• Tidak ada hasil yang ditemukan

Disediakan oleh PN. NORHAYATI BINTI MAT ZAIN Guru Cemerlang Sejarah SMK Seri Bintang Selatan SKK Kuala LUmpur

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Disediakan oleh PN. NORHAYATI BINTI MAT ZAIN Guru Cemerlang Sejarah SMK Seri Bintang Selatan SKK Kuala LUmpur"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Disediakan oleh

PN. NORHAYATI BINTI MAT ZAIN Guru Cemerlang Sejarah

(2)

FORMAT SEJARAH SPM KERTAS 3 PANDUAN & TIP

1. Soalan Umum akan diberikan kepada pelajar 6 minggu lebih awal daripada tarikh peperiksaan. Gunakan peluang ini untuk mencari maklumat tambahan khususkan soalan bahagian KBKK.

2. Berbincang dengan guru dan rakan-rakan.

3. Susun nota-nota yang diperoleh dalam fail.

4. Gunakan sticky note sebagai penanda untuk memudahkan anda mencari jawapan ketika menulis. 5. Lakukan latihan menulis jawapan

seperti format menjawab sebenar. 6. Jadikan markah sebagai panduan

untuk anda kemukakan jawapan khususkan bagi soalan 1 hingga 3. 7. Jangan lupa bawa buku teks

(Sejarah Tingkatn 4 @ 5), fail nota dan contoh jawapan yang telah dirangka semasa hari peperiksaan. 8. Semasa hari peperiksaan,

kenalpasti kehendak soalan dan

gariskannya supaya lebih jelas. 9. Sila tuliskan jawapan dalam format

esei.

10. Pastikan anda menulis nombor

soalan yang dijawab yang betul

dengan jawapan yang diberi. 11. Mesti tulis pengenalan jawapan. 12. Tulislah dengan tulisan yang cantik

dan kemas.

Bentuk Soalan Tugasan (Esei)

Jumlah Soalan Tajuk Umum : akan

diberikan 6 minggu sebelum tarikh peperiksaan.

1 soalan khusus dengan 8

pecahan soalan.

Wajib Jawab Semua soalan

No. soalan dan Markah

Soalan 1 hingga 8. Markah ditunjukkan dalam [ ] bagi setiap soalan.

Jenis/Pecahan Soalan

1-3 (Rujukan Buku Teks) 4-8 (Soalan KBKK)

Cakupan Sukatan

Tingkatan 4 dan 5

Markah 60% Buku Teks

40% Soalan KBKK =100 markah

Wajaran

(3)

UJI MINDA

(diberikan kepada pelajar 6 minggu awal sebelum peperiksaan) Tema Umum:

TEMA UMUM: Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian (Contoh soalan pada hari peperiksaan)

Colan hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah:

Format Perincian Markah

Pengenalan 1. Jelaskan secara ringkas tentang Revolusi Pertanian. 5 markah

Isi dan huraian

2. Terangkan perkembangan Revolusi Pertanian di Britain.

30 markah

3. Apakah kesan Revolusi Pertanian kepada masyarakat Britain?

25 markah

4. Cadangkan langkah-langkah untuk memajukan sektor pertanian di negara kita.

10 markah

5. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dalam sektor pertanian.

10 markah

6. (i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia bagi menjamin kelangsungan bekalan sumber makanan yang mencukupi. [5 markah] (ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi

cabaran tersebut. [5 markah]

10 markah

7. Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada Revolusi Pertanian.

5 markah

Kesimpulan 8. Rumusan

 Pengetahuan yang diperoleh.

 Iktibar kepada diri, bangsa dan negara.  Harapan untuk masa depan Malaysia yang

lebih cemerlang.

(4)

(1) Revolusi merupakan suatu perubahan besar yang berlaku secara mendadak dan menyeluruh. Revolusi Pertanaian telah membawa perubahan besar kepada masyarakat Eropah khususnya di Britain. Kemajuan pesat dalam bidang pertanian telah membolehkan bidang ini menjadi punca ekonomi negara. Pengeluaran makanan secara besar-besaran semasa Revousi pertanian berlaku kerana terdapat perubahan dalam sistem penggunan tanah, teknik penanaman yang lebih efisien dan kaedah pemasaran produk pertanian yang lebih berkesan. Revolusi Pertanian bolehlah dianggap sebagai satu revolusi yang telah menyediakan asas bagi Revolusi Perindustrian.

