• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANG DINGIN PROSES DEKOLONISASI DI VIE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERANG DINGIN PROSES DEKOLONISASI DI VIE"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

KURSUS AJ30503 : SEJARAH ASIA TENGGARA : PERMODENAN & PEMBANGUNAN

NAMA PENSYARAH : DR. MAUREEN DE SILVA

TAHUN : TAHUN 4 (SEMESTER 1) SESI 2015/ 2016

NAMA AHLI KUMPULAN:

BIL NAMA PELAJAR NO. MATRIK

1. PATHNA RANI BINTI ZULKIFLI YA 2012 - 2066

2. FISABELLAH BINTI JOHN YA 2012 - 2076

TUGASAN SOALAN NO. 4 :

Perang Dingin yang menular di Asia Tenggara telah memberikan impak yang berbeza terhadap proses dekolonisasi di Vietnam dan Indonesia. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini. Bincangkan ?

(2)

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1.0 ISI KANDUNGAN 2

2.0 PENGENALAN 3 - 5

3.0 PROSES DIKOLONISASI DI VIETNAM 6 - 9

4.0 PROSES DIKOLONISASI DI INDONESIA 10 - 13

5.0 KESIMPULAN 14

6.0 BAHAN RUJUKAN 15

(3)

Kekayaan sumber bahan mentah di Asia Tenggara serta revolusi perindustrian yang berlaku sekitar abad ke 17 telah mendorong kuasa-kuasa barat untuk menjalankan dasar imperialisme, penjajahan dan seterusnya menjalankan kolonisasi keatas negara-negara di Asia Tenggara. Impak Perang Dunia Kedua dan kedatangan Jepun adalah pendorong utama kebangkitan semangat nasioanlisme yang seterusnya membawa kepada proses “dekolonisasi”.

Menurut James Martin, dekonolonisasi merupakan proses dimana tanah tanah jajahan Barat diseberang laut bebas dari negara penjajah proses yang berperingkat-peringkat dan bukannya secara kekerasan untuk beberapa bahagian tanah jajahan.

Selain itu, dekolonisasi juga merupakan tindakan yang dilakukan oleh negara penjajah untuk menamatkan kawalan luaran atau kawalan wilayah jajahan di seberang laut. Tindakan ini merupakan cara untuk mengembalikan kuasa pemerintahan politik penjajah kepada penduduk asal dan merupakan satu proses ataupun perkembangan politik yang penting semasa abad ke 20. Oleh itu, dekolonisasi merupakan satu proses yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1945, satu proses pengalihan kuasa pemerintah dari semua aspek sama ada politik, ekonomi dan sosial daripada negara yang menjajah kepada negara yang dijajah. Penduduk peribumi akan menjalankan pentadbiran dan pemerintahan negara mereka tanpa sebarang campur tangan daripada kuasa penjajah sebelum ini. Proses ini berlaku disebabkan oleh kebangkitan semangat nasionalisme penduduk, tekanan daripada negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia dan ketidakupayaan negara penjajah untuk menjalankan pemerintahan di negara yang dijajah.1

Perang Dingin berlaku sejak tamatnya Perang Dunia Kedua sehinggalah tahun 1989, apabila sistem komunis Sovien Union hancur. Perang Dingin yang berlaku adalah disebabkan kerana ideologi dan fahaman politik yang berbeza. Hal ini merujuk kepada persaingan kuasa yang berlaku antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat dengan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union. Perang ini juga dikenali sebagai Perang Dingin kerana tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung antara kedua-dua blok ini. Namun, kedua-dua blok ini ingin membuktikan kekuatan masing-masing dan mereka berusaha menyebarkan

(4)

pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan juga di Asia melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan.2

Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, Asia Tenggara telah mengalami proses dekolonisasi iaitu “proses pembebasan tanah air daripada penjajah” atau lazimnya disebut sebagai “kemerdekaan”. Perang Dingin yang berlaku semasa era dekolonisasi ini telah menjadikan Asia Tenggara sebagai medan persaingan antara Blok Komunis yang diketuai oleh Soviet Union dan Blok Bukan Komunis (kapitalis) yang di ketuai oleh Amerika Syarikat bagi meluaskan pengaruh dan ideologi mereka. Persaingan antara kedua-dua blok ini boleh dilihat dalam Perang Vietnam.3

