• Tidak ada hasil yang ditemukan

GALURKAN PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "GALURKAN PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DI"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1

PENDAHULUAN

Semasa Perang Dunia II, dapat dilihat yang mana pada permulaannya Amerika Syarikat tidak masuk campur tangan dalam hal peperangan selepas Perang Dunia I. Akan tetapi, apabila Hitler mula mengganggu negara-negara sebelah barat Eropah telah membuatkan Amerika Syarikat memberi komitmen dan bantuan dari segi bentuk bekalan makanan, senjata dan pinjaman wang kepada pihak bersekutu.

Walaupun begitu, Amerika Syarikat belum lagi secara rasmi dan langsung terlibat dalam peperangan menyeluruhnya. Pada akhir tahun 1941, Amerika Syarikat telah menjadi sekutu Britain untuk mengalahkan Jerman. Malah, Britain juga telah member kemudahan Sewa Pinjam kepada Soviet Union dan menjalinkan hubungan dengannya untuk menghalang perluasan kuasa Hitler.

Amerika Syarikat mula membawa diri ke dalam kancah Perang Dunia II adalah selepas berlaku suatu kejadian di Pasifik iaitu pengeboman Pearl Harbour di Hawaii oleh pihak Jepun dan pada keesokan harinya diisytiharkan perang terhadap Jepun. Pada 11 Disember 1941 pula, Jerman dan Itali telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

(2)

2

Dapat dilihat di sini, dalam Perang Dunia II kerjasama antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union sangat memberangsangkan sehingga mereka boleh menjadi sekutu yang sama dan boleh dikatakan ertikan sebagai sahabat baik. Hal ini, samalah dalam istilah politik dunia yang dipegang iaitu Sahabat kepada Musuhku ialah Musuhku, dan Musuh kepada Musuhku ialah Sahabatku.

Walaupun begitu, apabila berakhirnya Perang Dunia II, timbul satu masalah yang boleh dianggap oleh Amerika Syarikat sangat besar apabila Amerika Syarikat ingin melindungi “dunia bebas” daripada fahaman komunis yang mula menular selepas tamatnya

Perang Dunia II.

Oleh itu, permasalahan ini dapat dilihat melalui kajian yang saya lakukan berdasarkan soalan yang diberi iaitu „galurkan penglibatan Amerika Syarikat di Asia Tenggara semasa

Perang Dingin‟ yang hanya difokuskan pada Perang Dingin selepas Perang Dunia II di Asia

(3)

3

Penglibatan Amerika Syarikat di Asia Tenggara semasa Perang

Dingin

Apabila Perang Dunia II berakhir, telah timbul suatu krisis yang mana Soviet Union telah menyebar luaskan ideologi komunisnya ke serata dunia. Hal ini berlaku, apabila selepas Perang Dunia II yang mana pihak Britain dan Perancis menjadi lemah selepas perang ini dan mereka lebih cenderung ke arah pembaikkan kestabilan ekonomi mereka. Maka, dunia pada ketika itu telah dikuasai oleh kuasa dominan1 iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang mana mereka telah menjadi musuh selepas Perang Dunia II ini dan mereka ingin menjadi kuasa yang berpengaruh di negara-negara ketiga (negara-negara tidak bersekutu). Krisis ini dinamakan Perang Dingin dan istilah cold war ini pertama kali digunakan oleh Bernard Baruch dan berterusan digunakan setelah seorang wartawan yang dikenali Lippman menggunakannya pada tahun 19472.

