• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teori Perkembangan dan Pembangunan Pendi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Teori Perkembangan dan Pembangunan Pendi"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Pendahuluan

Perkembangan adalah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baru yang berlainan dari sifat yang lebih awal (Haliza dan Joy). Santoock ( 2008 ), perkembangan dapat ditafsirkan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Konklusinya, perkembangan adalah satu proses perubahan yang melibatkan pelbagai aspek dalam diri seseorang dari satu peringkat yang lebih awal sehingga peringkat akhir.

Perkembangan seseorang itu bermula sejak sebelum lahir lagi. Pembentukan secara fizikal semasa janin sehingga selepas lahir merupakan perkembangan secara fizikal. Selain itu, perkembangan emosi, sosial, kognitif dan pertuturan atau bahasa turut terangkum di dalam perkembangan seseorang individu.

Perkembangan kanak-kanak pula merupakan bidang yang mengkaji tahap dan potensi seseorang dari bayi sehingga dewasa. Perkembangan kanak-kanak ialah kajian proses dan mekanisme yang bertindak sewaktu perkembangan fizikal dan mental seorang bayi menjadi orang dewasa (Wikipedia). Bidang ini muncul pada awal abad ke-20 tetapi hanya cenderung kepada tingkahlaku tidak normal sahaja. Kemudiannya, barulah bidang ini semakin meluas dan mendapat perhatian dengan adanya pelbagai teori yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi.

Teori-teori yang dikemukakan oleh para ahli psikologi ini melibatkan empat aspek yang utama iaitu perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Terdapat juga ahli psikologi yang mengkaji perkembangan bahasa. Setiap aspek ini adalah perlu untuk dikaji dan diketahui kerana melalui cara ini kita dapat lebih memahami seseorang.

(2)
(3)

2.0 Teori-Teori Perkembangan

2.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Jean Piaget, ahli psikologi Switzerland telah mengasaskan teori perkembangan kognitif yang menjelaskan tentang kaedah manusia mmempersepsi ilmu dan membina hipotesis serta bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Menurut Piaget dalam Haliza dan Joy (2011), proses pemikiran manusia berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga manusia mencapai tahap kematangan.

Tiga aspek penting di dalam teori Piaget iaitu:

i. Faktor yang mempengaruhi proses pemikiran individu ii. Proses mencapai keseimbangan

iii. Peringkat-peringkat perkembangan

Terdapat empat faktor yang mempengaruhi proses pemikiran individu. Empat faktor ini adalah faktor kematangan biologi, faktor interaksi individu dengan persekitaran, faktor pengalaman sosial dan faktor keseimbangan. Faktor biologi bermaksud pemikiran individu dipengaruhi oleh genetik atau pengaruh daripada ahli keluarga. Interaksi individu dengan persekitaran pula bermaksud keadaan sekeliling seperti kawasan tempat tinggal memberi impak kepada corak pemikiran individu. Faktor pengalaman sosial pula adalah perkembangan pemikiran yang berlaku disebabkan oleh pergaulan dengan orang sekeliling sama ada keluarga mahupun rakan-rakan dan masyarakat. Faktor yang terakhir ialah faktor keseimbangan. Faktor ini melibatkan proses keseimbangan yang merupakan satu proses penting bagi individu untuk mengadaptasi situasi-situasi baru yang dialami.

(4)

Empat konsep utama teori Piaget ialah skema, asimilasi, akomodasi dan keseimbangan. Skema merupakan pengetahuan atau pengalaman yang dipelajari oleh individu melalui pengalaman dan pembelajaran. Seterusnya, seseorang akan mengalami proses adaptasi yang melibatkan dua proses lain iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi merupakan proses di mana individu akan cuba memahami pengalaman baru dan cuba menyesuaikan ianya dengan skema-skema lama. Akomodasi pula proses di mana individu menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Proses keseimbangan ini berlaku secara berterusan di dalam kehidupan seseorang kerana perkembangan kognitif akan sentiasa berlaku.

