• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAJUK 11 DASAR-DASAR SOSIAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TAJUK 11 DASAR-DASAR SOSIAL"

Copied!
34
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK 11

DASAR-DASAR SOSIAL

Dasar-dasar sosial

Dasar Pendidikan Negara

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar Pembangunan Belia Negara

Dasar Wanita Negara

(2)

DASAR-DASAR SOSIAL

Dasar sosial ialah dasar yang memberikan

prioriti kepada; nilai-nilai sosial yang

berlandaskan keadilan, kerohanian dan

kemanusiaan

(3)

DASAR SOSIAL NEGARA

Penyataan Dasar

– DSN ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan

keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan

kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mapan

Rasional

– Pembangunan ekonomi adalah prasyarat

pembangunan negara tetapi pembangunan holistik dapat mengimbangi kehidupan manusia

(4)

DASAR SOSIAL NEGARA

Penyataan Dasar

– DSN ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan

keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan

kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mapan

Rasional

– Pembangunan ekonomi adalah prasyarat

pembangunan negara tetapi pembangunan holistik dapat mengimbangi kehidupan manusia

(5)

JENTERA PELAKSANA DSN

• Majlis Sosial Malaysia (MSN)

• Jawatankuasa Pembangunan Sosial Negara

• Jawankuasa Kerja Pembangunan Sosial Peringkat Kementerian

• Majlis Pembangunan Negeri

• Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri

• Jawatankuasa Pembangunan Daerah dan Bahagian

(6)

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Negara

• usaha untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, seimbang dan harmonis

• untuk melahirkan satu

masyarakat yang berilmu,

berdaya saing yang tinggi dan mengamalkan ilmu nilai-nilai murni untuk kesejahteraan dan keharmonian negara melalui perpaduan yang erat di

kalangan pelbagai kaum

• menyatukan sistem pelajaran untuk memupuk kesedaran dan perpaduan kebangsaan

• memperluaskan serta mengubahsuai rancangan-rancangan pelajaran dan latihan bagi memenuhi keperluan-keperluan tenaga kerja

• memperbaiki mutu pelajaran bagi membina suatu masyarakat yang progresif berlandaskan sains dan teknologi moden

• memperbaiki kemudahan-kemudahan penyelidikan, perancangan dan

pelaksanaan untuk mencapai objektif di atas.

(7)

PERKEMBANGAN DASAR PENDIDIKAN

Laporan Razak 1956

Laporan Rahman Talib 1960

Dasar Pendidikan Kebangsaan

1961

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 (mengkaji

semula dasar pendidikan

Sistem Pendidikan Aneka Jurusan (Laporan

Aminuddin Baki)

Dasar Pendidikan yang terkini

– Pentaksiran Berasaskan Sekolah

– Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025

– Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN)

(8)

PENYATA RAZAK 1956

Tujuan utama :

– Menyediakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu

rumpun bangsa Tanah Melayu

– Menyediakan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan

– Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, berteloransi, liberal dan progresif

(9)

PENYATA RAHMAN TALIB 1960

• Bahasa Kebangsaan

– Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi

– Semua peperiksaan awam diadakan dalam bahasa Melayu

– Calon wajib lulus Bahasa Melayu untuk masuk ke sekolah menengah

• Pelajaran Agama dan Moral

– Pengajaran agama Islam diwajibkan di sekolah yang mempunyai tidak kurang daripada 15 orang pelajar

– Pelajar bukan Islam diajar mata pelajaran Pendidikan Moral

• Kenaikan Kelas

– Kenaikan secara automatik ke sekolah menengah

– Peluang pendidikan secara automatik selama 9 tahun

– Pelajaran sekolah rendah diberi secara percuma tanpa mengira bahasa pengantar

• Kelas Peralihan

– Kelas peralihan setahun bagi pelajar aliran Cina dan Tamil sebelum ke Tingkatan Satu

– Peperiksaan SRP dan LCE dalam bahasa Melayu dan Inggeris

• Pendidikan Teknik dan Vokasional

– Penting untuk meyediakan pelajar menghadapi perkembangan ekonomi negara

(10)

LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1974

Penguasaan 3M (membaca, menulis dan

mengira)

Kenaikan darjah secara automatik

Penekanan kokurikulum dan disiplin sebagai asas

perpaduan

Penekanan terhadap sekolah vokasional

Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib

dalam peperiksaan

Memperkenalkan sukatan pelajaran sekolah

(11)

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Objektif DKK

• mengukuhkan perpaduan bangsa dan rakyat melalui kebudayaan kebangsaan

• memupuk, memperkaya dan memelihara keperibadian kebangsaan, mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan membentuk kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi Strategi DKK

– pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah mengukuhkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya

– meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat serta mendukung dan menggerakkan kebudayaan seluasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan

– mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia

– memenuhi keperluan sosiobudaya

(12)

OBJEKTIF DPK

Menubuhkan satu sistem pendidikan yang

akan dapat memenuhi keperluan negara

Menggalakkan perkembangan kebudayaan,

(13)

STRATEGI PELAKSANAAN DPK

• Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama

• Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah

• Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

• Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan

• Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhan dengan

menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu

• Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun

• Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan saksama

(14)

STRATEGI PELAKSANAAN DPK

• Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan pendidikan menengah mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM)

• Meluaskan pendidikan teknik dan vokasional melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional

• Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat IPTA

• Mempertingkat pendidikan kerohanian, moral dan disiplin

Menjadikan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai mata

pelajaran yang wajib diajar di sekolah

• Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin seperti kadet tentera dan polis

(15)

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

• Kebudayaan merujuk kepada keseluruhan cara hidup manusia

• Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum memerlukan satu dasar dalam proses

pembentukan kebudayaan nasional ke arah melahirkan cara hidup yang bersifat ke-Malaysiaan

DKK menjadi garis panduan dalam membentuk,

mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa

(16)

PRINSIP UTAMA DKK

• Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini

– Rantau yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Filipina,

Singapura, Thailand, Brunei, Kampuchea dan Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania)

• Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar

– Unsur budaya Cina, India, Arab, Parsi, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan

• Islam menjadi unsur yang penting

– Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam

mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak emosi dan fizikal manusia

(17)

OBJEKTIF DKK

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara

melalui kebudayaan

Memupuk dan memelihara keperibadian

kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan

kebangsaan

Memperkaya dan meningkatkan kualiti

kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang

seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

(18)

STRATEGI PELEKSANAAN DKK

• Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan

kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan,

pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya

• Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerakkan kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan

• Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah

kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia

• Memenuhi keperluan sosiobudaya

(19)

DASAR PEMBANGUNAN BELIA

NEGARA

• Digubal 1985 sempena perayaan Tahun Belia Antarabangsa Pertama – Dasar Belia Negara

• Dikaji semula pada 1997 dan dinamakan Dasar Pembangunan Belia Negara

• Umur belia - berumur antara 15 hingga 40 tahun.

• Dari segi strategi pelaksanaan program dan orientasi aktiviti, tumpuan mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun.

MATLAMAT DASAR:

• Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah,

bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran

(20)

DASAR PEMBANGUNAN BELIA

NEGARA- Strategi

Pembangunan Ilmu

• Usaha akan dipertingkatkan ke arah mengembangkan ilmu

pengetahuan di dalam berbagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia.

Pembentukan Sikap

• Usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk di kalangan belia bagi

menghadapi cabaran semasa dan akan datang.

Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan

• Mempersiapkan generasi belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara.

(21)

DASAR PEMBANGUNAN BELIA

NEGARA - Strategi

Pemupukan Gaya Hidup Sihat

• Generasi belia digalakan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup yang sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang

bertanggungjawab dan berkualiti.

Kemudahan Interaksi Sosial

• Mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat di kalangan belia dan

masyarakat.

Perkongsian Dalam Pembangunan

• Menggunakan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan

generasi belia.

Jaringan Hubungan Antarabangsa

• Menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa.

(22)

DASAR WANITA NEGARA

DWN 1 – 1989

DWN 2 – 2009 (kesinambungan)

(23)

DASAR WANITA NEGARA 2

OBJEKTIF:

1. Membangun potensi dan mendayaupayakan wanita dari pelbagai lapisan

masyarakat dan dalam semua sektor sebagai agen perubahan kepada masyarakat serta penyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara;

2. Menyediakan persekitaran yang kondusif, termasuk penggubalan dasar dan

perundangan mesra wanita, bagi meningkatkan martabat dan kesejahteraan hidup wanita dalam semua aspek termasuk fizikal, ekonomi, sosial, politik, kesihatan, psikologi dan kerohanian;

3. Membudayakan kesaksamaan gender di kalangan semua lapisan masyarakat dalam semua sektor;

4. Memastikan pandangan dan suara wanita diterima pakai dalam proses membuat keputusan di semua peringkat;

5. Mencapai perkongsian saksama antara wanita dengan lelaki dalam memperoleh dan mengawal sumber dan peluang penyertaan serta menikmati manfaat

pembangunan; dan

6. Meningkat dan mengukuhkan perkongsian adil dan saksama antara wanita

dengan lelaki dalam semua aspek kehidupan bagi memantapkan institusi keluarga serta membangunkan komuniti dan masyarakat.

