• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROSES PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PROSES PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENG"

Copied!
69
0
0

Teks penuh

(1)

PROSES PEMBELAJARAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN

KEPUTUSAN KERJAYA PELAJAR UNTUK MENJADI

USAHAWAN : KAJIAN KE ATAS PELAJAR-PELAJAR BACELOR

DAN DIPLOMA DI UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK

SEKOLAH KEUSAHAWANAN BANK RAKYAT

UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK

KAMPUS TUN RAZAK, KUALA LUMPUR

DISEDIAKAN OLEH:

MOHAR YUSOF

LEILANIE MOHD NOR

AINON JAUHARIAH ABU SAMAH

RAHAYU TASNIM

SEMINAR KEBANGSAAN HASIL PENYELIDIKAN

PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

(2)

BAB I: PENGENALAN

1.0.1 LATAR BELAKANG

1.0.1.1 KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

(3)

waja dan berdaya saing dalam semua sektor; dan untuk menyemai budaya keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia.

1.0.1.2 KEUSAHAWANAN DAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Dalam konteks pertumbuhan, Rancangan Malaysia ke-Sembilan (RMK-9) mewakili salah satu daripada Rancangan Malaysia yang paling signifikan dalam sejarah negara, memandangkan negara sekarang sedang di pertengahan perjalanan menuju Wawasan 2020. Sebagai panduan untuk keseluruhan baki perjalanan ini, Kerajaan telah merangka dan akan melaksanakan Misi Nasional – satu rangka kerja untuk agenda pembangunan negara yang menggariskan langkah-langkah utama yang perlu diambil dalam tempoh lima belas tahun yang akan datang. Misi Nasional bertujuan untuk menumpukan usaha negara pada bidang penting yang akhirnya akan membawa kepada pencapaian Wawasan 2020. Perdana Menteri Malaysia, dalam ucapan beliau semasa membentangkan RMK-9, mengumumkan Lima Teras Misi Nasional;

Teras kedua Misi Nasional adalah untuk meningkatkan kapasiti negara dalam pengetahuan, kreativiti dan inovasi dan memupuk ‘mentaliti kelas pertama’.

Kejayaan Malaysia pada masa hadapan bergantung pada kualiti modal insan,

bukan saja dari segi intelek, tetapi juga sikap. Justeru, sejajar dengan teras ini,

Kerajaan berusaha untuk menjalankan memperbaiki sistem pendidikan negara

(4)

tinggi dan vokasional. Sebuah persekitaran yang lebih memudahkan juga dipupuk

untuk menggalakkan Pemyelidikan dan Pembangunan. Pada masa yang sama,

penekanan lebih khusus akan diberi kepada pembentukan nilai untuk menghasilkan

individu yang lebih luas kebolehannya luas. Teras kedua ini juga akan memberi

fokus kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran dan keusahawanan.”

(Rancangan Malaysia ke-Sembilan, 2006: 257)

1.0.1.3 KEUSAHAWANAN DAN INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA

Terdapat dua puluh universiti awam, enam belas universiti swasta, lapan belas kolej universiti swasta dan lebih kurang empat ratus sembilan puluh kolej swasta di Malaysia sekarang (http://jpt.mohe.gov.my/index2.php). Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-Sembilan, kerajaan merancang untuk menyemak sistem pentadbiran universiti awam untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam usaha mengejar kecemerlangan ( RMK-9 :257) Keusahawanan dan inovasi dilihat sebagai dua nilai kritikal, yang perlu dipupuk dan digalakkan melalui sistem pendidikan di kedua-dua institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

(5)

perniagaan dan meningkatkan nilai pelajar di pasaran pekerjaan apabila mereka menamatkan pendidikan. Sebelum pengumuman ini, sebuah program yang dipanggil Excite the Entrepreneur (E2), ditaja oleh Malaysian Venture Capital Management dan diuruskan oleh Technopreneurs Association of Malaysia (TeAm), telah dilancarkan juga untuk mewujudkan kesedaran dan menggalakkan keusahawanan di kalangan pelajar universiti tempatan dan menggalakkan mereka menimbangkan kerjaya alternatif dalam bidang keusahawanan atau tekno usahawan.

(6)

1.0.1.4 PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK

Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dikenali sebagai universiti swasta e-pembelajaran pertama Malaysia yang berstatus-MSC dan diperakui ISO9001:2000. UNITAR memulakan operasinya pada 18 Disember 1997 semasa ia menerima surat jemputan untuk memulakan universiti daripada Menteri Pendidikan ketika itu, Yang Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Menteri ini telah merasmikan universiti berkenaan pada 21 Disember 1998 di Pusat Pengajian Kelana Jaya. Seterusnya, ia menerima surat penubuhannya pada Februari 1999 daripada Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan telah meluluskan pendaftaran UNITAR pada 28 Januari 2000. Sehingga sekarang, UNITAR mempunyai 7 pusat pendidikan di seluruh Malaysia. Pusat pendidikan ini terletak di Johor Baru, Pulau Pinang, Ipoh, Alor Star, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching. Pada semester Julai 2008, jumlah pelajar yang berdaftar dalam program-program Diploma dan Sarjana Muda di bawah Fakulti Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan, dan Fakulti Teknologi Maklumat adalah berjumlah seramai 6,067 orang (Lampiran A).

(7)

Badan Pengetahuan di kalangan Ekonomi Baru Muncul’. Untuk merealisasikan visi ini, misi universiti adalah untuk ‘menjadi Pusat Kecemerlangan dalam memupuk Kepimpinan Pengurusan dan Keusahawanan dalam Pembangunan Modal Insan melalui Penyelidikan Berkualiti, Pengajaran dan Pembelajaran, dan Perkhidmatan Profesional'. Dalam ucapan Tahun Baru beliau Januari 2008 lalu, Naib Canselor meminta agar budaya organisasi universiti diberi nafas baru dan agar pihak universiti berusaha ke arah memupuk kerja sama, profesionalisme, etika, dan dinamisme dalam kepimpinan dan keusahawanan.

(8)

Jadual 1 menunjukkan penelitian yang dibuat kepada program-program Diploma dan Sarjana Muda di dalam empat fakulti di UNITAR yang ditawarkan pada semester Mei 2008.

Jadual 1: Penelitian Terhadap Objektif Program dan Kandungan Pendidikan Keusahawanan

Program Objektif Program KandunganPendidikan

Keusahawanan Jam Kredit

Kerja luar – setiap pelajar diberi

(9)

Program Objektif Program KandunganPendidikan

(10)

Program Objektif Program KandunganPendidikan

Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial

Diploma

(11)
(12)

Program Objektif Program KandunganPendidikan Fakuti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan

(13)
(14)
(15)

Program Objektif Program KandunganPendidikan

* PBL merujuk kepada kurikulum yang mengandungi beberapa pemasalahan yang direkabentuk secara terperinci bertujuan untuk mengasah kemahiran pelajar seperti pemikiran kritikal, kemahiran di dalam menyelesaikan masalah, arah tuju kendiri di dalam strategi pembelajaran dan bekerja secara berkumpulan.

** Pengajaran: Berasaskan Kuliah dan PBL.

Penelitian di dalam Jadual 1 dibuat bagi melihat setakat mana pendidikan keusahawanan yang formal dan khusus terkandung di dalam program-program yang ditawarkan di UNITAR dan ianya diukur berdasarkan jam kredit pembelajaran dan samada elemen pembelajaran berasaskan pemasalahan (PBL) digunakan oleh pensyarah-pensyarah. Beberapa kesimpulan dapat dibuat seperti:

(16)

2. Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial memperkenalkan 1 kursus Keusahawanan di dalam program-program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Sarjana Muda Pendidikan.

3. Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan menawarkan kursus keusahawanan di dalam semua program diploma tetapi tidak kepada program Sarjana Muda. Yang menariknya hanya fakulti ini telah mengambil inisiatif mengintegrasikan Keusahawanan di dalam kurikulum pengajaran dan pembelajaran serta permarkahan, di mana satu kertas projek Rancangan Perniagaan dibangunkan pelajar-pelajar melalui kesinambungan kursus-kursus teras perniagaan seperti Prinsip Pengurusan, Prinsip Pemasaran, Pengurusan Frontoffice, Housekeeping, Perkhidmatan Makanan dan Minuman, serta Pembelian dan Kawalan Kos. Contohnya, ketika pelajar mengambil kursus Prinsip Pengurusan, pada akhir semester, pelajar-pelajar dikehendaki menghasilkan struktur organisasi dan perancangan sumber manusia bagi projek perniagaan yang dirancangkan.

4. Fakulti Teknologi Maklumat tiada langsung mengintegrasikan keusahawanan di dalam mana-mana program yang ditawarkan.

(17)

diperhatikan bahawa proses pembelajaran yang digunakan masih lagi menjurus kepada pendidikan tentang keusahawanan (education about entrepreneurship) berbanding pendidikan untuk keusahawanan (education for entrepreneurship). Selain daripada apa yang dilakukan oleh Fakulti Pengurusan Hopitaliti dan Pelancongan bagi program-program diploma mereka dan kebanyakan program-program-program-program yang ditawarkan oleh Fakulti Pentadbiran Perniagaan, timbul tanda tanya samada proses pembelajaran telah diselarikan kepada visi, misi dan aspirasi pihak pengurusan UNITAR dan khususnya bagi penyelidikan ini, samada proses pembelajaran yang digunakan pada ketika ini mampu menghasilkan usahawan graduan.

1.0.2 PERNYATAAN MASALAH

(18)

siswazah. Ini adalah jangkaan umum yang dibayangkan bagi sebuah pusat kecemerlangan dan pemimpin dalam pendidikan keusahawanan.

Dengan asimilasi dan penyerapan budaya dan nilai keusahawanan ke seluruh universiti dan fakulti, dipercayai bahawa kedua-dua pihak akademik dan pelajar akan mewujudkan darjah kreativiti, inovasi dan keusahawanan yang lebih tinggi. Di dalam situasi yang sedemikian rupa, maka proses pembelajaran di dalam program-program sarjana muda dan diploma yang ditawarkan oleh empat fakulti di UNITAR iaitu Fakulti Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial dan Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan, seharusnya mempunyai kesan dan impak yang positif terhadap niat keusahawanan pelajar-pelajar dan keputusan kerjaya mereka terhadap keusahawanan. Namun, dalam konteks UNITAR yang kini mempunyai fokus yang kuat terhadap pendidikan keusahawanan, ia kekal sebagai sebuah persoalan terbuka.

(19)

memupuk niat keusahawanan di kalangan pelajarnya demi untuk merealisasikan visi dan misi untuk menjadi pusat kecemerlangan di dalam pendidikan keusahawanan.

1.0.3 SOALAN KAJIAN

Kertas ini bertujuan untuk menutup jurang yang ada dengan memeriksa perhubungan di antara proses pembelajaran, niat keusahawanan dan usahawan graduan di kalangan pelajar mahasiswa di UNITAR. Ini akan membantu dalam membangunkan sebuah dasar yang jelas untuk menggalakkan keusahawanan di peringkat nasional agar generasi masa hadapan kita, secara umum, dan graduan baru, secara khusus, dapat bergerak peringkat baru dengan menjadi usahawan. Secara khusus, kajian ini akan memfokuskan kepada soalan-soalan berikut:

1. Apakah hubungan di antara sifat demografi pelajar dan keputusan kerjaya pelajar

untuk menjadi usahawan graduan?

2. Apakah hubungan di antara proses pembelajaran dan niat keusahawanan di

kalangan pelajar di UNITAR?

3. Apakah hubungan di antara niat keusahawanan di kalangan pelajar di UNITAR dan keputusan kerjaya pelajar untuk menjadi usahawan graduan?

(20)

1.0.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini cuba untuk menyumbang kepada asas pendidikan dengan mengenal pasti pengaruh proses pembelajaran di dalam program yang ditawarkan pada peringkat sarjana muda dan diploma di UNITAR terhadap niat keusahawanan pelajar dan pilihan kerjaya untuk menjadi usahawan graduan. Sebagai tambahan, kajian ini memeriksa kesan langsung proses pembelajaran pada setiap dimensi niat keusahawanan dan ke tahap apa setiap komponen dalam proses pembelajaran itu menyumbang kepada pilihan atau keputusan pelajar untuk menjadi seorang usahawan.

(21)

Penemuan ini juga akan membantu dalam pembangunan konsep standard tempatan dalam pendidikan keusahawanan di universiti Malaysia. Konsep ini boleh juga digunakan di peringkat pendidikan yang lebih rendah seperti sekolah dan prasekolah, untuk menarik minat golongan muda terhadap kreativiti, inovasi dan aktiviti keusahawanan. Memandangkan model atau konsep sedemikian belum lagi dibangunkan di dalam sebuah ekonomi yang sedang membangun, tambahan pula dalam konteks Malaysia, konsep ini akan menjadi batu loncatan ke arah membentuk masyarakat keusahawanan pada masa hadapan.

1.0.5 LIMITASI

(22)

metodologi yang digunakan dan keputusan yang diperoleh mungkin tidak mematuhi kesahan luaran dan pengitlakan mungkin bermasalah.

1.0.6 DAFTAR ISTILAH

Demi menilai keberkesanan UNITAR dalam memupuk niat keusahawanan, teori kelakuan terancang, yang asalnya dibentangkan oleh Ajzen (1991) telah digunakan. Teori ini menganggap tingkah laku sosial manusia berdasarkan logik, terkawal atau dirancang dalam segi ia mengambil kira kesan yang mungkin berlaku akibat daripada kelakuan yang dipertimbangkan (Ajzen dan Fishbein, 2000). Teori kelakuan terancang itu membuat postulat mengenai tiga penentu yang dari segi konseptual berasingan berkaitan dengan niat. Menurut Ajzen (1991: 188);

“...yang pertama ialah sikap terhadap kelakuan, yang merujuk kepada darjah pada

masa seseorang mempunyai penilaian atau penaksiran yang menggalakkan atau

tidak menggalakkan terhadap kelakuan yang diperkatakan. Penelah kedua ialah

faktor sosial yang diistilahkan norma subjektif; ia merujuk kepada tekanan sosial

yang diamati untuk melaksanakan atau tidak kelakuan itu. Anteseden ketiga niat

ialah darjah kawalan kelakuan yang diamati yang merujuk kepada kemudahan

atau kesukaran yang diamati dalam melaksanakan kelakuan itu dan ia dianggap

sebagai menggambarkan pengalaman lalu juga halangan dan rintangan yang

(23)

Sebagai peraturan umum, semakin menggalakkan sikap dan norma subjektif dari segi kelakuan, dan semakin hebat kawalan kelakuan yang diamati, niat individu untuk melaksanakan kelakuan yang di bawah pertimbangan sepatutnya menjadi semakin kuat.

Kajian ini menggunakan definisi keusahawanan yang digunakan oleh Monitor Keusahawanan Global (GEM) yang telah diselarikan dengan definisi keusahawanan yang terkini yang menekankan aspek daya saing, kreativiti, inovasi dan pertumbuhan perniagaan (NCGE, 2004). Maka, keusahawanan didefinisikan sebagai,

“Sebarang percubaan untuk melaksanakan perniagaan baru atau penciptaan

usaha niaga baru, seperti bekerja sendiri, organisasi perniagaan baru, atau

pengembangan perniagaan sedia ada oleh seorang individu, sekumpulan

individu, atau perniagaan yang telah bertapak.”

