• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep Psikologi Islam Dan Barat.docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Konsep Psikologi Islam Dan Barat.docx"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Pendahuluan

Subjek ini adalah subjek integrasi bagi psikologi dan pendidikan. Ia adalah satu subjek penting yang harus dikuasai oleh bakal-bakal guru sebagai bekalan untuk situasi mengajar dan pembelajaran yang sebenar. Subjek ini penting kerana ia memberikan kita ‘insight’ tentang tingkah laku dan pemikiran pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan masalah-masalah yang tersendiri.

Psikologi adalah subjek tentang tingkah laku dan pemikiran sesebuah individu. Manakala pembelajaran pula berkisar tentang proses interaksi diantara pendidik dan pelajar mengenai penyampaian maklumat dan informasi pendidikan. Tanpa komunikasi yang baik diantara guru dan pelajar, maka proses belajar pelajar dan pembelajaran guru tidak akan berjalan dengan baik.

Tujuan pendidik untuk mempelajari psikologi pembelajaran ini adalah untuk memudahkan proses pembelajaran dengan lebih efektif. Sebagai seorang pendidik yang nanti akan berdepan dengan berbagai-bagai kerenah pelajar yang berbeza, kita mestilah bijak untuk beradaptasi dengan situasi dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. 3

komponen penting dalam psikologi pendidikan, iaitu; 1) Guru; 2) Peserta didik (pelajar); 3) Tingkahlaku keduanya (guru dan pelajar).

Perilaku seorang guru juga mengambil peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung keatas murid. Sebagai seorang guru yang inginkan proses pembelajarannya lebih efektif, psikologi

pembelajaran ini adalah perlu untuk dikuasai dengan baik.

Pengertian Psikologi Menurut Sarjana Islam dan Barat.

Menurut etimologi1 Barat, psikologi berasal daipada perkataan

(2)

kedua makna tersebut, ia menjadi “ilmu yang mempelajari tentang jiwa dan mental” baik dari segi latar belakang kejadiannya, gelaja-gejala penyebab dan proses-proses psikologi itu sendiri.

Atkinson & Hilgard (2003) mendefinisikan psikologi sebagai satu ilmu yang mempelajari manusia “the scientific study of behavior and mental processes”. Morgan (1986) “the science of human and animal behavior; it includes the application of this science to human problems”, iaitu ilmu yang mempelajari tingkah laku manusia dan haiwan; penerapan ilmu kajian kepada masalah-masalah manusia.

Psikologi itu sendiri adalah sesuatu yang abstrak dan tanpa ada acuan yang fizikal. Ia adalah manifestasi daripada jiwa dan mental individu berupa daripada tingkah laku, proses, pemikiran dan perasaan subjek tersebut. Psikologi juga dapat didefinisikan sebagai ilmu

pengetahuan yang mempelajari tingkah laku dan proses mental seseorang.

Dari presfektif Islam pula, psikologi dilihat sebagai satu ilmu pengetahuan yang berkisar tentang identiti, pemikiran dan perilaku seseorang menurut ajaran Islam. Al-Quran dan As-Sunnah adalah sumber rujukan utama bagi orang-orang Islam. Ia juga menyangkut tentang keperibadian dan roh individu tersebut. Ibnu Sina didalam bukunya yang bertajuk Al-Shifa’ juga ada membincangkan tentang perhubungan akal dan tubuh, perasaan dan presepsi manusia. Beliau juga turut menyatakan bahawa manusia mempunyai kemampuan secara teori dan praktikal. Jiwa (rohani) seseorang individu itu juga boleh menterbitkan idea diluar alam sedar (unconscious mind) sekaligus menimbulkan perasaan, imaginasi dan firasat dan itulah yang menjadi faktor utama bagi tingkah laku manusia.

(3)

tangannya untuk mengelakkan dia jatuh, itu adalah reaksi dan tindak balas secara automatik dan diluar alam sedarnya untuk menyelamatkan dirinya daripada terjatuh. Contohnya lagi, apabila seorang kanak-kanak, sentiasa ditakuti dengan bayang-bayang gelap dibawah katil atau

didalam almari maka dengan sendirinya, ‘mindset’ akan mula untuk membayangkan raksaksa yang menakutkan. Lama kelamaan perasaan takut itu mengembang didalam dirinya.

