• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDEKATAN DATA KORPUS DALAM PENGAJARAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENDEKATAN DATA KORPUS DALAM PENGAJARAN"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

PENDEKATAN DATA KORPUS DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Ahmad Harith Syah B. Md. Yusuf

1

, Zuraidah bt Mohd Sulaiman

2

, Hoo Fang Jing

3

,

Raihan Ibrahim

4

ABSTRAK

Secara tradisinya, penggunaan buku tatabahasa sebagai rujukan utama dari sudut pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa di dalam bilik darjah bagi memahami aspek tatabahasa tertentu bukanlah sesuatu yang janggal. Namun, dunia P&P hari ini begitu berbeza ditambah dengan kemajuan dan perkembangan teknologi perkomputeran. Perkembangan dan kemajuan ini telah membuka prospek baharu dari sudut P&P khususnya P&P bahasa Melayu. Melalui perkembangan ini, korpus linguistik telah dibangunkan yang pada asalnya menyajikan data autentik untuk penyelidikan bahasa dan linguistik, namun telah mengorak langkah kepada pengaplikasian metode di dalam P&P bahasa. Sejak 30 tahun yang lalu, penggunaan korpus linguistik dalam sesi P&P telah mula menampakkan kerelevanan walaupun pada peringkat awalnya korpus linguistik masih belum digunakan secara meluas di dalam P&P (Varley, 2008). Relevannya korpus linguistik di dalam P&P dinyatakan oleh Maddalena (2001) bahawa penggunaan contoh-contoh bahasa yang sebenar di dalam korpus linguistik lebih memanfaatkan pelajar berbanding contoh-contoh yang dibuat-buat oleh guru yang tidak menggambarkan bentuk-bentuk bahasa yang lebih asli. Dengan mengaplikasikan bentuk-bentuk barisan konkordan, makna imbuhan awalan peN-1 dijana dengan menggunakan perisian AntConc bagi meneliti kerencaman makna yang ada di dalam data korpus berbanding dengan makna yang diberikan di dalam buku tatabahasa. Melalui penelitian dan analisis konkordan, para pelajar dapat mempelajari pelbagai maklumat kebahasaan khususnya yang berkait dengan kedinamikan dan kepelbagaian makna berdasarkan data-data sebenar.

Kata Kunci:

Data Korpus, Korpus Linguistik, Pengajaran dan Pembelajaran, Bahasa Melayu, Konkordan & Kolokasi

PENGENALAN

1 Kajian mengenai imbuhan peN- (Ahmad Harith Syah, 2008; Nor Hashimah Jalaluddin & Ahmad Harith Syah, 2009) telah

(2)

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu menekankan penggunaan tatabahasa mengikut kemampuan pelajar melalui gabungan beberapa kemahiran, iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penguasaan yang baik dalam tatabahasa dapat membantu pelajar mengujarkan bahasa dengan wacana yang sempuna sejajar dengan peringkat umur dan memupuk daya pengembangan berbahasa bagi kepentingan pendidikan tinggi dan seterusnya ketika menceburi dunia pekerjaan. Bagi memastikan matlamat ini tercapai seseorang pendidik perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa sebagai bahan pengajaran berserta contoh penggunaannya dalam konteks dan kegiatan bahasa yang benar-benar sesuai dan bermakna.

Pendidik bahasa hendaklah melakukan pengolahan teknik pengajaran dengan berbantukan bahan berteknologi yang bertujuan untuk merangsang pelajar berfikir secara kritis dalam proses pembelajaran bahasa (Zaitul Azma 2010). Perkembangan teknologi terkini khususnya yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa berbantukan komputer

(computer assisted language learning/CALL) telah membuka ruang dan pendekatan baharu

yang berupaya memberi impak pengajaran yang lebih positif dan terkini. Pendekatan atau metodologi baharu ini bukan sahaja dapat memanfaatkan pelajar, malah ia berupaya membantu guru atau pensyarah untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif semasa sesi P&P. Dengan mengambil kira metodologi dan perkembangan teknologi hari ini, pembinaan pangkalan data korpus telah menjadikan data ini sebagai sumber yang begitu berguna bukan sahaja di dalam penyelidikan linguistik, malah berguna kepada pedagogi bahasa. Ini dinyatakan oleh Woolard (2000) bahawa korpus bahasa sememangnya menjadi asas kepada penghasilan kamus dan sebagai bahan-bahan pengajaran.

Menyedari hakikat ini, penggunaan teknik yang tepat, menarik dan terkini yang bersifat kontemporari sangatlah dituntut. Satu daripada contoh bahan bantu berteknologi yang boleh digunakan ialah penggunaan komputer dan perisiannya. Aplikasi data korpus berkomputer dalam bidang pedagogi bahasa (Teaching Collocation), leksikografi dan kajian linguistik dilihat menjadi metode terkini yang berupaya mengukuhkan proses P&P bahasa Melayu. Pendekatan ini sebenarnya telah lama digunakan secara meluas di Barat seiring dengan kehendak dan perkembangan teknologi yang boleh dimanfaatkan selain dapat membantu memeri nahu bahasa dengan lebih sistematik dan efisien. Di Malaysia, data korpus berkomputer digunakan secara aktif dalam bidang perkamusan terutamanya oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kemajuan ini telah membuka prospek baharu dalam mewujudkan impak dan penggunaan yang positif dalam kalangan pendidik bahasa.

(3)

Melalui data korpus berkomputer, korpus linguistik yang diwujudkan mengetengahkan satu alternatif baharu bahan bantu mengajar termasuklah aspek imbuhan sebagai komponen utama dalam pedagogi bahasa Melayu. Menerusi data korpus ini para pendidik dapat menggambarkan bentuk-bentuk imbuhan yang lebih baik dan asli. Imbuhan dapat dijana melalui korpus dengan lebih mudah sama ada dalam bentuk baris-baris konkordan, ayat mahupun perenggan.

SOROTAN KOSA ILMU

Dalam bahagian ini, perbincangan lebih menumpukan kepada pemanfaatan data korpus oleh para pengkaji khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Melalui sorotan ilmiah ini, kita akan dapati bahawa terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan dengan tujuan untuk menjadikan P&P bahasa (sama ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris) menjadi lebih kreatif, inovatif dan bervariasi. Pada masa yang sama, para pelajar dapat melayari sendiri data-data berkonteks secara induktif mahupun deduktif.