(24)

BAB II: RANGKA TEORI

2.0.1 DEFINISI KEUSAHAWANAN

(25)

Cromie (2000), “Keusahawanan adalah memulakan ... dan membina sebuah perusahaan daripada sekadar ... melihatnya. Ia adalah kemahiran mengesan peluang di mana orang lain melihat huru-hara, penyangkalan dan kekeliruan. Ia adalah keupayaan untuk membina “pasukan pengasas” untuk melengkapkan kemahiran dan bakat anda sendiri. Ia adalah pengetahuan untuk mencari, mengawasi dan mengawal sumber ... Akhirnya ia adalah kesanggupan untuk mengambil risiko."

(26)

untuk usahawan. Maka, ini menyebabkan kewujudan beberapa pendekatan dalam menerangkan usahawan perseorangan seperti pemeriksaan ciri dan tindakan usahawan, penilaian sikap perseorangan, halangan yang dikesan kepada usahawan perseorangan, motivasi, aspirasi, kecekapan, tahap pembangunan dan cara pemikiran, dan pendekatan kognitif di dalam penilaian perseorangan (Gartner, 1988; Stevenson and Jarillo, 1990; Venkataraman, 1997, Meyer et. al., 2002; Krueger, 2003).

2.0.2 PENGAJIAN KEUSAHAWANAN

Keusahawanan pertama kali dilihat dari minda para ahli ekonomi. Seterusnya, beberapa disiplin mula melihat kepada keusahawan dari perspektif mereka, selanjutnya menyumbang kepada pandangan pelbagai disiplin yang dinikmati oleh keusahawanan hari ini. Sebahagian daripada disiplin ini adalah teologi, psikologi, psikologi sosial, sosiologi, kelakuan organisasi dan pengurusan strategik (Alias, 1990).

(27)

2.0.3 PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DAN LATIHAN

Kajian-kajian lalu mengenai hubungan antara pendidikan dan keusahawanan telah memberi keputusan yang bercanggah. Secara logik, pendidikan sepatutnya mempengaruhi tujuan keusahawanan memandangkan ia menyiapkan dan menyediakan keyakinan yang sangat diperlukan untuk menceburi perniagaan. Nor, Ezlika, dan Ong (2004) dalam sebuah kajian usahawan bandar Malaysia mendapati yang majoriti usahawan lelaki Melayu tidak mempunyai pendidikan tinggi berbanding kaum Cina. Nor Aishah dan Yufiza (2004) dalam kajian mereka terhadap kontraktor juga mendapati hanya 11.3% daripada responden memiliki pendidikan tinggi.

(28)

Jamieson (1984) mengkategorikan rangka kerja pendidikan keusahawanan ke dalam 3 jenis iaitu pendidikan tentang perusahaan, pendidikan untuk perusahaan dan pendidikan dalam perusahaan. Sama ada pendidikan yang diberikan memberi fokus kepada tentang perusahaan, untuk perusahaan atau dalam perusahaan, bergantung pada proses pembelajaran yang digunakan oleh fakulti pengajaran. Walaupun terdapat sebilangan kajian yang mengkaji perkaitan antara pendidikan keusahawanan dan niat keusahawanan tetapi hanya sedikit saja kajian yang memeriksa secara khusus sama ada darjah proses pembelajaran di dalam program yang ditawarkan mempunyai kesan langsung kepada niat keusahawanan pelajar dan keputusan kerjaya untuk menjadi usahawan sebaik menamatkan pengajian.

Kebelakangan ini terdapat peningkatan dalam minat untuk menyelidik kaitan di antara keusahawanan dan pendidikan secara umum, dan program latihan keusahawanan secara khusus. Penyelidikan telah menunjukkan yang kehadiran program pendidikan keusahawanan dan imej positif pencipta usaha niaga di dalam institusi kedua-duanya menjadi insentif kepada pelajar untuk memilih kerjaya keusahawanan. Sebagai contoh, Johannisson (1991) menekankan impak positif pada persepsi pelajar terhadap keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, bersama dengan peranan yang dimainkan oleh sumber-sumber dan mekanisma sokongan lain yang terdapat di dalam persekitaran pengajaran.

(29)

dalam program bukan pengurusan. Varela dan Jimenez (2001), di dalam sebuah kajian panjang, telah memilih kumpulan-kumpulan pelajar daripada lima program di tiga buah universiti di Columbia dan mendapati bahawa kadar keusahawanan tertinggi telah dicapai di dalam universiti yang telah paling banyak melabur di dalam panduan dan latihan keusahawanan untuk pelajar mereka. Luthje dan Kranke (2003) menekankan kepentingan faktor mengikut konteks di dalam persekitaran universiti, yang memainkan peranan di dalam menyekat atau memudahkan kejadian dan keintensifan kelakuan keusahawanan untuk pelajar teknologi.

Di dalam sebuah kajian yang lebih terkini yang dijalankan di Finland, Hytti, Paaisa dan Pukkinen (2006) mendapati yang graduan lelaki mempunyai niat yang lebih tinggi untuk memulakan sebuah firma dalam lima tahun berikutnya berbanding wanita. Ini menunjukkan adanya keperluan terhadap lebih banyak usaha berterusan untuk menggalakkan keusahawanan di kalangan wanita. Ia juga menunjukkan bahawa latar belakang pengajian universiti mempengaruhi niat keusahawanan: pelajar dengan latar belakang kejuruteraan adalah sangat kurang kemungkinan untuk memulakan sebuah firma berbanding mereka di dalam pengurusan atau sains semula jadi.

(30)

yang dilihat tidak memainkan sebarang peranan langsung di dalam menentukan niat keusahawanan. Kesannya adalah “agak tidak langsung”.

Kemudian, Fayolle dan Gailly (2005) telah menggunakan teori kelakuan terancang untuk menilai program pengajaran keusahawanan. Mereka membuat kesimpulan bahawa penyelidikan lanjut perlu dijalankan “untuk mengenal pasti kaitan di antara ciri program spesifik ( pendekatan pedagogi, objektif, profil pengajar,

kandungan, dll) dan keberkesanan program itu, dan menggunakan perbandingan itu

untuk memperbaiki corak sesebuah program latihan keusahawanan”.

2.0.4 TEORI KELAKUAN TERANCANG DAN APLIKASINYA PADA PENYELIDIKAN KEUSAHAWANAN

Teori kelakuan terancang, yang pada asalnya dipersembahkan oleh Ajzen (1991) adalah sebuah lanjutan kepada teori tindakan berhujah (Ajzen dan Fishbein, 1980). Teori ini menganggap tingkah laku sosial manusia adalah berdasarkan logik, terkawal atau dirancang dalam segi yang ia mengambil kira kesan yang mungkin berlaku akibat dari kelakuan yang dipertimbangkan (Ajzen dan Fishbein, 2000).

(31)

1. Sikap terhadap kelakuan: tahap di mana seseorang mempunyai penilaian yang disukai atau tidak disukai terhadap kelakuan yang dibincangkan (Ajzen, 1991). Apabila isu baru timbul yang memerlukan maklum balas berpenilaian, orang ramai boleh melihat kepada maklumat (kepercayaan) relevan yang tersimpan di dalam memori. Disebabkan setiap daripada kepercayaan ini membawa implikasi berpenilaian, sikap terbentuk secara automatik. Faktor ini melingkungi tanggapan keinginan yang dapat dilihat (atau ketiadaannya), yang mana merupakan satu daripada komponen model Shapero dan Sokol (1982).