Bastaman (2005) ada mendefinisikan psikologi Islam dengan corak psikologi berdasarkan citra manusia menurut ajaran Islam, yang

mempelajari keunikan dan pola perilaku manusia sebagai pengalaman interaksi dengan diri sendiri, persekitaran dan rohani dengan tujuan meningkatkan kesihatan mental dan kualitas keberagaman. Ancok dan Suroso (2004) mengertikan psikologi Islam sebagai persfektif Islam

terhadap psikologi moden dengan membuang konsep-konsep yang tidak sesuai dan bertentangan dengan Islam.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa psikologi Islam dan Barat mempunyai spesifikasi definisi yang berbeza tetapi berpegang kepada maksud yang sama. Ilmu psikologi adalah ilmu kajian saintif teori dan praktikal yang membahaskan tentang pemikiran, tingkah laku,

perasaan dan presepsi atau presfektif sesebuah individu. Ia bersifat abstrak, tidak dapat dinilai dengan mata kasar tetapi dinilai dan diukur secara kritis. Tetapi yang membezakan antara ilmu psikologi Islam dan Barat adalah presfektifnya sahaja. Ilmu psikologi Islam lebih

(4)

Sejarah Ilmu Psikologi.

Sejarah mula mencatitkan kewujudan jiwa dan mental melalui penulisan-penulisan daripada 3 ahli falsafah terkenal pada zaman Greek

purba, iaitu Socrates (

470-399 SM), Pluto (437-347 SM) dan Aristotle (384-322

SM). Catitan mereka ini kemudiannya dijumpai dan mula dipelajari oleh

ilmuan-ilmuan Islam pada zaman kegemilangan Islam dahulu. Diantara ilmuwan-ilmuwan

tersebut adalah Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Imam Ghazali, Al-Farabi dan sebagainya.

Sejarah perkembangan psikologi selalu dipeloporina dipelopori oleh saintis-saintis

Barat. Tetapi jarang pula disebut tentang ilmuwan-ilmuwan Islam yang

mengasaskan ilmu psikologi, jauh sebelum ilmu psikologi ini dikembangkan oleh

saintis-saintis Barat dengan teknologi-teknologi mereka.

Ibnu Sina atau dikenali dengan Avicenna oleh ilmuwan Barat. Beliau adalah

pengasas psikologi pertama dalam sejarah. Berdasarkan penelitian beliau,

manusia itu dibekalkan dengan akal berfikir yang waras, mampu membezakan

baik dan buruk sesuatu,

‘instinct’

atau naluri, ingatan dan pemerosesan data

informasi didalam otak. Disamping itu, beliau juga yang pertama untuk menemui

penyakit-penyakit mental yang dinamakan

‘neuropsikiatris’

.

Abu Zayd ‘Abd Ar-Rahman ibn Muhammad Ibn Khaldun Al-Hadrami (1332-1406M) lebih dikenali dengan Ibnu Kaldun. Beliau adalah ilmuwan yang memperkenalkan sains sosial (‘Ilm Al-Umran). Penemuan beliau ini telah memberikan sumbangan besar kepada pelajaran sains moden pada masa ini. Ilmu sains sosial yang diketengahkan oleh Ibnu Khaldun ini dikaji dan besar kemungkinan diberikan nafas baru serta diintegrasikan kepada kepada teori psikologi sosial dan behaviorisme yang di

perkenalkan oleh Jean Piaget, Vygotsky, Albert Bandura dan lain-lain.

(5)

keperibadian. Setiap manusia mempunyai karakter dan keperibadian, baik dan buruk akhlak seseorang itu dirujuk kepada roh atau jiwa mereka. Jika baik rohnya, maka baik akhlaknya dan vice versa.

Dan Al-Farabi, pemikir logik Islam yang banyak pengaruh kepada ilmu psikologi, fizik, matematik. Dalam ilmu psikologi Islam, beliau

dikenali dalam psikologi sosial, beliau menyatakan “an isolated individual could not achieve all the perfections by himself, without the aid of other individuals,” beliau menulis lagi “innate disposition of every man to join another human being or other men in the labor he ought to perform.” Dan menyimpulkan bahawa untuk mencapai kesempurnaan diri, setiap orang perlu untuk tinggal berhampiran dengan tamadun kehidupan dan berkomunikasi dengan satu sama lain. Teori ini juga secara tidak

langsung diguna pakai oleh Abraham Maslow dalam “Hierki Keperluan Maslow” didalam sains behaviorsme dan humanisme.

