9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 49
KAWALAN, PENGUATKUASAAN, PENDAKWAAN SERTA HUKUMAN BAGI ISU PENCEROBOHAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA
Rusnadewi Abdul Rashid,1Rohayati Hussin,2 Noor Inayah Yaakub3
Abstrak
Isu pencerobohan tanah wakaf adalah merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kegagalan pembangunan tanah wakaf di Malaysia. Permasalahan ini sangat berkait rapat dengan kekurangan dan kelemahan undang-undang sedia ada dari sudut kawalan, penguatkuasaan, pendakwaan dan hukuman. Kertas kerja ini bertujuan merungkai persoalan tentang kekurangan dan kelemahan dalam peruntukan perundangan sedia ada dari sudut kawalan, penguatkuasaan, pendakwaan dan hukuman bagi pencerobohan tanah wakaf. Selain itu, ketiadaan prosedur dan tatacara yang khusus dalam isu ini serta ketidakcukupan dan ketidakselarasan hukuman dan penalti yang dikenakan bagi kes pencerobohan tanah wakaf juga telah menyebabkan masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Justeru itu, kajian ini menjurus kepada objektif untuk mengkaji kekurangan dan kelemahan peruntukan undang-undang sedia ada dalam isu kawalan, penguatkuasaan, pendakwaan serta remedi bagi pencerobohan tanah wakaf di negara ini. Mengaplikasikan kaedah penyelidikan undang-undang tulen yang mengetengahkan kajian berbentuk kualitatif, kajian ini diharap dapat menyumbang ke arah penambahbaikan pengurusan tanah wakaf di negara ini.
Kata Kunci:pencerobohan tanah; wakaf; undang-undang
1
Pensyarah Kanan (PhD), Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis. E-mail: [email protected]
2
Pensyarah, Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. E-mail: [email protected]
2Prof Dato’ Dr. Universiti Islam Malaysia. E
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 50
PENGENALAN
Masalah pencerobohan tanah wakaf seringkali dibangkitkan terutama apabila isu pengurusan dan pembangunan tanah wakaf dibincangkan. Antara faktor yang dilihat menjurus kepada fenomena ini adalah kekurangan dan kelemahan peruntukan undang-undang sedia ada. Ini adalah kerana, dalam situasi masa kini, undang-undang-undang-undang merupakan satu mekanisme bagi pencegahan, penguatkuasaan, hukuman dan tuntutan pampasan yang berkesan. Melihat dari aspek ini, artikel ini bertujuan untuk mengupas lebih lanjut tentang permasalahan pencerobohan tanah wakaf di negara ini.
METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian kualitatif iaitu melalui kaedah kajian undang-undang tulen. Kajian undang-undang tulen merujuk kepada pengumpulan data melalui kajian
perpustakaan (library research). Kajian perpustakaan pula adalah melibatkan
pengumpulan data secara komprehensif terhadap sumber-sumber sekunder seperti Akta, buku-buku ilmiah, jurnal, artikel seminar dan laporan yang terdapat di beberapa perpustakaan terpilih. Kajian perpustakaan ini penting kerana melalui kaedah ini para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai konsep, kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian tindakan mereka. Kajian kepustakaan melibatkan beberapa proses yang utama, iaitu membanding dan membezakan, menganalisis, menilai, membuat kesimpulan serta mensintesis.