(24)

DASAR WANITA NEGARA 2:

Strategi Pelaksanaan Dasar

1. Mengarusperdanakan perspektif gender dalam penggubalan dasar dan perundangan, perancangan, pelaksanaan dan

penilaian program, projek dan penyediaan bajet untuk pembangunan.

2. Meningkatkan komitmen di kalangan badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman, termasuk penggubal

dasar, pembuat keputusan dan pihak penguat kuasa di sektor awam dan swasta serta masyarakat sivil, bagi menghormati dan memelihara martabat wanita.

3. Mengkaji semula undang-undang dan peraturan sedia ada dan menggubal perundangan dan peraturan baru bagi menjamin tiada diskriminasi berasaskan gender, perlindungan,

keselamatan, hak-hak dan maruah wanita terpelihara dan

mengambil langkah-langkah supaya penguatkuasaan undang-undang berkenaan berkesan.

(25)

DASAR WANITA NEGARA 2:

Strategi Pelaksanaan Dasar

4. Menjalankan penyelidikan mengenai aspek gender

bagi menjana pendekatan inovatif dan kreatif dalam penggubalan dasar dan perancangan serta

pelaksanaan program.

5. Melaksanakan sepenuhnya pengumpulan, penganalisaan dan pengaplikasian data dan

maklumat oleh agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan mengikut pecahan

jantina untuk tujuan perancangan, pelaksanaan,

(26)

DASAR WANITA NEGARA 2

PELAKSANAAN STRATEGI

• Ekonomi

• Kemiskinan

• Undang-undang

• Keganasan terhadap wanita

• Kesihatan

• Pendidikan dan latihan

• Sains dan teknologi

• Pembuat keputusan

• Mekanisme, jentera dan institusi pembangunan wanita

• Media

• Alam sekitar

• Sukan

(27)

DASAR WARGA EMAS NEGARA

Warga Emas - mereka yang berumur 60 tahun ke

atas –takrifan “World Assembly On Aging in

1982” Vienna.

Mewujudkan masyarakat warga emas yang

sejahtera, bermaruah, mempunyai martabat diri

yang tinggi, dengan mengoptimumkan potensi

dlri mereka dan menentukan mereka menikmati

semua peluang dlsamping mendapat penjagaan

dan perlindungan sebagai ahli keluarga,

(28)

DASAR WARGA EMAS NEGARA

Objektif

• Meningkatkan kehormatan dan martabat diri warga emas dalam keluarga, masyarakat dan negara.

• Memajukan potensi warga emas agar mereka terus aktif dan produktif dalam pembangunan negara, serta mewujudkan peluang untuk membantu mereka terus hidup berdikari.

• Menggalakkan pengwujudan dan menyediakan

kemudahan-kemudahan yang tertentu demi untuk

menjamin penjagaan dan perlindungan warga emas ke arah kesejahteraan hidup mereka.

(29)

DASAR WARGA EMAS NEGARA

Strategi

a)Kehormatan dan Martabat Diri

• Membolehkan warga emas hidup dengan penuh kehormatan dan martabat diri serta selamat dan bebas daripada penindasan dan penganiayaan

• Menentukan warga emas mendapat layanan yang adil dan saksama tanpa mengira umur, jantina, keturunan etnik, agama, kecacatan atau lain-lain keadaan dengan tidak mengambil kira keupayaan sumbangan mereka

• Membolehkan warga emas menikmati peluang untuk merealisasikan potensi optimum mereka

• Memudahkan warga emas mendapatkan akses kepada sumber pendidikan, kebudayaan, rohaniah dan rekreasi yang ada dalam masyarakat.

(30)

DASAR WARGA EMAS NEGARA

Strategi

b).Keupayaan Berdikari

• Memastikan warga emas dapat memenuhi keperluan asas melalui sumber pendapatan, sokongan keluarga dan masyarakat serta

usaha sendiri

• Memudahkan warga emas mendapat peluang untuk terus berkhidmat dan memberi sumbangan kepada kepada negara

• Memastikan warga emas dapat menikmati persekitaran yang

selamat dan mudah diubahsuaikan selari dengan keupayaan yang berubah

• Membolehkan warga emas terus tinggal bersama dengan keluarga dan masyarakat selama mungkin

• Memberi persediaan awal kepada warga emas untuk menentukan perancangan sumbangan berasas kepada kepakaran dan keupayaan yang dimiliki secara berterusan ke arah pembangunan negara.

