• Tidak ada hasil yang ditemukan

PASUKAN DAN KUMPULAN DI DALAM ORGANISASI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PASUKAN DAN KUMPULAN DI DALAM ORGANISASI"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

PASUKAN DAN

KUMPULAN DI DALAM

ORGANISASI

KURSUS :

PXGM 6102

EDUCATIONAL ADMINISTRATION AND ORGANIZATION

PENSYARAH :

ENCIK MEGAT AHMAD KAMALUDDIN BIN MEGAT DAUD

(2)

Isi Kandungan

1.0 Apa itu Pasukan?

1.1 Peranan dan tugas-tugas pasukan.

1.1.1 Penggerak-penyumbang

1.1.2 Pencari maklumat

1.1.3 Pencari pendapat

1.1.4 Penerang

1.1.5 Penyelaras

1.1.6 Penunjuk

1.1.7 Penilai

1.1.8 Pengkritik

1.1.9 Juruteknik

1.1.10 Setiausaha pasukan

2.0Jenis-jenis pasukan.

2.1 Independent and Interdependent team

2.2 Self-Manage Team

2.3 Project Team / Pasukan Kerja

2.4 Sport Team / pasukan sukan

2.5 Virtual Team / pasukan maya

2.6 Interdisciplinary dan multidisciplinary team

3.0 Kritik-kritik/ isu-isu berhubung pasukan. 3.1 Ganjaran – diberi pada individu.

3.2 Perlu modal insan yang terkini.

3.3 Keberkesanan Pasukan

3.4 Had kuasa

(3)

5.0 Jenis Kumpulan dalam organisasi

5.1 Kumpulan Kerja (formal)

5.2 Kelab (tidak formal) - minat

6.0 Peringkat Pembangunan/pembentukan kumpulan

6.1 Fasa Pembentukan

6.2 Fasa Bantahan (STORMING)

6.3 Fasa Norming (pembentukan norma)

6.4 Fasa Pelaksanaan

6.5 Fasa Pembubaran

(4)

1.0 Apa itu Pasukan?

Pasukan terdiri daripada individu yang bekerja di dalam satu kumpulan dan mereka

mempunyai matlamat yang sama untuk menyiapkan sesuatu tugasan atau kerja. Ciri penting

di dalam sesebuah pasukan adalah mereka mempunyai panduan dan atur cara kerja

(Standard Operating procedure (SOP)). SOP adalah set arahan kerja yang merangkumi

segala bentuk operasi yang membawa kepada perstandardan atur cara kerja tanpa

mengabaikan tahap kecekapan sesuatu operasi. Arahan kerja ini harus dipatuhi dan hanya

boleh diabaikan jika di arahkan. SOP ini harus dipatuhi dari semasa ke semasa secara

bersama bagi memastikan visi, misi dan kualiti sesebuah organisasi yang telah ditetapkan

tercapai.

Setiap ahli di dalam pasukan perlu bertanggungjawab bagi memastikan setiap

objektif organisasi dapat dicapai dengan cemerlang. Setiap kegiatan akan dipikul secara

bersama bukan hanya kepada individu tertentu sahaja di dalam pasukan. Segala

permasalahan yang timbul harus diselesaikan bersama.

Satu lagi ciri penting di dalam pasukan adalah mereka mempunyai ciri-ciri tersendiri/

keunikan tersendiri sama ada dalam melaksanakan tugasan atau menyelesaikan masalah.

Setiap ahli merupakan pelengkap kepada ahli yang lain. Dari itu ciri-ciri istimewa atau

keunikan yang ada akan digunakan sebaik mungkin bagi memaksimumkan hasil yang akan

diperolehi kelak.

Pasukan bukan hanya menjalankan tugas tetapi mereka juga menerima arahan.

Arahan akan diberikan oleh ketua dan ketua akan bertindak selaku fasilitator/ pembimbing

pasukan. Ketua tidak akan mendominasi pasukan seperti di dalam kumpulan. Ketua akan

berbincang dengan pasukan bagi menentukan matlamat yang ingin dicapai. Perbincangan

(5)

bersama harus diperolehi bagi menentukan matlamat pasukan. Apabila arahan telah diterima

setiap seorang ahli di dalam pasukan tersebut termasuk ketua tadi harus memberikan

komitmen yang padu bagi memastikan matlamat yang telah dipersetujui tercapai.

