTHROPY AND HOSPITALITY Crowdfunding: A New Phenomenon of Philantropic Method

Nurzahidah Jaafar, Siti Noorbiah Md Rejab, Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Mohd Zaid Daud & Mazni Natasha Mohd Nasir ... 675

Corporate Philanthropy as A Corporate Social Responsibility Component: An Islamic Perspective

Wan Noor Hazlina Wan Jusoh, Che Zuina Ismail, Noor Hasyimah Sulaiman & Azarudin Awang ... 687

Travel Patterns of People with Physical Disabilities in Attractions Sector of Selangor‘s Tourism Industry

Nurul Fatin Nabila Md Nafiah, Intan Farhana Abd.Karim,

Nurul Zamratul Asyikin Ahmad, Sharina Shariff, Mohd Sufian Ab Kadir & Maz Izuan Mazalan ... 695

MANAGEMENT IN ISLAMIC PERSPECTIVE

Siapakah yang Sayang: Pengurusan Gerontologi Kajian di Rumah Amal Baitul Rahmah, Rawang

(12)

Nurzahidah Jaafar, Suliah Mohd Aris, Fadhilah Adibah Ismail, Rafeah Saidon & Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah.... 711

An Insight into The Islamic Manufacturing Practices (IMP)

Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Mohd Zaid Daud, Nurzahidah Jaapar& Thuraya Ahmad ... 723

Shariah Risk Profiling Through Shariah Based Business Modelling: A Rectification Plan for Shariah Audit Finding (SNCR-01) for Company XYZ

Mohd Helmi Ahmad & Najahuddin Lateh ... 737

Qualitative Characteristics Accounting Information of Kariah Mosque: A Concept Paper

Masita Hassan, Salina Abdullah, Rahayu Mohd Sihat & Norlinda Tendot Abu Bakar ... 749

Sulh Approach in The Education Loan‘s Repayment: The Study on Education Loan of The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN)

Dziauddin Sharif, Norajila Che Man, Zainab Mohd Zain, Nasif Sidquee Pauzi & Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah ... 757

Assessing Managers‘ Perception towards Fitness: Examining A Few Procedures and Steps

Saidin Wan Ismail & Norzaidi Mohd. Daud... 765

CONTEMPORARY ISSUES IN ISLAMIC JURISPRUDENCE Ta'liq Talak: Antara Peruntukan Perundangan dan Amalan di Melaka

Noormala Rabu, Halipah Hamzah, Mohd Fauzi Md Isa & Zainal Fikri Zamzuri ... 791

Dilema Hak Suami Pasca Penceraian: Suatu Penelitian Awal di Malaysia

Mohd Ab Malek Md Shah, Zunaidah Ab Hasan, Sulaiman Mahzan, Marziana Abd Malib, Akmal Adanan & Mohamad Daim Darson ... 799

Penjagaan Akal Menurut Perspektif Islam dalam Konteks Maqasid Syariah

Fadhilah Adibah Ismail,Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Kamariah Yusoff, Azizah Zakaria & Norsalwati Sabtu ... 809

Maqasid Syariah dalam Pelancongan

Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man, Rawi Nordin, Mohamad Shafiei Ayub & Mohd Zaid Mustafar ... 817

(13)

Pengurusan Harta Menurut Islam: Analisa Menurut Perspektif Maqasid Syariah

Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man, Norafifah Ab Hamid & Rawi Nordin ... 835

كرفلا ملع

ؿوصلأا ملع فيلأت في ةيديدبذ ةيجهنم :ةيلوصلأا ؽ

(The Science of Usuli Nuances: a Renewal Method of Writing in Usul al-Fiqh)

نيدلا سشم مبرج دمبؿ نب ىفطصم

…847

The Wisdom of Polygamy in Islam: The Law and Customary Practice in Afghanistan

Nasir Ahmad Yousefi... 865

Pendekatan Fuqaha dalam Memahami Illah Riba bagi Emas dan Perak

Mohd Asyadi Redzuan, Mohamad Zaki Razaly, Mohd Zainodin Mustaffa & Siti Noor Ain Aziz ... 879

CONTEMPORARY ISSUES OF DAKWAH IN MALAYSIA Konsep Amar Makruf Nahi Mungkar dalam Kerangka Dakwah Islam

Razali Musa, Wan Hishamudin Wan Jusoh, Mohd Shahril Othman, Syed Hadzrullathfi Syed Omar & Mohd Safri Ali ... 889

Pengurusan Akidah di Malaysia Secara Berorganisasi: Satu Tinjauan Awal Tentang Jalinan antara Institusi Islam Kerajaan Pusat dan Negeri di Malaysia

Sophian Rambli & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ... 895

Toleransi Agama dalam Kehidupan Komuniti Muslim Baharu: Tinjauan dari Aspek Cabaran

Azarudin Awang, Che Zuina Ismail, Azman Che Mat & Rubiah Abu Bakar ... 901

Kartun Bertemakan Dakwah Islamiyah Atas Talian: Interpretasi Dakwah Sarkastik Dan Satira

Fazlina Mohd Radzi & Azahar Harun ... 909

The Correlation Between Salah (Prayers) and Students‘ Academic Performance

Che Haslina Abdullah, Mahanim Omar, Raja Rosila Raja Berahim, Nur Afiqah Ab Latif & Che Nooryohana Zulkifli... 921

Peranan Laman Facebook dalam Penyampaian Maklumat Pengurusan Pusaka

Mohd Khairy Kamarudin, Mohd Hafizie Suhaimi & Nasrul Hisyam Nor Muhamad... 931

(14)