(4)

Pengaplikasian pembelajaran berasaskan korpus atau “data-driven learning” (john 1986, 1994) di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris untuk tujuan khusus (ESP) membenarkan pelajar untuk meneroka sendiri data secara hand-on di samping menawarkan pendekatan berasaskan inkuiri (inquiry-based approach) dalam meneroka corak penggunaan bahasa sebenar dan menjadikan mereka (pelajar) sebagai penyelidik (John 2002) yang berupaya untuk menyelesaikan permasalahan linguistik. Dalam kajian Marza (2014) yang berfokus kepada pembelajaran ESP (bahasa Inggeris untuk pelancongan), kajian ini menumpukan kepada pengaplikasian data korpus khusus COMETVAL (Corpus

Multilingüe de Turismo de la Universidad de Valencia) yang dilihat mempunyai pelbagai

fungsi dan peranan dalam proses pembelajaran bahasa asing untuk tujuan khusus. Seramai 25 orang pelajar terlibat di dalam kajian rintis ini. Dengan menjalankan beberapa bengkel yang menerapkan pelbagai aktiviti berasaskan korpus, para pelajar didedahkan dengan fungsi data dan aplikasi profesional data tersebut. Para pelajr juga diberi boring soal selidik yang direka secara ad hoc dengan tujuan untk mengetahui persepsi mereka mengenai penggunaan data korpus khusus. Dapatan menunjukkan para pelajar begitu positif dan bermotivasi tentang penggunaan data korpus di dalam kelas kerana data yang mempunyai pelbagai genre tersebut dilihat lebih asli dan tidak bias.

Dalam kajian Bloch (2009) pula, beliau menggunakan program konkordan berasaskan web dengan tujuan untuk membantu para pelajar untuk membuat pemilihan kesesuaian kata kerja yang digunakan untuk membuat laporan dan tindakan semasa bertutur atau berucap

(reporting verbs). Menurut beliu, kata kerja ini penting khususnya dalam membuat sebarang

bentuk penegasan di dalam penulisan akademik. Melalui program tersebut, satu bentuk antara muka (interface) direka bagi membolehkan para pelajar membuat pemilihan perkataan, ayat dan retorik berdasarkan kriteria yang berkait dengan pemilihan penulis dalam memilih kata kerja tersebut. Berdasarkan pemillihan tersebut, program tersebut akan membuat carian ayat di dalam pangkalan data yang diperolehi daripada korpus penulisan akademik. Di sini, para pelajar akan disediakan dengan sampel ayat yang sepadan dengan kriteria yang dipilih dengan kata kerja tersebut. Melalui perbincangan yang dibuat, andaian mengenai pedagogi bagi tujuan pembelajaran kelas kata kerja tersebut memberi impak positif apabila ia digabungkan ke dalam reka bentuk program berasaskan web, dan implementasi program konkordan dan P&P tatabahasa dan perbendaharaan kata berjaya dilaksanakan dengan baik di dalam kelas penulisan akademik bahasa kedua.

(5)

memahami teks, genre dan aspek sosial tatabahasa dalam konteks sebenar, dan berupaya menyatakan kewajaran penggunaan data korpus sebagai sebahagian daripada penulisan ilmiah pelajar-pelajar tingkatan 6 bagi sukatan pelajaran bahasa Melayu. Penulisan ilmiah yang dimaksudkan merupakan kompenan baharu yang diperkenalkan dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu tingkatan 6. Bagi mereka, pemanfaatan data korpus pada skala yang kecil (sesuai dengan tahap pengajian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) mampu membina kajian rintis khususnya dalam memahami, mengenal pasti, mengklasifikasikan, menghuraikan dan menjelaskan fenomena kebahasaan sekaligus mampu membina kemahiran kognitif, manipulatif dan kemahiran insaniah pelajar. Selain itu, data korpus juga diaplikasikan dalam kelas oleh pelajar dalam membuat penelitian leksikografi. Dalam kajian yang dibuat oleh Intan Syafinaz, Nor Hashimah dan Khairul Taufiq (2014), para pelajar diperkenalkan dengan korpus bahasa Melayu (data korpus DBP-UKM) dan teori Frame

Semantics (Fillmore et.al. 2003) bagi tujuan untuk meneliti makna perkataan berdasarkan

teori tersebut. Penelitian tersebut mendapati bahawa data korpus dan teori yang digunakan begitu membantu para pelajar dalam mengkaji entri kata kerja ‘memerlukan’ dan ‘mencari’, yang merupakan kata kerja berfrekuensi paling tinggi. Dapatan para pelajar melalui praktikal di dalam kelas tersebut dapat memberi satu penemuan yang menarik di samping mencadangkan Frame Semantics sebagai salah satu teori yang dapat membantu bidang leksikografi. Pada masa yang sama, ia turut menyediakan latihan praktikal secara hands-on

kepada pelajar-pelajar linguistik.

Selain itu, Lay dan Hui (2011) telah membina satu pangkalan Data Korpus Kata Bahasa Melayu untuk digunakan bagi pelajar-pelajar sekolah rendah. Sistem atas talian ini mengandungi maklumat buku teks bahasa Melayu yang digunakan di sekolah antaranya seperti maklumat-maklumat linguistik yang berkaitan dengan pembelajaran bahasa. Mereka mensasarkan pengguna data korpus ini melibatkan guru, guru pendidikan khas, ibu bapa, dan penyelidik sama ada untuk tujuan penyelidikan atau pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang sama, pembangunan data korpus ini turut membuktikan keberkesanannya dalam penyelidikan dan pendidikan khususnya apabila melibatkan guru-guru yang mengajar murid-murid disleksia.

Dengan mengambil kira tujuan asal pembinaan data korpus, ia bukan sahaja telah memanfaatkan kajian-kajian linguistik, malah melalui beberapa sorotan kosa ilmu memerlihatkan korpus digital ini mula menapak di dalam pedagogi bahasa. Pengaplikasian pelbagai pendekatan membolehkan P&P bahasa menjadi lebih inovatif dan terkini.

