• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGHASILAN MODEL PEMBANGUNAN MAPAN UNTUK KOMUNITI KAMPUNG SANTUBONG, SARAWAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "PENGHASILAN MODEL PEMBANGUNAN MAPAN UNTUK KOMUNITI KAMPUNG SANTUBONG, SARAWAK"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

July 2, 2009 

[U nive rsit i T e c hnologi M ARA, Perak 2 July 2009

‘National Conference of Research Knowledge & Intellect Application 2009’]

PENGHASILAN MODEL PEMBANGUNAN MAPAN UNTUK

KOMUNITI KAMPUNG SANTUBONG, SARAWAK

Firdaus Al-Siddiq Bin Fadzil1

Zalina Haji Samadi2

Jabatan Seni Bina,

Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA,

Perak.

ABSTRAK

Pembangunan negara pada masa kini secara amnya mengalami anjakan paradigma

yang berkiblatkan modenisasi dengan agenda makroekonomi dan kestabilan fizikal.

Pembanngunan era globalisasi ini kurang menitikberatkan konservasi alam sekitar dan

pembangunan manusia secara keseluruhannya. Pembentangan kertas kerja ini akan

memaparkan Kampung Santubong di Sarawak sebagai kes kajian bagi jenis pembangunan ini.

Pembangunan Santubong yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini sebenarnya sedang

di ambang pembangunan yang dikhuatiri oleh penduduk tempatan akan mengabaikan

dimensi kemanusiaan sebagai subjek utama dalam pembangunannya. Rancangan

Pembangunan Tempatan untuk Santubong adalah satu dokumen yang dianalisa dalam kertas

kerja ini. Kaedah dalam kertas kerja ini akan memaparkan koleksi data etnografi yang

menyelami hasrat komuniti tempatannya. Selain itu, aplikasi kaedah kumpulan sasaran

berfokus yang digunakan akan menyelidiki keperluan terhadap pembangunan komuniti,

pemanfaatan kekuatan budaya dan meningkatkan potensi tapak Santubong yang memiliki

kekayaan sumber alam semula jadi dan seimbang dalam eko-sistemnya. Oleh yang demikian,

paradigma pembangunan di Santubong menuntut kepada satu model alternatif yang

dinamakan sebagai pembangunan mapan. Secara teorinya, model pembangunan mapan ini

tidak lengkap tanpa pembangunan komuniti sedangkan hasilnya adalah untuk manfaat

seluruh komuniti Santubong. Konsep pembangunan Santubong ini sepatutnya menjadi

(2)

Kata Kunci: Model Pembangunan Mapan, Pembangunan Komuniti, Kampung Santubong

PENGENALAN

Amatlah menggembirakan Santubong akan dibangunkan untuk meraikan kedatangan tahun

2020. Amatlah menyedihkan pula kalau pembangunan ini akan mengambil bentuk "modern"

seperti yang diungkapkan oleh DSAH Johari “To further enhance the tourism sector in Santubong

area, we will build a modern commercial centre and other tourism-related facilities at Muara,”

(http://www.easterntimes.com.my/index.php?news_id=1&news_content=5519).

Seandainya apa yang dilaungkan itu suatu paradigma baru, modernisme tidak mampu

memberikan jalan keluarnya, malah modernisme ini telah disahkan mati di Amerika dengan

pemusnahan perumahan Pruitt-Igoe di Saint Louis, Missouri. Apakah ideologi moden ini

juga yang hendak dipakai? Mungkin pembangunan modern akan bertukar menjadi

ultra-modern tetapi ianya tetap tidak dapat dibawa lebih jauh. Malah pembangunan seperti ini,

lihat saja di Dubai misalnya, bukanlah satu pembangunan yang dapat menarik pelancong.

Lebih berat lagi, pembangunan modern tidak dapat mempertahankan keunikan tempat dan

masyarakat tempatan, malah sebaliknya akan membenamkannya.

Seandainya satu paradigma itu diperlukan, kita tidak perlu pergi jauh. Persekitaran Sungai

Sarawak seolah-olah menjerit untuk dipelajari. Begitu juga dengan penduduk sekitarnya yang

telah mencatit sejarah yang belum lagi terungkap, dan budaya yang tiada duanya, ini semua

perlu diselidiki dan ditangani dengan sensitif. Oleh yang demikian secara amnya boleh

dikatakan bahawa apa yang diperlukan ialah satu pembangunan yang mesra alam, budaya dan

penduduk (MABP). Seandainya model pembangunan ini ditemukan dan diamalkan, sudah

barang pasti Santubong dan seluruh kawasan Sungai Sarawak akan menjadi tarikan kepada

ramai pelancong yang ingin kembali ke pangkuan alam bersama-sama komuniti yang bersedia

menerima tetamu-tetamu yang akan dibimbing oleh komuniti tempatan untuk memahami

(3)

PERANAN SEBAGAI PEMERHATI

Sebagai seorang arkitek, saya melihat masalah ini dari sudut pandangan orang ketiga yang

bertindak sebagai pemerhati dan berperanan sebagai orang tengah untuk menyelami hasrat

hati komuniti Santubong secara telus. Peranan seorang pemerhati dalam isu ini adalah untuk

meningkatkan kualiti dan keselesaan hidup semua lapisan masyarakat melalui kerjasama

dalam menjaga segenap lapisan persekitaran kampung Santubong, melibatkan penyertaan

yang aktif masyarakat tempatan untuk berbincang dan menyumbang idea secara muafakat,

menggalakkan penglibatan awam dalam rancangan pemajuan (rancangan struktur dan

rancangan tempatan), menggalakkan perkongsian tanggungjawab menjaga kampung

halaman, seperti kata pepatah Melayu “di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung ”, saling

tegur-menegur secara membina di antara masyarakat berbilang kaum, mengamalkan

nilai-nilai yang sihat dalam hidup misalnya mencintai alam sekitar dan menggunakan sumber alam

dengan bijak, peka dan prihatin kepada isu-isu alam sekitar di sekeliling, bertindak secara

tepat dan bijak dalam pengurusan alam sekitar, mengamalkan kitar semula bagi

mengurangkan penghasilan sampah dan seterusnya mengurangkan pencemaran alam sekitar.

(Beatley, T., and Manning, K: 1998).

PERMASALAHAN

Antara isu yang membelenggu komuniti Santubong termasuklah ketinggalan dalam

arus pembangunan dan tekanan pembangunan di kawasan persekitaran. Komuniti

Santubong mendahagakan satu model pembangunan alternatif yang seimbang yang

menitikberatkan konservasi alam dan pembangunan manusia secara keseluruhannya yang

disebut pembangunan mapan. Mengikut laporan Our Common Future yang diterbitkan oleh

The World Commission on Environment and Development (WCED), 1987, pembangunan mapan

(4)

keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka”. Satu penekanan utama

yang disarankan dalam dasar pembangunan mapan ini ialah masyarakat dunia mestilah hidup

dalam had daya tampung (carrying capacity) planet bumi. Walaupun terdapat beberapa definisi

yang berbeza tetapi dalam kesemua definisi ini terdapat satu tema yang dikongsi bersama

iaitu alam sekitar (environment), masa depan (futuristic) dan kesaksamaan (equity). Aspek-aspek

kemapanan untuk tujuan perancangan antaranya termasuklah Kemapanan Ekologi;

Kemapanan Ekonomi; Kemapanan Sosial; Kemapanan Budaya; Kemapanan Pertanian;

Kemapanan Alam Sekitar; dan Kemapanan Bandar.

MENGAPA PEMBANGUNAN MAPAN?

Tujuan pembangunan mapan ini ingin dilaksanakan adalah untuk mewujudkan

ketelusan dan kerjasama. Melalui ketelusan dan kerjasama ini, masyarakat diberi peluang

sepenuhnya dan digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses membuat

keputusan mengenai pembangunan pada pelbagai peringkat perancangan, pengurusan dan

pelaksanaan; proses membuat keputusan yang berkaitan perlu dilakukan secara tulus dan

telus; dan matlamat akhir ialah untuk mengukuhkan penglibatan, tanggungjawab dan peranan

pelbagai kelompok dari pelbagai peringkat masyarakat berasaskan kepada proses

perancangan, pelaksanaan, pengurusan dan keputusan. Selain itu, adalah untuk Perkongsian

Pintar. Perkongsian pintar ini adalah antara Kerajaan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO)

dan semua pihak masyarakat dalam seluruh aspek; dan asas untuk mengeratkan integrasi

pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan dalam menjurus kepada pola pembangunan

mapan. Hasrat untuk merealisasikan pembangunan mapan ini merupakan tanggungjawab

bersama yang merangkumi Kerajaan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan semua pihak

masyarakat berperanan serta berkongsi tanggungjawab merancang, mengurus, melaksana dan

memantau pembangunan mapan; yang berdasarkan kepada matlamat, objektif dan aspirasi

yang jelas untuk manfaat dan kesejahteraan bersama. Suatu pendekatan yang menyeluruh

diperlukan bagi memastikan konsep kemapanan ini dilihat dan didekati sebagai suatu

kerangka yang berdasarkan proses masalah tersebut dan bukan pada kesan masalah.

Manakala, untuk mewujudkan kesatuan ekosistem, alam sekitar dilihat sebagai suatu

ekosistem yang mengandungi unsur-unsur warisan tabii, sistem sokongan hidup dan sumber

(5)

dan keselamatan sosial. Di samping itu, adalah untuk keharmonian masyarakat iaitu sentiasa

mengutamakan keharmonian dan toleransi antara kaum, prihatin terhadap golongan warga

tua, remaja, kanak-kanak dan masyarakat kurang upaya; dan tanpa membezakan jantina, taraf

sosio-ekonomi dan penduduk antara bandar dan luar bandar. Mengambil berat terhadap

masa depan yang merangkumi pendapat bahawa generasi semasa mengurus sumber-sumber

semasa dengan cara yang memungkinkan pengekalan pilihan-pilihan pengurusannya oleh

generasi akan datang pada masa hadapan; dan pembangunan yang menekankan penggunaan

sumber asli secara mapan dan menitikberatkan langkah-langkah perlindungan alam sekitar.

Untuk tujuan ini, suatu bentuk model pembangunan mapan akan dihasilkan bagi memenuhi

keperluan dan keinginan komuniti Santubong khasnya (Jussila, H., Majoral, R and Cullen, B.

(ed.) : 2002).

BAGAIMANA PEMBANGUNAN MAPAN HARUS DILAKSANAKAN?

Metod untuk kajian ini merangkumi 3 bahagian iaitu paradigma pembangunan

manusia atau komuniti , paradigma pembangunan adat budaya dan paradigma pembangunan

tapak atau tempat.

Paradigma Pembangunan Komuniti Mapan

Konsep komuniti mapan dan pembangunan mapan merupakan idea yang saling

berkaitan. Kamus Oxford mendefinisikan perkataan community sebagai satu kumpulan

manusia yang tinggal di satu tempat; secara bersama dan mempunyai kepentingan. Menurut

kamus Longman, community ialah sekelompok manusia yang tinggal di dalam suatu kawasan

yang sama; berkongsi kerakyatan atau agama atau mempunyai kesamaan dalam sesuatu

keadaan. Kedua-dua definisi tersebut secara bersama mengklasifikasikan dua elemen penting

yang membentuk komuniti iaitu kumpulan manusia yang tinggal di satu tempat yang sama

dan berkongsi kepentingan. Manakala, pembangunan mapan menurut Zainuddin

Muhammad (1996) adalah pembangunan yang menyediakan penambahbaikan terhadap

kualiti kehidupan manusia dan dalam masa yang sama memelihara kehidupan dan

kepelbagaian bumi. Ringkasnya, komuniti mapan adalah komuniti yang mendokong amalan

(6)

menerimapakai cara hidup dan jalan pembangunan yang menghormati dan bertindak dalam

lingkungan batas alam semulajadi (Ibrahim Ngah, 2003). Bagi memastikan berlaku

kesinambungan yang berterusan terhadap amalan kemapanan oleh komuniti, Pepperdine

(2003) menyatakan komuniti mapan akan melihat komponen-komponen ekonomi, alam

sekitar dan sosial sebagai suatu konteks yang saling berkaitan dan penting diambilkira di

dalam merancang masa depan komuniti.

Justeru, tindakan bersepadu dan menyeluruh membangunkan komuniti mapan dari

segi ekonomi, sosial dan fizikal / alam sekitar mendorong Jabatan Perancangan Bandar &

Desa memperkenalkan Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat (DPPS) Selain

memperkuatkan hubungan tonggak ekonomi, sosial dan fizikal / alam sekitar, DPPS

mementingkan pembangunan perlu mengambilkira interaksi yang seimbang dan bersepadu

antara hubungan manusia dengan pencipta; manusia dengan alam; dan manusia dengan

manusia (Zainuddin Muhammad, 1997). Jelasnya, komuniti mapan adalah komuniti yang

mendokong matlamat bagi memenuhi keperluan asas sumber yang diperlukan secara

berterusan, baik generasi kini mahupun akan datang. Bagi memastikan wujudnya situasi

kemapanan yang berterusan, perancangan komuniti perlu mempunyai satu sistem hidup yang

komprehensif berteraskan ilmu wahyu bagi mendokong prinsip dan amalan kemapanan.

Kupasan literatur terhadap konsep komuniti mapan dilihat dapat dijadikan kerangka kasar

bagi membangunkan konsep kemapanan yang sesuai dengan konteks komuniti Santubong.

Sebagaimana yang dijelaskan bagi pembentukan komuniti mapan, komuniti Santubong juga

perlu mengarah kepada penyatuan ketiga-tiga hubungan iaitu dengan perincian terhadap

aspek kemapanan dalam politik, ekonomi,dan sosial/cara hidup .

Paradigma Pembangunan Adat Budaya Mapan

Selain pembangunan komuniti yang mapan, persekitaran fizikal kawasan kajian yang

menarik ditambah dengan keunikan resam hidup dan keaslian adat budaya telah

menyediakan pakej lengkap untuk cadangan pembangunan yang mapan. Cadangan

menjadikan kampung Santubong sebagai kawasan pembangunan telah disuarakan sendiri

oleh wakil penduduk semasa proses dialog dan beberapa perincian mengikut kampung telah

dibuat terhadap cadangan tersebut. Ini kerana perkara penting adalah memastikan implikasi

(7)

oleh komuniti, tetapi cadangan ini secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi tahap

kemapanan (O’Faircheallaigh, C.:1997).

Strategi pembangunan dengan mengeksploitasi keindahan alam semulajadi dan

keunikan budaya secara cekap dan terancang dengan fokus agar kekayaan sumber alam

semulajadi dan buatan dapat dimanfaat untuk mempertingkatkan kualiti dan kesejahteraan

hidup penduduk yang terlibat. Cadangan pembangunan kegiatan eko-budaya dan

memanfaatkan kepakaran penduduk kampung dijangka mampu menghasilkan nilai tambah

dan menyokong pertumbuhan sektor-sektor yang lain baik secara fizikal mahupun

bukan-fizikal dengan penyediaan peluang pekerjaan lebih baik dan terjamin di sektor berkaitan

pembangunan, membangkitkan perusahaan membuat kraftangan dan cenderamata oleh

masyarakat tempatan serta mempertingkatkan kualiti fizikal penempatan dengan penyaluran

infrastruktur asas yang sempurna dan mencukupi. Pelbagai aktiviti untuk pelancong juga

turut dicadangkan seperti aktiviti kesenian dan kebudayaan, sukan lasak, rekreasi serta

penjelajahan rimba bakal membawa satu identiti baru yang tersendiri terhadap Komuniti

Santubong.

Paradigma Pembangunan Tapak Mapan

Penempatan yang wujud secara ‘berselerak-tertumpu’ menyukarkan usaha pembangunan

kemudahan-kemudahan asas dan awam yang baik. Strategi penempatan tersusun telah

dikenalpasti sebagai langkah terbaik dalam meningkatkan kualiti fizikal melalui penyusunan

ruang secara bersistematik dan mempertingkatkan penyediaan kemudahan infrastruktur di

kawasan penempatan. Cadangan ke arah pengwujudan kawasan penempatan tersusun perlu

mematuhi prinsip-prinsip pembangunan mapan sepertimana disenaraikan.

Prinsip-prinsip kemapanan

i. Prinsip kestabilan fisikal : Perancangan yang menitikberatkan aspek pembangunan

infrastruktur yang teratur dan penyusunan ruang perlu dilaksanakan secara bersepadu

bagi menjamin keharmonian dengan alam sekitar, keselesaan penduduk serta

(8)

ii. Prinsip kesejahteraan komuniti : Perancangan dan pembangunan yang melibatkan fizikal

penduduk secara langsung yang perlu mengambilkira unsur kemapanan bagi

menjamin kesejahteraan hidup komuniti, pembanterasan kemiskinan, penyediaan

peluang pertumbuhan ekonomi serta mempunyai peluang untuk mengembangkan

segenap potensi yang dimiliki.

iii. Prinsip identiti setempat : Pembinaan komuniti Santubong perlu berorientasikan sifat

toleransi yang tinggi, memiliki keadilan dalam melaksanakan undang-undang,

pengurangan pencemaran, indah dan bersih, berbudaya serta mempunyai kesedaran

terhadap alam binaan dan alam semulajadi yang tinggi.

Bagi Kampung Santubong, penyusunan penempatan boleh dilakukan daripada

peringkat awal (menyediakan pelan tatatur) bagi membina rumah mengikut corak

penempatan yang baru dan lebih tersusun. Aspek pembangunan fizikal juga perlu

menitikberatkan kesan ke atas alam semulajadi kawasan kampong, konservasi alam serta

keperluan mengekalkan persekitaran dan ekosistem. Amalan-amalan hidup penduduk yang

mapan iaitu memperkuatkan nilai-nilai tradisional dan di masa yang sama mampu

mendokong keperluan hidup komuniti yang sempurna. Penempatan tersusun yang dirancang

perlu memenuhi ciri-ciri seperti berikut:

(a) Menyusun gunatanah kepada konsep “kejiranan” iaitu pusat komuniti atau masjid sebagai

titik fokus, mengelakkan percanggahan guna tanah atau guna ruang di dalam kawasan

kampung dan pada masa yang sama dapat mengekalkan kerharmonian di antara binaan

fizikal dengan alam semula jadi di luar kawasan kampung.

(b) Penyusunan ruang perlu mengambil kira aspek perancangan penempatan yang selamat

seperti jarak dan kedudukan rumah, jaringan paip air dan elektrik, sistem perparitan serta

sistem sirkulasi dalaman kampung.

(c) Penyalurkan kemudahan-kemudahan asas yang lengkap dan berkualiti seperti air, elektrik,

(9)

(d) Mewujudkan ruang bagi pusat komuniti dalam kawasan kampung seperti tapak untuk

pembinaan balai raya, taman bimbingan kanak-kanak, kawasan lapang dan taman

permainan, surau serta kawasan perniagaan.

(e) Kawasan-kawasan tertentu seperti laluan masuk dan pusat komuniti perlu diberikan

identiti tersendiri melalui kerja-kerja landskap yang indah.

(f) Memperbaiki sistem perhubungan baik dari segi kualiti jambatan dan jalanraya.

(g) Mengatasi masalah hakisan pantai yang semakin runcing dan menghentikan pengambilan

pasir di dalam laut.

(Khairul Hisyam Kamarudin: 2005)

PENUTUP

Diharapkan hasil daripada kajian ini dapatlah memberi petunjuk serta kerangka bagi

membentuk suatu model pembangunan untuk komuniti Santubong khasnya serta dapat

digunapakai untuk pembangunan di tempat lain secara amnya. Secara keseluruhannya, kajian

ini telah membincangkan tentang hasrat komuniti Santubong yang dahagakan arus kemajuan

dan pembangunan serta tekanan pembangunan di kawasan persekitaran. Untuk tujuan ini,

dinyatakan tujuan pembangunan itu dilaksanakan serta cara untuk melaksanakan

pembangunan ini berdasarkan tiga bahagian iaitu paradigma pembangunan manusia atau

komuniti, paradigma pembangunan budaya dan paradigma pembangunan tapak atau tempat

berdasarkan konsep dan prinsip-prinsip kemapanan. Kajian mendapati terdapat aspek

kemapanan telah diamalkan oleh komuniti di kawasan kajian sejak dahulu lagi. Terdapat

amalan semasa yang mapan dan ada yang tidak mapan namun pastinya komuniti Santubong

tidak mahu terus-menerus hidup di dalam keadaan yang serba daif dan kekurangan.