Di Barat pula, psikologi mula diasaskan oleh Wilhem Wundt. Beliau adalah saintis pertama Barat yang bertanggungjawab memulakan

perkembangan psikologi di Barat. Berasal daripada German dan yang pertama sekali menggelarkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi. Beliau juga telah membina sebuah makmal di University of Leipzig sebagai tempatnya melakukan berbagai eksperimen-eksperimen psikologi.

(6)

Seperti pada awal lagi saya telah tekankan bahawa psikologi Barat dan Islam adalah serupa walaupun mempunyai prefektif yang berbeza. Ini kerana daripada hasil penelitian saya, kajian-kajian mereka saling berkait antara satu dengan lain dan menjadikan salah seorang daripada mereka panduan dalam membuat kajian. Dan terbitan-terbitan idea mereka merujuk kepada pengasas utama falsafah pemikiran dan jiwa iaitu ahli falsafah Yunani purba, Pluto dan Aristotle jadi tidak hairanlah jika kebanyakan kajian mereka itu mempunyai kesamaan daripada segi definisi umum. Cuma yang memjadi perbezaan adalah teori-teori kajian, konsep-konsep dan prinsip-prinsipnya kerana setiap daripada mereka memiliki pendirian dan kepercayaan yang pelbagai.

Secara ringkasan, 2 ahli falsafah Greek Pluto dan Aristotle yang bertanggungjawap mengenalkan kewujudan jiwa selanjutnya idea-idea dan pemikiran mereka dikaji oleh ilmuan-ilmuan Islam seperti Ibnu Khaldun, Al-Kindi, Ibnu Sina, Al-Ghazali dan sebagainya. Lalu idea-idea dasar mereka dikaji, diteliti dan dikembangkan lagi oleh sarjana-sarjana Barat. Sarjana-sarjana Barat pula berlumba-lumba untuk

mengetengahkan idea-idea, prinsip dan konsep psikologi mereka sendiri. Maka timbullah pula pelbagai teori-teori psikologi yang berlainan mazhab.

Konsep Psikologi Pembelajaran Menurut Sarjana Islam dan Barat.

(7)

1. Kata Nafs daripada Surah Al-Baqarah ayat 48 (

نع سفن

سفن

) yang menunjukkan tentang zat didalam keselurahan badan manusia. Faktor fizikal biologi dan aktiviti-aktiviti

manusia.

2. Kata roh dalam Surah As-Sajadah ayat 9

(هجوز)

yang

bermakna pemberi kehidupan. Roh yang berada didalam badan

manusia. Dan didalam Surah Asy-Syuurah ayat 52

(اجوز)

yang bererti wahyu dan malaikat Jibril sebagai pembawa wahyu

seperti yang dinyatakan didalam Surah Al-Mukmin ayat 15

(

حورلا)

Malaikat Jibril dan Surah An-Nahl ayat 102 pada kata (

سودقلا حور).

3. Kata qalb (hati) yang selalu digunakan, berkaitan dengan emosi dan akal manusia. Gerak-geri hati dan perasaan yang tidak nampak daripada segi fizikal dan terbatas pada keadaan sedar

manusia. Surah Al-Hujurat ayat 7

(مكبولق)

hatimu.

4. Kata aql yang menunjukkan kepada daya pemikiran manusia

seperti disebutkan didalam Surah Al-Anfal ayat 22 pada kata (

ل

نولقعي

) apakah kamu tidak berfikir.

(8)

menyempurnakannya sebagai seorang manusia yeng menjadi khalifah dimuka bumi ini. Allah SWT menciptakan setiap manusia dengan 5 panca indera dan kelebihan yang tidak sama dengan lain-lain mahkluk di muka bumi ini dan tujuannya adalah supaya manusia sentiasa rasa bersyukur dan mengabdikan diri kepada Allah SWT untuk beribadat kepadaNya.

