• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERMASALAHAN DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERMASALAHAN DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

PERMASALAHAN DI KALANGAN PELAJAR PROGRAM FESYEN

DAN PAKAIAN SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN (PnP) DAN PENILAIAN AKHIR AMALI BAGI

MODUL PENGHASILAN PAKAIAN

Mohd Hafiz Bin Sabran, Noraini Binti Mohamad Nor & Salina Binti Abdul Manan

firzhafizsabrand@yahoo.com

Kolej Komuniti Batu Gajah, Perak.

ABSTRAK

Dalam pendidikan teknikal dan vokasional, penguasaan teori dan amali adalah sangat penting dalam melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berketrampilan. Terdapat dua (2) jenis penilaian yang dijalankan iaitu Penilaian Berterusan (PB) yang mewakili 70% dan Penilaian Akhir (PA) sebanyak 30% . Kedua-dua bentuk penilaian ini menilai aspek teori dan amali.Kajian ini bertujuan untuk mengkaji permasalahan yang timbul semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) dan penilaian akhir amali modul Pembuatan Pakaian di kalangan pelajar Program Fesyen Dan Pakaian( FP. Dalam kajian ini, seramai 45 pelajar Fesyen dan Pakaian telah terlibat sebagai sampel kajian. Kajian ini berbentuk tinjauan dan menggunakan pendekatan kuantitatif. Hasil dari analisis data yang telah dibuat didapati masalah yang paling dominan ialah dari segi penyimpanan dan susan atur hasil pola dan juga pakaian yang telah dihasilkan.

Katakunci: Program Fesyen dan Pakaian, Penilaian Akhir Amali, Pengajaran dan Pembelajaran (PnP), Pelajar, Modul Penghasilan pakaian.

1.1 LATAR BELAKANG

Program Fesyen dan Pakaian merupakan satu kursus kemahiran yang berkaitan dengan kreativiti dan teknik pembuatan pakaian, mereka pelbagai fesyen dan pakaian, pemahaman tekstil dan keusahawanan dalam industri fesyen dan pakaian. Menurut Colin McDowell (2000) fesyen didefinasikan sebagai sesuatu yang berkembang pantas dan mengikut keadaan sosial, politik dan budaya sesebuah tempat. Program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pembelajaran ilustrasi fesyen, pola asas pakaian dan penyesuaian pakaian, sampel proses jahitan, senireka fesyen, hiasan pakaian, teknologi pembuatan pakaian dan kajian fabrik. Para pelajar

akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai cara-cara pengumpulan data, penggunaan alat dan bahan seni reka serta

(2)

juga akan didedahkan dengan kemahiran membuat pola pakaian, potong fabrik dan menjahit pakaian dengan menggunakan teknik dan kaedah yang betul.

Program ini juga akan mendedahkan kepada pelajar mengenai daya intelektual dan artistik (seni) yang menentukan rekaan fesyen dan pakaian di pasaran tempatan dan antarabangsa. Dengan pembelajaran dalam bidang fesyen ini, lulusan juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau membuka perniagaan sendiri sebagai pereka fesyen, tukang jahit mahupun usahawan butik pakaian. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi akan diaplikasi untuk menghasilkan hiasan pada pakaian dengan lebih kreatif dan dapat menyumbangkan nilai daya saing dalam dunia fesyen.

Kemahiran pula merupakan pengetahuan yang diperoleh pelajar dan diaplikasikan melalui aktiviti-aktiviti hands-on yang seterusnya mencetuskan pemikiran secara minds-on (Ibrahim et al. 2006). Latihan amali adalah sebagai pengubahsuaian yang formal dan sistematik terhadap tingkah laku melalui pembelajaran, yang berlaku disebabkan oleh pendidikan, arahan, pembangunan dan pengalaman terancang (Armstrong, 2003). Dalam konteks ini, amali merujuk kepada kemahiran teknikal pelajar dalam kursus jahitan berdasarkan teori yang telah dipelajari, yang diaplikasikan sama ada di dalam kelas amali mahupun dalam kehidupan seharian.

1.2 MODUL PENGAJIAN

Modul pengajian merujuk peada silibus yang digunapakai oleh sesuah institusi bagi

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran ditempat mereka. Kolej Komuniti juga

memunyai silibus tersendiri khususnya bagi Program Fesyen dan Pakaian (SFP). Program

ini diwujudkan dengan empat penggal atau semester bagi setiap pengajian modul. Bagi

kajian yabg tekah dijalankan ini, silibus yang dirujuka adalah daripada semakan bulan

Februari tahun 2014. Program ini telah mendapat akrediasi daripada Malaysian

Qualifications Agency (MQA) dengan kod silibus SFP 542.