(31)

DASAR WARGA EMAS NEGARA

Strategi

c). Penyataan

• Membolehkan warga emas memainkan peranan dalam masyarakat dan melibatkan diri secara aktif dalam

penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar berkaitan

kesejahteraan mereka serta menurunkan pengetahuan dan kemahiran kepada generasi muda

• Memberi peluang kepada warga emas untuk menyumbang kepada masyarakat secara sukarela sesuai dengan

keupayaan dan minat mereka

• Menggalakkan warga emas menubuhkan Persatuan atau Pertubuhan bagi menjalankan aktiviti untuk kesejahteraan mereka.

(32)

DASAR WARGA EMAS NEGARA

Strategi

d).Penjagaan dan Perlindungan

• Mewujudkan kemudahan bagi jagaan dan perlindungan di dalam keluarga dan masyarakat sesuai dengan sistem dan nilai-nilai masyarakat negara ini

• Memudahkan warga emas mendapat jagaan kesihatan untuk membantu

mereka mengekal atau memulihkan tahap kesihatan fisikal, mental dan emosi ke peringkat optimum serta mencegah daripada jangkitan penyakit

• Membolehkan warga emas memanfaatkan perkhidmatan institusi yang menyediakan jagaan, perlindungan dan stimulasi sosial serta mental dalam suasana yang selamat dan selesa

• Memudahkan warga emas mendapat perkhidmatan sosial dan perundangan bagi memajukan hak autonomi individu, perlindungan dan jagaan mereka

• Menjamin warga emas menikmati hak asasi individu semasa dalam jagaan dan rawatan dengan mengambilkira kehormatan diri, kepercayaan dan keperluan yang sesuai bagi mereka

• Mewujudkan Sistem Keselamatan Sosial yang komprehensif bagi menjamin pendapatan dan kebajikan yang stabil dikalangan warga emas.

(33)

DASAR WARGA EMAS NEGARA

Strategi

e).Penyelidikan dan Pembangunan

Menggalakkan pelaksanaan kajian-kajian

mengenai warga emas bagi tujuan pengumpulan

maklumat untuk kegunaan perancangan program

pembangunan warga emas.

Mewujudkan satu Badan Penasihat Dan

Perundingan Warga Emas Kebangsaan membantu

menyelaraskan dan mengenalpasti

keperluan-keperluan membuat, mengenai aktiviti bagi

warga emas.

(34)

DASAR WARGA EMAS NEGARA

Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara

• Pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan warga emas oleh setiap individu dan kelompok, pertubuhan sukarela, masyarakat tempatan, agensi Kerajaan dan pihak swasta berpandukan kepada Dasar Warga Emas Negara.

• Bagi menjayakan perlaksanaan Dasar Warga Emas Negara maka

usaha-usaha bersepadu dan menyeluruh perlu diambil oleh Agensi-agensi yang berkenaan, antaranya

:-Pendidikan Pekerjaan Penyertaan dalam masyarakat Riadah Pengangkutan Perumahan

Sistem sokongan bagi keluarga Kesihatan Keselamatan sosial Media Penyelidikan dan Pembangunan

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Para peneliti mengemukakan )ah,a kinerja )erke!inam)ungan dalam peru!ahaan terjadi pada !aat pemimpin atau manejer dalam peru!ahaan mentran!'rma!ikan peru!ahaan

dinding yang diberisikan motivasi dan semangat belajar siswa ataupun ayat- ayat al-Qur’an. Setiap kelas di Pondok Tahfidz Putri Anak-anak Yanaabii’ul Qur’an hanya

3) Menuliskan dari dokumen yang sudah dibaca pada kegiatan sebelumnya. 4) Hasil tulisan siswa dibaca oleh masing-masing siswa. 5) Tanya jawab tentang dokumen pribadi/diri

Sumber Kebisingan Kereta Api Bahkan dari penelitian yang telah dilakukan oleh peneliti, di beberapa tempat di daerah sepanjang jalan kereta api di pulau jawa telah melampui

Saparia (2010), pada siswa kelas XI SMA Mujahidin Pontianak dikategorikan baik, ini berarti pembelajaran kooperatif tipe think-pair-share efektif ditinjau dari

Undang-undang Republik Indonesia Nomor 4 Tahun 1979 Tentang Kesejahteraan

Aset dan liabilitas keuangan dari transaksi efek saling hapus buku dan nilai bersihnya disajikan dalam Laporan Posisi Keuangan jika memiliki hak yang berkekuatan hukum untuk melakukan