• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab 9. Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam di Malaysia: Lacuna dan Implikasi Penguatkuasaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bab 9. Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam di Malaysia: Lacuna dan Implikasi Penguatkuasaan"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Undang-Undang Kawalan dan Sekatan

Pengembangan Agama Bukan Islam di

Kalangan Orang Islam di Malaysia: Lacuna

dan Implikasi Penguatkuasaan

Zaini Nasohah

Malaysia mempunyai latar belakang pembentukan negara yang unik. Keunikan yang paling menonjol dan meninggalkan kesan amat besar hingga ke hari ini adalah kewujudan kepelbagaian agama, bangsa dan etnik yang cuba hidup selesa dalam sebuah masyarakat tanpa ada rasa curiga. Antara kesan yang masih mengalami pasang surut tanpa penghujung adalah isu kebebasan beragama dan hak untuk menyebarkan agama serta kepercayaan masing-masing. Secara amnya, kebebasan beragama merupakan hak yang telah diberikan dalam Perlembagaan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 11(1) dengan sedikit keistimewaan kepada agama Islam sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 11(4). Ia bukan suatu yang janggal kerana semua pihak semasa Perlembagaan itu digubal telah bersetuju menerima bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Ia antara yang cuba dizahirkan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan. Fasal (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa orang bukan Islam tidak berhak menyebarkan dan mengembangkan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama mereka di kalangan orang yang menganut agama Islam. Fasal yang sama memberikan kuasa kepada negeri untuk meluluskan undang-undang bagi tujuan mengawal dan menyekat pengembangan agama lain selain Islam kepada orang Islam.

Selaras dengan peruntukan tersebut, kini semua negeri kecuali Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak telah meluluskan enakmen bagi menghalang pengembangan agama dan kepercayaan selain Islam kepada orang Islam. Ironinya, walaupun sebahagian enakmen-enakmen berkenaan telah berusia lebih 30 tahun keberkesanannya masih menjadi polemik, tenggelam timbul bersama isu kebebasan beragama yang semakin kerap bergema kebelakangan ini. Setiap kali provokasi dan kontroversi timbul, semua pihak daripada Menteri hinggalah kepada Mufti, pengamal undang-undang akan menyatakan bahawa undang-undang yang berkenaan telah lama wujud. Persoalannya, jika undang-undang telah lama wujud mengapa masalah masih berterusan? Kenapa pula ada pihak masih mempertikaikan tindakan pihak berkuasa?

(2)

Antara peristiwa yang mendapat perhatian ramai setakat ini ialah isu Penggunaan kalimah Allah dalam Herald-The Catholic Weekly (2009); Rampasan Bible dalam bahasa Melayu - Mac 2011; Pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Dream Centre milik Damansara Utama Methodist Church - 3 Ogos 2011; JAIS memasuki premis perniagaan pejabat Bible Society of Malaysia, Petaling Jaya; JAIS menyita sejumlah 300 naskhah Bible (al-Kitab) versi Bahasa Melayu termasuk naskhah cetakan Bahasa Melayu Injil Lukas yang tertera kalimah Allah - 2 Jan 2014 (Berita Harian, 9 September 2014; Berita Harian, 14 Mac 2011; Utusan Online, 30 Oktober 2013).

Hal Agama dalam Kontrak Sosial Perlembagaan

Persekutuan

Suruhanjaya Reid ketika menggubal Perlembagaan Persekutuan telah mengambil kira segala aspek kepelbagaian agama dan bangsa yang ada di Tanah Melayu ketika itu. Sebelum tahun 1948 lagi, ia telah dibahaskan, bahkan dibincangkankan dalam keadaan panas perkauman. Setelah melalui beberapa fasa rundingan dan maklum balas termasuk daripada Raja-Raja Melayu sebagai pihak paling tinggi dalam hieraki masyarakat Melayu, akhirnya terbina satu kontrak sosial yang disepakati semua kaum utama pada masa itu dan tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia terbentuk hasil daripada persetujuan pihak-pihak yang berperanan semasa rundingan.