Sarjana-sarjana Islam ada menjelaskan bahawa konsep pembelajaran psikologi Islam lebih kepada konsep pandangan hidup manusia yang memegang Islam sebagai cara hidup yang sempurna. Daripada presfektif Islam ini, psikologi diertikan sebagai satu bidang ilmu yang

membahaskan tentang ilmu akal, perasaan, hati, naluri, rohani dan jasmani. Kesemuanya saling bekerjasama, pincang 1 aspek, maka pincang kesemuanya. Dan ideologi Islam tidak hanya memfokuskan kepada kehidupan ukhrawi. Ideologi Islam adalah ideologi kehidupan yang menyeimbangi kehidupan duniawi dan ukhrawi. 3 konsep utama bagi psikologi pembelajaran dalam presfektif Islam iaitu Islam sebagai ajaran, Islam sebagai satu kefahaman dan pemikiran serta Islam sebagai satu cara kehidupan yang dipraktikan seharian. Agama Islam adalah satu-satunya agama yang menyeluruh dari setiap segi. Ia bersifat universal dan boleh berlaku pada setiap masa dan di semua tempat. Tidak hanya di bilik sembahyang atau di tempat-tempat ibadat, tetapi ia boleh terjadi di ruang tamu, di meja makan, dijalan raya, bersilaturahim, berakhlak mulia, berpendirian tetap. Islam adalah perkara harian. Islam

mengajarkan umatnya untuk sentiasa saling hormat menghormati, menolong sesama meskipun berlainan agama. Saudara baru yang memeluk Islam masih boleh bersilaturahim dengan ibu atau bapa atau saudara-saudaranya, tidak pernah memutuskan pertalian darah diantara mereka meskipun berlainan agama. Islam juga ada pada tempat tidur, ini ketika adab-adab berada dibilik tidur seperti membersihkan diri,

(9)

adab pergaulan. Islam hadir pada pendidikan dan mengutamakan umatnya untuk mencari ilmu. Islam juga ada pada pentadbiran dengan wujudnya sistem syariat Islam yang mementingkan keadilan. Dan banyak maca lagi contoh-contoh Islam didalam cara kehidupan yang ideal.

Seseorang yang memiliki keseimbangan hidup duniawi dan ukhrawi akan mempunyai keseimbangan daripada aspek akal fikiran, hati dan perasaan, bentuk fizikal badannya juga akan mencerminan kesihatan rohaninya. Keseimbangan itu bermula daripada rohaninya, jika rohaninya terisi dan terjaga dengan baik, ia akan melahirkan jasmani yang sihat. Kesihatan rohani hadir apabila kita sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT, jiwanya terisi dengan ayat-ayat Al-Quran, lidahnya basah dengan zikir, akal dan fikirannya menjadi tenang, akhlak dan sakhsiah dirinya pula terpuji, segala kelakuannya mengikut syariat Islam.

Lain pula halnya jika individu itu jauh daripada Allah SWT. Mulai dia tidak bersembahyang, jiwa dan hatinya menjadi tidak tenteram. Akan hadir bisikan-bisikan perasaan sebagai hasutan. Hasutan-hasutan

menjadi syak wasangka yang mampu melemahkan hati dan rohani. Syak wasangka menjadi tekanan dan tekanan yang banyak menjadikan

seseorang itu mengalami depresi. Kebanyakan depresi boleh dirawati dengan rawatan-rawatan Islami dan ada sesetengah mereka yang mengalami depresi mengambil jalan mudah untuk menghilangkan

tekanan mereka hadapi dengan bunuh diri. Sedangkan depresi itu boleh ditangani dengan cara baik tanpa memudaratkan nyawa.

(10)

diterima dari negara-negara di bawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Oleh yang demikian, di dalam konsep psikologi pembelajaran menurut sarjana Islam mengutamakan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan pegangan. Pengembangan kurikulum, pendekatan

pembelajaran dan pendekatan psikologi yang digunakan hendaklah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Pendidikan yang dijalankan tidak hanya mempunyai ciri-ciri keislaman tetapi dalam masa yang sama juga mengetengahkan beberapa elemen penting, seperti; proses pengajaran dan pembelajaran yang berintegrasi; penilaian dan pengukuran proses pembelajaran dan pengajaran; perkembangan sakhsiah dan akhlak pelajar; keperluan dalam mengembangkan individu pelajar;

mengkonstruk kognitif pelajar-pelajar dalam pembelajaran, isu-isu semasa dan penyelesaian masalah; memberikan pengetahuan yang diperlukan dalam kehidupan realiti dan pelbagai aspek-aspek

membangun yang lain.