Pasukan tidak akan sepi dari permasalahan. Jika sesuatu permasalahan atau konflik

berlaku setiap ahli akan duduk bersama membincangkan perkara tersebut. Ini yang

dikatakan komunikasi dua hala. Segala permasalahan atau kekaburan atau maklumat akan

dikongsi bersama agar keputusan dapat dibuat secara bersama. Keputusan tidak akan

didominasi oleh sesetengah individu, tetapi seluruh ahli pasukan harus terlibat di dalam

menentukan keputusan

1.2 Peranan dan tugas-tugas pasukan.

Pasukan akan terbentuk apabila terdapat permasalahan atau peranan baru yang

akan dilaksanakan oleh organisasi. Dari itu beberapa orang individu akan digabungkan bagi

menangani isu dan tanggungjawab ini. Peranan dan tanggungjawab bagi setiap ahli perlu

diterjemahkan dan di fahami agar peranan yang lebih berkesan dapat dilaksanakan. Berikut

adalah peranan dan tanggungjawab yang mungkin terlibat:

1.2.1 Penggerak-penyumbang

Pasukan ini akan mencadangkan idea-idea atau pendekatan baru

terhadap penyelesaian masalah. Mereka ini akan memainkan peranan

mencadangkan pendekatan atau kaedah yang berbeza terhadap

penyelesaian sesuatu masalah. Mereka juga seorang yang kreatif dan

inovatif serta banyak melakukan pemerhatian dan penerokaan

1.2.2 Pencari maklumat

Berperanan meminta penjelasan tentang cadangan yang diberikan.

Mereka akan meminta segala fakta yang berkaitan agar dapat membantu

pasukan menangani permasalahan yang dihadapi. Beliau akan

(6)

akan memberikan fakta, contoh-contoh, perangkaan dan bukti-bukti yang

mempunyai kaitan dengan masalah yang dihadapi oleh pasukan.

1.2.3 Pencari pendapat

Meminta penjelasan tentang nilai-nilai dan pendapat yang diperolehi.

Beliau akan berkerjasama rapat dengan pemberi pendapat dimana

pemberi pendapat ini akan menawarkan pendapat atau pandangan

berhubung idea yang sedang dibincangkan

1.2.4 Penerang

Kebiasaanya individu ini berumur orangnya. Beliau akan mampu memberi

contoh berasaskan pengalaman peribadi atau orang lain yang dapat

membantu menerangkan bagaimana sesuatu idea dapat dilaksanakan

sekiranya pasukan telah memperolehi sesuatu jalan penyelesaian.

1.2.5 Penyelaras

Peranan penyelaras juga penting dimana beliau akan cuba mencari

perkaitan diantara idea-idea yang telah dicadangkan oleh ahli

1.2.6 Penunjuk

Berperanan merumuskan apa yang telah dicapai dan menumpukan

pasukan kepada tugas dan matlamat yang telah dipersetujui bersama.

1.2.7 Penilai

Berperanan untuk menilai bukti-bukti dan rumusan yang dicadangkan oleh

ahli kumpulan.

1.2.8 Pengkritik

Penggerak pasukan dengan mendorong serta merangsang (memberi

rangsangan atau maklumbalas yang membina) pasukan ke arah

(7)

1.2.9 Juruteknik

Berperanan menyediakan segala kemudahan peralatan seperti komputer

riba, projektor, kertas, pensil dan selaku “runner” kepada pasukan.

1.2.10 Setiausaha pasukan

Peranan dan tugas beliau adalah mencatat cadangan-cadangan dan

pendapat orang lain. Merekodkan segala surat keluar masuk dan

menyediakan laporan kemajuan pasukan

3.0Jenis-jenis pasukan.

3.1 Independent and Interdependent team

Pasukan yang berdikari (Independent) merupakan pasukan yang mampu

membuat keputusan sendiri. Mereka tidak bergantung pada individu lain untuk

menyelesaikan tanggungjawab atau membuat keputusan. Dari itu segala

keputusan yang dibuat tidak akan memberi kesan kepada orang lain. Mari kita

lihat kepada pasukan catur sebagai contoh. Sewaktu di dalam permainan ahlinya

tidak memerlukan pendapat ahli lain di dalam melaksanakan tugasnya dan

membuat keputusan. Beliau bebas menentukan arah tuju dan strategi yang beliau

sendiri tentukan. Keputusan yang dibuat tidak akan mempengaruhi ahli lain di

dalam pasukannya untuk membuat keputusan. Berbeza dengan pasukan

interdependent. Setiap tugas dan tanggungjawab akan dipikul secara bersama.