Manakala di Indonesia, pendudukan Jepun bermula pada tahun 1942 dan berakhir pada 17 Ogos 1945, iaitu selepas Belanda menguasai Indonesia. Semasa Jepun menguasai Indonesia, Jepun telah membentuk beberapa organisasi antaranya ialah PETA, HEIHO, PUTERA dan Jawa Hokakai (pengganti PUTERA). Pada awalnya, kedatangan pasukan Jepun di Indonesia disambut baik oleh bangsa Indonesia, namun kenyataannya, Jepun tidak jauh berbeza dengan Negara imperialis lain seperti Jerman dan Itali. Sebagai Negara imperialis yang baru, Jepun sangat memerlukan bahan mentah untuk memenuhi keperluan dan pasaran bagi barang-barang industrinya. Oleh sebab itu, koloni jajahan sangat penting untuk menjamin kemajuan industri Jepun.

Kedatangan Jepun ke Indonesia jelas menunjukkan kekuasaannya menguasai dan menjajah Negara tersebut. Pengakuan Jepun sebagai ‘saudara tua’ merupakan semboyan yang penuh kepalsuan. Hal ini dapat dibuktikan melalui kenyataan yang terjadi selama pendudukan tentera Jepun di Indonesia. Bahkan perlakuan pasukan Jepun lebih kejam sehingga bangsa Indonesia mengalami kesengsaraan.

Di Vietnam, negaranya memiliki sejarah yang panjang dan keras sejak sebelum Masihi hingga akhir Perang Vietnam tahun 1975. Vietnam adalah negara timur di Semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Vietnam berbatasan dengan

2http://cikgushahir.tripod.com/sejarah/nsmbab9.pdf (09/11/2015 : 2.35pm)

(5)

Republik Rakyat Cina di sebelah utara, Laos di sebelah barat laut, Kamboja di sebelah barat daya dan di sebelah timur terbentang Laut China Selatan. Vietnam mencatatkan kenangan perjalanan sejarahnya didominasi selama 1000 tahun oleh “Kerajaan Utara” untuk merujuk penguasaan Vietnam oleh Kekaisaran Cina dari Dinasti Han di utara yang bermula dari sekitar 200an tahun sebelum Masehi hingga tahun 939 Masehi.

Pada masa itu, Vietnam telah diduduki sebanyak tidak kurang dari empat kali, dan sebanyak itu pula bangsa Vietnam berhasil mengalahkan serbuan penjajah dari utara. Sejarah Vietnam dapat ditinjau kembali ke abad ke-3 SM. Majoriti catatan bertulis mengenai sejarah Vietnam dapat ditemukan dalam catatan-catatan sejarah Tiongkok. Setelah Vietnam bebas dari penjajahan Tiongkok, Vietnam berterusan menentang serangan pihak asing.4

Kemerdekaan Vietnam berakhir pada pertengahan abad 19, ketika Vietnam dikolonialisasikan oleh Kerajaan Perancis. Pemerintahan Perancis menanamkan perubahan signifikan dalam bidang politik dan kebudayaan pada masyarakat Vietnam. Sistem pendidikan modern Barat dikembangkan dan agama Kristian diperkenalkan kepada masyarakat Vietnam. Perkembangan ekonomi perkebunan untuk mempromosikan eksport tembakau, nila, teh dan kopi menyebabkan Perancis mengabaikan permintaan rakyat Vietnam untuk mewujudkan pemerintahan sendiri (self-government) dan mengenepikan hak-hak sivil rakyat Vitenam.

Dengan itu, muncul sebuah pergerakan politik nasionalis yang dipimpin oleh Ho Chi Minh yang membuat permintaan untuk kemerdekaan kepada League of Nations (Liga Bangsa-Bangsa) tetapi tidak dilayan. Perancis berterusan memelihara dominasi terhadap koloni-koloninya hingga Perang Dunia II, ketika Perang Jepun di Pasifik tersebar sehingga ke Indochina. Sumber mentah dari Vietnam dieksploitasi untuk kepentingan kerajaan Jepun untuk di eksport ke Burma, Semenanjung Malayu dan India. Pada tahun terakhir perang, pemberontakan nasionalis berpasukan muncul di bawah Ho Chi Minh dan mereka melakukan kemerdekaan dan wujud satu negara komunis di Asia.