KAJIAN LITERATUR
Wakaf merupakan salah satu daripada ibadat penting dalam Islam yang mempunyai signifikan dalam konteks ekonomi negara dan pembangunan ekonomi ummah. Ia telah menjadi mekanisme pengagihan kekayaan dan pembasmian kemiskinan di kalangan rakyat di dunia. Justeru itu, peranan wakaf dalam pembangunan ekonomi umat Islam di Malaysia juga telah tidak dapat dinafikan lagi. Dalam aspek pengurusan wakaf di Malaysia, ia berada di bawah tanggungjawab pihak Majlis Agama Negeri-negeri (MAIN) (Ramli & Ayob, 2005). Tujuan perlantikan majlis sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf ini adalah untuk memastikan harta wakaf diurus dan ditadbir dengan baik dan efisyen dalam menjana hasil yang lumayan bagi kebajikan rakyat. Lazimnya pentadbir memainkan peranan penting dalam pengurusan tanah wakaf (Isa et al., 2011). Namun demikian, pengurusan wakaf antara negeri-negeri adalah berbeza kerana faktor undang-undang, bidang kuasa dan tanggungjawab masing-masing.
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 51
Shahid (2010), kebanyakan harta wakaf yang baik dan berpotensi tidak dijaga dan diuruskan dengan sempurna. Pendapat yang sama telah dikongsi oleh Ihsan & Mohamed Ibrahim (2011) yang menyebut bahawa hartanah wakaf di Malaysia turut berhadapan dengan masalah pengurusan dan pentadbiran. Masalah prosedur dan perundangan juga seringkali wujud dalam pengurusan tanah wakaf bagi negeri-negeri (Abdul Rahman & Othman, 2006) seperti aktiviti pencerobohan ke atas tanah wakaf. Dapatan kajian membuktikan bahawa Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) berhadapan dengan masalah pengurusan tanah wakaf dari aspek pencerobohan. Hal demikian berlaku ekoran tiadanya tindakan tatatertib oleh pentadbiran ke atas penceroboh (Rohayu et.al. 2014). Selain itu, terdapat hartanah wakaf telah diceroboh, disalahgunakan atau disewakan kepada orang bukan Islam. Mereka bukan sahaja menduduki tanah wakaf, tetapi telah tidak bekerjasama untuk mengosongkannya apabila tanah itu perlu dibangunkan. Selain itu, ada pula antara penceroboh yang membuat tuntutan yang bukan-bukan kepada pihak MAIN sebagai pemegang amanah wakaf (Rohayu et.al. 2014). Situasi ini menjadi halangan bagi MAIN merancang pembangunan serta bercanggah dengan tujuan wakaf itu sendiri. Tambahan pula, terdapat di kalangan mereka (penceroboh harta tanah wakaf) yang menjalankan aktiviti yang bercanggah dan diharamkan oleh Islam (Rohayu et.al, 2014).
Sebenarnya, jika pihak penceroboh enggan mematuhi arahan pihak berkuasa, Seksyen 425(1) dan 1(A) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan sebagai yang ditakrifkan oleh KTN 1965 jika disabitkan kesalahannya, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya (Azizi, 2013). Sungguhpun begitu, bentuk pendaftaran yang berbeza kepada tanah-tanah wakaf (Sallehudin, 2013) serta kegagalan mendaftar tanah wakaf boleh memberikan kesan terhadap isu ketuanpunyaan seterusnya menyebabkan kekaburan terhadap isu tentang peruntukan undang-undang yang mana perlu digunakan (Rusnadewi, 2015). Jika tanah wakaf dikategorikan sebagai tanah kerajaan, pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal masalah pencerobohan adalah Pihak Berkuasa Negeri. Menurut Asiah (2006), ketidaktegasan undang-undang dari Pihak Berkuasa telah menyebabkan beberapa pihak mengambil kesempatan menceroboh tanah kerajaan.
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 52
berbuat demikian. Ini adalah kerana kegagalan menentukan pihak yang mempunyai locus standi dalam pendakwaan dan penguatkuasaan pencerobohan akan menyebabkan tindakan yang diambil menemui kegagalan dari sudut perundangan.