Penglibatan mereka dalam kegiatan ekonomi hanya terbatas kepada sektor perburuhan yang

menawarkan upah yang rendah tidak mampu mengheret mereka keluar daripada cengkaman

kemiskinan dan kemelaratan hidup. Pencapaian komuniti mapan perlu dilakukan dengan

(10)

dari pihak jabatan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan, termasuklah profesional pelbagai

bidang. Sudah tiba masanya pembangunan komuniti dibuat secara “bottom-up planning”

dengan mengambil kira input daripada komuniti bagi merencanakan bentuk pembangunan

komuniti mengikut kehendak dan proses perlaksanaannya adalah secara pengupayaan

komuniti melalui pengawasan dan khidmat sokongan institusi berkaitan. Kajian ini hanyalah

sebahagian daripada usaha awal ke arah memajukan komuniti Santubong dengan

memperkenalkan kerangka strategi pembangunan yang memenuhi tuntutan profesion seni

bina dan perancangan bandar serta praktikal dan diterima pakai oleh penduduk untuk

mengubah taraf kehidupan mereka ke arah kesejahteraan dan maju tanpa menghakis identiti

dan jati diri mereka serta tidak menghilangkan mana-mana amalan kehidupan semasa yang

(11)

SENARAI RUJUKAN:

BEATLEY, T., and MANNING, K. (1998). The Ecology of Place: Planning for Environment,

Economy and Community. Washington DC: Island Press.

IBRAHIM NGAH (2003). Pelan Tindakan Desa. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi

Malaysia.

JUSSILA, H., MAJORAL, R and CULLEN, B. (ed.) (2002). Sustainable Development and

Geographical Space; Issues of Population, environment, Globalization and Education in Marginal Regions.

England: Ashgate Publishing Limited.

KATIMAN ROSTAM (2001). Dasar dan Strategi Petempatan dalam Pembangunan Negara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

O’FAIRCHEALLAIGH, C. (1997). Recource Development and Inequality in Indigenous Societies. Journal of World Development. 26(3): 381-394.

PEPPERDINE, S. (2003). Social Indicators of Rural Community Sustainability: an Example from the

Woady Yaloak Catchment. University of Melbourne: Department of Geography &

Environmental Studies.

WCED, World Commission on Environment and Development (1987). Our Common Future. England: Oxford University Press.

ZAINUDDIN MOHAMMAD (1996). Planning Methods Towards Sustainable Community,

Paper Presented at 15th Earoph World Congress, 3-7 September 1996, Auckland New Zealand.

ZAINUDDIN MOHAMMAD (1997). Perancangan Luar Bandar Mampan. Kertas prosiding

pada Seminar Kebangsaan Perancangan Bandar & Wilayah ke-15. (17-18 Mac). Universiti

Teknologi Malaysia Skudai, Johor.

KHAIRUL HISHAM KAMARUDIN (2005). Merangka Strategi Pembangunan Mapan Komuniti

(12)

(RPS) Legap & Pos Kuala Mu, Daerah Kuala Kangsar Perak. Universiti Teknologi Malaysia :

Referensi

Dokumen terkait

Adapun kompetensi yang diharapkan dan dikuasai oleh siswa setelah proses belajar mengajar adalah kompetensi afektif (sikap), psikomotorik (keterampilan) dan kognitif

Skripsi dengan judul “Peningkatan Kemampuan Berhitung dan Aktivitas Bermain Siswa Menggunakan Alat Peraga Lidi dalam Make A Match pada Siswa Kelas II SDN Tlekung

Penelitian ini tidak sejalan dengan penelitian yang dilakukan oleh Jacob & Taslim (2017) yang menunjukkan bahwa kebijakan dividen mampu memediasi pengaruh

Kajian keluasan kawasan rayau yang dijalankan di Pasar Bayan Lepas selama tujuh hari persampelan intensif mengkaji tentang keluasan kawasan rayau dan corak pergerakan tikus wirok

Penelitian mengenai sinkronisasi antara Pasal 36 ayat (2) Peraturan Presiden Nomor 12 Tahun 2013 tentang Jaminan Kesehatan terhadap Pasal 23 ayat (1)

Kepala Sub Bagian Kelembagaan dan Analisis Jabatan mempunyai tugas pokok menyiapkan bahan perumusan kebijakan pemerintah daerah di bidang kelembagaan anjab,

1 Ade Shinta Ramadhani ChIYEP Universitas Gadjah Mada Purbalingga 2 Aditya Very Cleverina ChIYEP Universitas Sebelas Maret Kudus 3 Angela Sarasati ChIYEP Institut Teknologi Bandung

Hasil dari testing silikat dan analisa produk cair menggunakan Gas Kromatografi (GC) menunjukkan bahwa silikat yang dihasilkan dari abu sekam padi mempunyai