PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2
Hasilkan satu karya mengikut kreativiti kamu dalam bidang menggambar yang bertema objek buatan manusia. Karya yang dihasilkan hendaklah meliputi unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan teknik yang telah ditetapkan di dalam Dokumen Standard Kurikulum Tahun 2. Contohnya kamu boleh menghasilkan gambar Beg Sekolah Saya / Kasut Saya / Kereta Ayah dan sebagainya.
Unsur Seni: Bentuk - Ilusi
Garisan - selari dan bersilang Warna - Primer dan sekunder Rupa - organik dan geometrik
Prinsip rekaan:
Imbangan - Simetri
Kepelbagaian - Rupa dan garisan
Teknik:
Garisan selari atau garisan bersilang
Cadangan Media:
Pensel warna, krayon, pensel, kertas lukisan dan bahan-bahan lain yang difikirkan perlu
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
………. ………. ……….
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2
Berdasarkan Modul Membuat Corak dan Rekaan, hasilkan satu karya yang menarik mengikut kreativiti kamu dengan menggunakan teknik lipatan dan guntingan. Pastikan aktiviti dan karya yang dihasilkan telah meliputi unsur seni dan prinsip rekaan yang telah ditetapkan di dalam Dokumen Standard Kurikulum Tahun 2. Kamu boleh hasilkan Bingkai Gambar atau Alas Gelas atau Kipas Tangan berdasarkan corak yang telah dihasilkan.
Unsur Seni:
Rupa - organik dan geometri Warna - primer
Prinsip rekaan:
Harmoni - perulangan motif Kontra - warna
Imbangan -simetri
Teknik:
Lipatan dan guntingan
Cadangan Media:
Kertas lukisan , kertas warna, gam ,gunting dan pensel
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
………. ………. ……….
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2
Berdasarkan Modul Membentuk dan Membuat Rekaan, hasilkan satu karya Topeng Muka yang menarik mengikut kreativiti kamu dengan menggunakan teknik yang bersesuaian. Pastikan aktiviti dan karya yang dihasilkan telah meliputi unsur seni dan prinsip rekaan yang telah ditetapkan di dalam Dokumen Standard Kurikulum Tahun 2. Kamu boleh hasilkan Topeng Muka Haiwan atau Serangga.
Unsur Seni:
Bentuk - konkrit
Jalinan - tampak dan sentuh Warna - skunder
Prinsip rekaan: Imbangan - simetri
Penegasan - bahagian muka
Cadangan Media:
Pensel warna, kertas lukisan / manila kad, gam, gunting, tali atau gelang getah dan lain-lain bahan yang difikirkan perlu
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
………. ………. ……….
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2
Berdasarkan Modul Mengenal Kraf Tradisional, hasilkan satu karya Gasing Mudah yang menarik mengikut kreativiti kamu dengan menggunakan teknik yang bersesuaian. Pastikan aktiviti dan karya yang dihasilkan telah meliputi unsur seni dan prinsip rekaan yang telah ditetapkan di dalam Dokumen Standard Kurikulum Tahun 2.
Unsur Seni:
Bentuk - konkrit
Warna - primer dan skunder
Prinsip rekaan: Imbangan - simetri
Cadangan Media:
Gambar bulatan (fotostat) pada kertas A4, kad manila, gam, pensel warna, dan lidi.
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:
………. ………. ……….