(6)

Kajian ini cuba memperlihatkan aplikasi data korpus berkomputer sebagai satu teknik alternatif yang terkini dan berinovasi untuk dipraktikkan dalam sesi P&P tatabahasa Melayu. Secara umumnya, kajian ini akan menumpukan penggunaan perisian AntConc, iaitu program yang digunakan untuk mengumpul, memproses dan menganalisis data. Bentuk konkordan makna imbuhan awalan peN- akan dijana bagi memperlihatkan kedinamikan dan kepelbagaian makna bersandarkan data-data sebenar korpus berkomputer. Melalui bentuk konkordan ini, kerencaman makna yang terdapat dalam data korpus dengan makna yang diberikan di dalam buku tatabahasa juga dapat diteliti.

DATA KORPUS

Dasarnya, istilah korpus, data korpus atau korpus berkomputer merupakan istilah-istilah bersinonim yang sering digunakan dalam penyelidikan linguistik. Kamus Linguistik (1997) mendefinisikan korpus sebagai data mentah linguistik yang dikutip daripada kerja lapangan atau teks bertulis, dan dianalisis untuk membuat penyataan saintifik tentang ciri fonologi, tatabahasa, atau leksikal sesuatu bahasa. Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) pula memberi maksud sebagai himpunan makalah (tulisan dan sebagainya) mengenai sesuatu perkara tertentu atau kumpulan bahan untuk kajian (seperti kumpulan contoh penggunaan kata). Selain itu, Crystal (1997) menyatakan bahawa data korpus merupakan koleksi data linguistik, sama ada teks bertulis atau transkripsi ucapan yang dirakamkan yang boleh digunakan sebagai titik permulaan pemerian linguistik atau sebagai cara mengesahkan hipotesis tentang bahasa.

Selain itu, disenaraikan juga beberapa definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh linguistik mengenai data korpus. Antaranya seperti berikut:

“A corpus is a collection of pieces of language that are selected and ordered according to explicit linguistic criteria in order to be used as a

sample of the language” (Butler 2004)

“A collection of texts in an electronic database … necessarily consist of structured collection of text specifically compiled for linguistic analysis, that they are large or that they attempt to be representative of a language as a whole” (Kennedy 1998)

“Collection of texts assumed to be representative of a give language put together so that it can be used for linguistics analysis”

(Tognini-Bonelli 2001)

“A collection of sampled text, written and spoken, in machine-readable form which may be annotated with various forms of linguistics information”

(McEnery, Xiao & Tono 2006)

(7)

mengandungi pelbagai maklumat-maklumat kebahasaan. Maklumat-maklumat kebahasaan ini dapat dirungkai dengan mengaplikasikan pelbagai bentuk kajian dan pendekatan. Data yang disimpan secara digital ini juga mampu dicapai dalam skala yang besar melalui perisian-perisian tertentu. Walaupun pada asasnya korpus yang dibina itu berfungsi sebagai sampel bahasa bagi penyelidikan linguistik, namun perkembangan teori dan pendekatan korpus telah membuka ruang kepada kajian pedagogi bahasa seawal tahun 1800, misalnya seperti kajian yang dilakukan oleh Fries & Traver (1940) serta Bongers (1947). Justeru, hasil pembinaan pangkalan data korpus seperti Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa & Pustaka, pemanfaatannya perlu dibuat bagi menjadikan P&P bahasa Melayu lebih bervariasi dan inovatif.

PANGKALAN DATA KORPUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Di Malaysia, pembinaan data korpus bahasa Melayu diinspirasikan melalui terbinanya korpus Brown. Dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka dan Universiti Sains Malaysia, pangkalan data korpus DBP telah dibangunkan secara berperingkat. Kejayaan pembinaan korpus bahasa Melayu ini menjadikan ia sebagai data korpus terbesar di dalam Malaysia. Menurut Hajar Abdul Rahim (2014), data korpus DBP hari ini mengandungi sebanyak 128 juta patah perkataan. Keseluruhan korpus ini terdiri daripada 10 subkorpus yang mewakili pelbagai genre teks. Antaranya seperti buku (novel, buku akademik, buku umum, buku teks), majalah (umum dan pelbagai bidang), surat khabar (harian, tabloid, edisi Ahad), terjemahan (buku akademik dan pembacaan umum), efemeral (risalah, brosur, pengiklanan), drama, puisi, kad dan teks-teks tradisional (buku teks sekolah rendah dan menengah). Perlu dimaklumkan bahawa data korpus sebanyak 128 juta kata ini hanya setakat tahun 2008 sahaja. Namun, usaha pengumpulan data ini diteruskan dari semasa ke semasa. Menurut Hajar Abdul Rahim (2014) lagi, apabila data telah disisih sepenuhnya, sejumlah 25 juta perkataan tambahan teks-teks berbahasa Melayu akan dimuat naik ke dalam sistem korpus menjelang tahun 2015. Walaupun begitu, untuk tujuan kertas ini data korpus DBP-UKM yang berjumlah 5 juta patah kata digunakan bagi meneliti peranan konkordan dan kolokasi imbuhan peN- di dalam P&P bahasa Melayu.

KERELEVANAN DATA KORPUS DI DALAM P&P

(8)

sebenar khususnya dari segi kekerapan dan kolokasi (Thornbury 2002), penerokaan data-data semulajadi juga mampu untuk membangunkan kemahiran pelajar di dalam pengkajian (Bernardini 2004).

Menurut Johns (1991), pembelajaran berpandukan data (data-driven learning) telah terbukti berkesan khususnya yang berkait dengan teknik-teknik analisis korpus. Beliau juga mencadangkan bahawa pelajar seharusnya dibimbing dalam menerokai sesuatu bahasa sama seperti ahli linguistik korpus menerokai fakta-fakta bahasa tertentu yang sebelum ini tidak diketahui. Pandangan ini turut dinyatakan oleh Leech (1997) bahawa:

“the critical and argumentative type of essay assignment […] should be balanced with the type of assignment […] which invites the student to obtain, organize, and study real-language data according to individual choice. This latter type of task gives the student the realistic expectation of breaking new ground as a ‘researcher’, doing something which is a unique and individual contribution, rather than a reworking and evaluation of the research of others”

Sebelum kewujudan korpus, guru-guru terpaksa bergantung kepada instuisi sepenuhnya dalam meneliti penggunaan perkataan atau bahasa (Thornbury 2002). Realiti ini berubah apabila kewujudan korpus telah berjaya memanfaatkan P&P. Walaupun data korpus tidak mampu untuk menggambarkan keseluruhan pengalaman linguistik, tetapi kewujudannya telah membantu guru-guru untuk meneliti ciri-ciri linguistik khusus untuk tujuan pengajaran dengan melangkaui batasan intuisi (Gavioli & Aston, 2001).