(6)

3.0 PROSES DIKOLONISASI DI VIETNAM

Vietnam merupakan salah satu negara di Semenanjung Indo-Cina yang berada di wilayah Asia tenggara. Perang Vietnam yang berlangsung selama 20 tahun (1955-1975) merupakan bentuk nyata dari pembentukan ideologi demokrasi dan komunis semasa Perang Dingin. Hal ini yang menyebabkan proses dokolonisasi di Vietnam memakan masa yang sangat panjang berbanding dengan negara lain di Asia. Salah satu puncanya ialah kekuatan Parti Komunis yang berjaya mendapatkan kuasa tertinggi pemerintahan Vietnam. Kesan perang tersebut menyebabkan Vietnam terbahagi menjadi dua bahagian, iaitu Vietnam Utara yang berhaluan komunis dan Vietnam Selatan yang berhaluan demokrasi. Perpecahan tersebut bermula dengan pergaduhan antara The Vietnam Independence League (Viet Minh) dan pasukan Perancis yang ingin kembali berkuasa di kawasan Indon-Cina, khususnya Vietnam.

Gerakan kemerdekaan Vietnam yang merupakan manifestasi dari sikap anti dominasi asing sebenarnya telah lama wujud semasa Vietnam dikuasai oleh kerajaan Tiongkok. Kemudian sikap itu diruncing dengan politik kolonial Perancis yang kaku dan tidak berperikemanusian kerana melaksanakan politik asimilasi tanpa memberi peluang kepada rakyat Vietnam ke arah berkerajaan sendiri. Sikap kaku dan tidak bertoleransi kolonial Perancis ini menguatkan lagi perasaan rakyat Vietnam untuk memperjuangkan kemerdekaan. Di Vietnam perjuangan melawan Perancis secara besar-besaran dipelopori oleh dua parti politik yang sukar untuk bersatu, iatu parti nasionalisme dan parti komunisme.

(7)

mengukuhkan posisi mereka ke dalam posisi penting dalam memimpin rakyat untuk berjuang melawan penjajah. Pergerakan kemerdekaan Vietnam melibatkan parti komunis dan melalui aktiviti komunis ini segala kegiatan dan jaringan-jaringan gerakan komunisme seluruh dunia dirancangkan. Kubu komunis yang dibina oleh Lenin pada tahun 1919, merupakan kubu yang sangat penting dan banyak memberi bantuan kepada gerakan komunis untuk memperjuangkan kemerdekaan. Hal ini sesuai dengan kebijaksanaan Lenin iaitu mewajibkan semua negara komunis ketika itu untuk membantu gerakan kemerdekaan di Vietnam. Selain itu, Lenin turut mengarahkan negara-negara komunis untuk melakukan revolusi di negara-negara bukan komunis. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan negara komunis yang kuat dan besar.

Apabila Jepun kalah, pasukan nasionalis melawan pasukan kolonial Perancis pada Perang Indochina Pertama yang dimulai pada tahun 1945 hingga 1954. Perancis mengalami kekalahan besar dengan Dien Bien Phu dan dalam waktu yang singkat itu Perancis berusaha untuk mengeluarkan tenteranya dari Vietnam. Perang Vietnam merupakan salah satu perang terdahsyat yang diikuti oleh Amerika kerana kehilangan 58 ribu bala tenteranya. Jumlah korban perang Vietnam secara keseluruhan termasuk rakyat vietnam, tentara vietkong dan lain-lain mencapai lebih daripada 1 juta orang. Sejarah perang ini telah bermula pada 2 September 1945 di Hanoi, Ho Chi Minh secara umum mendeklarasikan kemerdekaan Vietnam.

Keputusan Perancis untuk memulihkan kekuasaan kolonial di Vietnam menyebabkan keadaan di Vietnam menjadi semakin parah. Pada tahun 1946, setelah Perancis membangunkan semula pemerintahan kolonial mereka di Vietnam, para nasionalis Cina telah bersetuju mengembalikan pasukan Cina dari Vietnam. Hal ini menyebabkan, Viet Minh menambah serangan mereka terhadap Perancis dan menyerang juga di bahagian Selatan dan Utara Vietnam. Ketika berjaya mempertahankan kota dibawah kekuasaan Perancis, peraturan di pedalaman kian bertambah kerana Viet Minh.

