• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEDUDUKAN WANITA DALAM SISTEM PUSAKA ISLAM. Noor Lizza Mohamed Said & Mohd Zamro Muda

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEDUDUKAN WANITA DALAM SISTEM PUSAKA ISLAM. Noor Lizza Mohamed Said & Mohd Zamro Muda"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

232

KEDUDUKAN WANITA DALAM SISTEM PUSAKA ISLAM

Noor Lizza Mohamed Said & Mohd Zamro Muda Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Perubahan sistem sosial budaya masyarakat Islam hari ini telah membawa golongan wanita keluar daripada kepompong adat budaya lama yang meletakkan mereka hanya dalam ruang domestik yang sempit kepada dunia yang menuntut mereka berperanan dalam masyarakat seperti kaum lelaki. Kesan perubahan tersebut menimbulkan pelbagai polemik yang membawa kepada pelbagai tuntutan hak kesamarataan antara lelaki dan wanita termasuk tuntutan kesamarataan hak dalam pembahagian harta pusaka. Justeru artikel ini akan menilai sejauhmana tuntutan tersebut selari dengan Sistem Pusaka Islam yang bersandarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak ulama. Keadilan dalam Islam adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan bermaksud sama rata atau pemberian sama banyak. Kaedah pembahagian pusaka 2:1 iaitu bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang wanita bukanlah bersifat standard dalam semua keadaan bahkan dalam keadaan tertentu bahagian wanita sama seperti lelaki. Perubahan sosial budaya masyarakat tidak menyebabkan berlakunya perubahan hukum pembahagian mengikut kaedah 2:1 yang telah digariskan oleh syarak.

PENGENALAN

Pembahagian harta pusaka mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan dan digariskan dalam al-Quran dan al-Sunnah serta ijmak ulama adalah suatu kewajipan ke atas umat Islam untuk melaksanakannya. Sistem pusaka Islam merupakan suatu sistem yang rapi dan adil ciptaan Allah SWT yang mempunyai hikmah dan maslahah1 kepada orang yang

meninggalkan harta pusaka dan juga kepada ahli-ahli waris yang menerima harta pusaka. Maha hebat Allah SWT yang mengetahui siapa yang berhak menerima harta peninggalan si mati dengan kadar yang telah ditetapkan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 11:

ًميِلاع انااك اهللَّا هنِإ ِهللَّا ْنِم ًةاضيِراف اًعْفا ن ْمُكال ُبارْ قاأ ْمُهُّ ياأ انوُرْدات الَ ْمُكُؤاانْ باأاو ْمُكُؤابَآ

ا

اًميِكاح

Maksudnya:

“Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Islam tidak memberikan hak pembahagian ini kepada si mati atau orang yang mewariskan harta kerana hanya Allah SWT yang maha mengetahui siapakah yang layak dan lebih berhak menerima harta peninggalan si mati. Sekiranya pembahagian pusaka itu diserahkan

1 Maslahah bermaksud mendatangkan manfaat dan kebaikan atau menolak kemudaratan ke atas manusia, iaitu memelihara tujuan pensyariatan dengan menolak segala perkara yang membawa kepada kerosakan ke atas makhluknya dengan memelihara agama, diri, keturunan, akal dan harta mereka. (al-Zuhayli, Wahbah, Nazariyyah al-Darurah al-Sharciyyah Muqaranah maca al-Qanun al-Qadci, Dar al-Fikr, Damshiq, 1997,

(2)

233

kepada manusia, ia akan menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam pembahagian seterusnya menimbulkan pergaduhan dan kezaliman ke atas ahli waris yang lemah.

KEISTIMEWAAN WANITA DALAM SISTEM PUSAKA ISLAM

Sebelum kedatangan Islam, wanita tidak mempunyai hak untuk mewarisi harta pusaka kaum kerabat atau suaminya yang meninggal dunia bahkan diri wanita itu sendiri akan diwarisi oleh waris-waris si mati. Hinanya wanita di zaman tersebut apabila disamakan seperti harta benda dan haiwan ternakan yang akan diwarisi oleh anak-anak, saudara-saudara lelaki atau waris-waris si mati yang mempunyai kuasa, kekuatan dan kedudukan yang tinggi di kalangan kaum keluarga mereka dan masyarakat. Wanita dianggap lemah justeru tiada hak sama sekali dalam mewarisi harta pusaka (Sacied Abu Futuh 2008;

al-Zuhayli 1987).

