• Tidak ada hasil yang ditemukan

INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. docx"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INFOGRAPHICS DPB 2023 MACROECONOMICS

Wan Mohd Hanafi bin Wan Abd Rahman, Politeknik Kota Bharu, hanafi@pkb.edu.my Badrul Zaman bin Othman, Politeknik Kota Bharu, badrul@pkb.edu.my

(2)

Infographic DPB 2023 Macroeconomics

Wan Mohd Hanafi bin Wan Abd Rahman, Politeknik Kota Bharu, hanafi@pkb.edu.my Badrul Zaman bin Othman, Politeknik Kota Bharu, badrul@pkb.edu.my

Suhairi bin Yunus, Politeknik Kota Bharu, suhairi@pkb.edu.my

Abstrak

DPB 2023 Macroeconomics adalah modul yang wajib diambil oleh semua pelajar Jabatan Perdagangan. Namun begitu, keputusan peperiksaan untuk modul ini tidak begitu memberangsangkan. Keadaan ini mungkin berpunca daripada kandungan modul ini yang banyak teori telah menjadi halangan kepada pelajar untuk menguasai modul ini sepenuhnya. Justeru, untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam modul ini, seterusnya menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, Infographic DPB 2023 Macroeconomics telah dihasilkan. Bahan ini dihasilkan dengan berasaskan kepada kemampuan manusia mengingati visual lebih baik berbanding teks kerana diproses dalam memori jangka panjang. Dr Lynell Burmark, Thornburg Center for Professionals menyatakan, “…unless our words, concepts, ideas are hooked onto an image, they will go in one ear, sail through the brain, and go out the other ear. Words are processed by our short-term memory where we can only retain about 7 bits of information (plus or minus 2) […]. Images, on the other hand, go directly into long-term memory where they are indelibly etched.” Bagi merealisasikan bahan ini, kandungan modul DPB 2023 telah divisualisasikan dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Media social Facebook dan Telegram telah digunakan sebagai medium penyebaran kepada golongan sasar. Hasilnya, wujud kepelbagaian dalam teknik pengajaran seterusnya meningkatkan minat pelajar dalam bidang ini. Secara keseluruhannya InfographicDPB 2023 Macroeconomics meningkatkan keputusan penilaian pelajar.

(3)

1. Pengenalan

DPB 2023 Macroeconomics adalah modul yang wajib diambil oleh semua pelajar Jabatan Perdagangan. Namun begitu, keputusan peperiksaan untuk modul ini tidak begitu memberangsangkan. Keadaan ini mungkin berpunca daripada kandungan modul ini yang banyak teori telah menjadi halangan kepada pelajar untuk menguasai modul ini sepenuhnya. Kandungan modul ini terdiri daripada tujuh bab yang merangkumi, Introduction to Macroeconomics (Pengenalan kepada Makroekonmi), National Income Accounting (Perakaunan Pendapatan Negara), National Income Equilibrium (Keseimbangan Pendapatan Negara), Role of Government (Peranan Kerajaan dalam Ekonomi), Unemployment and Inflation (Pengangguran dan Inflasi), Money and Banking (Wang dan Bank) dan International Trade (Perdagangan Antarabangsa). Justeru, untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam modul ini, seterusnya menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, Infographic DPB 2023 Macroeconomics telah dihasilkan.

Bahan ini dihasilkan dengan berasaskan kepada kemampuan manusia mengingati visual lebih baik berbanding teks kerana diproses dalam memori jangka panjang. Dr Lynell Burmark, Thornburg Center for Professionals menyatakan, “…unless our words, concepts, ideas are hooked onto an image, they will go in one ear, sail through the brain, and go out the other ear. Words are processed by our short-term memory where we can only retain about 7 bits of information (plus or minus 2) […]. Images, on the other hand, go directly into long-term memory where they are indelibly etched.”

2. Pernyataan Masalah

Kebiasaannya keputusan peperiksaan akhir untuk Modul DPB 2023 Macroeconomics berada pada tahap yang tidak memuaskan. Perkara ini mungkin disebabkan oleh kandungan modul ini yang memerlukan para pelajar memahami dan mengingati teori-teori berkaitan. Dengan beban waktu kuliah yang padat, kemampuan para pelajar untuk menguasai modul ini sangat terhad. Selain itu, method pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sangat penting untuk memupuk minat pelajar, seterusnya membantu mereka menguasai modul ini dengan baik. Antara punca masalah yang dikenal pasti ialah :

(4)

ii. Pelajar mengalami kesukaran mengingati teori dan fakta Modul DPB 2023 Macroeconomics yang banyak

3. Objektif

Infographics DPB 2023 Macroeconomics dibangunkan dengan menetapkan objektif-objektif berikut :

i. Memudahkan proses pemahaman pelajar, seterusnya membantu meningkatkan penguasaan modul ini.

ii. Meningkatkan minat pelajar terhadap modul ini.

iii. Meningkatkan prestasi pelajar dalam item-item penilaian (penilaian berterusan dan peperiksaan akhir) bagi modul ini.