Muslims in South Korea: The Way of Life

Mahsuri Khalid, Ashirah Fatihah Mohd, Nurauni Aqilah Mohd Khir, Nur Nabila Mazlan, Nur Farhanah Mahamad Halid & Noraini Jamal... 943

Kajian Awal Tahap Kesukarelawan di Kalangan Rakyat Johor, Malaysia

Nik Rozilaini Wan Mohamed, Abdul Rasid Abdul Razzaq, Rohayu Roddin & Nor Asikin Shaharuddin... 963

Perubahan Akhlak Saudara Kita Selepas Memeluk Islam di Johor

Nur Najwa Hanani Abd Rahman, Mohd Farhan Ahmad, Noraishah P Othman, Siti Fairuz Sujak & Luqmanulhakim Ab Rahman... 969

Dakwah Melalui Media Sosial: Penerimaan dalam Kalangan Warga IPD Setiu, Terengganu

Azman Che Mat, Khairul Azhar Abd. Karim, Azarudin Awang, Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Nor Shaifura Musilehat & Ahmad Zulfadhli Nukman... 987

ISLAM AND COMMUNICATION

Akhlak Terbina Komunikasi Sempurna

S.Salahudin Suyurno, Mohammad Taufik Md Sharipp, Mohd Shafie Ayub, Mohd Zaid Mustafar & Mohd Zin Junoh ... 997

Aplikasi Syarat Kesahihan Hadith terhadap Model Komunikasi Berkesan

Muhammad Taufik Md Sharipp, Muhammad Faidz Mohd Fadzil, Mohd Zaid Mustafar, Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz & S Salahudin Suyurno ... 1005

Komunikasi IntraPersonal dalam Dialog antara Agama: Pengalaman Saudara Baru

Azarudin Awang, Che Zuina Ismail, Azman Che Mat, Noor, Hasyimah Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh ... 1015

Pembangunan dan Pengesahsahihan Instrumen Manhaj Rabbãniyyah sebagai Indikator Komunikator Islam

Muhammad Taufik Md Sharipp, S Salahudin Suyurno, Mohamad Shafiei Ayub, Abdul Raf Ridzuan & Mariam Farhana Md Nasir ... 1023

Media Baharu dan Budaya Popular Islam: Peranan dan Realiti

Aini Faezah Ramlan, S Salahudin Suyurno, Muhamad Shafie Ayub, Rosilawati Sultan Mohideen & Abdul Qayyum Abd Razak ... 1031

(15)

Unsur-unsur Takmilah dalam Filem Islam

Mohamad Shafiei Ayub, Muhammad Taufik Md Sharipp, Aini Faezah Ramlan, Abdul Qayuum Abdul Razak, S Salahudin Suyurno &

Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah ... 1037

ISLAMIC EDUCATION DEVELOPMENT

Gagasan Madrasah Al-Zahra‘: Penubuhan Universiti Islam di Akhir Kerajaan Turki Uthmani

Mohd Nasir Ayub, Surita Hartini Mat Hassan, Muaz Mohd Noor, Noor Hidayah Kasim & Rafidah Amat ... 1055

Kaedah Hafazan: Suatu Tinjauan Ringkas

Siti Suriyani Sulaiman ... 1071

Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dan Pencapaian Pelajar Bahasa Arab

Azman Che Mat, Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Azarudin Awang, Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Nor Shaifura Musilehat &

Ahmad Zulfadhli Nukman ... 1087

Perlaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital bagi Kursus CTU 281: Kesan terhadap Prestasi Akademik dan Motivasi Diri Pelajar Grafik di UiTM Alor Gajah

Ilinadia Jamil, Azahar Harun, Fatrisha Mohamed Yussof, Nor Yus Shahirah Hassan & Fazlina Mohd Radzi ... 1095

Analisis Kerelevanan Kurikulum Kursus Pemikiran dan Tamadun Islam (CTU151) terhadap Pelajar di UiTM

Rubiah Abu Bakar, Che Zuina Ismail, Azarudin Awang & Noor Hasyimah Sulaiman ... 1107

Hadith's Source of Reference Finder Browser Extension

Mohamad Hafiz Khairuddin, Nur Azalizana Ahmad Saru, Mohd Hafifi Mohd Supir, Anwar Farhan Zolkeplay & Mohd Taufik Mishan... 1117

Peranan IPTA dan IPTS dalam Menerapkan Pendidikan al-Quran di dalam Kurikulum sebagai Kursus Teras bagi Semua Pelajar Islam di Malaysia: Kajian Awal di Beberapa Buah IPT di Malaysia

Nor Ashiqeen Jamaluddin, Raihana Farahiyah Abdul Rahman, Sulaiman Shakib Mohd Noor & Mohd Nazir Kadir… 1127

(16)

Hukum Kanun Brunei dan Hukum Kanun Melaka: Suatu Ristaan Sejarah

Haji Dzulkiflee Haji Abdul Latif... 1143

ةيناسنلإا ةراضبغا ىلع هرثأك بطلا ؿابؾ في تُملسبؼا ءاملع دوهج

(17)
(18)
(19)

Foreword

_________________________________________________________________

Bismillahirrahmanirrahim. All praise to Allah SWT. Blessing and Prayers be upon Prophet Muhammad SAW, and also to his family members, kindred‘s, companions and his followers who adhere faithfully to his teaching.

I would like to express my gratitude for this invitation to write a few words in conjunction of this proceeding. Heartiest congratulations go to the organizers of the 2nd International Islamic Heritage Conference 2017 (2nd IsHeC2017) that was held on 14th – 15th November 2017. Congratulations also to the editors for their efforts in publishing the articles presented at the 2nd IsHeC2017.

Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference 2017 is a very noble effort as it adds to the corpus of literature on Islamic based research in various disciplines of knowledge. I hope that this proceeding can be a catalyst for the germination and strengthening of Islamic knowledge.

Finally, I wish to extend my sincere appreciation to all parties involved in the publication of this proceeding especially Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) UiTM Melaka, Center for Islamic Philanthropy and Social Finance (CIPSF), Pusat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (PJI & A) UiTM Melaka and the authors for their contribution.

DATUK PROF.MADYA SABARIAH MAHAT

Rektor,

Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka.

(20)
(21)

Preface

_________________________________________________________________

In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful. All praise is due to Allah SWT, the Almighty. We all praise Him, seek His Help, and ask for His Forgiveness. We seek refuge with Him from the evil of our souls, and from our sinful deeds. He whom Allah SWT guides, no one can misguide him, and whoever Allah SWT misguides, no one can guide him. Blessings and prayers upon His Messenger Prophet Muhammad SAW. We would like to express our thorough and sincere gratefulness to Allah the Almighty, who has given us the opportunity to write, edit and complete the Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference 2017.

We wish to extend our appreciation to YBhg. Datuk Associate Professor Sabariah Hj. Mahat, Rector of Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka for her full encouragement in ensuring the success of the 2nd IsHeC2017 and also the publication of this proceeding. Special thanks to YBrs. Associate Professor Dr. Shafinar Ismail, Deputy Rector of Research and Industrial Linkage UiTM Cawangan Melaka for her continuous support in 2nd IsHeC2017.

A great deal of appreciation also goes to the Center for Islamic Philanthropy and Islamic Finance (CIPSF), Uni-Charity Society, ACIS UiTM Cawangan Melaka and UiTM Press for their tremendous effort in making the 2nd IsHeC2017 a success.

This proceeding comprises the articles that were presented in 2nd IsHeC2017 which held on 14 hingga 15 November 2017 at Avillion Hotel Melaka.

Hopefully, the Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference 2017 will give a clearer view of various contemporary issues in Islamic-based research in this country and the Muslim world as a whole. Finally, we hope that this proceeding may inspire and motivate its readers in initiating attempts and contributions for the sake of Muslim ummah.

MOHD FAIZAL P.RAMELI

ABDUL QAYUUM ABDUL RAZAK

MUHAMAD TAUFIK MD SHARIPP

MOHD ZAID MUSTAFAR

MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ

RAWI NORDIN

S.SALAHUDIN SUYURNO

DZIAUDDIN SHARIF

Editor

(22)
(23)

PRASASTI TERENGGANU: KEPENTINGANNYA DALAM SEJARAH TAMADUN ISLAM ALAM MELAYU

Nor Adina Abdul Kadir, Nang Naemah Nik Dahalan, Norsaeidah Jamaludin, Abdul Qayuum Abdul Razak & Khairul Nizam Abdul Aziz

ABSTRAK

Kertas kerja ini akan membincangkan kepentingan prasasti Terengganu ini terhadap sejarah Alam Melayu. Justeru, kertas kerja ini ia akan membincangkan beberapa perkara utama, pertama; pengenalan Batu Bersurat Terengganu, kedua; kepentingan Batu Bersurat Terengganu untuk konteks sejarah Alam Melayu, ketiga; kesimpulan.

PENDAHULUAN

Batu Bersurat Piagam Terengganu ialah satu rakaman manuskrip yang menjelaskan tentang hukum hakam yang diamalkan oleh penduduk Terengganu melalui penguatkuasaan oleh pemerintahnya Raja Mandalika. Sejarah penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula pada tahun 1887 apabila batu tersebut dijumpai di tebing Sungai Tara dalam mukim Kampung Buluh, daerah Hulu Terengganu. Maka batu tersebut telah dibawa dan diusung oleh penduduk kampung ke surau Kampung Buluh untuk dijadikan pengalas membasuh kaki menaiki surau tersebut. Pada tahun 1902, batu ini telah dijumpai oleh pedagang Arab Syed Husin Ghulam Al-Bukhari semasa beliau hendak melangkah naik ke atas surau untuk menunaikan solat zohor. Batu tersebut kemudiannya diangkat dan dibawa ke Kuala Terengganu untuk dipersembahkan kepada Sultan Zainal Abidin III dan di atas titah baginda batu bersurat diletakkan di Bukit Puteri, Kuala Terengganu. Kemudian batu ini di bawa dan di simpan di Muzium Raffles Singapura (1923) seterusnya di simpan di Muzium Negara Kuala Lumpur (1960) sebelum ditempatkan di Muzium Negeri Terengganu pada 6 Julai 1991 sehingga kini.

Isi kandungan Batu Bersurat Terengganu merupakan catatan penting yang menjelaskan tentang pemerintahan negeri Terengganu pada abad ke-14 Masihi. Pada waktu itu, seorang pemerintah bergelar Seri Paduka Tuan telah menguasai pemerintahan negeri ini, walau bagaimanapun sehingga kini ahli sejarah belum boleh merungkai siapakah pemerintah tersebut (Muhammad Salleh 1983; Izziah Suryani 2010). Kewujudan sebuah kerajaan Melayu berlandas agama dan hukum Islam di sebuah daerah yang sangat jauh dari pantai laut atau kuala sungai merupakan satu perkara yang sangat penting dipersoalkan oleh ahli sejarah tempatan dan luar negeri. Namun begitu pemilihan ini dibuat sebagai satu alternatif untuk menggelakkan risiko serangan luar (Othman 1990; Izziah Suryani 2010).