Selepas kedatangan Islam, wanita diiktiraf dalam sistem pusaka dengan meletakkannya di kedudukan yang istimewa. Bukan sahaja lelaki mendapat bahagian dalam pusaka, wanita juga ada bahagiannya. Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 7:

ارْ قاْلْااو ِناادِلااوْلا اكارا ت اهِمِ ٌبيِصان ِءااسِ نلِلاو انوُبارْ قاْلْااو ِناادِلااوْلا اكارا ت اهِمِ ٌبيِصان ِلااجِ رلِِ

ُب

اًًيِصان ارُ ُاك ْواأ ُُْنِم هَّ اق اهِمِ انو

اًضوُرْفام

Maksudnya:

“Orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat. Dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu mengikut bahagian yang telah ditetapkan (Allah).” Hak wanita dalam pusaka disyariatkan oleh Allah SWT secara terperinci dalam al-Quran. Sebab seorang wanita itu mempusakai harta pewarisnya tidak dilihat dari sudut kuat atau lemahnya wanita tersebut, tidak juga diukur dari tinggi atau rendah kedudukannya dalam masyarakat dan tidak disebabkan statusnya muda ataupun tua, bahkan seorang wanita itu berhak mewarisi harta pusaka pewarisnya adalah disebabkan hubungan kekerabatan seperti ibu, nenek, anak perempuan, cucu perempuan daripada anak lelaki, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara perempuan seibu. Ianya telah disyariatkan dalam surah al-Nisa’ ayat 11, firman Allah SWT:

هنُهالا ف ِْيْا تا نْ ثا اقْوا ف ًءااسِن هنُك ْنِإاف ِْيْا يا ُنُْلْا ِ ظاح َُّ ُِْم ِراكهذلِل ْمُكِد الَْواأ ِفِ ُهللَّا ْمُكيِصوُي

ُ ث

ام ااُُل

ًةادِحااو ْتانااك ْنِإاو اكارا ت ا

ْنُكاي ْالَ ْنِإاف ٌدالاو ُُال انااك ْنِإ اكارا ت اهِمِ ُسُدُّسلا اامُهْ نِم ٍدِحااو ِ َّ ُكِل ُِْياوا باِلْاو ُفْصِ نلا ااهالا ف

ال

ُِِ مُِِاف ُُااوا باأ ُُاثِراواو ٌدالاو ُُ

ُّسلا ُِِ مُِِاف ٌةاوْخِإ ُُال انااك ْنِإاف ُثُلُّ ُلا

اأاو ْمُكُؤابَآ ٍنْياد ْواأ ااِبِ يِصوُي ٍةهيِصاو ِدْعا ب ْنِم ُسُد

ُبارْ قاأ ْمُهُّ ياأ انوُرْدات الَ ْمُكُؤاانْ ب

اًميِكاح اًميِلاع انااك اهللَّا هنِإ ِهللَّا ْنِم ًةاضيِراف اًعْفا ن ْمُكال

Maksudnya:

“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah seperdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: seperenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya

(3)

234

hanyalah kedua ibubapanya, maka bahagian ibunya adalah sepertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik beradik) maka bahagian ibunya adalah seperenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayar hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Begitu juga dalam ayat 176 surah al-Nisa’ Allah SWT berfirman:

ال الَاكْلا ِفِ ْمُكيِتْفُ ي ُهللَّا َّْ ُق اكانوُتْفا تْساي

ا ف ٌتْخُأ ُُالاو ٌدالاو ُُال اسْيال اكالاه ٌؤُرْما ْنِإ ِة

ْنِإ ااهُ ثِراي اوُهاو اكارا ت اام ُفْصِن ااهال

او ًلَااجِر ًةاوْخِإ اوُنااك ْنِإاو اكارا ت اهِمِ ِنااُُلُّ ُلا اامُهالا ف ِْيْا تا نْ ثا ااتا نااك ْنِإاف ٌدالاو ااالَ ْنُكاي ْالَ

ِن

َُّ ُِْم ِراكهذلِلاف ًءااس

ِْيْا يا ُنُْلْا ِ ظاح

ٌميِلاع ٍءْياش ِ َّ ُكِب ُهللَّااو اوُّلِضات ْناأ ْمُكال ُهللَّا ُِ يْا ًُ ي

Maksudnya:

“Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad, mengenai masalah Kalalah). Katakanlah: “Allah memberi fatwa kepada kamu dalam perkara Kalalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, dan ia pula (saudara lelaki) itu mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Wanita juga berhak mewarisi harta pusaka pewarisnya disebabkan perkahwinan seperti seorang isteri berhak mewarisi harta pusaka suaminya yang meninggal dunia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 12:

هِمِ ُعُبُّرلا ْمُكالا ف ٌدالاو هنُالَ انااك ْنِإاف ٌدالاو هنُالَ ْنُكاي ْالَ ْنِإ ْمُكُجااوْزاأ اكارا ت اام ُفْصِن ْمُكالاو

ا

ايِْصوُي ٍةهيِصاو ِدْعا ب ْنِم انْكارا ت

اد ْواأ ااِبِ

هِمِ ُنُمُُّلا هنُهالا ف ٌدالاو ْمُكال انااك ْنِإاف ٌدالاو ْمُكال ْنُكاي ْالَ ْنِإ ْمُتْكارا ت اهِمِ ُعُبُّرلا هنُالَاو ٍنْي

ٍةهيِصاو ِدْعا ب ْنِم ْمُتْكارا ت ا

ٍنْياد ْواأ ااِبِ انوُصوُت

Maksudnya:

“Dan bagi kamu seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh seperempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak, maka bahagian mereka (isteri-isteri) ialah seperlapan dari harta yang tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu”.

(4)

235

HAK WANITA DALAM SISTEM PUSAKA ISLAM

Seramai lapan orang wanita tergolong dalam kalangan waris ashab al-furud dalam sistem pusaka Islam. Waris ashab al-furud ialah waris-waris yang terdiri daripada 12 golongan yang telah ditetapkan bahagian pusaka mereka sama ada melalui al-Quran, al-Sunnah atau ijmak ulama. Mereka menerima bahagian yang tetap sebagaimana yang telah disyariatkan tanpa berlaku penambahan atau pengurangan kecuali dalam masalah al-radd2 dan al-cawl3.

Mereka juga diberi keutamaan dalam penerimaan harta pusaka jika dibandingkan dengan waris-waris lain.

Lapan golongan wanita tersebut ialah isteri, ibu, nenek, anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki (cucu), saudara perempuan seibu sebapa (kandung), saudara perempuan sebapa dan saudara perempuan seibu. Jadual di bawah menunjukkan waris-waris wanita yang tergolong dalam kalangan waris ashab al-furud dan bahagian-bahagian yang telah ditetapkan untuk mereka:

WARIS BAHAGIAN

Isteri i. 1/4 - si mati tiada anak keturunan

ii. 1/8 - si mati ada anak keturunan

Ibu i. 1/6 – si mati ada anak keturunan atau ramai saudara

ii. 1/3 – si mati tiada anak atau ramai saudara

iii. 1/3 baki – si mati hanya ada isteri atau suami dan bapa (masalah umariyyatayn)

Nenek i. 1/6 – si mati tiada ibu

ii. Dihijab oleh ibu (nenek sebelah bapa juga dihijab oleh bapa) Anak Perempuan i. 1/2 - jika seorang dan tiada anak lelaki

ii. 2/3 – jika ramai dan tiada anak lelaki

iii. Baki harta – jika bersama anak lelaki dengan nisbah 2:1 Anak Perempuan

kepada Anak Lelaki (cucu perempuan)

i. 1/2 – jika seorang dan tiada anak lelaki kepada anak lelaki (cucu lelaki)

ii. 2/3 – jika ramai dan tiada anak lelaki kepada anak lelaki (cucu lelaki)

iii. 1/6 – jika bersama dengan seorang anak perempuan

iv. Baki – jika bersama dengan anak lelaki kepada anak lelaki dengan nisbah 2:1

v. Dihijab oleh anak lelaki, anak lelaki kepada anak lelaki yang lebih hampir atau ramai anak perempuan

Saudara Perempuan Seibu Sebapa

i. 1/2 – jika seorang dan tiada saudara lelaki seibu sebapa ii. 2/3 – jika ramai dan tiada saudara lelaki seibu sebapa iii. Baki – jika bersama dengan saudara lelaki seibu sebapa

dengan nisbah 2:1

iv. Baki – jika bersama dengan anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau kedua-dua mereka

2Berlaku lebihan harta setelah dibahagikan kepada ahli-ahli waris ashab al-furuddisebabkan berlaku pengurangan pada jumlah saham dibandingkan asal masalah mengakibatkan berlaku pertambahan habuan setiap ahli waris.