Bagi sarjana-sarjana Barat pula, mereka mempunyai konsep psikologi pembelajaran yang berbeza. Mereka tidak berpaksi kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan. Saintis Barat lebih bersumberkan kepada teori-teori, prinsip dan pandangan-pandangan akal dan psikologi ilmuan sahaja. Sumber-sumber teori mereka kebanyakannya dihasilkan melalui penemuan daripada eksperimen-eksperimen yang mereka jalankan sendiri. Sumber dan teori mereka berunsurkan ‘imprical’’2

semata-mata.

Samuel Smith telah melakukan penyelidikan terhadap beberapa buah buku psikologi pendidikan untuk mendapatkan data yang tepat. Daripada penyelidikan itu, beliau mengklasifikasikan 16 perkara yang diambil kira semasa membina konsep psikologi pembelajaran, iaitu:

(11)

1. Pengetahuan tentang psikologi pendidikan. (The science of educational psychology).

2. Faktor keturunan atau karakteristik yang dibawa sejak lahir (Heredity).

3. Persekitaran fizikal (Physical structure). 4. Perkembangan pelajar (Growth).

5. Proses-proses tingkah laku (behavior process).

6. Hakikat dan skop pembelajaran (nature and scope of learning). 7. Faktor-faktor yang mempengaruhi belajar (factors that condition

learning).

8. Hukum-hukum dan teori-teori belajar (laws and theories of learning).

9. Pengukuran prinsip-prinsip dasar dan batasan-batasan pengkuran/evaluasi (measurement: basic principles and definitions).

10. Transfer belajar, meliputi mata pelajaran (transfer of learning subject matters).

11. Aspek-aspek praktikal dalam pengukuran (practical aspects of measurement).

12. Elemen-elemen statistik (element of statistics). 13. Kesihatan rohani (mental hygiene).

14. Pendidikan membentuk watak (character educations). 15. Pengetahuan psikologi tentang mata pelajaran sekolah

menengah (psychology of secondary school subjects). 16. Pengetahuan psikologi tentang mata pelajaran sekolah

rendah (psychology of elementary school).

Prinsip-Prinsip Psikologi Pembelajaran Menurut Sarjana Islam dan Barat.

Menurut Uthman Najati (1993), Islam tidak mengenali teori tetapi memegang kepada prinsip. Psikologi Islam diambil daripada makna ayat Al-Quran dan As-Sunnah. Ia disimpul, diangkat dan ditafsir untuk

(12)

menghasilkan teori psikologi pembelajaran. Ia adalah pelajaran mengenai roh didalam diri manusia yang dizahirkan kepada perbuatan dan tingkah laku.

Bagi pandangan Barat pula prinsip-prinsip psikologi pembelajaran merujuk kepada konsep-konsep, teori-teori dan analisis yang terhasil daripada eksperimen yang dijalankan ke atas subjek-subjek kajian. Data-data yang diperolehi daripada eksperimen yang dijalankan itu dikaji, dianalisis, dan dilakukan perbandingan ke atas sampel-sampel kajian lalu disimpulkan menjadi teori dan konsep.

Diantara teori-teori psikologi pembelajaran yang lazim digunakan didalam bilik darjah adalah teori pelaziman operan, teori memprosesan maklumat, teori pembelajaran sosial, teori pembelajaran kontruktisme, teori humanisme dan teori kognitisme. Masing-masing daripada teori-teori ini mempunyai kelebihan dan kekurangan, tetapi setiap satu

daripada mereka boleh digunakan, diadaptasi dan integrasikan mengikut kesesuaian dan kreativiti pendidik.

Secara ringkas yang dapat saya terangkan disini, prinsip-prinsip psikologi pembelajaran yang berkesan adalah seperti

berikut:-1. Motivasi – Peranan guru adalah sebagai motivator kepada pelajar. Bukan sebagai de-motivator yang menghilangkan semangat pelajar untuk belajar. Seorang pendidik harus bijak memainkan peranannya sebagai sumber ilham bagi pelajar. 2. Konteks pembelajaran – Seorang pendidik yang baik harus

menguasai konteks pembelajaran dan isi pelajaran yang diajarkan. Seorang pendidik tidak akan mampu untuk menyampaikan isi pembelajaran dengan baik jika dia tidak mampu menguasai pembelajaran yang ingin disampaikannya. 3. Fokus dan teratur – Seorang pendidik yang berkaliber harus

teratur dalam menyediakan material pembelajaran demi

(13)

juga harus bijak dalam merancang pengajaran yang kondusif. Oleh kerana itu, kita dibiasakan dengan sukatan pelajaran dan praktikal membuat persediaan mengajar.