(24)

KENAPA BATU BERSURAT TERENGGANU PENTING UNTUK KONTEKS SEJARAH ALAM MELAYU

Dapat dikenal pasti beberapa kepentingan Batu Bersurat Terengganu dalam sejarah Tanah Melayu. Antaranya;

Bukti tentang Proses Islamisasi Terawal di Tanah Melayu

Batu Bersurat Terengganu telah menunjukkan fakta bahawa kawasan pantai Timur Tanah Melayu, seperti Terengganu adalah kawasan terawal di Tanah Melayu yang menerima dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh. Sebelum ini, terdapat teori yang mendakwa Melaka merupakan tempat terawal menerima ajaran Islam di Tanah Melayu, yang dikaitkan juga sebagai pusat yang memperkembangkan Islam ke seluruh jajahan takluk empayar Melaka yang lain. Secara logiknya, dapat ditegaskan bukti tempat awal penerimaan Islam perlu didasarkan kepada wujudnya beberapa artifak yang khusus, merangkumi kitab atau manuskrip agama, masjid tertua, institusi pendidikan Islam seperti pondok, kubur seseorang ulamak dan terpenting sekali pengaruh pemikiran Islam yang berkekalan serta dapat dikesan penggunaanya secara meluas di dalam masyarakat (S. Hossein Nasr, 1990). Seandainya bukti-bukti ini mahu diambilkira, kawasan pantai Timur Tanah Melayu lebih memenuhi syarat bukti ini kerana kesemua artifak dan bukti ini memang terdapat secara lengkap di kawasan pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan dan bukannya di kawasan Pantai Barat Tanah Melayu.

Hal ini turut dibantu dengan beberapa fakta sampingan yang lain. Antaranya, fakta sejarah Terengganu yang menjadi tempat persinggahan saudagar Islam Asia Barat dalam rutin perjalanan dagang mereka ke negeri China antara abad ke-13 dan ke-14 Masihi. Hal ini turut dikaitkan dengan fakta Islamisasi wilayah Champa di Indo China dan persamaannya dengan realiti yang berlaku di Terengganu. Hal ini dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat di Phang Rang, Champa bertarikh 1309 Masihi (al-Attas, 1969).

Batu Bersurat Terengganu dapat Memperkukuhkan Teori Ketuanan Melayu

Dalam konteks Malaysia, semua lapisan masyarakat perlu memaklumi bahawa walaupun program perpaduan kaum sangat diperlukan, tetapi masyarakat majmuk harus menerima hakikat sejarah seperti mana ditonjolkan oleh Batu Bersurat Terengganu ini. Masyarakat Melayu merupakan tuan ataupun pemilik tanah air yang tercinta dan dalam konteks perpaduan mengikut neraca Malaysia, semua rakyat Malaysia perlu mengamalkan sikap tolak ansur yang tinggi apabila menyentuh isu keistimewaan yang dimiliki oleh setiap rakyat. Bagi golongan Bumiputera, mereka tidak boleh mempersoalkan sifat taat setia yang dimiliki oleh penduduk bukan bumiputera yang menjadi warganegara Malaysia yang sah dan memang menganggap Malaysia sebagai tanahair mereka. Hal yang sama perlu dilakukan oleh penduduk bukan bumiputera.

Sikap tolak ansur ini perlu difahami dan diamalkan secara dua hala, bukannya hanya tahu mendesak sehingga melukakan hati penganut Islam. Apa yang lebih penting lagi, penganut bukan Islam selepas merdeka perlu

(25)

menghormati kontrak sosial yang dimeterai semasa proses kemerdekaan Malaysia tercapai yang turut menyentuh isu ketuanan Melayu. Mengikut Wan Mohd Nor (1997), prinsip ketuanan Melayu ini berpunca dari tiga sebab yang utama iaitu

pertama; Sifat awal dan ketinggian tamadun Tanah Melayu yang telah dibina oleh manusia Melayu berasaskan kepada pemahaman terhadap syariah Islam. Kedua; Nisbah pergorbanan dan darah manusia Melayu yang telah banyak dicurahkan untuk mempertahankan Tanah Melayu menghadapi penjajahan kuasa luar. Ketiga; Nisbah sifat toleransi dan kesudian manusia Melayu menerima bersama golongan bukan Melayu untuk tinggal menetap di Tanah Melayu. Sehubungan itu, bagi Ahmad Jelani Halimi (2006), manusia Melayu mampu membina tamadun Alam Melayu yang berasaskan kepada perdagangan yang mengamalkan pendekatan mesra dan adil dengan penganut bukan Islam yang berpunca daripada pengamalan syariah Islam itu sendiri. Fakta sejarah ini perlu difahami secara mendalam oleh penganut bukan Islam, yang diharapkan akan membentuk sifat tolak ansur yang tinggi.

Batu Bersurat Terengganu dapat Memperkukuhkan Bukti Wujudnya Jaringan Antarabangsa di Alam Melayu

Kebanyakan masyarakat dalam tamadun Alam Melayu lebih berasaskan kepada tamadun maritim kerana berasaskan bandar pelabuhan bertaraf antarabangsa. Status ini telah menjadikannya sebagai tamadun yang maju, kerana ianya terdedah dengan semua difusi budaya luar. Atas dasar ini, semua tamadun maritim dilaporkan memiliki bentuk kerajaan negara kota yang tersusun dengan bilangan penduduk yang agak ramai (kosmopolitan) (Syed Agil Syed Omar, 1994). Seterusnya, di atas dasar ukhuwwah dan ummah Islam ini semua umat Melayu yang mendiami rantau Alam Melayu telah berjaya disatukan dan menjalin hubungan yang erat sesama penganut Islam. Dalam soal ini, boleh dilihat tiga bentuk jalinan yang telah ditimbulkan oleh Islam (Jaffary Awang 2000).

