• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESEPADUAN ILMU ASAS PENCAPAIAN PEMBANGU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KESEPADUAN ILMU ASAS PENCAPAIAN PEMBANGU"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

KESEPADUAN ILMU ASAS PENCAPAIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN1 Solahuddin Bin Abdul Hamid

solah@uum.edu.my

Abstrak

Selepas tiga tahun cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi melancarkan Pembangunan Modal Insan, persoalan dan pengupasannya sentiasa menarik perhatian masyarakat sama ada dalam bentuk penulisan, syarahan, bengkel atau forum. Kertas kerja ini akan cuba meneruskan kelangsungan fenomena tersebut dengan mengemukakan kesepaduan ilmu sebagai asas pencapaian pembangunan modal insan yang menyeluruh. Istilah ”bacalah” dalam ayat yang pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. adalah gambaran wasilah mendapatkan dan mengaplikasikan ilmu dalam Islam. Ini kerana, kesyumulan sistem hidup Islam yang agung tidak mampu direalisasikan oleh masyarakat berdasarkan sistem pendidikan Barat moden (sekular) pada hari ini yang mengemukan ilmu secara terpisah-pisah (departmentalised knowledge). Sebaliknya sistem pendidikan Islam perlu dilentur di atas landasan tasawwur dan epistemologi Islam, ertinya ia terbentuk dari dalam falsafah dan kerangka Islam sendiri berasaskan sumber-sumbernya yang mutlak. Konsep ilmu Islam yang bersifat bersepadu (integrated knowledge) bukan sahaja mampu melahirkan manusia yang berilmu malah melahirkan juga manusia yang mengingati tanda-tanda kebesaran dan kebijaksanaan Allah.

Pendahuluan

Sebagai khalifah Allah di muka bumi, manusia adalah makhluk dualistik yang memiliki tanggungjawab besar untuk mengimbangi kehidupannya supaya ia tidak terjerumus ke dalam asetisisme mutlak ataupun materialisme mutlak. Untuk itu, manusia memerlukan agama yang bersifat dualistik untuk menunaikan tanggungjawab tersebut2. Sebagai agama yang syumul, Islam telah mengemukakan pencapaian kesempurnaan manusia di dunia tanpa menafikan keperluan jasmani, tidak menjanjikan rangkaian kelahiran yang terus-menerus terhadap kemajuan yang lebih tinggi serta tidak bersetuju bahawa

1 Kertas kerja ini telah dibentangkan di Seminar Pembangunan Modal Insan (SEMAI 2009), pada 23-24

Mac 2009, anjuran Kolej Teknologi Darul Naim, Kelantan.

2 Ali Shariati (1981), Man andIslam. Fatollah Marjani (translated from the Persian), Houston, Texas: Free

(2)

kesempurnaan dan perlindungan hanya dapat dicapai melalui pemusnahan hubungan antara individu dan emosi dengan dunia3. Islam menjamin bahawa manusia dapat mencapai tahap kesempurnaan dalam kehidupannya dengan menguruskan segala kemungkinan yang ada4. Oleh itu, unsur fundamental yang berpautan dalam konsep pendidikan Islam adalah menanamkan adab. Adab dalam pengertian yang luas meliputi kehidupan spiritual dan material manusia untuk memperolehi kebaikan yang dicarinya5 sebagai hamba dan khalifah.

Asas Ilmu Pengetahuan Dalam Islam

Sejarah sumber ilmu menurut Islam adalah berdasarkan firman Allah SWT:

zNˉ=tæur

Dan Dia telah mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya; kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang golongan yang benar". Mereka menjawab: "Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Surah al-Baqarah (2): 31-32

Menurut Ibn Kathir, Allah SWT menegaskan dan mengingatkan bahawa Nabi Adam a.s. lebih mulia daripada malaikat berdasarkan ilmu yang baginda memiliki, tidak terdapat seorangpun yang mampu mengetahui sesuatu ilmu kecuali dengan izin serta berdasarkan

3

Doktrin-doktrin tersebut merupakan seruan monastisisme dalam agama Kristian, Hindu dan Buddha. Sebaliknya Islam lebih realistik dengan menggalakkan aktiviti ekonomi untuk kebajikan manusia sejagat tanpa mengabaikan keperluan akhirat, rujuk Surah al-Hadid (57):27.

4 Muhammad Asad (1982), Islam at the Crossroad, c. 14. (revised edition), Gibraltar:Dar al-Andalus, h.

19-21

5 Syed Muhammad Naquib al-Attas (1993), Islam and Secularism, Kuala Lumpur: International Institute of

(3)

apa yang telah diajarkan-Nya6. Allah juga membezakan manusia daripada binatang dan makhluk-makhluknya yang lain berdasarkan pemilikan ilmu pengetahuan7. Melalui idrak

iaitu sifat ingin tahu,8 manusia berkeupayaan menyedari dan berfikir terhadap sesuatu yang berlaku di sekeliling melalui pencaindera untuk membolehkan mereka mendapat nafkah hidup, bekerjasama mencapai suatu matlamat bersama saudaranya dan mempelajari tentang Pencipta yang disembah, serta wahyu-wahyu yang diterima oleh para rasul-Nya.