4. Sosial – Hubungan sosial dan interaksi dua hala diantara

pendidik dan peserta didik, dan peserta didik dengan pendidik. Ini adalah satu elemen penting dalam membuatkan proses belajar dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Ini boleh menyumbang kepada daya kognitif dan psikomotor pelajar. 5. Aktif – Proses belajar dan pembelajaran yang aktif mampu

mengkonstruk daya kognitif dan psikomotor pelajar. Guru seboleh-bolehnya menyajikan satu kondisi pengajaran yang membolehkan pelajar lebih aktif dalam pembelajaran demi membina pengalaman belajar. Pembelajaran bukan hanya tertumpu didalam bilik darjah tetapi ia berlangsung untuk seumur hidup.

6. Kemampuan pendidik juga dititik beratkan dalam memahami latar belakang dan kemampuan subjek didik yang relatif

berbeza. Setiap seorang daripada subjek didik itu unik dan cara menanganinya juga berbeza. Disitulah kepentingan psikologi pembelajaran ini. seorang guru harus pandai memainkan peranan dalam psikologi pelajar supaya dapat memotivasikan dan menarik minat pelajar untuk belajar.

7. Kreatif – Guru hendaklah kreatif dalam merancang dan

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif demi pengalaman pembelajaran yang lebih efektif. 8. Pengembangan kognitif pelajar – Sebagai guru, guru adalah

fasilitator dalam pembelajaran. Guru harus membekalkan pelajar dengan pemikiran kritis. Ini boleh dijalankan dengan

(14)

Kesimpulan

Psikologi adalah ilmu kajian yang hasilkan melalui kaedah saintifik dan eksperimen-eksperimen yang dilaksanakan oleh ilmuan-ilmuan Islam dan Barat. Psikologi Islam dan Barat mempunyai definisi yang hampir serupa tetapi berbeza dari segi presfektif, konsep, prinsip dan

pendekatan yang digunakan. Psikologi Islam meliputi fizikal dan rohani sesebuah individu, dan rohani seseorang dizahirkan dengan tingkah laku. Manakala, psikologi Barat pula membincangkan tentang aspek kognitif, afektif dan psikomotor subjek didik, menganalisis dan menadaptasikan teori pembelajaran mengikut keperluan dan psikologi subjek didik.

Subjek jiwa dan mental manusia memang sudah lama

diperbahaskan oleh Socrates, Pluto dan Aristotle. Pemikiran mereka kemudiannya dikaji dengan lebih mendalam lagi oleh ilmuan-ilmuan Islam. Boleh dikatakan, ulama-ulama Islam adalah perintis utama ilmu psikologi yang kini dikaji oleh saintis-saintis Barat. Psikologi dari sudut pandang Islam memegang Al-Quran dan As-Sunnah sebagai prinsip asas dan Islam sebagai cara kehidupan yang ideal. Manakala, saintis Barat pula melihat psikologi sebagai ilmu kajian saintifik untuk mempelajari kognitif dan tingkah laku manusia supaya dapat mengatasi permasalahan mental seseorang, sama ada dari segi kesihatan atau motivasi seseorang. Ada seorang penulis menuliskan petikan ayat ini; “Psychology without religion is blind, and religion without psychology is lame”. Daripada sana kita boleh mengambil kesimpulan sendiri bahawa, kedua subjek ini, psikologi dan Islam saling berkait rapat. Apabila ia bertemu dalam satu bumbung maka psikologi yang bersifat kompleks ini akan mudah

difahami.

(15)

dan pembelajaran dengan lebih efektif. Pendekatan yang digunakan juga boleh diadaptasi mengikut kesesuaian teori-teori psikologi pembelajaran yang dipelajari. Sebagai ahli pendidik, ilmu psikologi ini boleh kita

pergunakan sebaiknya untuk memahami keadaan subjek didik demi memberikan pembelajaran yang lebih efisyen.