3Jumlah saham ahli waris melebihi jumlah harta sebenar harta yang ditinggalkan oleh si mati menyebabkan berlaku pengurangan pada kadar habuan mereka mengikut nisbah bahagian masing-masing.

(5)

236

v. Dihijab oleh anak lelaki keturunan atau bapa Saudara Perempuan

Sebapa

i. 1/2 – jika seorang dan tiada saudara lelaki sebapa ii. 2/3 – jika ramai dan tiada saudara lelaki sebapa

iii. 1/6 – jika bersama dengan seorang saudara perempuan seibu sebapa

iv. Baki – jika bersama dengan saudara lelaki sebapa dengan nisbah 2:1

v. Baki – jika bersama dengan anak perempuan atau anak perempuan kepada anak lelaki atau kedua-dua mereka vi. Dihijab oleh anak keturunan, bapa, saudara lelaki seibu

sebapa atau ramai saudara perempuan seibu sebapa Saudara Perempuan

Seibu

i. 1/6 – jika seorang ii. 1/3 – jika ramai

iii. Dihijab oleh anak keturunan, bapa atau datuk ke atas Waris wanita yang paling hampir dengan si mati ialah ibu, isteri dan anak perempuan. Mereka tidak terdinding oleh sesiapa bahkan sebaliknya mereka mendinding waris-waris yang lain. Sekiranya seseorang mati meninggalkan ke semua lapan golongan waris wanita

ashab al-furud tanpa waris lelaki, waris yang berhak mewarisi harta pusaka si mati adalah

ibu, isteri, anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki (cucu) dan saudara perempuan seibu sebapa (kandung). Manakala waris wanita ashab al-furud yang lain terdinding kerana hubungan mereka yang jauh dengan si mati. Namun begitu, dalam keadaan si mati hanya meninggalkan nenek, saudara-sudara perempuan seibu sebapa atau saudara-saudara perempuan sebapa dan saudara-saudara perempuan seibu, ke semua waris yang ditinggalkan mendapat harta pusaka.

Anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki, saudara-sudara perempuan seibu sebapa atau saudara-saudara perempuan sebapa akan mewarisi harta pusaka secara casabah

atau menerima baki harta dengan kewujudan waris-waris lelaki yang sama darjat dengan mereka. Kaedah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam pembahagian harta pusaka antara waris lelaki dan wanita tersebut adalah:

ِْيْا يا ُنُْلْا ِ ظاح َُّ ُِْم ِراكهذلِل ْمُكِد الَْواأ ِفِ ُهللَّا ْمُكيِصوُي

Maksudnya:

“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan”.

Dan,

ِْيْا يا ُنُْلْا ِ ظاح َُّ ُِْم ِراكهذلِلاف ًءااسِناو ًلَااجِر ًةاوْخِإ اوُنااك ْنِإاو

Maksudnya:

“Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan”.

Anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki, saudara-sudara perempuan seibu sebapa atau saudara-saudara perempuan sebapa setiap daripada mereka akan menerima 1/2 daripada bahagian seorang saudara lelaki mereka atau dengan kata lain bahagian seorang

(6)

237

waris lelaki menyamai bahagian dua orang saudara perempuannya yang sedarjat. Berbeza dengan kedudukan saudara perempuan seibu apabila mewarisi bersama dengan saudara lelakinya iaitu saudara lelaki seibu, di mana kedua-kedua waris lelaki dan perempuan menerima bahagian yang sama bahkan mereka adalah tergolong dari kalangan waris ashab

al-furud bukan casabah.

