Bahan buangan domestik ialah sisa buangan pepejal dan sisa buangan toksid. Bahan buangan toksid ialah bahan buangan yang mengandungi sifat – sifat fizikal , kimia atau biologi yang memberi impak yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar. Bahan toksid ini boleh menjejaskan kesihatan manusia dan membawa bencana alam kepada dunia. Bahan buangan toksid ini mudah terbakar , menghakis , beracun dan bertindakbalas atau meletup apabila bercampur dengan bahan lain. Ia boleh wujud sama ada dalam bentuk cecair , pepejal dan separa pepejal. Selain itu terdapat banyak jenis buangan toksid yang terdiri daripada sisa minyak seperti minyak hidraulik dan minyak gerundi serta bahan buangan kimia organik yang mengandungi halogen atau sulfur yang berupaya melarut bahan lain seperti trikloroetilena , tetrakloraetilena , kloroform , kloroetana , gendkleno dan freons. Di samping itu ,terdapat juga beberapa jenis sisa buangan pepejal seperti sisa pepejal domestik iaitu sisa – sisa makanan , sampah sarap dan benda – benda terpakai daripada kawasan perumahan , perniagaan , sekolah dan kawasan- kawasan awam, barang – barang buangan pukal seperti rangka / bingkai , barang-barang elektronik , perabot dan tayar buruk , buangan daripada perlombongan dan kuari , bahan buangan daripada pengorekan dan pecahan bangunan – bangunan , sisa
buangan taman dan sisa buangan binatang dan pertanian seperti najis khinzir , lembu , sekam padi dan sekam kayu.
Bahan buangan domestik ini boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Pencemaran terbahagi kepada dua iaitu pencemaran faktor semula jadi dan pencemaran factor manusia. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendiri seperti letusan gunung berapi , ribut taufan , gempa bumi dan tsunami. Manakala pencemaran faktor manusia ialah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak sengaja. Antaranya ialah pencemaran udara iaitu gas-gas beracun , zarah –zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan , jerubu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Selain itu, pencemaran air iaitu melalui pembuangan air kumbahan , sisa – sisa kimia , haba dan pembuangan sampah . Manakala pencemaran tanah berlaku melalui pembuangan sisa industri terutama karbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur yang menyebabkan ketidaksuburan tanah akibat daripada peningkatan kekonduksian tanah yang tidak sesuai untuk tumbuhan hidup.
Pembuangan bahan domestik telah menggangu keseimbangan semula jadi dan menimbulkan pelbagai masalah kepada dunia. Bahan domestik terwujud
▸ Baca selengkapnya: contoh rumusan sisa domestik
(2)Melalui bahan buangan domestik terwujud hujan asid melalui pencerapan air-air yang bertoksid dan kimia atau melalui pengabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Apabila gas sulfur dioksida (SO2) dan oksida nitrogen(NOX) dilepaskan ke udara , ia mempunyai tindak balas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan menjadi asid sulfuric dan asid nitric. Asid ini akan turun
bersama hujan dan menimpa kehidupan di bumi. Hujan asid ini boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan hidupan air serta menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu , asid tersebut meresap ke dalam tanah dan
menyebabkan kualiti tanah kurang dan menjadikan tidak subur. Penyaluran terus sisa kumbahan domestik ke dalam laut atau sungai boleh menyebabkan
peningkatan dalam jumlah kandungan bahan organic yang seterusnya menyumbang terhadap peningkatan pertumbuhan bakteria , dimana meninggalkan kesan bau busuk serta perubahan warna.
Terdapat banyak kesan yang dihadapi oleh masyarakat dan alam sekitar melalui bahan buangan domestik. Kesan utama ialah mengancam kesihatan manusia iaitu melalui pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simpton – simpton kebas , sakit kepala , kabur penglihatan dan pertuturan yang tidak betul jika air tersebut digunakan oleh manusia. Jika pencemaran toksid itu terbiar di kawasan pertanian atau tanah ia akan menyebabkan tanah tidak subur dan membunuh binatang dan haiwan yang hidup di kawasan tersebut. Kesan seterusnya ialah mengancam tumbuhan dan binatang , tumpahan minyak ke dalam laut menyebabkan banyak organism laut di perairan cetak mati. Apabila tumpaham minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung. Tumpahan minyak ini turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Sebagai contoh,kesan daripada buangan domestik ke dalam laut iaitu keracunan raksa yang berlaku di Teluk Minamata,Jepun dimana burung –burubg yang
terbang tinggi tiba-tiba menjunam dari angkasa , kucing yang berjalan terhoyang-hayang dengan mulut berbuih serta mati. Contoh lain ialah Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di Kepulauan Riau dalam tahun 1975 , menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia. Walaupun empat tahun berlepas , kesan saki baki minyak masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang dikenali sebagai Akuakultur.
Amalan pengurusan sisa pepejal termasuk pengitar semula , pembakaran sisa dan pelupusan di tanah isian. Pemilihan kaedah pengurusan sisa pepejal ini dibuat oleh kerajaan dan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti ketersediaan kewangan , keadaan geologi dan ketersediaan tanah dengan kewujudan badan – badan domestik yang menitikberatkan pengitaran semula dan pemerolehan semula. Oleh yang demikian , pengunaan teknologi rawatan terma dalam
pelupusan sisa di Malaysia merupakan suatu pilihan yang munasabah , kerana ia selaras dengan SPS memandangkan ia berlandaskan konsep pengitaran semula dan berupaya menangani masalah – masalah alam sekitar yang dikaitkan
dengan penggunaan tanah isian.
pembinaan dan sisa makanan yang terhasil semasa proses pembinaan dan operasi akan dikendalikan mengikut cara pengurusan yang efektif dan
dilupuskan di tapak pelupusan yang ikthiraf. Sehubung dengan itu, Sisa minyak pelincir dan sisa minyak yang dihasilkan dari kerja –kerja pembaikpulih akan dikendalikan mengikut prosedur yang ditetapkan di dalam Environmental Quality (Scheduled Wastes) Regulations , 2005 dan akan dilupuskan di Kualiti Alam melalui kontraktor yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar.Keadah lain yang dapat megatasi buangan domestic ialah menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan
terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam
takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.Disamping itu, kempen kesedaran melalui iklan televisyan perlu dipaparkan supaya ia dapat mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap individu yang
membuang bahan domestik tanpa memikirkan kesannya. Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini. Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul reawakening'.
Alam sekitar adalah satu asset Negara yang bernilai dan peril dipelihara. Sekiranya alam sekitar diurus dengan baik,ianya akan member pulangan dan menana ekonomi Negara. Oleh itu program pemulihan dan pengurusan alam sekitar perlu dijalankan secara berterusan bagi memastikan kesempurnaan ke atas alam sekitar. Pengurusan alam sekitar secara bersepadu yang melibatkan semua lapisan masyarakat adalah satu focus utama kearah pencapaian
matlamat tersebut.Hubungkait antara kuantiti ,kualiti dan persekitaran terutama alam sekitar perlu dititikberatkan dan diseimbangkan di dalam proses
pengurusan dan pembangunan.
Masyarakat harus mengambil berat tentang alam sekitar kerana kesannya akan dihadapi oleh mereka.Manusia tidak harus bersikap sambil lewa dengan