• Tidak ada hasil yang ditemukan

Garis Panduan Menjalankan Aktiviti Pelajar (Untuk Persatuan / Kelab Pelajar) Bukan Di Bawah Fakulti)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Garis Panduan Menjalankan Aktiviti Pelajar (Untuk Persatuan / Kelab Pelajar) Bukan Di Bawah Fakulti)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

A. Garis Panduan Umum

1. Pada akhir semester, (sebelum peperiksaan akhir dalaman bermula) pelajar dikehendaki menghantar perancangan tiga (3) aktiviti yang terpilih untuk semester akan datang dan dimajukan kepada Bahagian HEP.

2. Persatuan/kelab pelajar dikehendaki membuat susulan dengan memajukan Borang C : 100-HEP (AKT. 35/6/3) yang telah diisi perlu disertakan bersama kertas kerja lengkap selewat-lewatnya empat (4) minggu atau sebulan (1 bulan) sebelum tarikh program dijalankan.

3. Permohonan menjalankan aktiviti yang tidak lengkap akan dikembalikan.

4. Pertukaran tarikh aktiviti, tempat dan sebagainya perlu mendapat kelulusan dari Penasihat/ Penyelaras Program dan dimaklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

5. Pengangkutan (bas, van dan kereta) untuk aktiviti pelajar diluluskan oleh Unit Kenderaan tertakluk kepada kemampuan pengangkutan di Unit Kenderaan,Bahagian Pentadbiran.Borang permohonan perlu melalui Bahagian HEP terlebih dahulu.

6. Program yang melibatkan orang kenamaan (Menteri Kabinet, Timbalan Menteri, Menteri Besar, KSN, KSU, Exco, Ahli Parlimen, Wakil Rakyat dan Kerabat Diraja) perlulah terlebih dahulu dirujuk kepada Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) sebelum urusan jemputan dibuat untuk sebarang acara.

7. Kain rentang, ’bunting’ dan poster bagi tujuan promosi aktiviti hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar sebelum dipasang. Pelajar dilarang melekatkan poster pada dinding bangunan dan di tempat yang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa.

8. Kain rentang, ‘bunting’ dan poster hendaklah diturunkan satu (1) hari selepas pelaksanaan program oleh persatuan/pelajar yang menganjurkan program tersebut.

9. Pelajar-pelajar yang menyertai program anjuran pihak luar dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak berkenaan tiada peruntukan jamuan makan dan penginapan.

10. Program yang ditangguh untuk semester hadapan perlu membuat permohonan semula.

11. Laporan aktiviti hendaklah dihantar kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar selewat-lewatnya satu (1) minggu selepas aktiviti dilaksanakan bersama dengan gambar-gambar aktiviti.

12. Aktiviti yang mengharumkan nama UiTM di peringkat Kebangsaan Antarabangsa perlu dimaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) bagi tujuan laporan kepada Lembaga Pengarah Universiti beserta laporan akhbar (jika ada) dan gambar aktiviti bersaiz A4 untuk dipamerkan kepada pelajar dan disiarkan dalam Buletin HEP.

1/2

Garis Panduan Menjalankan Aktiviti Pelajar

(2)

13. Pelarasan perbelanjaan/pendapatan perlu dibuat sebaik sahaja aktiviti selesai dilaksanakan. Pelarasan perbelanjaan hendaklah mengikut tatacara kewangan yang ditetapkan. Laporan kewangan ini hendaklah dimasukkan bersama dalam laporan akiviti untuk dihantar kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

14. Bagi laporan kewangan, bil-bil dan resit-resit perbelanjaan hendaklah disahkan oleh Penasihat Persatuan atau mana-mana Pegawai Kumpulan A di fakulti/jabatan sebelum dimajukan kepada Pejabat Bendahari..

15. Semua kegiatan persatuan/kelab hendaklah ditamatkan sebelum peperiksaan akhir dalaman UiTM bermula (minggu ulangkaji).