Pertamanya, hubungan intelektual yang mementingkan ilmu pengetahuan berasaskan pemupukan budaya ilmu yang sejati (Wan Mohd Nor Wan Daud,1997). Hubungan intelektual ini telah dijalinkan terutamanya yang bersangkutan dengan keperluan kepada tenaga-tenaga ulama untuk membantu usaha menyuburkan Islam di alam Melayu. Hal ini terbukti apabila setiap kawasan di Alam Melayu mengamalkan sikap terbuka yang menerima kehadiran seseorang ulama luar dan kerap dilantik sebagai pakar rujuk untuk sesuatu institusi Islam (B.J.O.Schrieke,1957). Begitu juga setiap kawasan saling bergantungan antara satu sama lain di dalam menentukan sesuatu pegangan keagamaan Islam. Sebagai contohnya, walaupun Sheikh Nuruddin al-Raniri berasal dari India, tetapi ia telah dilantik sebagai pakar rujuk utama untuk kerajaan Acheh, Terengganu dan Pahang. Begitu juga banyak persoalan agama yang rumit yang berlaku di kerajaan Melaka telah dirujuk secara rasmi kepada jemaah ulama di Acheh (Abdul Rahman Abdullah 1990).

Keduanya, kebanjiran kitab keilmuan Islam dari Timur Tengah ke rantau Alam Melayu.Sebahagian besar dari kitab-kitab ini pada mulanya telah disebar dan diterima pakai secara meluas di Pasai, yang kemudiannya membentuk

(26)

kerangka intelektual Islam yang turut diamalkan secara meluas di Melaka. Ketiga hubungan politik dan diplomatik Islam antara kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan Islam dunia. Hubungan politik ini telah dilihat sebagai mampu memperkukuhkan keadaan politik dalaman sesebuah kerajaan Melayu Islam (Nabir Abdullah,1987). Mana-mana musuh asing yang beragama selain Islam seperti Kristian dan Buddha yang bertindak menceroboh sesebuah wilayah umat Islam akan dianggap sebagai musuh dan kerap kali bantuan ketenteraan telah turut diberikan oleh kerajaan Islam Alam Melayu yang lain (Ibrahim Abu Bakar,1994).

Dalam soal ini peranan politik kesultanan Islam tempatan di Alam Melayu amat besar sekali dilihat bukan setakat dari tindakan menjemput ulama Islam asing selaku penasihat untuk usaha pemerintahan negara, bahkan juga turut menjalin hubungan erat dengan pemerintah kota Mekah. Hubungan ini telah mendedahkan Alam Melayu kepada masyarakat Islam di Timur Tengah yang kemudiannya secara langsung telah memesatkan lagi jalinan intelektual antara kedua kawasan ini (Abd. Jalil Borhan, 1996). Teori masyarakat Melayu di Alam Melayu merupakan tamadun maritim iaitu pusat pertemuan dan pelabuhan antarabangsa yang maju yang menyebabkan proses difusi budaya dan ilmu pengetahuan dapat berlaku.

Bukti Tanda Kewujudan Tamadun di Terengganu

Kelebihan dan kepentingan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 4 Rejab 702 Hijrah atau 22 Februari 1303 Masihi adalah merupakan bukti terawal kewujudan tulisan Jawi dalam dunia Melayu dan Asia Tenggara sekaligus membuktikan kedatangan Islam adalah seawal tahun 1303. Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan berusia 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum terbukanya kerajaan Melaka 1409 lagi. Tulisan Jawi dipercayai dicipta oleh orang Terengganu kerana setakat ini masih belum dijumpai sebarang artifak yang mengandungi tulisan-tulisan Jawi sepertimana yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu. Ini sekaligus membuktikan sedari awal sudah ada pemerintah yang telah melaksanakan Undang-Undang dan hukum hakam Islam di Terengganu pada masa itu sebagaimana yang terpahat di atas batu bersurat tersebut. Dengan terjumpanya batu bersurat ini juga menunjukkan bahawa orang Terengganu pada waktu itu pandai menulis dan membaca.

Kesedaran kepada kepentingan Batu Bersurat Terengganu ini akan meningkatkan rasa cinta kepada warisan dalam kalangan rakyat di Terengganu khususnya dan Malaysia umumnya. Sebuah Jawatankuasa yang dikenali sebagai "International Advisory Committee" (IAC) yang diadakan di Barbados pada 31 Julai 2009 telah menyenaraikan Batu Bersurat Terengganu sebagai satu khazanah warisan terpelihara berbentuk dokumentasi di seluruh dunia untuk diwarisi generasi akan datang. Menurut Ibn Khaldun, sesuatu tamadun akan muncul sekiranya wujud beberapa perkara utama di dalam sesebuah masyarakat. Antaranya ialah:

(27)

ii) Pengamalan cara hidup Islam yang betul mengikut world-view Tauhid. iii) Pembangunan sektor ekonomi yang bersepadu dan menekankan peluang

pengagihan yang seimbang di antara rakyat.

iv) Proses perbandaran yang mapan yang menyediakan perkhidmatan dalam bidang sosial yang baik kepada rakyat.

v) Program pembangunan sesuatu kawasan geografi berasaskan bandar yang berteraskan pemupukan semangat perpaduan (Asabiyyah) sesama ahli masyarakat.

vi) Wujudnya hiraki susun lapis masyarakat di dalam struktur pembahagian kerja bagi memastikan semua keperluan masyarakat dapat dipenuhi. Sekiranya dinilai dari sudut parameter sesuatu tamadun seperti yang dinyatakan Ibn Khaldun, jelas sekali ianya terdapat secara holistik di Forlan (nama negara kota di Terengganu) tempat di mana batu bersurat ditemui.