(8)

Laos Utara. Perkara ini dianggap penting kerana Viet Minh melakukan pergerakan komunis yang dilengkapi dengan persenjataan di Laos, Pathet Lao. Tentera Perancis percaya bahawa Lembah Dien Bien Phu yang memiliki panjang 19 kilometer dan lebar 13 kilometer, akan selamat dari serangan Viet Minh. Namun pada minggu-minggu dan bulan-bulan berikutnya, pasukan Vietnam dibawah pimpinan Jeneral Giap, menyiapkan penyerangan ke Dien Bien Phu. Dengan bantuan lebih dari 200,000 orang kuli pengangkut barang, Viet Minh mengatur pengangkutan berat ke gunung-gunung yang mengelilingi lembah Dien Bien Phu.

Pada tahun 1954, Viet Minh memulakan serangan terhadap pasukan Perancis di Dien Bien Phu. Pada 7 Mei 1954, mereka berjaya menawan pusat komando Perancis dan 9,500 anggota pasukan kolonial Perancis juga ditangkap. Ini merupakan kekalahan paling buruk dalam sejarah pasukan kolonial Perancis kerana lebih 20,000 orang Viet Minh dan lebih dari 3,000 orang Perancis terbunuh dalam pertempuran di Dien Bien Phu. Perang antara Viet Minh dengan Perancis yang berlangsung selama sembilan tahun telah menyebabkan korban jiwa yang sangat besar iaitu, melebihi dari satu juta, 200,000 hingga 300,000 orang Viet Minh dan lebih dari 95,000 anggota pasukan kolonial Perancis telah terkorban.

Setelah konflik senjata pecah di Haiphong pada akhir 1946, berlangsunglah perang gerila selama 8 tahun antara Viet Minh yang dipimpin komunis di satu pihak dan Perancis serta sekutunya nasionalis di pihak lain. Setelah Perancis kalah di Dien Bien Phu pada Mei 1954, Perancis dan Inggeris, China, Uni Soviet, dan Amerika Serikat, serta pemerintah Viet Minh dan Bao Dai bertemu di Geneva, Swiss, untuk mengadakan perundingan damai.

(9)

menguasai daerah Utara diakui secara de facto dan untuk penyatuan Vietnam akan diadakan semula pada bulan Julai 1956.5

Kesepakatan yang dipersetujui di Geneva pada tahun 1954 telah berjaya mewujudkan sebuah badan yang bernama International Control Committe, yang dibentuk untuk melaksanakan proses Pilihan Raya secara demokrasi untuk menyatukan kedua-dua Vietnam. Vietnam Selatan menolak proses tersebut dan Amerika Syarikat menyokongnya, sedangkan Vietnam Utara lebih memilih untuk bersatu melalui kekuatan ketenteraan melalui proses politik. Hal inilah yang memulakan berlakunya Perang Vietnam yang berlangsung selama 20 tahun.6

Pada tahun 1970, perang semakin teruk dan tersebar sehingga ke Laos dan Kamboja. Pada tahun tersebut telah dicadangkan proses perdamaian namun proses tersebut gagal. Perundingan perdamaian dicadangkan lagi pada 27 Januari 1975, antara Vietnam Utara, Vietnam Selatan dan Amerika Serikat. Hasil dari rundingan yang telah disepakati, telah menyebabkan berlaku gencatan senjata di seluruh daerah perang di Vietnam. Kesepakatan perdamaian itu ditandatangani pada 31 Januari 1973 dan dikenali dengan nama The Paris Accords dan pada tahun yang sama juga Amerika telah mengeluarkan tenteranya dari Vietnam.

Pada tahun 1975, keadaan aman di Vietnam tidak bertahan lama dan mereka mulai melanggar kesepakatan aman yang dihasilkan dalam The Paris Accords. Hal ini berlaku kerana Vietnam Utara dengan kekuatan komunis Selatan memulakan serangan untuk menguasai negara Vietnam Selatan. Pada 21 April 1975, Presiden Nguyen van Thieu mengundurkan diri dan terbang ke Taiwan. Beberapa minggu kemudian, iaitu 30 April 1975, pasukan Vietnam Utara telah berjaya menduduki Saigon dan berakhirnya perang yang telah berlangsung selama tiga puluh tahun.