(5)

2.2 Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson

Teori yang diperkenalkan oleh Erik Erikson ini menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kana-kanak. Lima prinsip utama yang menjadi asas kepada teori ini ialah:

i. Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama.

ii. Perkembangan individu bergantung kepada tindakbalas indibidu terhadap keperluan-keperluan asasnya.

iii. Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu.

iv. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya.

v. Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.

Terdapat lapan tahap di dalam teori ini dan semua individu akan menghadapi kesemua tahap ini sama ada dengan jayanya atau tidak.

Peringkat Umur Huraian

(6)
(7)

3.0 PERKAITAN DI ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET DAN TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Pembangunan pendidikan kanak-kanak di Malaysia sememangnya banyak mengadaptasi atau mempunyai saling perkaitan dengan Teori Perkembangan Kognitif Piaget dan Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson. Beberapa program dan dasar yang dilaksanakan dalam pembangunan pendidikan kanak-kanak di Malaysia mengaplikasikan teori-teori ini dalam memastikan setiap program yang diperkenalkan dapat menepati perkembangan kanak-kanak. Ini penting dalam memastikan keberhasilan program tersebut.

3.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

KSSR merupakan satu kurikulum baru yang telah mula dilaksanakan pada tahun 2011 untuk murid Tahun 1. Kurikulum ini merupakan transformasi yang dilakukan oleh pihak di peringkat pusat di atas kesedaran mengenai kepelbagaian aras kebolehan dan potensi murid adalah berbeza (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2011). Perubahan yang berlaku di dalam transformasi kurikulum ini melibatkan trasnformasi daripada beberapa aspek iaitu bentuk kurikulum, organisasi, kandungan kurikulum, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan pengurusan kurikulum di sekolah.

(8)

dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Prinsip KSSR pula masih lagi berasaskan kepada prinsip KBSR dan berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini kerana KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) (Alimuddin, 2010) yang bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (FPK,1988).

Pendekatan yang digunakan di dalam KSSR adalah agak berbeza dengan KBSR di mana di dalam KSSR, pendekatan yang digunakan adalah lebih bersepadu atau menyeluruh. Menurut Guru Besar SK Taman Bukit Maluri, Saadun Kasim, KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. Melalui pendekatan yang bersepadu, murid didedahkan dengan pelbagai kaedah seperti

hands-on learning, pembelajaran melalui bermain, inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran secara kontekstual, konstruktivisme dan pembelajaran masteri.

(9)

Selain itu, pendekatan P&P yang ditekankan di dalam KSSR ini juga bertepatan dengan peringkat ketiga Perkembangan Kognitif Piaget iaitu Peringkat Operasi Konkrit. Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi konkrit (Haliza dan Joy, 2011). Pada tahap ini juga kanak-kanak boleh menguasai konsep pengekalan, proses pengelasan, proses menyusun secara bersiri, boleh mula bersosial dan menerima pandangan daripada rakan. Dengan pendekatan yang digunakan di dalam KSSR, kanak-kanak diberi lebih pendedahan untuk melakukan sesuatu perkara atau pembelajaran dengan sendiri dan ini membuatkan kognitif mereka lebih berkembang. Dalam proses P&P murid tidak hanya mendengar dan membuat latihan yang diberikan tetapi guru akan menggunakan pembelajaran melalui permainan atau berasaskan objek untuk meningkatkan pemahaman murid. penggunaan alat bantu mengajar juga membantu meningkatkan tahap kognitif murid. Ibrahim (2012), penggunaan buah tembikai dan kek untuk mengajar pecahan boleh menarik minat pelajar dan menambah pemahaman mereka terhadap topik berkenaan. Ini menunjukkan bahawa kaedah P&P yang digunakan di dalam KSSR membantu meningkatkan tahap kognitif murid dan kaedah ini bertepatan dengan Peringkat Operasi Konkrit Teori Kognitif Piaget yang menjelaskan penggunaan bahan konkrit merupakan salah satu cara untuk memperkukuhkan pemikiran kanak-kanak.