Bukti Kecanggihan Program Dakwah yang Dijalankan oleh Mubaligh Awal di Alam Melayu

Jika dirujuk pula kepada sistem tulisan Jawi yang dipakai pada Batu bersurat, fakta ini dapat memperkukuhkan lagi teori yang menyatakan tentang kecanggihan program dakwah mubaligh awal di Alam Melayu. Kemuncak kejayaan program dakwah ini terbukti dengan penemuaan batu bersurat di Terengganu. Kajian mendapati bahawa pendekatan dakwah yang dijalankan oleh mubaligh yang awal telah dilakukan secara berperancangan rapi. Berasaskan semangat ini, dapat dilihat bagaimana program dakwah di Alam Melayu telah dijalankan secara berperingkat, lebih-lebih lagi berhadapan dengan dominasi adat Melayu pra-Islam dan feudalisme Melayu. Dalam konteks Alam Melayu, beberapa contoh dakwah yang menggunakan pendekatan ini boleh didapati, pertamanya, mubaligh awal telah mengkaji struktur masyarakat Melayu yang berasaskan sistem beraja feudalisme dengan kedudukan raja yang amat ditaati oleh rakyat (Mohammad Redzuan Othman, 1994). Ini menyebabkan mereka bertindak secara beransur-ansur mendekati golongan raja dan menerapkan sistem beraja ala Melayu dengan nilai-nilai Islam (Moshe Yegar, 1979). Walaupun struktur lama masih lagi dikekalkan tetapi ianya telah diterap dengan nilai-nilai Islam. Menurut Paul Wheatley (1961), pada asalnya sistem beraja Melayu bersumberkan konsep Devaraja warisan Hindu-Buddha tetapi sekarang ianya telah diabsahkan dengan prinsip raja sebagai khalifah Allah di atas muka bumi (Mohd Nor Ngah, 1983).

Contoh kedua boleh dilihat dari sikap mubaligh awal yang mengakui kepentingan budaya tempatan sebagai wadah dakwah. Sarjana Islam digalakkan mempelajari dan meneliti secara terperinci tentang dinamisme sesuatu kebudayaan yang merupakan cara hidup (way of life) sesuatu masyarakat (Abd. Jalil Borhan, 1996). Pengetahuan yang mendalam dalam soal ini amat penting demi untuk menjadikannya sebagai sasaran utama yang bakal menjayakan usaha dakwah. Dalam konteks Tanah Melayu, pengetahuan yang mendalam terhadap objek dakwah ini telah menyebabkan mubaligh awal mampu menghapuskan budaya-budaya buruk masyarakat Melayu secara beransur-ansur khususnya

(28)

dengan bantuan institusi pendidikan Islam. Hal ini boleh dilihat dari fakta tentang bagaimana budaya Melayu yang berasaskan sistem feudal dan dominasi adat pra-Islam yang secara kuat dipegang oleh masyarakat Melayu di zaman awal kedatangan Islam (Yap Beng Liang, 1989). Ia kemudiannya semakin terhakis dengan kesedaran Islam yang terhasil dari meluasnya proses penyebaran dan pengajian agama di kalangan masyarakat Melayu (Rahimin Affandi Abd. Rahim, 2000). Pelbagai medium dakwah khusus seperti tulisan dan khutbah telah digunakan. Medium ini telah dirangka khusus dengan mengambilkira persekitaran tempatan sasaran dakwah yang hendak disampaikan mesej Islam tersebut. Apa yang jelasnya, dalam konteks Alam Melayu, pemahaman ini telah membuahkan beberapa perkara;

1) Penciptaan tulisan jawi dalam dunia intelektual Alam Melayu. Merujuk kepada asal usul penciptaan dan penggunaan tulisan jawi dalam masyarakat Melayu, sekali lagi kita terpaksa berterima kasih dengan sumbangan ulama Melayu Islam yang awal yang telah mengasaskan dan memperkayakan bahasa Melayu (Amran Kasimin,1987) dalam bentuk tulisan jawi, yang dijadikan sebagai alat untuk memperkembangkan keilmuan Islam (Omar Awang 1981). Fenomena yang mengambilkira elemen tempatan dalam bentuk memilih bahasa tempatan sebagai medium untuk penyebaran ilmu agama telah dilakukan oleh sarjana Islam di kebanyakan dunia Islam, seperti penciptaan tulisan Urdu di India dan tulisan Parsi di Iran berteraskan dari segi bentuknya kepada bahasa Arab dengan sedikit sebanyak pengubahsuaian (Omar Awang 1980).