Pada 2 Julai 1976, Saigon dikuasai sepenuhnya oleh Vietnam Utara dan kereta-kereta kebal Vietnam Utara telah memasuki Kota Saigon sebagai tanda kemenangan. Pemerintahan tentera dibentuk dan Vietnam diproklamasikan sebagai Republik Sosialis Vietnam dengan ibu kota di Hanoi. Nama Saigon telah ditukar menjadi Ho Chi Minh dan setelah bersatunya Vietnam Utara dan Selatan, pada 2 Julai 5http://agungsymbidroid.heck.in/sejarah-vietnam-dari-masa-kolonial-hingg.xhtml (10/11/2015 : 9.10 pagi)

(10)

1976, Vietnam telah menjadi negara komunis sehingga kini. Selain itu, pembangunan semula ekonomi telah dibentangkan oleh Kongres Parti Komunis Vietnam Kali ke-6, iaitu pada bulan Disember 1986. Program Renovasi (pembaharuan) Vietnam yang dikenal dengan “Doi Moi” dengan sasaran program utamanya adalah dalam aspek ekonomi. Sejak mulai dicadangkan program-program pembangunan Vietnam, Program Renovasi "Doi Moi", telah dijadikan sebagai program pembangunan Lima Tahun negara Vietnam.

4.0 PROSES DIKOLONISASI DI INDONESIA

(11)

begitu juga tokoh-tokoh yang mempopularkan istilah Indonesia di dunia antarabangsa. Istilah Indonesia juga semakin popular digunakan semenjak Sumpah Pemuda 28 Oktober 1928. Melalui Sumpah Pemuda, perkataan Indonesia telah dijadikan sebagai identiti kebangsaan yang diiktiraf kebangsaan oleh setiap suku bangsa, organisasi-organisasi pergerakan yang ada di Indonesia mahupun yang ada diluar wilayah Indonesia. Perkataan “Indonesia” juga kembali dikukuhkan dalam Proklamasi Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.7

Gerakan nasionalisme di Indonesia telah bermula pada awal abad ke -20 lagi yang pada masa itu Indonesia dipimpin oleh golongan priyayi (kelas atasan) dan santri (komuniti pinggir pantai dan peniaga).

Pada awalnya, “Perang Asia Timur Raya” dan Amerika berlaku disebabkan Amerika telah menyatakan perang kepada Jepun akibat tindakan tentera Jepun yang menyerbu Pusat Pertahanan Amerika Syarikat “Pearl Harbour” pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun dengan Angkatan Laut dan Angkatan Udaranya semakin agresif beraksi mendarat di wilayah Indochina Filifina, Malaya dan Indonesia. Pemerintah Hindia Belanda juga turut sekutu menyatakan perang dengan Jepun. Jepun telah mendarat ke Indonesia dengan tujuan melemahkan pasukan Belanda. Pendaratan pertama tentera Jepun adalah di Tarakan dan kemudian meluas ke daerah Balik Papan, Manado, Ambon, Makasar, Pontianak dan Palembang. Jepun juga turut menguasai daerah Jawa dan pada 1 Mac 1942, Jepun telah mendarat di Banten, Indramayu dan Rembang. Pada 05 Mac 1942, wilayah Jepun di Indonesia semakin meluas dan semakin bermaharajalela ke wilayah Surakarta, Cikampek, Semarang dan Surabaya. Belanda semakin terdesak dengan penyerangan Jepun dan akhirnya Pemerintah Hindia Belanda menyatakan “menyerah tanpa syarat”.

(12)

Rakyat (PUTERA), Jawa Hokakai, Seinendan, Keibodan, Fujinkai, Heiho, MIAI, Pembentukan BPUPKI (badan Penyelidik Usaha-Usaha Persiapan Kemerdekaan RI) yang ditubukan pada tahun 1943 di bawah pemerintahan Perdana Menteri Toko, bertugas untuk mempelajari dan menyelidiki hal-hal yang penting dan perlu bagi pembentukan pemerintah Indonesia. Dalam perkembangan seterusnya, BPUPKI telah dibubarkan dan diganti nama oleh tokoh pejuang dari BPUPKI menjadi PPPKI atau dikenal dengan Docoritsu Junbi Inkai, dengan penggantian nama ini didapati bahawa organisasi PPPKI bukanlah dibentuk oleh Jepun tetapi dibuat melalui kesepakatan dan perjuangan para pemimpin kemerdekaan Indonesia. Peristiwa penting iaitu pertemuan Soekarno, Moh Hatta dan Rajiman Wedyodiningrat dengan General Terauchi di Dalat menyatakan bahawa pemerintah Jepun telah memutuskan akan memberikan kemerdekaan kepada Indonesia yang wilayahnya meliputi bekas wilayah Hindia-Belanda.