Kisah keintelektualan Nabi Adam tidak berakhir setakat itu sahaja, baginda telah mewariskan ilmu-ilmu tersebut kepada anaknya Shith bin Adam yang dikenali sebagai Uzia pertama di kalangan masyarakat Greek. Beliau dikatakan guru kepada Nabi Idris a.s. atau lebih dikenali di Greek sebagai Hermes. Hermes pula dianggap sebagai bapa keilmuan Greek. Nama sebenar nabi Idris menurut pencatat sejarah ialah Ukhnukh atau Hunukh. Syeikh Nasr Muhammad dalam karya beliau Bustan al-’Arifin menyatakan bahawa nama Idris dianugerahkan Allah kepadanya kerana baginda banyak mempelajari (yadrus) kitab Allah. Hasilnya, baginda merupakan orang yang pertama menulis mengunakan pen dan menjahit pakaian dari kapas9.

Begitu juga kisah kurniaan nikmat ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud a.s. dan Nabi Sulaiman a. s. oleh Allah10. Allah SWT telah mengajar Nabi Daud a.s membaca kitab suci Zabur dengan bacaan secara tartil serta kemahiran melembutkan besi bagi membentuk apa sahaja alat yang dikehendakinya. Manakala Nabi Sulaiman a.s. bukan

6

‘Imaduddin Abi al-Fida’ Ismail bin Kathir (t.t.) Tafsir al-Qur’an al-‘Azim. J. 1. Beirut: Dar Ihya’ al-Thuras al-‘Arabi, h. 115

7 Ibn Khaldun (t.t) Muqaddimah, Kaherah: Dar al-Sha’b, h. 390 8

Che Zarrina Sa’ari (2000), “Epistemologi Islam Menurut Ibn Khaldun”, Jurnal Usuluddin, 12, Dis 2000, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya, h. 81.

9

Mohd Radhi Ibrahim (2006), Akidah dan Pembangunan Tamadun. Negeri Sembilan: Penerbit Kolej Universiti Islam Malaysia, h. 110-111 dan SH Nasr (1992), An Introduction to Islamic Cosmological Doctrines, Boston, Shambala Publications, Inc. h. 113

10Surah al-Naml (27):15 ﻦﻴﻨﻣﺆﻤﻟﺍﻩﺩﺎﺒﻋﻦﻣﺮﻴﺜﻛﻰﻠﻋﺎﻨﻠﻀﻓﻯﺬﻟﺍ7ﺪﻤﺤﻟﺍﻝﺎﻗﻭۖﺎﻤﻠﻋﻥﺎﻤﻴﻠﺳﻭﺩﻭﺍﺩﺎﻨﻴﺗﺍءﺪﻘﻟﻭ Maksudnya,

(4)

sahaja meneruskan kesinambungan pemerintahan kerajaan ayahnya dengan cemerlang, malah dikurniakan oleh Allah kelebihan bertutur dengan haiwan. Sebagaimana yang sepatutnya mereka menisbahkan ilmu pengetahuan, hikmah kebijaksanaan serta kekuasaan mereka kepada pemilik sebenarnya iaitu Allah. Kisah ini bermula dengan isyarat firman Allah yang bermaksud “Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Daud dan Sulaiman” dan sebelum ayat ini berakhir diterangkan bagaimana kedua-dua mereka mensyukuri nikmat tersebut dan menyatakan nilainya yang amat besar.11.

Malah ayat pertama yang diturunkan kepada utusan terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. juga berkaitan dengan ilmu yang berpaksikan tauhid. Firman Allah:

ù&t ø%$#

bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah, Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

(surah al-’alaq (96): 1-5)

Istilah ‘bacalah’ adalah berkaitan langsung dengan cara mendapatkan ilmu iaitu merujuk kepada tulisan, buku dan sebagainya. Namun pencarian sebarang ilmu perlu berpaksikan atas nama ‘al-Khaliq’ yang menciptakan segala sesuatu baik yang sudah ketahui ataupun belum kita ketahui.

Konsep Ilmu Bersepadu

Demi mencapai pengislahan yang bakal menjamin kebahagiaan duniawi dan ukhrawi, dasar dan rancangan pengislahan negara mestilah sentiasa banyak melabur dalam bidang pendidikan insan agar mereka menjadi beradab serta mampu berperanan lagi berjaya