Selain itu, Johns (1986, 1994) turut menyatakan bahawa pembelajaran dengan mengggunakan pendekatan berasaskan korpus atau “pembelajaran berpandukan data” membenarkan para pelajar untuk belajar secara hands-on. Pada masa yang sama, Misalnya, bentuk-bentuk konkordan yang dijana melalui data korpus bukan sahaja terbukti sebagai kaedah yang berguna untuk mempelajari ciri-ciri kontekstual semulajadi sesuatu bahasa (Cobb, 1997), malah penyelidik juga telah membuktikan bahawa bentuk-bentuk konkordan begitu berguna dalam menyelesaikan masalah penulisan para pelajar khususnya dalam P&P bahasa asing (Bernardini 2004; Chambers 2005; Gaskell & Cobb, 2004; Gray, 2005). Varley (2008) menambah bahawa pengaplikasian data korpus di dalam P&P juga mampu memberi impak positif kepada pelajar khususnya dalam meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar.

(9)

pencetus kepada penggunaan data korpus. Keduanya ialah sebagai alat pengajaran untuk mengeksploitasi bahasa iaitu dari sudut praktikal dan aspek berorientasikan metodologi analisis berasaskan korpus. Ketiga merangkumi pengeksploitasian untuk pengajaran bahasa seperti penggunaan data korpus untuk meningkatkan proses pengajaran (Fligelstone, 1993). Dan, yang keempat sebagai proses pengajaran yang mampu mewujudkan sumber maklumat (Renouf, 1997). Melalui rumusan serta pandangan di atas, jelas bahawa data korpus yang tersedia secara digital mampu membuka ruang baharu di dalam pedagogi bahasa supaya suasana P&P menjadi lebih kreatif dan berinovatif.

FUNGSI KONKORDAN DAN KOLOKASI DALAM MENELITI UNSUR MAKNA IMBUHAN

PeN-Dalam bahagian ini, perbincangan meliputi pengaplikasian data korpus yang dijana dengan menggunakan perisian AntConc khususnya bagi melihat peranan konkordan dan kolokasi imbuhan peN-. Secara umumnya, konkordan merujuk kepada pembentukkan indeks pengabjadan untuk semua perkataan dalam teks korpus yang menunjukkan setiap konteks perwujudan sesuatu kata. Konkordan menyediakan maklumat yang penting tentang makna dan konteks penggunaannya. Pelbagai maklumat seperti maklumat semantik, sintaksis, pragmatik, gaya, huraian makna dan ayat contoh boleh diperoleh apabila menganalisis konkordans. Kekerapan kewujudan sesuatu kata dalam keseluruhan teks korpus atau sebahagiannya juga dapat ditunjukkan. Sistem korpus kerap dikaitkan dengan pangkalan data leksikal yang menjadi wahana dalam proses penyusunan sesebuah kamus (Ibrahim 1994). Kolokasi pula merujuk kepada perkataan atau frasa yang sering digunakan bersama kata atau frasa lain di mana penggunaannya dianggap betul oleh penutur bahasa berkenaan walaupun makna bagi ujaran tersebut tidak dapat dijangka. Di dalam perisian AntConc,

kolokasi perkataan yang dijana dapat diteliti sama ada berdasarkan kolokasi di sebelah kanan atau kolokasi di sebelah kiri. Dengan adanya pendekatan korpus linguistik ini, kini para pelajar dapat melayari sendiri data-data asli bahasa di samping membuat perbandingan makna imbuhan peN- yang diberikan di dalam buku tatabahasa dengan makna imbuhan berdasarkan data korpus.

Dalam P&P bahasa Melayu, buku Tatabahasa Dewan (Nik Safiah et.al 1993) merupakan buku tatabahasa pegangan yang menjadi rujukan sama ada di sekolah mahupun di universiti. Walaupun begitu, terdapat pelbagai lagi buku-buku tatabahasa yang boleh dijadikan rujukan khususnya semasa proses P&P bahasa Melayu. Berikut disenaraikan beberapa buku-buku tatabahasa bahasa Melayu:

a. Pelita Bahasa Melayu (1-3) (Za’ba 1965, 2000)

b. Bahasa Melayu Hari Ini (1-3) (Karim Shariff, Li Chuan Siu & Daud Baharudin 1962).

c. Asas Bahasa Melayu (1-5) (Abdul Rahman Yusop 1964)

(10)

e. Bahasa Melayu Hari Ini (buku 1-3) (Karim Shariff, Li Chuan Siu & Daud Baharum 1962)

f. Bahasa Kebangsaan untuk Tingkatan 1-3 yang mempunyai 6 jilid (Mokhtar Muhammad Dom 1964, 1965, 1966, 1967, 1968, 1969)

g. Tatabahasa Bahasa Melayu (Arbak Othman 1981)

h. Nahu Melayu Muktahir (Asmah Omar 1993)

i. Nahu Melayu Moden (Abdullah Hassan dan Liaw Yock Fang 1994)

j. The Morphology of Malay (Abdullah Hassan 1974)

k. Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu (Abdullah Hassan 1993)

l. Binaan dan Fungsi Perkataan Bahasa Melayu (Hashim Musa 1993)

m. Tatabahasa Dewan (Nik Safiah et.al 1993)

Dengan mangambil kira beberapa buku tatabahasa yang disenaraikan, terdapat pelbagai makna imbuhan peN- yang disenaraikan di dalam buku tatabahasa tersebut. Ketidakselarasan makna yang diberikan disebabkan oleh penghasilan buku tatabahasa lebih tertumpu kepada contoh-contoh ayat bikinan penulis. Dengan hanya ayat-ayat bikinan, ia tidak dapat menjelaskan fungsi makna sesuatu unsur bahasa tersebut. Ini disokong oleh pendapat Azhar M Simin (1993) bahawa buku-buku yang dicontohi dengan ayat bikinan/intuisi hanya memuatkan struktur dan sumber maklumat bahasa Melayu. Menurutnya lagi, mengetahui struktur sahaja tidak menjamin bahawa seseorang berupaya menggunakan bahasa dengan betul. Maka dengan itu, maklumat penggunaan diperlukan. Justeru, maklumat penggunaan ini dapat diperolehi melalui pengaplikasian data korpus di dalam P&P bahasa.