Pasukan Jepun semakin lemah, kekalahan demi kekalahan diterima tentera Jepun dan tentera Amerika semakin kuat, apatah lagi setelah membawa masuk pasukannya daripada Eropah. Serangan Jepun dapat dihentikan oleh tentera Amerika antaranya pada bulan Mei 1942 semasa pertempuran Laut Karang dan Jun 1942 semasa di Pertempuran Midway. Jepun juga semakin tidak berdaya kerana tentera Amerika mengamuk sehingga pada 6 Ogos 1945, Amerika Syarikat telah mejatuhkan bom atom pertama di Hiroshima. Amerika Syarikat juga belum puas hati dan tiga hari kemudian iaitu 9 Ogos, bom atom kedua mendarat kembali di bandar Nagasaki, dua pusat bandar pemerintahan Jepun menjadi hancur rata dengan tanah.

Pada 14 Ogos 1945, Jepun akhirnya menyerah kalah tanpa syarat kepada sekutunya dan peristiwa ini berlaku di Kapal Missouri pada 2 September 1945 oleh Maharaja Hirohito (Jepun) dan General Douglas Mc Arthur (Bersekutu). Berita kekalahan Jepun terhadap Bersekutu tidak boleh disembunyikan, dengan perjanjian Post Dam Jepun menyerahkan kekuasaannya kepada Sekutu dan secara rasminya Indonesia bebas tanpa kekuasaan daripada mana-mana kuasa. Peluang dan kesempatan ini digunakan sebaik-baiknya oleh bangsa Indonesia dengan melaungkan “Kemerdekaan Indonesia”.8

(13)

Terdapat beberapa proses yang berlaku sebelum Indonesia merdeka, yang pertama ialah Pembentukan Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI). General Kumakichi Harada, iaitu Panglima Pemerintahan Jepun di Jawa telah mengumumkan pembentukan BPUPKI atau Dokuritsu Jundi Coosokai pada 1 Mac 1945. Tujuan penubuhan badan ini adalah untuk menyiasat perkara-perkara penting yang berkaitan dengan persiapan kemerdekaan Indonesia. Anggota BPUPKI ini terdiri daripada 63 orang dan didalamnya terdapat perwakilan Cina, Arab dan Indonesia serta 7 orang wakil Jepun. Pengurus BPUPKI terbentuk dengan pada 29 April 1945 dengan diketuai oleh Dr. KRT Radjiman Wediodiningrat. Sidang BPUPKI mempunyai tujuan untuk merumuskan Dasar Negara dan Undang-Undang Dasar Negara Indonesia.

Kedua, pembentukan PPKI. Pembentukan BPUPKI telah dibubarkan selepas tercapai matlamatnya. Pada 7 Ogos 1945, General Terauchi telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) atau Dokuritzu Zyumbi Inkai sebagai pengganti BPUPKI. Tugas utama PPKI adalah untuk menyiapkan segala yang berkaitan dengan keperluan penggantian kekuasaan. Pada 9 Ogos 1945, Pengarah Terauchi telah memanggil tiga orang tokoh nasional ke Saigon atau ke Dalat, Vietnam untuk menerima maklumat tentang kemerdekaan Indonesia. Hal ini bertujuan untuk mempercepatkan proses kemerdekaan Indonesia kerana, Negara ini merupakan bekas wilayah jajahan Hindia Belanda. Ketiga-tiga tokoh yang dipanggil oleh Jepun iaitu Ir Sukarno, Drs Mohammad Hatta dan Dr. Radjiman Widyodiningrat, telah kembali ke tanah air. Pada masa itu, berlaku perubahan drastic terhadap sistem politik di Indonesia. Tokoh-tokoh yang mengikuti perkembangan Perang Dunia II berpendapat untuk segera mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia tanpa menunggun keputusan Jepun. Pada masa ini juga telah berlaku perbezaan pendapat antara golongan tua (tokoh PPKI) dan golongan muda yang diwakili oleh tokoh-tokoh dalam beberapa kumpulan iaitu Kumpulan Asrama Menteng 31, Kumpulan Asrama Indonesia Merdeka dan Kumpulan Asrama Mahasiswa Perubatan.