(2) Perkembangan Revolusi Pertanian berlaku kerana kemampuan masyarakat mengeluarkan makanan secara besar-besaran. Faktor ini didorong oleh perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah, penggunaan kaedah atau teknik saintifik serta pemasaran produk pertanian secara lebih meluas dan berkesan.

Sebelum Revolusi Pertanian terdapat dua sistem pemilikan tanah iaitu sistem pemilikian tanah persendirian dan sistem pemilikan tanah awam. Tanah milik persendirian ini umumnya dimiliki oleh golongan kaya. Tanah awam pula sebenarnya dimiliki oleh orang perseorangan. Namun begitu, mengikut kebiasaannya rakyat biasa di Britain diizinkan menggunakan tanah awam ini. Tanah tersebut digunakan oleh bercucuk tanam secara kecil-kecilan.

Walaubagaimanapun, keadaan ini berubah apabila Britain menghadapi pertambahan penduduk. Hasil pertanian perlulah dipertingkatkan. Oleh sebab itu, tuan-tuan tanah yang dahulunya membiarkan sahaja tanah mereka digunakan oleh rakyat jelata, kini mahu memanfaatkan tanah awam tersebut bagi tujuan pengeluaran pertanian secara besar-besaran.

Pada kurun ke-18, harga gandum kian meningkat. Ekoran itu, terdapat usaha daripada pihak tuan tanah untuk memagari tanah awam tersebut. Tuan-tuan Tanah telah mendapatkan keluluasan daripada Parlimen bagi menguatkuasakan proses pemagaran tanah. Antara tahun 1761 hingga 1792 hampir 500, 000 ekar tanah telah dipagari melalui AKta Pemagaran Tanah.

Terdapat beberapa implikasi daripada Akta Pemagaran Tanah ini. Pertama, mewujudkan kawasan yang lebih luas untuk digunakan bagi penanaman secara besar-besaran. Kawasan pertanian inilah yang dinamakan ladang. Kedua, rakyat biasa yang dahulunya bergantung kepada tanam awam untuk menampung kehidupan telah

(5)

kehilangan punca rezeki. Bagi mengatasi masalah tersebut, golongan petani kecil-kecilan ini menjadi sebahagian daripada buruh ladang.

Kaedah dan ciptaan peralatan telah membolehkan penanaman dilakukan secara efisien dan produk dihasilkan dengan lebih lumayan. Salah satu kaedah baru yang digunakan ialah penanaman secara bergilir. Mengikut kaedah ini, sesuatu bidang tanah digunakan secara berterusan sepanjang tahun dengan menanam jenis tanaman yang berbeza mengikut musim. Oleh sebab tanaman yang berbeza itu menggunakan nutrien tanah yang berbeza, maka semua tanaman dapat tumbuh dengan subur. Dengan itu, tidak ada tanah yang perlu ditinggalkan kosong. Selain itu, tanaman baharu juga turut diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang.

Dari segi peralatan pula, terdapat alat yang dicipta oleh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal. Alat ini telah membolehkan banyak lubang digali secara serentak. Perkara ini membolehkan penugalan serta penanaman biji benih dilakukan dengan lebih pantas.

Kuantiti hasil pertanian dapat dipertingkatkan apabila cara menanam telah direvolusikan. Seterusnya, baja asli mula digunakan secara meluas dan ini telah menjadikan tanaman lebih subur dan meningkatkan lagi hasil pertanian. Peningkatan kuantiti dan kualiti hasil pertanian ini telah membawa kepada lebihan produk. Oleh itu, lebihan hasil pertanian telah diperdagangkan.