Hasil dari kajian literatur mendapati bahawa kedapatan perbincangan yang dibuat dalam mengupas aspek pencerobohan tanah wakaf. Namun, kekeliruan wujud tentang pihak mana yang bertanggungjawab terhadap isu kawalan, penguatkuasaan serta pendakwaan. Juga didapati tiada kajian dibuat bagi melihat solusi terhadap ketidakselarasan hukuman dan ketidakseragaman aplikasi undang-undang yang dipakai. Justeru itu, satu kajian menyeluruh perlu dibuat bagi menjawab permasalahan yang tidak terungkai dalam isu pencerobohan tanah wakaf di Malaysia dalama agenda memperbaiki kelemahan pengurusan.
PERBINCANGAN
Masalah kawalan
Masalah pencerobohan tanah wakaf tidak boleh dipandang ringan kerana tanah yang diceroboh bukan sekadar untuk tujuan penempatan, malah ada yang digunakan untuk membina premis-premis perniagaan. Ini bermakna, ada pihak yang mengambil kesempatan atas tanah wakaf yang pada hukumnya telah menjadi hak Allah SWT. Masalah ini boleh menjadi berlarutan kerana kekurangan dan kelemahan undang-undang dari sudut kawalan, penguatkuasaan, pendakwaan dan hukuman. Dari sudut kawalan, pemantauan secara berkala dan menyeluruh terhadap tanah-tanah wakaf di bawah kawalan MAIN hendaklah dilakukan bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku ke atas setiap harta wakaf. Pemantauan sepatutnya tidak hanya dilakukan berdasarkan aduan orang ramai. Pasukan penguatkuasaan yang ditubuhkan oleh MAIN boleh menjamin keselamatan harta wakaf daripada diceroboh atau disalahgunakan. Oleh itu, lokasi tanah wakaf hendaklah dikenal pasti oleh MAIN berdasarkan tinjauan dan lawatan. Selain itu, bagi mengelakkan pencerobohan terhadap harta tanah wakaf, keperluaan kepada pewartaan amat penting. Tindakan pewartaan harta wakaf hendaklah diambil serius oleh pengurusan MAIN bagi mengemaskini senarai harta wakaf bagi memastikan tindakan pemantauan boleh dilakukan.
Masalah penguatkuasaan dan pendakwaan
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 53
hanyalah satu garispanduan yang tidak mempunyai autoriti dari sudut perundangan. Justeru itu, pihak MAIN tidak terikat untuk mengikuti garispanduan tersebut. Kelemahan yang ada ini akan memberikan satu masalah yang besar kerana kesilapan prosedur dalam tindakan akan mengakibatkan kegagalan dalam tindakan undang-undang. Memang diketahui bahawa telah menjadi tanggungjawab bagi setiap negeri melalui MAIN untuk mengambil tindakan dan menuntut ganti rugi (Mohammad Tahir Sabit, Abdul Hamid Mar Iman, & Ismail Omar, 2005) terhadap mana-mana pencerobohan tanah wakaf. Namun, perlu diperjelaskan bahawa tindakan yang dibuat mestilah melalui proses perundangan yang tepat.
Undang-undang tentang pencerobohan ke atas tanah wakaf di negara ini telah diperuntukan dalam undang-undang sivil dan undang-undang Islam. Menyentuh dari sudut undang-undang sivil, ia dapat dilihat menerusi beberapa seksyen dalam Kanun Tanah Negara 1965 serta undang-undang torts. Bagi aspek undang-undang Islam pula, enakmen wakaf dan enakmen pentadbiran agama Islam negeri juga ada menyediakan peruntukan bagi isu pencerobohan tanah wakaf. Melalui undang-undang sivil yang ada, kekaburan peruntukan dalam Kanun Tanah Negara melalui seksyen 425 hanya boleh digunapakai jika tanah yang diceroboh telah didaftarkan di atas nama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Pada hakikatnya, terdapat masih banyak tanah-tanah wakaf yang masih tidak didaftarkan di atas nama MAIN. Ini adalah kerana pendaftaran tanah wakaf ke atas nama MAIN menjadikan tanah tersebut termasuk dalam kategori tanah kerajaan. Ini memandangkan takrifan tanah kerajaan telah diperluaskan skopnya di bawah seksyen 425(2) KTN kepada semua tanah yang dipegang oleh pihak Kerajaan Persekutuan atau Negeri, suatu pihak berkuasa tempatan atau suatu pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasa yang terletakhak kepadanya oleh undang-undang persekutuan atau negeri atau memegang bagi pihak agensi yang tersebut. Seksyen 425(1) dan 1(A) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan sebagai yang ditakrifkan oleh KTN 1965 jika disabitkan kesalahannya, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Kegagalan berbuat demikian akan menafikan hak untuk menguatkuasa dan mendakwa penceroboh.