(14)

dilakukan sesuai dengan mekanisme PPKI dan beranggapan bahawa kuasa Jepun di Indonesia belum diambil alih. Walaubagaimanapun, Golongan Muda tetap teguh menginginkan proklamasi kemerdekaan dilaksanakan secepat mungkin. Para pemuda mendesak Sukarno dan Hatta agar segera mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia kerana pada masa itu Indonesia bebas daripada kuasa vacuum of power. Akibat pertentengan pendapat antara Golongan Muda dan Golongan Tua, telah mengakibatkan terjadinya “Peristiwa Rengasdengklok”.

Ketiga, “Peristiwa Rengasdengklok”. Akibat desakan Kumpulan Pemuda Revolusioner yang mengkehendaki kemerdekaan Indonesia, merek telah membawa Ir Sukarno dan Drs Moh Hatta ke Rengasdengklok dengan cara paksa. Peristiwa ini berlaku kerana perbezaan pendapat antara Golongan Muda dan Golongan Tua dalam mempercepatkan perisytiharaan kemerdekaan Indonesia. Amerika Syarikat telah menjatuhkan bom atom pada 6 dan 9 Ogos 1945, di Bandar Hiroshima dan Nagasaki. Kedua-dua bom atom tersebut telah mengakibatkan korban jiwa yang sangat besar dan menghancurkan pelbagai kemudahan asas. Kerajaan Jepun benar-benar dalam kesulitan dan semakin lemah. Pada 14 Ogos 1945, Jepun telah menyerah tanpa syarat kepada sekutunya.

Proses keempat ialah Penggubalan Teks Perisytiharaan Kemerdekaan Indonesia. Ir Sukarno dan Drs Moh Hatta akhirnya meluluskan perisytiharaan kemerdekaan Indonesia untuk dilaungkan. Teks perisytiharaan kemerdekaan tersebut telah ditandatangani oleh Ir Sukarno dan Drs Moh Hatta bagi mewakili semua bangsa di Indonesia. Ir Sukarno telah membacakan teks perisytiharaan kemerdekaan tersebut dan teks tersebut juga telah ditaip semula oleh Sayuti Melik dengan pindaan-pindaan yang diluluskan bersama. Perisytiharaan Kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 telah dilaungkan kerana jasa pahlawan Indonesia yang berjuang melawan penjajah untuk memerdekakan Negara mereka, Indonesia. Proklamasi adalah momentum awal yang penting bagi bangsa Indonesia kerana ia merupakan langkah awal untuk menyusun diri mereka agar bangsa Indonesia diakui kewujudannya oleh dunia.9

5.0 KESIMPULAN

(15)

9https://arifashkaf.wordpress.com/2014/10/07/sejarah-perjuangan-kemerdekaan-indonesia-proklamasi-Perang Dunia Kedua telah menyebabkan Negara Jerman terbahagi kepada dua iaitu Jerman Barat dan Jerman Timur. Tamatnya Perang Dunia Kedua menujukkan keruntuhan sistem imperialisme Barat dan kemerdekaan satu demi satu tanah jajahan daripada kuasa-kuasa besar Eropah. Amerika Syarikat telah memberikan kemerdekaan kepada Filifina, Indonesia pula telah mencapai kemerdekaan daripada Belanda dan Jepun, manakala India dan Tanah Melayu daripada Britain. Negara-negara baru ini perlu menangani masalah yang timbul daripada warisan ekonomi penjajah dan membangunkan ekonomi masing-masing.10

Dalam aspek sosial, peperangan ini telah mengakibatkan jumlah korban nyawa yang tinggi dan menimbulkan kesedaran tentang pentingnya kesejahteraan dan kedamaian dunia. Peristiwa-peristiwa ini telah membawa kepada pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan Oktober 1945 bagi menggantikan Liga Bangsa. Dekolonialisme di Vietnam dan Indonesia paling ketara tercetus selepas pendudukan Jepun dan kedua-dua negara saling mempunyai perbezaan dari segi dekolonialismenya. Peranan US di Vietnam dan Indonesia menjadi perbezaan utama dalam usaha mencapai kemerdekaan.

