• Tidak ada hasil yang ditemukan

kertas kerja kem bestari solat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "kertas kerja kem bestari solat"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA DASAR

KEM BESTARI

SOLAT

2017

(2)

Solat merupakan satu tuntutan wajib yang penting bagi setiap individu yang bergelar Muslim. Pelaksanaan solat yang baik dan tepat membolehkan pengamalnya menerima impak yang hebat di dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF) Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah berlangsung pada 3 hingga 5 Mac 2004 telah memutuskan supaya Model Bestari Solat dilaksanakan secara rintis bersama model-model projek j-QAF yang lain bagi menguji sejauhmana kelemahan dan kekuatannya. Program Kem Bestari Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kejayaan program j-QAF. Kerjasama dan hubungan yang erat antara sekolah dan ibu bapa amat penting bagi memastikan hasrat murni dapat dijayakan.

2.0 NAMA PROJEK

KEM BESTARI SOLAT.

Kem Bestari Solat ialah aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di suatu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah. KBS ini disarankan dibuat sebanyak 2 kali dalam tempoh setahun.

3.0 TARIKH/MASA

*Tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan

4.0 TEMPAT

Surau

5.0 OBJEKTIF

Kem Bestari Solat ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat

1. Mengetahui kepentingan solat

2. Mengetahui cara berwudhuk dengan sempurna 3. Mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu

4. Melaksanakan semua perbuatan di dalam solat dengan betul

(3)

6. Menunaikan solat secara individu dan berjemaah.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua 140 orang murid beragama Islam Tahun 1 hingga 6

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Rujuk Lampiran 1

7.1 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

1. Pengerusi:

 Membentuk jawatankuasa pelaksana

 Mempengerusikan dan mengendali mesyuarat pelaksanaan

2. Setiausaha:

 Menguruskan surat-menyurat

 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program

 Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyedia minit/keputusan mesyuarat

 Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa

 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program

3. Bendahari:

 Menyedia anggaran perbelanjaan

 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa

 Mengurus/menyelia perolehan dan perbelanjaan

 Menyedia laporan kewangan

4. Pendaftaran/buku program:

 Menyediakan keperluan pendaftaran seperti meja, tempat, senarai nama peserta dan fail

(4)

5. Urusetia/Protokol/Persiapan tempat:

 Menentukan perkataan untuk ‘backdrop’

 Menentukan pengerusi majlis

 Menentukan fasilitator bertugas pada setiap aktiviti

 Mengagihkan kumpulan peserta

 Menyediakan borang-borang

6. Makanan minuman:

 Membentuk jawatankuasa kecil

 Menyediakan menu kepada peserta, fasilitator dan tetamu

 Menyediakan anggaran perbelanjaan makan dan minum

 Menentukan tempat, masa dan bentuk jamuan

 Memastikan bekalan makanan dan minuman mencukupi sepanjang program  Mengurus bil pembayaran tempahan makan dan minum melalui bendahari.

7. Fasilitator/Pengisian:

 Menyediakan bahan dan tajuk ceramah yang sesuai

 Membimbing dan memudah cara peserta melaksana aktiviti dan LDK

8. Keselamatan/Kebajikan/Disiplin:

 Memberi taklimat kepada peserta sebelum program bermula

 Menyediakan peralatan dan bantuan kecemasan

 Menyedia senarai barangan keperluan peserta

9. Dokumentasi/Penilaian:

 Mengurus fotografi dan rakaman audio-video

 Menyelia dan menerbitkan laporan penuh aktiviti

 Menyelaras agenda post-mortem program

10. Multimedia/Publisiti:

 Menyediakan keperluan dan alatan siaraya untuk semua slot

 Menyediakan banner dan sepanduk publisiti

(5)

 Menguruskan hal berkaitan system PA seperti plag penyambung, mikrofon, pembesar suara dan lain-lain.

8.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 2

9.0 KEWANGAN

Rujuk Lampiran 3

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat: (Guru Besar)

Pengerusi: (GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi: 1. En ( GPK Pentadbiran ) 2. Pn ( GPK Hem )

Penyelaras : Cik (Guru j-QAF) Pn (Guru j-QAF)

Ahli Jawatankuasa:

(6)

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi - Sesi pendaftaran dan Taklimat Kem Bestari Solat

8.30 pagi - Latihan Dalam Kumpulan 1

(Pengenalan anggota wudhuk dan amali wuduk)

9.30 pagi – Rehat dan kudapan

10.00 pagi - Latihan Dalam Kumpulan 2 (Bacaan pendek dalam solat)

10.30 pagi – Rehat dan kudapan

11.00 pagi - Latihan Dalam Kumpulan 3

(Perlakuan dalam solat dan amali solat)

11.30 pagi – Kuiz Smart Solat

- Ulasan guru pembimbing

12.00 tengahari- Persiapan pulang dan Bersurai

LAMPIRAN 3

KEWANGAN

Dalam usaha untuk menjayakan Kem Bestari Solat sepanjang Tahun 2017 ini, pihak jawatankuasa telah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan dana mahupun peruntukan demi memastikan kem ini berjalan lancar. Bagi program ini, KPM telah memperuntukkan khas untuk Kem Bestari Solat sebanyak RM 1.00 bagi seorang murid per kem. Pendapatan dan perbelanjaan kewangan adalah seperti berikut:

PENDAPATAN

(7)

Tahun 2 = 27 orang Tahun 3 = 27 orang Tahun 4 = 16 orang Tahun 5 = 25 orang Tahun 6 = 24 orang

Jumlah = 140 orang PERBELANJAAN

1. Makanan dan minuman

RM 1.00 X 1 kem X 140 Orang = RM 140.00

10.0 PENUTUP

Model Bestari Solat merupakan sebahagian daripada pengajaran j-QAF yang wajib dilaksanakan kepada semua murid tahun 1 hingga 6 yang beragama Islam. Pihak pentadbiran sekolah bertanggungjawab dalam menggerakkan kem ini supaya impak akhirnya dapat dicapai bersama. Sesungguhnya solat merupakan antara aspek terpenting di dalam pelaksanaan Fardhu Ain supaya murid-murid dapat menerapkan amalan solat dengan berkesan dan berterusa, seteruusnya mendidik diri menjadi insan berdisiplin dan taat kepada Tuhan.

Diharap pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan aspek Fardhu Ain yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……… ………

Guru j-QAF Guru Besar

Disemak oleh:

(8)

Referensi

Dokumen terkait