2. Norma subjektif: tekanan sosial yang dapat dilihat untuk melakukan atau tidak kelakuan itu (Ajzen, 1991); sebagai contoh, persepsi seseorang terhadap pendapat orang lain tentang kelakuan yang dicadangkan. Persepsi ini adalah dipengaruhi oleh kepercayaan norma dan adalah kurang relevan untuk individu dengan lokus kawalan dalaman yang kuat (Ajzen, 1991 & 2002) berbanding untuk mereka dengan orientasi tindakan yang kuat (Bagozzi, Baumgartner dan Yi, 1992).

3. Kawalan kelakuan boleh dilihat: Kemudahan atau kesukaran yang dapat dilihat dalam melaksanakan satu kelakuan (Ajzen, 1991). Konsep ini telah diperkenalkan ke dalam teori kelakuan terancang “untuk menyesuaikan elemen tanpa-rela yang sekurang-kurangnya berpotensi untuk ada, di dalam semua

(32)

Faktor-faktor ini berkait kepada persepsi kebolehlaksanaan kelakuan, yang mana merupakan satu penelah kelakuan yang penting. Individu selalunya memilih untuk mengambil dan mengamalkan kelakuan yang mereka rasa boleh mereka kawal dan kuasai.

(33)

Rajah 1: Menganalisis Niat Terhadap Kelakuan Keusahawanan Menggunakan Teori Kelakuan Terancang - Krueger & Carsrud (1993: 323).

(34)

Antara penyelidik lain yang telah mengkaji perhubungan di antara anteseden niat dan kelakuan keusahawanan adalah Krueger dan Dickson (1994), yang mendapati bahawa peningkatan kawalan kelakuan yang boleh dilihat meningkatkan persepsi peluang. Davidsson (1995) dan Kolvereid (1996) juga telah membincangkan bahawa penguasaan pengalaman melalui imaginasi dan pengaruh sosial adalah faktor yang mungkin menjejaskan niat dan/atau keputusan untuk memulakan satu perniagaan baru (Fayolle dan Gailly, 2005).

Selanjutnya, niat keusahawanan telah didapati menjadi lebih kuat apabila dipengaruhi oleh model peranan keusahawanan yang positif dan oleh saudara rapat (Boyd dan Vozikis (1994). Ini juga telah disokong apabila Tkachev dan Kolvereid (1999) menunjukkan bahawa satu faktor dominan dalam meramalkan pilihan status (bekerja sendiri atau makan gaji) adalah model peranan itu sendiri. Di dalam sebuah kajian lebih terkini yang dijalankan oleh Alos, Isaksen dan Softing (2006), pengalaman pada penglibatan dalam perusahaan muda di Norway menyumbang kepada sikap lebih positif terhadap keusahawanan, persepsi kawalan kelakuan yang lebih kuat dan norma subjektif lebih positif terhadap keusahawanan. Melalui ketiga-tiga anteseden niat ini, perusahaan muda didapati berkait kuat kepada niat keusahawanan.

(35)

PENGALAMAN PERUSAHAAN

MUDA

SIKAP TERHADAP KELAKUAN

NORMA SUBJEKTIF

KAWALAN KELAKUAN YANG DILIHAT

NIAT KEUSAHAWANAN

Rajah 2: Model penyelidikan: Pengalaman Perusahaan Muda dan Niat Memulakan Perniagaan - Alos, Isaksen dan Softing (2006: 6).

2.0.5 RANGKA KERJA TEORI

(36)

perhubungan proses pembelajaran, niat keusahawanan dan keputusan kerjaya untuk menjadi usahawan.

Rajah 3: Rangka Kerja Teori

Pemboleh ubah bebas di dalam kajian ini adalah ‘proses pembelajaran’. Rangka kerja mencadangkan bahawa proses pembelajaran boleh mempengaruhi niat keusahawanan pelajar. Menurut Fayolle dan Gailly (2005), komponen proses pembelajaran termasuklah objektif pengajaran, kandungan, tempoh, kaedah dan pendekatan pengajaran, jenis pelajar dan disiplin, keintensifan, kekerapan, bilangan pengajar dan profil. Bagaimanapun, kajian ini cuma memfokuskan pada tiga pemboleh ubah yang merangkumi kandungan program dan kursus, kaedah pembelajaran dan pensyarah. Dengan memfokuskan pada faktor-faktor ini, kajian ini bertujuan untuk

Proses Pembelajaran

Niat Keusahawanan

Sikap terhadap kelakuan

Norma subjektif

Kawalan Kelakuan yang Dilihat

(37)

dalam program sarjana muda dan diploma di UNITAR dengan niat keusahawanan dan penentuan kerjaya pelajar apabila menamatkan pengajian.

(38)

BAB III: METODOLOGI

3.0.1 PENGUMPULAN DATA DAN SAMPEL

(39)

3.0.2 ANALISA PEMFAKTORAN (FACTOR ANALYSIS)

Semasa melakukan analisa pemfaktoran, matriks korelasi 49 pemboleh ubah telah diperolehi. Hasil yang diterima menunjukkan bahawa analisa pemfaktoran boleh dilaksanakan kerana ukuran kepadatan pensampelan KMO (Kaiser-Meyer-Olkin) adalah 0.908 (yakni lebih besar dari 0.6). Tambahan pula, ujian kesferaan Bartlett adalah signifikan. Analisa pemfaktoran dengan kaedah “principal axis factoring” dan pusingan Varimax kemudiannya digunakan untuk merangkumkan pemboleh ubah-pemboleh ubah di dalam Seksyen B, C, D dan E soal selidik kepada beberapa faktor yang berkaitan dengan proses pembelajaran, niat keusahawanan dan keputusan kerjaya. Bagi mengawal jumlah faktor yang akan dijana, nilai minima satu (1) ditetapkan untuk nilai “Eigen”. Faktor-faktor yang mempunyai nilai “Eigen” kurang daripada 1 dianggap sebagai tidak signifikan dan dikeluarkan.

(40)

hubungan yang bermakna, maka faktor-faktor ini dikekalkan dan diinterpretasikan. Faktor-faktor ini ditunjukkan di Jadual 2.

F1: SIKAP TERHADAP KELAKUAN (ATT) F2: PROSES PEMBELAJARAN (LP)

F3: KEPUTUSAN KERJAYA (CC) F4: NORMA SUBJEKTIF (SN)

F5: KAWALAN KELAKUAN YANG DILIHAT (PBC)

Jadual 2: Analisa Pemfaktoran

ITEM PEMBOLEH UBAH F 1 F2 F 3 F 4 F5

A career as an entrepreneur is attractive for me 0.766 Being an entrepreneur would entail great satisfactions for me 0.724 If given a choice I would rather be an entrepreneur 0.698 Being an entrepreneur implies more advantages than

disadvantages to me 0.587

I would rather be my own boss 0.566

I would rather start up my own company than be the

manager of an existing one* 0.561*

I can only make a lot of money if I am self-employed* 0.515* If I have the opportunity and resources, I’d like to start up a

company 0.501

I believe I will be successful if I start a business 0.421

My lecturers have good management skills 0.749

My lecturers encourage me to be an entrepreneur 0.698 Meeting face-to-face with lecturers upgrades my confidence

to accept challenges in life 0.684

Classroom teaching has made me more creative 0.644 The diploma/bachelor program I’m taking educates me to

pursue entrepreneurship 0.634

My lecturers emphasize performance in examinations 0.614 The learning process prepares me forentrepreneurship 0.545 The type of program influences a student’s decisionto start

a business 0.544

The courses provide me with sufficient skillsto start my

own business 0.522

Group assignments give me the experience ofmanaging

(41)

I am determined to create a company in future 0.629 I have put a lot of thought about starting abusiness 0.628

My decision to be an entrepreneur is final 0.601

My professional goal is to become anentrepreneur 0.584

I am ready to be an entrepreneur 0.579

I will make the effort to start my own company 0.568

I intend to be an entrepreneur after completingmy studies 0.543

I have started a business while studying* 0.480*

My family has a positive view of entrepreneurship 0.717

If I decide to start a business, my family wouldapprove of

such a decision 0.660

If I decide to start a business, my friends wouldapprove of

such a decision 0.588

My friends have a positive view of entrepreneurship 0.584

Starting a business is easy for me 0.740

Growing a business is easy for me 0.714

I know how to develop a new business 0.608

I know how to develop the management team fora company 0.439

*Item pemboleh ubah yang dikeluarkan untuk meningkatkan kebolehpercayaan faktor

3.0.3 ANALISA KEBOLEHPERCAYAAN

(42)

kebolehpercayaan data. Nilai-nilai pekali alfa Cronbach adalah digambarkan di bawah di dalam Jadual 3.