ISU-ISU DALAM PUSAKA WANITA

i. Kedudukan pusaka isteri yang dicerai

Pernikahan iaitu hubungan perkahwinan yang sah sama ada berlaku persetubuhan atau tidak kedua-dua suami isteri berhak mewarisi harta peninggalan pasangannya kerana umumnya firman Allah S.W.T. :

هِمِ ُعُبُّرلا ْمُكالا ف ٌدالاو هنُالَ انااك ْنِإاف ٌدالاو هنُالَ ْنُكاي ْالَ ْنِإ ْمُكُجااوْزاأ اكارا ت اام ُفْصِن ْمُكالاو

ا

ايِْصوُي ٍةهيِصاو ِدْعا ب ْنِم انْكارا ت

ٌدالاو ْمُكال ْنُكاي ْالَ ْنِإ ْمُتْكارا ت اهِمِ ُعُبُّرلا هنُالَاو ٍنْياد ْواأ ااِبِ

ا ف ٌدالاو ْمُكال انااك ْنِإاف

ٍةهيِصاو ِدْعا ب ْنِم ْمُتْكارا ت اهِمِ ُنُمُُّلا هنُهال

ٍنْياد ْواأ ااِبِ انوُصوُت

Maksudnya:

“Dan bagi kamu seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh seperempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayar hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri) ialah seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah dibayar hutang kamu.”

Suami isteri juga berhak mewarisi harta peninggalan pasangannya ketika kematian berlaku dalam idah talak rajcie. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh mewarisi harta pusaka

pasangannya jika pernikahan mereka tidak sah walaupun telah berlaku persetubuhan. Seorang wanita yang difasakhkan atau dicerai bain oleh suaminya ketika sihat, tidak boleh mewarisi harta pusaka pasangannya yang meninggal dunia walaupun kematian berlaku ketika dalam idah. Namun, apabila seorang suami yang sedang sakit tenat menceraikan isterinya dengan cerai bain bertujuan untuk mengelakkan hartanya kelak dipusakai oleh isterinya, maka suami tidak boleh mewarisi harta isterinya sekiranya si isteri mati sebelum daripadanya. Namun sekiranya suami itu mati sebelum daripada isterinya, ulama berselisih pendapat dalam masalah ini. Menurut pendapat mazhab Shafie, isteri tidak boleh mewarisi harta peninggalan bekas suaminya walaupun masih dalam idah cerai bain kerana cerai bain adalah memutuskan pernikahan yang menjadi sebab pewarisan. Mazhab Hanafi pula berpendapat, isteri yang dicerai bain boleh mewarisi harta bekas suaminya selagi masih dalam idah kerana kesan pernikahan masih ada dan sekiranya telah tamat idah maka hilanglah segala sebab pewarisan. Menurut pendapat mazhab Maliki pula, dalam situasi ini isteri boleh mewarisi harta suaminya walaupun telah habis idah dan telah berkahwin dengan lelaki lain. Manakala mazhab Hanbali berpendapat, selagi si isteri yang telah dicerai dengan cerai bain tidak berkahwin dengan lelaki lain walaupun telah tamat tempoh idah, dia boleh mewarisi harta bekas suaminya (al-Zuhayli 1987).

(7)

238

ii. Kedudukan pusaka ibu kepada anak tak sah taraf

Anak hasil dari hubungan perzinaan atau perkahwinan yang tidak sah di sisi syarak atau anak yang dinafikan nasab oleh bapanya secara lican adalah dikategorikan sebagai anak tak

sah taraf. Anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepada bapanya, justeru dia tidak boleh mempusakai harta peninggalan lelaki yang berzina dengan ibunya atau bapa yang menafikan nasab anak tersebut begitu juga sebaliknya. Anak tak sah taraf hanya dinasabkan kepada ibunya sahaja dan berhak mempusakai harta pusaka peninggalan ibunya. Begitu juga sebaliknya, si ibu mempunyai bahagian pusaka dalam harta peninggalan anak tersebut (al-Husari 1992)

iii. Justifikasi bahagian lelaki melebihi bahagian wanita

Asas utama pembahagian harta pusaka dalam sistem pusaka Islam ialah untuk memenuhi keperluan waris-waris si mati. Bahagian seorang ahli waris lelaki menyamai bahagian dua orang ahli waris perempuan sebagaimana yang digariskan oleh Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 176:

ِْيْا يا ُنُْلْا ِ ظاح َُّ ُِْم ِراكهذلِلاف

Maksudnya:

“Maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan.”

Pengagihan harta yang memberi kelebihan kepada lelaki berbanding wanita dalam keadaan-keadaan tertentu membuktikan bahawa sistem pusaka Islam memelihara keperluan ahli waris berdasarkan kepada besar atau kecilnya tanggungjawab seseorang. Seorang lelaki itu bertanggungjawab dalam menyara hidup dan memberi nafkah kepada dirinya, isteri, anak-anak dan kepada sesiapa yang berhajat dari kaum keluarganya. Berbeza dengan wanita, nafkah dirinya tidak dibebankan ke atas dirinya sendiri apatah lagi nafkah orang lain bahkan tanggungjawab tersebut dipertanggungjawabkan ke atas bapanya atau saudara lelakinya dan sekiranya dia telah berkahwin maka nafkahnya adalah wajib ke atas suaminya walaupun wanita itu seorang yang berharta. Oleh yang demikian, dengan pemberian setengah bahagian kepada ahli waris wanita berbanding dengan satu bahagian kepada ahli waris lelaki adalah merupakan pemberian yang amat besar kepadanya dan membuktikan bahawa Islam memuliakan dan memelihara hak wanita.

KESIMPULAN

Sistem pusaka Islam merupakan suatu sistem ciptaan Allah SWT yang maha mengetahui segala hikmah yang tersurat dan tersirat di sebalik penetapan setiap bahagian ahli waris. Sistem ini bukan sistem atau undang-undang ciptaan manusia yang mempunyai kelemahan, kekurangan dan kecenderungan kepada hawa nafsu. Antara keistimewaan dan kelebihan sistem pusaka Islam ialah memelihara kemaslahatan atau kepentingan individu dan masyarakat. Sistem ini terbina atas asas yang utama iaitu mengukuhkan persaudaraan dan saling bantu-membantu dalam memelihara keperluan dan kepentingan semua waris sehingga tidak berlaku pertelingkahan sesama mereka. Konsep atau kaedah pembahagian yang mementingkan keadilan dan keperluan individu juga diutamakan. Oleh itu dengan pembahagian harta pusaka mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ini maka terjamin kelangsungan hidup ahli-ahli waris si mati termasuklah waris wanita. Wanita dalam sistem pusaka Islam diberi kedudukan khusus dan telah dijelaskan penditilan bahagian mereka dalam al-Quran.

(8)

239

RUJUKAN

Al-Quran

al-Husari, Ahmad. 1412H/1992M. al-Tarikat wa al-wasaya wa al-qadaya al-mutaclliqah bi hima fi al-fiqh al-Islami al-muqarin. Beyrut: Dar al-Jayl.

Sacied Abu al-Futuh. 1429H/2008H. Ahkam al-mirath wa al-wasiyyah wa al-waqf fi al-fiqh

al-Islamiy wa al-qanun. Dubai: al-Imarat al-cArabiyyah.

al-Zuhayli, Wahbah. 1407H/1982M. Fiqh al-mawarith fi al-sharicah. Dubai: al-Imarat al-

Referensi

Dokumen terkait

Dengan demikian sebagai bukti kepemilikan sarusun adalah SHM sarusun, sebagaimana tercantum dalam Pasal 47 ayat (3) UU Rumah Susun yang terdiri atas salinan buku tanah dan surat

Masalah dalam penelitian ini dirumuskan sebagai berikut; (1) Apa saja kesalahan ejaan, pilihan kata, dan struktur pada bidang pariwisata di ruang publik Kabupaten Rembang?;

Berdasarkan keseluruhan siklus yang telah dilakukan, dapat disimpulkan bahwa penerapan metode team quiz dapat meningkatkan kreativitas belajar siswa dalam pembelajaran matematika

Berdasarkan hasil penelitian maka dapat disimpulkan profil kondisi fisik atlet junior Taekwondo Puslatkot Kediri tahun 2016 adalah terdapat 0 atlet (0%) dalam kategori baik sekali, 5

Bagi perusahaan, hasil penelitian ini diharapkan dapat dimanfaatkan sebagai informasi untuk mengetahui sistem informasi akuntansi yang telah dirancang untuk

A numerical case study of construction projects were studied and the performance of MOSOS is evaluated in comparison with other widely used algorithms which includes

'^R Aclimad S Soemadipradja, Hukum Pidana Dalam Yurisprudensi, Armico, Bandung, 1990.. Yesmil Anwar diin

telah memberikan nasihat kepada penulis selama masa studi dan mengajari penulis agar tidak menjadi pecundang, tetapi harus jadi seorang pemenang. Memen Durachman, M.Hum dan