(10)

diuji1. Bagi murid yang masih belum mencapai band yang ditetapkan pada pentaksiran pertama, guru akan membantu mereka dengan memberi lebih perhatian agar mereka dapat mencapai band tersebut. Ini bermaksud, guru akan memastikan setiap murid mencapai band yang ditetapkan.

Dua prinsip utama Teori Psikososial Erikson menyatakan setiap tahap perkembangan psikososial mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya dan kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya. Prinsip ini berkaitan dengan pelaksanaan PBS yang menggunakan band kerana jika kanak-kanak atau murid tidak berjaya mencapai band yang ditetapkan maka mereka akan mengalami kesukaran di dalam peringkat yang seterusnya. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mungkin menyedari akan peri pentingnya pengamalan prinsip ini di dalam kurikulum sekolah rendah maka pentaksiran menggunakan band ini diperkenalkan dengan syarat setiap murid harus mencapai band yang ditentukan. Penggunaan band ini bukan hanya bertujuan untuk mewujudkan murid yang mampu menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) yang menjadi hasrat pelaksanaan KSSR seperti yang terkandung di dalam Dokumen Kurikulum Transformasi Prasekolah dan Sekolah Rendah tetapi di sebalik hasrat utama tersebut KPM turut berhasrat memastikan murid berjaya pada tahap tersebut dan tidak mengalami kesukaran pada peringkat seterusnya.

(11)

band yang telah ditetapkan. Contohnya, murid Tahun Satu sekurang-kurangnya mencapai Band 1 iaitu tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau respons terhadap perkara yang asas. Penilaian yang dilakukan selepas sesuatu topik pembelajaran memudahkan guru untuk membimbing murid yang gagal mencapai band yang ditetapkan sehinggalah mereka berjaya mencapai band tersebut. Murid akan mampu meningkatkan sifat yakin diri dalam diri apabila mereka berjaya mencapai tahap yang dikehendaki. Walaupun pentaksiran menggunakan band agak menyusahkan para guru tetapi ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar terutama mereka yang berjaya mencapai band yang ditetapkan2.

3.2 Program Literasi dan Numerasi (LINUS)

Program LINUS telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 dan melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah. PPD Kuala Kangsar, 2011, mencatatkan LINUS adalah akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi, LINUS bermaksud Program Saringan Literasi dan Numerasi. Program ini merupakan kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancang dengan lebih teliti dan sistematik (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).

LINUS merupakan salah satu program yang berada di bawah Bidang Keberhasilan Utama [National Key Result Areas (NKRA’s)] Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin pada bulan Ogos 2009. KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi dan Numerasi sebelum berakhir persekolahan tahap 1 (Tahun 1-Tahun 3). Murid yang tiada masalah pembelajaran bermaksud murid yang mampu mengikuti pembelajaran yang formal, bukan murid pendidikan khas yang mempunyai kandungan pembelajaran yang sedikit berbeza dengan murid yang tiada masalah pembelajaran.

(12)

Maksud literasi ialah keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa Malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian3. Numerasi pula ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam operasi matematik seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang4.

Aspek-aspek penting di dalam program ini ialah:

i. Proses saringan

ii. Modul pengajaran dan pembelajaran iii. Pengukuhan Amala Pedagogi

iv. Membina komitmen bagi semua pihak berkepentingan v. Memantau dan menyelia

vi. FasiLINUS di peringkat daerah

Saringan dijalankan sebanyak tiga kali setahun iaitu Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun) dan Saringan 3 (September). Semua murid Tahun 1 adalah diwajibkan untuk mengikuti saringan pertama. Bagi murid yang mencapai standard yang ditetapkan mereka akan dimasukkan ke dalam arus perdana untuk mengikuti proses P&P seperti biasa. Bagi murid yang tidak mencapai standard, mereka akan menjalani pemeriksaan perubatan terlebih dahulu. Jika mereka mempunyai masalah pembelajaran, maka mereka akan dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas tetapi jika mereka tidak mengalami sebarang masalah mereka akan mengikuti kelas PraNumerasi atau PraLiterasi dan akan menduduki saringan yang seterusnya.