Jadual 3: Statistik Kebolehpercayaan

FAKTOR-FAKTOR ALFA

CRONBACH

F1 : SIKAP TERHADAP KELAKUAN (ATT) 0.895

F2 : PROSES PEMBELAJARAN (LP) 0.899

F3 : KEPUTUSAN KERJAYA (CC) 0.917

F4 : NORMA SUBJEKTIF (SN) 0.840

F5 : KAWALAN KELAKUAN YANG DILIHAT (PBC) 0.789

Merujuk kepada rangka teori di dalam Bab II, dinyatakan bahawa konstruk ‘niat keusahawanan’ adalah hasil daripada tiga penentu iaitu sikap terhadap kelakuan, norma subjektif dan kawalan kelakuan yang dilihat. Ujian pekali alfa Cronbach juga telah dijalankan kepada konstruk niat keusahawanan bagi menentukan ketekalan dalamannya. Nilai pekali alfa Crobach bagi niat keusahawanan dinyatakan di dalam Jadual 4.

Jadual 4: Statistik Kebolehpercayaan Konstruk Niat Keusahawanan

Alfa Crobach Alfa Cronbach Berdasarkan Item

Standard N Item

(43)

BAB IV: ANALISA DATA DAN PERBINCANGAN

4.0.1 DEMOGRAFI DAN CIRI-CIRI SAMPEL

Berdasarkan kepada ciri-ciri demografi yang ditunjukkan pada Jadual 5 di bawah, didapati bahawa majoriti responden adalah daripada kumpulan jantina perempuan (65.3%), berada pada lingkungan umur 18 – 22 tahun (61%) dan masih bujang (96.6%). Dari segi bangsa, majoriti responden berbangsa Melayu (37.4%), diikuti dengan yang berbangsa India (25.2%), Cina (19.3%) dan lain-lain (18.1%), yang dipercayai kebanyakannya adalah kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Selari dengan komposisi bangsa, majoriti responden beragama Islam (42.9%), diikuti dengan yang beragama Hindu (22.7%), Kristian (19%), Buddha (14.1%) dan lain-lain (1.3%).

(44)

mereka belum mengambil subjek tersebut. Kebiasaannya, subjek tersebut diambil pada tahun akhir atau tahun keempat pengajian.

(45)
(46)
(47)

Apakah Sebab Utama Bagi Untuk menerima cabaran dan risiko yang menggambarkan persepsi terhadap proses pembelajaran, elemen-elemen niat keusahawanan dan keputusan kerjaya. Nilai purata yang tinggi didapati untuk tiga konstruk iaitu norma subjektif, proses pembelajaran dan keputusan kerjaya. Manakala, nilai purata yang sederhana didapati untuk sikap terhadap kelakuan dan nilai yang agak rendah bagi kawalan kelakuan yang dilihat.

Jadual 6: Statistik Deskriptif

Konstruk Purata Sisihan Piawai

F1 : SIKAP TERHADAP KELAKUAN (ATT) 3.35 5.07

F2 : PROSES PEMBELAJARAN (LP) 3.70 7.14

F3 : KEPUTUSAN KERJAYA (CC) 3.57 5.90

F4 : NORMA SUBJEKTIF (SN) 3.85 3.16

(48)

Penelitian seterusnya dilakukan kepada konstruk-konstruk proses pembelajaran dan keputusan kerjaya. Jadual 7 menunjukkan nilai-nilai purata dan sisihan piawai pada 11 item yang mengukur persepsi pelajar terhadap proses pembelajaran di UNITAR.

Jadual 7: Purata dan Sisihan Piawai Jawapan untuk Konstruk Proses Pembelajaran (n = 326)

Item-Item Purata Sisihan

Piawai 1. Group assignments give me the experience ofmanaging people 3.99 0.86

2. Case studies train me to be a problem solver 3.94 0.84

3. Meeting face-to-face with lecturers upgrades my confidence to

accept challenges in life 3.93 0.94

4. My lecturers have good management skills 3.75 0.90

5. The learning process prepares me forentrepreneurship 3.72 0.93 6. My lecturers emphasize performance in examinations 3.66 0.91 7. The diploma/bachelor program I’m taking educates me to pursue

entrepreneurship 3.62 0.96

8. The type of program influences a student’s decisionto start a

business 3.60 0.90

9. The courses provide me with sufficient skillsto start my own

business 3.59 0.90

10. Classroom teaching has made me more creative 3.47 1.02

11. My lecturers encourage me to be an entrepreneur 3.43 0.94

(49)

Perniagaan (73.3%) terutamanya program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (46.3%).

Pelajar-pelajar ini dipercayai mempunyai kecenderungan yang tinggi samada terhadap memulakan perniagaan atau untuk mengurus sesuatu perniagaan dan didapati bahawa mereka mempercayai bahawa proses pembelajaran dan apa yang dipelajari membantu mempersiapkan diri mereka bagi tujuan tersebut. Namun agak menarik juga bila didapati bahawa pengajaran di dalam bilik darjah menerima nilai purata kedua rendah (Item 10) dan pengaruh pensyarah di dalam memotivasikan pelajar terhadap keusahawanan (Item 11) menerima nilai purata terendah. Jawapan-jawapan ini selari dengan jawapan yang diterima bagi Item 6, yakni pensyarah-pensyarah lebih menekankan kepada prestasi di dalam peperiksaan. Kesimpulannya, peranan pensyarah masih di tahap yang lemah dan perlu diperbaiki lagi dalam mempengaruhi dan memotivasi pelajar-pelajar ke arah kerjaya dan pemikiran keusahawanan.

Jadual 8 pula menunjukkan nilai-nilai purata dan sisihan piawai pada 7 item yang mengukur persepsi pelajar terhadap pilihan kerjaya sebagai usahawan graduan.

Jadual 8: Purata dan Sisihan Piawai Jawapan untuk Konstruk Keputusan Kerjaya (n = 326)

Item-Item Purata Sisihan

Piawai 1. I am determined to create a company in future 3.92 0.97 2. I have put a lot of thought about starting abusiness 3.75 1.01

3. I will make the effort to start my own company 3.67 0.97

4. My professional goal is to become anentrepreneur 3.50 1.11 5. I intend to be an entrepreneur after completingmy studies 3.46 1.01

6. My decision to be an entrepreneur is final 3.36 1.16

(50)

Item-item di dalam Jadual 8 telah disusun mengikut aturan nilai-nilai purata daripada nilai yang tinggi (di atas) kepada yang rendah (di bawah). Didapati bahawa, secara umumnya, responden-responden sememangnya berkeinginan dan berhasrat untuk menjadi usahawan dan menceburi bidang keusahawanan tetapi tidak terus selepas tamat pengajian mereka. Mereka melihat bidang dan kerjaya keusahawanan sebagai sesuatu yang akan dilakukan pada masa akan datang. Ini mungkin berpunca daripada set minda yang tidak bersedia dan masih berbelah bagi dalam pemilihan kerjaya keusahawanan seperti yang didapati daripada Item 6 dan 7.