Apabila ideologi ini mula merebak ke Asia, Afrika dan Amerika Latin terutama di China, Amerika Syarikat merasa bimbang dengan keadaan tersebut sekiranya negeri-negeri berdekatan dengannya terutama Asia Tenggara jatuh ke tangan komunis dan Amerika Syarikat akan merasa kekalahan yang amat besar. Hal ini, telah menyebabkan Amerika Syarikat telah melibatkan diri di Asia Tenggara dengan cara menggunakan dasar luarnya. Penglibatan Amerika Syarikat di Asia Tenggara bertitik mula dari negara Vietnam apabila Vietnam jatuh ke tangan komunis Soviet Union dan mendapat bantuan China terutama Vietnam Utara. Amerika Syarikat merasa tercabar dan gusar jika rantau itu jatuh ke tangan komunis seperti teori domino yang mana akan jatuh satu per satu negara di Asia Tenggara ke tangan Soviet Union bermula dari Vietnam. Oleh yang demikian, Amerika Syarikat telah

1 Azlizan Mat Enh dan Zubaidah VP Hamzah, “Persaingan Amerika Syarikat – Soviet Union dalam

Pembentukan Orde Baru Paca Perang Dunia II,” Jurnal Sosiohumanika 4, no.1 (2011), 68.

2

(4)

4

menggunakan dasar luarnya di rantau ini dengan ingin mengambil Vietnam dari tangan komunis dan ia bermula dari sini.

Di Vietnam

Apabila, Vietnam telah mendapat kemerdekaan selepas Perang Dunia II iaitu pada 28 Ogos 1945 yang mana pembentukan pemerintahan berbentuk Republik Demokrasi Vietnam (DRV-North) telah diumumkan oleh Viet Minh dan Ho Chi Minh telah diangkat menjadi Presiden yang pertama merangkap menteri luar negeri pada ketika itu. Pada tahun 1946, Perancis telah mengancam ingin menguasai Vietnam kembali terutama bahagian utara Vietnam yang mana Perancis mengetahui dan menyetujui Republik Demokrasi Vietnam (DRV-North) sebagai wilayah bebas dan di Vietnam Selatan dibenarkan membuat pemilihan jika mendapat kemerdekaan dan dibolehkan pasukan tentera kecil memasuki di utara dan juga Perancis akan dapat bergabung dengan DRV. Akan tetapi, perikatan ini tidak berlaku memandangkan Vietnam Utara berideologi komunis malah, telah berlaku peperangan antara Vietnam dengan Perancis sehingga berakhir pada 7 Mei 1945 apabila pasukan Perancis telah dikepung oleh tentera Viet Minh sehingga bekalan mereka kehabisan3. Sehinggalah perundingan diadakan iaitu konferensi Geneva dan antara kandungan konferensi tersebut ialah seluruh pasukan Viet Minh dipindahkan ke utara dan Perancis perlu keluar dari negara tersebut.

Amerika Syarikat telah membantu pihak Perancis di Vietnam Selatan dengan dasar luarnya daripada ancaman ideology komunis dengan dasar pembendungan dan lindungan kepada Vietnam Selatan. Pada 26 Oktober 1955 Vietnam Selatan telah secara rasmi menjadikan dirinya sebagai Republik Vietnam iaitu anti-komunis. Manakal, Vietnam Utara mula mengorak langkah semula yang berfahaman komunis dengan bantuan China telah mara ke Vietnam Selatan dengan ketenteraan dan persenjataannya tanpa menghiraukan perjanjian

3

(5)

5

yang telah dilakukan di Geneva. Pada ketika itu, telah adanya kumpulan gerila komunis di Vietnam Selatan yang digelar Viet Cong4.

Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu, John F. Kennedy telah menghantar 16000 tentera Amerika Syarikat bertaraf „penasihat‟ ke Vietnam Selatan untuk membantu

menentang Vietnam Utara pada tahun 1961 serta bantuan berbentuk ekonomi juga diberi5. Akan tetapi, Vietnam Utara telah menggabungkan semua pasukan tenteranya di selatan menjadi satu iaitu PLAF (People Liberation Armed Forces) seramai 15000 orang. Akibat dari perkara tersebut, Presiden Kennedy merasakan perlu mengundurkan tenteranya di Vietnam Selatan, tetapi usahanya kurang berjaya kerana pada 22 November 1963 beliau telah dibunuh. Apabila Lyndon B. Johnson naik menjadi Presiden beliau telah meningkatkan keterlibatan Amerika Syarikat ke dalam kancah peperangann tersebut. Ini boleh dilihat pada kata-kata beliau mengenai perkaitan tindakan Amerika Syarikat di Vietnam dengan pertahanan Asia Tenggara6.