(13)

menyatakan bahawa kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya. Di dalam program LINUS, murid akan menduduki saringan yang merupakan satu konflik kepada murid. Kegagalan murid di dalam saringan pertama mungkin akan membuatkan murid tersebut hilang keyakinan diri. Walau bagaimanapun, pihak KPM telah menetapkan bahawa setiap murid yang gagal pada saringan pertama akan menduduki saringan seterusnya. Murid yang masih belum mencapai standard akan mengikuti kelas pemulihan atau LINUS TEGAR bagi murid yang gagal menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2 dan bagi murid yang tidak menguasai mana-mana konstruk 3 hingga konstruk 8, mereka akan mengikuti program LINUS. Murid yang berjaya menguasai kesemua konstruk pula akan meneruskan pembelajaran mereka menerusi arus perdana iaitu kelas pembelajaran biasa. Melalui proses ini, guru akan memastikan murid mampu mencapai standard yang ditetapkan walaupun mereka perlu melalui proses yang lebih lama berbanding rakan mereka yang lain. Melalui kejayaan mengatasi konflik ini, murid akan dapat menghadapi konflik di tahap perkembangan yang seterusnya dengan lebih baik selaras dengan teori yang dinyatakan oleh Erikson.

Kejayaan murid menguasai kemahiran ini turut memberi keyakinan kepada murid dan mengurangkan atau menghilangkan rasa rendah diri dalam diri mereka. Ini juga berkaitan dengan Peringkat Industri Lawan Rasa Rendah Diri Erik Erikson yang menjelaskan bahawa kanak-kanak perlu menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan (Haliza dan Joy, 2011).

(14)

KPM telah melaksanakan Program LINUS untuk membantu murid menguasainya agar setiap murid mempunyai keperluan asas yang sama seperti yang dinyatakan oleh Erikson di dalam teorinya.

3.3 Program PERMATA

Program PERMATA atau Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak merupakan idea isteri Perdana Menteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sejak tahun 2006. Program ini menekankan pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada. Konsep yang digunakan di dalam program ini adalah konsep ‘learning is fun through play’ dari Green Centre, Corby, England di mana anak-anak PERMATA akan diajar melalui eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman (Aminah Ayob et al, 2008)

Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) disesuaikan mengikut acuan dan keperluan kanak-kanak di Malaysia walaupun konsep awalnya berpandukan amalan pusat asuhan di luar negara (Permata Subang Jaya, 2011). Program ini juga menjadikan Program ‘Surestart’ yang turut diambil dari Green Centre sebagai rujukan. Elemen-elemen program ini ialah rekabentuk dan pedagogi meletakkan kanak-kanak di tengah-tengah sebagai keutamaan yang menghubungkan Pusat Pendidikan dan Asuhan dengan rumah (Konsep Taska dan Kurikulum Permata). Ini membuatkan kurikulum PERMATA menekankan penglibatan ibu bapa secara aktif.

(15)

individu apabila mereka berhadapan dengan situasi yang memerlukan mereka untuk mengaplikasikan skema ini sebagai satu cara penyelesaian.