(3) Revolusi Pertanian telah membawa kesan besar kepada masyarakat Eropah khususnya di Britain sendiri. Kesan pertama, kemajuan yang pesat dalam bidang pertanian telah membolehkan bidang ini menjadi punca ekonomi negara. Kegiatan pertanian telah dikomersialkan. Kegiatan utama ekonomi ialah penanaman bijiran seperti gandum, rye dan jagung. Lebihan produk pertanian telah dieksport. ini membolehkan para peladang besar menjadi pedagang antarabangsa. Revolusi Pertanian telah menyediakan makanan yang cukup dan tenaga buruh yang banyak untuk perkembangan perindustrian. Jelaslah, pertanian merupakan punca ekonomi bagi masyarakat Britain ketika itu.

Kesan kedua, berlakunya peningkatan perdagangan antarabangsa. Lebihan produk hasil daripada Revolusi Pertanian tidak dapat dipasarkan kesemuanya di dalam negara. Oleh itu, produk tersebut terpaksalah diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan keuntungan dapat dimaksimumkan. Britain dapat mengendalikan aktiviti perdagangan antarabangsa dengan agak mudah kerana Britain merupakan

(6)

negara penjajah yang utama dan kuasa maritim yang ulung pada abad 18 dan ke-19.

Kesan ketiga, berlakunya kemajuan dalam bidang pengangkutan. Pada peringkat awal, pengangkutan domestik di Britain bergantung pada kereta kuda dan baj. Bagi memudahkan perjalanan darat, sistem jalan raya telah dibaiki. Perubahan besar dalam sistem pengangkutan domestik berlaku dengan rekaan dan penggunaan kereta api. Dengan rekaan enjin berkuasa wap, gerabak kereta api boleh dipacu dengan lebih laju dan enjin boleh menarik lebih banyak gerabak.

Pada mulanya, rel kereta api diperbuat daripada kayu, kemudian daripada besi dan bertukar kepada keluli. Para pemodal telah melabur dalam sektor pengangkutan dan akhirnya mendapat keuntungan yang lebih besar. Sistem pengangkutan laut direvolusikan dengan kemunculan dan penggunaan kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap.

Kesan keempat, kemunculan golongan buruh dan majikan. Setelah munculnya sistem ekonomi berskala besar dalam bidang pertanian, golongan rakyat yang bekerja sendiri kian berkurangan. Sebaliknya muncul golongan rakyat tang bekerja sebagai buruh ladang untuk tuan tanah.

(4) Antara langkah untuk memajukan sektor pertanian di negara kita ialah meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian, menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), menggunakan baja dan benih berkualiti, menggunakan teknologi moden, menawarkan modal dan pinjaman kewangan, dan menggalakkan pelaburan asing dalam sektor pertanian negara.

Selain itu, memperbaiki dan meningkatkan kecekapan pemasaran, menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam bidang pertanian, membangunkan projek pembangunan pertanian bersepadu, memulihkan kawasan yang berproduktiviti rendah, menaik taraf kemudahan pergangkutan dan perhubungan luar bandar, dan menyediakan perkhidmatan sokongan seperti subsidi, khidmat nasihat serta bantuan teknikal.

(7)

(5) Antara kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dalam sektor pertanian adalah menjadi pengeluar komoditi utama dunia seperti getah, kelapa sawit dan koko, memperkenalkan kaedah bioteknologi dalam bidang pertanian, memperkenalkan teknologi pertanian seperti hidroponik dan petigasi, menjadikan pertanian sebagai satu industri, menjadi pusat pengeluaran herba, dan mempelopori hab halal.

Antara kejayaan lain ialah menubuhkan agensi-agensi penyelidikan seperti MARDI dan RISDA, menubuhkan agensi yang menguruskan pembangunan sektor pertanian seperti FELDA dan FELCRA, dan menubuhkan agensi yang dikhaskan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pemasaran seperti FAMA. Selain itu, kejayaan negara kita memasarkan produk pertanian ke peringkat antarabangsa, pembukaan tanah-tanah baharu untuk kegiatan pertanian dan pengenalan program Amalan Pertanian Baik oleh kerajaan.