(5)

dalam masyarakat moden12. Apabila kita berbicara tentang ilmu, tidak dapat tidak kita perlu berbicara tentang tujuan hidup kerana ilmu adalah untuk memelihara kehidupan manusia. Oleh kerana kehidupan manusia sentiasa dikaitkan dengan elemen tauhid, maka ilmu juga mestilah berpaksikan tauhid. Islam menekankan konsep kesepaduan ilmu (integrated knowledge), menuntut penganutnya berfikir secara objektif dan membuat kajian secara saintifik sebagai satu cara untuk mengenal Allah SWT sebagai pencipta seluruh alam. Rahsia-rahsia yang terdapat dalam alam ini selain untuk manfaat untuk kepentingan manusia, ia juga memberi tanda-tanda kebesaran dan kebijaksanaan Allah. Secara akademiknya pembahagian ilmu kepada fardhu ’ain dan fardhu kifayah adalah selari dengan tugas dualistik manusia. Ilmu-ilmu fardhu ain seperti akidah, syariah, akhlak dan sebagainya adalah asas untuk melahirkan seorang hamba yang taat dan baik kepada Allah manakala ilmu-ilmu fardhu kifayah seperti sains, matematik, perubatan, kejuruteraan dan sebagainya adalah bagi melengkapkan diri untuk memimpin dan memakmurkan bumi Allah. Melalui sistem pendidikan yang bersepadu, kajian-kajian ilmu fardhu kifayah yang dilakukan boleh menerapkan sifat melihat dengan mata hati, berfikir secara mendalam dan kritis untuk melahirkan manusia yang beriman. Oleh itu, ulama yang betul-betul alim dalam Islam juga merupakan seorang yang takut kepada Allah13.

Tuntutan Menuntut Ilmu Dalam Islam

Islam bukanlah agama untuk orang yang jahil, kita harus sentiasa menyegarkan pengetahuan kita tentang Islam dan tasawwur Islam tentang dunia disamping berwaspada terhadap tafsiran-tafsiran palsu, sentiasa meningkatkan taraf pengetahuan tentang Islam dan tasawwur Islam yang betul sehingga apa sahaja ilmu yang kita perolehi sentiasa terletak pada keseimbangan yang tepat dengan pengetahuan tentang Islam dan tasawwur

12 Wan Mohd Nor Wan Daud (2005), Pembangunan di Malaysia, ke Arah Satu Keahaman Baru Yang

Lebih Sempurna. Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, h. 91.

13 Surah al-Fatir (35):28 ﺍﺆﻤﻠﻌﻟﺍﻩﺩﺎﺒﻋﻦﻣﺸﺨﻳﺎ ﻤﻧٍﺍ Maksudnya, “sebenarnya yang menaruh bimbang dan

(6)

Islam tentang ilmu tersebut, untuk memelihara suatu tatatertib pengetahuan yang benar dalam diri kita14. Justeru, perintah menuntut ilmu pada dasarnya berkaitan dengan peranan manusia di muka bumi kerana setiap usaha seseorang yang disertakan dengan ilmu akan menggabungkan antara dua kebaikan15 iaitu di dunia dan di akhirat.

Hakikatnya, semakin bertambah banyak ilmu pengetahuan, semakin banyak kemusykilan dan kejahilan manusia, dan setiap bab baru yang dicapai ilmu pengetahuan tentang keajaiban alam raya terus bertambah membuka ruangan yang lebih luas untuk berbagai-bagai macam pertanyaan yang bertambah rumit dan susah untuk dijawab. Kenyataan ini membawa akal fikiran manusia untuk mengakui bahawa disebalik setiap alam yang dapat diterokai akan diketahui oleh manusia terdapat alam-alam rahsia dan ghaib yang tidak dapat di sentuh oleh manusia. Firman Allah:

!

$tBur OçF Ï?ré&

z`ÏiB ÉOù=Ïèø9$# wÎ)

Wx Î=s% ÇÑÎÈ

dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". surah al-Isra’ (17) : 85:

Keterbatasan keupayaan akal dan kebebasan manusia untuk menggunakannya menyebabkan ia perlu diberi panduan, tunjuk ajar dan bimbingan supaya akal dapat berfungsi dengan baik sejajar dengan tujuan asal ia diciptakan oleh Allah bagi memudahkan manusia menguruskan urusan agama dan keduniaannya berasaskan asas utama pemikiran epistemologi Islam yang terkandung dalam al-Qur’an dan al-hadith serta dijelaskan secara praktikal oleh para sahabat dan al-salaf al-salih16.

Al-Qur’an sebagai mukjizat agama yang terakhir tetap mempunyai kesanggupan untuk memenuhi keinginan dan keperluan hidup manusia dengan sempurna untuk membawa

14

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1993), op. cit., h. 109-110.

15 Mustafa al-Shak’ah (1991), al-Aimmah al-Arba’ah, c.3. Kaherah: Dar al-Kitab al-Misri, h. 99.

16 Mohd Fauzi Hamat (2002), ”Pembangunan Minda Ummah Berasaskan Asas Utama Pemikiran

(7)

mereka ke alam yang lebih baik dan kepada nasib kesudahan hidup yang amat tinggi. Generasi-generasi yang akan datang akan menemui rahsia-rahsia pengajaran yang lebih banyak dari apa yang didapati oleh generasi sekarang kerana al-Qur’an memberi manfaat kepada setiap generasi yang mencari rahsia-rahsianya mengikut kadar keperluan mereka. Simpanan perbendaraan rahsia al-Qur’an akan kekal tidak habis-habis, malah ia sentiasa membaharu mengikut keperluan semasa17. Justeru, manusia bebas bertingkahlaku dan membuat pilihan berdasarkan ilmu, daya taakulan, iman atau idealisme yang diyakininya dengan dibantu pertimbangan emosi dan motivasi selagi ia tidak terkeluar daripada lingkungan nilai-nilai qati yang ditetapkan oleh Allah. Pematuhan dalam seluruh dimensi kehidupan berdasarkan ketetapan Khaliq adalah wajib kerana keupayaan akal dan anggota pancaindera sebagai sumber ilmu adalah terbatas. Oleh itu, ilmu wahyu berfungsi sebagai ilmu utama dan ilmu penentu kepada ilmu akal dan pemikiran manusia yang sentiasa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran semasa dan tempat