4.0.3 UJIAN-T BAGI JANTINA DAN JENIS PROGRAM

(51)

Ujian-T juga dilakukan ke atas pemboleh ubah jenis program yang diambil oleh responden bagi menentukan samada wujud perbezaan di antara pelajar yang mengambil program diploma dan pelajar yang mengambil program sarjana muda berhubung persepsi mereka terhadap keputusan kerjaya sebagai usahawan graduan. Ujian Levene menunjukkan nilai-p yang lebih tinggi daripada 0.05 maka wujud kesamaan variasi (yakni salah satu andaian bagi kumpulan bebas ujian-T). Nilai-t dan nilai-p yang berkaitan didapati tidak signifikan pada tahap 5% signifikan. Maka, dapat dirumuskan bahawa tidak wujud perbezaan signifikan di antara pelajar yang mengambil program diploma dan pelajar yang mengambil program sarjana muda berhubung persepsi mereka terhadap keputusan kerjaya sebagai usahawan graduan. Keputusan ditunjukkan di Jadual 9.

Jadual 9: Ujian-T untuk Jantina dan Jenis Program

Pemboleh Ubah Ujian Levene bagi kesamaan

variasi Ujian-T bagi kesamaan purata

F Sig T df Sig (2 tail)

Jantina 0.788 0.375 3.933 324 0.000*

Jenis Program 0.01 0.921 0.611 324 0.542

(52)

4.0.4 ANALISA VARIASI (ANOVA)

Bagi kumpulan yang lebih daripada dua iaitu pemboleh ubah bangsa dan agama, ujian ANOVA dilakukan untuk menentukan samada wujud perbezaan di antara nilai-nilai purata kumpulan yang terlibat dan hubungan mereka terhadap keputusan kerjaya sebagai usahawan graduan. Didapati bahawa wujud perbezaan signifikan di antara kumpulan bangsa dan hubungan mereka terhadap pilihan kerjaya sebagai usahawan graduan. Begitu juga bagi kumpulan berdasarkan agama, didapati pemilihan kerjaya sebagai usahawan graduan berbeza di antara kumpulan berdasarkan agama. Nilai-F dan nilai-p yang berkaitan didapati signifikan (p < 0.05). Keputusan ujian ditunjukkan pada Jadual 10.

Jadual 10: ANOVA bagi Bangsa dan Agama

Pemboleh Ubah ANOVA bagi kesamaan purata

Sum

of squares df. MeanSquare F Sig. (2 tail)

Bangsa 465.995 3 155.332 4.612 0.004*

Agama 377.853 4 94.463 2.774 0.027*

*Signifikan pada tahap 5% signifikan

(53)

Jadual 11: ANOVA bagi Bangsa

Pemboleh Ubah Mean Difference

of squares Standard Error Tahap Signifikan

Melayu Cina * Perbezaan purata adalah signifikan pada tahap 5%

Ujian Tukey HSD juga dilakukan untuk menentukan di mana wujudnya nilai yang signifikan bgai pemboleh ubah agama. Didapati bahawa perbezaan signifikan wujud di antara kumpulan agama Islam dan Kristian sahaja. Perbezaan nilai purata kedua-dua kumpulan ini adalah signifikan pada tahap 10%. Namun, tiada jaminan tidak berlaku tahap kesalahan Jenis I (Type I level error) kerana saiz sampel setiap kumpulan tidak sama. Keputusan ujian boleh dilihat pada Jadual 12.

Jadual 12: ANOVA bagi Agama

(54)

Lain-lain Islam Buddha Hindu Kristian

-4.36372 -1.94390 -3.15019 -2.09447

2.95931 3.04214 2.99574 3.01057

0.580 0.969 0.831 0.957 * Perbezaan purata adalah signifikan pada tahap 10%

4.0.5 UJIAN-T BAGI PENGAMBILAN SUBJEK KEUSAHAWANAN, STATUS PEKERJAAN DAN PENGLIBATAN DALAM PERNIAGAAN

Ujian-T dilakukan bagi mengetahui samada wujud perbezaan di antara pelajar yang telah mengambil subjek keusahawanan dengan yang belum berhubung persepsi mereka terhadap keputusan kerjaya sebagai usahawan graduan. Ujian Levene menunjukkan nilai-p yang lebih tinggi daripada 0.05 maka wujud kesamaan variasi (yakni salah satu andaian bagi kumpulan bebas ujian-T). Nilai-t dan nilai-p yang berkaitan didapati adalah signifikan pada tahap 5% signifikan. Maka dirumuskan bahawa pengambilan subjek keusahawanan membawa pengaruh yang signifikan terhadap keputusan kerjaya sebagai graduan usahawan. Berdasarkan kepada nilai purata, didapati bahawa pelajar yang telah mengambil subjek keusahawanan lebih cenderung untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya. Keputusan ujian-T boleh dilihat di Jadual 13.

(55)

T). Nilai-t dan nilai-p yang berkaitan didapati adalah signifikan pada tahap 5% signifikan. Dengan yang demikian, dapat dikatakan bahawa status pekerjaan mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap keputusan kerjaya sebagai graduan usahawan. Berdasarkan kepada nilai purata, didapati bahawa pelajar yang bekerja lebih berkemungkinan memilih kerjaya sebagai usahawan graduan. Keputusan ujian-T ditunjukkan di Jadual 13.

Seterusnya, ujian-T juga dilakukan bagi menentukan samada wujud perbezaan di antara pelajar yang pernah terlibat dengan aktiviti perniagaan dengan yang tidak dalam hubungan terhadap keputusan kerjaya sebagai usahawan graduan. Ujian Levene menunjukkan nilai-p yang lebih tinggi daripada 0.05 maka wujud kesamaan variasi (yakni salah satu andaian bagi kumpulan bebas ujian-T). Nilai-t dan nilai-p yang berkaitan didapati adalah signifikan pada tahap 5% signifikan. Dengan yang demikian, dapat dikatakan bahawa penglibatan pelajar di dalam aktiviti perniagaan juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap keputusan kerjaya sebagai graduan usahawan. Berdasarkan kepada nilai purata, didapati bahawa pelajar yang pernah terlibat dengan aktiviti perniagaan lebih cenderung memilih kerjaya sebagai usahawan graduan. Keputusan ujian-T ditunjukkan di Jadual 13.

Jadual 13: Ujian-T bagi Menentukan Faktor Penentu Memilih Kerjaya Usahawan Graduan

Pemboleh Ubah Ujian Levene bagi kesamaan

variasi Ujian-T bagi kesamaan purata

F Sig T df Sig (2 tail)

Subjek keusahawanan 0.072 0.789 3.768 319 0.000*

Status pekerjaan 1.223 0.270 3.469 315 0.001*

Aktiviti perniagaan 1.289 0.257 5.998 309 0.000*

(56)

4.0.6 ANALISA KORELASI

Nilai korelasi diambil bagi kelima-lima faktor bagi menentukan samada wujud hubungan positif dan signifikan di antara mereka. Khususnya, analisa korelasi dilakukan antara pemboleh ubah bergantung Keputusan Kerjaya (CC) dan pemboleh ubah bebas yang lain iaitu Proses Pembelajaran (LP), Sikap Terhadap Kelakuan (ATT), Norma Subjektif (SN) dan Kawalan Kelakuan Yang Dilihat (PBC). Analisa korelasi juga dapat menunjukkan hubungan di antara LP dan ketiga-tiga elemen Niat Keusahawanan (EI).