Segala keputusan harus dibincangkan dan diputuskan secara bersama. Dari itu

kejayaan yang mereka perolehi juga adalah secara bersama atau milik bersama.

3.2 Self-Manage Team

Pasukan ini merupakan pasukan yang boleh bergerak secara sendiri. Setiap

(8)

pasukan. Ahli-ahli yang lain akan berperanan sebagai pelengkap kepada tugas

atau kerja yang dijalankan.

3.3 Project Team / Pasukan Kerja

Pasukan kerja merupakan pasukan yang ditubuhkan bagi melaksanakan sesuatu

tugasan. Pasukan ini merupakan barisan hadapan sesebuah organisasi dan

kebiasaanya mempunyai seorang ketua yang akan menentukan perkara-perkara

perlu dilakukan atau diarahkan. Mereka akan mengendalikan kerja-kerja asas

dalam melancarkan peranan dan fungsi organisasi tersebut. Ahli-ahli pasukan

akan diberikan tugas yang tetap, sejajar dengan kemahiran dan kepakaran

mereka secara berterusan. Sesetengah organisasi menamakan pasukan ini

sebagai jawatan kuasa tetap.

3.4 Sport Team / pasukan sukan

Pasukan sukan merupakan perkumpulan individu yang bermain sukan secara

bersama. Ahli-ahli di dalam pasukan ini terdiri daripada semua pemain, pemain

simpanan, juru latih (coach) dan juga pengurus pasukan.

3.5 Virtual Team / pasukan maya

Pasukan ini adalah unik sekali. Setiap ahlinya tidak pernah berjumpa secara

fizikal diantara satu dengan yang lain. Ahli-ahli pasukan ini dipisahkan oleh

kedudukan geografi yang berbeza. Contohnya seorang di Perlis, Kuala Lumpur,

Terengganu, Sarawak dan Sabah. Setiap ahli akan berjumpa dengan dibantu oleh

pelbagai teknologi yang membolehkanya berhubung. Sebagai contoh aplikasi

melalui kamera sesawang (web cam), telekomunikasi, ruang berborak (seperti

yahoo massager, my space dan lain-lain) dan bermacam-macam lagi teknologi.

(9)

Pasukan yang mempunyai disiplin yang sama (interdisciplinary) merupakan

pasukan yang mempunyai kepakaran atau bidang yang sama. Setiap ahli

merupakan pelengkap kepada ahli yang lain.

Manakala bagi pasukan yang mempunyai pelbagai disiplin, pasukan ini akan

melibatkan lebih dari satu pakar/ bidang yang terlibat. Setiap pakar hanya akan

menumpukan kepada kepakaran masing-masing sahaja. Sekiranya masalah yang

dihadapi tiada di dalam ruang lingkup pengetahuan dan pakarnya ia akan

tinggalkan dan serahkan pada ahli yang dalam bidangnya. Sebagai contoh

semasa operasi pembedahan dijalankan. Beberapa orang pakar akan terlibat di

dalam memastikan operasi itu berjalan dengan lancar. Pakar bius akan

memastikan pesakit dibius dengan sempurna agar pesakit tidak akan rasa sakit

sehingga proses pembedahan itu selesai. Kemudian pakar bedah akan

menjalankan perananya dan begitulah seterusnya.

3.0 Kritik-kritik/ isu-isu berhubung pasukan. 3.1 Ganjaran – diberi pada individu.

Terengganu Timbang Wujud Skim Ganjaran Kepada Pemain Setia

KUALA TERENGGANU, 6 Jan (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu akan

menimbang untuk memperkenalkan satu skim ganjaran atau kenaikan gaji

pemain-pemain bola sepak yang setia kepada pasukan Terengganu pada masa akan datang...