Kontrak sosial tersebut mengambil kira pelbagai dimensi. Kedudukan orang Islam sebagai majoriti di Tanah Melayu dan sejarah pelaksanaan perundangan Islam dalam suratan sejarah Tanah Melayu diiktiraf dan diambil kira dalam merangka Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan bukan semata-mata dokumen yang dibentuk atas dasar suatu idealisme seperti mana sesetengah dokumen Perlembagaan negara lain. Perlembagaan kita lebih mementingkan perhubungan dan perpaduan serta rasa muhibah dalam kalangan warganya (Shamrahayu 2014). Antara hasil mekanisma adunan harmonisasi tersebut ialah pewujudan Perkara 3(1), 11 (1), 11 (4), 12(2) dan 74(2) yang semuanya memberi keistimewaan kepada kedudukan Islam tanpa mengganggu hak agama lain. Ia secara zahir memberi perlindungan serta keistimewaan kepada Islam dan itulah yang telah dipersetujui oleh semua pihak. Jika kontrak sosial ini terus dipegang teguh, dihayati dan dihormati maka suara iri hati atau curiga antara satu sama lain pasti dapat dielakkan.

Untuk memastikan bahawa kontrak sosial tersebut terus difahami, maka peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan perlu dibaca secara bersama dalam mentafsir mana-mana peruntukan yang ada (Abdul Aziz 2005). Jika dibaca secara bersendirian ia dibimbangi memberi kesan yang bertentangan dengan intipati kehendak sejarah dan consensus para penggubal perlembagaan semasa memperakui kewajaran peruntukan tersebut dimasukkan. Pendekatan ini ditekankan dalam penghakiman kes Lina Joy di

(3)

peringkat Mahkamah Tinggi ([2004] 2 MLJ 119). Hakim Dato’ Faiza Tamby Chik dalam keputusannya berpandangan, dengan menggunakan prinsip ‘harmonious construction’, peruntukan 11(1) tentang hak kebebasan beragama perlu dibaca bersama peruntukan Perkara 3(1), 12 (2), 74, 121 (1A) dan 160. Menurut beliau, terdapat hubungan yang jelas antara Perkara 3(1) dan Perkara 11(1) iaitu kedua-duanya menyentuh hal agama. Manakala perkara 11(4) pula adalah lahir daripada intipati Perkara 3(1) yang mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan; tetapi agama selain agama Islam boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan dengan aman dan damai. Maksud “boleh diamalkan dengan aman damai” ialah agama selain agama Islam boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan selagi ia tidak menghakis kedamaian dan keamanan agama bagi Persekutuan iaitu Islam.

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama

Bukan Islam kepada Orang Islam

Latar Belakang Kelahiran Enakmen

Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa; Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya. Fasal (4) tersebut menyatakan: Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti Islam. Dengan kata lain, orang-orang bukan Islam tidak berhak untuk menyebarkan dan mengembangkan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama mereka di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Fasal ini merupakan isyarat keistimewaan yang diberikan kepada agama Islam dalam Perlembagaan. Tafsiran “agama bukan Islam” yang disebut dalam Enakmen Kawalan dan Pengembangan Agama Bukan Islam tersebut adalah luas meliputi agama-agama arus utama seperti Kristian, Hindu, Budha, Sikh, Yahudi atau mana-mana cabang atau serpihan daripada agama-agama tersebut. Termasuklah juga amalan menyembah roh datuk nenek, animisme, dan lain-lain yang tidak diakui oleh agama Islam sebagai berunsur Islam.