Jadual 14: Korelasi antara Faktor-Faktor

Konstruk-konstruk 1 2 3 4 5

1 CC 1

2 LP 0.410** 1

3 ATT 0.753** 0.437** 1

4 SN 0.555** 0.415** 0.621** 1

PBC 0.581** 0.274** 0.481** 0.328** 1

**Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.01 signifikan (one-tailed)

Keputusan korelasi pada Jadual 14 menunjukkan bahawa:

1. Terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara proses pembelajaran dan keputusan pelajar untuk menjadi usahawan graduan.

2. Terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara proses pembelajaran dan ketiga-tiga faktor penentu niat keusahawanan.

(57)

4.0.7 REGRESI LINEAR MUDAH DI ANTARA PROSES PEMBELAJARAN DAN NIAT KEUSAHAWANAN

Regresi linear mudah dilakukan bagi mengkaji hubungan di antara niat keusahawanan (EI) dan pemboleh ubah bebas, proses pembalajaran (LP). Keputusan regresi tersebut ditunjukkan pada Jadual 15 di bawah:

Jadual 15: Regresi Linear Mudah antara Proses Pembelajaran dan Niat Keusahawanan

Model Unstandardized Coefficients Standardized

Coefficients

t Sig.

B Std. Error Beta

Constant 29.485 2.608

0.471 11.308 0.0001

LP 0.606 0.063 9.603 0.0001

Adjusted R-Square = 0.219

(58)

4.0.8 ANALISA REGRESI BERGANDA

Analisa regresi berganda yang standard dilakukan bagi mengkaji hubungan di antara pemboleh ubah bergantung, Keputusan Kerjaya (CC) dengan tiga pemboleh ubah bebas, Sikap Terhadap Kelakuan (ATT), Norma Subjektif (SN) dan Kawalan Kelakuan Yang Dilihat (PBC), yang juga merupakan tiga faktor penentu Niat Keusahawanan (EI). Keputusan analisa regresi berganda tersebut ditunujukkan pada Jadual 16 di bawah.

Jadual 16: Keputusan Analisa Regresi Berganda

Pemboleh Ubah Bebas Pemboleh Ubah Bergantung: CC Tahap

Signifikan Nota: Koefisien Standardized dilaporkan bersama-sama statistik t

* = p < 0.05

(59)

4.0.9 REGRESI LINEAR MUDAH DI ANTARA PROSES PEMBELAJARAN DAN KEPUTUSAN KERJAYA

Regresi linear mudah dilakukan bagi mengkaji hubungan di antara pemboleh ubah bebas, Proses Pembelajaran (LP) dan pemboleh ubah bergantung, Keputusan Kerjaya (CC). Keputusan regresi tersebut ditunjukkan pada Jadual 17 di bawah:

Jadual 17: Regresi Linear Mudah antara Proses Pembelajaran dan Keputusan Kerjaya

Model Unstandardized Coefficients Standardized

Coefficients

t Sig.

B Std. Error Beta

Constant 11.238 1.731

0.410 6.494 0.0001

LP 0.338 0.042 8.080 0.0001

Adjusted R-Square = 0.165

(60)

BAB V: RINGKASAN, KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN

CADANGAN

5.0.1 RINGKASAN

Laporan penyelidikan ini dibahagikan kepada lima bab. Bab I menghuraikan latarbelakang dan perkembangan keusahawanan di Malaysia. Peranan kerajaan Malaysia sangat penting dalam pembangunan keusahawanan, terutamanya usaha-usaha dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dan Kementerian Pengajian Tinggi. Dalam kancah pembangunan keusahawanan ini, UNITAR mengorak langkah baru memposisikan dirinya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan kepimpinan dan keusahawanan. Berlatarbelakangkan senario ini, kajian ini dibuat bagi menyelidiki setakat manakah proses pembelajaran dalam program-program Diploma dan Sarjana Muda yang ditawarkan oleh UNITAR telah berkesan dalam mempengaruhi pelajar-pelajarnya untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

(61)

teori kajian ini dan mengadaptasikan rangka teori yang telah digunakan oleh Krueger dan Carsrud (1993) serta Alos, Isaksen dan Softing (2006).

Bab III pula menerangkan metodologi yang telah digunakan dan keputusan analisa pemfaktoran dan penentuan kekonsistenan dalaman skala bagi borang kajiselidik kajian ini. Keputusan-keputusan analisa dan ujian tersebut mengenalpasti lima faktor yang mempunyai hubungan yang bermakna dan dikekalkan untuk penganalisaan data. Bab IV menghuraikan analisa data yang telah dilaksanakan dan perbincangan ke atas keputusan-keputusan yang diterima. Kesimpulan dan rumusan daripada analisa data di dalam Bab IV dibentangkan di dalam Bab ini dan di seksyen seterusnya.

5.0.2 KESIMPULAN

5.0.2.1 FAKTOR PENENTU DEMOGRAFI

Berdasarkan analisa kuantitatif yang dibuat, kajian ini mendapati bahawa wujud beberapa faktor demografi yang mempunyai hubungan dan pengaruh yang signifikan terhadap Keputusan Kerjaya pelajar di UNITAR untuk menjadi usahawan graduan. Faktor-faktor tersebut ialah:

(62)

2. Kumpulan Bangsa Melayu dan Cina lebih berkemungkinan memilih kerjaya sebagai usahawan.

3. Kumpulan pelajar yang beragama Islam dan Kristian lebih berkemungkinan memilih kerjaya sebagai usahawan.

4. Pelajar-pelajar yang telah mengambil subjek keusahawanan, yang bekerja atau yang pernah terlibat dengan aktiviti perniagaan lebih berkemungkinan memilih kerjaya sebagai usahawan.

(63)

5.0.2.2 PROSES PEMBELAJARAN SEBAGAI FAKTOR PENENTU KEPUTUSAN KERJAYA

Kajian ini juga mendapati bahawa faktor Proses Pembelajaran mempunyai hubungan yang signifikan terhadap Niat Keusahawanan dan juga Keputusan Kerjaya responden-responden. Walaupun begitu, pengaruh Proses Pembelajaran dalam menentukan Niat Keusahawanan dan Keputusan Kerjaya untuk menjadi usahawan graduan adalah lemah. Ada pelbagai elemen lagi di dalam Proses Pembelajaran yang perlu dikaji dan diketahui dan bagaimana elemen-elemen ini mempengaruhi Niat Keusahawanan dan Keputusan Kerjaya pelajar-pelajar. Kajian ini sekadar melihat kepada tiga elemen iaitu kaedah pembelajaran, kandungan kursus dan peranan pensyarah. Mungkin ini juga antara sebab mengapa pengaruh Proses Pembalajaran ke atas Niat Keusahawanan dan Keputusan Kerjaya responden-responden untuk menjadi usahawan didapati lemah.

(64)

5.0.2.3 NIAT KEUSAHAWANAN SEBAGAI FAKTOR PENENTU KEPUTUSAN KERJAYA

Kajian ini juga mendapati bahawa elemen-elemen Niat Keusahawanan yang terdiri daripada Sikap Terhadap Kelakuan, Norma Subjektif dan Kawalan Kelakuan Yang Boleh Dilihat sebagai faktor penentu Keputusan Kerjaya responden untuk menjadi usahawan graduan yang sangat signifikan. Meningkatkan tahap Niat Keusahawanan pelajar-pelajar boleh meningkatkan penerimaan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Keputusan ini sejajar dengan kajian-kajian yang lepas seperti yang telah dilakukan oleh Krueger dan Carsrud (1993) serta Alos, Isaksen dan Softing (2006). Ini juga bermaksud bahawa Niat Keusahawanan adalah petunjuk yang sesuai bagi menentukan samada pelajar-pelajar UNITAR mempunyai kesediaan untuk memilih menjadi usahawan graduan. Keputusan nilai purata Niat Keusahawanan di dalam kajian ini menunjukkan tahap kesediaan yang sederhana sahaja pada ketika ini.