16. Persatuan/kelab/pelajar tidak digalakkan menjalankan aktiviti semasa cuti semester kecuali program anjuran Universiti atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

17. Staf HEP yang diberi mandat berhak mengetahui, membuat tinjauan atau memantau segala kegiatan pelajar.

18. Penasihat Persatuan/Kelab dipertanggungjawab sepenuhnya ke atas perancangan, pelaksanaan, pengendalian, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan kegiatan persatuan.

19. Penasihat Persatuan/kelab perlu mengambil tindakan disiplin ke atas kegiatan persatuan pelajar yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

CATATAN :-

Segala pindaan tertakluk kepada kesesuaian Kampus.

2/2

Garis Panduan Menjalankan Aktiviti Pelajar

(Untuk Persatuan / Kelab Pelajar) Bukan Di Bawah Fakulti)

(3)

CARTA ALIR KERJA : PERMOHONAN AKTIVITI

UiTM PAHANG, KAMPUS KUANTAN

ORANG YANG BERTANGGUNG

JAWAB ALIRAN KERJA

PROSES KERJA Pel PT PT EO PT EO

Tidak Lulus Lulus

Tidak memenuhi

kriteria kembalikan Kepada pelajar

Tidak Lulus Lulus atau Perlu dibawa Ke Mesyuarat Maklumkan kpd Pelajar/pemohon Tidak

Lulus EO akan kemukakan

permohonan ke ke J/kuasa Maklumkan Lulus kepada pemohon Mula

Pelajar hantar borang permohonan aktiviti Terima borang dan semak berdasarkan senarai semak Serahkan kepada EO untuk semakan lanjut

EO menyemak permohonan EO akan mengemukakan permohonan kepada Timbalan Rektor HEPA dan mengadakan perbincangan untuk membuat keputusan Sediakan surat kelulusan • Sekiranya peruntukan <RM6,000 (surat Kelulusan akan ditandatangani oleh Timbalan Rektor HEPA) • Sekiranya peruntukan >RM6,000 (kelulusan akan ditandatangani oleh Jawatankuasa Tabung Amanah) Bersambung

(4)

ORANG YANG BERTANGGUNG

JAWAB ALIRAN KERJA

PROSES KERJA PT PT Sambungan

Surat kelulusan diberi kepada pemohon

Kemaskini Rekod Tamat

(5)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN MENGADAKAN

PROGRAM DAN AKTIVITI

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Pahang,

Kampus Kuantan

Had dan batasan garis panduan Aktiviti hanya melalui persatuan berdaftar

Aktiviti untuk ahli persatuan sahaja Perancangan Aktiviti Persatuan perlu patuhi perlemba-gaan Permohonan rasmi menganjurkan aktiv-iti Permohonan perlu melalui penasihat Tanggungjawab penasihat Permohonan dalam negara

1. Garis panduan ini digunapakai selagi tidak bercanggah dengan pekeliling dan rekod bertulis lain yang dikeluarkan oleh Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar & Alumni yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

2. HEP hanya boleh mempertimbangkan dan mengeluarkan sebarang surat

kelulusan aktiviti kepada persatuan pelajar yang berdaftar sahaja sama ada di bawah fakulti atau HEP atau (bagi kes-kes tertentu) kampus cawangan.

3. Aktiviti hanya boleh diadakan untuk ahli persatuan yang berdaftar sahaja. Bukan ahli tidak dibenarkan menyertai aktiviti tanpa kebenaran rasmi HEP.

4. AJK Persatuan hendaklah bermesyuarat dan menghantar tiga (3) perancangan aktiviti yang akan dijalankan pada semester berikutnya sebelum cuti semester bermula.

5. Persatuan yang belum mengadakan mesyuarat agong atau yang telah melepasi tarikh sepatutnya yang ditetapkan untuk mesyuarat agong dibuat tidak dibenarkan menghantar perancangan aktiviti sehinggalah prosedur tersebut dipatuhi. Kegagalan mengadakan mesyuarat atau menghantar perancangan aktiviti akan menyebabkan persatuan tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti atau diberikan kelulusan tanpa pembiayaan.