4. Kaedah

Infographics DPB 2023 Macroeconomics telah dihasilkan melalui beberapa proses seperti berikut:

i. Mengenal pasti kandungan modul yang menjadi masalah kepada pelajar dengan membuat soal selidik secara lisan di dalam kelas pembelajaran

ii. Merangka bentuk inovasi yang bersesuaian dengan mengambilkira faktor kos dan kemudahan untuk penyebaran.

iii. Membuat lakaran di atas kertas

iv. Memindahkan lakaran di atas kertas ke dalam bentuk digital dengan menggunakan perisian Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop.

(5)

Rajah 1 : Chapter 1 dalam Facebook. 5. Keputusan

Bagi menentukan impak pelaksanaan Infographics DPB 2023, satu perbandingan Keputusan Penilaian bagi Kuiz 1 dan Tutorial 1 DPB 2023 Macroeconomics, bagi Sesi Jun 2016 dan Sesi Disember 2016. Hasilnya, terdapat peningkatan yang signifikan.

8 - 10 6 - 7 4 - 5 0 - 4

0 5 10 15 20 25 30 35 40

Kuiz 1

Sesi Jun 2016 Sesi Dis 2016

Rajah 2 : Keputusan Kuiz 1 DPB 2023 Macroeconomics

(6)

25 - 30 20 -24 15 - 19 0 -14

Sesi Jun 2016 Sesi Dis 2016

Rajah 3 : Keputusan Tutorial 1 DPB 2023 Macroeconomics

6. Perbincangan

Bagi meningkatkan keberkesanan Infographics DPB 2023 Macroeconomics ini, para pelajar boleh mencetak gambarajah dengan mengikut saiz yang bersesuaian. Selain itu, gambarajah-gambarajah ini boleh diusahakan untuk proses menjadikan sebuah buku kecil yang senang untuk dibawa.

7. Kesimpulan

Kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses dinamik, yang perlu disesuaikan dengan tahap dan kebolehan pelajar. Pelabagai kaedah boleh digabungkan demi untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu modul. Dengan adanya Infographics DPB 2023 Macroeconomics, wujud kepelbagaian dalam teknik pengajaran seterusnya meningkatkan minat pelajar dalam bidang ini. Secara keseluruhannya InfographicDPB 2023 Macroeconomics meningkatkan keputusan penilaian pelajar.

(7)

8. Rujukan

i. http://dingley.com/how-the-digital-transformation-from-text-to-image-can-help-your-catalog/

ii. http://www.platonik.co.uk/platonik-blog/infographics

iii. https://rhdeepexploration.wordpress.com/2011/12/05/visuals-60000-times-faster/ iv. Deviga Vengedasalam & Karunagaran Madhavan, 2013, Principles of Economics 3rd

Edition, Kuala Lumpur

Referensi

Dokumen terkait

Untuk itu, dalam memilih metode terbaik yang nantinya akan digunakan sebagai model simulasi relayout dan perhitungan jarak serta biaya material handling , yaitu

Namun hasil ini belum dapat dikatakan maksimal karena hingga dosis tertinggi ekstrak yang diberikan dalam menghambat sel HeLa pada penelitian inipun tidak

Rancangan yang dihasilkan pada tahap kedua kemudian dikonversi dalam bentuk script dengan menggunakan bahasa pemrograman HTML, PHP dan JavaScript dan Openlayers

Pada pasien stroke yang mengalami penurunan kesadaran dan saturasi oksigen, maka penggabungan dua terapi murrotal Al Quran dan pengaturan posisi head up 30

Hasil dari penelitian ini juga dapat menjadi acuan bagi praktisi media online untuk lebih memperhatikan kredibilitas berita pada berita-berita yang disajikan dalam portal

Jika sub-bab sebelumnya berusaha menjelaskan konsep intelektual Gramsci dan menyesuaikannya pada konteks penelitian, maka pada sub-bab ini penulis akan membahas

Menurut al-But}ī, ada beberapa faktor yang membuat bangsa Arab sangat ketat dalam menjaga keautentikan periwayatan sirah dan sunah nabawi: a keyakinan mereka terhadap status