5.0.3 IMPLIKASI

(65)

dilakukan bagi memastikan keberkesanan dan kesesuaian kurikulum dan Proses Pembelajaran yang terlaksana.

Memandangkan UNITAR berhasrat untuk menjadikan keusahawanan sebagai misi strategiknya, kajian berbentuk kualitatif dan jangkamasa panjang perlu diadakan bagi menilai samada hasrat pelajar untuk menjadi usahawan graduan sememangnya direalisasikan setelah mereka meninggalkan universiti. Contohnya, kajian jangkamasa panjang oleh Matlay (2008) di United Kingdom menunjukkan tidak semua pelajar yang menyimpan hasrat untuk menjadi usahawan semasa masih menuntut memulakan perniagaan sendiri sebaik sahaja bergraduasi.

Oleh itu, proses transisi daripada pelajar kepada usahawan perlulah diatur secara lebih berstruktur, tersusun dan sistematik. Program-program pembangunan usahawan harus dimulakan dari awal kemasukan pelajar ke universiti. Pelajar-pelajar yang mempunyai kecenderungan dan potensi yang tinggi terhadap keusahawanan perlu diperhatikan dan diawasi untuk melihat kepada perkembangan dan pembangunannya. Implikasi-implikasi yang dinyatakan di atas memberi kesan secara langsung dan cabaran kepada Sekolah Keusahawanan Bank Rakyat yang baru dilancarkan pada bulan Disember 2007 dan mula menerima kemasukan pelajar yang pertama pada bulan Julai 2008.

(66)

keusahawanan. Pastinya, keputusan-keputusan kajian ini membantu persediaan Sekolah Keusahawanan ini mencapai visi, misi dan matlamat yang telah ditetapkan.

5.0.4 CADANGAN

Pertamanya, kajian ini telah mengenalpasti pentingnya Niat Keusahawanan dalam penghasilan keusahawanan. Untuk meningkatkan keinginan (saya ingin melakukannya), feasibiliti (saya mampu melakukannya) dan kecenderungan (saya akan melakukannnya) terhadap keusahawanan, dicadangkan beberapa perkara (NCGE, 2004):

1. Menukar persepsi pelajar terhadap kerjaya dan pilihan hidup; 2. Kurangkan persepsi atau sikap negatif terhadap mengambil risiko; 3. Kurangkan ketakutan terhadap hutang dan kegagalan;

4. Sediakan peluang untuk mencuba, menguji dan mempraktikkan; 5. Berinteraksi dengan komuniti pelajar secara menyeluruh;

6. Mengintegrasikan aktiviti dan pengalaman ke dalam kursus/subjek pengajian – beri markah;

7. Tawarkan pengalaman kerja berbayar yang relevan; 8. Wujudkan kehendak, bukan sahaja keperluan.

(67)

Amerika Syarikat. Secara ringkasnya, kurikulum bersepadu ini melibatkan koordinasi dan integrasi antara silibus dan kursus, menganjurkan komunikasi antara disiplin dan silang-disiplin dan menggalakkan kreativiti dan inovasi para akademik dan tenaga pengajar untuk memperbaharui dan meningkatkan keberkesanan inisiatif-inisiatif pengintegrasian yang dilaksanakan. Contohnya, daripada setiap subjek itu menggunakan kajian kes yang berasingan, tenaga pengajar duduk bersama dan membincangkan penggunaan hanya satu kajian kes sahaja yang dibincangkan dari pelbagai sudut yang berbeza mengikut disiplin atau kursus masing-masing. Dengan cara ini, setiap pensyarah akan memahami apa yang diajar oleh pensyarah lain dan dapat mengaitkan apa yang diajarnya kepada pengajaran pensyarah lain.

(68)

Keempat, selain daripada pengajian formal, aktiviti-aktiviti sampingan dan komplementari perlu disusun seperti pertandingan pelan perniagaan, menguji kemampuan untuk membentangkan dan menjual ide perniagaan, aktiviti keusahawanan sosial dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sebegini memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk mempraktikkan apa yang dipelajari dan meningkatkan keyakinan diri. Ia juga memupuk semangat ingin mencuba benda baru dan menguji kemampuan pelajar-pelajar.

Kelima, fakulti dan pensyarah perlu merekabentuk dan merancang Proses Pembelajaran agar mengandungi elemen-elemen pengajaran membangunkan kemahiran-kemahiran yang relevan untuk mewujudkan sebuah perniagaan baru dan bagi menangani sebuah kitaran perniagaan. Ini termasuklah kemahiran-kemahiran seperti:

1. menganalisa peluang perniagaan, perkembangan teknologi dan saingan, 2. pemasaran dan penjualan produk,

3. mencari dan menguruskan kewangan dan aliran wang tunai, dan,

4. keusahawanan strategik yang mengandungi elemen cara pemikiran, budaya organisasi, kepimpinan, pengagihan sumber yang efektif dan pengurusan prestasi.

(69)

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membolehkan penyelidikan ini disiapkan dengan sempurna.

Diantaranya:

Prof. Datuk Dr. Md. Zabid bin Haji Abdul Rashid

(Presiden dan Naib Canselor Universiti Tun Abdul Razak)

Prof. Dato’ Dr. Mohamed Mahyuddin

(Timbalan Presiden, Akademik dan Penyelidikan, Universiti Tun Abdul Razak))

Puan Kamariah binti Yeop Abdullah

(Pengarah, Institut Keusahawanan Negara, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

Sekretariat dan Jawatankuasa Teknikal Persidangan Pakar Penyelidik Keusahawanan

dan

Referensi

Dokumen terkait

Untuk melihat strategi-strategi yang perlu ditempuh pemerintah daerah Kota Pekalongan dengan sebelumnya menganilisis faktor-faktor yang menjadi pendorong maupun

dimanapun dapat menjadi penyebab remaja memiliki hasrat seksual dan melakukan hubungan seks. Dalam penelitian ini dapat dilihat bahwa media elektronik lebih berperan

Berdasarkan latar belakang dan rumusan masalah yang telah diuraikan sebelumnya, maka tujuan penelitian ini adalah untuk menganalisis pengaruh kualitas sumber daya

Tugas akhir ini bertujuan untuk mengimplementasikan suatu sistem yang dapat mengidentifikasi karakter tanggal pembayaran, Nomor Induk Mahasiswa (NIM), nama mahasiswa, dan

Maka melihat dari argumentasi diatas dapat disimpulkan bahwa penelitian ini adalah suatu bentuk koreksi terhadap upaya pengelolaan yang selama ini dilakukan oleh pemerintah Kabupaten

Selain penelitian yang membahas kesalahan berdasarkan kriteria Watson, Susanti (2017) melakukan penelitian yang membahas analisis kesalahan siswa dalam menyelesaikan

Sebuah negara tidak dapat serta merta mengalami peningkatan produktivitas hanya dengan berperan aktif dalam perdagangan, karena untuk meningkatkan produktivitas

dalam bentuk mengigil serta pengeluaran panas dikurangi dan suhu tubuh menjadi turun, sedangkan mekanisme penurunan suhu tubuh dari tindakan sponge bath yaitu dengan