Bernama, 06 Januari, 2010 15:58 PM

Daripada petikan berita di atas menunjukkan bahawa walaupun pasukan bola

sepak ini bertindak dan berkelakuan seperti sebuah pasukan namun ganjaran

masih diberikan kepada individu. Kemenangan sesebuah pasukan bukan

(10)

kepada kerja berpasukan. Kejayaan ditentukan oleh setiap ahli di dalam

pasukan bermula daripada penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah,

penyerang, jurulatih dan juga pengurus, tetapi ganjaran masih ditumpukan

kepada individu tertentu sahaja bukan kepada pasukan tersebut seperti yang

dinyatak pada artikel di atas pada perkatan pemain-pemain. Ini merujuk

kepada ganjaran imbuhan pada sesorang individu bukan kepada pasukan.

3.2 Perlu modal insan yang terkini.

Hasil daripada Pembentangan Rancangan Malaysia ke Sembilan (2006 –

2010) oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad

Badawi, di bawah teras kedua iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan

dan inovasi negara serta memupuk ‘Minda Kelas Pertama’: Bab 11 –

Memperkukuh Modal Insan memperkatakan “Dalam tempoh Rancangan,

usaha akan dipergiat untuk membangunkan modal insan demi memacu

transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Program dan

projek akan dilaksana bagi mencapai keutamaan Misi Nasional, iaitu

menambah baik sistem pendidikan, meningkatkan inovasi, dan memastikan

pembangunan modal insan yang menyeluruh”. Bagi memenuhi hasrat tersebut

latihan insaniah harus diberikan kepada kakitangan dengan secara

menyeluruh. Latihan di dalam menyelesaikan masalah adalah salah satu

daripadanya. Dalam penyelesaian sesuatu masalah latihan di dalam

pemikiran kreatif juga perlu terlibat sama. Masalah tidak dapat diselesaikan

dengan cara bersendirian ia memerlukan sesorang untuk berkomunikasi. Dari

itu kemahiran berkomunikasi secara interpersonal amatlah penting untuk

dikuasai agar perkara yang ingin diselesaikan dapat disampaikan dan

dipahami dengan jelas. Jika perkara-perkara asas ini tidak diutamakan maka

ia akan memberikan kesan dan impak yang amat besar kepada sesorang

(11)

daripada kesalahan yang dibuat. Beliau terpaksa melaksanakan

langkah-langkah penyelesaian yang sama berulang-ulang kali. Ini mengambil masa

yang lama untuk mendapatkan satu penyelesaian dan pengalaman. Bagi

sesebuah pasukan, mereka tidak mempunyai masa yang banyak bagi

melaksanakan sesuatu tugasan. Ini akan mengakibatkan pasukan tersebut

menjadi pasukan yang tidak cekap dan proses untuk sesuatu tugas terpaksa

dipanjangkan lagi. Dari itu tenaga kerja/ modal insan perlu dahulu mengikuti

asas-asas latihan tersebut.

3.3 Keberkesanan Pasukan

Bagi membolehkan sesebuah pasukan berfungsi dengan baik, segala

maklumat haruslah diberitahu kepada ahli agar keputusan yang akan dibuat

oleh semua ahli adalah tepat dan dipersetujui secara bersama. Tetapi terdapat

sesetengah pasukan masih lagi merahsiakan maklumat yang diperolehi. Ini

mungkin disebabkan oleh kepentingan peribadi atau sesorang. Ini

menyebabkan keputusan yang dibuat tidak dapat dilaksanakan sepenuh hati

oleh ahli pasukan.

3.4 Had kuasa

Setiap individu di dalam pasukan memerlukan tahap pemahaman yang baik

dari segi pengaggihan kuasa. Tanpa pemahaman yang baik, ini akan wujud

situasi dimana ahli dalam pasukan tersebut melangkau sempadan atau had

kuasa yang telah diberikan atau diperolehi. Sebagai contoh di dalam sebuah

organisasi yang menjalankan aktiviti pengurusan acara. Kita ambil contoh satu

bahagian sahaja iaitu di bahagian kewangan. Bahagian kewangan ini

mempunyai kuasa untuk membayar apa jua bentuk kewangan yang di

(12)

seperti gajah putih dimana jika dipandang ianya indah tetapi tiada manfaat

untuk ahli di sekitarnya.

Jika ahli-ahli di dalam kumpulan ini diberikan kuasa yang besar maka perselisihan faham akan berlaku dimana tidak tahu siapa yang perlu

meluluskan bayaran ini kerana bahagian kewangan beranggapan mereka

lebih berkuasa menentukan sama ada bayaran itu lulus atau tidak. Ini akan

mengakibatkan perkara yang telah dilulusksn tertangguh walaupun ia telah

diluluskan untuk pembayaran oleh ketua unit yang lain. Jika had kuasa ini

diberi (secara berlebihan) ini mengakibatkan pengurusan sesebuah organisasi

sukar untuk membuat keputusan.

Salah satu perkara pokok apabila seseorang atau sesuatu badan atau agensi

melakukan atau akan melakukan sesuatu, ialah mengenai persoalan: Adakah

ia mempunyai kuasa? Bagaimana mereka melaksanakan kuasa itu?

Persoalan-persoalan yang berbangkit adalah, adakah ia telah melaksanakan

kuasa itu dengan betul, dan tidak melampaui kuasanya? Adakah sesuatu

badan, orang atau agensi itu telah mengambil langkah menurunkan

kuasanya? Jika ia telah menurunkan kuasanya, adakah penurunan kuasa itu

sah? Dan keempat, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap

(13)

4.0 Apa itu Kumpulan?

Kumpulan merupakan individu yang melakukan kerja-kerja tertentu di dalam satu

kumpulan tetapi tidak mempunyai yang sama, malah masing-masing berusaha untuk

menyiapkan kerja masing-masing dengan mendapat ganjaran yang ditentukan. Matlamat

utama kumpulan adalah ganjaran.

Berbeza dengan pasukan, kumpulan akan didominasi oleh seorang ketua. Ketua

adalah segalanya. Ketua akan menerajui sesebuah perbincangan atau mesyuarat yang

mana ianya telah ditetapkan lebih awal lagi. Setiap ahli harus mematuhinya. Mesyuarat

biasanya akan menjadi medan menyampaikan apa dia visi, misi, objektif dan matlamat

sesebuah kumpulan atau organisasi itu. Ini dikatakan sebagai komunikasi dari atas ke

bawah. Segala apa yang dihasratkan dan di cita-citakan oleh pemimpin atasan akan

disampaikan kepada ahli. Ahli akan menerima arahan dan melaksanakan tugasan yang telah

ditetapkan berdasarkan cara kerja yang telah ditentukan. Ahli tidak perlu menanyakan

maklumat tambah kerana maklumat tersebut akan dilindungi. Setiap ahli akan memastikan

prestasinya sentiasa berada pada tahap maksima. Jika prestasinya tidak berada pada tahap

yang dikehendaki, ahli tersebut akan ditegur. Ini akan menjejaskan pemarkahan prestasi ahli

tersebut. Dari itu setiap ahli di dalam kumpulan akan bersaing diantara satu sama lain untuk

menjayakan tugasan yang diberikan.

5.0 Jenis Kumpulan dalam organisasi

5.1 Kumpulan Kerja (formal)

Gerak Khas (

Task forces

)

Kumpulan gerak khas merupakan kumpulan yang ditubuhkan bagi

menyelesaikan satu tugasan atau aktiviti tertentu di dalam organisasi.

Organisasi yang sering kali dikaitkan dengan gerak khas ini adalah Polis,

(14)

boleh membentuk Kumpulan gerak khas ini. Kebiasaanya kumpulan ini

hanya diwujudkan secara sementara bagi menyelesaikan/ melaksanakan

sesuatu tugasan atau aktiviti.

Krew

Merupakan kumpulan yang terbentuk daripada pengabungan individu

yang mempunyai minat yang sama seperti perfileman (krew filem),

perkapalan (anak-anak kapal) mahupun di dalam jenayah itu sendiri

seperti kumpulan Mafia dan lain-lain.

Pasukan

Pasukan juga terbentuk dari hasil pengabungan kumpulan-kumpulan.

Kumpulan yang mempunyai kepakaran yang berbeza dapat digabungkan

bagi membentuk satu pasukan dan akan berperanan kepada pelengkap

kepada kumpulan yang lain bagi menyelesaikan sesuatu tugasan atau

aktiviti yang lebih besar lagi.

5.2

Kelab (tidak formal) - minat

Kelab Kebajikan kebiasaanya kelab ini wujud disebabkan oleh perkara

atau minat yang sama dan ianya berfungsi sebagai medan perjumpaan

untuk aktiviti tertentu. Sebagai contoh:

o

Kelab Musik

o

Kelab Seni

o

Kelab Kereta

o

Kelab keusahawanan dan lain-lain lagi.

6.0 Peringkat Pembangunan/pembentukan kumpulan

Peringkat pembentukan kumpulan dalam organisasi (Bruce Tuckman (1965).

Peringkat pertama adalah pembentukan, diikuti dengan bantahan apabila wujudnya konflik,

(15)

jangkaan yang sama. Peringkat seterusnya adalah pelaksanaan , di mana struktur kumpulan

berfungsi dan diterima sepenuhnya. Ahli kumpulan akan bergerak dan mengenali antara satu

sama lain bagi melaksanakan tugasan untuk mencapai matlamat. Peringkat akhir apabila

sesuatu tugasan dilaksanakan sepenuhnya. Ahli-ahli akan mengemukakan maklum balas

yang akan memberikan pelbagai reaksi baik dan buruk. Peringkat ini dinamakan

penangguhan terutamanya bagi komuniti sementara (adhoc).

6.1 Fasa Pembentukan

Pada peringkat ini pasukan tersebut tidak pasti akan tujuan kumpulan ini ditubuhkan

atau diwujudkan. Struktur pengorganisasian masih belum di buat bagi melambangkan

identiti kumpulan tersebut.

Ahlinya lebih berorientasikan :

• tugas,

• menguji kelakuan interpersonal,

• bergantung kepada orang berkuasa,

• mencari peraturan untuk berinteraksi dan menjalankan tugas

6.2 Fasa Bantahan (STORMING)

Pada peringkat ini ahli pasukan mengalami konflik dan konfrontasi dalam mencari

persetujuan tentang beberapa isu pokok kumpulan mereka. Mereka juga agak

resistan kepada tugas dan mungkin berebut kepimpinan kumpulan.

6.3 Fasa Norming (pembentukan norma)

Pada peringkat ini ahli pasukan

(16)

 Boleh menerima norma @ peraturan untuk berinteraksi dan menjalankan

tugas,

 Menjelaskan peranan masing-masing ,dan

 mula mencari penyelesaian kepada masalah tugas.

Kadang kala seorang pemimpin informal muncul di kalangan mereka

6.4 Fasa Pelaksanaan

Pada peringkat ini ahli kumpulan

akan:-• Mula menyalurkan tenaga terhadap tugas ,dan

• semakin jelas dengan peranan masing-masing menuju ke arah matlamat

pasukan

6.5 Fasa Pembubaran

Apabila matlamat hampir dicapai, ahli menyediakan diri untuk membubarkan

pasukan dan mungkin merasa dukacita tentangnya. Pembubaran selalunya berlaku

bagi pasukan tugas sementara, seperti jawatankuasa dan pasukan petugas

8.0 Kritik-kritik/ isu-isu berhubung Kumpulan

Kurang masa di luar waktu sekolah (

sleeping partner

)

Dari sesi persekolahan bermula guru-guru telah dipertanggung jawabkan

untuk memenuhi keperluan pembelajaran di sekolah. Selain dari itu guru juga

diberi tugas lain mengendalikan beberapa persatuan, pertubuhan dan banyak

lagi. Masa yang perlu diluangkan terlalu banyak dihabiskan untuk tujuan

(17)

itu ada guru-guru yang hanya mendaftar nama selaku ahli sahaja tetapi tugas

yang diberikan untuk menjalankan/ mengendalikan perkara-perkara yang lain

terpaksa ditangguh. Mereka memberi alasan tidak mempunyai masa yang

cukup untuk mengendalikan tugas di atas.

Pemarkahan/ gred – tidak mengambil kira usahan setiap ahli

Apabila tugasan atau aktiviti yang dilakukan telah selesai dan memenuhi

maksud dan matlamat yang ditentukan maka prestasi setiap ahli dalam

kumpulan akan di nilai. Kebiasaanya ketidak adilan akan wujud di mana

ganjaran / penilaian yang diberikan adalah sama untuk semua ahli. Ia tidak

mengambil kira usaha setiap ahli yang terlibat. Ini akan menimbulkan ketidak

adilan di kalangan kakitangan

Imbuhan/ ganjaran yang tidak sekata

Hasil daripada penilaian yang tidak sekata maka ini mengakibatkan

pengagihan imbuhan/ ganjaran juga tidak sekata. Nilai imbuhan/ ganjaran

yang diberikan adalah tidak setimpal dengan usaha yang diberikan dan

dengan kerja yang dilaksanakan. Ini akan sekali lagi menimbulkan konflik di

kalangan ahli di dalam kumpulan tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa imbuhan/ ganjaran merupakan daya penarik