6. Di samping keperluan di para 2, permohonan hendaklah dilakukan dengan mengisi lengkap Borang Permohonan Mengadakan Aktiviti/Program Persatuan Dalaman Borang C :100-HEP (AKT.35/6/3). Permohonan juga perlu disertakan dengan kertas kerja jika program tersebut besar dan memerlukan peruntukan kewangan yang ban-yak.

7. Setiap permohonan mengadakan aktiviti hendaklah mendapatkan sokongan daripada Penasihat dan MPP bagi persatuan di bawah HEP, manakala tambahan kelulusan atau Dekan/Timbalan Dekan (Sumber dan Pelajar) bagi persatuan di bawah fakulti. 8. Penasihat Persatuan/Kelab dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas

perancan-gan, pelaksanaan, pengendalian, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan kegiatan persatuan. Penasihat persatuan/kelab perlu mengambil tindakan disiplin ke atas kegiatan persatuan pelajar yang tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan. 9. Untuk aktiviti dalam Negara, permohonan hendaklah dihantar empat (4) minggu

(6)

Permohonan luar Negara Permohonan untuk memungut derma/kutipan wang dan tajaan/Luar Permohonan program beserta permohonan peruntukan Kategori aktiviti Aktiviti yang Melalui Pusat Sukan

10. Sekiranya aktiviti dijalankan di luar Negara, permohonan hendaklah dihantar se-kurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh program beserta enam (6) salinan kertas kerja lengkap untuk dimajukan kepada Kementerian Dalam Negeri, Ke-menterian Luar Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum diluluskan oleh Naib Canselor Universiti.

11. Sebarang aktiviti memungut derma/kutipan wang dan tajaan luar hanya boleh dijalankan selepas mendapat kelulusan daripada Naib Canselor Universiti. Permohonan perlu dihantar sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tarikh program beserta dua (2) salinan kertas kerja lengkap ke Bahagian HEP.

12. Mesyuarat Tabung Kegiatan Pelajar (TKP) akan diadakan untuk mempertimbangkan permohonan kelulusan mengadakan aktiviti dan peruntukan bagi aktiviti dalam ne-gara.

13. Kategori-kategori aktiviti : » Akademik / Ilmiah » Kepimpinan

» Khidmat Masyarakat / Sosial » Patriotisme » Kreatif / Inovasi » Kemahiran Komunikasi » Sukan / Rekreasi » Kerohanian » Kesenian / Kebudayaan » Keusahawanan » Pengantarabangsaan

14. Aktiviti sukan yang menggunakan kemudahan sedia ada dalam kampus seperti :-

~ Bola Sepak ~ Skuasy

~ Bola Jaring ~ Olahraga

~ Bola Tampar ~ Wall Climbing

~ Badminton ~ Berbasikal

~ Tenis ~ Gim

~ Renang ~ Sepak Takraw

~ Boling Padang ~ Rugbi

~ Softball ~ Tenis Meja

~ Hoki ~ Bola Baling

~ Futsal ~ Billiard

~ Snooker ~ Bola Keranjang

Aktiviti sukan yang tidak menggunakan kemudahan yang disediakan dan melibatkan kewangan (contoh : bayaran sewa tempat di luar kampus) adalah di bawah pembiayaan sendiri (penganjur program).

Program kesukanan perlu dimaklumkan kepada Pusat Sukan untuk tujuan pemantauan dan peminjaman peralatan.

(7)

Kadar Peruntukan Kewangan Kriteria kelulusan program dan peruntukan kewangan Surat rasmi kelulusan program

15. Permohonan peruntukan aktiviti pelajar dipertimbangkan berdasarkan kadar yang telah ditetapkan Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan (JKP).