Program PERMATA juga menitikberatkan faktor pengalaman sosial seperti yang dinyatakan oleh Jean Piaget di dalam Teori Kognitif Piaget. Piaget (1896-1980) menyatakan perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran. Program PERMATA turut melibatkan penglibatan daripada ibu bapa dan juga komuniti di atas kesedaran mengenai pengaruh persekitaran terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak mencatatkan bahawa 38% kajian menunjukkan perkembangan dan prestasi pembelajaran anak-anak adalah lebih baik apabila ibu bapa mereka terlibat secara aktif dan berterusan dalam pendidikan mereka sejak awal lagi. Penglibatan aktif dan sokongan ibu bapa di peringkat ini akan dapat meningkatkan potensi pembelajaran anak-anak melalui penerusan kaedah pembelajaran tersebut di rumah. Jadi, ini menepati teori Piaget mengenai faktor pengalaman sosial yang boleh mempengaruhi proses pemikiran seseorang individu.

Teknik pembelajaran PERMATA pula ialah dengan meransang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan (Konsep Taska dan PERMATA). Salah satu faktor yang mempengaruhi proses pemikiran individu yang dikemukakan oleh Piaget (1980) menjelaskan interaksi individu dengan persekitaran membolehkan individu tersebut memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati. Ini menunjukkan saling kaitan di antara teknik pembelajaran PERMATA dengan teori yang diperkenalkan oleh Piaget.

(16)

sebagai sasaran melihat teori ini sebagai satu teori yang harus dituruti dan berdasarkan kajian neurosains, 3 tahun pertama adalah amat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak. Jadi, berdasarkan teori ini, kurikulum PERMATA menekankan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini bukan pada penguasaan mereka terhadap akademik semata-mata tetapi turut melibatkan kebolehan mereka dalam membentuk skema baru yang boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang akan dihadapi pada peringkat seterusnya.

(17)

4.0 RUMUSAN

Perkembangan kanak-kanak merupakan satu ilmu yang harus dipelajari dan difahami oleh semua pihak terutama guru dan juga badan pelaksana pendidikan negara. Impak daripada pemahaman mengenai ilmu ini begitu besar sehingga mampu mewujudkan satu perubahan yang besar ke dalam sesebuah sistem pendidikan. Ilmu perkembangan kanak-kanak bukan sahaja mengajar mengenai tahap perkembangan kanak-kanak secara fizikal, emosi, kognitif tetapi ilmu yang diterapkan begitu meluas dan impak pembelajarannya juga meluas.

Guru merupakan pihak utama yang harus menguasai ilmu perkembangan kanak-kanak kerana guru merupakan individu pertama yang berperanan dalam mendidikan kanak-kanak. Pemahaman guru mengenai perkembangan kanak-kanak akan mampu memartabatkan lagi profesion perguruan kerana guru akan lebih memahami nilai dan sifat kanak-kanak pada tahap-tahap tertentu termasuklah dari aspek intelek, sosial dan jasmani murid.

Pengetahuan berkenaan teori perkembangan kanak-kanak pula mampu memberikan impak yang cukup besar kepada sesebuah sistem pendidikan. Melalui kajian dan pemerhatian yang dibuat, Teori Perkembangan Kognitif Piaget dan Teori Perkembangan Psikososial Erikson telah memberi satu dimensi baru di dalam sistem pendidikan Malaysia. Pemahaman dan kesedaran pihak pusat serta badan pelaksana yang utama mengenai prinsip atau konsep teori-teori ini menyebabkan dasar dan kurikulum baru yang dibentuk banyak menerapkan teori ini yang boleh membantu negara kita mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(18)

5.0 REFLEKSI

Pertama sekali, syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya saya telah mampu menyiapkan tugasan ini walaupun menghadapi beberapa kekangan terutama dari segi masa.

Bagi kerja kursus Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102) ini, kami telah diminta untuk menghuraikan dua teori perkembangan kanak-kanak yang diperkenalkan oleh mana-mana tokoh perkembangan kanak-kanak. Kemudian, kami diminta untuk menjelaskan perkaitan di antara dua teori tersebut dengan pembangunan pendidikan di Malaysia.