Natijah daripada peruntukan di atas, maka sebahagian besar negeri-negeri telah menggubal dan meluluskan Enakmen Kawalan dan Pengembangan Agama Bukan Islam. Sehingga September 2014 ini, semua negeri telah mempunyai enakmen tersebut kecuali Wilayah-Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Bagi Negeri Perak pula, meskipun enakmen ini telah diluluskan pada tahun 1988 namun ia hanya diwartakan pada tahun 2012. Negeri Terengganu merupakan negeri paling awal meluluskan iaitu pada tahun 1980, sementara Perlis adalah negeri terakhir meluluskan setakat ini iaitu pada tahun 2002. Pindaan terkini pula adalah melibatkan enakmen di Negeri Kelantan pada 25 Jun 2014. Pindaan dibuat bagi membolehkan

(4)

anggota Polis dan Timbalan Pendakwa Raya membantu menguatkuasakan undang-undang tersebut (Bernama, 25 Jun 2014). Model Enakmen dan Komponen Enakmen

Penelitian terhadap Enakmen-enakmen Kawalan dan Pengembangan Agama Bukan Islam yang telah diluluskan boleh dikatakan terdapat tiga model bagi undang-undang tersebut iaitu model Terengganu (Terengganu 1980, Kelantan 1981, Selangor 1988), model Kedah (Kedah 1988, Perak 1988, Melaka 1988, Pahang 1989, Negeri Sembilan 1991) dan model Johor 1991. Kedua-dua model Terengganu dan Kedah mempunyai Jadual tambahan yang menyenaraikan sejumlah perkataan serta perbahasan yang dilarang digunakan oleh orang bukan Islam. Manakala model Johor pula tidak menyertakan Jadual sedemikian. Ini adalah antara perbezaan awal yang ketara.

Secara ringkas, enakmen-enakmen tersebut mengandungi beberapa komponen utama iaitu bahagian tafsiran, bahagian yang menyenaraikan jenis kesalahan serta hukumannnya, bahagian pernyataan tentang pihak yang mempunyai bidangkuasa membuat penguatkuasaan, membuat tangkapan, membuat siasatan dan melaksanakan pendakwaan. Seperti yang dinyatakan di atas, setiap enakmen kecuali enakmen negeri Johor turut mempunyai Jadual tambahan yang menyenaraikan sejumlah perkataan dan perbahasan yang dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam. Antara bentuk-bentuk kesalahan yang termaktub dalam Enakmen ini ialah:

a) Seseorang yang menyuruh, menyebabkan, memujuk, mempengaruhi, menghasut, menggalakkan atau membiarkan seseorang beragama Islam di bawah umur 18 tahun supaya menerima ajaran agama bukan Islam, atau supaya dia menyertai apa-apa istiadat, perbuatan menyembah, atau aktiviti keagamaan agama bukan Islam atau aktiviti yang dianjurkan untuk faedah suatu agama bukan Islam, maka ia adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 atau penjara selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya (Seksyen 5).

b) Seseorang yang mendekati orang Islam bertujuan mendedahkannya kepada

apa-apa ucapan, pertunjukan, mengunjungi, mengatur, berusaha

mengadakan suatu perjumpaan dengannya, atau menghubungi dengan telefon, bagi maksud mendedahkan orang itu kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan mengenai agama bukan Islam, juga adalah kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara selama tempoh enam bulan atau kedua-duanya (Seksyen 6).

c) Seseorang yang menghantar, menyerahkan, menyebabkan dihantar, diserahkan kepada seorang lain yang beragama Islam di dalam atau di luar negeri, atau dari luar negeri, menghantar atau menyerahkan kepada seorang yang beragama Islam di dalam negeri, apa-apa terbitan mengenai agama bukan Islam, atau bahan iklan bagi terbitan itu, yang mana tidak diminta oleh orang itu, juga adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara selama tempoh tiga bulan atau kedua-duanya (Seksyen 7).

(5)

d) Seseorang yang membahagi-bahagikan di suatu tempat awam, apa-apa terbitan mengenai agama bukan Islam, menyerahkan salinan terbitan itu kepada seorang Islam, juga adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 (Seksyen 8).

e) Seseorang yang membuat apa-apa tulisan yang diterbitkan dalam apa-apa ucapan atau pernyataan terbuka, atau dalam suatu perhimpunan yang dirancang, atau dalam pernyataan yang diterbit atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang khusus untuk umat Islam sebagaimana disenaraikan dalam Bahagian I (Jadual) Enakmen itu, atau terbitan atau virasinya, menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara, atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu agama bukan Islam adalah suatu kesalahan yang boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 (Seksyen 9).