Tasawwur Islam Terhadap Pembentukan Modal Insan

Pandangan dunia atau worldview pada umumnya ialah persepsi, perspektif, tanggapan, tasawwur atau sikap mental (mental atitude) terhadap segala sesuatu. Persepsi sesuatu bangsa terhadap segala sesuatu atau alam semesta biasanya dicirikan oleh agama atau budaya yang dianuti18. Worldview adalah bahagian terpenting daripada ajaran Islam. Ia menentukan bagaimana seorang Muslim itu melihat, mendekati dan berinteraksi dengan segala sesuatu dalam kehidupannya. Apabila seseorang itu bertukar agama, maka perubahan paling mendasar yang dialaminya ialah perubahan worldview19.

Tasawwur Islam20 dipancarkan melalui dua sumber utama yang tidak dapat dipisahkan iaitu al-Qur’an dan hadith. Dari sudut ontologi, yakni martabat kewujudan kedua-dua

17

Sayyid Qutb, op. cit., j. 5, h. 2585

18 Siddiq Fadzil et al. (2005), Pengurusan Dalam Islam, Menghayati Prinsip dan Nilai Qurani, c. 1. Kuala

Lumpur: Akademi Pengurusan YPEIM Sdn. Bhd, h. 73.

19Ibid, h. 75. 20

(8)

hakikat ini adalah terpisah, tetapi dari sudut ilmu pengetahuan, kedua-duanya tidak dipisahkan. Keyakinan kita akan kewujudan kedua-duanya bergantung kepada keyakinan mendalam kepada sejenis laporan insani yang tunggal, daripada khabar sadiq khususnya daripada tradisi mutawatir21

.

Kualiti modal insan bergantung kepada kekuatan ilmu dan kecanggihan ketrampilan yang dimiliki oleh seseorang. Sebagai agama yang syumul, Islam telah menawarkan konsep pembangunan secara bersepadu dan komprehensif kerana pendekatannya menepati fitrah manusia22. Ini kerana, inti kemajuan Islam ialah kekuatan akidah dan akhlak, ilmu dan adab membentuk watak ilmuan dan karyawan, pemimpin dan masyarakat yang peka terhadap faktor duniawi dan ukhrawi, prihatin terhadap pengurusan sumber rahman dan nikmat dari Allah, melakukan dakwah untuk mengajak manusia kembali kepada fitrah dan memdidik mereka membenci kepada kemungkaran, kefasadan dan kezaliman23.

Namun, pengenalan kebanyakan kaedah yang dikatakan Islam tidak mengambilkira akar umbi dan kerangka kaedah tersebut seperti tawassur dan epistemologinya. Kesannya ia dilaksanakan dalam kerangka teori pembangunan biasa dengan akarnya masih bertunjang

daripada sekadar memelayukan istilah Inggeris iaitu Islamic World View, di mana istilah ini juga adalah padanan dan terjemahan daripada perkataan Jerman Islamic Welstanschauung. Semuanya kurang menepati kehendak sebenar dari istilah asal. Tasawwur Islam sebenarnya amat terkait dengan persoalan realiti dan haqiqah yakni kebenaran dalam erti yang setulen dan seluasnya. Realiti dalam konteks worldview Islam adalah lebih luas dari cakupan istilah waqi’iyyah yang terbatas hanya pada fenomena peristiwa-peristiwa faktual, tidak meliputi segala yang terkandung dalam istilah haqiqah itu. Tasawwur Islam merentas alam fizikal, meliputi alam-alam dunia dan akhirat. Islam menolak secara keseluruhannya apa sahaja penerapan elemen konsep sekular kerana semuanya bertentangan,kebanyakan mereka kalau tidak semua tidak pernah mempraktikkan kehidupan beragama Kerana itu, elok dikekalkan istilah asal iaitu tasawwur Islam. Kamaruddin Haji Salleh (1997), ”Tasawwur Islam: Salah Faham dan Kekaburan Barat”, al-Maw’izah, 5, Jun 1997, h. 61-62, Haron Din (1992), Tasawwur Islam. Shah Alam: HIZBI, h. 2 dan Siddiq Fadzil et al. (2005), op. cit., h. 73-75.