Disamping itu, pada tahun 1954 Amerika Syarikat telah memasang strategi dengan mewujudkan pakatan tentera iaitu SEATO (South East Asia Trealing Organization) gabungan kepada semua negara di Asia Tenggara yang diberi perlindungan dan pembendungan oleh Amerika Syarikat melalui dasar luarnya. Adapun, peperangan ini menjadi semakin rumit apabila rakyat Vietnam Selatan telah semakin mengikut dan menyokong Vietnam Utara.

Pada bulan Ogos, Presiden Johnson telah bersetuju melakukan serangan udara terhadap Markas Angkatan Laut Vietnam Utara sebagai balasan yang dilakukan oleh Vietnam Utara yang telah menyerang ke atas dua pesawat penghancur di Teluk Tonkin7. Pada bulan Oktober China telah memberi bantuan ketenteraan terhadap Vietnam Utara. Akibatnya, pada

4 Ibid., 41.

5

Muhamad Takiyuddin Ismail, Aliran Neokonservatif dalam Dasar Luar Amerika Syarikat : Satu Analisis Terhadap Pengembangan Idea, Peranan dan Pengaruh (Kedah : Universiti Utara Malaysia, 2007), 28.

6 K.S. Nathan, Dasar Luar Amerika Syarikat di Asia : bacaan terpilih (Kuala Lumpur : Sarjana/MAAS, 1987),

105.

7

(6)

6

Februari 1965 Amerika Syarikat telah melancarkan serangan udara berantai yang dikenali sebagai “Operation Rolling Thunder” terhadap Vietnam Utara dan Amerika Syarikat juga

telah menghantar pasukannya di Vietnam Utara seramai 3500 orang iaitu pasukan berani mati. Pada 1966, Amerika Syarikat sekali lagi telah membawa pasukan tenteranya besar-besaran di Vietnam Utara dan peperangan ini berterusan antara pihak pro-barat dan komunis.

Pada 31 Januari 1968, “serangan Tet”8

telah dilakukan oleh komunis yang mana serangan terus-berterusan secara gelombang ke lima buah kota utama pihak Amerika Syarikat. Serangan ini dapat dilihat dengan pengepungan Saigon yang mana Vietnam Utara telah menyerang dan mengebom istana presiden, stesen radio,markas tentera, lapangan udara Tan Son Nhut dan kedutaan besar Amerika Syarikat. Akibat dari kondisi tersebut, Vietnam Utara mulai lemah sehinggalah pada bulan Mac 1973 seluruh pasukan Amerika Syarikat telah mengundurkan diri.

Oleh itu, Vietnam secara rasmi bergabung menjadi Republik Sosialis Vietnam pada 2 Julai 1976 dan Saigon telah digantikan nama menjadi kota Ho Chi Minh dan Amerika Syarikat telah menolak dan tidak menerima hubungan diplomatik dengan Vietnam.

Di Indonesia

Akibat dari teori domino tersebut, Amerika Syarikat merasa bimbang jika negara Asia Tenggara yang lain jatuh ke tangan Komunis seperti Vietnam. Oleh itu, Amerika Syarikat telah membuat dasar pembendungan terhadap Indonesia atas kerisauan dan peperangan yang berlaku di Vietnam. Amerika Syarikat telah meletakkan Indonesia negara Asia Tenggara yang keempat yang utama selepas Vietnam, Thailand dan Filipina.