Bagi Jadual pula, antara perkataan dalam Jadual yang dilarang dan telah diwartakan dalam Enakmen Kawalan tersebut ialah; Allah, Firman Allah, Ulama, Hadith, Ibadat, Kaabah, Kadi, Ilahi, Wahyu, Mubaligh, Syariah, Qiblat dan Haji. Sementara perbahasan yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam pula ialah; Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilham, Allahu Akbar, Insyallah, Astaghfirullahal Azim, Tabaraka Allah, Masyaallah dan Lahaula Wala quata Illabillahilaliyil Azim. Elemen kesalahannya di sini ialah jika perkataan atau perbahasan itu dirujuk kepada iktikad atau agama bukan Islam. Jika perkataan atau perbahasan itu merujuk kepada iktikad atau agama Islam, ia tidak menjadi suatu kesalahan meskipun diucapkan oleh orang bukan Islam.

Semua kesalahan di bawah Enakmen Kawalan dan Pengembangan Agama Bukan Islam ini hendaklah disifatkan sebagai kesalahan-kesalahan boleh tangkap (seizable offence) bagi maksud Kanun Prosedur Jenayah (bukan enakmen tatacara jenayah syariah), dengan maksud bahawa ‘pegawai yang diberi kuasa’ boleh menyiasat kesalahan di bawah undang-undang ini dan boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang disyaki telah melakukan mana-mana kesalahan itu.

Walaupun mempunyai komponen yang hampir serupa, terdapat perbezaan ketara dalam kandungan setiap peruntukan enakmen tersebut. Perbezaan pertama adalah berkaitan cara lantikan dan tauliah kepada ‘Pegawai yang diberi kuasa’, pihak yang diberi kuasa menangkap dan menyiasat serta pihak yang mempunyai bidangkuasa untuk mendakwa. Dengan lain perkataan, peruntukan-peruntukan yang ada dalam Enakmen-enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kini tidak seragam walaupun matlamat dan semangatnya adalah sama. Perbezaan-perbezaan yang wujud itu pada hakikatnya telah menyebabkan berlakunya kelompangan. Ia sekaligus memberi kesan ketara kepada pelaksanannya dan boleh mendatangkan masalah justifikasi perundangan jika tindakan penguatkuasaan dilakukan.

(6)

Lompang (Lacuna) dan Kekaburan dalam Pelaksanaan

Cara lantikan dan tauliah untuk ‘pegawai yang diberi kuasa’ bagi enakmen ini

Lompang dan kekeliruan pada peruntukan berkaitan tauliah ini adalah yang paling banyak menimbulkan polemik dan perbahasan sama ada pro mahupun kontra termasuk dalam kalangan pengamal undang-undang sendiri. Sama ada disedari ramai ataupun tidak, ‘Pegawai yang diberi kuasa’ menurut enakmen ini sebenarnya mempunyai tatacara tertentu bagi perlantikannya. Pegawai yang mempunyai bidangkuasa dalam pelaksanaan enakmen ini adalah pegawai atau pihak yang telah diberi tauliah khusus menurut tatacara tauliah dan perlantikan di bawah enakmen ini. Ia bermakna Ketua Penguatkuasa Agama atau Penguatkuasa-penguatkuagama dilantik di bawah Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (walaupun telah mendapat tauliah Sultan) tidak secara otomatik akan menjadi pihak yang mempunyai bidangkuasa melaksanakan kuasa-kuasa di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama. Demikian juga pihak polis, mereka bukanlah pihak yang diberi kuasa di bawah enakmen ini melainkan telah ada peruntukan dimasukkan yang menyatakan pihak Polis sebagai pihak yang diberi kuasa dalam enakmen masing-masing. Analisa terhadap Enakmen-enakmen Kawalan dan Pengembangan Agama Bukan Islam di negeri-negeri menemukan fakta bahawa setakat ini terdapat empat bentuk terma tatacara yang diperuntukkan dalam proses lantikan dan tauliah ‘Pegawai diberi tauliah’ seperti di bawah: a) Lantikan dan tauliah oleh Raja secara bertulis - Pahang