Sijil Fesyen Dan Pakaian merupakan satu program yang memfokuskan kepada

kemahiran penghasilan pakaian seperti teknik pembuatan pola, jahitan dan rekaan pakaian.

Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran menghasilkan baju kurung tradisional, pakaian

(3)

– hiasan pada pakaian yang telah dijahit seperti jahitan asas sulaman benang, sulaman manik dan labuci.

Oleh itu, satu modul pengajaran telah disediakan bagi memastikan kemahiran yang

dipelajari mengikut standart yang telah ditetapkan. Merujuk kepada dokumen SFP 542

(2014) seperti rajah berikut, terdapat empat modul iaitu modul 1 bagi asas fesyen, modul 2

bagi pembuatan pakaian 1, modul 3 bagi pembuatan pakaian 2 dan modul 4 bagi

pembuatan pakaian 3. Selain itu, setiap modul dipecahkan kepada tiga (3) arena

pembelajaran (LA). Berdasarkan kepada kurikulum ini, dapat dirumuskan bahawa pelajar

akan menggunakan

Modul Arena Pembelajaran

(Learning Area LA)

1 – Asas Fesyen a) Pembuatan Sampel

b) Pola Asas Pakaian c) Illustrasi Fesyen 2 – Pembuatan Pakaian 1 a) Sulaman Tangan

b) Pakaian Tradisional Wanita 1 c) Pakaian Kontemporari Wanita 1 3 – Pembuatan Pakaian 2 a) Senireka Fesyen

b) Pakaian Tradisional Wanita 2 c) Pakaian Kontemporari Wanita 2 4 – Pembuatan Pakaian 3 a) Sulaman Mesin

b) Pakaian Lelaki

c) Pakaian Kontemporari Wanita 3

Sumber: Kurikulum SFP 542 (2014)

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan atas keprihatinan pengkaji terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar terutama di Kolej Komuniti Batu Gajah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan peperiksaan akhir amali terutama bagi modul Pola Pakaian dan juga penghasilan Pakaian Tradisional dan kontemporari. Oleh yang demikian, pengkaji berminat untuk mengkaji apakah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dan mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.

1.3 TUJUAN KAJIAN

(4)

Diharapkan hasil dari kajian ini nanti dapat memberi maklum balas dan tindakan kepada para pensyarah dan pihak pentadbiran dalam mengambil langkah seterusnya bagi memastikan masalah pelajar dapat dikurangkan dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti hasil kerja pelajar.

Hasil dari kajian ini juga diharap dapat digunakan sebagai idea menghasilkan inovasi produk yang kreatif bagi menyelesaikan masalah tersebut. Dengan adanya kajian ini, bolehlah ia membantu dalam meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar di dalam kelas dan meningkatkan peratusan pelajar yang cekap dan cemerlang semasa peperiksaan akhir amali.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian adalah seperti berikut;

a. Mengenalpasti permasalahan dikalangan pelajar Program Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan peperiksaan amali modul penghasilan pakaian.

b. Mengenalpasti langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah di kalangan pelajar semasa proses P&P dan peperiksaan amali.

c. Menghasilkan produk penyimpanan pola dan pakaian yang berinovasi dalam menyelesaikan permasalahan dominin di kalangan pelajar.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah permasalahan yang timbul di kalangan pelajar Program Fesyen dan Pakaian semasa proses P&P dan peperiksaan akhir amali di jalankan?

2. Apakah langkah-langkah yang perlu di ambil bagi mengatasi masalah yang di hadapi oleh pelajar?

3. Apakah produk yang dihasilkan dapat membantu mengurangkan permasalahan pelajar dari segi penyimpanan pola dan pakaian?

1.6 KAEDAH KAJIAN

(5)

disokong oleh sumber data. Oleh itu, pengumpulan data sangat penting dalam penyelidikan. Justeri itu pemilihan kaedah kajian yang sesuai adalah sangat penting bagi memastikan dapatan yang diperoleh mempunyai kesahihan serta boleh dipercayai.

Sehubungan itu, kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan deskriptif dan inferensi menggunakan pendekatan kuantitatif. Menurut Kerlinger (1986) reka bentuk kajian deskriptif mempunyai dua tujuan utama. Tujuan pertama, untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan kajian dan kedua untuk mengawal varians. Kajian ini menggunakan Borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik sebanyak 45 set diedarkan kepada 45 orang pelajar FRP yang terdiri daripada 3 modul pengajian iaitu

Semester satu, dua dan tiga. Selain dari edaran borang soal selidik, penyelidik juga menggunakan kaedah tinjauan dan pemerhatian ke atas pelajar di dalam kelas.