8

(7)

7

Indonesia yang merupakan negara nasionalis yang sederhana dan merupakan anti-komunis berikutan mereka pernah menjatuhkan pemberontakan Parti Komunis Indonesia (PKI) di Jawa Timur pada akhir 19489. Amerika Syarikat melihat Indonesia sangat penting dari segi politiknya, kedudukan strategiknya dan ekonominya yang telah dijelaskan oleh Walton Butterworth Penolong s/u Negara Bahagian Hal Ehwal Timur Jauh dengan kata-katanya bahawa kepulauan Indonesia terletak di persimpangan Lautan Pasifik dan Lautan Hindia telah menghasilkan bahan-bahan yang diperlukan oleh Amerika Syarikat dan dari segi perwatakan rakyatnya dalam gerakan nasionalisnya yang dinamik10.

Dasar utama Amerika Syarikat kepada Indonesia ialah menjadikan negara itu sekutu penuh kepada kuasa barat dalam Perang Dingin dan ingin menjadikan Indonesia sebagai pengkalan gerakan anti-komunis yang mana negara Indonesia sebagai negara pro-barat. Hal ini kerana, Butterworth beranggapan bahawa dengan kepimpinan anti-komunis di Indonesia akan membuatkan banyak kesan dan pengaruh ke atas negara Asia Tenggara yang lain. Selain itu, Amerika Syarikat juga, membantu Indonesia dari segi membangunkan ekonominya dengan memberikan modal kepada Indonesia dan mengadakan aktiviti perdagangan eksport dan import, bantuan ketenteraan juga diberikan kepada Indonesia apabila mereka diserang oleh musuh terutama pihak komunis.

9 Richard Mason, Pembendungan dan Cabaran Keberkecualian : A.S., Perang Dingin dan Indonesia, 1950

1952,” Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 2, no. 1 (2010), 58.

10

(8)

8

Di Filipina

Manakala di Filipina pula, yang merupakan dan sememangnya tanah jajahan Amerika Syarikat dari 1898-1946 walaupun telah mendapat kemerdekaan pada tahun 194611 telah berteusan member bantuan kepada Filipina dari segi ekonomi dan Amerika Syarikat juga telah menempatkan pangkalan tenteranya di Filipina akibat kebimbangan Filipina jatuh ke tangan Soviet Union. Manakala, Filipina pula telah memerikan bantuan ketenteraan dari rakyatnya kepada Amerika Syarikat dalam peperangan Vietnam.

Pada tahun 1951, Filipina dan Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian pertahanan yang mana saling bantu-membantu satu sama lain jika terjadi serangan dari luar atau dari pihak musuh sendiri.

Di Thailand

Bagi negara Thailand pula yang merupakan negara yang tidak pernah ditakluki mana-mana penjajah, daripada hasil dan kekayaan getah, bijih timah, kayu jati dan padi telah membuatkan Thailand tidak memerlukan bantuan dari negara luar seperti negara-negara jiran yang lain. Akan tetapi, setelah tercetusnya Perang Dingin dan peperangan di Vietnam dan ancaman komunis di sempadan Laos yang berdekatan dengan Thailand telah membuatkan negara itu menerima tawaran bantuan dari Amerika Syarikat pada tahun 1962 dari segi ketenteraan.

Setelah itu, Amerika Syarikat telah menubuhkan pengkalan ketenteraan udara di Thailand bagi menghadapi peperangan Vietnam12. Oleh itu, Thailand telah menyokong Amerika Syarikat dan telah menjadi sekutunya akibat kebimbangan jika tentera Vietnam mara ke sempadan Thailand.

11 Peter Calvocoressi, Politik Dunia Sejak 1945, terj. Abdul Ghaffar Laili (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1993), 502.

12

(9)

9

Di Singapore

Singapore yang pada asalnya sebahagian dari Tanah Melayu, telah keluar13 dari Tanah Melayu dan menjadi negara sendiri telah menerima dan membenarkan Amerika Syarikat meletakkan pengkalan tenteranya di Singapore. Hal ini kerana, Perdana Menteri Singapore pada ketika itu iaitu Lee Kuan Yew merupakan anti-komunis.