b) Lantikan dan tauliah oleh Raja dalam mesyuarat secara bertulis - Terengganu, Kelantan, Perak, Selangor, Johor

c) Lantikan dan tauliah oleh DYMM Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta - Kedah

d) Lantikan dan tauliah oleh Pihak Berkuasa Negeri (dalam tafsiran disebut, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) - Negeri Sembilan, Melaka.

Seksyen 2 (Tafsiran) Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam Negeri Selangor 1988 umpamanya menyatakan; Pegawai Bertauliah ialah pegawai awam yang bertauliah di bawah Seksyen 10 supaya menjalankan kuasa-kuasa pegawai bertauliah di bawah enakmen ini. Seksyen 10 Enakmen pula memperuntukkan: Raja dalam Mesyuarat boleh secara bertulis mentauliahkan mana-mana pegawai awam supaya menjalankan kuasa-kuasa pegawai bertauliah di bawah Enakmen ini. Berdasarkan peruntukan ini jelas bahawa perlantikan secara sempurna dan berasingan perlu dilakukan khusus untuk enakmen ini. Sekiranya formaliti lantikan dan tauliah itu tidak dapat dibuktikan, sebarang tindakan siasatan, rampasan, tangkapan dan seumpamanya boleh menjadi tidak sah dari sudut undang-undang dan mudah dicabar. Perkara inilah yang sepatutnya diselesaikan terlebih dahulu sebelum

(7)

langkah tindakan penguatkuasaan boleh dimulakan sama ada untuk menyiasat, menangkap ataupun merampas. Sehingga artikel ini disempurnakan pada 24 Oktober 2014, dimaklumkan bahawa negeri Perak yang secara rasmi telah mengorak langkah untuk membuat pentauliahan khusus. Difahamkan, ia telah sampai ke peringkat akhir. Setiap individu yang diberi tauliah bakal diberi kad kuasa khas sebagaimana pegawai-pegawai institusi penguatkuasaan yang lain (Ahmad Nizam 2014).

Kepelbagaian Pihak Mempunyai Kuasa Menangkap dan Membuat Siasatan

Selain perbezaan dari segi tatacara lantikan pegawai bertauliah yang diberi kuasa, perbezaan juga wujud pada peruntukan tentang kuasa menangkap dan membuat siasatan. Di negeri Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan misalnya, secara jelas memasukkan pegawai Polis berpangkat Inspektor ke atas sebagai pihak yang mempunyai bidang kuasa menangkap dan membuat siasatan. Manakala di negeri Selangor dan Melaka tidak mempunyai klausa sedemikian. Penelitian menunjukkan terdapat tiga bentuk peruntukan yang dikenal pasti iaitu: a) Kuasa menangkap dan membuat siasatan diberi kepada ‘Pegawai

diberi tauliah’ sahaja - Selangor, Melaka

b) Kuasa menangkap dan membuat siasatan diberi kepada ‘Pegawai diberi tauliah’ atau Polis berpangkat Inspektor ke atas - Perak, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan

c) Kuasa menangkap dan membuat siasatan diberi kepada ‘Pegawai diberi tauliah’. Tetapi boleh meminta bantuan Polis - Kedah, Pahang, Terengganu

Memandangkan penguatkuasaan enakmen ini menyentuh kepentingan awam yang sensitif serta melibatkan pelbagai agama dan bangsa, maka adalah amat wajar dan perlu untuk pihak Polis dilibatkan dan diberi kuasa bersama. Untuk itu, bagi negeri-negeri yang belum mempunyai klausa memperuntukkan sedemikian di dalam enakmen masing-masing, dicadangkan agar pindaan segera dilakukan.