Saya telah memilih untuk menghuraikan Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget dan Teori Psikososial Erik Erikson. Saya hanya menghuraikan teori-teori ini secara ringkas dan lebih berfokus kepada perkaitan di antara teori ini dengan pembangunan pendidikan di Malaysia. Bagi perkaitan, saya memilih untuk mengaitkan teori-teori tersebut dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dan Program PERMATA.

Melalui kerja kursus ini saya bukan hanya mampu memahami teori-teori yang saya huraikan dengan lebih mendalam tetapi saya juga lebih berpengetahuan mengenai program-program pendidikan yang saya kaitkan. Sebelum ini, saya kurang faham mengenai program LINUS dan PERMATA yang telah dilaksanakan di negara kita beberapa tahun yang lepas namun menerusi pengolahan kerja kursus ini, saya telah memahami konsep dan perlaksanaannya. Penting bagi saya untuk memahami setiap program yang saya kaitkan kerana jika saya tidak memahami program tersebut maka sukar untuk saya melihat perkaitan di antara teori yang dihuraikan dengan program yang dipilih.

(19)

Daripada tugasan ini juga, saya mendapat input mengenai kepentingan pemahaman perkembangan kanak-kanak kepada guru dan sistem pendidikan negara. Ilmu perkembangan kanak-kanak bukan sahaja membantu guru untuk memahami pelajar dengan lebih baik tetapi turut memberikan implikasi kepada siste pendidikan negara di mana terdapat banyak program pendidikan negara yang mengaplikasikan teori-teori perkembangan kanak-kanak.

Kekangan pertama yang saya hadapi untuk menyiapkan kerja kursus ini adalah penjanaan idea. Pada mulanya, saya menganggap bahawa kerja kursus ini agak senang dan saya tidak berusaha untuk menyiapkannya terlebih dahulu namun apabila saya mula membuatnya saya mendapati saya mengalami kesukaran dalam menjana pemikiran yang kritis ketika mengaitkan teori dengan program. Saya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan kerja kursus ini sehinggakan saya hampir tidak cukup masa untuk menyiapkannya. Walau bagaimanapun, saya telah mampu menyiapkan kerja kursus ini apabila saya mula memahami teori dan program yang dipilih.

Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekurangan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Kesibukan dengan aktiviti lain seperti Bina Insan Guru, Pengalaman Berasaskan Sekolah dan cuti membuatkan saya hampir tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan ini. Namun, saya telah mampu menyiapkan kerja kursus ini dengan meluangkan masa yang lebih dalam proses pelaksanaannya.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan demikian, mengambil kesimpulan dan verifikasi merupakan tahap akhir dalam analisis data, pada tahap ini peneliti menganalisis data yang telah di peroleh dari

Berdasarkan Berit a Acara Hasil Pelelangan dan Penet apan Pem enang Pelelangan, bersam a ini Panit ia Pengadaan Barang/ Jasa Badan Kepegaw aian, Pendidikan dan Pelat ihan

Dari pembahasan diketahui bahwa metode interpolasi dapat digunakan untuk memprediksi fungsi dari suatu benda putar yang tidak beraturan. Volume yang dihasilkan

Tujuan penelitian ini : 1) menganalisis dan menguji kontribusi pola asuh orang tua terhadap hasil belajar matematika, 2) menganalisis dan menguji kontribusi lingkungan

Puji syukur kepada Tuhan, karena atas berkat dan rahmat- Nya, penulis dapat menyelesaikan Makalah Skripsi pada semester genap 2012/2013 ini, dengan judul “Pengaruh

Omar (198:63) menjelaskan bahawa “pertanyaan itu kadang-kadang hanya bertujuan mengesahkan apa yang sudah diketahui, kadang-kadang untuk mengesahkan apa yang sudah

Anak-anak mengabsorbsi timbal lebih banyak dari orang dewasa dan lebih rentan sehingga dapat terjadi efek keracunan pada kandungan timbal yang rendah dalam

[r]