Di Tanah Melayu

Tanah Melayu atau dikenali sekarang Malaysia selepas mendapat kemerdekaan pada 1957 yang masih cenderung kepada barat dalam dasar luarnya berhubung keselamatan, ekonomi, dan politik. Ini kerana, Malaysia pernah diancam oleh komunis pada sekitar tahun 1946-1960, dan selepas merdeka Tunku Abdul Rahman melihat komunis merupakan ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia yang baru merdeka.

Dasar luar Tunku ini ialah tidak menjalinkan hubungan diplomatic dengan mana-mana negara komunis. Hal ini, menyebabkan Amerika Syarikat juga berkongsi dan membendung Malaysia kerana ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman telah menandatangani perjanjian pertahanan dengan Britain pada 1957 yang dikenali sebagai perjanjian AMDA (Anglo Malaysian Defense Agreement)14 kerana Britain merupakan sekutu Amerika Syarikat dan telah memberi perlindungan kepada Malaysia dari aspek pertahanan dan ketenteraan.

13

Ibid., 497.

14 Azlizan Man Enh et al., “Kajian Perbandingan Dasar Luar Malaysia dengan Yugoslavia Era Perang Dingin

(10)

10

KESIMPULAN

(11)

11

BIBLIOGRAFI

Amir Hendrasah. 11 Macan Asia Musuh Amerika. Yogjakarta : Galang Press, 2007.

Azlizan Mat Enh dan Zubaidah VP Hamzah, “Persaingan Amerika Syarikat – Soviet Union dalam Pembentukan Orde Baru Paca Perang Dunia II,” Jurnal Sosiohumanika 4, no.1 (2011) : 67 – 84.

Azlizan Man Enh et al., “Kajian Perbandingan Dasar Luar Malaysia dengan Yugoslavia Era Perang Dingin dalam Seminar on National Resilience : Political Management and Policies in Malaysia (13 – 15 Julai 2010 : Langkawi), ed. Mohd Azizudin Mohd Sani dan Abdul Rahman Abdul Aziz. Kedah : Universiti Utara Malaysia, 2010 : 159 – 172.

K.S. Nathan. Dasar Luar Amerika Syarikat di Asia : bacaan terpilih. Kuala Lumpur : Sarjana/MAAS, 1987.

Muhamad Takiyuddin Ismail. Aliran Neokonservatif dalam Dasar Luar Amerika Syarikat : Satu Analisis Terhadap Pengembangan Idea, Peranan dan Pengaruh. Kedah : Universiti Utara Malaysia, 2007.

Peter Calvocoressi. Politik Dunia Sejak 1945, terj. Abdul Ghaffar Laili. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.

Richard Mason, “Pembendungan dan Cabaran Keberkecualian : A.S., Perang Dingin dan Indonesia, 1950 –1952,” Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 2, no. 1 (2010) : 58 – 82.

Referensi

Dokumen terkait

Penerapan model DI dapat meningkatkan kemampuan siswa dalam menguasai konsep fisika, akan tetapi peningkatan lebih baik dialami oleh kelas eksperimen.. Hal tersebut

HUBUNGAN SEGMEN VALS (VALUE AND LIFESTYLE) DENGAN IMPULSE BUYING PADA KONSUMEN FACTORY OUTLET DI KOTA BANDUNG.. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu |

[r]

Kapolres Damanik datang dan berusaha menenangkan peserta aksi. Dengan kata­kata yang 

Berdasarkan latar belakang dalam pembudidayaan tanaman mangga diperlukan pemahaman tentang faktor – faktor yang menjadi pengganggu dalam budidaya tanaman mangga

Untuk meningkatan unsur escapist dalam membentuk pengalaman yang berkesan saat berkunjung ke daya tarik wisata Perkampungan Budaya Betawi Setu Babakan, pihak

Jurnal ini fokus membahas dua permasalahan mengenai urgensi reformulasi Pasal 7 ayat (2) huruf (a) Undang-Undang Nomor 11 Tahun 2012 tentang Sistem Peradilan

* Analisis Diskriminan mirip dengan Analisis regresi, tapi memiliki kelebihan yaitu kemampuan memilih variabel independen mana yang secara nyata memengaruhi dan mana yang