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 54
perundangan yang sangat besar kerana ketiadaan kuasa boleh menjadikan tindakan kawalan, penguatkuasaan dan pendakwaan tidak sah dan boleh dicabar oleh pihak yang menceroboh. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika MAIN mengambil pendekatan untuk memilih solusi menggunapakai peruntukan yang terdapat dalam enakmen wakaf atau enakmen pentadbiran agama Islam bagi menangani masalah ini.
Selain itu, masalah juga timbul apabila tanah yang diceroboh belum lagi didaftarkan ke atas nama MAIN. Ia menjadikan tanah tersebut masih di bawah hakmilik persendirian (pewakaf) dan pendakwaan hanya boleh dibuat oleh tuanpunya melalui undang-undang torts dan tindakan hanya boleh diambil alih oleh pihak MAIN menurut enakmen wakaf atau enakmen pentadbiran agama Islam selepas keputusan mahkamah mengisytiharkan tanah tersebut sebagai tanah wakaf. Hal ini menyebabkan tambahan kos serta masa untuk tujuan pendakwaan kerana melibatkan dua tindakan undang-undang iaitu, pertama bagi mendapat pengisytiharan tanah tersebut sebagai tanah wakaf serta keduanya adalah tindakan terhadap penceroboh.
Masalah hukuman atau penalti
Memandangkan pengurusan setiap MAIN adalah di bawah kuasa negeri masing-masing, dan enakmen yang dipakai adalah juga berbeza, perkara ini menimbulkan masalah dari sudut ketidakselarasan dalam hukuman yang diperuntukkan. Sebagai contoh, Majlis Agama Islam Terengganu melalui Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak menetapkan bahawa hukuman bagi pencerobohan tanah wakaf ialah denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya. Manakala, Enakmen Majlis Agama Islam Kedah pula memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi 2 bulan atau kedua-duanya sekali.
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 55
memberi pengajaran untuk seluruh masyarakat bagi menegah perbuatan ini dari terus berlaku.
Untuk mengatasi masalah ketidakcukupan kepada hukuman atau penalti yang dikenakan, alternatif kepada pendakwaan di bawah undang-undang torts mungkin boleh membantu. Ini adalah kerana dalam tindakan melalui undang-undang torts, gantirugi am dan teladan boleh diperolehi mengikut kadar yang munasabah. Namun demikain, jika tindakan dibawa mengikut undang-undang ini, pihak MAIN akan perlu menanggung kos guaman yang tinggi selain ia juga memakan masa yang lebih lama.
KESIMPULAN
Kekaburan dan ketidakseragaman dalam aspek kawalan, penguatkuasaan dan tindakan terhadap pencerobohan tanah wakaf serta ketidakcukupan dalam hukuman menyebabkan timbul keperluan bagi mewujudkan satu akta khusus berkaitan wakaf. Akta yang perlu dicadangkan perlulah lebih komprehensif dan seragam bagi menentukan pihak yang mempunyai kuasa mengambil tindakan ke atas pencerobohan tanah wakaf dan menyelaraskan hukuman atau penalti yang ada dalam isu tersebut. Ini adalah kerana buat masa ini, walaupun negeri-negeri telah mempunyai peruntukan bagi masalah ini sama ada melalui enakmen wakaf atau enakmen pentadbiran agama Islam, namun ia masih belum mencukupi malah tidak seragam antara negeri-negeri tersebut (Mohd Afendi, 2012).
RUJUKAN
Abdul Majid, R & Said. R. (2014). Permasalahan Pengurusan Hartanah Wakaf Di Malaysia. International Surveying Research Journal (ISrJ) Volume 4 Number 1, 29-43.
Abdul Rahman, A. R.; Bakar, M. D. & Ismail, Y. (1999) Current Practices and Administration of Waqf In Malaysia: A Preliminary Study. Unpublished Manuscript. A Waqf Report (27 July 1999). Universiti Teknologi MARA, Malaysia.
Abul Hassan & Mohammad Abdus Shahid. (2010). Management and Development of
the Awqaf Assets. Seventh International Conference – The Tawhidi
Epistemology: Zakat and Waqf Economy.
Azizi Zakaria. (2013). Pencerobohan Tanah Kerajaan – Tinjauan Dari Sudut
Perundangan Tanah. Jurnal Pentadbiran Tanah. , (3) bil. 1, 54-61.
Harun, R., Mohamed Isa, Z. & Ali, N. (2012) Preliminary Finding on Waqf Management Practices among selected Muslim Countries, Proceedings of 2012 International Conference on Economics Marketing and Mangement IPEDR Vol 28. LACSIT Press, Singapore.
Hassan, Z.; Abdullah & M. N. (2008).The investment of waqf Land as Instruments of
Muslim’s Economic Development in Malaysia, Proceeding at The Dubai International Conference on Endowments’s Investment organized by Awaqf and
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015) 56
Ihsan, H.; Mohamed Ibrahim & S. H. (2011) Waqf accounting and Management in Indonesian Waqf Institution. Humanaomics. 27(4), 252-269.
Isa, Z. M.; Ali N. & Harun, R. (2011).A Comparative Study of Waqf Management in Malaysia. Proceeding of 2011 International Conference on Sociality and Economic: Development IPEDR Vol 10 . LACSIT Press Singapore.
Kahf, M. (2003). The Role of Waqf in Improving the Ummah Welfare. Proceeding paper in International Seminar on Waqf as a Private legal Body, organized by the Islamic University of North Sumatra, Medan, Indonesia. 6-7 January 2003. Mohammad Tahir Sabit, Abdul Hamid Mar Iman, & Ismail Omar. (2005). An Ideal
Financial Mechanism for the Development of the Waqf Properties in Malaysia. Mohd Afendi Mat Rani. (2012). Pencerobohan Tanah Wakaf: Pelaksanaan
Undang-Undang dari Perspektif Islam dan Aplikasinya di Malaysia.
Ramli, A. H.; Ayob & A. C. (2005).Islam Hadhari: Pengukuhan Institusi Baitulmal dan Wakaf di Malaysi. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM Shah Alam. Rusnadewi Abdul Rashid; Rohayati Hussin & Noor Inayah Yaakub. (2015).
Pencerobohan Tanah Wakaf dari Aspek Perundangan, Prosiding International Conference on Waqf 2015, Anjuran UNISZA Terengganu, Malaysia. 10-11 May 2015.
Sadeq, A. H. M. (2002) Waqf, perpetual charity and poverty alleviation. International Journal of Social Economics. 29 (1), 135-151.
Sallehuddin Ishak. (2013). Kuasa Menghurai Model Goodchild Dan Munton (1986) Dan Van Assen (2009) Dalam Masalah Pembangunan Tanah Wakaf Di Malaysia. Jurnal Pentadbiran Tanah. (3) bil. 1, 1-24.
PENGHARGAAN
Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan geran LRGS
(LRGS/2013/UKM-UKM/SI/03) di bawah tajuk ‘Pelestarian Institusi Wakaf Untuk
Memperkasa Pendidikan Tinggi Negara’. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kerana