Setakat ini terdapat beberapa kes kontroversi melibatkan siasatan (ada pihak yang menyebut serbuan) oleh pihak Penguatkuasa Agama Islam terhadap individu atau premis bukan Islam. Antara kes-kes tersebut ada yang proses siasatan bermula dengan terdapatnya aduan disyaki berlakunya kesalahan yang tersenarai di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Negeri di premis bukan Islam yang dimaksudkan. Justeru pihak Penguatkuasa Agama pergi ke lokasi berdasarkan peruntukan dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah.

Namun demikian ada juga kes yang mana proses siasatan dibuat ke atas kes yang menjurus kepada wujudnya unsur kesalahan di bawah Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam. Dalam siasatan bagi bentuk kes yang kedua ini, meskipun ada pengamal undang-undang berpandangan bahawa tindakan Penguatkuasa Agama itu betul berdasarkan kuasa-kuasa yang diberikan kepada mereka di

(8)

bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah, saya berpandangan bahawa ia masih suatu yang kabur dan membuka kepada persoalan undang-undang dari sudut bidangkuasa. Pertama, adakah pihak yang pergi membuat siasatan itu pegawai yang diberi tauliah di bawah enakmen? Kedua, jika unsur kesalahan yang mahu dibuat penyiasatan adalah kesalahan di bawah enakmen kawalan pengembangan agama, apakah peruntukan dalam enakmen tatacara jenayah syariah boleh digunakan untuk memulakan siasatan? Ketiga, jika kesalahan yang disyaki itu wujud, tatacara mana pula yang hendak digunakan untuk melengkapkan kertas siasatan (IP) sedangkan enakmen kawalan jelas menyebut undang-undang yang terpakai adalah Kanun Acara Jenayah. Kesalahan yang disyaki berlaku adalah kesalahan boleh tangkap di bawah Enakmen Kawalan Pengembangan Agama, bukan kesalahan boleh tangkap di bawah Enakmen Jenayah Syariah.

Untuk mengelak masalah kekaburan ini berterusan dan dakwaan tindakan di luar bidangkuasa ditimbulkan, adalah lebih baik agar pihak Majlis Agama Islam mempercepatkan proses perlantikan ‘Pegawai yang diberi kuasa’ seperti yang diperuntukkan dalam enakmen sama ada dengan terus memberi tauliah kepada Penguatkuasa Agama sedia ada, membuat lantikan daripada kalangan penjawat awam lain atau membuat pindaan enakmen dengan memasukkan penglibatan Polis untuk pelaksanaannya. Negeri Kelantan telah menyedari hal ini dan telah membuat pindaan pada Mei 2014 dengan memasukkan penglibatan pihak Polis.

Kekeliruan Terhadap Kuasa Mendakwa dan Mahkamah yang Mempunyai Bidangkuasa

Setiap enakmen sewajarnya mempunyai peruntukan yang menyatakan secara jelas tentang pihak yang diberi kuasa untuk mendakwa bagi kesalahan di bawah enakmen tersebut. Ia tidak secara langsung dapat mengelakkan kekeliruan khususnya dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Setakat ini hanya enakmen negeri Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Kelantan mempunyai peruntukan sedemikian. Enakmen Melaka memberi kuasa kepada Pendakwa Raya. Enakmen Johor pula memberi kuasa kepada ‘Pegawai diberi kuasa’ atau Polis. Enakmen Negeri Sembilan memberi kuasa kepada ‘Pegawai diberi kuasa atau Polis dengan kebenaran Pendakwaraya. Manakala Enakmen Kelantan memberi kuasa kepada Timbalan Pendakwa Raya menerusi pindaan terkini yang dilakukan pada Mei 2014. Sementara enakmen negeri-negeri lain tidak menyatakan perkara tersebut. Jelasnya kes-kes di bawah enakmen ini bukan terletak di bawah bidangkuasa Pendakwa Syarie.