ö Permohonan peruntukan bagi menjalankan aktiviti pelajar (persatuan/ kelab di bawah fakulti) hendaklah dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Tabung Amanah Fakulti untuk dipertimbangkan.

ö Pihak fakulti dan persatuan/kelab pelajar digalakkan menjana sumber kewangan sendiri bagi menampung perbelanjaan kegiatan pelajar termasuk program ke luar negara.

ö Persatuan/kelab pelajar hendaklah memulangkan peruntukan kewangan yang tidak dibelanjakan kepada Bahagian Kewangan mengikut zon yang terbabit.

16. Antara kriteria aktiviti pelajar yang diluluskan untuk dijalankan serta kelulusan peruntukan adalah seperti berikut :-

a) Aktiviti terdapat dalam perancangan aktiviti yang dihantar sebelum

cuti semester.

b) Permohonan dihantar empat (4) minggu sebelum tarikh program.

c) Tarikh aktiviti dijalankan tidak bercanggah dengan aktiviti utama UiTM, tidak bertentangan dengan akhlak agama dan tidak dijalankan

semasa cuti semester atau hari kuliah.

d) Borang permohonan adalah lengkap diisi dan mendapat pengesahan

dari pihak-pihak yang sepatutnya.

e) Objektif mengadakan aktiviti adalah relevan dengan objektif

penubuhan persatuan.

f) Aktiviti tidak melibatkan kepentingan sesuatu organisasi atau

membahayakan keselamatan pelajar.

g) Pengisian program dapat menjana pembangunan sahsiah diri pelajar selaras dengan Model Graduan UiTM.

h) Lokasi aktiviti hendaklah mempunyai rasional yang kukuh.

i) Aktiviti yang dijalankan tidak terdapat dalam program utama yang dianjurkan oleh Pentadbiran UiTM.

j) Pelajar-pelajar yang menyertai program anjuran pihak luar dan

dibiayai sepenuhnya oleh pihak berkenaan tiada peruntukan jamuan

makan dan penginapan.

k) Aktiviti yang dijalankan dengan kampus cawangan, perbelanjaan akan dikongsi bersama.

17. Surat kelulusan akan dikeluarkan oleh HEP sama ada kelulusan bagi aktiviti yang diluluskan dengan pembiayaan atau surat kelulusan aktiviti tanpa pem-biayaan (bagi persatuan/kelab pelajar di bawah HEP) dan pihak fakuli (bagi per-satuan/kelab pelajar di bawah fakulti).

Aktiviti yang diluluskan di peringkat fakulti (bagi persatuan/kelab pelajar di bawah fakulti) perlu dimaklumkan kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

(8)

Pegawai melulus kelulusan program dengan peruntukan Pegawai melulus kelulusan program tanpa peruntukan Kelulusan menggantung kain rentang/bunting/ poster Tanggungjawab Persatuan Pindaan program selepas kelulusan Pembatalan kelulusan Penangguhan aktiviti yang telah diluluskan ke semester lain Pembatalan aktiviti selepas kelulusan Pemantauan aktiviti Keperluan pegawai pengiring

18. Surat kelulusan aktiviti dengan peruntukan akan dikeluarkan selepas mesyuarat dijalankan yang akan ditandatangani oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (bagi persatuan/ kelab pelajar di bawah HEP).

19. Surat kelulusan aktiviti tanpa peruntukan akan ditandatangani oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Alumni /Penyelaras Kampus Kuantan (bagi persatuan/

kelab pelajar di bawah HEP) dan salinan surat kelulusan aktiviti dimajukan kepada Bahagian HEP.

20. Kain rentang, ‘bunting’ dan poster bagi tujuan promosi aktiviti hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Korporat UiTM sebelum dipasang. Pelajar dilarang meletakkan poster pada dinding bangunan dan ditempat yang dibenarkan.