Rujukan

- Al-Quran Al-Karim

- Shahbuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. 2006. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. - Purwa Atmaja Prawira. 2012. Psikologi Pendidikan Dalam Presfektif

(16)

- Hill, Winfred F. 2012. Theories of Learning – Teori-Teori

Pembelajaran Konsepsi, Komparasi dan Signifikansi. Bandung: Nusa Media.

- Schunk, Dale. H. 2012. Learning Theories, An Educational

Perspective – Teori-teori Pembelajaran: Prespektif Pendidikan Edisi Keenam. Yogyakarta: Pustaka Pelayar.

- Al-Rasyidin. 2012. Falsafah Pendidikan Islami. Bandung: Citapustaka Media Perintis.

- Sri Minarti. 2013. Ilmu Pendidikan Islam, Fakta Teoritis-Filosofis dan Aflikatif normatif. Jakarta: Amzah.

- Huitt, W. 2012. Basic Principles of Learning for classroom teaching: Organizing concepts of learning from educational psychology. Educational Psychology Interactive. Valdosta: Valdosta State University.

- Hanna, Djumhana Bastaman. 1995. Integrasi Psikologi dengan Islam. Yogjakarta: Pustaka Pelajar.

- Jamaluddin, Kafie. 1993. Psikologi Dakwah. Surabaya: Offset Indah.

- Dr. Rifaat Syauqi Nawawi, MA.,dkk..2000. Metodologi Psikologi Islam. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

- DR. AM. Diponegoro. Psikologi Islam.

- Abdul Mujib. 2006. Keperibadian Dalam Psikologi Islam. Jakarta: PT Raja Grafindo Perkasa.

- Abdul, M. S. A. M dkk. 2009. Perilaku Manusia dalam Pandangan Islam dan Ilmu Psikologi Modern, terjemahan Bambang Suyardi. Jakarta: Mitsaq Pustaka.

- Alizadeh, H. 2012. Individual Psychology and Islam: An Exploration of Social Interest The Journal of Individual Psychology.

- Ancok, D & Suroso, Fuad, N. 2014. Psikologi Islami, Solusi Islami Atas Problem-Problem Psikologi. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

- Ancok, D., Fuad, N.. 2008. Psikologi Islami. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

- Armstrong, K. 2000. Islam: A Short History. New York: Modern Library.

- Atkinson & Hilgard’s. 2003. Introduction to Psychology. Wadsworth.

(17)

- Bakar, O. 1999. The History and Philosophy of Islamic Scrience. Cambridge: Islamic Texts Society.

Referensi

Dokumen terkait

Sebagai salah satu syarat untuk memperoleh gelar Sarjana Kehutanan pada Program Studi Manajemen Hutan, Fakultas Kehutanan, Institut Pertanian Bogor, penulis menyusun Skripsi

Transfer pricing merupakan suatu aktifitas manipulasi harga atas transaksi produk yang dilakukan oleh perusahaan multinasional yang memiliki kerjasama

Perbedaan Psikologi Islam dan Psikologi Kontemporer Psikoanalis a Behaviorisme Psikologi Humanistik Psikologi Kognitif Psikologi Islam Konsep manusia Makhluk biologis yang

Dari hasil penelitian ditemukan, bahwa (1) Latar belakang rorientasi pendidikan Islam yang dilakukan pondok pesantren Al-Islam, menunjukan bahwa pondok pesantren

Pada akhirnya, kita yang telah dilatih oleh Tuhan melalui Roh- Nya untuk selalu hidup sesuai dengan kehendak-Nya, dapat mengendalikan diri sepenuhnya selalu bertindak sesuai dengan

Sedangkan menurut Slameto (2010 : 36) Aktivitas belajar merupakan kegiatan siswa dalam berpikir dan berbuat, berupa kegiatan bertanya, mengajukan pendapat, dan

Setiap paradigma selalu mempunyai metode analisis tertentu, yang kadang-kadang sama dengan paradigma yang lain, tetapi selalu ada metode analisis data yang khas

Puji Syukur tak terhingga penulis haturkan ke hadirat Tuhan Yang Maha Esa atas segala berkat, rahmat, dan karunia yang dilimpahkan kepada penulis sehingga