Berhubung mahkamah yang berbidangkuasa, walaupun tidak dinyatakan dalam enakmen, Mahkamah yang sebenarnya berbidangkuasa mendengar kesalahan-kesalahan di bawah enakmen ini adalah Mahkamah Sivil bukan Mahkamah Syariah. Manakala undang-undang tatacara yang terpakai adalah Kanun Acara Jenayah (Sivil) dan bukan Enakmen atau Akta Tatacara Jenayah Syariah. Oleh yang

(9)

demikian sekiranya ‘Pegawai yang diberi kuasa’ itu nanti adalah daripada kalangan pegawai awam daripada para Pegawai Penguatkuasa Agama sendiri, maka mereka juga perlu diberikan kemahiran secara khusus berkaitan Kanun Acara Jenayah (Sivil). Latihan dan kemahiran tersebut amat penting untuk mengelakkan masalah teknikal dan undang-undang yang mungkin timbul semasa proses tindakan penguatkuasaan.

Perbezaan Kawalan dan Sekatan Penggunaan Perkataan atau Perbahasan Tertentu di Negeri-Negeri

Seperti yang telah dinyatakan di bahagian awal artikel ini, semua negeri yang telah meluluskan enakmen ini (kecuali Enakmen Johor) telah memasukkan Jadual khusus berkaitan perkataan atau perbahasan yang dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam. Namun analisa terhadap enakmen tersebut menunjukkan masih terdapat perbezaan dari sudut jumlah perkataan dan topik perbahasan dalam senarai larangan. Contoh perkataan yang di larang (Negeri Sembilan):

Allah Mufti Iman

Firman Allah Rasul Sheikh

Ulama Imam Akhirat

Hadith Dakwah Azan

Ibadat Injil Al-Quran

Kaabah Solat Al-Sunnah

Kadi Khalifah Auliak

Ilahi Wali Qaramah

Wahyu Fatwa Syahadah

Mubaligh Khutbah Masjid

Syariah Nabi Baitullah

Qiblat Tabligh

Haji

Contoh perbahasan yang di larang (Negeri Sembilan):

Subhanallah Tabaraka Allah

Alhamdulillah Masyaallah

Lailahaillallah Lahaula Walaquata Illabillahilaliyil Azim

Walillahilhamd Assalamualaikum

Allahu Akbar Wallahi

(10)

Astagfirullahal Azim Watallahi Auzubillah

Persamaan serta perbezaan jumlah perkataan dan perbahasan yang terlibat dapat diringkaskan seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 1: Persamaan serta perbezaan jumlah perkataan dan perbahasan dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam

Bil Enakmen Negeri Perkataan/ Istilah Perbahasan

1 Terengganu (No. 1/ 1980) 22 10 2 Kelantan (No. 11/ 1981) 25 10 3 Selangor (No. 1/ 1988) 25 10 4 Kedah (No. 11/ 1988) 24 - 5 Perak (No. 10/ 1988) 25 10 6 Melaka (No.1 / 1988) 33 15 7 Pahang (No.5 / 1989) 25 10

8 Negeri Sembilan (No.9/

1991)

36 15

9 Johor (No.12/ 1991) - -

Sumber: Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembagan Agama Bukan Islam negeri-negeri

Perbezaan-perbezaan yang wujud boleh menimbulkan masalah, kekeliruan dan pandangan sinis khususnya kepada rakan-rakan kita dari kalangan penganut agama lain. Adalah tidak wajar jika sesuatu perkara berkenaan agama Islam dilarang penggunaannya di satu negeri tetapi tidak pula di negeri yang lain. Dalam hal ini, sekali lagi tindakan Majlis Agama Islam untuk penyeragaman amat diperlukan.

Kesimpulan

Sejarah telah membuktikan bahawa ketegangan agama dan bangsa boleh membawa kemusnahan jangka pendek dan jangka panjang. Dalam keadaan hubungan masyarakat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia yang kelihatan jelas semakin mencabar pada waktu ini, keberkesanan enakmen ini amat diperlukan. Justeru, hala tuju enakmen ini mesti jelas. Untuk menjadikannya berkesan dan digeruni, segala kelompangan yang ada perlu dibaiki segera. Isu kebebasan beragama di negara ini semakin kerap dilontarkan dan sekerap itu juga ia menjadi pertikaian. Kita tentunya tidak sanggup lagi melihat tindakan pihak berkuasa yang mempertahankan status agama Islam diperlekeh dan dicabar secara terbuka. Menyemarak semangat diplomasi antara agama itu perlu, apatah lagi dalam menghayati semangat Perlembagaan, tetapi kewujudan undang-undang yang berkesan juga sama penting untuk

(11)

penyelesaian tuntas jangka panjang. Sekali lagi dingatkan, Majlis-Majlis Agama Islam negeri perlu memainkan peranan lebih cergas melindungi agama Islam. Bagaimana caranya? Antara lain, mereka perlu cepat bertindak menggubal dan memperkemaskan enakmen ini. Tidak cukup hanya sekadar menjadi pemerhati apabila berlaku kontroversi atau menunggu sehingga berlakunya kontroversi. Tiga puluh tahun telah berlalu, sepatutnya sudah menjadikan enakmen ini matang. Apalah gunanya mempunyai undang-undang jika ia ‘tidak bertaring’ tatkala ia amat diperlukan.

Rujukan

Abdul Aziz Bari. 2005. Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya: Intel Multimedia and Publication

Abdul Halim Bahari. 2011. Pemeriksaan Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor Ke Atas Dream Centre. Kenyataan

Media Persatuan Peguam Muslim Malaysia, 8 Ogos 2011.

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Terengganu 1980.

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kelantan 1981.

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kedah 1988.

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Pahang 1989.

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam Perak 1988.

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam Negeri Sembilan 1991.

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam Melaka 1988.

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Johor 1991.

Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Perlis 2002.

Juani Munir Abu Bakar. 2013. Kemelut Enakmen Syariah di Malaysia.

Utusan Online, 30 Oktober 2013.

Kelantan Lulus Enakmen Kawalan Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama. Bernama, 25 Jun 2014.

Kes Lina Joy lwn. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan [2004] 2 MLJ 119.

Syamrahayu Abd Aziz. 2014. Kita Antara Bangsa Merdeka Bernasib Baik. Berita Harian, 9 September 2014.

(12)

Zainul Rijal Abu Bakar. 2014. Fahami Akta Sebelum Bincang Isu Islam. Berita Harian, 14 Mac 2011.

Referensi

Dokumen terkait

Tetapi, tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Indonesia terkait sengketa wilayah di Laut Cina Selatan tidak dapat dipandang hanya sebagai usaha supaya situasi

Dalam tesis ini yang menjadi permasalahan untuk diteliti adalah berkaitan dengan efektifitas pemberlakuan pajak penghasilan terhadap yayasan yang bergerak di bidang pendidikan

In the second part, I contextualize Christiano’s view within discourses regarding social epistemology and identify his approach as reliability democracy due to his belief

Komposisi ini dipilih karena pada penelitian terdahulu sudah ada yang menggunakan kadar campuran kapur sebanyak 6%, 8% dan 10%. Dengan penambahan kapur yang

Hasil penelitian adalah ruang tradisional Desa Adat Penglipuran terdiri dari tiga tingkatan ruang yang berdasarkan konsep Tri Mandala, yaitu Utama, Madya dan

bandotan ( Ageratum conyzoides L.) pada sediaan salep untuk formula 1, 2 dan 3 secara berturut-turut 5%, 7% dan 10% Semakin banyak ekstrak yang diberikan pada

Surat Ketetapan Pajak Daerah Lebih Bayar Pajak Bumi dan Bangunan Perkotaan yang selanjutnya disingkat SKPDLB adalah surat ketetapan pajak yang menentukan jumlah