21. Kain rentang ‘bunting’ dan poster hendaklah diturunkan tiga (3) hari selepas pelak-sanaan program oleh persatuan/pelajar yang menganjurkan program tersebut. 22. Sebarang pindaan tarikh, lokasi atau peruntukan hendaklah dirujuk ke HEP untuk mendapatkan kelulusan pemindaan.

23. Kelulusan aktiviti dengan pembiayaan yang dipinda kepada sebarang tarikh pada cuti semester adalah dibatalkan pembiayaannya. Persatuan/kelab/pelajar tidak digalakkan menjalankan aktiviti semasa cuti semester kecuali anjuran Uni-versiti atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

24. Aktiviti yang telah diluluskan tetapi ditangguhkan ke semester hadapan adalah ter-batal kelulusannya dan perlu membuat permohonan semula.

25. Sekiranya aktiviti dibatalkan, penasihat (persatuan atau penasihat program) hendak-lah memaklumkan kepada HEP.

26. Jadual aktiviti yang telah diluluskan akan dikeluarkan supaya dapat dipantau oleh pegawai-pegawai HEP.

27. Setiap aktiviti pelajar mestilah dipantau oleh pegawai pengiring yang memenuhi kriteria berikut :-

• Terdiri daripada pegawai Kumpulan A (kakitangan bukan akademik)

atau pensyarah.

• Terdiri daripada kakitangan bukan akademik Kumpulan B.

• Atau kakitangan bukan akademik Kumpulan C dan D (yang terlibat dalam persatuan beruniform sahaja).

(9)

Pelantikan pegawai pengiring Tanggungjawab pegawai pengiring Pembubaran aktiviti yang sedang berjalan Aktiviti melibatkan orang kenamaan (luar kampus) Kemudahan Pengangkutan Kemudahan ubat Keperluan mengadakan penilaian aktiviti Keperluan menyerahkan laporan aktiviti

28. Pegawai pengiring hendaklah dilantik oleh Dekan Fakulti (bagi persatuan di bawah Fakulti) atau Penyelaras Kampus (bagi persatuan di bawah HEP). Mereka hendaklah daripada kakitangan Kumpulan A. Nisbah pegawai pengiring bagi setiap aktiviti adalah 40 pelajar: 1 pegawai pengiring bergantung kepada bilangan peserta, jenis dan lokasi aktiviti. Pegawai pengiring hendaklah ber-sama mengiringi pelajar pergi dan balik dan semasa aktivit berjalan. Pegawai pengiring juga boleh menuntut tuntutan perjalanan mengikut kelayakan meng-gunakan peruntukan fakulti.

29. Pegawai pengiring dimestikan menaiki bas bersama pelajar, sekurang-kurangnya se-buah bas seorang pegawai pengiring mulai bas bergerak meninggalkan kawasan UiTM sehinggalah selamat kembali setelah tamat program.

30. Pegawai Pembangunan Pelajar dan Pegawai Eksekutif HEP atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Timbalan Rektor HEPA boleh mengadakan lawatan atau tinjauan mengejut terhadap aktiviti yang sedang dijalankan dan mereka boleh membubarkan aktiviti atau mengubah tantatif program setelah berbincang dengan penasihat atau pegawai pengiring sekiranya pihak persatuan gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Pembubaran boleh dilakukan terus jika pada ketika lawatan dibuat tidak ada penasihat atau pegawai pengiring rasmi sedangkan persatuan gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

31. Program yang melibatkan orang kenamaan (Menteri Kabinet, Timbalan Menteri, Menteri Besar, KSN, KSU, Exco, Ahli Parlimen, Wakil Rakyat dan Kerabat Diraja) perlulah terlebih dahulu dirujuk kepada Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) sebelum urusan jemputan dibuat untuk sebarang acara.

32. Pengangkutan (bas, van dan kereta) untuk aktiviti pelajar diluluskan oleh Unit Kenderaan tertakluk kepada kemampuan pengangkutan di Unit Kenderaan.