Hasil dari pemerhatian di dalam kelas modul pola pakaian mendapati rata-rata pelajar menghadapi masalah dari segi susunan pola dan juga pakaian. Kelihatan pola dan kertas berselerakkan dan tidak di susun dan di simpan dengan baik. Malah pakaian yang telah siap di jahit tidak di gantung dengan elok menyebabkan pakaian yang telah di seterika kemas berkedut dan kotor. Ini menyukarkan proses pemarkahan oleh pensyarah kerana susunan pola yang tidak teratur menyebabkan ia sukar untuk di periksa.

Hasil dari tinjauan juga mendapati kerana pemasalahan ini, ramai pelajar yang lewat menghantar tugasan kerana kehilangan atau kecicran tugasan mereka hingga memerlukan ereka untuk membuat semula tugasan tersebut. Selain soal selidik dan pemerhati, penyelidik juga menjalankan temubual dengan beberapa pelajar yang di pilih secara rawak untuk menanyakan tentang masalah yang timbul semasa kelas tersebut. Hasil temubual juga mengukuhkan lagi pemasalahan iaitu dari teknik dan tempat penyimpanan pola dan tugasan lain. Selain pelajar, penyelidik juga menemubual pensyarah meminta pendapat berkaitan masalah tersebut dan ia di akui oleh pensyarah modul tersebut yang mengatakan masalah kerap timbul semasa sesi pemarkahan di mana pelajar kerap kehilangan pola, pakaian kotor dan lain-lain lagi Ini menyebabkan proses mengambil markah terganggu dan markah pelajar akan merosot.

1.7 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

(6)

peperiksaan amali berlangsung. Skop lebih tertumpu pada modul Pola Asas Pakaian dan juga Penghasilan Pakaian Tradisional dan Kontemporari yang mana melalui pemerhatian subjek ini yang kerap menghadapi masalah kelewatan menghantar tugasan dan produk akhir amali. Bagi kajian ini, pilihan responden adalah terhad di kalangan pelajar fesyen Semester 1,2 dan 3 Kolej Komuniti Batu Gajah yang menghadapi masalah dalam subjek pola dan jahitan.

1.8 KESIMPULAN

Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan dapat di simpulkan bahawa antara

masalah yang di hadapi oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan peperiksaan amali adalah kerana kehilangan, atau keciciran tugasan yang di beri oleh pensyarah. Selain itu, faktor utama kehilangan dan kecicran adalah disebabkan kerana tempat dan proses penyimpanan yang tidak sistematik semasa di hantar kepada pensyarah. Keadaan ini menyebabkan masalah dari segi masa, kesukaran mengambil markah dan juga prestasi markah merosot di kalangan pelajar. Diharap dengan adanya produk inovasi tempat penyimpanan pola dan pakaian akan dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran serta peperiksaan amali pelajar sekaligus membantu mempercepatkan proses pemarkahan di kalangan pensyarah.

RUJUKAN

Armstrong M (2003) A handbook of human resource management practice. Kogan Press, London.

Ibrahim NH, Surif J, Mustapa MS (2006) Kefahaman dan tahap amalan pembelajaran secara kontekstual di kalangan guru Sains luar bandar.

McDowell (2000) Fashion Today. Phaidon Press, Austria.

Kerlinger, F.N. (1986). Foundations of behavioral research (3rd. ed.). Fort Worth, TX: Holt, Rinehart, and Winston

Referensi

Dokumen terkait

Tingkat pemenuhan prinsip higiene sanitasi untuk tahap pengangkutan pangan di industri jasa boga golongan A2 termasuk dalam kategori cukup dengan nilai

Dari hasil pra survey pada beberapa Toko Alat Musik terkemuka di Kota Semarang sebagaimana nampak pada Tabel 1.2 dapat ditarik informasi bahwa minat pembelian alat

Aktor-aktor yang mendukung penuh pemekaran juga memiliki argumen, jika pemekaran dilakukan, maka kepentingan masyarakat Tebo dan wilayah yang jauh dari ibukota

Studi ini bertujuan untuk mengetahui unjuk kerja sistem pengangkutan penumatik elemen SAS dengan parameter yang ditinjau adalah target waktu pengangkutan sebesar 100,

Rancangan yang dihasilkan pada tahap kedua kemudian dikonversi dalam bentuk script dengan menggunakan bahasa pemrograman HTML, PHP dan JavaScript dan Openlayers

Abstrak : Kajian ini adalah berbentuk experimental dan dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan panjang tangan dan lilitan otot lengan atlit terhadap kepantasan kayuhan

Bab tiga, berisi tentang gambaran umum Lembaga Pemasyarakatan Perempuan Kelas IIA Palembang Bab empat, berisi tentang analisi mengenai pemberian remisi terhadap narapidana tindak

Pemberian serbuk biji labu kuning (Cucurbita moschata) pada kelompok perlakuan 2 (P2) dengan dosis 0,72 g/ekor/hari dan perlakuan 3 (P3) dengan dosis 0,90 g/ekor/hari