Berikut dirumuskan makan imbuhan peN- berdasarkan beberapa buku tatabahasa:

(11)

Abdullah,

Berdasarkan jadual di atas, kita dapati terdapat 10 makna imbuhan peN- yang disenaraikan oleh 8 buku tatabahasa bahasa Melayu. Melalui penyenaraian ini, kita lihat bahawa setiap daripada buku tatabahasa memberikan makna yang tidak selaras. Misalnya Za’ba (1969) dan Abdullah & Liaw (1994) hanya menyenaraikan 4 makna imbuhan tersebut sedangkan buku tatabahasa lain menyenaraikan lebih daripada 4 makna. Daripada kesemua buku tatabahasa tersebut, hanya dua unsur makna yang selaras iaitu makna “pelaku/orang yang melakukan sesuatu” dan “alat”. Ketidakselarasan unsur makna ini disebabkan oleh pemerian makna oleh buku tatabahasa tersebut hanya melihat kepada contoh berdasarkan intuisi dan contoh-contoh tunggal tanpa konteks. Misalnya makna peN- + pandu menjadi

pemandu diperi maknanya sebagai seseorang yang memandu (orang/pelaku). Makna yang diberikan ini hanya diperi hanya berdasarkan struktur kata sahaja. Jadi, makna kata tersebut tidak memperlihatkan kepelbagaian fungsi.

Berbeza dengan contoh di bawah:

Pada zaman moden ini, anjing digunakan sebagai ***pemandu*** bagi orang

yang cacat penglihatan.

(12)

ia membuka ruang baharu kepada para pelajar semasa proses P&P khususnya dalam melayari sendiri unsur-unsur tatabahasa melalui data yang lebih asli.

Penjanaan data korpus oleh pelajar membolehkan mereka menyelidik unsur makna yang wujud di dalam data sebenar. Misalnya penjanaan konkordan dengan menggunakan perisian AntConc bagi perkataan pemandu (peN- + pandu) seperti di bawah:

Melalui janaan kata tersebut, para pelajar boleh membuat analisis bagi setiap konkordan dalam meneliti makna konteks kata pemandu khususnya dalam meneliti kolokasi bagi kata tersebut. Secara umum, berdasarkan data korpus DBP-UKM yang berjumlah 5 juta kata, jumlah konkordan yang terbit berdasarkan carian kata pemandu adalah sebanyak 568 konkordan. Melalui konkordan tersebut, statistik jenis kata yang berkolokasi (Collocate

Types) adalah sebanyak 1717 dan bilangan token yang berkolokasi (Collocate Tokens)

adalah sebanyak 5680. Dengan jumlah jenis kolokasi dan token yang berkolokasi tersebut, para pelajar boleh membuat analisis konkordan bagi meneliti unsur makna bagi perkataan

(13)

Hasil janaan data korpus, para pelajar akan mendapati bahawa kata pemandu (melalui analisis konkordan dan kolokasi kiri (L1-L5) dan kanan (R1-R5)) tidak hanya mempunyai makna “orang/manusia”, malah ia melibatkan beberapa unsur makna lain seperti alat/benda, haiwan/tumbuhan dan abstrak. Unsur makna seperti ini tidak dinyatakan di dalam buku tatabahasa iaitu yang berkait dengan kepelbagaian fungsi makna2. Tetapi, melalui pendekatan ini ia membenarkan para pelajar untuk melayari sendiri data-data yang lebih autentik dengan membuat penelitian berdasarkan konteks. Hasilnya, para pelajar akan memperolehi maklumat-maklumat baharu yang tidak dinyatakan di dalam buku-buku tatabahasa khususnya yang berkaitan dengan kepelbagain fungsi makna.

Berikut disenaraikan contoh ayat yang mempunyai pelbagai fungsi makna bagi kata

pemandu:

1. Makna “orang/manusia”

Dalam waktu lebih kurang 3 jam, ***pemandu*** kereta dari Kuala Lumpur akan tiba di bandar Mersing dan sejam kemudian boleh sampai di Tekek.

2. Makna alat/benda

Jika perisian Windows 95 ataupun versi seterusnya sudah terdapat pada computer anda, maka eloklah kiranya saudara memastikan perisian

***pemandu*** CD (driver) sudah dipasangkan terlebih dahulu dan yang

2 Analisis kepelbagaian fungsi makna peN- yang lebih terperinci dari sudut semantik dan pragmatik boleh dilihat di dalam

(14)

pentingnya ialah anda harus memastikan ianya berfungsi dengan sempurna.

3. Makna haiwan

Pada zaman moden ini, anjing digunakan sebagai ***pemandu*** bagi orang yang cacat penglihatan.

4. Makna abstrak

Sikap ini bersesuaian dengan tekanan mereka yang lebih umum yang diberi kepada alam sebagai ***pemandu*** kehidupan sempurna manusia, dan penekanan yang kuat terhadap etimologi diberikan kepada "bentuk asal" atau "bunyi-bunyi pertama" perkataan yang dikatakan beronomatopia tetapi kemudiannya telah mengalami perubahan yang pelbagai rupa (Robins, 1993: 25).

Berdasarkan keempat-empat contoh ayat yang dijana melalui barisan konkordan, penelitian menunjukkan perkataan pemandu mempunyai ciri-ciri kepelbagaian makna. Kepelbagaian makna ini memperlihatkan kewibawaan korpus linguistik untuk dijadikan bahan atau sumber pengajaran di dalam P&P bahasa Melayu. Melaluinya para pelajar dapat mengaplikasikan teknik analisis korpus dengan meneliti makna berdasarkan konkordan dan kolokasi perkataan pemandu tersebut.