33. Program memerlukan ubat-ubatan perlu dirujuk dan diperolehi dari Pusat /Unit Kesihatan.

34. Satu kajiselidik ringkas bagi menilai keberkesanan aktiviti hendaklah dibuat sejurus selepas aktiviti berjalan, bertujuan untuk mendapatkan gambaran sejauhmana aktiviti yang dirancang telah mencapai objektifnya. Kajiselidik ini juga akan digunakan sebagai salah satu kriteria Anugerah Kecemerlangan Persatuan Siswa/i tahunan.

35. Laporan aktiviti hendaklah diserahkan kepada Pegawai Eksekutif HEP tujuh (7) hari selepas aktiviti dijalankan berdasarkan terma-terma tertentu. Pengesahan penghanta-ran lapopenghanta-ran lengkap serta resit asal hendaklah disahkan sebelum pelajar membuat sebarang tuntutan tertentu di Pejabat Bendahari.

(10)

36. Pelarasan perbelanjaan/pendapatan perlu dibuat sebaik sahaja aktiviti selesai dilak-sanakan. Pelarasan perbelanjaan hendaklah mengikut tatacara

kewangan yang ditetapkan. Laporan kewangan ini hendaklah dimasukkan bersama dalam laporan aktiviti untuk dihantar kepada Bahagian HEP.

37. Bagi laporan kewangan, bil-bil dan resit-resit perbelanjaan hendaklah disahkan oleh Penasihat Persatuan atau mana-mana pegawai Kumpulan A di fakulti/ Jabatan sebelum dimajukan kepada Unit Kewangan Zon 3, Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau Pejabat Bendahari.

38. Aktiviti yang mengharumkan nama UiTM di peringkat kebangsaan atau antarabangsa perlu dimaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) bagi tujuan lapo-ran kepada Lembaga Pengarah Universiti beserta lapolapo-ran akhbar (jika ada) dan gam-bar aktiviti bersaiz A4 untuk dipamerkan kepada pelajar dan disiarkan dalam Buletin HEP.

39. Semua kegiatan persatuan hendaklah ditamatkan dua (2) minggu sebelum peperiksaan akhir dalaman UiTM bermula.

Keperluan menyelaraskan bil-bil Pegawai yang mengesahkan bil Aktiviti yang mengharumkan nama UiTM Penangguhan aktiviti

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian percobaan ini menggunakan rancangan acak kelompok pola faktorial dengan respon yang diamati beberapa sifat fisika Hasil penelitian menunjukkan bahwa Jenis dan dosis

Karena nilai signifikansi (sig) jauh lebih kecil dari 0,05 maka model regresi dapat digunakan untuk memprediksi keputusan nasabah dalam memilih menabung di Bank Sumsel Babel

Dengan inovasi teknologi yang tepat dan didukung sumber daya manusia yang handal, limbah perkebunan kelapa sawit dapat diubah menjadi bahan pakan sumber serat bagi ternak sapi

Apibendrinant suaugusiųjų mokyklą lankančių jaunuolių šeimos santykių ypatybes, galima teigti, kad daugelis jaunuolių turi sunkumų bendraudami su artimaisiais.. Norint

Adapun kompetensi yang dimaksud yaitu pengetahuan di bidang atau disiplin ilmu, pengetahuan di luar bidang atau disiplin ilmu, pengetahuan umum, bahasa inggris,

sesuatu dalam bidang yang telah ada; 4.{Penulisan Karya Ilmiah (Skripsi, Tesis, Disertasi)} •Penelitian dikatakan baik bila : –Purposiveness, Tujuan yang jelas; –Exactitude,

misalnya: karet nitril (0,4 mm), karet kloroprene (0,5 mm), polivinilklorida (0,7 mm) dan lain-lain Catatan tambahan : Spesifikasi produk tergantung pada pengujian, dari data

1 Dengan Wheel Loader batu belah dimuat ke Dump Truck yang mengangkut batu belah ke lokasi