Selain itu, peperangan yang berlaku hanya meninggalkan banyak kenangan pahit dan tragik kepada rakyat yang masih hidup. Mereka hidup dengan memori yang pedih apabila melihat anak, ibubapa, adik, saudara mara, isteri, suami mereka terkorban di depan mata. Selain itu, walaupun pada akhirnya Vietnam mampu mewujudkan negara sendiri tetapi tetap meninggalkan sejarah hitam semasa proses kemerdekaan tersebut. Jumlah yang terkorban semasa perang Vietnam lebih banyak rakyat terkorban berbanding tentera. Hal ini kerana Amerika syarikat banyak menggunakan bom dan racun untuk melumpuhkan gerakan nasionalis Vietnam ketika itu. Oleh itu, kesedaran kepada generasi muda adalah penting untuk menghargai kebebasan dan kemerdekaan yang dinikmati yang merupakan hasil daripada kesengsaraan generasi terdahulu. Sejarah adalah satu cerita pembelajaran dan menjadi tunjang untuk membentuk seorang warganegara yang mempunyai perasaan cinta akan negaranya. Hal ini juga penting untuk memastikan pengorbanan generasi dahulu untuk memperolehi kemerdekaan yang tidak sia-sia.

(16)

6.0 BAHAN RUJUKAN

1. http://documents.tips/documents/soalan-2-558b0a76227f5.html

2. http://cikgushahir.tripod.com/sejarah/nsmbab9.pdf

3. http://studentsrepo.um.edu.my/420/8/BAB7.pdf

4.

http://pendidikan4sejarah.blogspot.my/2011/03/perang-kemerdekaan-vietnam.html

5.

http://agungsymbidroid.heck.in/sejarah-vietnam-dari-masa-kolonial-hingg.xhtml

6. https://www.scribd.com/doc/38617407/SOALAN-2

7.

http://ilmusejarahkotak.blogspot.my/2013/04/nasionalisme-dan-dekolonisasi-di.html

8.

http://www.kompasiana.com/widihastuti.ratna/sejarah-singkat-kemerdekaan-indonesia_ 551c12d 7813 311b 67 f9de257

9.

https://arifashkaf.wordpress.com/2014/10/07/sejarah-perjuangan- kemerdekaan-indonesia-proklamasi-dan-perumusan-pancasila-dasar-filsafat-negara-uud-1945/

(17)

Referensi

Dokumen terkait

 panuto; paggawa ng isang bagay kung papaano; pagsulat ng mga balita; pagbibigay ng katuturan no; pagsulat ng mga balita; pagbibigay ng katuturan o depinisyon; mga pag-uuri at

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui kondisi ekstraksi yang menghasilkan rendemen dan kadar capsaicin optimum dengan variasi ukuran bahan, suhu dan waktu

Selanjutnya, menurut Rizan, Saidani dan Sari (2012) kepercayaan merek adalah kemampuan sebuah merek untuk dipercaya yang bersumber pada keyakinan konsumen bahwa produk tersebut

Jurnal ini fokus membahas dua permasalahan mengenai urgensi reformulasi Pasal 7 ayat (2) huruf (a) Undang-Undang Nomor 11 Tahun 2012 tentang Sistem Peradilan

Bayangkan bila promosi menggunakan media lain seperti televisi, koran atau billboard yang harus mengeluarkan uang ratusan juta hanya untuk memasarkan

Analisis Pengaruh Kinerja Keuangan dan Good Corporate Governance Terhadap Nilai Perusahaan dengan Pengungkapan Corporate Social Responsibility sebagai Variabel

Posisi orang Tionghoa pada masa ini sangat buruk, di satu sisi mereka tidak mendapatkan perlindungan yang semestinya dari Pemerintah Indonesia akibat penjarahan

Sebuah tesis yang diajukan untuk memenuhi salah satu syarat memeperoleh gelar Magister Pendidikan pada program studi pendidikan sejarah sekolah pasca sarjana. Endang Solihati 2016