Jika diteliti unsur makna yang pertama iaitu orang/manusia, kita dapati bahawa perkataan

pemandu berkolokasi dengan perkataan di sebelah kanan iaitu kereta dengan membentuk frasa pemandu kereta. Pembentukan frasa ini membolehkan ia ditafsir maknanya dengan jelas iaitu orang/manusia. Bagi contoh kedua pula, makna perkataan pemandu merujuk kepada alat/benda. Berdasarkan kolokasi perkataan tersebut, kita dapati bahawa perkataan

pemandu berkolokasi di kiri dan kanan iaitu perisian dan CD. Kedua-dua kolokasi kiri dan kanan membentuk frasa perisian pemandu CD yang boleh ditafsir maknanya sebagai alat/benda.

Untuk contoh ketiga yang merujuk kepada makna haiwan, kata pemandu berkolokasi dengan kata anjing yang dilihat berfungsi sebagai anteseden. Kolokasi sebelah kiri ini berada pada kedudukan L3. Jika makna pemandu ditafsir tanpa mengaitkan dengan konteks ayat tersebut, makna haiwan tidak dapat difahami oleh pembaca. Walaupun begitu, makna haiwan ini juga tidak pernah dibincangkan di dalam mana-mana buku tatabahasa (rujuk jadual 1). Antara faktor yang menyebabkan makna haiwan ini tidak dibincangkan di dalam buku tatabahasa adalah kerana pemerian makna di dalam buku-buku tersebut tidak mengambil kira data-data sebenar.

(15)

Kaedah penanaman hidroponik dibuat dalam kawasan yang tertutup

dengan jarring untuk menghalang serangga ***perosak***.

Berdasarkan contoh perosak, para pelajar yang meneliti konkordan akan menemui ayat seperti di atas. Melalui kolokasi di sebelah kiri iaitu serangga, ia akan membentuk frasa

serangga perosak yang jelas merujuk kepada makna haiwan. Penjanaan data-data ini membolehkan para pelajar menganalisis secara hands-on data-data tersebut sekaligus berupaya menemui sesuatu yang tidak diketahui sebelum ini.

Selain daripada makna baharu yang ditemui (merujuk kepada makna haiwan), satu lagi unsur makna baharu yang tidak dibincangkan di dalam buku tatabahasa ialah makna tumbuhan. Lihat contoh di bawah:

Harga anak pokok palma adalah yang tertinggi (RM57.55-RM206.69/polibeg) berbanding dengan pokok hiasan kumpulan lain [pokok naungan dan pinggiran jalan (RM8.60-RM172.67/polibeg), pokok renek berdaun (RM3.44-RM 10.74/ polibeg), pokok renek

berbunga (RM3.00-RM6.41/polibeg), dan pokok ***penutup*** bumi,

tumbuhan jalar dan pemanjat (RM0.93 - RM6.23/polibeg)].

Berdasarkan contoh perkataan penutup, kata tersebut berkolokasi di sebelah kiri dengan perkataan pokok sekaligus membentuk frasa pokok pelindung. Dengan adanya kolokasi perkataan ini membolehkan makna itu ditafsir dengan tepat dari segi penggunaannya.

Bagi unsur makna terakhir iaitu abstrak, perkataan pemandu berkolokasi di sebelah kiri pada permulaan ayat dengan perkataan sikap yang berfungsi sebagai anteseden. Sikap

yang difahami sebagai sesuatu yang abstrak dirujuk oleh perkataan pemandu. Melalui kolokasi perkataan tersebut, makna bagi pemandu boleh ditafsir berdasarkan konteks. Tanpa peranan kolokasi, makna pemandu hanya ditafsir pada peringkat struktur kata yakni sebagai “orang yang memandu”, yang jelas tidak membawa makna sebenar di dalam ayat tersebut.

Daripada beberapa contoh yang dipaparkan, jelas bahawa data korpus yang mempunyai nilai keaslian penggunaan bahasa membolehkan para pelajar menyelidik sesuatu unsur tatabahasa dengan lebih berkesan. Dengan adanya latihan secara hands-on, ia melatih para pelajar bukan hanya menumpukan kepada proses pembelajaran berdasarkan buku semata-mata, malah ia membuka ruang bagi pelajar untuk meneroka bahasa secara lebih inovatif di samping membuat perbandingan di antara dapatan data korpus dengan buku tatabahasa. Justeru, guru-guru seharusnya mula mempraktikkan pendekatan ini di dalam P&P supaya ia memberi satu suasana pembelajaran yang lebih efektif.

KESIMPULAN

(16)

dalam P&P. Pendekatan deduktif membolehkan para pelajar didedahkan dengan contoh-contoh yang lebih asli berbanding dengan contoh-contoh-contoh-contoh melalui buku tatabahasa yang diliha lebih tertumpu kepada data intuisi. Data asli menyajikan satu bentuk dapatan yang mungkin tidak pernah disebut di dalam buku tatabahasa. Misalnya mengenai makna haiwan dan tumbuhan serta kepelbagaian fungsi imbuhan peN-. Tanpa peranan data korpus, unsur tatabahasa seperti ini tidak dapat dirungkai sebaiknya. Melalui pendekatan induktif pula, para pelajar berupaya membuat satu bentuk kesimpulan sendiri unsur tatabahasa melalui pelayaran terhadap data korpus. Ini sekaligus akan membuka ruang kepada pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif melalui analisis korpus yang dijalankan.

(17)

RUJUKAN

Ahmad Harith Syah. 2008. Fungsi Makna Imbuhan Awalan peN-: Satu Analisis Teori

Relevans. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 1994. Tatabahasa Dinamika. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan & Liaw Yock Fang 1994. Nahu Melayu Moden. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, 1974. The Morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdullah Hassan. 1993. Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Aijmer, K. (2009) Corpora and Language Teaching. Amsterdam: John Benjamins.

Arbak Othman. 1981. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Sarjana Enterprise

Asmah Hj Omar 1993. Nahu Melayu Muktahir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Aston, G. (ed.) (2001) Learning with Corpora. Houston, TX: Athelstan.

Aston, G., Bernardini, S. and Stewart, D. (eds.) (2004) Corpora and Language Learners. Amsterdam: John Benjamins.