2) Pemberian nafas baru Islam terhadap Bahasa Melayu menggunakan tulisan jawi ini telah melangkaui tujuan asal penciptaannya iaitu sebagai alat penyebaran Islam, yang turut diiktiraf sebagai bahasa komunikasi (lingua franca) terpenting untuk rantau alam Melayu (Mohammed Redzuan Othman, 1994). Menerusi pengiktirafan antarabangsa ini, kemudiannya sedikit sebanyak proses pematangan bahasa Melayu dan tulisan jawi telah dilakukan oleh ulama Melayu silam dengan mengemukakan bahan-bahan asas dari warisan Islam timur tengah (Hashim Musa, 1994) yang ditokok tambah dengan nilai-nilai tempatan alam Melayu yang melahirkan beberapa genre intelektual Melayu seperti cerita-cerita cereka Melayu (Siti Hawa Haji Salleh, 1987) dan kitab perubatan tradisi Melayu (Hashim Awang A.R, 1988).

Kemudiannya, dalam kerangka perpaduan ummah, karya-karya Melayu Islam menggunakan tulisan jawi ini telah dikembangkan dan disebarkan di banyak tempat dalam dunia Islam seperti di Mekah, Bombay, Istanbul dan Kaherah (Mohammed Redzuan Othman, 1994). Ini menunjukkan bagaimana apabila diterima sebagai salah satu dari rangkaian ummah Islam sedunia, hasil karya intelektual Islam umat Melayu (kitab Jawi) telah turut diterima secara meluas dan diakui mutu akademiknya di beberapa pusat keilmuan Islam dunia (Md. Sidin Ahmad Ishak, 2000). Melihat khusus kepada sumbangan genre kitab jawi ini di dalam penyebaran keilmuan Islam, beberapa intipati utama boleh dimanafaatkan oleh sarjana Melayu pada masa sekarang. Antaranya

(29)

kesucian niat ulama Melayu yang menjadikan tujuan utama penulisan kitab jawi adalah untuk menyebar luaskan maklumat lengkap dan betul tentang ajaran Islam, tanpa mempedulikan persoalan manfaat kebendaan (royalti) yang bakal diperolehi oleh seseorang pengarang, seperti mana halnya yang diperjuangkan oleh kalangan pengarang pada masa sekarang dengan konsep harta intelek (Norliza Mohamad 1999). Untuk memperjelaskan keadaan ini kita boleh melihat kenyataan yang diberikan oleh A.H. John yang mengkaji kitab jawi;

―The authors of Kitab jawi were writing not for themselves but for the enlightenment and training of students. The aims were to simplify and to explain not to dazzle with intellectual precocity. We can learn much about the Islamic principles emphasized in these writings and study which commentaries and glosses were used as supports, but it is difficult to make assessments about the intellectual achievements of the Kitab Jawi authors from their works‖ (A.H. John 1984).

3) Penulisan keilmuan Islam di dalam kitab jawi adalah bebas dari pengaruh pandangan world-view pra-Islam yang berasaskan feudalism. Penulisan perundangan di zaman sebelumnya, dengan menggunakan contoh teks Hukum Kanun Melaka, secara jelas telah diresapi dengan unsur-unsur Islam yang bercampur aduk dengan sistem adat tempatan. Bersesuaian dengan latar belakang masyarakat yang mengamalkan sistem sosial yang tertutup dan masih baru menerima Islam, didapati dalam banyak hal penggunaan kaedah dan prinsip syariah adalah amat ringkas, terhad dan terbatas (M.B. Hooker, 1978). Penghasilan kitab jawi yang diusahakan oleh fuqaha Melayu yang rata-ratanya terputus dengan pengaruh feudalism yang mendominasi rantau Alam Melayu, sedikit demi sedikit world-view feudalism ini telah dihapuskan. Berbanding dengan bentuk penulisan sebelumnya, kandungan kitab jawi lebih menggambarkan perundangan Islam yang sebenar tidak seperti pandangan golongan feudal Melayu yang telah menyusun Hukum Kanun Melaka (Abdul Kadir Muhammad, 1996).

PENUTUP

Memandangkan Batu Bersurat Terengganu merupakan satu warisan bertaraf dunia yang mewakili bangsa Melayu maka usaha-usaha yang lebih serius perlu dilakukan bagi mencungkil seberapa banyak rahsia tentang kepentingan dan keistimewaanya. Kesedaran masyarakat Malaysia ke atas kepentingannya akan melahirkan generasi yang lebih mengenali sejarah asal-usul bangsa Melayu sekaligus memelihara nilai-nilai sejarah dan tamadun yang ada.

RUJUKAN

A.H. John. (1984). ―Islam In The Malay World‖, dalam Islam in Asia, Jerusalem, v. 2.

Ab. Aziz Mohd. Zin. (1995). ―Minhaj Dakwah Masa Kini: Satu Pengenalan‖, dalam Jurnal Usuluddin, bil. 3.

(30)

Abd. Jalil Borhan. (1996). ―Sumbangan Ulama dalam perkembangan Islam di Alam Melayu‖, dalam Jurnal Syariah, v. 4, bil. 2.

Abdul Kadir Muhammad. (1996). Sejarah penulisan Hukum Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Abdullah. (1990). Pemikiran Umat Islam di Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Aziz. (2004). Pemugaran Semangat Patriotisme untuk Pembangunan, Sintok: Penerbit UUM, 2004.

Abdul Rahman Haji Ismail. (1995). ―Nasionalisme Melayu dan Nasionalisme Melayu Setanah Melayu: Satu Perbincangan Tentang Soal Permulaannya‖, dalam Isu-Isu Pensejarahan (Esei Penghargaan Kepada Dr. S. Suntharalingam), Pulau Pinang: Penerbit USM.

Ahmad Jelani Halimi. (2006). Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka Abad Ke 15 Hingga ke 18, Kuala Lumpur: DBP.

Amran Kasimin. (1987). Perbendaharaan Kata Arab dalam Bahasa Melayu, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Awang Had Salleh. (2000). ―Patriotisme dan Globalisme dalam Konteks Pergerakan Bahasa dan Sastera Kebangsaan‖, dalam Abdul Latiff Abu Bakar (ed. oleh), Globalisme dan Patriotisme dalam Sastera Melayu: Kumpulan Kertas Kerja Hari Sastera 1995, Kuala Lumpur: DBP.

B. J. O. Schrieke. (1957). Indonesian Sosiological Studies, part 2, The Hague. Hashim Awang A.R. (1988). ―Perlakuan Pemakanan dalam Rangka Teori

Perubatan Masyarakat dan Budaya Melayu‖, dalam Fenomena, Siri penerbitan Jabatan Pengajian Melayu, Kuala Lumpur, bil. 6.

Hashim Haji Musa. (2005). ‖Kearah Pengajaran Titas dan Hubungan Etnik Yang Holistik‖, dalam Seminar Peringkat Kebangsaan Kali-4 Pengajaran dan Pembelajaran TITAS di IPT 2005, anjuran UiTM di Riveira Bay View Resort, Melaka, 9-11 Jun 2005.

Hashim Musa. (1994). ―Sejarah Awal Tulisan Jawi‖, dalam Alam Melayu, v. 2. Ibrahim Abu Bakar. (1994). Islamic Modernism in Malaya, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Izziah Suryani Arsyad. (2010). Batu Bersurat Terengganu: Ulasan dan Tafsiran dari Perspektif Pengaruh Islam. Dalam Mohd Yusof Abdullah & Rashid Hamat (sunt.), Batu Bersurat Piagam Terengganu Wadah Intelektual Tamadun Melayu, Terengganu: Muzium Negeri Terengganu.

Jaffary Awang. (2000).The Notion of Ummah In Islam: The Response of Malay Muslim Intellectuals In Malaysia, Tesis Ph.D untuk University of Birmingham.

M.B. Hooker. (1978). A Concise Legal History Of Southeast Asia, Oxford: Clarendon Press.

M.B. Hooker. (1992). Islamic law in Southeast Asia. Terj. Rohani Abdul Rahim, Raja Rohana Raja Mamat, Anisah Che Ngah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(31)

Mohammad Redzuan Othman. (1994). The Middle Eastern influence on the Development of Religious and Political thought in Malay Society, 1880-1940, Tesis PhD untuk University of Edinburgh.

Mohd Nor Ngah. (1983). Kitab Jawi: Islamic Thought of the Malay Muslim Scholars, Singapore.

Moshe Yegar. (1979). Islam and Islamic Institutions in British Malaya, Jerusalem. Muhammad Salleh Haji Awang. (1983). Sejarah Darul Iman Hingga 1337H/1918M. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nabir Abdullah. (1987). ―Turki dan Alam Melayu: Tinjauan Terhadap Sejarah Hubungan Ke Duanya‖, dalam Jebat, bil. 15.

Noor Azam. (2004). Ruangan Cetusan Minda, Berita Minggu, Ahad 19hb September 2004.

Norliza Mohamad. (1999). Hakcipta dari Aspek Teori Harta Intelek Menurut Perspektif Islam, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Omar Awang. (1980). ―The Terengganu Inscription As The Earliest Known Evidence of The Finalisation of The Jawi Alphabet‖, dalam Federation Museums Journal, v. 25.

Omar Awang. (1981). ―The Major Arabic Sources Which Determined The Structure of Islamic Thought In The Malay Archipelago Before The Nineteenth Century A.D. In The Field of Law, Theology And Sufism‖, dalam Islamika, v. 1.

Othman Mohd Yatim & Abdul Halim Nasir. (1990). Epigrafi Islam Terawal di Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Paul Wheatley. (1961). The Golden Chersonese, Singapore.

R.O. Winstedt. (1961). The Malays: A Cultural History, Singapore: G. Brash. Rahimin Affandi Abd. Rahim. (2000). ―Fiqh Malaysia: Suatu Tinjauan Sejarah‖,

dalam Fiqh Malaysia, Ke Arah Pembinaan Fiqh Tempatan Yang Terkini, Selangor: Sungai Buloh.

S. Hossein Nasr. (1990). Traditional Islam In The Modern World, London: Kegan Paul International.

S.M. Naquid al-Attas. (1969). Preliminary Statement On A General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago, Kuala Lumpur. Siti Hawa Haji Salleh. (1987). ―Kesusasteraan Hikayat Sebagai Suatu Genre:

Suatu Perbincangan Berdasarkan Hikayat Isma Yatim, dalam Cendekia Kesusasteraan Melayu tradisional, Kuala Lumpur.

Syed Agil Syed Omar. (1994). ―Profit-Sharing Partnership In Malaysian Economic History Prior To The European Influence: A Preliminary Study‖, dalam Jurnal IKIM, v. 2, no. 2.

Syed Hussein al-Attas. (2005). ―Watak Tertawan di Negara Membangun‖, dalam Mohamad Daud Mohamad (ed. oleh), Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur: DBP.

(32)

Wan Mohd Nor Wan Daud. (1997). Penjelasan budaya Ilmu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yap Beng Liang. (1989). ―Stratifikasi Sosial dan Masyarakat Melayu‖, dalam Masyarakat Melayu: Struktur, Organisasi Dan Manifestasi, Kuala Lumpur.

Zainal Kling. (2000). ―Keranamu Malaysia: Negara Itu Adalah Akar Umbi Kehidupan dan Essensi Kewujudan Manusia‖, dalam Perpaduan, Bil. 3.

Referensi

Dokumen terkait