(6)(i) Antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia bagi menjamin kelangsungan bekalan sumber makanan yang mencukupi ialah kekurangan tenaga buruh, bencana alam seperti banjir, masalah pemasaran hasil pertanian, penggunaan teknologi dan peralatan yang lama dan ketinggalan, hasil produktiviti rendah dan kualiti tanaman makanan yang rendah. Cabaran lain ialah kekurangan ilmu pengetahuan dan kecekapan pengurusan.

(6)(ii) Antara langkah untuk mengatasi cabaran tersebut adalah kempen

menggalakkan rakyat tempatan melibatkan diri dalam sektor pertanian dan melahirkan jutawan tani. Langkah seterusnya adalah dengan menyediakan sokongan dalam bidang pertanian dengan memberikan subsidi benih dan peralatan serta kewangan kepada petani. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden dan peralatan pertanian yang terkini serta menjalankan R&D bagi meningkatkan kuantiiti dan kualiti hasil pertanian di negara kita. Kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah, seminar dan kursus kepada golongan petani bagi meningkatkan mutu sektor pertanian.

(8)

(7) Iktibar yang diperoleh daripada Revolusi Pertanian adalah penggunaan kaedah moden, penanaman yang efisien, pembukaan tanah-tanah baharu, pengenalan tanaman baharu yang menguntungkan, menjadikan pertanian sebagai punca rezeki, dan mengamalkan nilai-nilai seperti rajin, tabah, bekerjasama, berfikiran kreatif dan inovatif.

(8) Kesimpulannya, kegiatan pertanian harus dikendalikan secara besar-besaran untuk memaksimumkan keuntungan. Kita harus bersyukur dan memanfaatkan kelebihan yang dimiliki oleh negara kita seperti tanah yang subur dengan memajukan sektor pertanian. Masyarakat Malaysia harus menyedari kepentingan untuk melibatkan diri dalam usaha memajukan sektor pertanian negara kita demi kelangsungan bekalan makanan. Justeru itu, negara kita perlu melahirkan golongan petani dan pengusaha tani yang memiliki pengetahuan dan seterusnya mampu untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sektor industri yang mampu membuka banyak peluang pekerjaan dan seterusnya mampu meningkatkan ekonomi negara.

PASTIKAN ANDA MEMBACA SOALAN DENGAN BETUL DAN MEMAHAMI KEHENDAK SOALAN SEBELUM MENGEMUKAKAN JAWAPAN

Referensi

Dokumen terkait

Penetapan kinerja Sekolah Usaha Perikanan Menengah (SUPM) Negeri Ladong tahun 2016 telah ditetapkan secara berjenjang sesuai dengan kedudukan, tugas dan fungsi

Pada proses pembuatan Laporan Praktik Kerja Lapangan penulis tidak Pada proses pembuatan Laporan Praktik Kerja Lapangan penulis tidak merasa kesulitan karena penulis

Perilaku biasanya ditunjukkan pada klien dengan harga diri rendah adalah kritik terhadap diri sendiri/orang lain, produktivitas menurun, destruksi pada orang lain,

Kombinasi pemberian pupuk organik (POC buah maja), pupuk anorganik (NPK) dan media tanam dengan komposisi yang tepat diharapkan mampu menciptakan kualitas tanah

Sama seperti aplikasi yang dijelaskan sebelumnya, aplikasi ini digunakan untuk berbagi lokasi dengan teman, user diharuskan untuk mendaftarkan dirinya dan kemudian menambahkan

Famili No.5-B Medan Denai Kodya Medan, saksi Ngatiyem sedang berada dalam rumahnya yang pada saat itu saksi Ngatiyem sedang makan malam, sedangkan terdakwa Fitri Mawati Als Pipit

Alhamdulillah, puji dan syukur penulis panjatkan ke hadapan Tuhan Yang Maha Esa, atas segala bimbingan, rahmat, dan karunia-Nya sehingga skripsi yang berjudul “Perkembangan

23 PEMANFAATAN PROGRAM GEOGEBRA DALAM UPAYA MENINGKATKAN PEMAHAMAN PADA POKOK BAHASAN SEGITIGA DITINJAU DARI HASIL BELAJAR SISWA KELAS VII. Adi