Bhatia, V. (2002). Applied genre analysis: A multi-perspective model. Ibérica, 4, 3-19.

Bernardini, S. (2000) Competence, Capacity, Corpora: A Study in Corpus-aided Language

Learning. Bologna: CLUEB.

Bernardini, S. (2004). Corpora in the classroom: An overview and some reflections on future developments. In J. McH. Sinclair (Ed.), How to use corpora in language teaching

(pp.15-36). Amsterdam: Benjamins.

Bloch, J. 2009. The Design of an Online Concordancing Program for Teaching About Reporting Verbs. Language Learning and Technology. Vol. 13. No.1. p59-78.

Braun, S., Kohn, K. and Mukherjee, J. (eds.) (2006) Corpus Technology and Language

(18)

Burnard, L. and McEnery, A. (eds.) (2000) Rethinking Language Pedagogy from a Corpus

Perspective. Frankfurt: Peter Lang.

Butler, C. S. 2004. Corpus Studies and Functional Linguistics Theories. dlm. Function of

Language. Vol II (2). Amsterdam: John Benjamins Publishing Company.

Campillos, Leonardo; Gozalo, Paula; Guirao, José María & Antonio, Moreno Sandoval (2007) Exploiting a spoken corpus in language teaching/learning: An advanced webbased tool. Proceedings from Corpus Linguistics Conference Series.CL2007, University of Birmingham, UK, July 27-30 2007. Online:

http://www.birmingham.ac.uk/documents/college-artslaw/corpus/conference-archives/2007/99Paper.pdf

Campoy, M., Gea-valor, M. and Belles-Fortuno, B. 2010. Corpus-based Approaches to

English Language Teaching. London: Continuum.

Celce-Murcia, M., & Larsen-Freeman, D. (1999). The grammar book: An ESL/EFL teachers’

Course (2nded.). Boston: Heinle & Heinle.

Celce-Murcia, M., & Olshtain, E. (2000). Discourse and context in language teaching.

Cambridge: CambridgeUniversity Press.

Cobb, T. (1997). Is there Any Measurable Learning from Hands-on Concordancing? System.

25(3), (pp. 301-315).

Chambers, A. (2005). Integrating corpus consultation in language studies. Language

Learning and Technology, 9 (2), 111-125.

Cheng, Winnie (2010). What can a corpus tell us about language teaching? In Anne O’Keeffe, Michael McCarthy (Eds.) The Routledge Handbook of Corpus Linguistics, (pp. 319-332). Routledge.

Connor, U. and Upton, T. (eds.) (2002) Applied Corpus Linguistics: A Multidimensional

Perspective. Amsterdam: Rodopi.

Cresswell, A. (2007). Getting to ‘Know’ Connectors? Evaluating Data-driven Learning in a Writing Skills Course. In E. Hidalgo, L. Quereda and J. Santana (eds.), Corpora in

the Foreign Language Classroom (pp. 267-288). Amsterdam: Rodopi.

Crystal, D. 1997. A dictionary of linguistics and phonetics Ed. Oxford, UK; Cambridge, Mass.: Blackwell.

(19)

Criswell, J.R. 1989. Rethinking Microcomputer Instruction as Part of Teacher Education Reform. Educational Technology 23(11): 40-43.

Ejazi Yahaya (2004). Hubungan Antara Imbuhan Dengan Kata Kerja dari Perspektif Pengajaran & Pembelajaran Berbantukan Komputer, Tesis MA USM.

Fligelstone, S. (1993). Some Reflections on the Question of Teaching, from a Corpus Linguistics Perspective. ICAME Journal 17, 97–110.

Gaskell, D., & Cobb, T. (2004). Can learners. ICAME Journal use concordance feedback for writing errors? System, 32, 301-319.

Gavioli, L. & Aston, G. (2001). Enriching Reality: Language Corpora in Language Pedagogy.

ELT Journal, 55(3), 238–46.

Ghadessy, M., Henry, A. and Roseberry, R. (eds.) (2001) Small Corpus Studies and ELT:

Theory and Practice. Amsterdam: John Benjamins.

Gray, B. E. (2005). Error-specific concordancing for intermediate ESL/EFL writers. Retrieved January 18, 2013 from http://

dana.ucc.na4.edu/~bde6/coursework/Projects/PedagogicalTip/homepage.html.

Granger, S., Hung, J. and Petch-Tyson, S. (eds.) (2002) Computer Learner Corpora, Second

Language Acquisition, and Foreign Language Teaching. Amsterdam: John

Benjamins.

Hishamudin Isam, Faizah Ahmad & Mashetoh Abd. Mutalib. 2014. Wajaran penggunaan data korpus dalam penulisan ilmiah : Dimensi baharu sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 4 (2). hlm 67-77.

Intan Safinaz Zainudin, Nor Hashimah Jalaluddin & Khairul Taufiq Abu Bakar. 2014. The use of corpus and Frame Semantics in a lexicography class : Evaluating dictionaries entries. Procedia – Social and Behaviorial Sciences. 116 : hlm 2316-2320

Johns, T. (1986). Microconcord: A Language-learner’s Research Tool. System 14(2), 151-162.

Johns, T. (1994). From Printout to Handout: Grammar and Vocabulary Teaching in the Context of Data-driven Learning. In T. Odline (Ed.), Perspectives on Pedagogical

Grammar (pp. 27-45). Cambridge: Cambridge University Press.

(20)

Kamus Linguistik 1997. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Lay Wah Lee & Hui Min low. 2011. Developing an online Malay Language Word Corpus for primary schools. International Journal of Education and Developing using Information

and Communication Technology (IJEDICT). Vol 7 (3). hlm 96-101.

McCarthy, M. & Carter, R. (1994). Language as discourse: Perspectives for language

teaching. London: Longman.

Maddalena, S.R. (2001). An investigation into how corpus analysis may be used in the second language classroom to solve some of the problems surrounding non-native

speakers’ understanding of seemingly synonymous words. Retrieved August 15,

2009 from ERIC database.

Marza, N. E. 2014. A Practical Corpus-based Approach to Teaching English for Tourism.