21Wan Mohd Nor Wan Daud (2007), Masyarakat Islam Hadhari, Satu Tinjauan Epistemologi dan

Kependidikan ke Arah Penyatuan Pemikiran Bangsa, c. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 116,

22Surah al-Rum (30): 30 , ۚﷲﻖ ﻠﺨﻟﻞﻳﺪﺒ ﺗﻻۚ ﺎﻬﻴﻠﻋﺎﻨﻟﺍﺮﻄﻓﻰﺘﻟﺍﺮﻄﻓ ۚ ﺎﻔ ﻴﻨﺣ ﻦﻳﺪﻠﻟﻚﻬﺟﻭﻢﻗﺄ ﻓ Maksudnya “Maka

hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, Iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu”.

(9)

kuat kepada falsafah, tasawwur dan epistemologi lazim. Apa yang Islamnya hanyalah justifikasi-justifikasi yang berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadis untuk mengesahkan bahawa ia tidak bertentangan dengan Islam. Kaedah berteraskan Islam perlu dilentur di atas landasan tasawwur dan epistemologi Islam, ertinya ia terbentuk dari dalam falsafah dan kerangka Islam sendiri. Berasaskan syariah dan melaluinya tasawwur, matlamat dan strategi Islam disandarkan. Maqasid al-Shariah tidak mengutamakan konsep kebendaan seumpama sistem sekular pada hari ini sebaliknya menekankan konsep kesejahteraan hidup manusia (al-falah), kehidupan yang baik (hayat tayyibah), mementingkan persaudaraan dan keadilan sosial-ekonomi serta memerlukan kepuasan yang seimbang dalam dimensi kebendaan dan kerohanian. Justeru rangka kerjanya mencakupi skala waktu yang panjang, waktu kehidupan di dunia dan di akhirat agar pada kedua-dua waktu itu manusia mencapai kebahagiaan24. Firman Allah:

`tB

Sesiapa Yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.Merekalah orang-orang Yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa Yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.

Surah Hud (11):15-16.

Habuan dunia adalah sesuatu yang perlu kerana insan tidak boleh sampai ke akhirat, melainkan melalui dunia. Jika dunia ini tidak dikuasai dengan sebaik-baiknya, tidak diuruskan serta ditadbirkan menurut seperti yang Allah kehendaki, maka bagaimana habuan akhirat boleh didapati. Tasawwur Islam memandu manusia supaya mengikut landasan serta arah yang betul. Seluruh dimensi kehidupan manusia menjadi fokus di

24

(10)

mana unsur pembangunan moral dan sosioekonomi masyarakat adalah bersepadu dan tidak boleh dipisahkan25.

Oleh kerana tasawwur Islam adalah bersifat ilmiah, pembentukan pembangunan modal insan yang berteraskan tauhid, syariah dan akhlak Islam juga perlu difaham dan diamalkan berdasarkan ilmu yang ditafsirkan dengan sepatutnya. Kerja keras sahaja belum mencukupi jika kemampuan akal tidak dieksploitasi untuk bekerja lebih efisien dan berkesan, malah berkemungkinan mereka kekal dalam kesusahan hidup26. Kenyataan ini jelas apabila keterangan-keterangan mengenai hakikat pengetahuan dalam Islam jauh lebih banyak daripada dalam agama, budaya, peradaban. Tidak diragukan lagi hal ini disebabkan oleh kedudukan utama dan peranan tinggi yang diberikan oleh Allah SWT kepada ilmu dalam kitab suci al-Qur’an27.

Pengulangan terminologi ”rizq’ dan pecahannya lebih dari seratus dua puluh kali di dalam al-Qur’an dengan hampir keseluruhannya menyandarkan kepada Allah sebagai ”al-Razzaq28 menunjukkan bahawa manusia perlu sentiasa mengambil iktibar bahawa perkara yang menjadi asas dalam kehidupan mereka mempunyai pertalian yang rapat dengan Pencipta alam ini. Justeru, tuntutan menuntut ilmu bukan sekadar mekanisme menguasai komoditi sosioekonomi malah memenuhi keperluan spiritual dan meraih kebahagiaan serta memastikan mereka sentiasa berjaga-jaga terhadap perkara-perkara yang akan melanggar sempadan syariah29.

25 Haron Din (1992), op. cit., h. 64-66 dan Khurshid Ahmad (1981), “Economic Development in an Islamic

Framework”, dalam Khurshid Ahmad (eds.) Studies in Islamic Economics, Leicester: The Islamic Foundation, h. 178.

26 Nik Mohamed Affandi Bin Nik Yusoff (2001), Islam and Wealth, The Balanced Approach to Wealth

Creation, Accumulation and Distribution. Subang Jaya: Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd, h. 26, Mohd Kamal Hasan (2001), “Worldview Orientation and Ethics: A Muslim Perspective”, dalam Khaliq Ahmad et al. (eds.) Ethics in Business and Management, Islamic and Mainstream Approach. London: ASEAN Academic Press, h. 64-65.

27 Syed Muhammad Naquib al-Attas (1993), op. cit., h, 143.

28 Muhammad Fuad ’Abd al-Baqi (t.t.), al-Mu’jam al-Mufahras li al-Fazi al-Quran al-Karim, Indonesia:

Maktabah Dahlan, h. 394-397. Antaranya sila rujuk Surah Al-Nahl : 81, Al-Hud : 6, Al-’Ankabut : 60, Al-Mulk : 15, Taha : 53-54, Al-A’raf : 10.

(11)

Huraian-huraian di atas menjelaskan bahawa konsep ilmu dalam Islam adalah bersepadu (integrated knowledge). Justeru seluruh perintah, arahan, undang-undang dan peraturannya adalah beroperasi secara bersepadu30 dalam sesuatu masa31. Oleh kerana asas bekerja dalam Islam ialah untuk mendapatkan kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat, maka pemisahan ilmu ekonomi daripada agama adalah tidak mungkin, sama halnya ketidakmungkinan memisahkan manusia daripada rohnya. Ini kerana ilmu ekonomi adalah sebahagian daripada keseluruhan ilmu agama. Budaya kerja Islam sepatutnya dapat dizahir melalui tanggungjawab, hubungan kemanusiaan, motivasi, keselamatan, disiplin dan ilmu secara bersepadu bersepadu dan menyeluruh32. Malangnya ramai telah terlupa terhadap ilmu fardhu ain kerana terlalu terkejar-kejarkan ilmu fardhu kifayah sehingga terperangkap dengan intelektual Barat yang mementingkan ilmu daruri semata-mata dan menafikan kewujudan ilmu nazari kerana dianggap tidak saintifik, tidak objektif dan mitos yang mengkhayalkan.

Realitinya, kehidupan kaum Muslimin sekarang kelihatan sangat ketinggalan dari kemungkinan-kemungkinan ideal yang dikemukakan oleh agama Islam. Faktor utama kemunduran sosial dan budaya kaum muslimin hari ini adalah akibat sikap mereka yang beransur-ansur meninggalkan ajaran agama dan bergantung sepenuhnya kepada falsafah, konsep dan model pembangunan Barat. Islam masih ada pada mereka, tetapi hanya tinggal jasad tanpa jiwanya33. Sekular Barat mempunyai kekurangan yang besar kerana menafikan adanya Allah SWT. Oleh itu, Barat sekular tidak berpegang kepada sebarang

30 Kesepaduan ilmu dalam Islam menyatukan pelbagai aspek kehidupan manusia. Falsafahnya

bertunjangkan konsep ilmu dan amal, intipatinya penggabungan dan kesepaduan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah dan ilmu daruri dan ilmu nazari, manakala kaedahnya ialah penyaluran ilmu dari hati kepada hati dan kemudiannya hatilah yang mendidik akal. Semua ini akan menbuahkan naijah yang juga sepadu, yakni kesepaduan antara kebahagiaan akhirat dan kebahagiaan dunia. Perlaksanaan pendidikan sepadu Islam begini tidaklah mudah dalam struktur sosioekonomi politik semasa kecuali dimulakan atas satu tapak dan ruang yang baru yang sejak awalnya sudah berteraskan kepada falsafah, intipati dan kaedah yang disebutkan. Lihat, Muhammad Syukri Saleh (2001), op. cit., h, 34.

31 Sayyid Qutb (1992), op. cit., j. 1, h. 317. 32 Mohd Kamal Hasan (2001), op. cit, h.60-65. 33

(12)

nilai mutlak, malah semua nilai dianggap nisbi (relatif). Agama dianggap sebagai sebagai budaya yang dicipta oleh manusia.

Abu Ali Hassan al-Nadwi menggariskan beberapa kelemahan yang dianggap sebagai bahaya yang dihadapi oleh umat Islam dalam menghadapi cabaran, antaranya kehilangan kesedaran diri, terpedaya dengan bentuk propaganda asing, tunduk kepada kekuasaan, mudah dianayai, tidak pandai mempelajari daripada peristiwa yang berlaku dan tidak belajar daripada peristiwa-peristiwa pahit34. Kemuncaknya, umat Islam tidak mampu mengurus pemerintahan, ekonomi dan masyarakat mereka mengikut acuan agama dan budaya sendiri.

Agama Sebagai Asas Pembangunan.

Ketika ini agama tidak lagi dilihat sebagai faktor penghambat, sebaliknya sebagai pemacu kemajuan. Nilai-nilai agama sebagai kekuatan moral dan spiritual memang telah terbukti memainkan peranan besar dalam memberikan landasan moral dan etika, disamping sebagai motivasi membangun tamadun sesuatu bangsa. Antara yang paling terkenal ialah teori Max Weber (1930)35 tentang Protestant Ethics yang merumuskan bahawa semangat keusahawanan dan pembangunan kapitalisme Barat berpunca daripada etika Protestan, beliau mengandaikan Protestantisme itu sendiri mencipta motivasi keagamaan36 dan mencari keselamatan terutama melalui keterlibatan dalam pekerjaan

34 Abul Hasan an-Nadawy.1986. Apa Derita Dunia Bila Islam Mundur. Johor Bharu: Thinkers Library Sdn.

Bhd, h. 284.

35 Mark Weber (2001), The Protestant Ethics and The Spirit of Capitalism, First Published in Routledge,

New York: Routledge. h. 18-20. Bagaimanapun McClelland (1987), berpendapat dalam teori Weber, bukan Protestant yang membentuk kapitalis tetapi usahawan dan pekerja lebih bertenaga dan berkeusahawanan daripada Roman Katholiks. Dia merasakan bahawa etika Protestant menaikkan dorongan mereka untuk membuktikan bahawa melalui usaha sendiri mereka bukan dilaknat tetapi antara yang terpilih. Dengan memecahkan penguasaan gereja, mereka menjadi lebih bebas, bertanggungjawab terhadap usaha sendiri serta kurang bergantung kepada majlis gereja untuk untuk memohon ampun. Lihat David C. McClelland (1987), Human Motivation, c. 1, New York : Cambridge University Press, h. 255.

36 Terdapat juga buku-buku yang secara langsung merujuk sumber-sumber agama, terutama kitab suci

(13)

duniawi seseorang. Sebagaimana sarjana Barat lain, Weber lebih cenderung mengutarakan beberapa kebaikan khusus tradisi intelektual Barat dengan membezakan peradaban mereka berbanding manusia lain keseluruhannya37.

Kebangkitan kuasa-kuasa ekonomi di sebelah Timur, terutama Jepun turut menarik minat para sarjana untuk mengaitkannya dengan elemen keagamaan dan kekuatan-kuatan spiritual. Antaranya, Robert N. Bellah (1957), melalui bukunya “Tokugawa Religion”

telah mengandaikan kemajuan Jepun dipengaruhi etika Zen Buddhisme yang dipengaruhi oleh Buddhisme, Shintoisme dan Konfusianisme, Winston Davis (1992), ”Japanese Religion and Society, Paradigms of Structure and Change” mengaitkan hubungan antara masyarakat, agama dengan proses pembangunan di Jepun dan negara Asia Timur lain, serta Yamamoto Shichihei, ”The Spirit of Japanese Capitalism” yang telah mengemukakan Zen Buddhisme sebagai faktor penting kebangkitan Jepun38. Sementara itu Ezra S. Vogel (1991),’The Four Little Dragons: The Spread of Industrialization in East Asia’ telah mengemukakan Konfusianisme sebagai tunjang kepada kepesatan industri di Jepun yang kemudiannya diikuti oleh Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura39. Cubaan untuk mengaitkan etika dan tanggungjawab Konfusianisme dengan perniagaan juga telah dibincangkan secara meluas di Singapura, contohnya pada

Leading Today, San Francisco: Berrett-Koehler, dan Larry S. Julian (2002), God is My CEO: Following God’s Principles in a Bottom-line World, Avon, Mass: Adams Media.

37 Chan Kwok Bun et al. (2007), Mengorak Langkah: Melahirkan Usahawan Cina, Kuala Lumpur: Institut

Terjemahan Negara Malaysia Berhad, h. Ix.

38

Lihat, Robert N. Bellah(1957), Tokugawa Religion, The Values of Pre-Industrial Japan. Illiniois: The Free Press, h. 107-110, Winston Davis (1992) ”Japanese Religion and Society, Paradigms of Structure and Change”, Albany: State University of New York Pressh. 146-148, Yamamoto Shichihei (1992), The Spirit of Japanese Capitalism, Lanham Md: Madison Books. Hujah penulis-penulis tersebut menunjukkan seolah-olah tiada agama yang signifikan dengan pembangunan Jepun. Masyarakat Jepun telah meningkatkan kehidupan spiritual mereka dengan pelbagai agama, kombinasi ketiga-tiga agama ini telah menyumbang kepada pembentukan budaya dan pembangunan ekonomi Jepun. Lihat, Michio Morishima (1994), Why Has Japan Succeeded? Western Technology and the Japanese Ethos, c. 8, Australia: Cambridge University Press, h. 19.

39 Ezra F. Vogel (1991), The Four Little Dragons: The Spread of Industrialization in East Asia, h. London:

(14)

International Conference on Southeast Asia Chinese: Culture, Economy and Society pada Januari 199440.

Dalam perspektif Islam, konsep al-din sendiri adalah gambaran idea sebuah kerajaan, suatu kosmopolitan yang menjadikan perniagaan dan perdagangan sebagai kegiatan utama mereka. Dalam aktiviti yang mempunyai pelbagai implikasi ini, manusia adalah subjek dan objek yang mempertaruhkan modalnya sendiri, manakala kerugian dan keuntungan bergantung kepada tanggungjawab dan perlaksanaan kebebasannya41. Kemungkinan mewujudkan tabiat manusia yang besesuaian dengan keperluan-keperluan pembangunan ekonomi adalah lebih besar di dalam Islam berbanding dengan Barat kerana Islam mengakui wujudnya keperluan hidup yang bersifat metafizikal dan fizikal, mengutamakan kepentingan umum melebihi kepentingan peribadi boleh membawa keselamatan dan ketenangan kepada individu dan keutuhan negara serta pengisian nilai-nilai moral melalui elemen kesepaduan dalam proses pertumbuhan42. Namun, apabila konsep agama sebagai al-din dilihat berdasarkan pandangan dunia Barat, ia hanya berkaitan dalam aspek kerohanian dan amalan orang Islam selaku individu sahaja. Peranannya dalam aspek kehidupan harian pada peringkat masyarakat, ummah dan tamadun manusia semakin pudar dan lemah43. Oleh itu, Islam menolak secara keseluruhannya apa sahaja penerapan elemen sekular kerana kalau tidak semua, kebanyakan mereka tidak pernah mempraktikkan kehidupan beragama44.

Justeru, pembangunan ekonomi dalam dalam rangka kerja Islam menjadikan kehidupan dan usaha insan mempunyai tujuan dan berorientasikan nilai yang berpaksikan kepada

40 Judith Nagata (2000), “Religious Correctness and the Place of Islam in Malaysia's Economic Policies”

dalam Timothy Brook et al. (eds.) Culture and Economy The Shaping of Capitalism in Eastern Asia. c. 4. United States of America: The University of Michigan Press, h. 98-99.

41

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1993), op. cit., h. 66.

42 Muhammad Abdul Manan (1980), Islamic Economics: Theory and Practice (A comparative Study),

Delhi: Idarah-I Adabiyat-I Delli, h. 341-343.

43 Syed Abdul Hamid al-Junaid (1999), “Pengurusan Islam dan Cabaran: Etika Perniagaan dan

kepimpinan”, dalam Abd Jalil Borham (eds.) Sains Muamalah Islam di Malaysia. Skudai: Penerbit UTM, h.71- 72

(15)

Qur’an dan al-hadith sebagai sumber ilmu. Malangnya konsep pembangunan yang semakin berakar dalam masyarakat hari ini kelihatan tidak bersepadu, mengutamakan kebendaan dan bersifat anti-intelektual. Masyarakat Islam juga lebih mudah terpengaruh kepada pelbagai teori dan model dari luar Islam sama ada daripada barat atau Timur dalam mengatur kehidupan mereka di dunia

Kesimpulan

Mengamalkan sebahagian daripada sistem Islam tetapi meninggalkan sebahagian yang lain merupakan satu sikap yang terkeluar daripada karekter agama Islam yang tidak membenarkan berlakunya sebarang pembahagian dalam ajarannya45. Oleh itu, Islam hanya mengikhtiraf dua kelompok masyarakat sahaja iaitu masyarakat Islam dan masyarakat jahiliah. Masyarakat Islam ialah masyarakat yang di dalamnya dilaksanakan Islam, akidah, ibadat, undang-undang dan moral berteraskan cara hidup Islam. Manakala masyarakat jahililah bukanlah suatu zaman yang telah berlalu di dalam sejarah manusia, malah jahiliyah adalah suatu cara hidup, di mana manusia memperhambakan manusia, segala sistem hidup diperolehi daripada manusia yang sama seperti mereka sama ada kefahaman-kefahaman, dasar-dasar, neraca-neraca ukuran, nilai-nilai, peraturan-peraturan, undang-undang, kedudukan-kedudukan dan tradisi-tradisi. Pendekatan Islam juga jelas menolak perbuatan suka meniru-niru. Meskipun meminjam beberapa budaya asing yang baik merupakan gejala yang sihat, namun pergantungan secara mutlak terhadap budaya asing merupakan tanda kehancuran sesuatu bangsa. Model pembangunan kapitalis dan sosialis Barat tidak sesuai dengan sistem nilai Islam kerana ia bersifat eksploitif, tidak adil serta gagal untuk melayan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi.

45 Yusuf al-Qaradawi (2003), Mushkilah al-Faqr wa Kaifa ’Alijaha al-Islam, c. 7. Kaherah: Maktabah

Referensi

Dokumen terkait

Tegasnya, Syaykh Abd Aziz bin Abd Salam telah memberi suatu sumbangan yang besar terhadap metodologi pentafsiran kepada pengajian tafsir di Malaysia.. Sumbangan

PPKA Bodogol atau yang dikenal dengan Pusat Pendidikan Konservasi Alam Bodogol adalah sebuah lembaga konservasi alam di daerah Lido Sukabumi dan masih merupakan bagian dari

Dengan terbentuknya Kabupaten Pegunungan Arfak sebagai daerah otonom, Pemerintah Provinsi Papua Barat berkewajiban membantu dan memfasilitasi terbentuknya kelembagaan Dewan

Yang dimaksud “pengembangan LAPS Sektor Jasa Keuangan” antara lain pengembangan organisasi dan sumber daya manusia, pengembangan dan/atau perubahan jaringan kantor,

Periodisasi yang diusulkan oleh Darusuprapta (1986: 10-11) adalah berdasarkan sejarah sastranya yang mencerminkan unsur-unsur yang terdapat dalam karya sastra itu sendiri,

transparan dan bertanggungjawab dengan memperhatikan keadilan, kepatutan dan manfaat untuk masyarakat, maka semua penerimaan dan pengeluaran keuangan desa dalam

D jika dalam R U U mula-m ula hanja ada dua masalah (kem ungkinan), jaitu m enjatakan berbagai Penpres dan Perpres sebagai Undang-undang dan Undang-undang