sama ada bagi mereka yang inginkan sesuatu pekerjaan atau bagi

memotivasikan para pekerja dalam sesebuah organisasi. Diantara kebaikan

memberi imbuhan / ganjaran termasuklah membantu mengekalkan pekerja

sedia ada dalam organsiasi dan meningkatkan semangat para pekerja yang

(18)

8.0 Perbezaan Pasukan dan Kumpulan.

Ketua akan berkongsi misi dan visi

organisasi

Ketua akan bertindak secara reaktif terhadap

pengurusan, rakan sejawat dan ahli

Ketua akan bertindak secara proaktif

terhadap pihak pengurusan

Ketua memberi galakan kepada semua ahli

(19)

Penekanan diberikan kepada prestasi

individu

Penekanan diberikan kepada prestasi

pasukan

Merujuk kepada matlamat individu Merujuk kepada matlamat pasukan

Anggota bersaing antara satu sama lain

untuk menjalankan tugasan

Anggota bekerja sebagai salah satu unit

kerjasama (pelengkap)

Komunikasi dari atas ke bawah Komunikasi dua hala

Maklumat dilindungi daripada ahli Setiap maklumat dikongsi secara bersama

Setiap keputusan ditentukan oleh ketua

Setiap keputusan ditentukan oleh seluruh

(20)

Bibliography

F. P. Morgeson, D. S. DeRue, and E. P. Karam: Leadership in Teams: A Functional Approach

to Understanding Leadership Structures and Processes, Journal of Management,

January 1, 2010; 36(1): 5 - 39.

M. M. Stewart and O. E. Johnson: Leader--Member Exchange as a Moderator of the

Relationship Between Work Group Diversity and Team Performance, Group

Organization Management, October 1, 2009; 34(5): 507 - 535.

Dean Tjosvold and Ziyou Yu: Group Risk Taking: The Constructive Role of Controversy in

China, Group & Organization Management, Dec 2007; vol. 32: pp. 653 - 674

http://www.zainbooks.com/books/management/leadership-and-team-management_25_group-and-team-concept.html

http://www.1000ventures.com/business_guide/crosscuttings/team_vs_group.html

http://1000advices.com/guru/teamwork_17laws_jm.html

http://www.wisegeek.com/what-is-the-difference-between-a-team-and-a-group.htm

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk (1) menjelaskan latar sosio-historis Djenar Maesa Ayu sebagai pengarang kumpulan cerpen Saia, (2) menjelaskan struktur kumpulan

Berdasarkan hasil analisis penelitian mengenai kohesi gramatikal pada kumpulan puisi Geladi Diri dan implikasinya dalam pembelajaran bahasa di SMP ditemukan adanya kohesi

Berdasarkan hasil penelitian terdapat dua kesimpulan: hasil penelitian mengenai kohesi gramatikal pada kumpulan puisi Geladi Diri yaitu pengacuan (referensi) terdiri

Sumber daya manusia (tenaga ahli) juga merupakan faktor kendala yang perlu dipikirkan agar dapat bersaing dengan produk impor dengan diberikan pelatihan- pelatihan khusus

Sumber data dalam penelitian ini adalah cerpen “Larasati”, “DJ”, “Sepenggal Aku”, “Serimpi” pada kumpulan cerpen Serimpi karya Rohana Handaningrum. terbit

Juragan sangat tergantung pada modal yang dimiliki oleh tauke, dimana modal tersebut ia gunakan untuk diberikan kepada bandol sebagai modal juga dalam membeli

Penelitian ini sendiri bermaksud menganalisis metode karakterisasi (penokohan) yang digunakan pengarang untuk menyajikan tokoh utama dalam cerpen-cerpen pada kumpulan cerpen

Puji syukur kehadirat Allah SWT karena atas kuasa-Nya peneliti dapat diberikan kekuatan fisik maupun psikis untuk dapat menyelesaikan skripsi sebagai syarat kelulusan