International Journal of Applied Linguistics & English Literature. Vol. 3 No. 1

p129-136

Hajar Abdul Rahim. 2014. Corpora in language research in Malaysia. Kajian Malaysia. Vol. 32 (1): 1-16

Halliday, M. A. K. (1994). Introducing functional grammar. London: Arnold.

Halliday, M. A. K., & Hasan, R. (1989). Language, context, and text: Aspects of language in

a social semiotic perspective. Oxford: Oxford UniversityPress.

Hashim Musa (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hock, S.A. (1993). Kesan Strategi Kognitif, Pengetahuan Asas Ilustrasi Visual Terhadap

Pemprosesan Teks Ekspositori dalam Pembelajaran Berbantukan Komputer. Tesis

PhD.USM.

Ibrahim Ahmad. 1994. Perkamusan Melayu: Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Johns, T. (1986). Microconcord: A Language-learner’s Research Tool. System 14(2), 151-162.

Johns, T. 1991. Should you be persuaded - two samples of data-driven learning materials. In T. Johns & P. King (eds) Classroom Concordancing (ELR Journal,4] pp 1-16.

Johns, T. (1994). From Printout to Handout: Grammar and Vocabulary Teaching in the Context of Data-driven Learning. In T. Odline (Ed.), Perspectives on Pedagogical

(21)

Johns, T. (2002). Data-driven Learning: The Perpetual Challenge. In B. Kettemann & G. Marko, Teaching and learning by doing corpus analysis (pp. 107-117). Proceedings of the Fourth International Conference on Teaching and LanguageCorpora, Graz 19-24 July, 2000.

Kennedy, G. 1998. An Introduction to Corpus Linguistics. London: Longman

Keck, C. (2004) ‘Corpus linguistics and language teaching research: Bridging the gap’.

Language Teaching Research 8/1: 83-109.

Kettemann, B. and Marko, G. (eds.) (2006) Planning, Gluing and Painting Corpora: Inside

the Applied Corpus Linguist’s Workshop. Frankfurt: Peter Lang.

Kettemann, B. and Marko, G. (2002) Teaching and Learning by Doing Corpus Analysis. Amsterdam: Rodopi.

Larsen-Freeman, D. (2002). The grammar of choice. In E. Hinkel & S. Fotos (Eds.), New

perspectiveson grammar teaching (pp. 103–118). Mahwah, NJ: Erlbaum.

Larsen-Freeman, D. (2003). Teaching language: From grammar to grammaring. Boston: Heinle & Heinle.

Leech, F. 1997. Teaching and language corpora: A convergence. In A. Wichmann, S. Fligelstone, A.M. McEnery & G. Knowles (Eds) Teaching and Language Corpora. Pp 1-23. London: Longman

McEnery, T., Richard Xiao & Yukio Tono. 2006. Corpus-Based Language Studies: An

Advanced Resource Book. London and New York: Routledge Taylor and Francis

McEnery, T & Xiao, R 2010, 'What corpora can offer in language teaching and learning'. in E Hinkel (ed.), Handbook of Research in Second Language Teaching and

Learning. Vol. 2, Routledge, London & New York, pp. 364-380.

Mishan, F. (2005) Designing Authenticity into Language Learning Materials. Chicago: Chicago University Press. Nesselhauf, N. (2005) Collocations in a Learner Corpus. Amsterdam: John Benjamins.

Nor Hashimah Jalaluddin & Ahmad Harith Syah. 2008. The Semantic of Prefix peN- in

Malay: A Bridging Cross Reference Analysis. Kertas Kerja Persidangan Linguistik

(22)

Nor Hashimah Jalaluddin & Ahmad Harith Syah. 2009. Penelitian Makna Imbuhan peN-dalam Bahasa Melayu: Satu Kajian Rangka Rujuk Silang. Gema: Online Journal of

Language Studies. Vol 9 (2): 57-72

Nik Safiah Karim et al. 1993 Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

O’Keeffe, A., McCarthy, M. and Carter, R (2007) From Corpus to Classroom: Language Use

and Language Teaching. Cambridge: Cambridge University Press.

Partington, A. (1998) Patterns and Meanings: Using Corpora for English Language

Research and Teaching. Amsterdam: John Benjamins.

Pérez-Llantada, C. 2009. Textual, Genre and Social Features of Spoken Grammar: A Corpus-Based Approach. Language Learning and Teaching. Vol. 13. No.1. p40-58

Renouf, A. (1997). Teaching Corpus Linguistics to Teachers of English. In A. Wichmann, S. Fligelstone, T. McEnery and G. Knowles (Eds.). Teaching and Language Corpora, (pp. 255–66). London: Longman.

Römer, U. (2005) Progressives, Patterns, Pedagogy: A Corpus-driven Approach to English

Progressive Forms, Functions, Contexts and Didactics. Amsterdam: John Benjamins.

S. Muhammad Azhan S. Hassan (2003). Reduplication in Malay: A Corpus Based Study. Department of Language Engineering, UMIST, UK.

Scott, M. and Tribble, C. (2006). Textual Patterns: Key Words and Corpus Analysis in

Language Education. Amsterdam: John Benjamins.

Sinclair, J. (1996) “The search for units of meaning”. Textus 9 (1): 75-106.

Sinclair, J. (2003) Reading Concordances. Harlow: Longman.

Sinclair, J. (ed.) (2004) How to Use Corpora in Language Teaching. Amsterdam: John Benjamins.

Stevens, V. (1991). Concordance-based Vocabulary Exercises: A Viable Alternative to Gapfillers. In J., Tim & P. King (Eds.). Classroom Concordancing (ELR Journal 4), (pp. 47-63).

Tan, M. (2002) Corpus Studies in Language Education. Bangkok: IELE Press.

Thornbury, Scott (2002). How to Teach Vocabulary. Longman

(23)

Varley, S. (2008). I’ll just look that up in the concordance: Integrating corpus consultation into the language learning environment. Computer Assisted Language Learning, 22 (2), 133-152.

Woolard, G. 2000. Collocation: encouraging learner independence. Dlm Lewis, M. (Ed.)

Teaching Collocation: Further Developments in the lexical Approach. Hove, England:

Language Teaching Publications.

Za’ba 1965 Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Za’ba. 2000. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1. Ed. Ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait